Showing posts with label Himpunan Sabah Bangkit. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Sabah Bangkit. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat atau Kebangkitan Pembangkang?

Oleh: Borneo Bullet
Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit

KOTA KINABALU - Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada Himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 januari 2013.

Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan Himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO. - Wikisabah

BERSIH 2.0 supports Himpunan Sabah Bangkit 112 demand for free polls

BERSIH Sabah will support any organizations, political parties and government who supports clean & fair elections in its call to all to join the Himpunan Sabah Bangkit rally on 12 January in Kota Kinabalu to press on the 8 demands of BERSIH 2.0.

It further urges the police and other authorities to ensure peace and order for the rally to take place and stressed that the government must uphold freedom of assembly enshrined in Article 11 of the Federal Constitution. - Wikisabah
Polis belum menerima notis daripada penganjur
Kota Kinabalu: Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan "Sabah Bangkit" yang dirancang diadakan esok (12 Januari 2013) oleh Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR).

Ketua Polis Bandaraya ACP Jauteh Dikun berkata, mereka belum menerima sebarang notis daripada penganjur tentang perhimpunan itu, jesteru, polis menganggapnya melanggar undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata, penganjur harus memaklumkan polis sepuluh hari sebelum perhimpunan itu di samping mendapat kelulusan daripada pemilik premis di mana perhimpunan itu bakal diadakan.

Menjawab pertanyaan, beliau berkata jika penganjur memutuskan untuk memaklumkan polis sehari sebelum tarikh perhimpunan, maka polis akan menasihatkan mereka bahawa mereka telah gagal mematuhi terma mengikut Akta itu dan dengan itu tidak dibenarkan meneruskan perhimpunan tersebut.

Selain itu katanya, lokasi sebenar perhimpunan tersebut masih tidak jelas kerana penganjur belum memaklumkan kepada mereka. Beliau berkata demikian sebagai respon kepada spekulasi di satu rangkaian sosial bahawa perhimpunan itu akan diadakan di Taman Chong Thien Vun di sini.

"Kami masih meneliti keadaan itu tetapi buat masa ini saya percaya orang ramai tidak akan menyertai perhimpunan ini sebaik mereka tahu bahawa ia tidak mematuhi terma di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya. - Daily Express (11.01.2013)

Awal-awal lagi penganjur perhimpunan telah gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012, jesteru, apa jaminan bahawa perhimpunan ini akan berjalan dengan aman? Sudah tentu polis tidak akan berdiam diri membenarkan situasi huru-hara ini berlaku di negeri ini, lebih-lebih lagi setelah wujud tanda-tanda awal bahawa perhimpunan tersebut dilancarkan secara haram.

Mungkinkah semua ini sebahagian daripada strategi pembangkang bagi menimbulkan provokasi terhadap pihak polis dengan harapan rakyat (penyokong-penyokong pembangkang) akan bertempur dengan pihak polis?

Sudah terbukti dalam perhimpunan yang dianjurkan NGO pro pembangkang sebelum ini, manfaatnya lebih kepada parti politik pembangkang, bukannya rakyat. Peserta perhimpunan hanya dijadikan "perisai" dan "karung tinju" untuk bertempur dengan anggota polis supaya kecederaan mereka boleh dijadikan bahan politik oleh puak-puak pembangkang.

Jika anggota polis melakukan kekerasan pada waktu perhimpunan berlangsung, jangan salahkan mereka, mereka hanya menjalankan tugas. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga menghalang rakyatnya dari melakukan demonstrasi yang bertujuan menentang kezaliman pentadbiran mereka.

Contohnya, di Kedah, Kerajaan pimpinan Datuk Seri Azizan Razak telah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menaikkan papan tanda yang bertulis "HAK PENGGUNAAN PKNK, PENCEROBOH AKAN DIDAKWA" di kawasan kampung Charok Batang Padi di Pedu. Dikatakan juga bahawa pihak PKNK telah memasang pagar sejauh lingkungan 70 meter di kawasan tersebut bagi memastikan tiada sesiapa yang berani masuk ke kawasan itu.

Untuk pengetahuan, pada 11 Januari ini (Hari ini) akan diadakan satu himpunan aman di kawasan tersebut sebagai tanda protes beramai-ramai terhadap kerakusan PAS Kedah yang menggondolkan kawasan tadahan air berhampiran Empangan Pedu itu. Jesteru, bukankah tindakan kerajaan PAS/PR ini juga boleh disifatkan sebagai menyekat kebangkitan rakyat yang menentang pentadbiran zalim mereka? Bagaimana jika rakyat Kedah tetap berhimpun di kawasan larangan itu? Adakah rakyat akan dituduh menceroboh? Apabila rakyat menceroboh, maka mudahlah MB Kedah menutup mulut-mulut rakyat yang menentang kezalimannya dengan membawa mereka ke mahkamah atas tuduhan menceroboh????

Oleh itu, rakyat Sabah tidak perlulah terpengaruh dengan mainan politik pembangkang yang gemar menggunakan NGO untuk melakukan tugas-tugas rampasan kuasa. Apa makna perubahan jika kerajaan alternatif yang ada sekarang ini jauh lebih teruk dari kerajaan BN? Rakyat Sabah bertanggungjawab memelihara dan memulihara keamanan dan keharmonian di negeri ini. Jangan mudah terpengaruh dengan budaya demonstrasi jalanan bawaan pembangkang.