Showing posts with label KDM. Show all posts
Showing posts with label KDM. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

AWAS: Petanda Awal Darell Akan Serang KDM

Jika Darell anggap dirinya layak bergelar pemimpin masyarakat, beliau sepatutnya tidak membuang masa bertanyakan soalan yang beliau tahu jawapannya. Malah beliau sepatutnya bersama-sama memikul tanggungjawab memperbetulkan atau memperkukuhkan budaya KDM, bukannya menggunakan isu itu bagi tujuan mengundang pelbagai jawapan negatif terhadap parti lawan. 

Apa yang penulis dapat simpulkan mengenai kenyataan Darell dalam facebook beliau ialah, Darell sengaja membangkitkan persoalan tersebut bagi mendorong penyokong-penyokong buta kayu nya untuk memberikan komen-komen negatif terhadap parti lawan, iaitu parti yang mereka anggap telah gagal membela nasib dan budaya KDM.

Memandangkan Darell telah membangkitkan isu ini, maka penulis ingin juga bertanya apakah sumbangan atau tindakan yang telah dilakukan oleh Darell bagi memperkukuhkan budaya KDM? Jika beliau hanya tahu menimbulkan persoalan, mempertikaikan usaha pihak lain disamping mengapi-apikan rakyat, lebih baik beliau bersara dari politik kerana rakyat Sabah tidak perlukan pemimpin yang hanya pandai bercakap tapi gagal bertindak.

Mungkin Darell juga patut mengulas mengenai penganugerahan gelaran Huguan Siou kepada Anwar Ibrahim. Kenapa dalam hal itu, Darell tidak mempertahankan gelaran KDM yang sepatutnya dikhaskan kepada kaum KDM? Apa buktinya Anwar berdarah KDM? dan apa pula sumbangan Anwar terhadap suku kaum KDM di negeri ini?.. 

Kepada penyokong-penyokong buta Darell, apa pula pandangan saudara jika Pakatan menjajah Sabah? jika gelaran yang menjadi hak milik pemimpin KDM tidak mampu dipertahankan, bagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan seperti Darell mahu mempertahankan budaya KDM?

Friday, February 15, 2013

KDCA desak PKR mohon maaf

PKR Sabah jangan terlalu sombong, bongkak dan angkuh hanya kerana "Anugerah Tuhan" Anwar Ibrahim ada bersama mereka. Setakat ini semua pihak termasuk pembangkang tempatan menuding jari kepada PKR atas kesilapan mereka menganugerahkan gelaran Huguan Siou kepada pihak yang tidak layak. Pemimpin-pemimpin KDM dalam PKR juga sepatutnya menyebelahi KDCA dan rakyat di negeri ini dan sama-sama mendesak pihak yang berkenaan supaya tampil membuat permohonan maaf secara rasmi dan terbuka.

Jangan hanya kerana kepentingan politik, maka pemimpin-pemimpin KDM yang berpayungkan lambang PKR terpaksa jadi kerbau dicucuk hidung dan rela diusung kehulu-kehilir mempertahankan pemimpin yang hari ini dianggap sebagai "penjenayah" kepada institusi kebudayaan di negeri ini.

Tidak cukup lagikah blogger Suara Pakatan Rakyat menghina tarian Sumazau yang sebelum ini pernah menjadi kontroversi di laman-laman sosial? kini PKR Sabah pula cuba menghina gelaran Huguan Siou dengan memberikan gelaran itu secara suka hati tanpa merujuk kepada KDCA. Kedua-dua penghinaan ini datang daripada PKR yang selama ini gemar mendabik dada kononnya akan mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini dan dalam masa yang sama menuduh kerajaan BN bersikap rasis dan suka melaga-lagakan kaum???

Walaupun ada beberapa kenyataan sumbang dari penyokong-penyokong PKR negeri ini yang cuba mempertahankan Huguan Siou palsu ciptaan PKR Sabah dengan mengandaikan bahawa maksud Huguan Siou itu sendiri melayakkan anugerah itu disandang oleh sesiapa sahaja, namun Bullet tetap tidak bersetuju dengan penjelasan itu memandangkan CARA menganugerahkan gelaran itu sama dengan CARA yang dilakukan oleh KDCA. 

