Showing posts with label Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

Shafie Mengaku Tidak Ada Pemimpin Lebih Afdal Di Sabah Melainkan Dirinya

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan jawatannya itu dalam pemilihan parti itu Oktober ini walaupun terdapat pemimpin dari Sabah yang berminat bertanding jawatan tersebut. Katanya lagi, sekiranya berlaku situasi demikian, maka beliau menyeru supaya ahli memilih pemimpin yang 'afdal'.

"Kalau ada (pemimpin) datang dari Sabah, pilihlah yang lebih afdal. Tapi saya yakin tak ada. Kalau ada, pilihlah yang afdal, kalau tak keberatan," katanya. - Malaysiakini

Shafie nampak semakin tidak keruan bila ramai pemimpin umno menyokong supaya Musa Aman bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.. Dalam masa beliau memainkan nada merendah diri, kononnya beliau reda jika tidak diberikan jawatan tersebut,, namun dalam masa yang sama, Shafie turut membuat desakan supaya beliau terus dikekalkan untuk jawatan itu.. 

Boleh pula Shafie membayangkan tidak ada pilihan yang lebih afdal di Sabah melainkan dirinya.. Tidak cukup dengan "mengangkat bakul sendiri", Shafie juga turut membuat ugutan kononnya jika jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan, maka akan berlakulah perpecahan sebagaimana yang berlaku sewaktu pertembungan Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah..

Shafie mungkin lupa bahawa isu terhangat dalam beberapa hari sebelum ini adalah mengenai jawatan Timbalan Presiden Umno, bukannya jawatan Presiden Umno.. Jesteru, kenapa perlu beliau memasukkan sekali isu jawatan Presiden umno dalam ucapan beliau? Ini jelas membuktikan bahawa Shafie cuba menyelamatkan jawatannya dengan menggunakan persetujuan pemimpin-pemimpin umno sebelum ini yang mahukan supaya jawatan Presiden umno tidak perlu dipertandingkan. 

Berdasarkan persetujuan itu, maka Shafie pun mulalah menyalak, merayu, memohon dan mengugut supaya jawatan Timbalan Presiden Umno juga tidak perlu dipertandingkan.. Semua ini terpaksa dilakukan Shafie kerana beliau sedar bahawa dirinya tidak mampu menandingi populariti Musa Aman sekiranya benar Ketua Menteri Sabah itu mahu bertanding jawatan tersebut.

Wednesday, August 21, 2013

Musa Aman Dapat Sokongan, Shafie Lancarkan Serangan?

This time it is on the race to occupy the Umno vice-president posts currently held by Ahmad Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein and Mohd Shafie Apdal. Shafie, who is Semporna MP and federal Rural and Regional Development minister, has announced his intention to defend his post. One of his potential competitors is also from Sabah, chief minister and Sabah Umno liaison chief Musa Aman. Musa has so far kept his political cards close on his chest, refusing to reveal his next course of action. - Wikisabah

Akhirnya terjawab jugalah persoalan penulis mengenai siapa yang menjadi dalang memecahbelahkan dua tokoh pemimpin negeri ini. Diawal sokongan terhadap Musa Aman mengenai kelayakan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, mungkin Shafie masih boleh memandang ringan terhadap "ancaman" itu.. Namun apabila sokongan terhadap Musa Aman semakin menjadi luar biasa, Shafie terpaksa mengupah orang bawahannya supaya menimbulkan spekulasi kononnya sokongan yang diperolehi Musa itu tidak lain sekadar perangkap untuk menjatuhkan beliau. Perangkap atau tidak, yang pasti, Shafie sedang dalam dilema mengenangkan nasib beliau yang semakin dipinggirkan rakan-rakan separti yang lain..

