Showing posts with label Datuk Masidi Manjun. Show all posts
Showing posts with label Datuk Masidi Manjun. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Penubuhan ESSCOM Rangsang Ekonomi Sabah

ESSCOM Mampu Tingkat Keyakinan Pelabur Asing Di Sabah

Kawasan Keselamatan Khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah yang akan dikenali sebagai Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), mampu meningkatkan keyakinan pelabur asing ke Sabah.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi berkata pelaksanaan kawasan itu sebagai pusat kawalan keselamatan akan meningkatkan keamanan di Sabah dan mewujudkan suasana kondusif untuk merangsang penjanaan ekonomi di negeri itu.

"Ini akan dapat meyakinkan pelabur asing untuk membuat pelaburan di negeri ini terutama di kawasan pantai timur Sabah yang mempunyai potensi dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan dan perkhidmatan," katanya kepada Bernama.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu.

Isnin lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa berkata penggunaan nama ESSCOM telah dipersetujui oleh Najib yang akan mengumumkan perincian butiran lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Lahad Datu akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.

Langkah itu untuk memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa dalam soal kedaulatan negara, kerajaan akan melakukan apa saja bagi menjamin keamanan dan kedaulatan negeri itu.

Salleh berkata harapan beliau adalah untuk melihat 308,000 penduduk di dalam kawasan parlimen Silam untuk turut merasai nikmat kemajuan ekonomi setelah pelaksanaan ESSCOM.

"Malah saya juga yakin kepada 52,054 pengundi di kawasan saya akan memilih Barisan Nasional kerana parti ini terbukti melaksanakan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," katanya.

Terdapat tiga Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Silam iaitu Tungku, Lahad Datu dan Kunak. - Bernama

ESSCOM Dapat Tingkat Keyakinan Industri Pelancongan Sabah

Penubuhan kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400km di pantai timur Sabah akan terus meningkatkan keyakinan pelancong serta pemain industri termasuk pengendali pelancongan pulau.

Menteri Pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata penubuhan Eastern Sabah Securtity Command (ESSCOM) menunjukkan bahawa kesejahteraan dan keselamatan merupakan keutamaan kerajaan 'walaupun pada hakikatnya Sabah sepanjang masa menikmati keamanan dan kestabilan'.

"Bagi pihak industri pelancongan di Sabah, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan atas langkah yang diambil bagi menjamin keselamatan Sabah dan rakyatnya serta memastikan pelawat turut berasa amat selamat," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Masidi berkata keputusan mewujudkan ESSCOM akan membantu menyelesaikan masalah kemasukan haram dan penyeludupan yang tiada berkesudahan di sepanjang pantai timur negeri itu.

Pada 7 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah ketika meninjau operasi pasukan keselamatan membanteras pengganas di Felda Sahabat 16, berdekatan dengan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Masidi juga berkata pengumuman Kementerian Dalam Negeri untuk membina lima buah balai polis baharu di lokasi strategik serta menaik taraf beberapa buah balai lain di negeri itu merupakan satu rahmat kepada sektor pelancongan negeri.

"Tidak syak lagi peristiwa pencerobohan di Lahad Datu sejak beberapa minggu lepas memberi kesan kepada industri pelancongan di Sabah. Isu-isu persepsi dan khabar angin memberi kesan kepada keputusan sama ada mahu berkunjung ke Sabah atau tidak," katanya.

Masidi turut mengulangi jaminan kerajaan bahawa Sabah adalah selamat untuk dikunjungi dan menggesa semua pengusaha pelancongan tempatan supaya meneruskan perniagaan masing-masing seperti biasa.

Menurutnya Kampung Tanduo, iaitu kawasan pencerobohan pengganas Sulu sejak 9 Feb lepas, merupakan sebuah kampung terpencil terletak 140km dari pekan Lahad Datu serta tidak terletak dalam kawasan pelancongan Sabah.

Katanya beliau telah pergi ke Lahad Datu beberapa hari lepas untuk melihat sendiri keadaan di sana dan mendapati penduduk menjalani kehidupan mereka seperti biasa.

