Showing posts with label Jimmy Wong. Show all posts
Showing posts with label Jimmy Wong. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Selepas Jenayah Berleluasa, DAP Mahu Kerajaan Najib Contohi Ketegasan Tun Mahathir

Pengerusi Democracy Action Party (DAP) Sabah Jimmy Wong Tze Phin menegaskan bahawa kerajaan perlu mencontohi ketegasan kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dalam melaksanakan undang undang Negara semasa berkuasa yang tidak berbelah bahagi ketegasannya. - Sabahkini

Bangang punya Jimmy Wong.. So, kenapa bantah akta ISA, Ordinan Darurat, akta Perhimpunan Aman dan sebagainya jika mahu negara ini melaksanakan undang-undang secara tegas sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir? Semua undang-undang ini sudah terbukti berkesan dalam menangani kegiatan jenayah serta pelbagai bentuk ancaman dalam negara. Jika bukan kerana ahli politik pembangkang seperti Jimmy Wong, negara ini sudah tentu aman dan selamat sehingga kehari ini.. Lagi bangang kenyataan yang dibuat oleh Jimmy Wong apabila beliau duduk dalam parti yang turut menyokong perhimpunan haram dan membela nasib penjenayah dalam penjara.. Entah apa jenis jin yang masuk ke dalam tubuh Jimmy Wong sehingga beliau tergamak melakukan pusingan 360 darjah selepas bersekongkol dengan puak-puaknya sendiri yang suka sangat membantah apa sahaja yang dilakukan kerajaan dalam membendung kegiatan jenayah..

Daripada Jimmy Wong membuat kenyataan yang berbelit-belit kononnya mahu kerajaan mereformasikan tugas dan tanggungjawab PDRM, bukankah lebih baik beliau mencadangkan terus penguatkuasaan semula undang-undang yang berjaya digugurkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat? Selepas ribuan penjenayah yang ditahan dibawah Ordinan Darurat dibebaskan, kini barulah Jimmy Wong sedar bahawa negara ini sedang diancam jenayah berat? Ketika pembangkang mendesak supaya akta itu dimansuhkan, kenapa mereka tidak fikir kebarangkalian kes jenayah akan meningkat? atau desakan memansuhkan akta itu juga merupakan sebahagian daripada strategi mereka untuk melakukan rampasan kuasa? maklumlah, apabila jenayah meningkat, maka pembangkang boleh menggunakan isu itu kononnya kerajaan telah gagal membendung kegiatan jenayah.. pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Jimmy Wong akan menggunakan kesempatan ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa merekalah yang paling bijak dengan mencadangkan idea-idea penyelesaian sedangkan pada awalnya cadangan membebaskan penjenayah ini adalah datang dari mereka sendiri..

Monday, June 10, 2013

Lajim Ukin bakal berputih mata lagi kerana ditipu Anwar

GOD of the Gambler, Datuk Lajim Haji Ukin mungkin terpaksa berputih mata sekali lagi kerana terdengar desas desus Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong akan mengumumkan sendiri siapa Ketua 'Menteri' Pembangkang di DUN Sabah setelah terdapat pertelingkahan di kalangan PKR dan sekutunya APS dan PPPS.

Lajim yang kini berada di luar negara kecewa dengan berita berkenaan setelah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan beliau akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pembangkang di Sabah sekalipun 'Parti'nya PPPS yang menyewa lambang PKR hanya memenangi satu kerusi; setaraf dengan APS pimpinan Bumburing.

Dengan kedudukan PKR yang mempunyai kerusi terbanyak di Sabah iaitu tujuh kerusi (termasuk yang dipinjam Lajim dan Bumburing) dan diikuti rapat oleh DAP dengan empat kerusi; dan STAR hanya mendapat satu kerusi tunggal; maka kelebihan ada pada PKR untuk menamakan calon Ketua 'Menteri' Pembangkang.

Memandangkan STAR tidak menyertai Pakatan Rakyat, maka Ketuanya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyatakan hasratnya untuk tidak merebut jawatan tersebut.

