Showing posts with label LDP. Show all posts
Showing posts with label LDP. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

DAP Marah Bila LDP Kata Komuniti Cina Silap Buat Keputusan

PENAMPANG: Liberal Democratic Party (LDP) and its leaders should make an effort to understand the Chinese community’s overwhelming support for the opposition in the 13th general election, instead of belittling them, said Sabah DAP Secretary, Dr Edwin Bosi. Bosi also stressed that the Chinese community did not make a wrong decision by supporting the opposition in the 13th General Election, as claimed by LDP Deputy President Senator Datuk Chin Su Phin. - Borneo Insider

Bukan sahaja LDP, malah semua komponen BN Sabah telah melakukan yang terbaik untuk komuniti Cina. Setiap tahun, puluhan juta disalurkan untuk pembinaan sekolah dan juga rumah-rumah ibadat bagi kaum ini. Jesteru ada asasnya kenapa Datuk Chin Su Phin mempersoalkan mengenai trend penggundi komuniti ini terutamanya di kawasan bandar. DAP tidak sepatutnya mempertikaikan kenyataan Chin kerana Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim juga mempertikaikan undi yang diperolehi oleh BN dengan membuat pelbagai tuduhan kononnya berlaku penipuan, wujud pengundi hantu dan sebagainya. Malah, Pakatan lebih teruk apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tergamak menghina kaum di Sarawak hanya kerana kaum itu tidak mengundi PAS pada Pilihanraya Kecil Batang Ai..
"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek,undi PAS," - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Jika Dr Edwin Bosi enggan menerima kenyataan jujur yang dibuat oleh Chin, beliau juga sepatutnya mengutuk keras kenyataan Hadi atau sekurang-kurangya mengutuk tindakan petugas-petugas pilihanraya Pakatan Rakyat yang menghalang warga tempatan dari menunaikan tanggungjawab. Pada Pilihanraya Umum Mei lalu, terdapat beberapa kes dimana warga tempatan yang berkulit gelap dan tak hensem telah dinafikan hak mereka untuk mengundi oleh petugas-petugas samseng Pakatan Rakyat. Hanya melihat kepada rupa paras seseorang, pakatan seolah-olah dapat membaca asal usul mereka sekaligus melabelkan mereka sebagai warga Bangladesh?? dan hanya kerana BN menang di banyak kerusi, maka Pakatan menuduh rakyat tempatan yang mengundi BN itu sebagai warga Bangladesh, PATI, hantu dan sebagainya? 

Sedarlah Edwin Bosi.. Kemenangan DAP dikawasan bandar bukan disebabkan DAP banyak menghulurkan sumbangan atau memahami keperluan komuniti itu.. Sebaliknya, komuniti itu pula yang banyak menyumbang kepada tabung parti Pakatan Rakyat. Kekuatan DAP tidak lebih dari sekadar menyebarkan fitnah, pembohongan dan putar belit. Sebab itu mana-mana kawasan yang terdapat access internet amat mudah ditawan oleh Pakatan terutamanya DAP.. Ini kerana "petugas-petugas" DAP sangat aktif siang dan malam melakukan kerja-kerja meracuni minda rakyat.. Tidak perlulah Edwin mengajar pemimpin BN bagaimana caranya untuk memahami kemahuan setiap komuniti di negara ini, kerana memang itulah yang dilakukan kerajaan setiap hari. Adalah lebih baik jika Edwin dapat menasihati pemimpin-pemimpin DAP yang berjaya memenangi kerusi pada PRU13 lalu supaya memfokuskan kepada kawasan masing-masing...

Friday, April 5, 2013

LDP mahu Mykad di Sabah diproses semula

SANDAKAN : Presiden Liberal Democratic Party (LDP) Datuk Liew Vui Keong menyambut baik saranan Presiden UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dumpok yang mencadangkan agar semua pemegang Mykad di Sabah yang diragui ditarik balik kemudian diproses semula dan berikan kepada yang benar-benar layak sahaja. 