"Kita ada banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memikat semula pelancong ke Sabah. Pihak berkuasa pusat dan negeri sedang melakukan yang terbaik untuk meningkatkan keyakinan dalam industri pelancongan di negeri ini," katanya.

Rakyat Sabah, katanya boleh membantu dengan tidak membenarkan diri mereka dijadikan alat penyebar khabar angin.

"Sila elak menghantar khabar angin yang tidak berasas dalam akaun Facebook dan Twitter anda. Keyakinan pelancong asing banyak bergantung kepada sikap dan tingkah laku anda," katanya. - Bernama

Monday, February 25, 2013

Aktivis "Tidak Berdiam Diri" walaupun tuntutan sudah dipenuhi

Sekumpulan 80 orang peserta yang menamatkan perjalanan terakhir dalam perarakan jalan kaki 'Tidak Berdiam Diri' disambut meriah oleh ratusan individu dalam satu acara simbolik di Pagansakan, Penampang petang ini (24/02/2013). Seorang aktivis yang menganjurkan acara tersebut Andrew Ambrose berkata peserta berkenaan menyerahkan skrol mengandungi kenyataan yang antara lainnya menggariskan mengenai pilihan raya bersih dan adil. Tuntutan berkenaan juga menyenaraikan komitmen untuk meningkatkan urus tadbir baik kerajaan, penjagaan alam sekitar, pemeliharaan hak Orang Asal, serta tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil. - Malaysiakini
Apa lagi yang si Atama (Andrew Ambrose) tidak puas hati dengan sistem pilihanraya di negara ini? Dia bertanding ka? Atas tiket parti mana? Kadang-kadang, Bullet rasa meluat dan menyampah bila tengok aktivis seperti Atama yang suka menghuru-harakan negeri Sabah sedangkan masih banyak saluran yang boleh beliau gunakan untuk membuat tuntutan. Kalau setakat mahu dapat publisiti murahan, baik tidak payah la bro..

Kalau pilihanraya tidak bebas dan adil, berpeluangkah Atama melihat empat buah negeri ditadbir oleh pembangkang? Lagipun pilihanraya kali ini telahpun melalui banyak proses pembaharuan termasuklah penggunaan dakwat kekal. Dari segi kebebasan media pula, bukankah Kabinet telah putuskan bahawa parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)? Bagaimana dengan media pembangkang? Adakah sumber media pembangkang seperti suratkhabar Harakah, website PKR dan DAP, Akhbar roket turut memuatkan manisfesto BN?

Mengenai urus tadbir kerajaan, adakah bagi Atama masih tidak cukup baik apabila Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan? Tidak cukup baik kah apabila negeri Sabah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) selama 12 tahun berturut-turut? Tidak cukup baik kah apabila RAM Rating Services Berhad memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut? Tidak cukup baik kah apabila Moody International pada tahun 2012 telah memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut? Tidak cukup baik kah apabila akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan negeri Sabah adalah yang kedua tinggi di Malaysia dengan RM2.66 bilion? Tidak cukup baik kah apabila statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sabah menduduki tempat kedua dengan RM4.4 bilion jauh mengatasi Selangor dan Pulau Pinang? Dan yang terkini, masih tidak cukup baik kah apabila kadar kemiskinan di Sabah berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu, yang juga merupakan penurunan TERTINGGI kadar kemiskinan yang dicatatkan dalam negara?

Dari segi penjagaan alam sekitar, baik Atama bandingkan keadaan hutan di Sabah yang sebelum ini berjaya menarik minat rombongan Diraja Britain, William dan Kate, dengan hutan di negeri-negeri Pakatan Rakyat terutamanya di Kelantan dan Kedah. Apa sudah jadi dengan hutan di negeri-negeri itu? Kenapa pengerusi himpunan Hijau, Wong Teck tidak anjurkan saja perhimpunan di negeri Kedah yang mana Menteri Besarnya semakin terdesak menjana pendapatan negeri melalui pemusnahan alam sekitar? Rakyat di negeri-negeri jajahan Pakatan juga sangat memerlukan pembelaan dari aktivis seperti Atama dan Wong Teck.. Kenapa perlu bersikap double standard?