Penyokong-penyokong PKR Sabah patut melihat tanjak (sigar) dan selendang bertulis Huguan Siou yang dipakai oleh Anwar Ibrahim. Jika benar PKR Sabah tidak berniat mencemarkan atau meremehkan gelaran itu, kenapa perlu mereka menggunakan protokol yang hampir sama ditambah pula dengan istilah gelaran yang 100% sama? kenapa tidak guna saja istilah "Pemimpin Agung" atau apa sahaja yang membawa maksud yang sama dengan istilah "Huguan Siou"?
KOTA KINABALU : Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) mendesak permohonan maaf daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ranau dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyentuh sensitiviti dan kesucian adat masyarakat Kadazandusun di Sabah. 
Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Agung KDCA Suman Yasambun berkata gelaran 'Huguan Siou' yang bermaksud 'Pemimpin Agung' secara eksklusif dikhaskan dan diberi kepada seorang pemimpin Kadazandusun Murut. 
Oleh itu, katanya jika benar seperti dilaporkan media baru-baru ini bahawa PKR Ranau memberi atau mengisytiharkan Anwar sebagai Huguan Siou Malaysia, tindakan itu menyalahi budaya dan tersasar daripada amalan serta tradisi lazim Kadazandusun.  
"Ia menghina dan menyinggung perasaan kaum Kadazandusun. Hakikatnya ini adalah tindakan yang akan menguatkuasakan hukum ''solupi'', iaitu membawa sumpahan terhadap seseorang atau mereka yang merampas struktur kepimpinan sedia ada dalam lingkungan komuniti Kadazandusun, terutamanya dalam hubungan dengan institusi Huguan Siou," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.  
Suman berkata ''Huguan Siou'' adalah institusi yang merangkumkan semangat perpaduan, keberanian dan keazaman KDM. 
"Beliau adalah penjaga adat, norma, artifak dan tradisi KDM yang dirayakan setiap tahun menerusi Hari Kaamatan," katanya. - Sabahkini

Wednesday, February 13, 2013

Huguan Siou: Donald, Pairin...ANWAR?

The tittle of this entry speaks for itself. Once again, "The Drama Queen" has done it again. Just recently Tun M made a note in his blog entry that in an aussie newspaper that TDQ would ignite a similar 'Arab Spring' in Malaysia upon his coalition of 'oil and water' failure in capturing Putrajaya in the coming General Election (Read HERE), now come in full view of his maniacal desperation by accepting the tittle of HUGUAN SIOU that is exclusive only to the KadazanDusun and Murut community in Sabah. (Read HERE and HERE

To the best of my knowledge, The KDM community STILL have their HUGUAN SIOU and the KDM community has a cultural institution aptly name KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION (KDCA) and their council that is responsible to bestow this prestige title to the individual that well deserve it.   

To add salt to injury, the man responsible for 'bestowing' the tittle (Jonathan Yassin) was NOT part of the council that is responsible. Is he above the council the perform such act or simply ignorant to the point of selling the dignity of the KDMs to some one who is not a member of the tribe, so to speak? 

Therefore question came to mind is: to what end does he hope to achieve by bestowing such title to a non-KDM? He (Jonathan) can give one justification after another. This only proves that he is ignorant of the significance and meaning of the title itself and well as publicly displaying his arrogance and willingness to sell the dignity of KDMs in such fashion. 

Click on the image below to view the posting. 

Coming back to TDQ, apparently he is unaware that his action only demonstrate his lack of sensitivity towards the KDM community. Does his quest for power and dominance goes beyond the Primiership office, now he aimed to be the HUGUAN SIOU? 

One thing DID came out from this fiasco: All KDMs regardless from which side of the political divide their are incline to (with the exception of PKR, not even a squeak from them apart from the illogical ramblings) has given their verbal 'bitch slaps' over this matter. All with the same theme: ignorant, lack of respect and undeserving. - Sabaheco

Tuesday, February 12, 2013

STAR kutuk Huguan Siou Anwar Ibrahim

STAR Ranau mengutuk keras perbuatan menobatkan seorang pemimpin 'Penjajah Malaya' sebagai 'Huguan Siou' untuk KDM di Sabah ini. Seburuk-buruk pun bangsa KDM, kita tetap menolak keras orang asing sebagai 'Huguan Siou' kita. 

