Monday, October 29, 2012

Pembangkang dengki rekod cemerlang Musa Aman

Datuk Musa Aman
Bajet 2013 negeri Sabah yang dibentangkan oleh Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini jelas memberikan penekanan kepada program-program bertujuan memakmurkan negeri dan mengukuhkan kesejahteraan rakyat selain mengambil kira cabaran masa kini dan ketidaktentuan ekonomi global. Sesuai dengan temanya "penyatuan usaha ke arah kesejahteraan rakyat yang berterusan", bajet negeri kali ini menyaksikan peningkatan sebanyak RM40 juta berbanding RM4.048 bilion sebelum ini.

Kemampuan kerajaan negeri Sabah mengumumkan bajet terbesar dalam sejarah negeri ini membuktikan kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman sentiasa mengamalkan pengurusan berhemah dalam setiap perbelanjaan dan juga hasil negeri. Tidak seperti negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mana jumlah bajet yang diluluskan oleh kerajaan pembangkang di Pulau Pinang tidak sampai RM1 bilion, begitu juga dengan di Selangor, jumlah bajet mereka tahun ini hanya sekitar RM1.6 bilion.

Dibawah pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional,  hasil negeri Sabah berjaya ditingkatkan dari RM1.2 bilion pada tahun 2001 kepada RM4.36 bilion tahun lepas. Rizab tunai negeri juga meningkat daripada RM100 juta pada 2001 kepada RM3.3 bilion pada tahun lepas.

Laporan Ketua Audit Negara juga mengakui bahawa Sabah sebagai salah satu negeri yang memiliki rekod terbaik dalam pengurusan kewangan serta berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut. Selain itu, Sabah juga berjaya mengekalkan penarafan tertinggi ‘AAA’ oleh RAM Rating Services Berhad selama 4 tahun berturut-turut kerana kedudukan fiskal negeri yang mantap dengan lebihan yang berterusan, serta mendapat persijilan ISO 9001:2008 oleh Moody International untuk pengurusan bajet negeri yang efisien dan teratur bagi tempoh 4 tahun berturut-turut.

Disebalik semua penghargaan ini, masih ada pihak yang tidak henti-henti menghasut rakyat melalui pembohongan dan fitnah bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang selama ini terbukti berjaya membangunkan negara/negeri ini. Niat jahat mereka bukan untuk menegakkan kebenaran, sebaliknya untuk menumbangkan kerajaan sedia ada semata-mata untuk memuaskan nafsu politik pihak tertentu yang selama ini sangat mengidam jawatan kabinet persekutuan.

Salah satu fitnah terhebat yang sedang dimainkan oleh mereka hari ini ialah berkenaan dengan tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan nilai RM40 juta. Walaupun siasatan SPRM dan ICAC mendapati tidak wujud unsur-unsur rasuah melibatkan Datuk Musa Aman dalam kes "sumbangan politik" ini, namun pembangkang tetap konsisten mengangkat pembohongan mereka mengatasi kredibiliti siasatan pihak yang lebih arif berhubung dengan jenayah rasuah ini.

Pembangkang mungkin boleh mempertikaikan kredibiliti siasatan SPRM, namun tidak untuk ICAC. Pembangkang sendiri mengakui bahawa ICAC adalah satu badan siasatan yang sangat dihormati. Malah, menurut Datuk Rahman Dahlan, beliau sendiri telah banyak kali mendengar di Parlimen dimana pembangkang sendiri memuji ICAC sebagai sebuah agensi pembanterasan rasuah yang terbaik.

Malangnya, apabila hasil siasatan ICAC yang selama ini dipuji dan dihormati oleh mereka menyebelahi Datuk Musa Aman, pembangkang tanpa segan silu melabelkan hasil siasatan itu sebagai "diragui". 

Peliknya, ketika pembangkang menuduh Datuk Musa Aman "merompak" dan memusnahkan hutan di Sabah, mereka lupa bahawa hanya dibawah pimpinan Datuk Musa Aman, barulah kerja-kerja konservasi hutan giat dilaksanakan di negeri ini. 

Malah atas cadangan Datuk Musa Aman juga, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan rang undang-undang menyekat sebarang bentuk pembangunan di sepanjang pinggir laut Kota Kinabalu, yang berkeluasan 1.555 hektar, dari Tanjung Aru ke Teluk Likas.

Berdasarkan rekod cemerlang Datuk Musa Aman, timbul satu kemungkinan kuat bahawa BN sekali lagi akan memperolehi kemenangan besar di Sabah pada pilihan raya umum ke-13 nanti, maka tidak hairanlah jika beliau menjadi sasaran pembangkang dalam waktu-waktu kritikal seperti ini

By: Borneo Bullet

Sunday, October 28, 2012

SAS - Yong patut jawab, bukan Yee

Semakin dekat Pilihanraya Umum Ke-13, semakin tertekan nampaknya presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee berkenaan dengan isu SAS. Agaknya beliau takut isu SAS ini akan menggagalkan hasrat beliau untuk menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah untuk kali kedua. Orang bilang, berani kerana benar, takut kerana salah. Jika benar Yong Teck Lee takut, bermakna beliau berada dipihak yang salah. Sebab itulah beliau tidak henti-henti membangkitkan isu SAS ini, bukan kerana terdorong untuk mendedahkan kebenaran, sebaliknya sekadar untuk menyelamatkan atau membersihkan diri beliau dari terus di"labelkan" sebagai pembawa bencana kepada 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah akibat kejatuhan saham SAS daripada RM1 seunit kepada 17 sen seunit pada tahun 1996.

Berkali-kali SAPP minta supaya Kertas Putih dibentangkan di Dewan Undangan Negeri sedangkan mereka sendiri tahu bahawa usul itu tidak sepatutnya dibenarkan berdasarkan Peraturan tetap 17(1) dan17(2). Berdasarkan peraturan tetap dewan, seseorang ahli dewan tidak layak untuk meminta atau mengarahkan Kerajaan mengeluarkan Kertas Putih kerana hanya Speaker atau Menteri sahaja yang boleh berbuat demikian. Lagipun, mengikut definisi Kertas Putih yang dapat dikaitkan di semua Parlimen Komanwel, adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Kerajaan sebagai penyata dasar, dan sering menggariskan cadangan bagi perubahan perundangan, yang boleh dibahaskan sebelum satu-satu Rang Undang-Undang diperkenalkan. Ia juga membolehkan Kerajaan mengumpul maklum balas sebelum dasar dilaksanakan. Bukannya "suka-suka" dikeluarkan semata-mata untuk membersihka nama Yong Teck Lee.

Datuk Yee Moh Chai
Bullet bersetuju dengan kenyataan Datuk Yee Moh Chai bila mana beliau mempersoalkan kenapa hanya pada waktu ini barulah Yong Teck Lee minta Kertas Putih dibentangkan? Jika benar Yong Teck Lee ikhlas mahu mendedahkan kebenaran, beliau sepatutnya sudah mengarahkan dokumen itu dikeluarkan ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah.

