Friday, November 30, 2012

Zuraida tukang lobi, Rafizi tukang lulus

Team Perompak sedang melakukan rutin harian (putar belit & fitnah)
"Selama ini Zuraida dan Rafizi mempotretkan diri mereka sebagai orang yang penuh intergriti dan menyerang Nazri Aziz kerana anaknya menggunakan kenderaan milik Michael Chia.

Jadi bagaimana pula dengan Zuraida yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh sebuah syarikat ? Harus diingat, kenderaan itu bukan digunakan oleh anak Zuraida, tetapi oleh Zuraida sendiri. Untuk tujuan apa syarikat berkenaan menyediakan kenderaan mewah yang berharga ratusan ribu untuk kegunaan Zuraida ? Sudah tentu ada udang di sebalik batu!" - Sel13.com

  • Minggu lepas kami telah mendedahkan tentang koleksi kereta terakhir yang dibeli oleh anak kelahiran Bengkulu, Sumatera Indonesia itu semenjak bergelar YB adalah Mercedes Benz E240 yang didaftarkan pada 24.05.2012.
  • pada 25.11.2012 seorang ahli PKR di Ampang yang menjadi mata-mata kami untuk memerhatikan pergerakan Zuraida, melaporkan kepada kami pada hari berkenaan Zuraida ada beberapa program di Ampang.
  • Pergerakan Zuraida pada hari itu menggunakan sebuah kereta Mercedes Benz E200 CGI.
  • Seorang hadirin sempat bercakap dengan Zuraida dan bertanyakan kepada beliau tentang pendedahan kami berhubung kemampuannya membeli kereta-kereta mewah. Zuraida menjawab kereta Mercedes yang kami dedahkan bukan keretanya dan menunjukkan kereta Mercedes yang beliau gunakan pada hari itu sambil berkata itu kereta orang bagi pakai (pinjam).
  • Semakan kami ke atas kenderaan yang digunakan oleh Zuraida pada hari berkenaan mendapati kenderaan itu didaftarkan di atas nama sebuah syarikat yang berpejabat di Serdang.
         Nombor kenderaan : WTP 1970
         Model : Mercedes Benz E200 CGI
         Pemilik : Automated Contactless Systems Sdn Bhd

 

Selama ini Zuraida dan Rafizi mempotretkan diri mereka sebagai orang yang penuh intergriti dan menyerang Nazri Aziz kerana anaknya menggunakan kenderaan milik Michael Chia.

Jadi bagaimana pula dengan Zuraida yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh sebuah syarikat? Harus diingat, kenderaan itu bukan digunakan oleh anak Zuraida, tetapi oleh Zuraida sendiri. Untuk tujuan apa syarikat berkenaan menyediakan kenderaan mewah yang berharga ratusan ribu untuk kegunaan Zuraida? Sudah tentu ada udang di sebalik batu!

Zuraida seorang wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR. Walaupun beliau tiada kuasa meluluskan projek tetapi beliau mempunyai kuasa melobi atau menjadi broker yang membawa projek syarikat-syarikat tertentu untuk diluluskan.

Kebetulan beberapa hari lepas kami menemui sekumpulan wanita PKR. Dalam pertemuan itu mereka menceritakan kepada kami tentang sikap buruk Zuraida yang melobi projek di sana sini atas nama wanita PKR. Kononnya komisyen yang akan beliau dapat akan digunakan untuk menggerakkan wanita PKR. Bukan sahaja di Selangor malah hingga ke Pulau Pinang.

Zaman kemewahan Zuraida adalah ketika Rafizi berada di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Prosedur di Selangor menetapkan setiap projek yang hendak dikemukakan kepada kerajaan negeri perlu dihantar kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor untuk dinilai dan dicadang supaya diluluskan. Di sana Rafizi yang banyak memainkan peranan untuk melobi Anwar bagi meluluskan sesuatu projek. Masalah ‘terlebih makan’ telah membuatkan Rafizi bermasalah dengan Pejabat MB Selangor terutamanya dengan Faekah Hussin, yang akhirnya menyaksikan Rafizi telah meletak jawatan.

Menurut seorang wanita PKR, apa yang terjadi kepada Zuraida sekarang adalah bala hasil dari beliau memakan wang yang sepatutnya menjadi milik parti. Menurut mereka lagi sebab itu sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin wanita PKR yang tampil mempertahankan beliau apabila kemampuan luar biasanya terdedah.
Nazri dan Musa Aman telah menjelaskan secara panjang lebar berkenaan dengan hubungan mereka dengan Micheal Chia. Hummer yang digunakan oleh anak Nazri juga sudah dijelaskan, dan wang rm40 juta itu juga sudah disiasat dan hasil siasatan mendapati wang itu adalah sumbangan politik yang sudahpun dimasukkan ke akaun umno (bukan akaun peribadi menteri sebagaimana yang didakwa pembangkang).

Sekarang giliran Rafizi dan pemimpin-pemimpin pembangkang pula menjelaskan apa kaitan Zuraida dengan syarikat yang meminjamkan Mercedes Benz E200 CGI kepada Zuraida. Dan kenapa dana yang sepatutnya disalurkan kepada parti digunakan untuk membiayai kemewahan Zuraida? Sekiranya dakwaan ini tidak benar, Rafizi patut ambil tindakan undang-undang terhadap blogger Sel13 memandangkan beliau juga turut dikaitkan dengan kemewahan Ketua Wanita PKR ini.

21 comments:

  1. Memang wajar salahlaku pembangkang pun didedahkan.dedah jangan tak dedah!!

    ReplyDelete
  2. Kita tengok lepas PRU ni dorang nak buat apa pula atau mereka hanya berabis nak bagi persepsi negatif sebelum tiba PRU saja.

