Showing posts with label Datuk Seri Dr Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Dr Wan Azizah. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

NGO tuntut Lajim Jelaskan isu RM50,000 beli "Surat Cinta"

Kota Kinabalu: Pakatan NGO Pro BN sekali lagi menggesa MP Beaufort Datuk Lajim Hj Ukin menjelaskan bagaimana beliau memiliki RM50,000 untuk membeli "surat cinta" Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu lelongan, tidak lama dulu.

Presidennya, Zulkarnain Mahdar membuat gesaan itu hanya beberapa hari selepas membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian itu.

Rabu lepas, beliau berkata sebagai seorang figura masyarakat, Lajim harus dapat menjelaskan perkara itu, khususnya jika pembelian itu dibuat menggunakan wang pembayar cukai.

"Jika Lajim adalah seorang ahli perniagaan, maka perkara mengenai bagaimana dia membelanjakan wangnya terpulang kepadanya sendiri," katanya.

Surat itu dibeli oleh Lajim dalam satu lelongan menggumpul dana dalam Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Shah Alam, pada 29 September tahun lepas, yang mengandungi mesej pemimpin pembangkang, Anwar, kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah, ketika dia berada dalam penjara.

Zulkarnain berkata dia juga telah mengeluarkan surat kepada Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan menuntut beliau memulangkan wang itu, yang beliau kata dapat dimanfaatkan, jika ia dapat dibelanjakan untuk penduduk di Beaufort.

Katanya, wang itu akan dibelanjakan dengan baik jika ia diberikan kepada mereka yang memerlukan. Katanya, pembelian itu tidak harus dibuat oleh mana-mana wakil dipilih, sekalipun "surat cinta" itu mempunyai nilai sentimental.

Zulkarnain juga berkata beliau juga akan melancarkan tindakan serupa terhadap mana-mana pemimpin Barisan Nasional jika didapati telah menyalahguna mana-mana dana.

Daily Express 22.01.2013