Dalam kes ini, bukan Datuk Yee Moh Chai yang perlu memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Sabah terutamanya kepada pelabur-pelabur yang mengalami kerugian, sebaliknya Datuk Yong Teck Lee lah yang perlu memberikan penjelasan kepada rakyat Sabah berdasarkan fakta-fakta yang munasabah jika beliau yakin kejatuhan nilai saham itu adalah berpunca daripada krisis kewangan Asia 1997-1998 atau disebabkan oleh beberapa pemimpin dalam BN Sabah hari ini.

Meletakkan kegagalan sendiri dibahu orang lain adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab sebagai seorang yang pernah memegang jawatan Ketua Menteri Sabah. Jika inilah bentuk kepimpinan yang cuba ditonjolkan oleh Datuk Yong Teck Lee, layakkah beliau menduduki kerusi Ketua Meneri untuk kali kedua? Tidak mustahil, jika pimpinan beliau menghadapi masalah besar seperti ini (SAS) dikemudian hari, sepuluh jari beliau akan dimanfaatkan bukan untuk memohon maaf atau memperbetulkan kesilapan, sebaliknya untuk menuding mana-mana pihak yang beliau benci.

Fakta yang perlu rakyat Sabah tahu ialah, nilai SAS meningkat setinggi RM1.47 seunit pada tahun 1995, peningkatan ini direkodkan selepas setahun ianya diperkenalkan iaitu pada tahun 1994. Kemudian nilainya jatuh pada tahun 1996 ketika Datuk Yong Teck Lee mula mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Sabah. Pada tahun 1997, dimana merupakan tahun kedua Datuk Yong Teck Lee menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah,  nilai SAS jatuh lagi ketahap yang paling rendah. Bukankah semua fakta-fakta ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran Datuk Yong Teck Lee?

Jesteru, tidak perlulah Datuk Yong Teck Lee bersungguh-sungguh cuba menegakkan benang yang basah. Jika beliau mahu, tanpa Kertas Putih pun beliau masih boleh mendedahkan kebenaran atau membersihkan nama beliau. Jika benar beliau tidak bersalah, kenapa beliau tidak ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Haji Rahman Ghani, CEO Syarikat Warisan Harta Sabah (WHS) yang sebelum ini telah membuat kenyataan akhbar melalui Daily Express bertajuk "Massive Rm114m losses by ex-CM"? Walaupun nama DatukYong Teck Lee tidak disebut, namun secara umumnya rakyat Sabah tahu siapa Ketua Menteri Sabah pada Disember 1997.

By: Borneo Bullet

Thursday, October 25, 2012

KHJ - Akronim terbaru pembangkang

Sejak 5 Oktober 2012, entah berapa puluh kenyataan media dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk media tajaan mereka berhubung dengan skandal penggubahan wang haram di Hong Kong. Jangan ingat semua kenyataan-kenyataan itu mampu mempengaruhi minda rakyat Sabah! Jangan ingat rakyat Sabah mudah diperbodohkan oleh pembohongan dan fitnah pembangkang! Dan jangan ingat media asing yang beroperasi di luar negara mampu meruntuhkan kerajaan pimpinan Datuk Musa Aman. 

Maklum balas di dunia maya berkenaan dengan isu ini, walaupun majoriti peminat media alternatif cenderung untuk mempercayai pembohongan pembangkang, namun ulasan-ulasan mereka tidaklah kukuh dan berkredibiliti sangat. Melainkan sekadar "mengejek", mengutuk, maki hamun dan yang seangkatan dengannya. Hujah Datuk Rahman Dahlan berhubung dengan isu ini juga gagal disangkal sepenuhnya oleh mereka. Seperti biasa, kehadiran penyokong-penyokong pembangkang di dunia maya ini bukanlah atas dasar menuntut kerajaan yang telus dan berintegriti, sebaliknya sekadar untuk mendedahkan sikap "double standard" mereka terhadap perjuangan pembangkang yang penuh dengan pelbagai skandal yang belum terjawab.

Bullet juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan isu penggubahan wang haram ini. Bermula dari kenyataan Nazri sehinggalah kepada ulasan laman pembocor maklumat Sarawak Report dan rakan sekutunya Bruno Manser Funds (BMF). Sepanjang mengikuti perkembangan isu ini, tidak ada misteri yang dirungkai dan tidak ada penjelasan yang lebih jelas dari hasil siasatan SPRM dan ICAC. Walaupun banyak pendedahan dari pihak pembangkang, namun semuanya lebih kepada "recycle" dan "reused", hanya ditokok-tambah sedikit supaya skrip pembohongannya nampak lebih "real".

Seperti yang Bullet katakan diatas, fitnah pembangkang terhadap pemimpin kerajaan BN Sabah tidak akan mempengaruhi minda rakyat di negeri ini. Dibawah ini, Bullet sertakan ulasan seorang commentator yang mungkin sudah meluat dengan siri pembohongan pemimpin serta media pembangkang yang tidak henti-henti mengulas isu yang sudahpun selesai.
"What is there to hide? This matter has already been settled out in the open in Parliament. Najib has already said that there is nothing wrong for receiving political contributions so long as it is through proper process and procedure (paraphrasing Najib statement on the matter). Yet somehow there are other alternative news sites has their own take or interpretation on this matter; thus only further prolonging this issue.

After Najib has given his comment on this matter, these opposition proxies have put in word on their take onto what the Prime Minister clarified. Not only they questioned more on his word, but putting a more negative spin to what he had said. Who could blame Najib for not discussing the matter further out in the open? These opposition proxies are vulture scavenging to what they can find that fit their KHJ agenda: KUTUK, HASUT, JANJI.This is an interesting finding and we can see how they have implemented these disgusting tactics:

Kutuk - The word itself speaks for itself. This is not your run of the mill positive criticism, it goes to a whole new level of low: they defamed by attacking ceaselessly the credibility of the person in question. This can be done by twisting whatever statement that these public figure said to suit their own agenda.

Hasut - This ca bee seen rapidly in pro opposition proxies operated sites. They unleashed their "cyber trooper" to create an atmosphere of discontent to the ruling government with intention to created a distorted reality in cyberspace in hopes to influence those whom have visited the sites in question.

JANJI - I need not to elaborate further on this: We have seen the many 'stars and moon' rhetorics.

Having said this begs to ask the question: Can they deliver? Can the follow through? As Far as I can see upto this point: We're heading the right direction. Some say that the developments projects comes too late, but I say "BETTER LATE THAN NEVER" . We're not starving, we still have roofs over our heads, we still have decent income and jobs."

By: Borneo_Bullet_Proof_Vest
Source: MUSA’S SECRET DONORS -We Blow The Whistle On UMNO’s Sabah Kickbacks!