Sekiranya Musa Aman bertanding jawatan itu, dan kemudiannya kalah ditangan Shafie, ia tidak memberikan apa-apa impak kepada Musa.. Sebaliknya jika Shafie gagal mempertahankan jawatan tersebut, tentunya beliau lebih tertekan kerana beliau adalah Menteri Kabinet Persekutuan.. Membayangkan kekalahan ini, pastinya Shafie akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Musa Aman tidak bertanding atau memenangi jawatan tersebut (sekiranya bertanding). Jesteru tidak heranlah apabila Shafie seakan gementar dan tercabar ketika Musa terus memperolehi sokongan padu dikalangan ahli dan pemimpin-pemimpin umno sedangkan dari segi jawatan, Shafie lebih layak mendapat sokongan sedemikian.

Memandangkan sehingga kini Musa masih senyap membisu mengenai pendirian beliau samada mahu atau tidak merebut jawatan itu, eloklah perkara itu dijawab sendiri oleh beliau. Shafie juga perlu berganjak dari terus melakukan provokasi dalaman melalui karya-karya berbentuk spekulasi yang dicetuskan oleh macai-macai yang diupahnya.

Monday, August 19, 2013

Siapa Dalang Melaga-Lagakan Salleh dan Musa Aman?

"Salleh yang semakin mendesak agar Musa bertanding sebenarnya mempunyai tujuan peribadi kerana sekiranya Musa Aman kalah, maka Salleh akan memulakan lagi 'permainan'nya yang akan menunjukkan bahawa Musa gagal dan tidak diterima akar umbi parti maka sudah tentu beliau dan 'konco-konconya' akan mendesak supaya Ketua Menteri itu berundur dan meletakkan jawatan." - Sabahkini

Siapakah gerangannya penulis artikel ini yang begitu handal membaca fikiran manusia,, siap mengabadikan hasil telepati beliau kedalam portal Sabahkini untuk tatapan minda seluruh rakyat Malaysia? Jalan ceritanya tidaklah cukup sempurna kerana keseluruhan isinya hanyalah bergantung kepada spekulasi yang biasa digunakan oleh ahli-ahli politik untuk memecahbelahkan parti lawan. Entah bagaimana penulis ini boleh membayangkan bahawa sokongan Datuk Salleh terhadap Datuk Musa Aman mempunyai maksud lain yang layaknya dipanggil sebagai PERANGKAP untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Musa Aman sedangkan penulis itu sendiri tahu bahawa bukan Datuk Salleh sahaja yang menyuarakan sokongan sedemikian terhadap Datuk Musa Aman. Samada penulis ini berada dibawah pengaruh dadah ketika menulis artikel tersebut atau sebaliknya, yang pasti pandangan beliau sukar untuk diterima berdasarkan logik akal.

Mungkin disebabkan terlalu cemburu kerana ramai pihak yang tidak henti-henti menyokong supaya Datuk Musa bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, maka penulis tersebut lantas cuba menafikan sokongan itu dengan menimbulkan spekulasi bahawa sokongan yang diberikan kepada Datuk Musa adalah perangkap untuk menjatuhkan beliau. Cerita karut seperti ini memang sentiasa kedengaran dalam politik Malaysia, samada dilakukan oleh pihak lawan, mahupun orang dalam parti itu sendiri.. atau mungkin juga dilakukan oleh sebilangan penyokong yang taksub dengan perjuangan politik pihak tertentu sehingga sanggup diperkudakan untuk kepentingan mereka.

Sebagaimana yang dispekulasikan sebelum ini, Shafie Apdal juga pernah menyimpan niat mahu merampas jawatan Ketua Menteri Sabah. Samada cerita ini benar atau tidak, buatlah pertimbangan sebagaimana anda mempertimbangkan cerita karut Senja Permai seperti dalam pautan diatas. Namun malangnya Shafie tidak mendapat sokongan padu dikalangan pemimpin Barisan Nasional di negeri ini. Maka, tidak mustahil, apabila timbul sokongan luar biasa terhadap Datuk Musa Aman untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, Shafie sebagai Menteri Kabinet Persekutuan tentunya rasa tercabar dan dengan serta-merta mengarahkan macai-macainya untuk melaga-lagakan Salleh dan Musa bagi menghalang pengaruh Musa sampai ke Persekutuan.

