Showing posts with label Dakwat Kekal. Show all posts
Showing posts with label Dakwat Kekal. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

DAP Sabah Cadangkan SPR Guna Sistem Biometrik?

Hiew also recommends the SPR to use Mycard readers and if possible the finger print scanner that can be easily purchased in the market to check on any fake Mycard and to obtain data from the computer chip attached on the card. This is a fast way of cross checking on the identity of the voters. The political parties may standby such card-reader to check on the suspicious voter, if this is agreeable by the SPR. The card-reader is very cheap and easily available. We want a clean and fair election in all circumstances, and to eliminate foul play and any unjust election results. - Sabahkini

Akhirnya Ketua DAP Sabah, Hiew King Cheu menjadi pemimpin pembangkang pertama yang bersetuju bahawa sistem biometrik jauh lebih baik dari penggunaan dakwat kekal. Walaupun beliau tidak menyebut nama sistem itu namun istilah "mycard reader" sudah cukup menjelaskan bahawa sistem yang dimaksudkan beliau adalah BIOMETRIC. 

Sistem ini pada mulanya telah dicadangkan oleh SPR kerana diyakini mampu mengenalpasti pengundi hantu disamping mengelakkan berlakunya pengundian dua kali. Namun pembangkang menolak kaedah itu dengan membuat pelbagai tuduhan kononnya sistem itu boleh dimanipulasikan dan memerlukan kos yang tinggi berbanding dengan kaedah kuno dakwat kekal.

Persoalannya, kenapa selepas pilihanraya umum ke-13 berakhir dan selepas Pakatan Rakyat gagal merampas Puterajaya, barulah puak-puak ini bersetuju bahawa dakwat kekal boleh dimanipulasikan?? Sebelum mencadangkan dakwat kekal, tidakkah puak-puak ini mengkaji terlebih dahulu kelemahan-kelemahannya dengan mengambil contoh negara-negara yang telah menggunakan cara ini seperti India dan Bangladesh?

Berbanding dengan sistem biometrik yang baru sahaja diperkenalkan dan belum pernah dilaksanakan, amat pelik bila puak-puak bodoh sombong ini lebih dulu mengenalpasti kelemahannya berbanding dengan dakwat kekal yang sudahpun berstatus kuno. Lebih pelik bila Hiew King Cheu cuba mengajar SPR dengan beralih kepada sistem biometric sedangkan badan itulah yang mula-mula mencadangkan sistem itu namun dibantah secara tidak bertamadun oleh puak-puak Pakatan Rakyat termasuk Hiew.

Dengan "pengakuan" Hiew ini, bermakna pembangkang sebenarnya telah menyedari kelemahan-kelemahan dakwat kekal. Namun disebabkan sikap tamak haloba mahu merampas Puterajaya, maka kelemahan-kelemahan itu telah ditransformasikan dan diolah dengan baik untuk dijadikan senjata bagi menyerang kredibiliti SPR dan Kerajaan BN. Hari ini, Hiew dengan bangganya berkata bahawa mycard reader (biometric) lebih murah dan mudah didapati bagi mewujudkan satu sistem pilihanraya yang bersih dan adil. Jesteru, apa kata pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang yang sebelum ini membuat pelbagai tuduhan terhadap sistem ini???

Saturday, July 6, 2013

SPR Guna Dakwat Kekal Baru Untuk PRK Kuala Besut

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan mereka akan menggunakan jenis dakwat kekal baru yang kekal lebih lama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata penggunaan dakwat kekal telah termaktub dalam undang-undang yang ditetapkan dan perlu dicalit pada jari pengundi sebelum kertas undi diberikan.

"Dakwat kekal akan terus digunakan, kecuali undang-undang dipinda. Dakwat kekal adalah syarat mengesahkan undi seseorang itu.

"Bagaimanapun dakwat kekal yang bebeza akan digunakan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di ibu pejabat SPR pada Jumaat.

Abdul Aziz memberi jaminan, kandungan silver nitrat yang terkandung dalam dakwat kekal yang baru mampu bertahan lebih lama daripada yang digunakan pada PRU-13.

"Kita ambil pertimbangan daripada kelemahan yang telah berlaku sebelum ini.

"Hasil maklumat yang kita terima pada 'post mortem' yang lalu, kita akan ambil kira mengenai ketahanan dakwat kekal itu, aduan ianya lambat kering dan mengakibatkan kertas undi kotor," katanya.

Ketika ditanya adakah SPR masih menggunakan pembekal yang sama untuk dakwat kekal yang baru itu beliau berkata, pembekal yang berlainan akan digunakan, siapa dan dari mana ia diambil tidak boleh dimaklumkan kepada umum.

"SPR dalam proses menempah bekalan dakwat itu. Kita harap kita akan dapat yang lebih baik dan elak kelemahan," katanya.

