Showing posts with label Haji Hamzah Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Haji Hamzah Abdullah. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Dompok ANTI agama atau Hj Hamzah AMAL politik agama?

Sebelum baca ulasan Bullet, baca dulu ulasan Haji Hamzah Abdullah (DISINI)

Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah mengutuk keras kenyataan Tan Sri Bernard Dompok mengenai isu hudud. Pelbagai tomahan dilemparkan terhadap Dompok kononnya beliau anti agama, tidak menghormati perlembagaan, memecahbelahkan masyarakat dan pemikiran tidak selari dengan zaman. Sedangkan apa yang dilakukan oleh Dompok tidak lebih dari sekadar menyuarakan pandangan ikhlas mengenai sesuatu perkara yang tentunya menuntut penjelasan dari setiap pemimpin yang sedang dan bakal memerintah negara ini.

Jika kenyataan Dompok itu dikatakan bakal memecahbelahkan masyarakat di negeri ini, bagaimana pula dengan PAS yang secara terang-terangan menggunakan nama agama untuk mendapatkan sokongan rakyat? PAS atau Parti Islam Se-Malaysia tidak patut wujud dalam sebuah negara yang mana masyarakatnya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Jesteru, apa motif pemimpin-pemimpin PAS menggunakan perkataan Islam dalam berpolitik? Dalam kes ini, siapa sebenarnya yang terang-terang menggunakan agama untuk kepentingan politik? Siapa sebenarnya yang memiliki pemikiran yang tidak selari dengan zaman?

Hj Hamzah dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain patut telah bersedia dari segi mental jika ada mana-mana agenda mereka yang tidak dipersetujui oleh pemimpin atau ahli-ahli politik lain. Lebih-lebih lagi mereka sendiri yang memilih untuk menggunakan pendekatan agama untuk mempromosikan parti mereka. Mustahil Hj Hamzah tidak mengetahui langsung risiko dalam berpolitik.. Bantah-membantah adalah asam garam dalam berpolitik. Terpulang kepada rakyat membuat pertimbangan samada menerima atau tidak penjelasan atau pendirian mana-mana pemimpin mengenai sesuatu perkara. Bukankah Hj Hamzah sendiri mengakui dalam artikel tersebut bahawa rakyat hari ini sudah berubah, tidak mudah diugut dan mementingkan kejujuran? Jadi, kenapa perlu melenting?

Dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya DAP juga tidak setuju dalam beberapa perkara mengenai agenda PAS. Kenapa Hj Hamzah tidak mengutuk SEKERAS-KERASNYA pemimpin-pemimpin yang sangat rapat dengan PAS ini?
"PAS Sabah mengingatkan supaya Dompok melihat kepada politik Kelantan yang sudah lebih 20 tahun dipimpin oleh PAS. Tidak ada seorang pun rakyat bukan Islam yang dinafikan hak mereka untuk beragama." - Bohong beliau
Mengenai politik Kelantan yang sudah lebih 20 tahun dipimpin oleh PAS, Bullet lebih percaya jika penduduk Kelantan sendiri yang membuat kenyataan itu, bukannya Hj Hamzah. Manalah tahu penduduk Melayu sendiri dinafikan hak mereka sebagaimana yang berlaku di Kedah dimana kerajaan PAS Kedah telah merobohkan Madrasah Salihiyyah yang berusia lebih 100 tahun semata-mata mahu memberikan laluan kepada pembinaan bangunan kormesial yang berkemungkinan membawa pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut beroperasi di bekas tapak Madrasah tersebut.
"PAS secara jelas telah melancarkan misi Negara Berkebajikan yang menjadi misi utama mewujudkan kesejahteraan rakyat." Bohong beliau
Mengenai Negara Berkebajikan yang turut dikaitkan dalam kenyataan balas Hj Hamzah kepada Dompok, bagaimana pula dengan penyerahan beribu-ribu hektar tanah milik rakyat dan umat Islam Kelantan kepada syarikat-syarikat milik kroni DAP, oleh PAS Kelantan? Itukah makna Negara Berkebajikan bagi Hj Hamzah? Bagaimana pula dengan pembalakan berhampiran Tasik Pedu yang menjadi punca air orang Kedah yang didalangi oleh Menteri Besar Kedah atau lebih tepat lagi kerajaan PAS Kedah? Itukah makna Negara Berkebajikan bagi Hj Hamzah?

Agaknya Hj Hamzah sedar bahawa sikap mudah melenting beliau kesan daripada kecenderungan rakyat Sabah untuk meninggalkan PAS pada PRU-13 akan datang sebagaimana nasib yang telah menimpa PAS ketika PRN Sarawak.