Friday, August 2, 2013

RCI: Dulu Bantah Sekarang Sokong

KOTA KINABALU - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan awal kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, di Kuala Lumpur esok. Mengesahkan demikian, Anwar berkata beliau sedia bekerjasama sepenuhnya kepada panel RCI demi kebaikan dan kepentingan semua. "Keterangan saya hanya berkisar tentang apa yang saya tahu dan apa yang saya tidak tahu (mengenai isu pendatang tanpa izin di Sabah) semasa saya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu," - Bernama

Anwar kata dia menawarkan diri untuk memberikan keterangan dan akan bekerjasama sepenuhnya kepada panel RCI demi kebaikan dan kepentingan semua. Namun, kenapa Anwar bantah penubuhan RCI ketika Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengusulkan cadangan itu pada tahun 1994? Apa yang perlu Anwar risau pada waktu itu jika benar beliau tidak bersalah atau terlibat dengan projek IC atau kebanjiran warga asing di Sabah? Dakwaan ini bagaimanapun dinafikan oleh Anwar dengan menuduh pihak yang membangkitkan tuduhan itu sebagai alat rendah umno. Namun, satu perkara yang masih menjadi tanda tanya ialah, kenapa Anwar hanya nafikan perkara itu tetapi tidak memfailkan saman sebagaimana kebiasaan dilakukan oleh beliau terhadap pihak yang membuat tuduhan? Bukankah Anwar mempunyai barisan peguam handalan yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk Anwar sekiranya orang tua keparat ini difitnah?

Hari ini, 2 Ogos 2013, Anwar selamat memberikan keterangan dihadapan panel RCI, namun seperti yang dijangka, Anwar sekadar menafikan penglibatan beliau dalam skandal projek IC berkenaan dan dalam masa yang sama cuba mengaitkan 3 individu lain yang tidak dinamakan sebagai dalang sebenar. Anwar turut mengakui bahawa beliau tahu mengenai kewujudan skandal projek IC ini dan tahu siapa yang terlibat atau mendalangi skandal tersebut. Jesteru, kenapa beliau menolak cadangan penubuhan RCI yang dicadangkan oleh pemimpin PBS satu ketika dulu? Jika benar beliau tahu bahawa projek IC ini sememangnya wujud; sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, apa peranan beliau apabila Sabah dibanjiri oleh warga asing yang memiliki IC? Ketika berkuasa, beliau enggan melakukan apa-apa tindakan untuk memperbaiki keadaan, namun selepas bergelar pembangkang, barulah orang tua ini beriya-iya mahu memberikan keterangan dihadapan panel RCI.. Nampak sangat betapa hipokritnya Anugerah Tuhan kebanggaan Pakatan Rakyat ini..

Berdasarkan pendedahan dibeberapa buah blog, ketika zaman kegemilangan Anwar, beliau gemar menghamburkan wang ringgit untuk membeli seberapa banyak pemimpin Sabah untuk dijadikan proksi beliau. Tidak cukup dengan itu, Anwar turut menggunakan kuasa wang ringgit bagi tujuan mendaftarkan kerakyatan pekerja asing di negeri ini (DISINI). Strategi Anwar pada waktu itu memang cukup licik, tersusun dan penuh bergaya dimana akhirnya PBS berjaya ditumbangkan dan beliau sendiri berjaya merebut jawatan Timbalan Perdana Menteri. Maka tidak heranlah kenapa Anwar menolak penubuhan RCI pada tahun 1994... Sekiranya beliau menerima cadangan itu, sudah tentu beliau akan ditahan dibawah akta ISA atau beliau terpaksa berputih mata kerana cadangan yang diusulkan PBS itu bakal memusnahkan hasrat beliau untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Umno..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.