Mengenai cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk SPR memberi ruang kepada RTM membuat liputan secara langsung pada proses pengiraan undi itu bagi mengelak rasa curiga rakyat seperti insiden lampu padam yang berlaku sebelum ini Abdul Aziz berkata, setelah berbincang dengan kesemua panel SPR, cadangan itu tidak dapat dilaksanakan dalam PRK kali ini.

"Jika RTM mahu rekod pada proses pengiraan undi, SPR juga tidak dapat elak daripada pihak lain juga untuk rekod.

"Jadi SPR telah buat keputusan, bahawa kalau kita inginkan rakaman proses pengiraan undi itu, akan diuruskan oleh SPR sendiri tidak dari pihak lain," katanya.

Tambah beliau, parti yang bertanding tidak perlu bimbang kerana seperti kebiasaan akan ada wakil calon turut sama dalam bilik pengiraan undi itu.

Bagaimanapun, SPR tidak menolak pada pilihan raya akan datang boleh dilaksanakan rakaman secara langsung pada proses pengiraan undi.

"SPR adalah satu badan bebas, kita harus pertimbangkan permohonan-permohonan lain.

"SPR boleh berbincang dan kita akan maklum keputusan itu kemudian," katanya.

Monday, July 1, 2013

Desakan Menggunakan Dakwat Kekal Kerana Mudah Dimanipulasikan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut. TMI

Dengan tertubuhnya pasukan menyiasat mengenai dakwat kekal, adakah para pemimpin Pakatan Rakyat sudah cukup berpuas hati selepas berhempas pulas mendesak kerajaan pusat dan SPR menggunakan sistem itu? Mengimbas kembali detik-detik bantahan para pemimpin Pakatan dan juga Bersih terhadap penggunaan sistem Biometrik, ternyata puak-puak ini tidak pernah mengkaji baik buruknya sesuatu sistem itu sebelum dilaksanakan. Seolah-olah dakwat kekal adalah kaedah paling sempurna di dunia walaupun telah diberikan amaran bahawa dakwat kekal tetap tidak menjamin ketelusan pilihanraya sebagaimana yang telah berlaku di beberapa buah negara yang menggunakan kaedah ini.

Para pemimpin Pakatan Rakyat dan juga NGO tajaan mereka sebenarnya faham dan sedia maklum mengenai risiko yang memungkinkan berlakunya penipuan ketika hari mengundi. Atas sebab itu mereka mendesak kerajaan pusat dan juga SPR supaya menggunakan kaedah ini agar mereka sentiasa mempunyai isu untuk dimainkan jika kalah PRU13. Semuanya telah dirancang dengan rapi bagi memburuk-burukkan SPR dengan menuduh badan itu bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional, sekaligus menanam bibit-bibit kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan harapan tercetusnya satu fenomena Arab Spring versi Malaysia.

Malang sekali apabila desakan pembangkang ini tidak dikekang dengan hujah yang tegas sejak awal lagi. Maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut berdasarkan pengalaman di beberapa buah negara. Kini, apabila pilihanraya sudah berlalu, muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor SPR berkaitan dakwat kekal. Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sejak mula lagi dan boleh dielakkan jika puak-puak terdesak ini tidak taksub dengan dakwat kekal sehingga sanggup mengheret rakyat ke jalanraya semata-mata mahu ianya dilaksanakan. Objektifnya hanya satu iaitu menuduh SPR tidak telus yang kemudiannya dijadikan alasan untuk menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya ditolak.

Apa yang mungkin rakyat terlepas pandang dalam kes ini ialah, wajarkah SPR dan kerajaan BN dipersalahkan sedangkan pada awalnya SPR dan BN amat keberatan untuk melaksanakan kaedah primitif ini? Hanya pihak yang mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya sahaja yang terdesak mahu ianya dilaksanakan agar strategi yang telah dirangka sejak 2008 itu dapat berjalan dengan lancar sesuai dengan impian Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia. Tidak dinafikan, SPR dan BN juga telah melakukan kesilapan namun kesilapan mereka bukan kerana penipuan pilihanraya, sebaliknya kerana terlalu berlembut serta mudah bertolak ansur dengan puak-puak pembangkang yang mana niat jijik mereka amat jelas kelihatan tanpa perlu disuluh.

Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Sebab itu rakyat sudah mula muak dengan kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja pada waktu pengundian 5 Mei lepas, malah ketika anjuran demonstrasi Blackout di Padang Merbok. Lagipun, bukan sekali Pakatan Rakyat melakukan kesilapan seperti ini. Sebelum insiden Lahad Datu, siapa yang lebih dulu menyanyikan lagu "Sabah akan hilang"? Begitu juga sebelum demonstrasi BERSIH bertukar ganas, siapa yang lebih dulu membangkitkan soal keganasan pihak polis? Taktik yang sama turut digunakan dalam isu dakwat kekal dimana Pakatan tidak henti-henti menuduh bahawa ianya bakal dimanipulasikan BN, sedangkan merekalah yang lebih dulu mahu ianya dilaksanakan dan mereka jugalah yang memanipulasinya dengan mencipta pelbagai cerita karut untuk santapan minda rakyat.