Perjuangan STAR, walau pun bukan berjuang untuk KDM, tapi sebagai orang Dusun tulen, saya merasa amat jijik dan terasa bahawa penobatan seorang penjajah sebagai Huguan Siou kita adalah amat keterlaluan dan mencemarkan masyakat KDM itu sendiri. 

Mana mungkin kita angkat seorang yang mengugut kita dengan keris dan memandang kita dengan mata tidak sempurna untuk kita angkat sebagai wira KDM! 

Usahlah terlalu taksub pada kehebatan pemimpin penjajah. Usahlah berlumba-lumba kipas penjajah demi untuk mengejar kedudukan dan pencalonan dalam PRU. Jangan gadaikan maruah bangsa demi untuk kepentingan peribadi. Sabah ini kita punya, bukan Malaya yang punya! 

Ingat dan kenali siapa dia dan apa dia telah buat pada KDM? Siapa pelaksana dan Master Mind IC Projek di Sabah? Siapa yang jatuhkan Kerajaan 'KDM' PBS? Siapa janji 100 hari Sabah dan begitu bersungguh-sungguh laungkan Sabah Baru? Siapa pelopor kemasukan syarikat sawit Malaya yang kini merampas terlalu luas tanah di Sabah? 

Saya lebih gemar menggelar dia 'Bapa Penjajah Sabah' atau 'Bapa Pengkhianat KDM'! 

Salam Hormat, 

Monday, February 11, 2013

Anwar Ibrahim: Dulu Anugerah Tuhan, Kini Huguan Siou?

Tidak cukup dengan gelaran "Anugerah Tuhan" yang diberikan oleh isterinya, Wan Azizah, yang juga diberikan gelaran "Saiyiditina Khadijah" oleh pembodek-pembodek NGO ABIM, Anwar Ibrahim semalam telah dianugerahkan pula dengan gelaran "Huguan Siou" oleh pembodek-pembodek beliau di Kg Paginatan, Ranau.

Sebelum ini, hanya persatuan The Kadazandusun Cultural Association Sabah (KDCA) sahaja yang boleh menganugerah dan melantik “Huguan Siou” kepada mana-mana pemimpin masyarakyat KDM yang layak. Entah sejak bila KDCA memberikan kelonggarkan kepada penyokong-penyokong PKR untuk memberikan gelaran itu kepada orang luar (bukan dikalangan KDM) sesuka hati.

Huguan Siou adalah gelaran tertinggi masyarakat KDM Sabah. Gelaran ini hanya boleh diberikan oleh KDCA, sebuah badan bukan politik yang terdiri daripada 40 komuniti etnik campuran dari Sabah dan berdaftar di bawah Malaysian Society Act 1966. Persatuan ini pada masa sekarang diketuai oleh “Huguan Siou Honorable” Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Sedangkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang lebih kerap datang ke Sabah dan lebih kerap membantu rakyat Sabah tidak pun dianugerahkan gelaran "Huguan Siou" Malaysia. Inikan pula Anwar Ibrahim yang hanya datang ke Sabah untuk membohong, memfitnah dan putar-belit???

Sepatutnya penyokong dan pemimpin-pemimpin PKR Sabah tidak sewenang-wenangnya menganugerahkan sebarang gelaran kepada pemimpin tertinggi mereka hanya kerana mahu mendapatkan sokongan politik. Tindakan itu bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan di negeri/negara ini mengenai istilah "Huguan Siou", malah mencemar, mencabar dan meremehkan kewujudan pertubuhan KDCA yang sepatutnya bertanggungjawab menganugerahkan gelaran itu kepada mana-mana pemimpin KDM yang layak.

Thursday, January 24, 2013

KDM rugi besar jika silap pilih kerajaan

KOTA KINABALU: Masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) akan kehilangan kuasa dalam kerajaan jika mereka membuat perhitungan yang salah pada pilihan raya umum ke-13, kata seorang pensyarah. 

Henry Bating dari Unit Bahasa Kadazandusun, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, berkata ini kerana suara komuniti itu tidak diwakili pada peringkat tertinggi dalam parti pembangkang. 

