Showing posts with label ATM. Show all posts
Showing posts with label ATM. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Hal berkaitan keselamatan dan aset pertahanan negara tidak boleh dipolitikkan

Hal-hal berkaitan keselamatan dan aset pertahanan negara tidak boleh dipolitikkan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara. kesan daripada elemen-elemen yang dipolitikkan itu secara tidak langsung telah mendedahkan rahsia keselamatan dan kesiapsiagaan negara kepada musuh yang tidak dikenali.

Dulu kita tahu siapa musuh kita, dulu ada musuh tradisional tapi sekarang tidak ada lagi, hanya bukan ancaman tradisional. Oleh itu, dalam hal-hal bersangkut paut dengan keselamatan dan aset pertahanan tiada kompromi untuk dipolitikkan, yang lain boleh dipolitikkan tapi tidak keselamatan negara dan aset pertahanan kita.

Anggota tentera termasuk tentera laut, tentera darat mahupun tentera udara tentu berasa terkilan atau kecil hati sekiranya isu ini dipolitikkan kerana mereka telah mempersiapkan diri untuk menerima teknologi terkini dalam pertahanan negara.

Kerajaan sememangnya mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan dalam proses perolehan ketenteraan dan aset pertahanan negara. tidak ada satu pun perolehan yang tidak mengikut arahan perbendaharaan, cumanya dalam sesuatu perolehan aset yang melibatkan perkara-perkara rahsia, akan ada satu pasukan yang akan menilai tiap-tiap satu aset mengikut teknologi yang dinyatakan.

Keperluan teknologi itu perlu dipenuhi mengikut keperluan dan kehendak pengguna berkenaan sesuai dengan kewangan negara. Jadi tidak timbul perkara-perkara yang dibuat tidak mengikut arahan perbendaharaan atau perkara yang diluar peraturan yang telah ditetapkan,

Usaha kementerian dalam meningkatkan sistem pertahanan negara adalah berpandukan kepada pelan pembangunan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau Pelan 4th Dimension Malaysian Armed Forces (4D MAF) yang merupakan landasan untuk tempoh jangka panjang, 2009-2020 dan seterusnya. Strategi pembangunan ini sejajar dengan konsep pertahanan yang termaktub dalam dasar Pertahanan Negara (DPN) serta Strategi Ketenteraan Negara (SKN).

Justeru, proses penambahan kekuatan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui rancangan jangka pendek dan jangka panjang sejajar dengan perkembangan teknologi semasa melalui perolehan aset pertahanan yang berteknologi terkini bergantung kepada kemampuan kewangan negara.

Sebagai langkah menambah kekuatan jangka pendek, program modenisasi dan pemanjangan jangka hayat atau Ship Life Extension Programme (SLEP) beberapa buah kapal, TLDM sedang dilaksanakan untuk memastikan peralatan kapal-kapal tersebut digantikan dengan yang terkini bagi menangani isu keusangan untuk menjadikan aset-aset ini lebih efektif untuk dioperasikan.

Bagi proses memperkuatkan armada laut untuk jangka panjang pula ialah melalui perolehan enam buah Offshore Patrol Vessels (OPV) yang dilakukan dalam Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8) dan RMK-9, dua buah kapal latihan dalam RMK-10 dan diikuti dengan rancangan perolehan enam buah kapal perang Littoral Combatant Ship (LCS) yang telah diluluskan dalam RMK-10 dan sebahagian dalam RMK-11.

Kekuatan TLDM bukan sahaja terletak kepada aset yang berteknologi tinggi tetapi ia hendaklah berbekalkan modal insan yang berkualiti untuk menghasilkan satu angkatan yang kredibel agar mampu melaksanakan peranan dan fungsi dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara serta kepentingannya.

Thursday, March 7, 2013

Fakta Angkatan Tentera Malaysia yang perlu anda tahu

Mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu, pemimpin, media dan penyokong-penyokong pembangkang tidak henti-henti memburuk-burukkan pasukan keselamatan kita. Seolah-olah mereka lebih tahu selok-belok berperang daripada pasukan yang sudah puluhan tahun berpengalaman dalam bidang itu. Jesteru, sebelum rakyat termakan dengan pembohongan, hasutan dan fitnah pemimpin-pemimpin pembangkang, eloklah baca dulu fakta-fakta di bawah:

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong..