Katanya cadangan Dumpok itu memang baik sekiranya pemegang kad pengenalan biru 'IC Projek' meragukan wajar ditarik balik dan buat semula dengan mengikut tatacara dan prosedur yang betul. 

Apapun kata V.K Liew, untuk menarik balik kad kad pengenalan tersebut harus mengambil kira beberapa sudut dan perlu diperhalusi dan bukan mudah untuk menyelesaikan masalah pemegang kad pengenalan yang kini sudah berjumlah 1.3 juta di negeri ini. 

Datuk V.K Liew berkata demikian dalam satu temubual eksklusif dengan Sabahkini.Net sejurus selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Undian Projek PIA-PIAS Daerah Sandakan kelmarin. 

"Saya amat setuju dan menyokong cadangan mahupun saranan Dompok mengenai masalah Kad Pengenaan tersebut yang kini telah menjadi isu besar; tetapi untuk melaksanakan perlu mendapat sokongan padu daripada semua parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak melanggar tatatusila dalam perkongsian kuasa dalam pentadbiran kerajaan BN,” ujarnya. - Sabahkini

Wednesday, March 20, 2013

Datuk Liew Vui Keong yakin mampu pertahankan P.186 Sandakan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, yang juga Ahli Parlimen Kawasan Sandakan berkeyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan dapat mempertahankan semula ketiga-tiga kerusinya di kawasan Parlimen P.186 Sandakan DUN Tg Papat dan DUN Elopura menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. 

Beliau berkata, parti itu tiada masalah untuk berdepan dengan mana-mana pembangkang berikutan kesiapsiagaan komponen kini berada dalam tahap paling terbaik. 

Katanya, kekuatan parti turut didorong hasil semangat semua pihak terutama program Jalinan Rakyat (JR) menambah keyakinan rakyat terhadap BN apabila pelaksanaan program murni ini sampai ke peringkat akar umbi sekali gus mendengar apa jua permasalahan. 

"Kita sudah pun siap sedia dan perkara menggembirakan saya apabila rakan-rakan komponen BN menunjukkan laporan yang semuanya bersiapsiaga menghadapi PRU-13 yang akan diadakan tidak lama lagi," jelasnya semasa ditemui wartawan pada Taklimat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sandakan Kali Kedua di di Ballroom Sabah Hotel di sini, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Liew meminta rakyat supaya tidak memperbesar-besarkan kejadian di Kampung Sim-Sim di mana tiga orang lelaki mencurigakan dilaporkan.  Beliau berharap rakyat jangan membuat andaian sendiri, tetapi sebaliknya menghubungi polis untuk menyiasat. 

"Sebenarnya, kejadian ini sudah dapat diatasi apabila pasukan keselamatan bertindak segera selepas mendapat maklumat orang awam. Jadi, tidak perlu lagi merasa bimbang keadaan adalah terkawal," katanya. - Sabahkini

PUTERI PASTIKAN SEMUA KERUSI BN KEKAL

Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Sandakan, Siti Haiba Majid, berkata jenteranya sudah bersiap sedia bagi memastikan kemenangan calon-calon Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. 

Menurut beliau, kekuatan BN terutama di Parlimen P.186 Sandakan tidak perlu dibimbangi kerana setiap sayap yang sedia ada telah pun digerakkan dengan melibatkan kerjasama rakan-rakan komponen BN. 

Beliau berkata, sokongan rakyat dilihat terus bertambah apabila setiap kali mereka turun padang masyarakat setempat memberikan maklum balas yang positif sekali gus menunjukkan bahawa sokongan kepada BN tidak pernah berbelah-bahagi. 

Katanya, keyakinan rakyat itu hasil daripada keikhlasan dan keprihatinan kerajaan yang mampu memikul tanggungjawab ditambah lagi pendekatan murni Puteri Umno yang sentiasa mendekati golongan wanita muda. 