Sebelum ini Atama ada membidas Menteri Pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun mengenai pendapatan industri pelancongan Sabah bagi tahun 2012. Kononnya, bagi Atama peningkatan 1.1 peratus itu tidak memuaskan. Namun, adakah apa yang dilakukan oleh Atama melalui penganjuran perarakan jalan kaki 'Tidak Berdiam Diri' ini selari dengan hasrat murni beliau yang kononnya mahu melihat industri pelancongan Sabah berkembang maju? Inilah yang Bullet maksudkan bahawa Atama lebih sinonim dengan DEMONSTRASI JALANAN berbanding dengan mengetahui program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan negeri Sabah (Baca DISINI).

Akhir kata dari Bullet, perarakan yang bertemakan "Tidak Berdiam Diri" ini sangat tepat menggambarkan sifat semulajadi Atama sebagai seorang perusuh, pemberontak dan pencetus huru-hara ketika masih ada alternatif lain yang boleh dijadikan platform oleh Atama untuk menyuarakan tuntutan beliau. Walaupun perarakan itu berjalan dengan lancar dan aman, namun tindakan itu boleh diibaratkan sebagai langkah pertama kepada pengwujudan situasi "Arab Spring" di negeri ini.

Sunday, January 27, 2013

Sebagai penghibur dan aktivis, apa peranan Atama dalam industri pelancongan?

Bandingkan: Antara sumbangan Datuk Masidi dan Perusuh Atama Katama
RM5.178 bln from tourism in 2012 - Masidi 
KOTA KINABALU: The lucrative tourism industry continues to be one of Sabah’s major income earners as Sabah increased its target arrivals by 1.1 per cent totaling 2.875 million visitors compared to 2011. 
This was an estimated RM5.178 billion revenue earned, the Ministry of Tourism, Culture and Environment reported yesterday. 
“The industry has proven to be resilient, rising from turbulent times and gaining strength from adversity from the beginning of 2012 with challenges faced especially on flight uncertainty,” said its minister, Datuk Masidi Manjun. - The Borneo Post 
RM5.17 bln from tourism ‘unsatisfactory’ – Atama 
KOTA KINABALU: Local entertainer and activist, Atama Katama, yesterday described the tourism sector’s RM5.17 billion contribution to Sabah’s revenue last year as unsatisfactory. 
He said that while many welcomed the statement by Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun of its billion mark, the 1.1 per cent increase in tourism for 2012 was still way below par. 
“The growth of 1.1 per cent shows that the government still lacks the x-factor in making Sabah a good tourism destination. It is just unsatisfactory,” said Atama, who is also with the KDM Film & Music Activist Association. - The Borneo Post
Antara persoalan yang dibangkitkan oleh Atama:

“For us in KDMFM or Kadazan Dusun Music & Film Activist Association, we want a formal explanation and the statistics from him and his ministry on how much local contents such as music albums, telemovies and films were promoted and retailed to the 2.875 million tourists in 2012?"

Sejak bila si Atama mengambil berat dengan industri pelancongan Sabah? Kalau baru tahun ini, baik beliau tidak payah tanya apa yang kementerian pelancongan sudah lakukan sepanjang tahun 2012. Terlalu banyak peristiwa yang beliau sudah terlepas pandang. Ada ramai aktivis di negeri ini yang memperjuangkan seni budaya, alam sekitar, hidupan liar dan sebagainya, tapi tidak ada pula antara mereka mempersoalkan atau menuntut penjelasan tentang apa yang kementerian berkenaan telah lakukan sepanjang tahun 2012. Semua aktivis ini tahu peranan mereka, dan mereka sendiri turun padang memainkan peranan mereka. Tidak seperti Atama yang hanya tahu berdemo dan mengkritik pemimpin yang dia benci sedangkan dia sendiri tidak laksanakan tanggungjawab dia dalam membantu menaikkan industri pelancongan Sabah.

Bullet tidak berminat untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Atama bagi pihak Datuk Masidi Manjun. Sebaliknya Bullet lebih suka membuat pertanyaan balas untuk menilai sejauhmana kesungguhan dan keperihatinan Atama dalam memperjuangkan bidang yang kononnya amat sebati dalam diri beliau.

