Wednesday, July 31, 2013

Pembangunan Infrastruktur: Kelentong Adalah Kunci Kejayaan Dr Roland

PKR Sabah Secretary cum ADUN N13 Inanam YB Dr Roland Chia urge the Federal Government to expedite disbursement of funds and also to increase allocations to the State of Sabah to improve the infrastructure here. The rakyat wants immediate remedy and not the answer of pending funds from the treasury. Yb Dr Roland Chia was responding to Deputy Minister of Works – Datuk Rosnah Shirlin on the meager allocation of RM50 Million for road works to Sabah last year. The RM50 Million is an insult to Sabahans - Sabahkini

Buat baik berpada-pada, kelentong rakyat jangan SEKALI, maka itu kelentonglah banyak kali.. Mungkin inilah pegangan hidup para pemimpin PKR, atau dalam nama panjangnya Pakar Kelentong Rakyat. Jika benarlah kerajaan hanya memperuntukkan RM50 juta untuk kerja-kerja jalanraya, bagaimana Sabah boleh melepasi sasaran pembinaan jalanraya sejauh 454.8KM dengan pencapaian pembinaan sejauh 555KM pada tahun lepas? Malah pencapaian itu adalah yang tertinggi di Malaysia dimana Semenanjung ditempat kedua dengan pembinaan jalanraya sejauh 520KM dan diikuti Sarawak 478KM pada tahun lepas.

Dr Roland sepatutnya menjelaskan secara terperinci mengenai bentuk kerja-kerja jalanraya yang dilaksanakan melalui peruntukkan RM50 juta itu. Mungkin juga peruntukkan itu hanya melibatkan kerja-kerja pembaikkan seperti menutup lubang dan sebagainya. Penulis tidak pernah lupa dimana Datuk Seri Musa Aman ada mengumumkan peruntukkan sebanyak RM270.63 juta ketika pembentangan bajet negeri 2012.. Itu baru bajet negeri, belum termasuk bajet atau peruntukkan dari kerajaan pusat. Jesteru, lojik kah jika sepanjang tahun lepas, kerajaan hanya memperuntukkan RM50 juta untuk kerja-kerja jalanraya? atau Dr Roland sengaja menyembunyikan fakta sebenar dengan niat mahu mengelirukan rakyat?

Dalam kenyataan Dr Roland, beliau turut menyentuh mengenai masalah kesesakan jalanraya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Namun penulis merasa sedikit heran dan tertanya-tanya, adakah Dr Roland pernah mengikuti perkembangan mengenai aktiviti pembangunan di negeri ini? Jika benar beliau mengambil berat tentang masalah kesesakan jalanraya, bagaimana beliau boleh terlupa untuk mengulas mengenai tindakan Jabatan Kerja Raya Negeri yang telahpun mencadangkan pembinaan 6 jejambat bagi mengatasi kesesakan lalu lintas? Setakat ini, dua jejambat telahpun dibina iaitu di Karamunsing dan Petagas. Jejambat seterusnya akan dibina di Bukit Padang, kemudian disusuli Lido dan Penampang. 

Adakah bagi pemimpin-pemimpin PKR seperti Dr Roland, usaha kerajaan membina lebih banyak jejambat di sekitar bandaraya ini bukan bertujuan untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya?? Atau Dr Roland sengaja menyembunyikan fakta ini supaya mudah bagi beliau meracuni fikiran rakyat agar membenci kerajaan? Walau apapun motifnya, rakyat Sabah tetap dapat melihat sendiri tentang apa yang telah dan belum dilakukan oleh kerajaan tanpa memerlukan bantuan penglihatan dari pemimpin-pemimpin politik pembangkang... 

Satu perkara yang boleh kita anggap sebagai mesej tersirat disini ialah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sememangnya dilahirkan untuk melakukan kerja-kerja membohongi, mengelirukan dan meracuni fikiran rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.