Wednesday, July 3, 2013

Menceroboh Rumah Tidak Sama Dengan Menceroboh Sebuah Negara

KALABAKAN MP Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh lambasted Deputy Home Minister Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaffar over his explanation on why the Government was slow to react to the invasion of Sulu fighters into Sabah in February this year that resulted in 72 deaths, including 10 Malaysian security personnel. 

Since the intruders were from Philippines, the government had to consult Manila in the spirit of Asean, said the deputy minister. "We needed to cooperate with them before doing anything, " he said. Ghapur hit back: "If someone enters my home with weapons, and on top of that, bullies me, will I negotiate? Of course I won't. I will take my shotgun and shoot him. - Daily Express

Cakap memanglah senang, lebih-lebih lagi apabila insiden itu sudah berlalu. Ketika mula-mula pencerobohan dikesan, kenapa Ghapur dan Bung tidak cadangkan supaya pasukan keselamatan menggempur habis-habisan kesemua penceroboh tanpa melalui proses rundingan? Mempertikaikan tindakan kerajaan selepas insiden itu berlaku sememangnya amat mudah berbanding dengan membuat keputusan ketika negara berada dalam situasi kecemasan. Dalam hal ini, mana-mana pihak terutamanya ahli politik atau ahli Parlimen, tidak perlu cuba menjadi hero jika mereka sendiri takut turun padang merasai sendiri suasana perang di Lahad Datu.

Tidak salah apabila Ghapur mengandaikan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana penceroboh yang memasuki rumahnya. Saya juga tidak akan berkompromi dengan penjenayah yang cuba melakukan jenayah keatas diri saya. Namun beliau perlu lihat kes ini dalam konteks yang lebih luas, iaitu melibatkan dua buah negara. Jika Ghapur tidak kisah dengan keselamatan dirinya atau rumahnya, beliau bolehlah bertindak sesuka hati tanpa perlu ada perancangan rapi. Tapi untuk menjaga keselamatan sebuah negara, kerajaan terutamanya kementerian yang berkenaan wajib mengambilkira kepentingan dan keselamatan orang awam. Malah, jika bukan kerana proses rundingan dan siasatan, kerajaan Filipina tentunya tidak akan mengetahui insiden ini dan tidak mungkin kerajaan Filipina akan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia sehingga memaksa mereka menghantar kapal perang untuk menyekat warganya yang cuba membantu pengganas-pengganas Kiram di Lahad Datu.

Seperkara lagi, jika tanpa rundingan atau siasatan mengenai tujuan kedatangan pengganas-pengganas Kiram ini, tindakan tetap tidak boleh dibuat secara serta-merta, kerana lokasi pencerobohan adalah di kawasan perkampungan. Mahu tidak mahu, anggota keselamatan terpaksa menunggu sehinggan lokasi pencerobohan dikosongkan terlebih dahulu. Pendek kata, pasukan keselamatan negara termasuk kementerian yang berkenaan telahpun melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan dan keselamatan orang awam/penduduk kampung dan dalam masa yang sama terus mengekalkan hubungan baik antara kedua-dua negara. Ghapur dan Bung sepatutnya rasa bersyukur kerana atas kecekapan dan keberkesanan tindakan kerajaan, mereka masih berpeluang keluar masuk Dewan Rakyat menghentam tindak tanduk kerajaan dalam banyak perkara.

Andaikata pasukan keselamatan menggempur habis-habisan pengganas Sulu ini ketika hari pertama pencerobohan dikesan, adakah kita akan tahu bahawa dalangnya ialah Sultan palsu Kiram?? Adakah kita akan tahu bahawa terdapat campurtangan Nur Misuari dalam insiden ini?? Dan adakah pihak berkuasa akan memperolehi maklumat mengenai penglibatan pemimpin-pemimpin pembangkang (masih dalam siasatan) negara ini?? Dan tidak mustahil juga bahawa kerajaan akan dikritik hebat oleh puak-puak pembangkang jika kerajaan menggunakan pendekatan "no mercy" terhadap penceroboh sebagaimana puak-puak ini mempertahankan dan membela nasib penjenayah dalam penjara.

Daripada menggunakan kelantangan suara untuk menarik perhatian media terhadap isu-isu yang sudah ditangani, bukankah lebih baik Ghapur dan Bung membangkitkan isu-isu yang belum mendapat perhatian dari kerajaan??

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.