Showing posts with label Money Laundering. Show all posts
Showing posts with label Money Laundering. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

RM40 juta: Rafizi tersungkur, William ganti

Senyap seketika isu RM40 juta selepas Rafizi Ramli jatuh tersungkur beberapa kali. Tapi seperti yang dijangka, pembangkang tidak akan berputus-asa bermain dengan persepsi selagi Anwar Ibrahim belum dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kali ini giliran William Leong pula memikul tanggungjawab meneruskan pembohongan dan fitnah bagi memastikan kesinambungan isu RM40 juta tidak berhenti setakat 9 January 2013

Jika Rafizi boleh nafikan laporan New Straits Times yang mengatakan bahawa siasatan terhadap Musa telah digugurkan hanya dengan bermodalkan kerahsiaan butiran siasatan dan status siasatan, bagaimana pula dengan kenyataan William Leong? Adakah konsep Kerahsiaan Siasatan hanya boleh diguna-pakai bila siasatan ICAC memihak kepada mangsa fitnah Pakatan Pembangkang?

Lebih malang lagi apabila kenyataan William, jika kita susuri satu-persatu, ternyata amat bertentangan dengan makna Kerahsiaan Siasatan.
“Antara saksi yang akan dipanggil adalah Datuk Lajim. Cuma kini ICAC belum tetapkan tarikhnya lagi. Tapi ia tidak terlalu lama, mungkin Februari ini." 
“Seorang lagi saksi turut akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung skandal itu yang kami rahsiakan atas faktor keselamatan,” 
“ICAC pernah hubungi saya untuk mendapatkan beberapa laporan dan dokumen baharu. Semua maklumat yang diminta sudah saya hantar,”
Selepas William mendedahkan perkembangan terkini atau maklumat siasatan seperti diatas, menyusul pula kenyataan BODOH beliau seperti di bawah: 
“Kita tahu ICAC Hong Kong sedang siasat. Kes ini masih berjalan walaupun ada laporan kata sudah tutup. Mereka (ICAC) tidak beritahu media arus perdana bahawa kes ini dalam siasatan bertujuan melindungi kerahsiaan siasatan."
Jika ICAC mahu melindungi kerahsiaan siasatan, jangankan media arus perdana, dengan ahli-ahli politik sekalipun jangan harap berpeluang mempolitikkan hasil siasatan ICAC. Amat dangkal kenyataan William Leong apabila beliau mengatakan bahawa ICAC tidak akan memberitahu kepada media bahawa kes itu sedang berjalan sedangkan apa yang dilaporkan NST sebelum ini adalah kes itu sudah digugurkan.

Seperkara lagi, bukankah William Leong sendiri yang mendedahkan kepada media bahawa siasatan sedang berjalan?? Bukankah William Leong sendiri yang mendedahkan kepada media bahawa Lajim akan dipanggil, dokumen sudah diserahkan dan sebagainya??

Siapa yang cuba mencabuli Kerahsiaan Siasatan disini???

Timbul juga persoalan berkenaan dengan sikap berdiam diri Rafizi Ramli. Bukankah dia yang berkobar-kobar mahu membuktikan skandal RM40 juta ini benar-benar melibatkan orang-orang yang dia benci? Memandangkan Rafizi bertanggungjawab mengetuai delegasi KEADILAN ke Hong Kong, kenapa bukan dia saja yang dihubungi oleh ICAC? Adakah ICAC sudah tidak mempercayai Rafizi ekoran tindakan Rafizi yang gemar mempolitikkan apa sahaja perkembangan kes ini? atau, adakah Rafizi sedang tercungap-cungap menanggung penat lelah selepas membohong tanpa henti sejak menyertai Pakatan? atau, memang benar Rafizi sudah jatuh tersungkur selepas semua pembohongan beliau berjaya dipatahkan secara semulajadi tanpa perlu pemimpin-pemimpin BN bekerja keras?

Walau apapun jawapannya, kesungguhan membohong pembangkang hari ini bolehlah kita samakan dengan acara Lari Berganti-Ganti, cuma dalam politik kita tukar namanya kepada acara Membohong Berganti-Ganti.. Inilah istilah yang paling sesuai bagi mengambarkan sifat semulajadi pembangkang hari ini yang tidak pernah jemu membohong selagi hasrat mereka mahu merampas kerajaan belum tercapai.

