Thursday, August 8, 2013

Cubaan Junz Wong menghalang pertumbuhan industri perikanan Sabah

DAP Sabah menggesa Kementerian Pertanian untuk menjelaskan mengapa agensi kerajaan negeri, Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA), yang merupakan anak syarikat Kementerian Pertanian Sabah dan Kementerian Industri Makanan, telah menswastakan perkhidmatan sejak awal tahun ini untuk menambah lebih banyak beban kewangan kepada pengusaha industry perikanan. - Sabahkini

Bermacam-macam cara dilakukan Junz Wong untuk melingkupkan syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kementerian.. sebelum ini beliau menuduh kononnya terdapat kapal nelayan Vietnam di jeti SAFMA, beliau turut menuduh kononnya nelayan warga Vietnam menggunakan cara terlarang untuk menangkap ikan.. Namun semua tuduhan itu lenyap begitu sahaja tanpa sebarang bukti kukuh dari beliau. Kini Junz tampil pula dengan tuduhan baru kononnya SAFMA cuba menghalang pertumbuhan industri perikanan sedangkan beliau tahu bahawa jika bukan kerana SAFMA, Sabah tidak mungkin menjadi antara pusat pengeluar ikan dan hidupan laut terbaik di rantau Asia.

Kenapa hanya syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan kementerian sahaja yang dikritik hebat oleh Junz Wong? Bagaimana dengan syarikat-syarikat lain di bandaraya Kota Kinabalu terutamanya yang dipelopori oleh kaum DAP? Junz tidak perlu bersikap double standard jika mahu semua harga barang di negeri ini turun mendadak. Selain menghitung keuntungan SAFMA, beliau juga sepatutnya menghitung keuntungan syarikat-syarikat lain di sekitar bandaraya KK. Sanggupkah Junz mengarahkan semua syarikat-syarikat di KK supaya meminimumkan keuntungan mereka agar rakyat tidak terbeban?

Sebelum Junz mencampuri urusan dalaman SAFMA, beliau sepatutnya melihat harga ikan SAFMA terlebih dahulu. Sekiranya harga ikan benar-benar meningkat, barulah ada keperluan untuk beliau mendapatkan penjelasan dan penyelesaian dari pihak SAFMA. Jika kita baca keseluruhan kenyataan yang dibuat oleh Junz, beliau hanya menghitung keuntungan SAFMA sedangkan fakta mengenai harga ikan tidak langsung disentuh oleh beliau melainkan sekadar MENJANGKAKAN bahawa ianya akan naik.

Bagi penulis, peningkatan harga perkhidmatan tidak mustahil akan berlaku di SAFMA kerana agensi itu turut menyedia kemudahan-kemudahan sampingan yang lain seperti pemasaran, pengangkutan, penyimpanan dan penyejukan. Malah SAFMA yang kini semakin popular dikalangan warga Kota Kinabalu berikutan harga ikan yang cukup murah turut akan dibuka disemua daerah di Sabah. Untuk membuka cawangan-cawangan ini pula pastinya memerlukan dana yang besar. Jesteru, bagaimana misi itu boleh dicapai jika pemimpin politik seperti Junz berusaha mendesak agensi itu supaya meminimumkan keuntungan mereka?

Selain SAFMA, masih banyak jeti-jeti pendaratan ikan di negeri ini samada yang diuruskan secara persendirian mahupun oleh syarikat-syarikat swasta. Oleh itu, jika benar pengusaha industri perikanan terbeban dengan harga air dan ais di SAFMA, kenapa mereka tidak beralih ke jeti-jeti pendaratan ikan yang lain sahaja? Dan kenapa mesti Junz Wong yang meroyan, bukan pengusaha-pengusaha industri ikan.. adakah Junz juga nelayan sepenuh masa yang menggunakan perkhidmatan di SAFMA?

Seperkara lagi, memandangkan perkhidmatan air dan ais telah diswastakan oleh SAFMA, bermakna sebarang kelemahan mengenai kedua-dua perkhidmatan tersebut tidak patut ditanggung oleh SAFMA. Junz sepatutnya menuding kearah pihak-pihak yang menyediakan perkhidmatan itu, dan sebarang cadangan penambahbaikkan juga perlu ditujukan kepada mereka.. Jesteru, kenapa mesti SAFMA yang dipersalahkan? adakah kerana SAFMA dibawah agensi kerajaan? atau kerana pengerusi SAFMA adalah YB Datuk Jaujan Sambakong?

BUKANKAH TINDAKAN JUNZ WONG MENCAPURI URUSAN DALAM SAFMA BOLEH DISIFATKAN SEBAGAI MEMBUNUH INDUSTRI PERIKANAN?? LAGI LAH PERTUMBUHAN INDUSTRI ITU TERBANTUT JIKA SEGALA PERKHIDMATAN DISEDIAKAN SECARA PERCUMA ATAU MENGIKUT HARGA TERMURAH..

1 comments:

  1. Si CINA DAP-ANJINGKURAP ini saya syaki tujuannya. nak MENJATUHKAN kaum Nelayan Islam/Bumiputera! Mereka tahu kpg-kpg nelayan PUSAKA kita adalah kubu kuat umat Islam/Bumiputera, terutamanya yg miskin!

    MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.