FAKTA 1: Dimana Atama ketika artis antarabangsa Ronan Keating berkunjung ke Sabah bagi mempromosikan Marine Ecology Research Centre’s (MERC) untuk sama-sama memulihara terumbu karang di negeri ini? Sebagai artis tempatan yang perihatin terhadap industri pelancongan Sabah, adakah Atama turut serta dalam event tersebut?

FAKTA 2: Diawal tahun 2012, Sabah berhadapan dengan pembatalan penerbangan terus ke Osaka, Perth, Haneda dan Incheon. Ketika Datuk Maisid Manjun berusaha mencari alternatif lain bagi memastikan jumlah ketibaan pelancong tidak terjejas, apa peranan dan sumbangan Atama pada waktu itu sebagai artis dan aktivis yang perihatin terhadap perkembangan industri pelancongan Sabah?

FAKTA 3: Ketika Menteri Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa jabatan beliau akan merekodkan dan menyimpan semua genre muzik, tarian dan budaya di negeri ini untuk rujukan masa depan, tidak ada pula kenyataan Atama pada waktu itu yang menyokong langkah tersebut memandang beliau adalah artis tempatan yang turut memperjuangkan bidang yang sama.

FAKTA 4: Ketika Datuk Seri Musa Aman mengumumkan penubuhan kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di negeri ini, tidak ada pula sokongan yang ditunjukkan oleh Atama sedangkan kompleks itu juga bakal memartabatkan seni budaya Sabah sekaligus menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke negeri ini.

FAKTA 5: Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan setiap bulan Mei setiap tahun kini menjadi antara tarikan utama pelancong untuk mengunjungi Sabah. Perayaan ini yang turut mendapat liputan meluas di luar negara dilihat mampu menjana perkembangan dan kemajuan ekonomi negara khususnya dalam pembangunan industri pelancongan. Siapa yang mempopularkan Pesta Kaamatan?? Atama??

FAKTA 6: 7th Sabah International Folklore Festival (SIFF) telah diadakan pada 8 Julai hingga 17 Julai tahun lepas. Untuk pengetahuan Atama, festival ini juga turut mempromosikan keunikan budaya tarian sekaligus destinasi pelancongan di Sabah. Sebagai penghibur dan aktivis yang memperjuangkan seni budaya KDM, kenapa Atama tidak turut sama menjayakan festival itu?

FAKTA 7: Ketika Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memberikan sokongan penuh kepada penganjur KK Jazz Festival yang berlangsung pada 15 dan 16 Jun, mana hilangnya Atama dan KDMFM sebelum dan selepas acara itu berlangsung?

FAKTA 8:Sunset Music Fest at the Tip of Borneo’ telah memukau para penonton dengan barisan persembahan yang hebat selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 Jun tahun lepas, di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Acara tersebut adalah anjuran Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Sabah Tourism Board dan Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd. Adakah Atama dan KDMFM turut mengambil bahagian dalam acara tersebut, atau sekurang-kurangnya turut sama menjayakan acara itu? Sama sekali TIDAK!

FAKTA 9: Ketika GMG Media menganjurkan ‘Rockfest Marathon III 2012 - Concert For The Environment", antara pihak yang menyokong acara itu adalah, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Hitz.FM, ERA.FM, Malaysia Airlines, Hyatt Regency Kinabalu dan Bandwith Magazine.. Kenapa Atama dan KDMFM tidak tersenarai??

FAKTA 10: Pencipta lagu dan penyanyi dari Jepun, Hatta Mariko, berkali ganda lebih menyerlah dari Atama dalam memperjuangkan industri pelancongan negeri Sabah. Bolehkah artis Sabah terutamanya Atama menganjurkan konsert dengan hiasan stage yang berlatar-belakangkan gambar Orang Utan? Bukan banner BERSIH, Duduk Bantah, Kebangkitan Rakyat atau sebagainya??

FAKTA 11: Tahukah Atama bahawa pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan lebih dulu menyedari potensi Sabah dalam bidang perfileman sebelum Atama membuat kritikan secara membuta-tuli kepada menteri pelancongan Sabah? Melihat kepada potensi itu, pelbagai lokasi penggambaran telah dipilih bagi menjayakan filem ‘Gerimis Mengundang’ yang turut menembusi pasaran Indonesia.... Kecewa kali Atama sebab dia tidak tersenarai dalam barisan pelakon..

