Showing posts with label Datuk Abdul Rahman Dahlan. Show all posts
Showing posts with label Datuk Abdul Rahman Dahlan. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Abdul Rahman Rancang Projek Mega Untuk Kota Belud

KOTA BELUD: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan bertekad membangunkan daerah Kota Belud secara menyeluruh untuk tempoh lima tahun mendatang berikutan keyakinan penduduk memberikan mandat kepadanya pada pilihan raya umum lepas.

Anggota Parlimen Kota Belud itu berkata beliau sedang merancang projek-projek mega untuk meletakkan daerah itu berada di landasan yang betul bagi menikmati tahap pembangunan yang rancak sepanjang tempoh itu.

"Saya nampak masa depan yang cerah untuk membangunkan Kota Belud sedang berada dalam keadaan cukup bersedia yang kini berada di ambang pembangunan rancak bagi tempoh lima tahun ini," katanya kepada Bernama di sini.

Mengenai prospek pembangunan di Kota Belud yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, Abdul Rahman berkata beliau dan kerajaan negeri mempunyai wawasan yang jelas dalam meneruskan agenda pembangunan di daerah itu.

Katanya antara projek yang sedang dirancang ialah Projek Pusat Sokongan Industri Minyak & Gas di Teluk Usukan, projek Agropolitan Kota Belud-Pitas, projek perumahan rakyat, Kota Belud akan dikenali sebagai Jelapang Padi dan lebuh raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak sepanjang 2,300km yang akan melintasi kawasan Kota Belud.

Abdul Rahman berkata Teluk Usukan bakal muncul sebagai hab logistik baharu di rantau Asia Tenggara menerusi usaha menjadikan kawasan itu sebagai pusat sokongan industri minyak dan gas.

Beliau berkata selain itu, projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Sabah serta Petronas Asian Supply Base berkenaan akan mewujudkan sehingga 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.

Beliau mahu menumpukan usaha untuk meningkatkan penyertaan warga tempatan terutama golongan muda dalam aktiviti perindustrian minyak dan gas di Teluk Usukan.

"Ini akan membantu meningkatkan pendapatan, kemahiran serta kemampuan warga tempatan khususnya golongan muda yang ingin menceburkan diri dalam industri minyak dan gas serta sektor berkaitan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta golongan muda agar bersedia untuk mempelajari dan mengikuti kursus berkaitan agar dapat menyumbang kepada pembangunan sektor itu yang akan berkembang pesat dalam tempoh tiga tahun lagi.

"Apa yang saya risaukan kini ialah tentang kesediaan golongan muda untuk menjadi modal insan kerana tiada guna kita mempunyai projek- projek mega yang sedang berjalan, tetapi siapa yang mendapat manfaat ialah penduduk luar Kota Belud (KB).

Persoalannya sekarang rakyat KB harus bersedia atau tidak kerana industri minyak dan gas secara teknikalnya mengambil kemahiran golongan itu yang harus bersedia sekarang dengan mengambil kursus-kursus berkaitan projek itu," katanya.

Justeru itu, katanya, beliau menerusi Pejabat Parlimen Kota Belud akan bekerjasama rapat dengan Petronas Asian Supply Base untuk mengenal pasti golongan muda yang layak untuk menceburi industri berkaitan itu.

Sebagai menteri bertanggungjawab dalam perumahan, beliau sedang mengenal pasti tapak lokasi sesuai untuk membina lebih banyak projek perumahan rakyat termasuk lebih 500 unit rumah di Sabah termasuk Kota Belud bagi memberi manfaat kepada penduduk berpendapatan sederhana di negeri ini.

"Kementerian akan mempercepatkan pembikinan rumah-rumah mampu milik untuk semua rakyat Malaysia dan kami komited untuk memastikan projek-projek perumahan negara siap dengan jayanya terutama lebih banyak projek perumahan rakyat di negeri ini," katanya.

Mengenai Kota Belud yang akan muncul sebagai satu daripada empat kawasan jelapang padi baharu, beliau berkata perisytiharan jelapang padi di dalam Belanjawan 2013 itu akan meningkatkan sasaran lebih 10 tan metrik pengeluaran hasil padi sehektar yang dijangka dicapai dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini.