Apa yang menarik dengan ulasan ini bukan setakat isinya, malah jumlah "vote up" yang setakat ini mencecah 72 berbanding dengan "vote down" 15. Apa agaknya perasaan pemilik portal Sarawak Report apabila tulisan beliau tidak lagi mendapat sorakkan dikalangan pelawat-pelawatnya? inilah sebahagian daripada bukti bahawa rakyat semakin muak dengan pembohongan yang kerap  dikitar semula oleh media pembangkang

"Sila klik link di atas dan "vote up".. biar terbeliak mata si Clare Rewcastle Brown"

By: Borneo Bullet

Wednesday, October 24, 2012

Fahami "modus operandi" pembohongan pembangkang

Berikut adalah ulasan blogger Taiping Mali berkenaan dengan skandal Scorpena;
"Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama. Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata. Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia. 

Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya. Tajuk program tersebut ialah 'Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya'.

Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya. Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya. Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu. 

Suara Anwar
Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan. Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya"
Nak tahu apa kaitannya dengan skandal penggubahan wang haram Hong Kong?

Pertama sekali, kita perlu lihat persamaan si pembawa tuduhan. Seperti yang kita sedia maklum, Suaram dan Sarawak Report masing-masing memegang status NGO dan media PRO PEMBANGKANG. Kedua-duanya menjadi jentera pembangkang dalam melaksanakan misi rampasan kuasa.

Jika sebelum ini Suaram sudah mengakui bahawa mereka menerima dana asing, kemungkinan besar Sarawak Report juga menerima dana dari sumber yang sama memandangkan sehingga hari ini belum ada penafian dibuat oleh pihak Sarawak Report. Selain itu, kedua-dua "jentera" pembangkang ini juga seolah-olah ditugaskan untuk "mensensasikan" kes rasuah yang kononnya berlaku di luar negara. Suaram dengan skandal di Perancis, manakala Sarawak Report pula dengan skandal Hong Kong.

Anwar Report
Apa yang membuatkan Bullet begitu yakin dengan modus operandi mereka ialah apabila Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Michael Chia tidak pernah ditangkap di Hong Kong dan ICAC juga tidak pernah tangkap Michael Chia. Berdasarkan maklumat SPRM, RM40 juta untuk Umno Sabah yang dirampas itu tidak berada dalam milikan Micheal Chia seperti yang didakwa pembangkang dan media mereka, sebaliknya dipindahkan secara elektronik.

Jelas wujud persamaan dengan tuduhan Suaram mengenai skandal Scorpena di Perancis, dimana pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya. 

Bermakna, semua skrip tuduhan ini samada "penahanan" mahupun "perbicaraan" sengaja di reka oleh "jentera-jentera" pembangkang bagi menimbulkan gambaran kepada masyarakat seluruh dunia bahawa pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia terlalu "kotor". 

Sekarang anda nilailah sendiri siapa yang paling "kotor" sanggup memudaratkan negara menggunakan pembohongan dan fitnah, semata-mata untuk memuaskan nafsu politik pihak tertentu yang mengidam kerusi empuk di Puterajaya.

"sepandai-pandai tupai melompat, kalau kita ramai-ramai lastik, jatuh juga tu"

By: Borneo Bullet

Tuesday, October 23, 2012

RM40 million VS USD39 million

Pemimpin-pemimpin pembangkang sibuk mempertikaikan hasil siasatan SPRM dan ICAC berkenaan dengan skandal penggubahan wang haram Hong Kong yang sudahpun selesai. Ada yang mempersoalkan kredibiliti SPRM, ada yang membuat laporan polis, ada yang mahu berdebat,,, pendek kata dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya hendak dipertikaikan. Namun Bullet ucapkan syabas kepada pemimpin-pemimpin BN kerana mampu menjawab persoalan-persoalan pembangkang dengan jujur, telus dan profesional tanpa perlu menengking wartawan dan tanpa perlu menganjurkan demonstrasi sebagaimana yang kerap dilakukan oleh Anwar Ibrahim bila beliau tidak mampu menjawab soalan wartawan.

Ingin Bullet tekankan sekali lagi bahawa skandal penggubahan wang haram Hong Kong ini sudah selesai. Kedua-dua badan pencegahan rasuah iaitu SPRM dan ICAC sudah menjalankan siasatan mereka secara terperinci berdasarkan prosedur-prosedur siasatan yang lazimnya diguna pakai oleh kedua-dua badan ini untuk menyiasat mana-mana kes berkaitan dengan rasuah. Jika pembangkang mengatakan bahawa ICAC tidak terlibat dengan siasatan dan hanya bergantung kepada siasatan di pihak SPRM, bagaimana pegawai-pegawainya boleh sampai ke Sabah bagi menyiasat Micheal Chia dan Richard Barnes?

Pendek kata, kes ini sudah selesai. Tidak seperti isu kemewahan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mana sehingga kini masih banyak persoalan-persoalan yang belum terjawab. Untuk pengetahuan umum, Jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar dan konco-konconya lebih tinggi nilainya berbanding dengan sumbangan politik umno Sabah, iaitu USD39 juta.

Jet Description
Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup mewah mengatasi kedudukan mereka sebagai pembangkang di negara ini, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana. Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa. Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya. Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia.

Anwar and the gang "tersengih-sengih"
Ketika diasak dengan pelbagai persoalan, Anwar, Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberikan jawapan yang berbeza. Kata Anwar, jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’. Sementara Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan, tetapi Tian Chua pula dengan otak separuh bingai terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa. Namun kenyataan Tian Chua lebih tepat apabila Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau telah menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan. Kos menyewa jet mewah tentunya mahal. Walaupun si otak bingai Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci seperti invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.

Samalah seperti situasi yang cuba disensasikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini. Mereka pertikaikan kenyataan Nazri yang bertentangan dengan kenyataan awal beliau, sedangkan mereka sendiri memberikan jawapan yang berbeza berhubung dengan isu Jet mewah ini. Tidak cukup dengan itu, mereka minta pula sumber kewangan (dana politik RM40 juta) itu didedahkan, sedangkan mereka sendiri merahsiakan butiran terperinci berkenaan dengan jet peribadi mereka.

Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri, maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak sedangkan beliau hanya bergaji seringgit. Jika dari poket kerajaan negeri Selangor, maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk kepentingan parti politik PKR. Dan Jika ianya ditaja, iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar, maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya sebagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan mendesak pemimpin-pemimpin BN untuk mendedahkan penaja sumbangan politik RM40 juta ini.

Tabung derma Pakatan Rakyat
Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan juga wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut. Sudah tentu rakyat juga ingin tahu dan ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Soros atau derma ikhlas yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS yang terpedaya dengan ungkapan pemimpin-pemimpin PR kononnya parti mereka miskin dan tidak ada sumber dana. Begitu juga jika ianya dipinjamkan, dedahkan siapakah yang begitu baik hati, pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada Anwar.

Bullet tidak faham kenapa begitu sukar bagi pemimpin-pemimpin PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini ketika mereka bersungguh-sungguh cuba memperlihatkan ketelusan pimpinan mereka dengan mempolitikkan hasil siasatan ICAC dan SPRM. Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR begitu sukar untuk bersikap telus? Apakah yang ingin mereka sembunyikan sehingga begitu gelabah dalam memberikan jawapan kepada umum?

Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara TERPERINCI? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak dipihak PR? Jika pemimpin BN menerima dana dari pihak yang perihatin tehadap perjuangan BN, bukan main lagi dikutuk mereka, macam-macam persoalan dan pertikaian ditimbulkan, tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui, tidak pula menjadi masalah kepada mereka. Seharusnya, penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysia menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih, telus, adil dan berintegriti.

By: Borneo Bullet

Sunday, October 14, 2012

Pemuda SAPP buat laporan Polis

kutuk polis tapi buat juga laporan polis
ketika pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain sibuk mempertikaikan kenyataan Nazri Aziz dan Datuk Najib Razak berkenaan dengan RM40 juta, lain pula halnya dengan parti nyamuk SAPP. Mungkin ahli-ahli SAPP mahu sentiasa dilihat kehadapan dalam memperjuangkan sesuatu isu, maka terpaksalah mereka melakukan tindakan yang lebih berani sedikit berbanding dengan parti lain. Hari ini pemuda SAPP tanpa menggunakan otak terus membuat laporan polis bagi mendesak pihak polis supaya menyiasat dengan lebih lanjut berkenaan dengan asal usul RM40 juta. Sama saja macam DAP yang mahu Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan. Malah ada juga pemimpin-pemimpin pembangkang yang mahu kertas siasatan SPRM didedahkan.

Tahukah pemimpin-pemimpin pembangkang bahawa Amalan Rahsia dalam hal penyiasatan oleh polis atau badan pencegahan rasuah atau apa-apa badan berkuasa adalah amalan satu dunia? Ianya hanya boleh didedahkan apabila ada kes dan dakwaan dibuat di mahkamah. Apa sahaja maklumat siasatan tidak boleh ditunjuk kepada awam kerana dikhuatiri penjenayah akan tahu butir-butir siasatan atau apa sahaja maklumat yang membolehkan mereka terus meloloskan diri dari tindakan undang-undang. Mana la tahu satu hari nanti akan ada bukti baru yang boleh membantu pendakwaan.

Lagipun kenapa hanya serang SPRM dan kerajaan BN saja? kenapa tidak serang sekali badan pencegah rasuah paling telus di Asia Tenggara ICAC?

Kesimpulannya, apa yang dilakukan oleh pemuda SAPP ini hanya ibarat mencurahkah air ke daun keladi. Apa lagi yang perlu disiasat oleh polis jika kes itu sudah disiasat oleh SPRM dan ICAC sejak sekian lama? lebih-lebih lagi apabila kes ini berkait rapat dengan penggubahan wang haram atau rasuah, bukannya kes pembunuhan atau rompakan. Walaupun pihak polis menyiasat kes ini, hasil siasatan yang ingin diketahui oleh pemuda-pemuda SAPP tetap tidak akan didedahkan kepada umum kerana faktor Amalan Rahsia.

Lagi berbaloi jika pemuda SAPP membuat laporan polis terhadap Presiden mereka Datuk Yong Teck Lee kerana menyebabkan negeri Sabah kerugian RM114 juta.
 
**susah juga bila ada ahli politik yang mulutnya lebih laju dari otaknya berfikir**

By: Borneo Bullet

RM40 juta untuk tutup sumbangan politik Soros kepada Pakatan Rakyat

Seperti yang dijangka, penyokong serta pemimpin-pemimpin pembangkang semakin kelam-kabut setelah Nazri Aziz mengumumkan tidak ada elemen perbuatan rasuah dapat dibuktikan terhadap dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah ke atas Datuk Seri Musa Aman. Samada mereka kelam-kabut kerana kehabisan bahan politik atau mungkin sekadar untuk menutup skandal Pakatan Rakyat yang bergelumang dengan dana Soros, biarlah rakyat yang nilai sendiri. Fitnah mereka selama ini bukan sahaja berjaya dibuktikan tidak benar, malah berjaya mendedahkan tembelang mereka yang gemar menggunakan strategi pembohongan dan fitnah untuk merampas kuasa.

Dalam artikel Bullet sebelum ini (DISINI) sudah dijelaskan bahawa fitnah pemimpin serta media pro pembangkang sudah gagal sejak dari awal kerana Datuk Musa Aman memang tidak terlibat dengan skandal penggubahan wang haram dan rasuah. Dalam kenyataan Nazri, turut menjelaskan bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik untuk kegunaan umno.

Dalam kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, turut menegaskan bahawa wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia itu adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno. Tambah beliau, setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.

Melalui kenyataan Nazri dan Najib, jelas sekali tidak wujud apa-apa kesalahan atau keraguan berhubung dengan RM40 juta ini. Alasan yang pertama, Datuk Musa Aman tidak terlibat dangan tuduhan rasuah, dan alasan yang kedua, wang itu hanya sumbangan politik yang mana turut diguna pakai oleh parti-parti pembangkang bagi melancarkan misi rampasan kuasa. Cuma masalahnya, wang itu disumbangkan mengikut cara yang salah, dan kesilapan menyalurkan dana itu pula bukan kesilapan dipihak umno, sebaliknya kesilapan dipihak penyumbang dana.

Sekarang ini bermacam-macam pertikaian dan "putar alam" disebarkan oleh media pembangkang sedangkan isu pokok hanya berkenaan dengan "sumbangan politik" iaitu sama dengan sumbangan JET eksekutif Anwar.

Bila kena dengan parti lawan, banyak sangat persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, riuh sekampung dibuatnya. Tapi bila kena kepada parti pembangkang, kalau bukan mereka senyap, mereka akan nafikan secara ringkas, atau dihalalkan serta-merta. Sebelum lebih ramai rakyat menjadi mangsa "putar alam" pembangkang, eloklah Bullet dedahkan "sumbangan politik" versi pembangkang pula.

cuma kapal selam lagi yang belum ada
Jika sumbangan RM40 juta itu dipertikaikan oleh pemimpin, penyokong dan media pembangkang, rakyat juga berhak mempertikaikan kemewahan pemimpin-pemimpin Pakatan terutamanya Anwar Ibrahim yang mampu menaiki Jet eksekutif secara percuma (kos menyewa RM96,000 untuk penerbangan ke Sabah dan Labuan), memiliki banglo bernilai lebih RM6 juta di Segambut Dalam, kereta pertama, MG Rover 3500cc bernilai ratusan ribu ringgit, bas mewah dua tingkat yang dianggarkan bernilai RM900000, treler jelajah merdeka dan kos guaman (skandal liwat) yang dianggarkan hampir mencecah RM10 juta.
 
Anwar yang bergaji seringgit mampukah memiliki semua kemewahan ini? parti Pakatan terutamanya PAS yang gemar menghidangkan tabung tin milo setiap kali berkempen (kononnya untuk tabung parti), mampukah memiliki kemewahan ini? Jadi persoalannya dari mana datangnya dana untuk membiayai kemewahan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat? ini belum termasuk kos demonstrasi, kos perjalanan untuk berkempen dan sebagainya. Cuma dua sumber sahaja yang Bullet fikir, iaitu dana awam kerajaan negeri Pakatan atau dana Soros. Jika ada pihak yang mengatakan semua kemewahan itu dimiliki secara pecuma dari pihak yang perihatin terhadap perjuangan Pakatan Rakyat, eloklah orang itu buat pemeriksaan mental secepat mungkin sebelum tahap kewarasan orang itu bertambah kritikal.