2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis, sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis..

3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu-satunya pasukan yang BERJAYA mengekang komunisme.

4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini pernah didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL.

5. Perisik Malaysia samada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik di dunia. Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama.

6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY.

9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.!! ini amat memalukan mereka.

10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari negara-negara rantau ini.

11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

12. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati.

13. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu.

14. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf..

15. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering menceroboh ruang udara johor.. mereka melakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu..

16. Tahukah anda Briged Astros malaysia mempunyai MLRS yang berupaya memusnahkan kawasan 360km persegi dengan hanya satu tembakan serentak? masa mengisi semula hanya 10 minit.. dalam tempoh kurang 30 minit 720km persegi boleh menjadi padang jarak padang tekukur… tak percaya,cari data teknik mengenai roket SS-80…untuk merobek kubu bawah tanah sudah cukup dgn Roket SS-60 dengan fius tertunda..

17. ATM adalah satu-satunya angkatan tentera yang belum pernah tewas semenjak merdeka dan sentiasa menjadi orang kepercayaan bagi kuasa dunia untuk mengetuai operasi PBB.


YANG BAWAH NI PULA KOMANDO TAJAAN ANWAR DAN TIAN CHUA!

Gaya boleh tahan.. tapi...... TERBUKA sangat tu bro..

Monday, March 4, 2013

Tolong Jangan Siarkan Rahsia Gerakan PDRM Dan ATM Di Sabah!

Sememangnya topik pencerobohan “tentera Diraja Kesultanan Sulu” yang mencemar kedaulatan negara menjadi perbualan hangat sekarang. Terpampang didada akhbar dan pelbagai media mengenai insiden berdarah itu.

Bermacam-macam jenis gambar turut tersiar dan tidak kurang juga cerita-cerita yang ditokok tambah disiarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Paling tak tahan, gambar keganasan yang meletus di Narathiwat, Thailand, juga disiarkan sama…

Sehingga kini, disahkan secara rasmi bahawa sudah 7 orang anggota PDRM telah terkorban di dalam pertempuran dengan gerila Sulu yang mengganas di Sabah itu. Antara kawasan yang disyaki telah disusup masuk penceroboh-penceroboh itu ialah Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

Meskipun sudah menyenaraikan seramai 7 mangsa dari kalangan anggota PDRM, pihak berkuasa itu menegaskan bahawa keadaan di ketiga-tiga lokasi terbabit adalah selamat.

Kenyataan itu disokong oleh siaran media arus perdana yang menunjukkan rakyat di Lahad Datu masih bebas membeli belah di pekan Lahad Datu dan mereka masih lagi boleh keluar berkerja seperti biasa.

Tahniah kepada pasukan keselamatan yang berjaya memastikan keadaan selamat di kawasan-kawasan tersebut.

Pun begitu, ramai lagi mereka-mereka yang masih suka mencari populariti dengan mensensasikan kejadian-kejadian yang berlaku di sana. Gambar-gambar operasi pasukan keselamatan di merata kawasan itu disiarkan sewenang-wenangnya.

Tidakkah mereka sedar bahawa siaran gambar-gambar tersebut di internet bakal mendedahkan maklumat keselamatan negara kepada penceroboh-penceroboh tersebut?

Misalnya, jika kita menyiarkan gambar pasukan keselamatan yang berkawal di depan simpang tiga tertentu di Lahad Datu, sudah tentu penceroboh dari Filipina itu dapat menghidu lokasi tersebut dan mengelak dari menggunakan jalan terbabit.

Bukankah itu tindakan yang tidak wajar? Janganlah berbangga dengan siaran yang kononnya eksklusif yang mampu menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara ini…

Justeru itu, saya merayu kepada semua pengguna internet yang sayangkan Malaysia supaya jangan sesekali menyiarkan tentang gerakan atau informasi pasukan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia diluar sana.

Bukan apa, dalam hal seperti ini, tindakan yang melulu pasti akan membawa padah. Seharusnya, gunakan akal yang dikurniakan Allah untuk mempertahankan kedaulatan negara ini.

Mungkin kita tidak mampu berjuang mengangkat senjata, tapi sekurang-kurangnya kita berjuang menggunakan akal yang kita ada. Tak salah, kan? - kedahan69ers