Sunday, November 4, 2012

Melangkah ke hadapan

Ketika Pilihanraya Umum Ke-13 semakin menghampiri kita, Pakatan Rakyat telah menguatkan lagi usaha mereka untuk menawan undi-undi di Sabah dan Sarawak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak akan menjadi pertaruhan mutlak untuk kedua-dua Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat. Maka tidak hairanlah bila Pakatan telah melancarkan misi untuk menyerang dan mengacau-bilaukan pentadbiran di kedua-dua negeri ini.

Malangnya, serangan ke atas prestasi Sabah dan Sarawak terbukti sia-sia apabila setiap tahun laporan Ketua Audit Negara menunjukkan kedua-dua negeri sering membawa prestasi yang baik dalam pengurusan kewangan dan polisi-polisi fiskalnya.

Dalam laporan terkini untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada sebuah negeri iaitu Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyembunyikan kebocoran dan pembaziran dalam negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Memang tidak dapat dinafikan, wujud juga kebocoran dan pembaziran yang jelas dalam negeri-negeri Barisan.

Apa yang saya mahu jelaskan dengan menulis artikel ini adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa kebocoran dan pembaziran ini bukan hanya berlaku di negeri-negeri Barisan semata; kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadibran Pakatan Rakyat juga bertanggungjawab terhadap pembaziran yang turut berlaku di negeri mereka!
 

17 comments:

  1. Selangor Umno is asking Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim to explain the alleged mismanagement of a grant of RM55 million by the state government.

    ReplyDelete
    Replies

    1. State Umno liaison secretary Datuk Seri Mohd Zin Mohamed said the federal government had given out a grant of RM315 million to each state government for road maintenance and providing infrastructure in 2009.

      Delete

    2. Upon checking, he noted the menteri besar had stated that the grant distribution only involved RM183 million to the Public Works Department, RM76 million to the local authorities and RM900,000 to the Drainage and Irrigation Department.

      Delete

    3. "If you add up these, there''s a balance of RM55 million. So, I would like to ask where does this amount go to. When the people question about infrastructure in this state, they will accuse the federal government of not providing the allocation," he told a news conference at the Selangor Umno Building.

      Delete
    4. Menteri Besar selangor sering menggunakan dana awam untuk kepentingan parti.. lihat saja bagaimana beliau menggunakan dana awam untuk membiayai kos guaman adun seri muda dan Rafizi.. tapi bila rakyat biasa yang tampil mendapatkan keadilan di mahkamah, tidak pula Khalid guna dana awam untuk membiayai kos guaman rakyat biasa ini..

      Delete
    5. bas dua tingkat yang mana kosnya mencecah rm1 juta juga dikatakan menggunakan dana awam kerajaan negeri selangor.. malangnya bas itu bukan digunakan oleh penduduk selangor, sebaliknya hanya untuk pemimpin2 Pakatan rakyat..

      Delete

  2. Mohd Zin said that based on information received, the balance had been placed under the state trust fund, and it was not known for what purpose when the money was to be used to provide the best facilities for the people.

    ReplyDelete
    Replies


    1. On another development, he said Selangor Umno would lodge a police reportagainst law lecturer and Constitution expert Prof Dr Abdul Aziz Bari for disputing the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah''s statement over the Jais-DUMC (Damansara Utama Methodist Church) issue, as reported by a news portal recently.

      Delete

    2. Mohd Zin regarded Abdul Aziz''s action as being rude and disloyal to theSelangor Sultan, as well as a form of sedition towards the country''s royal institution.

      Delete
    3. baik RCI ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan semua pemimpin2 Pakatan Rakyat..

      Delete
  3. Laporan Ketua Audit Negara juga merekodkan beberapa kelemahan dalam pengurusan tanah di Selangor seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sangat masalah di selangor sejak Pakatan mengambil alih negeri itu.. patutlah bajet Selangor hanya rm1.6 billion banding dengan Sabah rm4 billion..

      Delete
  4. Ini secara tidak langsung menyebabkan wang kerajaan negeri meningkat tetapi hakikatnya peningkatan wang kerajaan negeri bukanlah kerana kecekapan Menteri Besar mengurus kewangan sebaliknya beliau tidak membelanjakan untuk kebaikan rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. wang itu hanya akan dibelanjakan bila Pakatan Rakyat memerlukannya untuk tujuan kempen.. lihat saja bagai mana Khalid menggunakan dana awam untuk membeli bas dua tingkat..

      Delete
  5. prestasi pakatan makin merundum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum negeri2 termaju ini bertukar menjadi negeri2 termiskin, eloklah penduduk di kedua2 buah negeri ini melakukan perubahan pada PRU akan datang..

      Delete
  6. macam mana negeri termaju di malaysia boleh jatuh ke tempat ketiga dan ke empat?? bagaimana negeri2 termaju ini boleh ketinggalan di belakang negeri2 termiskin?? adakah selangor dan pulau pinang sedang menuju kestatus negeri termiskin?

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.