Selain dari kemewahan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, tidak kurang juga kemewahan yang dinikmati oleh NGO dan media pro pembangkang. Dari tahun 2005 hingga 2011, NGO dan media pro pembangkang di negara ini telah disuapkan dengan dana yang mencecah hampir RM20 juta dari National Endowment for Democracy (NED) bagi membantu misi rampasan kuasa Pakatan Rakyat. Sikap 'pemurah' pertubuhan yang turut dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu dibuat menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berdaftar atau tidak serta agensi-agensi lain.

NGO seperti Suaram, portal berita seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider serta agensi tinjauan pendapat, Merdeka Center semuanya bergantung kepada dana asing untuk membiayai aktiviti mereka. Bermula dengan perjuangan untuk menegakkan nilai-nilai yang murni, mereka akhirnya dimangsakan oleh pembiaya asing yang tidak lain tidak bukan ingin melaksanakan agenda yang tidak memberi kebaikan kepada negara.


Pendedahan ini cuma sebahagian, namun cukup untuk rakyat meludah ke muka pemimpin-pemimpin pembangkang yang hari ini sibuk mempertikaikan dan mempersoalkan sumbangan politik RM40 juta kepada umno.

By: Borneo Bullet

Thursday, October 11, 2012

Sah! Musa Aman bersih dari skandal wang haram

Meroyan tak henti-henti la pembangkang selepas ini apabila isu yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak 2008 tidak sempat dimanfaatkan pada PRU13 nanti. Hancur luluh harapan pembangkang apabila Peguam Negara memutuskan tidak ada unsur rasuah yang membabitkan Datuk Musa Aman dengan ahli perniagaan Micheal Chia Tien Foh, sekaligus menafikan penglibatan Datuk Musa Aman dalam skandal pembalakan haram serta penggubahan wang haram sebagaimana yang disensasikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, media serta NGO tajaan mereka.

Dengan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkenaan dengan tuduhan ini, maka berakhirlah persoalan yang selama ini menjadi teka-teki dikalangan rakyat Sabah. Penjelasan ini bukan sahaja membuktikan bahawa Datuk Musa Aman tidak bersalah, malah membuktikan bahawa penyebaran pembohongan seperti ini sudah menjadi rutin harian pemimpin-pemimpin pembangkang.

Jika kita imbas kembali siri tuduhan skandal penggubahan wang haram ini, banyak situasi yang tidak memihak kepada pihak yang membuat tuduhan. Terutama sekali berkenaan dengan siasatan ICAC. Seperti yang kita sedia maklum, ICAC adalah sebuah badan pencegahan rasuah yang paling telus di Asia Tenggara. Pegawai-pegawai mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekalipun individu yang hendak disiasat itu merupakan pemimpin tertinggi sesebuah negara. Jesteru, kenapa pegawai-pegawai ICAC ini hanya menjalankan siasatan terhadap Micheal Chia dan Richard Barnes? sedangkan suspek utama ialah Datuk Musa Aman sebagaimana yang "dikempenkan" oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Bukankah kegagalan ICAC menyiasat Datuk Musa Aman ini menunjukkan bahawa pihak ICAC juga sependapat dengan SPRM dimana tidak wujud unsur-unsur rasuah antara Datuk Musa Aman dengan Micheal Chia?

Sebagai sebuah badan pencegah rasuah yang memiliki reputasi cemerlang, agak dangkal bila ada pihak yang mengatakan badan ini tunduk dengan desakan pihak tertentu di negara ini.

Walau sebanyak manapun dokumen yang didedahkan, jika kesahihan dokumen itu diragui, tetap tidak akan mampu membuktikan seseorang itu bersalah. Siasatan ICAC dan SPRM bukan berdasarkan jumlah dokumen, sebaliknya berdasarkan kesahihan dokumen serta prosedur-prosedur siasatan yang lain. Lebih menguatkan lagi dakwaan ini selepas Laman Pembocor Maklumat Sarawak Report sebelum ini pernah “terkantoi” menggunakan dokumen SSM palsu atau yang telah diubah suai untuk menjatuhkan kerajaan Taib Mahmud (dokumen pembohongan Sarawak Report (DISINI)).

Menyedari dokumen ciptaan Sarawak Report tidak memberikan apa-apa kesan, mulalah mereka beralih tumpuan kepada landskap Sabah dengan membuat tuduhan kononnya hutan di negeri ini berada dalam keadaan kritikal semata-mata untuk mewujudkan perkaitan antara skandal pembalakan dengan tuduhan asal mereka iaitu skandal pengubahan wang haram. Namun sekali lagi usaha mereka gagal selepas pasangan diraja Britain Putera William dan isterinya Kate melahirkan rasa puas hati terhadap kerja-kerja konservasi alam sekitar melalui usahasama antara kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman dengan NGO tempatan dan antarabangsa sempena lawatan pasangan diraja ini di Lembah Danum pada pertengahan bulan lalu.

“Sudah jatuh, ditimpa tangga”, itulah ibarat yang paling sesuai untuk menggambarkan nasib malang Sarawak Report dan juga pemimpin-pemimpin pembangkang apabila kes yang difailkan di Mahkamah Switzerland yang berbentuk permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) oleh ICAC juga kini sudah ditarik balik atas alasan sama iaitu ketiadaan unsur-unsur rasuah yang melibatkan Datuk Musa Aman.

Perkembangan ini sudah tentu membuatkan segelintir pihak khususnya pembangkang berada dalam keadaan tertekan kerana sedikit demi sedikit bahan politik mereka berjaya ditepis oleh kerajaan Barisan Nasional. Seperti biasa, pasti akan keluar berbagai-bagai kenyataan merapu dari pemimpin-pemimpin pembangkang serta media tajaan mereka mengenai perkembangan ini.

By: Borneo Bullet

Wednesday, October 10, 2012

AWAS! Agen Pemasaran Pembangkang Semakin Aktif

Kesian Bullet tengok sorang blogger yang mendakwa dirinya sebagai pemerhati politik Sabah, khususnya di Kota Belud. Betulkah dia ini seorang pemerhati politik, atau sekadar menjadi agen pemasaran untuk parti pembangkang Sabah?

Mengulas tentang lawatan Najib yang dijangka akan tiba di Kota Kinabalu pada 13 Oktober ini, ramai blogger pro pembangkang temasuk si "pemerhati politik" tadi cuba menggambarkan lawatan Najib ke Sabah sebagai tindakbalas dari pergolakan politik dalaman Barisan Nasional Sabah yang kononnya semakin serius.

Sebagai pemimpin nombor satu negara, salahkah DS Najib melakukan lawatan 5 kali ke negeri ini?, Salahkah DS Najib menghadiri mesyuarat di Taman Kinabalu, Kundasang?, salahkah DS Najib diberikan penghormatan untuk membebaskan 658 peserta dari 28 buah negara bagi acara Kinabalu International Climbathon kali ke-26? dan salahkah DS Najib singgah di Kg. Ayer, Kudat?.