    ReplyDelete
  3. kedua mereka jika bergabung mmg hebat buat penipuan.

    ReplyDelete
  4. UMUM TELAH MENGETAHUI ASET DAN HARTA YANG DIKUMPULKAN OLEH AHLI PARLIMEN AMPANG ZURAIDAH MAK LAMPIR YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN KAYA RAYA APABILA TUAH DATANG MENYONDOL SEJAK 4 TAHUN LEBIH YANG LALU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BARANGKALI INILAH YANG DINAMAKAN KETELUSAN DAN TIADA KETIRISAN SEPANJANG SI TUA INI BERKUASA DAN MENGUASAI KEPIMPINAN TERTINGGI PENTADBIRAN MPAJ .

      Delete
    2. KISAH KERAKUSAN DAN KETAMAKAN ZURAIDAH TELAH TERBUKTI APABILA JENTERA2 DAN BIDAK2 MPAJ YANG SENTIASA MENGIKUT TELUNJUK DAN KEMAHUAN BELIAU SEHINGGA MAMPU MEWAH SEBEGINI RUPA..SEDANGKAN ASALNYA BELIAU HANYA SEORANG PENJUAL "BUAH" DI TEPI JALAN SEKITAR AMPANG.

      Delete
    3. PATUTLAH KAYA.. RUPANYA HASIL DARIPADA SEKECIL2 SEBUTHARGA SEHINGGALAH KEPADA TENDER BESAR MPAJ TERMASUK SOLID N CLEANSING MANAGEMENT ALAM FLORA..HABIS DISAPU OLEH ZURAIDAH KAMARUDDIN..

      Delete
  5. Pendedahan yang dibuat oleh portal SEL13.COM tentang Mak Lampir Ampang, Zuraidah Kamaruddin, rupa-rupanya membuatkan Ketua Wanita PKR yang busuk hati perutnya itu, tersentak. Lakonannya selama ini telah terbongkar, dan apabila dia memberikan penjelasan bagaimana dia boleh mengumpulkan kereta-kereta mewah dalam tempoh empat tahun bergelar Ahli Parlimen, sekali lagi penjelasannya mendedahkan kemunafikannya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata Mak Lampir, sebelum dia jadi Ahli Parlimen, dia memang dah ada kereta lebih dari sebiji. Bagaimanapun dia tidak menafikan yang keretanya cumalah berjenama Kancil

      Delete
    2. kononnya dia membeli Toyota Hilux dengan 'trade-in' kereta NAZA, kononnya untuk memudahkan dia melawat kawasan. Manakala sebuah lagi Toyota Hilux, dibeli oleh seorang kawannya dengan menggunakan namanya kerana nama kawannya itu telah disenaraihitamkan.

      Delete
    3. Mak Lampir boleh cakap atau memberikan penjelasan apa-apa sahaja tentang pemilikan kenderaan-kenderaannya itu. Sebenarnya tiada sesiapa pun yang kisah kerana ini negara Malaysia. Dan Malaysia adalah sebuah negara terbuka. Siapa yang kuat berusaha - tak kiralah dengan jalan apa usahanya itu - akan dapat mencapai cita-cita yang diidamkan.

      Delete
    4. Selama ini, Mak Lampir sering memberitahu orang ramai kononnya, Malaysia zalim, kerajaan UMNO penindas, UMNO menyekat orang Melayu maju, UMNO itu UMNO ini tetapi Mak Lampir sendiri telah membuktikan, biarpun berstatus pendatang yang diberikan kerakyatan, Mak Lampir boleh memiliki kekayaan dan kemewahan tanpa diganggu gugat oleh mana-mana orang tempatan.

      Delete
    5. Dan yang lebih menarik ialah, dalam ceramah bukan main lagi Mak Lampir menceritakan tentang salah guna dan salah laku, terpekik terlolong tentang AP kereta yang kononnya dibolot dan hanya dinikmati oleh orang-orang tertentu.

      Delete
    6. Alih-alih Mak Lampir sendiri beli kereta menggunakan AP yang diperuntukkan untuk Ahli Parlimen. Pandai pulak Mak Lampir ambil kesempatan dengan keistimewaan yang diberikan dan diperuntukkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.

      Delete
    7. Sepatutnya kalau tak suka, tak payahlah gunakan AP tu. Pulangkan balik dan beli kereta sebagaimana orang biasa beli.

      Delete
    8. Tapi rupa-rupanya makhluk bernama Mak Lampir asal pendatang ini adalah manusia munafiq. Kena kat orang, dialah yang paling kuat terpekik terlolong. Kena kat batang hidung sendiri, orang lain pula yang dipersalahkan.

      Delete
  6. kelibat Zuraida di kawasannya sukar dilihat. Dia sebaliknya terlalu banyak terlibat dengan aktiviti partinya sahaja. Nasib penduduk yang diwakilinya terabai.

    ReplyDelete
  7. Kes-kes jenayah begitu meningkat di kawasan Ampang, terutama selepas kemenangan PKR.

    ReplyDelete
  8. Samseng-samseng berbangsa India begitu menjadi-jadi dan menjadikan daerah Ampang sebagai wilayah samseng dan jenayah

    ReplyDelete
  9. Ampang secara total berada di bawah kawalan Pakatan Rakyat. Dengan kerusi Parlimennya dimenangi oleh Zuraida dari PKR, kerusi DUN Bukit Antarabangsa pula dimenangi oleh Azmin Ali, juga dari PKR manakala kerusi Lembah Jaya dimenangi oleh Khasim Abd. Aziz dari PAS.

    ReplyDelete
  10. Nampaknya penduduk dan pengundi Ampang telah memilih perwakilan yang SANGAT MALAS turun padang untuk meninjau masalah rakyat.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.