Kesimpulannya, Pakatan berjaya menjadikan kerajaan serta SPR sebagai badut sarkas dengan bantuan NGO-NGO yang dibiayai oleh mereka dan juga kuasa asing serta sokongan segerombolan penyokong-penyokong Pakatan yang berjaya "dikencing" Anwar. Namun, jika kita kaji dan imbas kembali sebelum dan selepas PRU13, ternyata kebodohan Pakatan tidak pernah pudar dalam parti itu. Dakwat kekal yang dicanang mereka kehulu dan kehilir sebagai kaedah TERBAIK, TELUS, BERSIH dan TIDAK MUDAH DIMANIPULASI akhirnya terbukti ianya boleh dimanipulasikan sebagaimana mereka memanipulasinya. Malah lebih melucukan, apabila cadangan "terunggul" itu jugalah yang bakal disiasat oleh SPRM kelak.

Thursday, May 2, 2013

Penjelasan SPR Mengenai Dakwaan Dakwat Kekal Mudah Padam

BERIKUT adalah kenyataan penuh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan bahawa dakwat kekal yang digunakan semasa proses pengundian awal pada Selasa dikesan boleh dipadam. Kenyataan ini dikeluarkan lewat Isnin malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya. Gambar jari yang dakwat kekal itu telah hilang dimuat naik dan disebarkan melalui laman sosial. SPR juga telah menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.

SPR ingin memaklumkan bahawa SPR telah membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh 5 hingga 7 hari.

Berikutan dengan laporan polis itu, SPR telah berbincang dan mendapat maklum balas kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan oleh kegagalan sebahagian daripada petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal. Sebaik selepas SPR menerima laporan polis dan maklum balas itu, suatu arahan telah dikeluarkan kepada semua petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.

SPR juga telah membuat beberapa ujian menggunakan dakwat kekal pada 30 April 2013 terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos. Sebahagian daripada mereka ini telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang. Hasilnya, SPR mendapati jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan jari mereka yang dicalit menggunakan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang. Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.

Sebagai tambahan kepada perkara yang disebut terdahulu, SPR akan mengadakan suatu demonstrasi kepada wakil media pada 2 Mei 2013 untuk menunjukkan bahawa dakwat kekal ini jika dicalitkan pada jari pengundi mengikut cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, dakwat tersebut akan lebih kekal di jari pengundi. 

BOTOL DAKWAT KEKAL PERLU DIGONCANG SETIAP 2 JAM

PUTRAJAYA (02 Mei 2013): Goncangan semula botol dakwat kekal setiap 2 jam akan sentiasa dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kandungannya tidak mendap dan mengubah corak calitan pada jari pengundi. 

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata goncangan ini dibuat agar keseluruhan kandungan dakwat tersebut bercampur. 

"Sebelum penutup dakwat itu dibuka, botol dakwat itu akan digoncang selama 30 saat dan ianya digoncang semula setiap dua jam selepas itu agar kandungannya tidak mendap," kata Kamaruddin kepada pemberita ketika demonstrasi dakwat kekal di Pejabat SPR disini. 

Seandainya botol itu tidak digoncang, keseluruhan bahan-bahan dakwat itu hanya akan mendap di bahagian bawah dan meninggalkan kandungan air sahaja di bahagian atas. 

"Ia menyebabkan dakwat itu menjadi mudah dicuci oleh pengundi," kata beliau.

Pada demonstrasi itu, beberapa petugas SPR dan pemberita yang sudah pun menjalankan undi pos telah sukarela menunjukkan bagaimana dakwat itu dicalit. Antara langkah-langkah tersebut ialah selepas botol dakwat kekal itu digoncang selama 30 saat, ianya akan dibuka dan jari telunjuk kiri pengundi akan dicalit. 

Calitan tersebut merangkumi calitan pada keseluruhan ruas pertama hingga ke kuku dan diteruskan dibahagian bawah jari.

Dalam demonstrasi itu juga, petugas SPR telah menunjukkan proses tersebut kepada dua orang petugas media yang telah menjalani proses undi pos, Muhammad Shamsul Abd Ghani dari Sinar Harian dan Aizat Sharif dari Astro Awani dengan mencalitkan dakwat kekal di jari telunjuk kiri mereka.

Malah, turut ditunjukkan bagaimana dakwat tersebut tidak mampu dilunturkan atau ditanggalkan meskipun menggunakan sabun, cuka, cecair pencuci, iodin dan minyak berubat. Walaupun kemudiannya dibasuh dengan air, dakwat tersebut masih tetap kekal di jari dan dijangka akan hilang selewat-lewatnya tujuh hari selepas jari tersebut dicalit.