Jika blogger pro pembangkang melihat lawatan DS Najib ke Sabah sebagai bukti pergolakan BN Sabah semakin serius, Bullet pula melihat lawatan DS Najib ini sebagai bukti bahawa Sabah tidak dipinggirkan oleh kerajaan persekutuan. Keadaan BN Sabah hari ini semakin tenang selepas beberapa MP tamak berpindah kapal kerana terpukau dengan tawaran promosi hebat Anwar sempena musim PRU. Jesteru tidak ada lagi istilah pergolakan dalam BN Sabah selepas semua "gunting-gunting" ini berjaya dikeluarkan dari "lipatan". Sebaliknya Anwar yang perlu risau kerana sanggup mengambil risiko menyimpan "gunting-gunting" yang sudah berkarat ini untuk dijadikan "tool" ke Puterajaya.

Berbeza dengan lawatan DS Anwar, ketika penduduk Selangor menuntut janji air percuma dari kerajaan PKR Selangor, Anwar pula sibuk menunjukkan kemewahan beliau dengan menaiki jet eksekutif ke Sabah. Tapi malangnya kedatangan beliau di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran disambut dengan ribut kencang berserta dengan hujan renyai-renyai walaupun sebelum kedatangan beliau cuaca agak baik. Petanda ini bukan Ribut Perubahan sebagaimana yang digambarkan oleh penulis upahan pembangkang melalui artikel Sabahkini.net, sebaliknya petanda awal bahawa PR akan kecundang pada PRU13 nanti.

By: Borneo Bullet

Tuesday, October 9, 2012

Lajim akui dirinya Winnable Candidate

Lajim Ukin
Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair dimana ahli politik tanpa segan silu mengaku yang dirinya "winnable candidate". Ketika menjawab beberapa soalan dari wartawan Sinar Harian, Datuk Seri Lajim Ukin bersungguh-sungguh cuba mempromosikan diri beliau dengan membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan yang beliau adalah seorang pemimpin yang disenangi oleh rakyat.

Berdasarkan wawancara tersebut, Lajim memberitahu wartawan bahawa beliau keluar meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional kerana budaya cantas-mencantas yang kononnya diamalkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman. Selain itu, Lajim juga membangkitkan isu bekalan air, elektrik dan masalah banjir di kawasan beliau (Beaufort). Secara jujurnya, alasan-alasan ini tidak cukup untuk membuktikan yang beliau adalah "winnable candidate".

Tidak sangka pula, sebelum dan selepas Lajim meninggalkan BN, beliau tetap tegar menggunakan pendekatan simpati untuk meraih sokongan/undi. Ketika masih dalam BN, dia minta dirinya dipecat, selepas keluar dari BN, dia tuduh pula yang dirinya dicantas oleh Pengerusi BN Sabah.

Jika benar Lajim menjadi mangsa budaya cantas-mencantas yang kononya diamalkan oleh Datuk Musa Aman, bagaimana beliau boleh memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta mengekalkan kerusi MP Beaufort sehinggalah beliau sendiri keluar meninggalkan BN July lalu? kedudukan "kukuh" beliau sepanjang berada dalam BN tidak sedikitpun menggambarkan yang beliau dicantas.

Berkenaan dengan kes PRU 2008 dimana Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun melawan beliau, kenapa bukan waktu itu sahaja beliau meninggalkan BN? kenapa perlu tunggu selepas hampir 4 tahun atau lebih tepat lagi ketika PRU13 semakin hampir? bukankah ini menunjukkan beliau mempunyai agenda lain selain dari perkara-perkara yang beliau bangkitkan dalam wawancara ini?

Berkenaan dengan masalah bekalan air, elektrik serta banjir; Bullet ingin bertanya kepada Datuk Lajim Ukin tentang dimana hilangnya peruntukkan lebih dari RM100 juta ringgit yang TELAH disalurkan oleh kerajaan bagi meningkatkan pembangunan prasarana di kawasan Parlimen Beaufort sepanjang Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9)?? Datuk Lajim Ukin sendiri yang mengumumkan peruntukkan ini pada 26 November 2009.

Rujuk artikel ini: LEBIH 100 JUTA DIBELANJAKAN UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN DI PARLIMEN BEAUFORT

Pada 22 April tahun lepas pula, Lajim ada buat kenyataan seperti berikut;
"bukanlah masa yang sesuai untuk mempertikaikan kepimpinan yang ada sekarang khususnya kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah." Artikel (DISINI)

Jika benar Datuk Lajim dicantas pada tahun 2008, bagaimana dia boleh buat kenyataan seperti di atas pada tahun 2011? adakah beliau semakin tidak waras, nyanyuk atau diracuni fikirannya oleh Anwar Ibrahim?

Antara kenyataan lain Datuk Lajim Ukin sebelum beliau keluar meninggalkan BN ialah seperti berikut:

"sebarang rasa tidak puas hati dalam kalangan parti kompenan boleh dibawa berbincang dan bukannya disuarakan menerusi media." - dia sendiri yang guna media untuk dapat simpati ketika masih bersama-sama BN.

"Sabah di bawah kepimpinan Datuk Musa terus membangun dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi."

"Rakyat boleh menilai sendiri pembangunan yang dibawah oleh Datuk Musa yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan Sabah terus membangun."

"kerajaan Persekutuan turut memberi jaminan bahawa Sabah merupakan negeri yang diberi keutamaan untuk dibangunkan termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-Sepuluh."

Ada banyak lagi kenyataan-kenyataan Lajim yang memuji pentadbiran Datuk Musa Aman dan kerajaan Barisan Nasional. Cuma malas Bullet mahu sertakan dalam page ini. Makin banyak Bullet baca previous statement dia, makin pening kepala Bullet fikir apa spesis makhluk yang ada dalam kepala orang tua ni..

***siapa-siapa yang mahu debat dengan Lajim, guna saja statement lama dia, confirm dia kantoi***

By: Borneo Bullet

Monday, October 8, 2012

Tidak ada peluang kedua untuk Bumburing

"The opposition must go all out to win in the coming 13th general election as the opportunity to topple the Barisan Nasional (BN) will not come again,"

Sumber: No second chance to topple BN

Menurut Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, pembangkang tidak akan mempunyai peluang kedua untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional jika bukan pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Jika dilihat dari sudut pandangan pembangkang, sudah tentulah alasan mereka kononnya kerajaan BN akan menggunakan strategi kotor untuk mengekalkan kuasa. Sebaliknya, bagi Bullet, kenyataan Bumburing "no second chance" itu sendiri sudah menggambarkan situasi pembangkang yang semakin lama semakin rapuh.

Yang Bullet pelik dengan kenyataan Bumburing, kenapa dia sebut istilah "peluang kedua"? adakah bagi beliau, PRU13 ini adalah peluang keemasan bagi pembangkang untuk merampas kerajaan? jika benar PRU13 ini adalah peluang keemasan, atas sebab apa? sebab berbagai demonstrasi jalanan telah dilaksanakan? atau berbilion ringgit dana asing telah disalurkan kepada pembangkang? atau pelbagai bentuk fitnah dan pembohongan telah disebarkan? atau sebab Anwar akan bersara selepas PRU13 (jika Pakatan Kalah)?

