Monday, July 22, 2013

RCI Sabah: Tuduhan Dr Chong sekadar prasangka untuk memburuk-burukkan UMNO

Jawatankuasa khas diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ditubuhkan untuk mencari pendatang haram untuk mendaftarkan mereka sebagai ahli parti bagi memastikan mereka mengundi Barisan Nasional (BN) kata bekas Senator, Dr Chong Eng Leong kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram. - TMI

Hanya kerana UMNO berjaya menumbangkan PBS, maka timbullah pelbagai dakwaan kononnya UMNO telah merekrut pendatang asing untuk mengundi parti itu. Dan hanya kerana kerajaan persekutuan melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendaftarkan kerakyatan ratusan ribu penduduk Sabah, maka timbullah dakwaan bahawa kerajaan yang ditunjangi UMNO ini telah melakukan jenayah berat sehingga negeri ini dibanjiri PATI yang memiliki kad pengenalan. Akhirnya dakwaan, tuduhan atau fitnah itu kekal sebagai kempen politik pihak-pihak yang berkepentingan apabila sehingga hari ini tidak ada yang berani tampil mengemukakan bukti KUKUH bahawa Jawatankuasa Khas yang di ketuai oleh Datuk Seri Musa Aman itu sememangnya bertujuan untuk mendaftarkan kerakyatan warga asing.

Sebelum kita mempercayai tuduhan Dr Chong Eng Leong dan rakan-rakan seperjuangannya, cuba lihat berapa ramai lagi warga Sabah yang yang belum memiliki kad pengenalan. Berdasarkan maklumat terakhir tahun lepas, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Datuk Haji Jaffear Henry mengatakan bahawa terdapat lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan. Walaupun fakta ini disangkal oleh penulis kontroversi Allahyarham Mutalib MD dimana menurut kajiannya lebih 500,000 rakyat Sabah yang berusia 12 tahun ke atas tidak memiliki MyKad, namun fakta ini cukup untuk menjelaskan fungsi sebenar Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Datuk Musa Aman pada tahun 1991.

Jika ditahun 2012, masih ramai warga Sabah yang belum memiliki kad pengenalan, bayangkan bagaimana pula keadaannya pada tahun 1991. Malah berbanding dengan tahun 90an, kemudahan infrastruktur masa kini terutamanya dalam aspek perhubungan jauh lebih baik dari ketika Jawatankuasa yang di ketuai Datuk Musa Aman itu dilaksanakan. Namun fizikal geografi Sabah disamping kemiskinan penduduk tetap menjadi penghalang utama untuk rakyat di negeri ini turun ke pekan berhampiran untuk mendaftarkan kerakyatan mereka. Jesteru, jika masa ini, program pendaftaran kerakyatan secara bergerak masih lagi dianggap relevan, bagaimana pula pada tahun 1991 yang mana pada waktu itu kesukaran dan kesulitan penduduk untuk turun ke pekan lebih perit dirasai?

Walau apa jua Jawatankuasa yang ditubuhkan pada waktu itu, dan walau apapun nama yang diberikan terhadap misi itu, pembangkang atau puak-puak yang berdendam dengan UMNO pasti berusaha merangka apa sahaja cerita putar belit bagi mengelirukan rakyat disamping memburuk-burukkan kerajaan. Perkara yang tidak pernah berlaku, dikatanya pernah berlaku.. perkara yang tujuannya baik untuk rakyat dan negara, dikatanya mengkhianati negara.. pendek kata, puak-puak terdesak ini sentiasa kreatif dalam mencari ruang dan peluang untuk menyerang kerajaan.

Apa yang penulis cuba sampaikan disini adalah, apa sahaja gerakan yang wujud pada waktu itu untuk mendaftarkan kerakyatan penduduk Sabah atau yang seumpama dengan Jawatankuasa Khas yang kononnya diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, ianya tetap sama dengan program bergerak JPN hari ini, dimana objektif penubuhannya sekadar untuk melaksanakan tanggungjawab kerajaan dalam meringankan beban atau mempermudahkan rakyat pada waktu itu dalam urusan pendaftaran kelahiran atau kerakyatan mereka. Jika penubuhan Jawatankuasa ini dipandang serong oleh sesetengah pihak, bagaimana pula dengan pendaftaran bergerak yang dilaksanakan JPN ditahun-tahun sebelum ini? Dan apa pula pendekatan Dr Chong Eng Leong dalam mengatasi masalah penduduk tempatan yang tidak mempunyai kad pengenalan terutamanya yang tinggal jauh di kawasan pedalaman? 

