Friday, March 21, 2014

DBKK bertindak seperti ‘Tuhan’

KOTA KINABALU: Bekas Setia Usaha Kerajaan (SUK) negeri Sabah, Herman Luping kesal dengan tindakan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menghantar notis roboh ke atas rumahnya di lereng bukit Signal Hill yang dikatakan ‘mencerobohi’ kawasan terbuka milik kerajaan.

Beliau juga menyatakan struktur yang dimaksudkan dalam notis roboh adalah ruang letak kereta, tangga dan lorong laluan masuk ke rumahnya yang merupakan struktur penyokong untuk mengelakkan rumahnya daripada runtuh.

Herman ketika ditemui, juga menegaskan, rumahnya yang dibina sejak 30 tahun yang lalu mendapat kelulusan pembinaan daripada pejabat majlis tempatan yang ketika itu dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK).

Herman percaya notis roboh dikeluarkan ekoran tindakan beliau bersama sama dua pemilik rumah memohon semakan kehakiman (judicial review) ke atas projek pembinaan kondo mewah 15 tingkat.

Herman, yang juga bekas peguam negeri Sabah berkata, tindakan DBKK adalah untuk menggangu usaha mereka untuk memastikan pihak pemaju dan DBKK mematuhi peraturan dan undang undang dalam kelulusan pembinaan bangunan.

“Pada dasarnya saya tidak menentang pembangunan dan tidak membantah sesiapa pemilik tanah memajukan kawasannya, tetapi sepatutnya mematuhi segala garis panduan dan undang undang yang telah digubal dan tidak mencemar nama baik kerajaan,” katanya yang merupakan pengikut setia kerajaan Barisan Nasional.

Beliau juga, mendakwa cara pentadbiran DBKK seakan akan seperti ‘god almighty’ dan ‘mini Napoleon’ yang bermaksud perlakuan seperti Tuhan dan seorang ketua tentera Perancis, Napoleone Buonaparte ketika abad ke 17.

Herman kesal, pihak DBKK tidak datang berbincang dengan mereka terlebih dahulu sebelum menghantar akan notis roboh yang dikatakan tidak masuk akal kerana telah mendapat kelulusan daripada majlis tempatan ketika itu.

Beliau juga percaya, DBKK telah memberikan kawasan terbuka itu kepada pihak pemaju untuk dijadikan sebuah taman yang merupakan sebahagian daripada perancangan pembinaan kondo mewah 15 tingkat tersebut.

Selain daripada itu, dua pemilik lain juga mendapat notis roboh ke atas jalan yang di bina dan struktur tempat letak kereta yang merupakan satu satunya jalan masuk ke dalam kediaman mereka.

“Saya terkejut dan sedih menerima layanan sedemikian dari pihak DBKK,” kata Ratna Arif, jurucakap bagi kumpulan yang sebelumnya telah memohon perintah semakan kehakiman terhadap sebuah project pembangunan 15 tingkat yang dipercayai haram.

Seterusnya, beliau mejelaskan rumah yang mereka tinggal dibina lebih dari 30 tahun yang lalu dan suaminya telah membeli rumah tersebut beberapa tahun yang lalu.

Menurut Ratna, pembinaan kondo mewah 15 tingkat bersebelahan gagal mengikut garis panduan peraturan dan undang undang kerana ia terletak di pinggir cerun bukit, tambahan kawasan tersebut adalah kawasan perlindungan rabung (ridge conservation).

“Kami menerima kebenaran dari pihak mahkamah pada Mac 2013 berhubungan perintah semakan untuk kelulusan projek pembangunan tersebut,” katanya

Namun, semasa sidang mahkamah berlangsung pada bulan Julai, mereka menerima surat notis dari DBKK yang mendakwa tanpa apa apa maklumat dan alasan, bahawa rumah mereka dan sepanjang jalan telah diperiksa dan didapati gagal mematuhi peraturan binaan dan garis panduan.

Oleh itu, mereka telah menulis kepada DBKK, meminta penjelasan akan dakwaan tersebut serta jenis peraturan, undang – undang dan garis panduan yang mereka telah langgar.

Mereka juga meminta DBKK menyediakan maklumat akan kelulusan pembinaan dari pihak berkuasa tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Kami sekali lagi membuat permohonan perintah semakan kehakiman apabila mendapat tahu bahawa projek pembinaan kondo masih diteruskan walapun Lembaga Pusat Perancangan Bandar (Town and Planning Central Board) telah meminta DBKK untuk menolak kebenaran pembinaan,” katanya

Oleh kerana itu, pihak DBKK sekali lagi mengeluarkan notis perobohan dan memberi masa 14 hari untuk pemilik rumah membuka struktur tersebut atau menghadapi hukuman undang-undang.

Ratna yang hairan akan tindakan pantas DBKK terhadap mereka, tetapi permintaan mereka untuk mendapatkan maklumat kelulusan tersebut tidak dijawab oleh Datuk Bandar telah menyeret selama 7 bulan.

Ratna mendakwa bahawa DBKK gagal mempertimbangkan ketiadaan struktur tersebut akan menyebabkan rumah mereka runtuh dan juga tanah runtuh di sebahagian Bukit Bendera.

“Saya merasakan Datuk Bandar guna taktik ini untuk menakutkan kami,” katanya dan menjelaskan usaha pemilik rumah membawa perkara ini ke mahkamah adalah untuk memastikan akauntibiliti dan ketelusan.

Beliau kesal akan kegagalan pihak berkuasa bertindak akan mengikuti perintah Lembaga Pusat Perancangan Bandar (Town and Planning Central Board) tetapi sebaliknya menggunakan taktik menakutkan kepada mereka.

“Kami tidak percaya mana mana pembayar cukai tanah yang waras dapat menerima tindakan buli ini terutamanya dari pegawai kerajaan,” Ratna menambah.

Oleh itu, mereka telah membawa perkara ini pada perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Junz Wong.

Dengan ini, pemilik rumah berharap akan mendapat penjelasan dari pihak DBKK yang gagal menarik balik kelulusan kepada pihak pemaju kondominium tetapi sebaliknya mengenakan tindakan kepada pemilik rumah yang telah wujud lebih dari 30 tahun.

Junz Wong dalam kenyataan medianya berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPDKT) dan DBKK menjelaskan tindakan mereka atau ini akan dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa kepada mereka yang berani mencabar pihak berkuasa.

FMT Borneo Plus

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.