Menurutnya perubahan pembangunan yang pesat termasuk soal kemudahan asas dan infrastruktur seperti sekolah, jalan raya, pasar tani baharu dan bekalan air bersih sejak beberapa tahun lepas cukup membuktikan kemampuan Barisan Nasional (BN) dalam membawa perubahan positif kepada rakyat Sabah.

Katanya kerajaan BN akan terus mengeluarkan rakyat daripada kancah kemiskinan dan yang paling utama menentang sebarang usaha yang dibuat oleh parti pembangkang yang hendak menimbulkan huru-hara di negara ini.

"Kami daripada Barisan Nasional menjanjikan lima tahun yang penuh gilang-gemilang kepada penduduk Kota Belud, dan sesungguhnya usaha kami dalam menbawa pembangunan di sini nyata dapat dinilai oleh rakyat sejak empat setengah tahun yang lepas," katanya.

Kota Belud yang terletak kira-kira 70 km dari Kota Kinabalu berada di unjuran kaki Gunung Kinabalu telah dipilih menjadi tuan rumah Pesta Kaamatan tahun ini yang juga menyaksikan pelancaran Projek Pusat Sokongan Industri Minyak & Gas Teluk Usukan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Abdul Rahman, antara menteri baharu yang dilantik di dalam Kabinet Persekutuan, yang membariskan enam menteri dan empat timbalan menteri dari Sabah.

Monday, June 17, 2013

Apa lagi Anwar Ibrahim mahu?

SATU fenomena menarik yang saya amati sejak kebelakangan ini ialah suara-suara ‘lantang’ yang berkumandang dari lubuk pembangkang. Boleh dikatakan saban hari, ada saja yang tidak kena. Apa lagi yang pakatan pembangkang mahu agaknya? Pilihan raya sudah lama berakhir. Kerajaan sudah ditubuhkan, dan Parlimen sudah hampir bersidang.

Tidak sampai seminggu selepas pilihan raya umum lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memulakan ‘kecohnya’. Bermula dengan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, dia kemudiannya merantau ke setiap pelosok negara di bawah sepanduk Black 505, menyuarakan ketidakpuasan hati atas keputusan pilihan raya umum yang tidak memihak kepada pakatan pembangkang.

Anwar menganggap kekalahan pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN), walaupun pembangkang secara keseluruhannya menerima undi popular yang lebih besar, adalah tidak mencerminkan demokrasi sebenar. Dia mendakwa keputusan pilihan raya telah dicuri oleh BN menerusi penipuan dan manipulasi.

Yang terbaru, desakan keras supaya anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, walaupun mereka memikul tugas besar untuk mengkaji semula persempadanan kawasan pilihan raya yang berdasarkan jadual yang ditetapkan mengikut undang-undang.

Bagaimanapun, saya kira semua ini hanyalah smokescreen Anwar untuk menarik perhatian umum daripada hakikat sebenar, bahawa kekalahan pakatan pembangkang adalah disebabkan oleh kelemahan strategi beliau di Sabah. Anwar sebenarnya gagal memahami suasana politik di Sabah dan ini menyumbang kepada kegagalan pakatan memenangi kerusi-kerusi Parlimen penting yang boleh membantu mewujudkan Kerajaan Pusat.

Sebagai contoh, pemimpin PKR Sabah tidak memahami apakah keuntungan strategi Anwar dalam membawa masuk Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, dan membenarkan kedua-duanya mempengaruhi senarai calon pilihan raya di negeri itu. Ini kerana PKR Sabah sudah pun mempunyai senarai calon tersendiri yang sudah lama membanting tulang untuk parti sejak ditubuhkan 15 tahun lalu. Mereka ini diketepikan begitu saja.

Menghadiahkan

Jelas sekali, Anwar terlalu yakin bahawa Sabah boleh membantu ‘menghadiahkan’ kerusi-kerusi Parlimen yang diperlukan, sehingga beliau mengabaikan negeri itu apabila pilihan raya menjelang tiba dan memberi tumpuan hebat kepada kerusi-kerusi panas di Semenanjung. 