Sepatutnya, selepas RCI ditubuhkan dan selepas penambahbaikkan sistem pilihanraya dilaksanakan, peluang pembangkang untuk memerintah negara semakin cerah, bukan sahaja pada PRU13 malah PRU yang seterusnya. Jika Pakatan boleh merampas 5 buah negeri pada PRU12, kenapa tidak untuk PRU13 dan berikutnya setelah banyak penambahbaikkan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak SPR?

Bertentangan dengan alasan Bumburing, terjemahan Bullet berkenaan dengan "no second chance" lebih tertumpu kepada kelebihan dipihak kerajaan BN. Dibawah pentadbiran Datuk Musa Aman, pertumbuhan ekonomi negeri berjaya memperlihatkan trend positif yang jelas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas dan prospek ekonomi, kestabilan politik dan tahap keselamatan di negeri ini. Aliran pelaburan yang sentiasa menggalakkan ini pasti akan memberikan impak yang besar kepada pembangunan prasarana/infrastruktur, peluang pekerjaan, peningkatan taraf hidup dan yang paling penting sekali ialah penghapusan istilah "negeri termiskin". Jika istilah ini berjaya dihapuskan, maka hilanglah modal politik pembangkang pada PRU14 nanti.

Suku pertama tahun ini sahaja, Sabah telah menerima pelaburan swasta tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM10 bilion. Dan sehingga 30 September lepas jumlah pelaburan terkumpul sektor swasta menerusi Projek Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah mencecah RM114 bilion sejak pelancarannya pada tahun 2008.

Dalam pelan pelaksanaan kedua RMK-10, Sabah diperuntukkan RM4.376 bilion bagi tahun 2012 untuk melaksanakan sebanyak 743 projek pembangunan di negeri ini. Pasti Bumburing sudah sedia maklum bahawa semua projek-projek pembangunan ini akan dinikmati oleh rakyat bukan sahaja di tahun ini malah di tahun-tahun berikutnya (selepas PRU13). Sebab itu dia kata "no second chance".

Lebih menguatkan terjemahan Bullet apabila semua program dan agenda pembangunan kerajaan untuk Sabah sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bakal menyaksikan penyeragaman harga barangan, pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia dan perluasan kawasan jelapang padi di negeri ini.

Kesemua perkembangan ini menggambarkan penyelesaian secara menyeluruh telah dirancang dan sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja untuk dinikmati oleh rakyat, malah untuk menghapuskan terus bahan-bahan politik pembangkang sehingga Bumburing dengan nada terdesak terpaksa mengakui bahawa tidak ada peluang kedua untuk pembangkang jika mereka gagal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada PRU13 yang dijangka bermula tidak lama lagi.

***kan lagi tepat jika Bumburing cakap tidak ada peluang kedua untuk dirinya.. siapa suruh lompat***

By: Borneo Bullet

Sunday, October 7, 2012

SPRM akui siasatan sudah selesai

Mohd Shukri Abdull
“The investigation against Musa is on corruption (not abuse of power) and we have completed the investigation, but the panel has instructed us to get more evidence,”


Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull, pihaknya perlu mendapatkan lebih banyak bahan bukti untuk mendakwa Datuk Musa Aman. Bermakna sejak tahun  1996 (tahun dimana bermulanya rasuah Datuk Musa Aman menurut Sarawak Report) sehingga tahun 2012, badan pencegah rasuah ini masih kehulu-kehilir mencari bahan bukti?

Malah pihak SPRM sendiri mengakui bahawa siasatan sudah selesai. Bermakna badan ini telah gagal membuktikan bahawa Datuk Musa Aman terlibat dengan skandal rasuah pembalakan. Adakah disebabkan desakan bertubi-tubi pihak pembangkang, maka SPRM terpaksa berusaha membuktikan pihak yang tidak bersalah sebagai bersalah?

Ketiadaan atau kekurangan bahan bukti selepas 16 tahun isu ini dimainkan cukup untuk membuktikan bahawa Datuk Musa Aman tidak terlibat dengan skandal pembalakan atau skandal pengubahan wang haram sebagaimana yang dimomokkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dan juga NGO tajaan mereka.

Jika pemimpin-pemimpin pembangkang masih terus mendesak SPRM supaya membuktikan yang tidak bersalah sebagai bersalah, kenapa tidak desak SPRM untuk terus mencari bahan bukti bagi kes RM4 bilion Jeffrey Kitingan dan skandal SAS Datuk Yong Teck Lee? atau mungkin MP PAS Kubang Kerian Salahuddin Ayub sendiri perlu arahkan pihak polis untuk terus mencari bahan bukti bagi kes liwat Anwar sekalipun perbicaraan kes itu sudah selesai.

Rakyat Sabah jangan mudah terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang. Niat mereka hanya satu, iaitu untuk merampas kuasa, bukannya menegakkan kebenaran. Dipihak mereka sendiri banyak berlaku penyelewengan, penindasan, diskriminasi dan ketidak-cekapan pentadbiran.

Walau berpuluh tahun pun isu ini dimainkan, cukuplah hanya sekali Datuk Musa Aman menafikan tuduhan ini dan menegaskan bahawa beliau bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

By: Borneo Bullet

Laporan palsu Merdeka Centre cuba tutup rekod cemerlang Musa Aman

Merdeka Centre
Berdasarkan Sentiment Indicator Merdeka Centre, bagaimana boleh berlaku penurunan terhadap kelima-lima perkara diatas ketika Sabah dibawah pentadbiran Datuk Musa Aman berjaya mengekalkan kecekapan pengurusan kewangan serta membangunkan ekonomi negeri ini lebih baik dari tahun 2009? 

Kejayaan Sabah menguruskan kewangannya dengan cemerlang membuktikan kemampuan kerajaan negeri mengurus hasil-hasil negeri dengan baik. Petunjuk ini disifatkan sangat positif kerana peruntukan yang dijimatkan dan dividen yang disalurkan membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk faedah rakyat. Hasilnya kelak, peluang pekerjaan akan bertambah, pendapatan isirumah akan turut meningkat dan sekaligus meningkatkan kuasa beli rakyat di negeri ini.

Selain itu, Sabah juga menerima pelaburan bernilai RM23.9 bilion sejak bermulanya Rancangan Malaysia ke-Sepuluh (RMK-10) tahun lepas, hingga suku pertama tahun ini. Keseluruhan daripada jumlah pelaburan itu, RM12.4 bilion atau 53 peratus merupakan pelaburan tempatan, manakala RM11.4 bilion membabitkan pelaburan asing. Pelaburan ini telah menjana sejumlah 14,674 peluang pekerjaan

Selain itu, terdapat 31 lagi projek baru (EPP) dikenal pasti untuk dilaksanakan di Sabah bagi meningkatkan pendapatan negara dan mewujudkan peluang pekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat di negeri ini. Antara EPP itu, sektor petroleum dan gas menyumbang sebanyak RM18.72 bilion. Nilai Pendapatan Kasar (PNK) yang bakal dihasilkan ialah sebanyak RM12.8 bilion di samping bakal menyediakan 23,119 peluang pekerjaan.