"Apa agaknya reaksi ICAC bila saksi yang mereka panggil itu pernah membeli "surat cinta" berharga RM50,000?"

Thursday, October 25, 2012

KHJ - Akronim terbaru pembangkang

Sejak 5 Oktober 2012, entah berapa puluh kenyataan media dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk media tajaan mereka berhubung dengan skandal penggubahan wang haram di Hong Kong. Jangan ingat semua kenyataan-kenyataan itu mampu mempengaruhi minda rakyat Sabah! Jangan ingat rakyat Sabah mudah diperbodohkan oleh pembohongan dan fitnah pembangkang! Dan jangan ingat media asing yang beroperasi di luar negara mampu meruntuhkan kerajaan pimpinan Datuk Musa Aman. 

Maklum balas di dunia maya berkenaan dengan isu ini, walaupun majoriti peminat media alternatif cenderung untuk mempercayai pembohongan pembangkang, namun ulasan-ulasan mereka tidaklah kukuh dan berkredibiliti sangat. Melainkan sekadar "mengejek", mengutuk, maki hamun dan yang seangkatan dengannya. Hujah Datuk Rahman Dahlan berhubung dengan isu ini juga gagal disangkal sepenuhnya oleh mereka. Seperti biasa, kehadiran penyokong-penyokong pembangkang di dunia maya ini bukanlah atas dasar menuntut kerajaan yang telus dan berintegriti, sebaliknya sekadar untuk mendedahkan sikap "double standard" mereka terhadap perjuangan pembangkang yang penuh dengan pelbagai skandal yang belum terjawab.

Bullet juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan isu penggubahan wang haram ini. Bermula dari kenyataan Nazri sehinggalah kepada ulasan laman pembocor maklumat Sarawak Report dan rakan sekutunya Bruno Manser Funds (BMF). Sepanjang mengikuti perkembangan isu ini, tidak ada misteri yang dirungkai dan tidak ada penjelasan yang lebih jelas dari hasil siasatan SPRM dan ICAC. Walaupun banyak pendedahan dari pihak pembangkang, namun semuanya lebih kepada "recycle" dan "reused", hanya ditokok-tambah sedikit supaya skrip pembohongannya nampak lebih "real".

Seperti yang Bullet katakan diatas, fitnah pembangkang terhadap pemimpin kerajaan BN Sabah tidak akan mempengaruhi minda rakyat di negeri ini. Dibawah ini, Bullet sertakan ulasan seorang commentator yang mungkin sudah meluat dengan siri pembohongan pemimpin serta media pembangkang yang tidak henti-henti mengulas isu yang sudahpun selesai.
"What is there to hide? This matter has already been settled out in the open in Parliament. Najib has already said that there is nothing wrong for receiving political contributions so long as it is through proper process and procedure (paraphrasing Najib statement on the matter). Yet somehow there are other alternative news sites has their own take or interpretation on this matter; thus only further prolonging this issue.

After Najib has given his comment on this matter, these opposition proxies have put in word on their take onto what the Prime Minister clarified. Not only they questioned more on his word, but putting a more negative spin to what he had said. Who could blame Najib for not discussing the matter further out in the open? These opposition proxies are vulture scavenging to what they can find that fit their KHJ agenda: KUTUK, HASUT, JANJI.This is an interesting finding and we can see how they have implemented these disgusting tactics:

Kutuk - The word itself speaks for itself. This is not your run of the mill positive criticism, it goes to a whole new level of low: they defamed by attacking ceaselessly the credibility of the person in question. This can be done by twisting whatever statement that these public figure said to suit their own agenda.

Hasut - This ca bee seen rapidly in pro opposition proxies operated sites. They unleashed their "cyber trooper" to create an atmosphere of discontent to the ruling government with intention to created a distorted reality in cyberspace in hopes to influence those whom have visited the sites in question.

JANJI - I need not to elaborate further on this: We have seen the many 'stars and moon' rhetorics.

Having said this begs to ask the question: Can they deliver? Can the follow through? As Far as I can see upto this point: We're heading the right direction. Some say that the developments projects comes too late, but I say "BETTER LATE THAN NEVER" . We're not starving, we still have roofs over our heads, we still have decent income and jobs."