Kerana kegagalan percaturan itu, pakatan kehilangan Sabah, dan sekali gus tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Masanya sudah tiba bagi pakatan pembangkang untuk meletakkan pilihan raya sebagai sejarah silam dan merintis jalan untuk membina negara. Dalam konteks ini, biarlah saya menjadi orang pertama yang membuka jalan kerjasama. Sebagai Menteri, saya sendiri sudah menjemput Anwar untuk menamakan pemimpin pakatan untuk bersemuka dan berbincang mengenai isu semasa berhubung kementerian saya. Sehingga kini, pelawaan saya masih tidak berjawab. Saya kira rakyat berhak bertanya, kenapa?

Anwar juga mengembar-gemburkan isu undi popular dalam ucapannya. Jika dikaji, kelebihan undi popular pakatan pembangkang adalah kira-kira 380,000 undi. Bagaimanapun, undi popular itu sebenarnya adalah ihsan DAP kepada Anwar, yang boleh dilihat menerusi kawasan bandar seperti Seputeh yang mencatatkan majoriti 51,000 undi, PJ Utara (45,000), Cheras (37,000), Serdang (42,000), Puchong (32,000) dan Bukit Gelugor (41,000). Jelas sekali, majoriti itu datang dari kawasan DAP.

Seperkara lagi yang perlu diingatkan, ialah mungkin Anwar lupa walaupun secara statistiknya pakatan rakyat memenangi undi popular, tetapi BN menerima sokongan ‘takdir’ yang membantu gagasan itu memenangi PRU-13 baru-baru ini. Pendek kata, takdir dan kuasa Tuhan menentukan segala-galanya.

Oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan
Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Ahli Parlimen Kota Belud

Penduduk Tuaran Bangga Anak Jatinya Dilantik Menteri Kabinet Malaysia

KITA bersyukur akhirnya seorang pemimpin kelahiran Daerah Tuaran serta putera kepada seorang bekas pemimpin terkenal daerah Tuaran telah dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia kali ini. 

Sememangnya perlantikan Datuk Rahman Dahlan ke jawatan sebagai Menteri Kesejatraan bandar dan perumahan dan kerajaan Tempatan pusat, sesuatu yang sangat bertepatan, ini berdasarkan ketokohan pemimpin muda ini, sememangnya beliau seorang pemimpin muda yang dikagumi semua rakyat Tuaran.

Ketokohan beliau serta kewibawaan sememangnya terserah semenjak menjadi MP sejak penggal lalu, justeru itu kita tidak terkejut beliau dilantik ke kabinet kali ini. Oleh itu kita rakyat Tuaran sememangnya rasa berbangga dengan anak jati Tuaran ini mungkin bakal adalah Ketua Menteri Sabah pada masa depan.

Kepada Datuk Rahman Dahlan, diharapkan dengan perlantikan jawatan ini, agar dapat memberi perhatian serius terhadap Majlis Daerah Tuaran yang dipenuhi dengan berbagai isu, termasuk isu PPRT di Seri Rugarding dan Telipok Ria yang terletak di bawah seliaan MDT.

PPRT ini sepatutnya diberikan kepada rakyat yang tiada rumah, akan tetapi MDT telah mengkontrakkan rumah PPRT ini kepada seorang kontraktor kaya dari daerah itu; tanpa balas kasihan kepada penduduk yang sepatutnya layak.

Kita mohon agar Datuk Rahman dapat menyiasat, kerana kita percaya beliau seorang pemimpin yang jujur serta utamakan kepentingan rakyat, serta dilihat seorang yang bersih. 

Kita juga berharap agar Datuk Rahman Dahlan dapat mengawasi MDT ini dalam membelanjakaan semua peruntukan dari kerajaan pusat, ini kerana kita selama ini melihat MDT ini bagaikan 'loose control' dalam menguruskan kewangannya, MDT ini bagaikan syurga kepada beberapa kerat Taukey dan kuncu-kuncu mereka, harap Datuk bertindak segera.

Harapan Rakyat,

PENDUDUK ASLI TUARAN


SELAIN MEMILIKI REPUTASI CEMERLANG DAN BERSIH, DATUK RAHMAN DAHLAN JUGA TERKENAL ANTARA PEMIMPIN BN YANG LANTANG MENJAWAB KRITIKAN-KRITIKAN PANAS PIHAK PEMBANGKANG MELALUI BLOG BELIAU (AHLI PARLIMEN KOTA BELUD). WALAUPUN BUKAN PENDUDUK TUARAN, BULLET JUGA TUMPANG GEMBIRA DENGAN PELANTIKAN TERSEBUT SERTA BEBERAPA PEMIMPIN SABAH KE DALAM KABINET PERSEKUTUAN. 