Berbanding dalam Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pemimpin KDM pada peringkat tertinggi, tidak ada etnik KDM yang menjadi presiden parti dalam pakatan pembangkang dan ini akan merumitkan urusan penggubalan dasar berkaitan kepentingan komuniti KDM, katanya kepada Bernama, di sini kelmarin. 

“Semangat kekeluargaan BN yang didukung oleh pemimpin KDM dalam BN telah membawa pelbagai kebaikan dan kejayaan kepada masyarakat KDM,” katanya. 

Antara kejayaan itu ialah penubuhan kolej KDM, pelaksanaan kurikulum pengajian Kadazandusun di sekolah, kolej, institut dan universiti serta peningkatan status Mahkamah Anak Negeri ke taraf mahkamah sivil, katanya. 

“Ini adalah beberapa pencapaian tersirat yang pada hakikatknya diperoleh hasil kepimpinan kekeluargaan dalam BN, di mana pemimpin-pemimpin utama KDM dalam BN turut memainkan peranan. 

“Mereka (pemimpin KDM dalam BN) bekerja umpama ‘diam-diam ubi berisi’ dan bukan seperti ‘ayam bertelur riuh sekampung’ atau ‘menang sorak, kampung tergadai’,” katanya. 

Sehubungan itu beliau berharap masyarakat KDM tidak terjebak dengan permainan emosi pemimpin KDM parti pembangkang yang membangkitkan pelbagai isu bagi “membakar” perasaan komuniti terbabit dan beralih kepada pembangkang. 

Tegasnya taraf hidup sebahagian besar masyarakat KDM, termasuk di kawasan luar bandar kini sudah jauh lebih baik dengan adanya pelbagai kemudahan peluang ekonomi yang diwujudkan kerajaan BN. 

“Rata-rata pendapatan per kapita mereka jauh lebih baik 10 tahun kebelakangan ini hasil pembangunan kerajaan seperti inisiatif penanaman dan pemasaran getah di kawasan pedalaman,” katanya. - New Sabah Times

Friday, November 23, 2012

Pairin menegaskan sokongan kepada BN

Puak-puak pengusaha gelombang lompat parti di Sabah sedang berusaha untuk jajakan bahawa masyarakat Kadazan Dusunmurut (KDM) sudah berubah sokongan dari PBS kepada UPKO.

Kata mereka, akhirnya nanti Presiden PBS, Tan Sri Pairin Kitingan pun akan turut serta untuk lompat keluar dari BN dan bersama mereka.

Bagi mereka yang hanya melihat di hadapan saja, mereka pasti termakan dengan konon ada sentimen negatif terhadap Ketua Menteri Dato Musa Aman sebab dia dikatakan membantu kroni belah keluarga asal usul dari kaum Pushtun dari Pakistan.

Mereka tidak tahu di belah lain. Musa Aman ada kaitan dengan masyarakat KDM dan dikatakan ada hubungan keluarga dengan Pairin.

Dalam satu majlis di baru-baru ini, Pairin telah menyuarakan beberapa perkara menyokong kepimpinan Sabha yang ada.

Katanya, isu penggiliran KM tidak lagi releven kerana ia melibatkan kemajuan ekonomi dan pentadbiran. Biarlah YAB Perdana Menteri yang menentukan kelak.

Pairin turut menempelak Pakatan Rakyat khususnya PAS yang masih mahu memainkan isu hukum hudud yang mereka tidak laksanakan. Dia menyuarakan pandangan bahawa hukum hudud PAS tidak selari denga pentadbiran negara kerana tidak sesuai dan relevem.

Bagaimana agaknya reaksi Pakatan memandangkan Anwar pasti tidak mahu mengkritik Pairin yang sangat berpengaruh di kalangan masyarakat KDM?

Pairin turut menyentuh mengenai pengunduran kepimpinannya dari PBS yang akan dibuat pada masa yang sesuai.

Dalam amanatnya kepada Ketua-Ketua Bahagian PBS, dia mahu mesej yang disampaikan ke[ada rakyat adalah berhubung kemajuan yang dibawa oleh BN.

Sumber: The Unspinners