FAKTA 12: "Sabah is my home, and it is also a wonderful filming location,”. “It has tremendous beauty, a deep cultural diversity, and caring people" said Catherine. Ungkapan ini akhirnya diterjemahkan dalam bentuk dokumentari yang bertajuk Dusty’s Trail - The Summit of Borneo. Pembikinan dokumentari ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat global berkenaan dengan penyakit yang kebiasaannya menyerang golongan kanak-kanak (Duchenne muscular dystrophy disease). Bukankah pembikinan dokumentari ini juga secara tidak langsung akan mempromosikan Sabah di peringkat global? tanpa sokongan kerajaan dan kementerian yang berkenaan, dokumentari seperti ini tidak akan dapat dilaksanakan di negeri ini.

Semua peristiwa diatas adalah sebahagian dari peristiwa yang melibatkan kerjasama serta sokongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bagi tahun 2012. Ada banyak lagi usaha-usaha dibawah kementerian tersebut yang telah dilaksanakan namun tidak sempat dimuatkan dalam blog ini. Rasanya pendedahan ini sudah cukup untuk menggambarkan bahawa kementerian pelancongan Sabah telah melakukan yang terbaik untuk memajukan industri pelancongan Sabah, namun samada jumlah pelancong meningkat atau tidak, itu adalah diluar kawalan menteri. 

Berbalik kepada isu Atama, apakah peranan beliau sebagai penghibur dan aktivis dalam memertabatkan seni muzik KDM untuk diketengahkan diperingkat antarabangsa sekaligus berupaya menarik pelancong masuk ke negeri ini?

Sepanjang tahun lepas, Atama lebih sinonim dengan peristiwa-peristiwa seperti di bawah:

Atama sedang tarik pelancong?



Tertarikkah pelancong bila nampak wajah pengganas ni?
Ketika Datuk Masidi bertungkus-lumus menarik pelancong masuk ke negeri ini, Atama and the gang lebih gemar melakukan huru-hara dalam negeri bagi menakutkan orang awam dan para pelancong. Inikah ciri-ciri aktivis yang hari ini cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang sangat perihatin terhadap industri pelancongan negeri Sabah??

Sudah tentu Atama tidak mengetahui sebarang perkembangan yang memberikan manfaat kepada industri pelancongan di negeri ini kerana beliau hanya tahu berdemo dan melakukan provokasi. Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan atau menteri-menteri yang dia benci, akan dinafikan sumbangan mereka. Sikap Atama yang condong kepada agenda politik pihak tertentu ternyata berjaya menyerlahkan lagi kedangkalan beliau apabila mengulas isu-isu tertentu.

--Ikuti perkembangan industri pelancongan Sabah di Sabah World Heritage dan usaha-usaha  kementerian bagi menyokong industri ini melalui konsep Hijau di Green Sabah--

Saturday, December 22, 2012

Statement on KKIA safety by Global Upline ‘unjustified and baseless’

PUTRAJAYA: The Ministry of Transport (MOT) yesterday reiterated that the irresponsible statement made by Global Upline Sdn. Bhd (GUSB) that the Kota Kinabalu International Airport (KKIA) runway is unsafe for landing and take-off besides other airport operations and supported by certain quarters as unjustified and baseless.

It said that the public must understand that GUSB is not an authority that ensures the safety and security of airports.

The Department of Civil Aviation (DCA) as the authority of airport standards and Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) as the operator of the airport have confirmed that KKIA fulfills the standards set by the International Civil Aviation Organization (ICAO) for airport operations.

The inspection of KKIA runway is continuous and in compliance with the set standards is ready and safe to be used for aircraft operations, said the ministry in a statement.

The ministry said the Director-General of Civil Aviation (DGCA) together with a team from MAHB and Polis DiRaja Malaysia (PDRM) visited the KKIA yesterday and based on the visit, the DGCA have confirmed that the airport is safe for operations and that there were no risks to passengers and the economy of Sabah. In addition, the ministry has always put the safety and security of the passengers as its utmost priority, therefore the safety of passengers will not be compromised at any point of time, the statement added.