Wednesday, May 22, 2013

Abdul Rahman Pelawa Pembangkang Sumbang Idea

KANGAR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan Selasa mempelawa pakatan pembangkang menyumbang idea bagi menangani isu berkaitan kementeriannya.

Beliau berkata mereka boleh duduk bersamanya tanpa komitmen rasmi untuk bersama-sama mencari jalan mengatasi isu berbangkit, tanpa perlu berbahas di Parlimen.

"Elakkan Parlimen jadi tempat percakaran. Ada isu yang boleh diselesaikan di luar Parlimen atau peringkat kementerian," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri perasmian bangunan baharu Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, di sini.

Katanya cara itu juga dapat mengurangkan pembaziran masa ketika persidangan Parlimen kerana pembangkang tidak perlu lagi membangkitkan isu yang sudah selesai.

Mengulas isu lain, Abdul Rahman menyarankan JBPM mewujudkan pusat sehenti di setiap balainya dengan tujuan memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa kebakaran khususnya.

Bantuan kemanusiaan yang dimaksudkan ialah membantu mangsa mendapat dokumen penting yang musnah dalam kebakaran dan sebagainya, kata Abdul Rahman.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.


DARIPADA MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG HANYA BERTUJUAN UNTUK MEMUASKAN NAFSU POLITIK ANWAR IBRAHIM, BAIK PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG SAHUT SERUAN DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN SUPAYA MENYUMBANG IDEA BAGI MENANGANI ISU BERKAITAN KEMENTERIAN BELIAU. LEBIH BERBALOI UNTUK SEMUA LAPISAN DAN GOLONGAN MASYARAKAT BERBANDING DENGAN MENGAJAK RAKYAT MEMBUANG MASA MENDENGAR SANDIWARA PEMBOHONGAN ANWAR.

SAMPAI BILA PEMBANGKANG MAHU MEMPERKUDAKAN RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN ANWAR IBRAHIM? SEMUA PERSOALAN DAN KEMUSYKILAN PEMBANGKAN SUDAHPUN TERJAWAB.  SALURAN YANG DISEDIAKAN, TIDAK PULA DIGUNAKAN...

MENGENAI DAKWAT KEKAL; SPR SUDAH TUBUHKAN PASUKAN KHAS UNTUK MENYIASAT KENAPA DAKWAT ITU TIDAK KEKAL. MUNGKIN SELEPAS INI PAKATAN BOLEH CADANGKAN SUPAYA SPR MENGGUNAKAN INAI ATAU TATU SUPAYA TANDA ITU KEKAL UNTUK TEMPOH YANG LAMA. BERANI??

MENGENAI PENGUNDI HANTU; PETUGAS-PETUGAS MEREKA SENDIRI MENG"KANTOI"KAN PAKATAN SELEPAS MEREKA GAGAL MENJEJAKI 40 RIBU PENGUNDI HANTU YANG KONONNYA DITERBANGKAN KE SEMENANJUNG DARI SABAH DAN SARAWAK. BILA PENGUNDI HANTU ITU GAGAL DIKESAN, AKHIRNYA YANG MENJADI MANGSA IALAH RAKYAT TEMPATAN SEPERTI CHUA LAI FATT HANYA KERANA BELIAU BERKULIT GELAP. 

INILAH AKIBATNYA TERLALU TAKSUB MAHU MEMBUKTIKAN KONONNYA BERLAKU PENIPUAN DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-13, AKHIRNYA PEMIMPIN PAKATAN SENDIRI MELUTUT MEMOHON MAAF.

MENGENAI PENGAKUAN SEORANG "PELAKON" TAJAAN PAKATAN RAKYAT, KONONNYA BELIAU BOLEH MENGUNDI DUA KALI, JUGA HANYA PEMBOHONGAN SEMATA-MATA KERANA INDIVIDU ITU SENDIRI MENGAKUI BAHAWA BELIAU TIDAK MENGUNDI UNTUK KALI KEDUA, SEBALIKNYA HANYA MENGAMBIL NOMBOR GILIRAN SEBAGAI BUKTI..