"Saya yakin pada PRU-13 calon-calon BN di kawasan ini akan beroleh kemenangan mudah memandangkan sokongan rakyat tidak pernah pudar; malahan semakin baik. Ini dapat dibuktikan menerusi program yang kami jalankan mendapat reaksi sangat baik. 

"Saya mengambil contoh program yang dilaksanakan pada petang ini telah dihadiri kalangan beliawanis. Ini menunjukkan bahawa hubungan parti dengan semua golongan kian akrab," jelasnya. 

Siti Haiba menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Belia Parlimen Sandakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Indah Jaya, dekat sini kelmarin.

Dalam pada itu, Haiba menasihatkan kepada ahli-ahli Puteri UMNO Sandakan agar tidak mendengar khabar-khabar angin yang kini masih lagi disebarkan oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab yang sengaja menakut-nakutkan; kononnya keadaan daerah Sandakan kurang selamat itu sama sekali tidak betul. 

“Kita tak perlu takut kerana pihak keselamatan seperti Polis dan Tentera kini telah membuat kawalan ketat disetiap sudut tempat sama ada diteluk-teluk persisiran pantai mahupun di darat khususnya disepanjang jalan Sandakan ke Kota Kinabalu dan Sandakan ke Lahad Datu,” ujarnya. - Sabahkini

Tuesday, January 29, 2013

Ceramah DAP hanya dihadiri ratusan kerusi

Halimunan?
Biarkan gambar berbicara segala apa yang berlaku. Begitulah nasib malang yang menimpa program anjuran DAP Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh Juice Wong. Menurut sumber, program ini mendapat publisiti meluas tidak hanya di media alternatif, bahkan juga media cetak. 

Pada mulanya penganjur mengandaikan program tersebut bakal dihadiri oleh lebih daripada 500 orang, berdasarkan sambutan memberangsangkan pada sesi wacana "The Cries Of Sabah" 24.01.2013. Namun, harapan hanya tinggal harapan, bila mana program tersebut hanya dihadiri kurang daripada 100 orang. Malah ada yang menjangkakan kehadiran peserta pada program tersebut sekitar 50 orang. Walau apa juga andaian yang diletakkan, keseluruhannya program tersebut gagal mencapai sasaran seperti mana yang diharapkan. - DKM


Pergh!! rajin sangat bro DKM turun padang memerhati dan mengikuti perkembangan setiap kempen anjuran Pakatan Rakyat di Sabah. 

Syabas bro, sekurang-kurangnya rakyat Sabah tahu bahawa Pakatan bukan pilihan yang paling tepat untuk rakyat Sabah. Betullah kata DKM bahawa rakyat Sabah juga sudah muak dengan skrip politik Pakatan yang berulang-ulang, bersifat fitnah, bukan berdasarkan realiti serta sarat dengan pembohongan dan putar-belit. Jika ada pihak yang bertanya, "apakah benar Pakatan Rakyat mampu membawa tsunami politik pada PRU-13 nanti?", jawapannya ada pada gambar di atas.

Trend pengundi di Pulau Pinang dan Sarawak tidak sama dengan trend pengundi di Sabah. Jika Pulau Pinang boleh jatuh ke tangan DAP, dan jika PRN Sarawak boleh membuatkan Lim Kit Siang senyum sampai ke telinga, jangan harap perkara yang sama boleh berlaku di Sabah. 

Rata-rata rakyat Sabah berpuas-hati dengan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman. Malah, prestasi LDP yang mewakili kaum cina di negeri ini juga sangat baik berbanding dengan DAP Pulau Pinang yang banyak memperlihatkan sikap diskriminasi terhadap kaum lain.

Syabas kepada rakyat Sabah yang tidak menghadiri mana-mana kempen Pakatan Rakyat di negeri ini, dan kepada mereka yang masih terlopong mendengar tipu-helah pemimpin-pemimpin Pakatan, Bullet nasihatkan Kembali Lah Ke Pangkal Jalan!!..