Berbanding dengan Salleh, Shafie lebih berpotensi menjadi gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut ekoran banyak tindak tanduk beliau sebelum ini yang boleh disifatkan sebagai membelakangkan kerajaan negeri. Sementara Salleh pula sejak dari dulu memang menyokong penuh kepimpinan Datuk Musa Aman setelah menyaksikan sendiri prestasi dan reputasi Musa yang begitu cemerlang sepanjang 10 tahun mentadbir negeri ini. Jesteru, tidak patut timbul soal PERANGKAP apabila Salleh menyuarakan sokongannya terhadap kepimpinan Datuk Musa kerana sebagai pemimpin tempatan yang duduk dibawah payung yang sama, sudah menjadi tanggungjawab beliau menyokong sesiapa sahaja dikalangan rakannya untuk bertanding jawatan itu.

Monday, August 5, 2013

Naib Presiden Umno: Media Pembangkang Cuba Perangkap Musa Aman

Apa yang kecoh sangat bila Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden Umno? kenapa perlu timbul soal pertelagahan antara pemimpin Umno Sabah sedangkan soal bertanding jawatan itu adalah perkara lumrah dalam arena politik? Bertelagah atau tidak, terperangkap atau sebaliknya, hanya individu yang berada dalam gelanggang politik sahaja yang tahu situasinya.. Sementara media-media pro pembangkang hanya diperalatkan untuk merancakkan spekulasi mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin pembangkang dengan harapan apa yang dispekulasikan itu benar-benar berlaku.

Media-media pembangkang sepatutnya menasihati pemimpin-pemimpin mereka supaya tidak terlalu menjaga tepi kain orang lain.. Sedangkan konflik dikalangan pemimpin sendiri gagal diselesaikan, inikan pula mencampuri urusan parti lain. Di Sabah misalnya, pemilihan Ketua Pembangkang bagi negeri ini masih dalam pertikaian ekoran calon yang dikedepankan bukan dikalangan mana-mana ahli parti pembangkang Sabah. Penulis melihat, situasi yang dihadapi pembangkang jauh lebih kritikal daripada soal calon Naib Presiden Umno. Malahan, pertelagahan dikalangan pemimpin-pemimpin pembangkang juga lebih dulu muncul berbanding dengan spekulasi yang cuba dimainkan media pro pembangkang.

Secara jujurnya, penulis juga menyokong penuh jika Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Keyakinan penulis adalah berdasarkan sumbangan Musa dalam membangunkan negeri ini dalam pelbagai aspek. Malah, jika bukan kerana keberkesanan dan kebijaksanaan Musa dalam memimpin negeri dan parti yang diwakili, mana mungkin BN boleh kekal mempertahankan Puterajaya. Jesteru, beliau layak bertanding jawatan itu sebagai menghargai sumbangan-sumbangan maha besar beliau bukan sahaja kepada rakyat Sabah malah kepada Barisan Nasional.

Berbanding dengan Shafie, peranan Musa Aman jauh lebih besar dalam memastikan BN kekal memerintah negara ini. Malahan Shafie juga dilihat gagal membangunkan daerahnya sendiri dan gagal melaksanakan projek-projek luar bandar dibawah kementeriannya. Selain menyumbang kepada reputasi buruk kerajaan BN, Shafie juga lebih gemar menimbulkan masalah-masalah yang beliau sendiri gagal memberikan penjelasan secara konkrit. Jesteru, tidak patut timbul soal pertelagahan lebih-lebih lagi apabila sokongan supaya Musa Aman bertanding bagi jawatan itu adalah datang daripada pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

Monday, April 15, 2013

Renungi pertelagahan sesama pembangkang

SEMPORNA: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta rakyat merenungi pertelagahan antara parti pembangkang sekarang yang membawa mesej jelas mengenai kerjasama mereka.