Meanwhile, the ministry has set up a task force at the Federal and State level to find a solution to this matter.

No cancellation of flights at KKIA
 
KOTA KINABALU: There was no cancellation of flights at the Kota Kinabalu International Airport (KKIA) here despite the allegation made by Global Upline Sdn Bhd (GUSB) that the KKIA runway was unsafe.

Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun told the press yesterday that all the airlines operating at KKIA have continued to express their confidence in the safety level of the airport by continuing with their operations here.

“I guarantee that there is no problem (with the runway) and that it is safe, just like other airports in Asia,” he said.

He added that the statement from the Department of Civil Aviation (DCA) recently should be enough to dispel worries on the condition of KKIA.

“Airports all over the world are monitored by a world body and each country is represented by a regulatory body. In Malaysia, it is the DCA,” he said.

He also said that the international body and airlines required high safety standards and the fact that KKIA still have airlines operating here was testimony of its high standard of compliance.

Masidi then warned that the issuance of such statement (by GUSB) could cripple the State’s economy.

 
The payments were made on schedule

Asked to comment on GUSB’s claim that the runway was not safe to be used, Pairin pointed out that the Transport Ministry has issued a statement refuting the contractor’s allegation and cleared the air by saying that the runway is safe for landing and take-off.

“However, this is a serious matter and when we focus on air travel service, it requires an approach and solution that is based on safety,” he stressed.

Pairin added that he believed the statement was issued as a result of GUSB’s dissatisfaction as it mentioned the issue of non-payment.

According to Pairin, he was made to understand that the payments were made on schedule and the problem was with the contractor itself.

“So if the contractor did not carry out its responsibility accordingly, we abide by the Terms of Reference in the contract … if the project is delayed, the contractor is at fault and will be at fault if it is still delayed despite being given an extension.

“If the project is not completed according to schedule, it is also non-compliance with the contractor’s side, so all this must be looked into and I think both the state and federal governments take what the contractor said seriously,” he said, adding that the Transport Ministry would take the necessary steps to resolve the matter.

Sumber: The Borneo Post

Tuesday, December 4, 2012

Pengundi Muda Perlu Berfikiran Terbuka

Pengundi muda di Sabah perlu berfikiran terbuka dalam menilai sesuatu perkara dengan melihat dari segi jangka panjang dan tidak terlalu mengikut emosi, kata Ketua Umno Bahagian Ranau, Sabah Datuk Masidi Manjun.

"Justeru saya berharap semua pengundi muda di Sabah dapat berfikiran terbuka dalam memilih pemimpin yang boleh memberi jaminan kepada masa depan mereka dan bukannya mempertaruhkan sokongan kepada pihak yang boleh merosakkan bangsa dan negara," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno di sini, pada Jumaat.

Masidi, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata para pemimpin di negeri itu tidak mempunyai masalah dengan pengundi muda berikutan sikap keterbukaan yang diamalkan selama ini.

"Sikap keterbukaan merupakan kunci utama pemimpin untuk mendekati golongan muda dan sikap seperti itu sudah tertanam dalam diri semua pemimpin di Sabah sejak dulu. Kita seringkali menganjurkan acara melibatkan semua golongan muda," katanya.

Masidi berkata pengundi muda Sabah seharusnya tidak mempunyai masalah menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 kerana kerajaan yang ada sentiasa menjaga hak mereka dengan baik.

Mengulas ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai penglibatan golongan muda dalam pilihan raya umum ke-13, Masidi berkata golongan muda perlu diberi peluang menonjolkan bakat untuk menjadi pemimpin kerana ia adalah proses meremajakan parti.

"Perkara itu perlu dilakukan kerana golongan muda merupakan pelapis untuk masa depan parti," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata parti perlu mendidik pemimpin muda secara sistematik dan memilih golongan muda yang mempunyai bakat untuk menjadi pemimpin.

"Kita perlu melihat apa yang dilakukan di beberapa negara, contohnya China. Mereka mendidik pemimpin muda secara sistematik untuk dijadikan pengganti pemimpin yang sudah berumur...oleh itu proses untuk menggantikan pemimpin yang sudah tua dapat dijalankan dengan senang," katanya. (Bernama)