JESTERU, RAKYAT YANG SELAMA INI TERLOPONG MENDENGAR SANDIWARA RAJA DRAMA ANWAR IBRAHIM, HENTIKANLAH MENGAGUNG-AGUNGKAN ORANG INI JIKA MAHU TERUS MENIKMATI KEAMANAN SEPERTI SEBELUMNYA. DAN JIKA PEMBANGKANG BENAR-BENAR MAHU MEMBANGUNKAN NEGARA, BERILAH KERJASAMA DENGAN KERAJAAN BN SEBAGAIMANA YANG DISUARAKAN OLEH DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN.

Monday, May 20, 2013

Abdul Rahman wants more homes to be affordable

Kota Kinabalu: More affordable homes for Malaysians everywhere is among the priorities of Datuk Dahlan, the Minister of the renamed Urban Wellbeing, Housing and Local Government Ministry. 

"Our concern is to see these housing projects take off and completed without any hitches," he said. 

The Ministry is a merger of two previous ministries Housing and Local Government Ministry and the Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry (FT).  Abdul Rahman, who is Kota Belud MP and Sabah Barisan Nasional secretary, said another of his concerns was improving solid waste management nationwide. 

"We need to look into this and work it out with the various states as well as the stakeholders," said Abdul Rahman, adding that he needs to convince certain states of the necessity to collaborate with the Federal Government on this issue. 

He said his Ministry will also be looking into issues of poverty and will be working with related ministries in tackling the problem. Meanwhile, his colleague Energy Minister Datuk Dr Max Ongkili would look at long-term planning for the provision of water and electricity. 

"We will do whatever is necessary to address this matter," Dr Maximus, who is Kota Marudu MP, said. 

Sufficient water supply was among the key concerns in Sabah. He said his Ministry would find ways to work closely with the state government on the matter. He added that his Ministry would also work on long term solutions for Sabah's power supply. 

"This will have to involve the government, private sector and various groups," Dr Maximus said, adding that state officials would brief him about Sabah's power supply next week. 

Meanwhile, Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Joseph Kurup said he was fully prepared to carry out duties assigned to him by the Prime Minister. For the time being, however, the Pensiangan MP said he was drawing up immediate, medium and long-term plans for his remote constituency of less than 100,000 people. 

"We are looking at a plan of action for the next 100 days and over the long-term," he said. 

He also added that the Pensiangan folk want more infrastructure such as roads, clinics and schools.


PARA MENTERI DI KABINET BARU NAJIB SUDAH PUN MERANCANG DAN ADA JUGA YANG SUDAH MULA MELAKSANAKAN MISI MEMBANGUNKAN NEGARA.. DIPIHAK PEMBANGKANG PULA MASIH DENGAN MISI ANWAR IBRAHIM MENYALAK TAK KIRA SIANG MALAM SEMATA-MATA MAHU MENGHASUT RAKYAT SUPAYA MENGGULINGKAN KERAJAAN DENGAN CARA PALING TIDAK BERTAMADUN.. ENTAH APALAH GUNANYA AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG YANG BARU DILANTIK RAKYAT MELALUI PRU13 JIKA KETUA MEREKA MASIH MENGGUNAKAN JALAN RAYA BAGI MELAKSANAKAN TUNTUTAN RAKYAT.......

Monday, April 29, 2013

Kuasa Autonomi Sabah: Pembangkang Bangkitkan Sentimen Kenegerian Hanya Untuk Dapatkan Undi

Memandangkan pembangkang di Sabah semakin ganas memainkan isu autonomi, eloklah kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik dari Utusan Online bertarikh 5 Mac 2012 ini dibangkitkan semula untuk tatapan rakyat Sabah sebelum pemikiran mereka benar-benar diracuni oleh idea populis pembangkang. Walupun kenayataan Datuk Abdul Rahman ini ditujukan khas kepada PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun SAPP dan STAR juga tidak terkecuali memandangkan kedua-dua parti pembangkang tempatan ini juga semakin ganas memainkan isu-isu kenegerian untuk mendapatkan sokongan.....

