Selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan, sumber dan perbelanjaan kewangan negeri Sabah sentiasa diurus secara berhemat, berkesan dan efisien. Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Dengan kecemerlangan ini, bagi tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) yang menjadikan penganugerahan ini mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.
Bilangan Jabatan dan Agensi yang mencapai penarafan empat bintang di bawah Indeks Akauntabiliti telah meningkat dua kali ganda untuk penilaian tahun 2011. Ini menunjukkan lebih banyak jabatan/agensi yang telah mengamalkan sistem pengurusan kewangan yang baik dan teratur. Enam (6) jabatan/agensi yang telah berjaya mendapat penarafan empat (4) bintang pada tahun 2011 ialah:
i. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri;
ii. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri;
iii. Jabatan Bendahari Negeri Sabah;
iv. Jabatan Cetak Kerajaan;
v. Lembaga Bandaran Kudat; dan
vi. Korporasi Pembangunan Desa.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada jabatan/agensi berkenaan dan sesungguhnya mereka inilah yang akan menjadi ‘role model’ kepada Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi lain untuk menambahbaik pengurusan kewangan masing-masing.

Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Khazanah itu termasuklah bahan mineral, biodiversiti tanah pertanian dan warisan budaya yang merupakan asas atau tulang belakang terhadap pertumbuhan ekonomi negeri ini. Dengan mengambilkira kekayaan berkenaan serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.
Dengan galakan, pengiktirafan dan rekod pencapaian yang cemerlang seperti dinyatakan tadi, kerajaan pimpinan Datuk Musa Aman akan terus berusaha untuk memacu ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi untuk manfaat semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, umur, gender, status, kedudukan, sektor dan kawasan.

Sumber: Ucapan Bajet Negeri Sabah 2013