By: Borneo_Bullet_Proof_Vest
Source: MUSA’S SECRET DONORS -We Blow The Whistle On UMNO’s Sabah Kickbacks!

Apa yang menarik dengan ulasan ini bukan setakat isinya, malah jumlah "vote up" yang setakat ini mencecah 72 berbanding dengan "vote down" 15. Apa agaknya perasaan pemilik portal Sarawak Report apabila tulisan beliau tidak lagi mendapat sorakkan dikalangan pelawat-pelawatnya? inilah sebahagian daripada bukti bahawa rakyat semakin muak dengan pembohongan yang kerap  dikitar semula oleh media pembangkang

"Sila klik link di atas dan "vote up".. biar terbeliak mata si Clare Rewcastle Brown"

By: Borneo Bullet

Wednesday, October 24, 2012

Fahami "modus operandi" pembohongan pembangkang

Berikut adalah ulasan blogger Taiping Mali berkenaan dengan skandal Scorpena;
"Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama. Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata. Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia. 

Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya. Tajuk program tersebut ialah 'Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya'.

Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya. Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya. Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu. 

Suara Anwar
Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan. Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya"
Nak tahu apa kaitannya dengan skandal penggubahan wang haram Hong Kong?

Pertama sekali, kita perlu lihat persamaan si pembawa tuduhan. Seperti yang kita sedia maklum, Suaram dan Sarawak Report masing-masing memegang status NGO dan media PRO PEMBANGKANG. Kedua-duanya menjadi jentera pembangkang dalam melaksanakan misi rampasan kuasa.

Jika sebelum ini Suaram sudah mengakui bahawa mereka menerima dana asing, kemungkinan besar Sarawak Report juga menerima dana dari sumber yang sama memandangkan sehingga hari ini belum ada penafian dibuat oleh pihak Sarawak Report. Selain itu, kedua-dua "jentera" pembangkang ini juga seolah-olah ditugaskan untuk "mensensasikan" kes rasuah yang kononnya berlaku di luar negara. Suaram dengan skandal di Perancis, manakala Sarawak Report pula dengan skandal Hong Kong.

Anwar Report
Apa yang membuatkan Bullet begitu yakin dengan modus operandi mereka ialah apabila Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Michael Chia tidak pernah ditangkap di Hong Kong dan ICAC juga tidak pernah tangkap Michael Chia. Berdasarkan maklumat SPRM, RM40 juta untuk Umno Sabah yang dirampas itu tidak berada dalam milikan Micheal Chia seperti yang didakwa pembangkang dan media mereka, sebaliknya dipindahkan secara elektronik.

Jelas wujud persamaan dengan tuduhan Suaram mengenai skandal Scorpena di Perancis, dimana pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya. 

Bermakna, semua skrip tuduhan ini samada "penahanan" mahupun "perbicaraan" sengaja di reka oleh "jentera-jentera" pembangkang bagi menimbulkan gambaran kepada masyarakat seluruh dunia bahawa pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia terlalu "kotor". 

Sekarang anda nilailah sendiri siapa yang paling "kotor" sanggup memudaratkan negara menggunakan pembohongan dan fitnah, semata-mata untuk memuaskan nafsu politik pihak tertentu yang mengidam kerusi empuk di Puterajaya.

"sepandai-pandai tupai melompat, kalau kita ramai-ramai lastik, jatuh juga tu"

By: Borneo Bullet

Tuesday, October 23, 2012

RM40 million VS USD39 million

Pemimpin-pemimpin pembangkang sibuk mempertikaikan hasil siasatan SPRM dan ICAC berkenaan dengan skandal penggubahan wang haram Hong Kong yang sudahpun selesai. Ada yang mempersoalkan kredibiliti SPRM, ada yang membuat laporan polis, ada yang mahu berdebat,,, pendek kata dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya hendak dipertikaikan. Namun Bullet ucapkan syabas kepada pemimpin-pemimpin BN kerana mampu menjawab persoalan-persoalan pembangkang dengan jujur, telus dan profesional tanpa perlu menengking wartawan dan tanpa perlu menganjurkan demonstrasi sebagaimana yang kerap dilakukan oleh Anwar Ibrahim bila beliau tidak mampu menjawab soalan wartawan.