Katanya, kegagalan pakatan pembangkang menyelesaikan isu agihan kerusi untuk ditandingi mereka pada pilihan raya kali ini membayangkan mereka juga tidak akan mampu menangani isu yang lebih penting membabitkan rakyat, agama, bangsa dan negara.

--BERNAMA

Situasi terbaru yang berlaku di Sabah ini bukanlah suatu isu yang baru, sebaliknya telah menjadi asam garam dikalangan parti pembangkang negara ini setiap kali menjelang pilihan raya. Strategi Anwar Ibrahim yang gemar menggunakan khidmat "katak" untuk merampas kerajaan akhirnya memakan diri beliau sendiri. Ternyata kehadiran Lajim dan Bumburing tidak sama sekali memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya menjadi beban kepada Anwar kerana terpaksa membuat keputusan yang memuaskan hati semua "katak-katak" peliharaannya.

Jika Anwar seorang pemimpin yang bijak, beliau sepatutnya sudah menjangkakan masalah yang bakal beliau hadapi, sekaligus merancang strategi untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Sebaliknya Anwar lebih suka ke hulu-ke hilir berkempen memuji diri beliau disamping menyanyikan lagu "Sabah akan hilang". Seolah-olah beliau merasakan kedudukan Pakatan Rakyat TERAMAT selesa dengan kemunculan Lajim dan Bumburing sehingga lupa implikasinya terhadap pembahagian kerusi menjelang PRU13.

Ketika tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh pilihanraya masih menjadi tanda tanya, bukan main lantang lagi pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk Anwar Ibrahim mengkritik DS Najib kononnya takut mengadakan pilihanraya. Kegairahan mereka mengkritik mengenai kedua-dua tarikh penting ini menunjukkan seolah-olah mereka telah bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum. Namun, agak mengejutkan, ketika jentera-jentera BN telah bersiap sedia, pembangkang di Sabah masih bercakaran mengenai pembahagian kerusi. Malah situasinya semakin parah setelah konflik pembahagian kerusi ini menjadi topik perbualan masyarakat di negeri ini. Tidak takutkah Anwar bahawa kegagalan beliau menyelesaikan isu remeh seperti ini akan turut menjadi pertimbangan rakyat untuk menolak kepimpinan beliau??

Situasi yang sama turut berlaku di Sarawak semasa Pilihan Raya DUN Sarawak yang menyaksikan kegagalan pembahagian kerusi di antara PKR, DAP dan SNAP. Kegagalan ini telah menyaksikan pertembungan menarik antara PKR dan SNAP dengan BN. Pertembungan menarik ini akhirnya memihak kepada BN sehingga dapat mengekalkan majoriti 2/3 dalam PRN Sarawak itu.

Apakah pertembungan menarik juga akan berlaku dalam PRU-13 akan datang dengan menyaksikan pertembungan sesama kompenan Pakatan Pembangkang? Ianya tidak mustahil dan jika perbalahan ini semakin parah, pastinya akan berlaku pembubaran Pakatan Pembangkang seperti mana yang sering berlaku sebelum ini. Di sini, BN akan merasai kenikmatannya untuk mencapai kemenangan mudah 2/3 majoriti.

Bagaimanapun, senario terbaru Pakatan Pembangkang itu tidak berlaku dalam BN yang menekankan semangat muafakat bagi menentukan formula pengagihan kerusi memberi keadilan kepada semua parti komponen. Oleh sebab itu, setiap kali pilihan raya, BN tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan Pakatan Pembangkang khususnya di beberapa kawasan yang telah dipersetujui kompenan BN. 

Melihat kepada perkembangan pembangkang Sabah ini, Bullet amat bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa kegagalan pakatan pembangkang menyelesaikan isu agihan kerusi kali ini membayangkan mereka juga tidak akan mampu menangani isu yang lebih penting membabitkan rakyat, agama, bangsa dan negara. Inikah contoh kepimpinan yang kononnya layak untuk mentadbir negara? Jika masalah dalam parti pun gagal diselesaikan, bagaimana pula dengan isu-isu yang lebih besar?