Jika benar berlaku pemberian kerakyatan kepada warga asing pada waktu itu, Dr Chong sepatutnya menuding tepat kemuka pihak yang melakukan kerja-kerja pengkhianatan ini, bukannya meng"kambing hitam"kan pihak yang tidak pernah ditahan dibawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri, (ISA), 1960 sebagaimana yang dilalui oleh pembekal maklumat kepada Dr Chong, Jabar Khan. Bukan sahaja pada tahun 1991, malah sehingga kini masih ada sindiket yang bergiat aktif mengeluarkan IC palsu. Malah, pada tahun lepas juga, pihak berkuasa berjaya membanteras sindiket IC yang turut didalangi oleh pegawai JPN. Jesteru, apa motif Dr Chong menuding jari terhadap pihak yang tidak pernah dibuktikan bersalah melainkan hanya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penjenayah sebenar seperti Jabar Khan?

Dr Chong sepatutnya memuji langkah-langkah membanteras dan mencegah oleh pihak kerajaan. Selain berjaya menghentikan kegiatan "menjual" kedaulatan negara oleh 15 orang pegawai pendaftaran dan 25 orang awam melalui penahanan dibawah akta ISA, kerajaan juga telah melakukan pelbagai aktiviti mengusir sehinggalah kepada penubuhan RCI. Mungkin lebih tepat jika Dr Chong menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang serta NGO yang pro kepada agenda perjuangan mereka kerana tergamak mendesak kerajaan melalui pelbagai kempen dalam dan luar negara sehingga termansuhnya akta ISA yang sebelum ini terbukti berkesan dalam melindungi negara dari kegiatan-kegiatan seumpamanya.

Kesimpulannya, soal mengkhianati negara atau menggalakkan berlakunya jenayah di negara ini, tidak lain tidak bukan adalah pembangkang sendiri. Akta-akta seperti Ordinan Darurat, ISA, akta Hasutan, akta Perhimpunan Aman, semuanya hendak dimansuhkan.. Banduan yang terkurung dalam penjara juga mahu dibebaskan, malah nasib banduan dalam penjara juga sudah menjadi sebahagian daripada agenda perjuangan mereka. Namun apabila berlakunya jenayah-jenayah yang menggugat keamanan dan keharmonian negara, amat mudah pula jari telunjuk mereka menuding tepat kearah UMNO dan kerajaan BN.

Apa-apapun, penulis syorkan supaya para pembaca merenungi hasil penulisan blogger/pemerhati politik tempatan Sabahan DISINI.. Penulis tertarik dan turut bersetuju dengan pandangan pemerhati politik Suara Rakyat bahawa tuduhan Dr Chong mengenai pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah tercetus ekoran perasaan buruk sangka yang semakin menebal dihati Dr Chong selepas bekas parti yang diwakilinya (PBS) berjaya ditumbangkan UMNO pada tahun 1994. Agaknya sehingga kehari ini, Dr Chong masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan itu sama seperti Anwar Ibrahim. Begitulah lumrah politik pembangkang di Malaysia.. Bila menang, semuanya betul, bersih, jujur, telus, dan sebagainya.. Bila kalah, bermacam-macam jenis tuduhan dibangkitkan termasuklah perkara-perkara yang berlaku puluhan tahun dulu..

1 comments:

  1. Mungkin Penulis ini hanya duduk di dapur atau tidak tercium ketiaknya berbau,memang 1000% kebenaran yang diutarakan oleh DR Chong Eng Leong,sebagai bukti PRU 13 yang baru lalu apa bila berduyun-duyun PTI berkampung di pejabat UMNO keningau sehari sebelum pengundian dan selepas pengundian semua penjual rokok haram daan penjahit kaki lima bercalit jari telunjuk dengan dakwat SPR yang bermaksud telah mengundi...kalau hanya duduk dirumah atau katak di bawah tempurung jangan pandai menulis

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.