Ingin Bullet tekankan sekali lagi bahawa skandal penggubahan wang haram Hong Kong ini sudah selesai. Kedua-dua badan pencegahan rasuah iaitu SPRM dan ICAC sudah menjalankan siasatan mereka secara terperinci berdasarkan prosedur-prosedur siasatan yang lazimnya diguna pakai oleh kedua-dua badan ini untuk menyiasat mana-mana kes berkaitan dengan rasuah. Jika pembangkang mengatakan bahawa ICAC tidak terlibat dengan siasatan dan hanya bergantung kepada siasatan di pihak SPRM, bagaimana pegawai-pegawainya boleh sampai ke Sabah bagi menyiasat Micheal Chia dan Richard Barnes?

Pendek kata, kes ini sudah selesai. Tidak seperti isu kemewahan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mana sehingga kini masih banyak persoalan-persoalan yang belum terjawab. Untuk pengetahuan umum, Jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar dan konco-konconya lebih tinggi nilainya berbanding dengan sumbangan politik umno Sabah, iaitu USD39 juta.

Jet Description
Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup mewah mengatasi kedudukan mereka sebagai pembangkang di negara ini, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana. Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa. Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya. Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia.

Anwar and the gang "tersengih-sengih"
Ketika diasak dengan pelbagai persoalan, Anwar, Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberikan jawapan yang berbeza. Kata Anwar, jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’. Sementara Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan, tetapi Tian Chua pula dengan otak separuh bingai terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa. Namun kenyataan Tian Chua lebih tepat apabila Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau telah menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan. Kos menyewa jet mewah tentunya mahal. Walaupun si otak bingai Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci seperti invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.

Samalah seperti situasi yang cuba disensasikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini. Mereka pertikaikan kenyataan Nazri yang bertentangan dengan kenyataan awal beliau, sedangkan mereka sendiri memberikan jawapan yang berbeza berhubung dengan isu Jet mewah ini. Tidak cukup dengan itu, mereka minta pula sumber kewangan (dana politik RM40 juta) itu didedahkan, sedangkan mereka sendiri merahsiakan butiran terperinci berkenaan dengan jet peribadi mereka.

Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri, maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak sedangkan beliau hanya bergaji seringgit. Jika dari poket kerajaan negeri Selangor, maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk kepentingan parti politik PKR. Dan Jika ianya ditaja, iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar, maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya sebagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan mendesak pemimpin-pemimpin BN untuk mendedahkan penaja sumbangan politik RM40 juta ini.

Tabung derma Pakatan Rakyat
Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan juga wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut. Sudah tentu rakyat juga ingin tahu dan ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Soros atau derma ikhlas yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS yang terpedaya dengan ungkapan pemimpin-pemimpin PR kononnya parti mereka miskin dan tidak ada sumber dana. Begitu juga jika ianya dipinjamkan, dedahkan siapakah yang begitu baik hati, pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada Anwar.

Bullet tidak faham kenapa begitu sukar bagi pemimpin-pemimpin PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini ketika mereka bersungguh-sungguh cuba memperlihatkan ketelusan pimpinan mereka dengan mempolitikkan hasil siasatan ICAC dan SPRM. Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR begitu sukar untuk bersikap telus? Apakah yang ingin mereka sembunyikan sehingga begitu gelabah dalam memberikan jawapan kepada umum?

Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara TERPERINCI? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak dipihak PR? Jika pemimpin BN menerima dana dari pihak yang perihatin tehadap perjuangan BN, bukan main lagi dikutuk mereka, macam-macam persoalan dan pertikaian ditimbulkan, tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui, tidak pula menjadi masalah kepada mereka. Seharusnya, penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysia menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih, telus, adil dan berintegriti.

By: Borneo Bullet

Tuesday, September 11, 2012

We urge William and Catherine to avoid meeting Musa: Jeffrey Kitingan

Sempena lawatan di-raja Britain, tidak ketinggalan Raja Katak Malaysia turut menyelitkan sepatah dua kata pandangannya di media antarabangsa dalam usaha beliau meletakkan namanya sebaris dengan Bruno Manser, seorang Pejuang palsu yang berselindung disebalik isu alam sekitar. Berikut adalah kenyataan ringkas beliau:

"Opposition politicians called on the royals to reconsider the meeting. One, Jeffrey Kitingan, said: "We urge William and Catherine to avoid meeting Musa as it will give the wrong message to the world."
 