"Kasi sama Lajimlah," kata Dr Jeffrey yang ingin menumpukan usaha membangunkan kembali Bingkor yang pernah diwakilinya ketika dalam PBS. 

Jika DAP diberi peluang menamakan calon, sudah pasti calon paling senior ialah Hiew King Chiew; tetapi hubungannya dengan Jimmy Wong tidak begitu baik, maka kemungkinan besar ADUN Kepayan, Dr Edwin @ Jack Bosi yang akan dilantik; apatah lagi ADUN Likas, Junz Wong Hong Jun serta ADUN Sri Tanjung, Chan Foong Hin masih terlalu muda.

Dalam keadaan DAP merancang untuk menambah kerusi pada PRU-14 di Sabah, tidak mungkin mereka membenarkan ADUN Api-Api, Christina Liew Chin Jin memegang teraju arah sokongan masyarakat Cina di bansar menjadi Ketua Mentari Pembangkang. Begitu juga dengan ADUN Inanam, Dr Roland Chia Ming Shen yang sudah pasti akan mengubah haluan sokongan masyarakat Cina kepada PKR.

Sebelum ini Paparazzi meramalkan Jelani akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pembangkang, namun penentangannya terhadap perlantikan Lajim membuatkan Anwar terpaksa menerima cadangan Jimmy Wong bagi memastikan Pakatan Rakyat bertambah kukuh di DUN Sabah.

Untuk Rekod, PKR diwakili Jelin Bin Dasanap @ Jelani Bin Hamdan (MATUNGGONG); Ukoh @ Jeremmy Bin Malajad @ Malazad (KADAMAIAN); Roland Chia Ming Shen (INANAM); Christina Liew Chin Jin (API-API); Terrence Siambun (MOYOG); Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred (TAMPARULI-APS) dan Lajim Bin Hj Ukin (KLIAS-PPPS).

Manakala DAP pula diwakili oleh Junz Wong Hong Jun (LIKAS); Hiew King Cheu (LUYANG); Dr Edwin @ Jack Bosi (KAPAYAN) dan CHAN FOONG HIN (SRI TANJONG)

Saturday, May 4, 2013

PENDUDUK KOTA KINABALU MALANG JIKA PILIH DAP

PRU-13 adalah pilihanraya paling malang jika para pengundi terus memilih Calon Pakatan Rakyat (DAP) Jimmy Wong kerana meneruskan tradisi dokumen palsu yang menconteng arang kemuka Parti Dominasi Cina tersebut setelah Ahli Parlimen sebelum ini, Hiew King Cheu didapati menggunakan Ijazah Kedoktoran Palsu! 

Seorang penggundi berdaftar di Kota Kinabalu, C.K.Yong, ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi, menggunakan kesempatan terakhir ini untuk mengingatkan rakyat Sabah, terutama pemilih berdaftar Kota Kinabalu agar menggunakan kebijaksanaan mereka memilih calon yang layak; bukannya 'Penyelia Parit' atau 'Tukang Fotokopi' atau 'Penjaga Tandas'. 

"Jika Jimmy Wong boleh memalsukan Sijil Anak Negeri atau menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu untuk mendapatkan keuntungan peribadi; apa jaminan yang DAP boleh berikan beliau tidak bertindak lebih daripada itu; termasuk menabur janji palsu yang tidak mungkin tertunai," kata C.K.Yong yang mengakui Jimmy turut gagal mematuhi Undang-Undang pihak berkuasa tempatan kerana membina rumah di atas reserve jalan atau Open Space tanpa kelulusan 
Berhubung Sijil Anak Negeri Palsu, C.K.Yong menegaskan bahawa pada 27 Mac 2012, Lembaga Pegawai yang dilantik oleh Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Jimmy Wong. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Noor, berkata Ahli Lembaga yang dilantik itu telah membuat penyiasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri itu berdasarkan sebab-sebab berikut: 

“Maklumat keturunan yang dituntut oleh Jimmy sebagai Sino Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunan Jimmy sebenar. Di mana tidak setitik pun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy kerana kedua ibu bapanya adalah keturunan Cina, sebagaimana dicatatkan dalam sijil lahirnya. 