Janji serta laungan pembangkang untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah sekiranya mereka menawan Putrajaya hanyalah sekadar satu fantasi selain ianya satu tindakan bermain api. Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata taktik berkenaan cukup bahaya kerana ianya menaikkan semangat kenegerian dan akan menyebabkan negeri bersengketa dengan kerajaan persekutuan. 

“Taktik ini pada saya cukup bahaya menaikkan semangat kenegerian, bukan sahaja untuk negeri Sabah, malah kenegerian Kelantan, Sarawak, Johor dan lain-lain, jika diapi-apikan akan menyebabkan negeri tersebut bersengketa dengan kerajaan persekutuan. 

“Itu yang saya tidak suka dengan Anwar…Dia masuk kampung dia katakan kerajaan BN zalim kaum kamu… agama kamu, saya kira itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya kira kalau dia jadi Perdana Menteri nanti, semangat kenegerian akan berkobar-kobar hinggakan beliau sebagai Perdana Menteri pun tidak dapat laksanakan tugas dengan baik,” katanya kepada UMNO-Onlined. 

Rahman seterusnya mempersoalkan apakah bentuk autonomi yang ingin diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Sabah. 

“Anwar ingin berikan autonomi kepada Sabah… dalam bentuk apa?.. sampai sekarang saya masih tercari-cari bentuk apa autonomi ini. Apakah kalau PKR akan bertanding di kerusi yang lebih besar di Sabah, apabila mereka menang apakah beliau tidak akan menentukan siapa Ketua Menteri Sabah?

Katalah pembangkang menang dan katalah PKR mempunyai kerusi yang terbanyak di Sabah, saya nak tanya Anwar apakah beliau tidak akan masuk campur sekalipun untuk menentukan siapa Ketua Menteri di kalangan wakil rakyat PKR? - sedangkan calon PRU13 pun Anwar yang tentukan, inikan pula soal Ketua Menteri??

“Saya nak katakan jangan main lepas sahaja..kalau PKR menang Anwar berjanji tidak akan mempegaruhi siapa Ketua Menteri….Saya kira beliau tidak akan berjanji begitu. Sudah tentu sebagai Ketua Umum kepada PKR dia akan tentukan siapa Ketua Menteri Sabah pada waktu itu,” katanya. 

Dari segi autonomi pula, Rahman seterusnya menambah memang tidak dapat dinafikan Sabah mempunyai autonominya sendiri. 

“Sejarah pembentukan Malaysia ini memang diberikan kelebihan kepada Sabah dan Sarawak dan saya kira pada satu sudut kita juga mempunyai autonomi. Saya kira orang tidak sedar. 

“Sebab itu saya katakan baru-baru ini, kalau Ketua Menteri Sabah hari ini melarang Perdana Menteri untuk turun dari kapal terbangnya menjejakkan kaki di bumi ini, beliau mempunyai kuasa untuk menahan Datuk Seri Najib supaya tidak masuk Sabah

Undang-undang imigresen kita ialah sesiapa pun yang datang daripada luar, hak adalah terletak ditangan Ketua Menteri Sabah. Pada saya itu autonomi yang cukup besar. Kalau kita boleh mempunyai kuasa untuk tahan PM, itu adalah satu autonomi yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya. 

Beliau seterusnya memberikaan contoh lain dari segi percukaian, sistem kabinet yang tersendiri serta pelbagai aspek lain. 

Dari segi percukaian pula kita mempunyai percukaian yang kita ambil eksais, duti dan sebagainya. Ini adalah kelebihan-kelebihan pungutan cukai yang diberikan kepada Sabah yang tidak ada pada negeri lain. 

“Seterusnya kita mempunyai sistem kabinet berbanding dengan kawan-kawan kita di Semenanjung yang mempunyai jawatankuasa mesyuarat (Exco).. Sabah dan Sarawak oleh kerana kita bentuk Malaysia bersama kita kekalkan sistem kabinet. Sebab itu kita ada Menteri. Di semenanjung tidak ada menteri di negeri-negeri walaupun di Melaka walaupun adanya Ketua Menteri, di bawahnya itu adalah Exco

“Hanya Sabah dan Sarawak yang ada menteri…jadi itu pun autonomi, jadi saya tidak tahu autonomi jenis apa yang diminta. Saya takut rakyat terkeliru dan mungkin mengingatkan autonomi ini adalah satu entiti yang luar daripada Malaysia. Itu yang saya takut dan saya tidak akan berdiam diri dan saya kira itu satu cadangan yang merbahaya kerana itu akan merubah landskap Malaysia itu sendiri,” katanya. 