Tidak perlulah Jeffrey menghalang rombongan di-raja William dan Catherine samada untuk melawat negeri ini mahupun berjumpa dengan Datuk Musa Aman. Pasangan di-raja ini tidaklah sebodoh yang disangkakan oleh Jeffrey kerana mereka sendiri boleh melihat usaha-usaha kerajaan dalam melindungi hutan di negeri ini samada melalui pengembaraan mereka mahupun melalui penjelasan dari The Royal Society yang telah banyak melakukan kajian dan penyelidikan berkenaan dengan hutan hujan Tropika di Lembah Danum.

Apa yang ditakutkan sangat oleh Jeffrey hingga tanpa segan-silu meminta William dan Catherine untuk tidak berjumpa dengan Datuk Musa Aman? Sedarkah Jeffrey bahawa dia hanya ahli politik pembangkang yang bercita-cita mahu merampas jawatan Ketua Menteri Sabah? beliau tidak layak membuat gesaan itu kepada rombongan di-raja ini kerana motif beliau bukan atas dasar perjuangan terhadap alam sekitar, sebaliknya atas perjuangan politik semata-mata.

Jeffrey Kitingan yang sinonim dengan gelaran "Raja Katak" sepatutnya faham dengan situasi yang dihadapi oleh Datuk Musa Aman kerana beliau sendiri pernah melalui situasi itu. Jeffrey pernah menjadi Pengarah Yayasan Sabah pada tahun 1984-1994. Sepanjang memegang jawatan itu, beliau pernah berhadapan dengan tuduhan terlibat dengan skandal RM4 Bilion, malah pernah dihadapkan ke makamah atas tuduhan itu. Jeffrey agak bernasib baik kerana mahkamah membebaskan beliau tanpa syarat ekoran kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti melampaui keraguan munasabah.

Selepas dibebaskan, Jeffrey dengan bangga mengumumkan bahawa beliau menjadi mangsa fitnah oleh pihak-pihak yang cuba memusnahkan kerjaya politik beliau. Tapi bukankah apa yang dia lakukan hari ini juga sama dengan "pihak-pihak" yang dikatanya memfitnah beliau? Jeffrey juga sebenarnya sedang memfitnah Datuk Musa Aman kononnya terlibat dengan skandal pembalakan besar-besaran di Sabah sedangkan sehingga hari ini belum ada tindakan dipihak mahkamah terhadap Datuk Musa Aman, malah ICAC dan pegawai pendakwa Swiss juga masih belum membuktikan bahawa Datuk Musa Aman bersalah dalam kes ini.

By: Borneo Bullet

Saturday, September 1, 2012

Penggubahan wang haram dan pemusnahan hutan bermotifkan politik

Ada banyak kemusykilan berhubung dengan skandal pembalakan yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dan juga adiknya Datuk Anifah Aman selaku Menteri Luar Malaysia.

kenapa agaknya isu ini dibangkitkan oleh orang luar menggunakan platform(website) dari luar? kenapa bukan ahli-ahli politik tempatan saja yang membangkitkan isu ini? apa kepentingan Sarawak Report mencampuri urusan pentadbiran negeri Sabah sedangkan fokus utama mereka adalah untuk membela nasib masyarakat asli di Sarawak dan juga keberlangsungan hidupan liar seperti Orang Utan di negeri itu?

Ramai yang mengetahui bahawa dalang utama Sarawak Report ialah seorang wanita British kelahiran Sarawak, Clare Rewcastle Brown yang juga anak kepada bekas penjajah empayar Brooke satu ketika dulu. Pernahkah beliau datang melawat seluruh pelusuk negeri Sabah untuk mendapatkan gambaran sebenar sebelum memuatkan cerita-cerita berkenaan dengan Sabah (yang bagi BB lebih kepada fitnah) untuk dimuatkan ke lamanweb beliau? atau sekadar bergantung dengan maklumat-maklumat songsang dari pemimpin-pemimpin politik di negara ini yang berkemungkinan besar bertanggungjawab membiayai lamanweb beliau?
 