“Atas sebab itu Lembaga Pegawai mendapati Jimmy tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64). Keputusan Lembaga Pegawai ini telah pun dikemukakan kepada Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu untuk melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Jimmy,” katanya. 

Bagaimanapun Hajiji berkata, pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan pada Disember 2011, maka keputusan lembaga pegawai itu hanya akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. 

Sehubungan itu, C.K.Yong mencabar Jimmy agar mengembalikan semua tanah NCR yang telah didaftarkan atas nama beliau sebelum boleh mendakwa dirinya sebagai pemimpin Sabah untuk masa hadapan sebelum turun membuang undi esok.

Monday, January 21, 2013

Jimmy Wong wajar minta RCI ditubuhkan di Pulau Pinang

"KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS), the victim of alleged election frauds by their comrades in arms, Umno, has been urged to leave the Barisan Nasional government now that it has been revealed that they were robbed of a resounding victory in the 1994 elections.
“They should leave the BN with dignity and without further delay,” DAP Sabah chairman Jimmy Wong said yesterday." - Sabahkini
Siasatan belumpun selesai tapi Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong sudahpun mempunyai keputusan siasatan dan beliau minta PBS keluar meninggalkan BN Sabah? Siapa Jimmy Wong? panel RCI?

RCI ditubuhkan adalah atas usaha pemimpin-pemimpin PBS sendiri. Tujuan penubuhanya bukan untuk mencari salah siapa, sebaliknya untuk menyelesaikan masalah kebanjiran pendatang haram dan projek IC di negeri ini. Jika penubuhan RCI hanya untuk mencari salah siapa, baik tidak payah ditubuhkan. 

Ikhlas sangatkah perjuangan DAP Sabah terutamanya Jimmy Wong jika desakkan mereka terhadap sesuatu perkara terutamanya bagi kes-kes yang memerlukan penyelesaian melalui mahkamah hanya untuk mencari salah siapa? Bermakna selama ini DAP hanya mengharapkan supaya penubuhan RCI itu dapat membuktikan pemimpin2 BN terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan menyalahgunakan jentera-jentera kerajaan? Patutlah siasatan belum selesai, tapi mereka lebih dulu mendabik dada seolah-olah hasil siasatan ada ditangan mereka.

Penubuhan RCI itu sendiri membuktikan bahawa kerajaan BN bersungguh-sungguh dan ikhlas mahu menyelesaikan masalah ini. Jika kerajaan BN sudah tunaikan janjinya, untuk apa PBS keluar meninggalkan gabungan itu? Sepatutnya Jimmy Wong melihat sendiri pemerintahan DAP di Pulau Pinang. Bagaimana statistik penduduk di negeri itu berbeza dengan statistik pengundi?

Daripada statistik penduduk:

Melayu = 42.05%
Cina = 40.92%
India = 9.67%
Lain-lain = 7.37%

Daripada statistik pengundi:

Melayu = 33.63%
Cina = 55.05%
India = 10.85%
Lain-lain = 0.06% + 0.05% + 0.34%

Penduduk Cina 40% tapi pengundi 55%, Penduduk Melayu 42% tapi pengundi 33%? - Sumber

Statistik ini menunjukkan demografi penduduk dan statistik pengundi Pulau Pinang pada tahun 2010. Bagaimana pula dengan tahun 2011 dan 2012? Tentu bertambah lagilah jumlah pengundi-pengundi DAP di Pulau Pinang. Apa pula komen Jimmy Wong berkenaan dengan pertambahan pengundi DAP yang sangat luar biasa ini? mengatasi jumlah penduduk pula tu....

Bolehkah Jimmy Wong minta RCI ditubuhkan di Pulau Pinang dengan kos penubuhan Suruhanjaya itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang??

***PBS berani minta RCI ditubuhkan di Sabah, DAP beranikah minta RCI ditubuhkan di Pulau Pinang?