By: Borneo Bullet

Siapa disebalik Merdeka Centre?

Seperti yang Bullet janjikan, berikut adalah sedikit latarbelakang penggerak utama Merdeka Centre berdasarkan maklumat dari blogger The Unspinners.

Ibrahim Suffian
Merdeka Centre bermula pada tahun 2002, selepas era reformasi yang diterajui oleh Ibrahim Suffian. Ibrahim Suffian adalah penyelaras dana “Canadian International Development Agency” (CIDA) yang mengambil tempat dalam pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada. CIDA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Kanada menerusi Suruhanjaya Tingginya untuk kegiatan mempromosi nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dan ketelusan proses pilihanraya di Malaysia yang masih dianggap rendah. Begitulah yang diakui tetapi peranan sebenar mereka adalah lebih berupa operasi covert untuk tujuan seperti menjatuhkan kerajaan yang ada.

Sejak zaman reformasi 1999, Ibrahim Suffian telah diberi peranan oleh Suruhanjaya Tinggi Kanada untuk menjadi “agen of influence” dan perantara bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada NGO dan parti pembangkang untuk menggerakkan aktiviti anti-kerajaan di negara ini. Berselindung di sebalik aktiviti bercorak pembangunan demokrasi, dana disalurkan kepada NGO pro-demokrasi termasuklah Malaysiakini.com, Tenaganita, Pertubuhan Kebajikan Budi Malaysia (BUDI), SUARAM, HAKAM, dan Malaysia Citizan Election Watch (MCEW).

Pendirian politik Ibrahim Suffian adalah pro Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum pru 2008 yang lalu, Ibrahim Suffian sering menghadiri mesyuarat bersama DSAI di ibu pejabat PKR, Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya bagi membincangkan strategi pilihan raya. Ibrahim Suffian juga terlibat merencana strategi politik DSAI, dan tidak mustahil serangan bertubi-tubi pihak luar terhadap kerajaan negeri Sabah juga adalah rancangan dari beliau.

Sepanjang tahun ini banyak strategi rampasan kuasa Anwar ditumpukan di Sabah. Bermula dengan demonstrasi jalanan, serangan media asing Sarawak Report, serangan NGO asing Bruno Manser Fund, mendalangi siri pembelotan MP BN Sabah, dan yang terbaru menggunakan badan penyelidik bebas Merdeka Centre untuk mempengaruhi persepsi rakyat Sabah berkenaan dengan populariti kepimpinan Datuk Musa Aman. Untuk pengetahuan umum, serangan politik anwar bukan sehala, ia banyak hala, samada secara direct, halus, belakang dan sebagainya asalkan matlamatnya mahu menduduki kerusi Perdana Menteri  tercapai.

Sebab itulah dalam pendirian Bullet sebelum ini sangat tidak bersetuju dengan hasil kajian Merdeka Centre yang sudah tentu mempunyai agenda lain (mengikut telunjuk Anwar). Amat bahaya jika rakyat memberikan mandat kepada pemimpin yang suka menerima bantuan dari kuasa asing untuk menghancurkan negara ini. 

Jika masih kurang yakin dengan wajah sebenar Merdeka Centre, cuba lihat gambar di bawah. Bagaimana logo DAP (Pulau Pinang), PAP (Singapura) dan Merdeka Centre hampir sama?? ada kaitan??..

By: Borneo Bullet

Kajian Merdeka Centre terhadap Datuk Musa Aman diragui

Bullet agak ketinggalan sedikit mengulas isu-isu terhangat dan terkini berbanding dengan blogger Sabahan yang lain. Namun, sempat juga Bullet berlegar-legar di ruangan maya memerhatikan pandangan beberapa blogger berkenaan dengan hasil kajian Merdeka Centre terhadap populariti Datuk Musa Aman. Ada yang tidak bersetuju, ada juga yang bersetuju dan ada juga blogger yang menyerang pandangan jujur blogger lain, tapi pandangan peribadi blogger tu entah kemana pula hala-tujunya.

Pertama sekali ingin Bullet mengulas kaedah kajian yang digunakan pakai oleh Merdeka Centre. Seperti yang kita sedia maklum, Merdeka Centre menggunakan kaedah panggilan telefon secara rawak. Sesiapa sahaja boleh menjawab panggilan telefon itu atau menjawab melalui sistem pesanan ringkas (SMS) secara sambil lewa atau membuta tuli. Satu daripada batas tinjauan melalui telefon ialah jenis soalan yang boleh disoal. Soalan perlu pendek dan agak ringkas dan jenis pilihan jawapan mestilah pendek dan sedikit. Bila jawapan itu pendek dan ringkas, bolehkah ianya diambil kira sebagai maklumat lengkap untuk menggambarkan populariti seseorang?

Yang kedua ialah bentuk soalan yang dikemukakan oleh pihak Merdeka Centre. Kepada yang pernah dihubungi oleh Merdeka Center, mungkin mereka tidak sedar bahawa soalan-soalan yang diajukan adalah bersifat “leading question”. “Leading question” bermaksud suatu pertanyaan yang diungkapkan padahal jawapannya telah ada dalam pertanyaan itu sendiri. Ia bersifat berat sebelah, atau “bias”. “Leading question” tidak memberi kebebasan kepada responden kerana soalan dicipta terarah kepada jawapan yang dimahukan oleh pihak yang bertanya soalan. Jesteru, bagaimana untuk Merdeka Centre bersikap neutral sedangkan soalan-soalan yang diajukan bersifat “leading question”? Sebagai contoh:

"Apakah Datuk Musa Aman gagal membela nasib rakyat?  - a)Ya b) Tidak"

sedangkan, untuk menilai pendapat rakyat, bentuk soalan yang harus ditanya ialah:

"Apa pendapat anda tentang kepimpinan/pentabiran Datuk Musa Aman?"

Maka, terpulang kepada rakyat, untuk memberi buah fikiran, atau pendapat mereka tentang Datuk Musa Aman, kerana jawapan yang diberikan itu adalah bersifat bebas dan tidak terarah kepada satu-satu perkara.

Secara keseluruhannya, Bullet juga tidak bersetuju dengan hasil kajian Merdeka Centre atas sebab kaedah kajian masih boleh dipertikaikan. Malah hasil kajian Merdeka Centre juga amat bertentangan dengan realiti sambutan rakyat Sabah dalam setiap majlis yang dihadiri oleh Datuk Musa Aman. Berbanding dengan hasil kajian Merdeka Centre, Bullet lebih setuju jika kemenangan BN Sabah ketika PRK Batu Sapi 2010 dijadikan sebagai penanda aras tentang populariti Datuk Musa Aman.

***ikuti pendedahan seterusnya siapa disebalik Merdeka Centre...

By: Borneo Bullet