Rahman seterusnya membidas Anwar yang hingga ke hari ini tidak menjelaskan apakah dia autonomi yang dikatakan itu. 

“Di Parlimen pun saya tanya jenis autonomi apa dia.. Apakah jika beliau ditakdirkan sebagai PM tidak diambil peduli langsung isu-isu politik Sabah di bawah PKR…impossible..sesuatu yang mustahil,” ujarnya. 

Rahman seterusnya mengulas isu Borneonisasi yang diperkatakan oleh sesetengah pihak yang mana bagi beliau telah berjalan dengan baik. 

“Isu ini sedang berjalan dan kita telahpun mendapati bahawa rakyat Sabah telah dilantik untuk jawatan-jawaan tertentu seperti jabatan persekutuan yang saya anggap paling penting. 

Kita ada rakyat Sabah yang memegang jawatan penting di jabatan imigresen, pendidikan, pendaftaran, Naib Canselor UMS orang Sabah, Ketua Pengarah Kesihatan orang Sabah, Audit, Pegawai Kewangan Persekutuan, Pengarah jabatan Pembangunan Sabah pun orang Sabah…ini tidak masuk lagi GLC… 

“Itu sudah borneonisasi…sudah berlaku.. Tidak patut rakyat Sabah memegang semua jawatan seolah-olah kita tidak mahu orang lain masuk ke dalam Sabah untuk memegang jawatan yang lain. Pada saya itu tidak betul. Kalau kita tolak orang luar untuk jadi sebahagian daripada kakitangan di Sabah ini, orang Sabah juga tidak boleh pergi semenanjung. 

“Maka kita tidak dapat merealisasikan integrasi nasional. Asalkan jabatan teras ini dipegang oleh orang Sabah, saya gembira. Yang lain-lain itu tak apalah…ini sedang berlaku. Jadi tidak ada sebab untuk rakyat Sabah ingin atau dipengaruhi oleh hujah Anwar ini. Mungkin beliau tidak tahu kebanyakannya sudah diberi kepada rakyat Sabah,” katanya.

Sunday, April 28, 2013

PKR Ranap di Kota Belud

KOTA BELUD: Calon Barisan Nasional DUN Kadamaian, Datuk Herbert Timbon Lagadan menyifatkan tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Belud Saidil Simoi keluar daripada parti itu dan menyertai BN petanda jelas bahawa pembangkang ‘tetap ranap’ pada 5 Mei ini. 

Katanya, tindakan mantan ketua cabang PKR Kota Belud itu bersama beberapa ahli majlis pemimpin tertinggi PKR Sabah diterjemahkan bahawa mereka adalah bijak berpolitik tahu siapa pemimpin negara yang layak menjadi Perdana Menteri dan mana parti yang boleh menang pada PRU13. 

“Tindakan mereka itu patut diikuti oleh pembangkang lain di negeri ini khususnya di DUN Kadamaian dan amnya di Kota Belud supaya penyokong tegar pembangkang itu tidak akan menyesal di kemudian hari. 

“Sesal dahulu pendapatan seperti yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR itu, tetapi sesal kemudian sesudah BN bentuk kerajaan baharu, kemudian anda baru cuba ketuk pintu ‘kapal Noh’ (BN) yang sedang belayar menuju kegemilangannya anda akan hampa untuk selama- lamanya,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika bersama calon BN Parlimen Kota Belud, berkempen di Pusat Daerah Mengundi Kampung Tugusan dan Kampung Koung, dekat sini, pada Jumaat. 

