Thursday, August 29, 2013

Jeffrey Ambil Jalan Selamat Bidas Pemimpin BN Sabah dan Sarawak

Anggota kabinet dari Sabah dan Sarawak masih berdiam diri ketika kerajaan menguatkuasa larangan kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah 'Allah'. Veteran politik Sabah Jeffrey Gapari Kitingan berkata perkara itu menunjukkan ketakutan para pemimpin BN Sabah dan Sarawak untuk bersuara, bukan sahaja mengenai isu kalimah 'Allah' tetapi juga kepada isu lain yang berkaitan Malaysia Timur. - Sabahkini

Jeffrey juga sebenarnya takut berjuang mempertahankan penggunaan kalimah "Allah" kepada penduduk bukan Islam di negara ini.. Keberanian yang beliau tunjukkan hanyalah sekadar mengkritik pihak-pihak yang disifatkannya sebagai gagal memperjuangkan isu tersebut.. Jika Jeffrey berani sangat memikul isu sensitif ini sebagai agenda politik beliau, kenapa kita tidak pernah lihat Jeffrey membawa sepanduk atau turun naik mahkamah mempertahankan supaya kalimah itu boleh terus digunakan oleh penduduk bukan Islam?

Sebelum Jeffrey mengkritik pemimpin-pemimpin dalam BN Sabah, beliau sepatutnya menilai peranan beliau terlebih dahulu.. Apa gunanya Jeffrey berada dalam gelanggang politik jika beliau hanya memerhatikan apa yang sedang berlaku.. kemudian apabila "perang" sudah selesai barulah dia tampil kehadapan membuat kesimpulan mengenai siapa yang gagal..

Sebagai veteran politik, Jeffrey sepatutnya faham implikasinya apabila isu-isu sensitif seperti agama dipolitikkan.. Majoriti rakyat negara ini mahukan supaya isu sensitif ini tidak diheret ke gelangang politik.. Kalaupun Jeffrey mahu meraih populariti, masih ada banyak isu lain yang boleh beliau bangkitkan selain daripada isu-isu mengenai agama. Malahan Jeffrey sendiri tidak begitu agresif ketika isu ini sedang hangat diperdebatkan.. Jesteru, kegagalan itu sepatutnya turut dipikul sama oleh Jeffrey memandangkan beliau juga antara pemimpin politik di negeri ini yang berjaya mendapat kepercayaan rakyat bagi mengetengahkan masalah atau apa sahaja kesulitan mereka diperingkat negeri dan pusat.

Bukan sahaja pemimpin-pemimpin BN, malah pembangkang juga akan berhati-hati apabila mengulas atau menunjukkan pendirian mereka mengenai isu ini.. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. Sebab itu juga Jeffrey sekadar mengambil jalan selamat dalam mengulas isu ini dengan menuduh pihak lawan kononnya berdiam diri sedangkan beliau sendiri tahu bahawa isu ini terlalu sensitif untuk dipolitikkan.. Jika Jeffrey berani, beliau sepatutnya memasukkan sekali agenda mewujudkan negeri bukan Islam dalam manifesto pilihanraya STAR..

1 comments:

  1. Jeffrey Kitingan,presiden STAR (parti berpangkalan di Sarawak,dihidup semula oleh Jeffrey utk survival politik beliau di Sabah)memang tak berprinsip.Melompat parti adalah mainan beliau.

    Beliau menelajah seluruh Sabah dan Sarawak menjual agenda Borneo Front.Berhujah atas dasar memorandum 18-points utk Sarawak dan 20-points utk Sabah Jeffrey menyuarakan ketidakpuasan beliau.Kononnya Borneo United Front yg beliau perjuangkan adalah usaha menyatukan bumiputera Swak n Sabah menentang BN yg didakwa gagal memenuhi memorandum tersebut.Peliknya semasa beliau memegang jawatan menteri kerajaan PBS Sabah beliau tak menyuarakan isu2 tersebut.

    Abang beliau pun tak sebulu dgn Jeffrey.Politik extreme yg dimainkan Jeffrey tidak baik utk rakyat yg pentingkan keharmonian rakyat.Jeffrey meracuni fikiran bumiputera Swak n Sabah dgn tipu helah dan salah tafsiran perihal banyak hal.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.