Tanpa membuang masa, BB ingin mengajak sekalian pelawat-pelawat blog ini untuk menilai kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee sebelum ini. Ketika menjawab soalan berkenaan dengan rampasan tanah yang berlaku di era beliau sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau dengan jelas menyatakan bahawa Dewan Undangan Negeri Sabah telah memindahkan kuasa Ketua Menteri kepada Kabinet dengan menggubal Ordinan Tanah Sabah, Enakmen Hutan dan Ordinan Galian sebagai jaminan bahawa tiada mana-mana Ketua Menteri yang boleh menandatangani untuk meluluskan mana-mana kawasan tanah yang luas, hutan dan lombong demi kepentingan peribadi mereka.

Berdasarkan kenyataan Datuk Yong Teck Lee ini, bukankah ianya menunjukkan bahawa Ketua Menteri Sabah selepas beliau sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif berkenaan dengan hutan dan juga tanah? Jadi, bagaimana Sarawak Report boleh menuduh Datuk Musa Aman mendalangi penggondolan hutan di negeri ini sedangkan beliau tidak mempunyai kuasa keatas tanah, hutan dan juga lombong?

Berkenaan dengan tuduhan kononnya Datuk Musa Aman mempunyai simpanan di luar negara atau lebih tepat lagi penggubahan wang haram, bolehkah tuduhan ini dipercayai selepas ICAC sendiri gagal membuktikan bahawa Datuk Musa Aman terlibat dengan skandal yang dicetuskan oleh Micheal Chia sebelum ini? ICAC adalah sebuah badan paling telus di Asia Tenggara dan tidak akan bertolak ansur jika Musa Aman terlibat dalam skandal berkenaan. Namun agak pelik, kenapa mereka sanggup datang ke Malaysia hanya untuk memburu Michael Chia dan Richard Barnes; tetapi tidak pernah menemui Datuk Musa Aman?

Sebenarnya aktiviti pembalakan di negeri ini cukup terkawal di bawah pentadbiran Datuk Musa Aman. Beliau bukan sahaja lantang dalam soal perlindungan hutan malah beliau sentiasa meggalakkan aktiviti konservasi di negeri ini. Malah Datuk Musa Aman satu-satunya ketua menteri Sabah yang berjaya menghentikan pembalakan di Ulu Segama Malua dan Maliau basin yang mana hasil daripada tindakan itu telah mewujudkan buffer hutan seluas tiga kali ganda keluasan Singapura.

Jika pemusnahan hutan ini turut dikaitkan dengan penanaman kelapa sawit, bagi BB ianya hanya usaha Sarawak Report dan juga pihak-pihak dari luar Malaysia yang cuba menghidupkan kembali rangkaian Zoo Victoria di Australia yang sebelum ini pernah melancarkan kempen anti minyak sawit dengan melemparkan tuduhan mengaitkan pengeluaran minyak sawit dengan kemusnahan hutan dan kepupusan habitat orang utan. 

Suka untuk BB berkongsi maklumat bahawa Australia yang mempunyai bilangan penduduk lebih kecil berbanding Malaysia memusnahkan hutannya 5 kali ganda lebih tinggi berbanding Malaysia (lebih setengah juta hektar setiap tahun di antara tahun 2000 dan 2010).

Jika conservationists atau lain-lain NGO pro alam sekitar berhasrat menghalang kemusnahan hutan, Australia adalah negara yang lebih sesuai untuk diberi perhatian. Ketika ini terdapat banyak haiwan di Australia yang sudah pupus atau terancam. 

Mungkin Sarawak Report bolehlah membuat liputan berkenaan dengan kemusnahan hutan di Australia pula.

Sekali lagi BB ingin tekankan bahawa Sabah selamat berada ditangan pihak yang bersungguh-sungguh melaksanakan Sustainable Forest Management. Segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Datuk Musa Aman hanya bermotifkan politik. Malah di Switzerland juga, isu ini dimain-mainkan oleh ahli politik pembangkang di negara itu. Sebab itu timbul pelbagai dakwaan kononnya fail siasatan telah dibuka sedangkan semua itu hanya digerakkan atas motif politik semata-mata baik di Switzerland mahupun di negara ini..

By: Borneo Bullet