Monday, August 19, 2013

Siapa Dalang Melaga-Lagakan Salleh dan Musa Aman?

"Salleh yang semakin mendesak agar Musa bertanding sebenarnya mempunyai tujuan peribadi kerana sekiranya Musa Aman kalah, maka Salleh akan memulakan lagi 'permainan'nya yang akan menunjukkan bahawa Musa gagal dan tidak diterima akar umbi parti maka sudah tentu beliau dan 'konco-konconya' akan mendesak supaya Ketua Menteri itu berundur dan meletakkan jawatan." - Sabahkini

Siapakah gerangannya penulis artikel ini yang begitu handal membaca fikiran manusia,, siap mengabadikan hasil telepati beliau kedalam portal Sabahkini untuk tatapan minda seluruh rakyat Malaysia? Jalan ceritanya tidaklah cukup sempurna kerana keseluruhan isinya hanyalah bergantung kepada spekulasi yang biasa digunakan oleh ahli-ahli politik untuk memecahbelahkan parti lawan. Entah bagaimana penulis ini boleh membayangkan bahawa sokongan Datuk Salleh terhadap Datuk Musa Aman mempunyai maksud lain yang layaknya dipanggil sebagai PERANGKAP untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Musa Aman sedangkan penulis itu sendiri tahu bahawa bukan Datuk Salleh sahaja yang menyuarakan sokongan sedemikian terhadap Datuk Musa Aman. Samada penulis ini berada dibawah pengaruh dadah ketika menulis artikel tersebut atau sebaliknya, yang pasti pandangan beliau sukar untuk diterima berdasarkan logik akal.

Mungkin disebabkan terlalu cemburu kerana ramai pihak yang tidak henti-henti menyokong supaya Datuk Musa bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, maka penulis tersebut lantas cuba menafikan sokongan itu dengan menimbulkan spekulasi bahawa sokongan yang diberikan kepada Datuk Musa adalah perangkap untuk menjatuhkan beliau. Cerita karut seperti ini memang sentiasa kedengaran dalam politik Malaysia, samada dilakukan oleh pihak lawan, mahupun orang dalam parti itu sendiri.. atau mungkin juga dilakukan oleh sebilangan penyokong yang taksub dengan perjuangan politik pihak tertentu sehingga sanggup diperkudakan untuk kepentingan mereka.

Sebagaimana yang dispekulasikan sebelum ini, Shafie Apdal juga pernah menyimpan niat mahu merampas jawatan Ketua Menteri Sabah. Samada cerita ini benar atau tidak, buatlah pertimbangan sebagaimana anda mempertimbangkan cerita karut Senja Permai seperti dalam pautan diatas. Namun malangnya Shafie tidak mendapat sokongan padu dikalangan pemimpin Barisan Nasional di negeri ini. Maka, tidak mustahil, apabila timbul sokongan luar biasa terhadap Datuk Musa Aman untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, Shafie sebagai Menteri Kabinet Persekutuan tentunya rasa tercabar dan dengan serta-merta mengarahkan macai-macainya untuk melaga-lagakan Salleh dan Musa bagi menghalang pengaruh Musa sampai ke Persekutuan.

Berbanding dengan Salleh, Shafie lebih berpotensi menjadi gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut ekoran banyak tindak tanduk beliau sebelum ini yang boleh disifatkan sebagai membelakangkan kerajaan negeri. Sementara Salleh pula sejak dari dulu memang menyokong penuh kepimpinan Datuk Musa Aman setelah menyaksikan sendiri prestasi dan reputasi Musa yang begitu cemerlang sepanjang 10 tahun mentadbir negeri ini. Jesteru, tidak patut timbul soal PERANGKAP apabila Salleh menyuarakan sokongannya terhadap kepimpinan Datuk Musa kerana sebagai pemimpin tempatan yang duduk dibawah payung yang sama, sudah menjadi tanggungjawab beliau menyokong sesiapa sahaja dikalangan rakannya untuk bertanding jawatan itu.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.