Showing posts with label Milosuam. Show all posts
Showing posts with label Milosuam. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Pro-Opposition Blogger Charged in Sabah

KOTA KINABALU: A blogger from Melacca was charged with publishing online a statement intended to cause fear amongst the public at the Magistrate’s Court here yesterday.

Yusuf Al Siddique Suratman, 29, pleaded not guilty before Magistrate Edward Paul for allegedly posting an image and statement on March 6–7 this year on controversial blog site, Milo Suam.

The blogpost entitled “Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru hara di Sabah?” (Confidential information: Foreigners to cause chaos in Sabah?) claimed that some 1,400 foreigners will cause chaos in Sabah as evidenced by a document purportedly from the police.

Yusuf was charged under Section 505 of the Penal Code which is punishable by a maximum jailed term of two years and a fine on conviction.

Senior Federal Counsel Jamil Aripin and DPP Luke Ressa urged the court to set a higher bail and order Yusuf’s passport to be surrendered to court.

Yusuf’s counsel Erveana Ansari objected to the bail request because there was no reason for the accused to abscond as the latter was charged with a minor offence.

Erveana said there was an application made to the Attorney-General’s Chambers to transfer the case to Kuala Lumpur.

Jamil earlier told court that the accused was charged in Kota Kinabalu because the published blogpost was read in Sabah.

The court released Yusuf on a RM15,000 bail with one local surety and ordered him to surrender his international passport to court.

His trial will be held here on July 22-23 this year with the prosecution expected to call at least eight witnesses to testify.


KONONNYA PKR MELALUI JURUCAKAPNYA SIVARASAH RASIAH KESAL ATAS PENAHANAN INI DENGAN ALASAN BLOGGER TERSEBUT ADA MENYEBUT BAHAWA DOKUMEN YANG DISIARKAN MELALUI BLOG ITU MASIH BELUM DIPASTIKAN KESAHIHANNYA. JESTERU, BELIAU TERKEJUT BERUK BAGAIMANA TULISAN ITU MENJADI ALASAN KUKUH UNTUK MENAHAN SEORANG BLOGGER.

MUNGKIN SIVARASAH AKAN LEBIH TERKEJUT BERUK JIKA SAYA KATAKAN BAHAWA DISEBABKAN DOKUMEN ITU BELUM DISAHKAN BENAR, MAKA WAJARLAH BLOGGER ITU DITAHAN KERANA TINDAKAN BLOGGER ITU BOLEH DISIFATKAN SEBAGAI MENGHASUT DIMANA BELIAU DENGAN SENGAJA MEMBANTU MENYEBARKAN BERITA PALSU DENGAN TUJUAN MENIMBULKAN KETAKUTAN ATAU MENCETUSKAN KEBIMBANGAN DIKALANGAN RAKYAT SABAH.

MALAH DALAM PERENGGAN TERAKHIR TULISAN BLOGGER INI, BELIAU CUBA MEMANIPULASIKAN PEMIKIRAN PEMBACA SUPAYA MEMPERCAYAI DOKUMEN TERSEBUT DENGAN MENGAITKANNYA DENGAN KEBANJIRAN PENDATANG ASING DI SABAH YANG KONONNYA TELAH DIBERIKAN IC.
"Umum mengetahui bahawa ramai pendatang asing yang telah menerima IC hasil projek IC di Sabah untuk mengundi BN sebelum ini. Jika maklumat ini benar-benar dikeluarkan oleh PDRM, maka kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana musuh sudah lama berada di kalangan kita."
SIVARASAH DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR YANG LAIN SEPATUTNYA CUBA MEMAHAMI TERLEBIH DAHULU ISIKANDUNG TULISAN BLOGGER INI SEBELUM MENUDING JARI TERHADAP PIHAK YANG SEDANG MENJALANKAN TUGAS. KEGAGALAN PEMBANGKANG MELIHAT GAMBARAN SEBENAR MENUNJUKKAN MEREKA GEMAR MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI SEMATA-MATA MAHU MENYELAMATKAN INDIVIDU YANG PRO KEPADA MEREKA...

SAMADA BELIAU BERSALAH ATAU TIDAK, BIARLAH MAHKAMAH SAHAJA YANG PUTUSKAN, BUKANNYA AHLI POLITIK ATAU MANA-MANA INDIVIDU YANG ADA KEPENTINGAN DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK...

Wednesday, September 19, 2012

Musa Aman anggap Sabah adalah anak dia bukan bapak dia!

"PEGAWAI Khas kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Muhammad Hilman Idham dihalang memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri mengikut Seksyen 56(1)(A) Akta Imigresen 1995/63."

Sumber: Musa Aman anggap Sabah negeri bapak dia!
 
Tidak ada istilah zalim atau menafikan hak asasi warganegara Malaysia bagi tindakan menghalang mana-mana pihak dari memasuki Sabah jika tujuan pihak yang disekat itu berpotensi untuk memudaratkan pentadbiran negeri Sabah. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?. Sudah tentu Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman mempunyai alasan beliau sendiri kenapa tindakan itu perlu diambil. Dan sebagai Ketua Menteri Sabah, sudah tentu beliau akan menggunakan kuasa yang ada pada beliau untuk melakukan tindakan-tindakan pencegahan. Jika ada apa-apa berlaku di negeri ini, siapa yang lebih dulu akan dipersalahkan jika bukan Ketua Menteri?
 
Berdasarkan maklumat dari blogger Milosuam, kononnya Hilman mempunyai jaringan luar negara yang kuat memandangkan beliau terlibat dengan banyak program-program antarabangsa di Eropah dan negara-negara Asia.
 
Maklumat yang didedahkan oleh blogger Milosuam ini juga sebenarnya adalah jawapan kepada "kenapa Hilman disekat dari memasuki Sabah?". Sejak kebelakangan ini, Sabah sering menjadi sasaran media dan NGO asing yang bukan sahaja cuba mengganggu pentadbiran kerajaan negeri, malah cuba mensabotaj atau memudaratkan ekonomi negeri Sabah. Jesteru, berdasarkan perkembangan semasa ini, bukankah tindakan Datuk Musa Aman ini SANGAT tepat?

Bukan niat BB untuk menuduh Hilman mempunyai kaitan dengan NGO asing itu, melainkan sekadar menanam sikap BERWASPADA dikalangan rakyat Sabah terhadap pihak yang mempunyai jaringan di luar negara. Lebih-lebih lagi ketika ada ura-ura bahawa salah satu daripada media asing ini dibiayai oleh Pakatan Rakyat (sehingga kini gagal dinafikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan).

Tidak cukup dengan membawa budaya demonstrasi jalanan di negeri ini, baru-baru ini timbul pula provokasi kaum oleh blogger pro Pakatan Rakyat. Kini individu yang mempunyai jaringan atau pengaruh kuat di luar negara pula dibawa masuk ke Sabah. Bukankan semua jalan cerita ini membentuk satu sinopsis yang menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat sedang menyusun strategi bagi menghancurkan pentadbiran negeri Sabah bagi memudahkan mereka merampas kerajaan?

Jika ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Musa Aman pengecut atau cuba menghalang kemaraan Pakatan Rakyat di negeri ini, kenapa Datuk Musa Aman tidak sekat saja Azmin Ali, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau semua pemimpin-pemimpin otai Pakatan?

Berkenaan dengan warga asing di Sabah, kuasa itu tertakluk kepada kerajaan pusat, bukannya kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri mempunyai kuasa, sudah lama isu PATI ini ditangani oleh kerajaan negeri, malah tidak perlu Datuk Musa Aman menuntut penubuhan RCI dari kerajaan pusat.

By: Borneo Bullet