Herbert yang juga Pembantu Menteri Pembangunan dan Hal Ehwal Pengguna berkata, masyarakat Kadamaian berhak melakukan penyelidikan secara terbuka dan bebas keatas usaha saya dan, peruntukan Parlimen Datuk Rahman Dahlan yang disalurkan kepada Kadamaian selama lima tahun lalu yang semuanya dinafikan oleh pembangkang 

Herbert menjelaskan, Kadamaian mempunyai 84 buah perkampungan juga mempunyai bentuk bumi yang luas berbanding DUN lain, sehingga peruntukan Parlimen berjumlah lebih daripada RM1 bilion itu tidak kelihatan kerana diagih-agihkan kepada tiga kawasan DUN

Sementara itu, calon BN Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan, menyatakan terima kasihnya kepada masyarkat Kota Belud yang telah menyokongnya sebagai Anggota Parlimen sehingga membolehkan beliau membawa peruntukan kerajaan Persekutuan lebih daripada RM1 bilion hanya dalam tempoh lima tahun, tidak termasuk peruntukan secara kecil-kecilan

Katanya, projek mega seperti Jelapang Padi, Agropolitan, pembinaan beberapa loji air dan paip, infrasturktur dan prasarana seperti beberapa bangunan sekolah kebangsaan dan menengah di daerah ini adalah sebahagian daripada agihan peruntukan tersebut. 

Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah menyifatkan Manifesto Barisan Nasional PRU13 dengan berinti patikan 17 Aku Janji yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu menjanjikan masa hadapan rakyat Sabah yang lebih terjamin bagi tempoh lima tahun akan datang lagi. 

Sebagai contoh, katanya, sejauh 2,500km jalan raya berturap akan dibina di Sabah dan yakin pembinaan infrastruktur di Kota Belud juga termasuk dalam senarai khususnya di kawasan Kadamaian

“Manifesto BN itu, sebagai satu perjanjian antara BN dengan rakyat Sabah yang akan membawa lebih banyak kebahagian, nikmat pembangunan dan kemajuan dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya Barisan Nasional diberi mandat menarajui kerajaan pada 5 Mei ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Rahman kagum dengan kepimpinan Presiden PBS yang juga Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bersama Presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup yang telah menyatukan pemimpin agung KDM menerusi Gelombang Tataba. 

Sebagai rakyat Malaysia yang mengutamakan perpaduan, KDM perlu dipuji kerana telah menjadi satu contoh kepada etnik lain di Malaysia, telah bersatu dalam Gelombang Tataba

“Ini bermakna masyarkat KDM terfikir mereka tidak perlu menunggu bangsa lain untuk menyatukan bangsa mereka kerana apabila etnik itu berpecah dalam Barisan Nasional maknanya “Tataba” yang dibentuk khusus masyarkat itu akan diberalih kepada bangsa lain,” jelasnya.

Monday, April 8, 2013

Manifesto 2013 Barisan Nasional TERBAIK dalam Sejarah

Perdana Menteri telah pun melancarkan Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihanraya Umum ke 13 pada Sabtu lalu yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’. Ianya disambut baik oleh semua golongan dan lapisan masyarakat sekaligus menidakkan manifesto pembangkang yang semakin menjadi bahan jenaka selepas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menyifatkan manifesto pilihanraya mereka adalah "BUKAN JANJI".

Berlainan dengan kerajaan Barisan Nasional, setiap janji manifesto yang dibentangkan pasti bertepatan atau selari dengan slogan yang dilaungkan. Tidak pernah terlintas difikiran pemimpin-pemimpin kerajaan BN untuk mendifinisikan manifesto itu sebagai BUKAN JANJI. Pada tahun 1995, manifesto BN berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien. 1999 pula berbunyi Malaysia Bebas, Sepadu dan Maju, 2004 - Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan 2008 – Selamat, Aman dan Makmur. Kesemuanya dirangka sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. 

Walaubagaimanapun, manifesto 2013 ini diangkat sebagai yang terbaik dalam sejarah oleh sesetengah pemerhati politik kerana sifatnya yang lengkap, padat dan yang paling penting, berasaskan senario kehidupan sebenar rakyat serta perkembangan dunia. Malah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman turut mengakui bahawa manifesto akujanji Barisan Nasional (BN) yang dibentang Perdana Menteri sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kali ini sebagai hebat dan terbaik kepada seluruh lapisan rakyat.

Manifesto BN kali ini bukan sahaja berpijak di bumi nyata atau realistik menurut Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, namun di masa yang sama memberi keyakinan dan keazaman kepada rakyat untuk sama-sama berdiri di belakang BN dalam usaha kita membina sebuah negara yang lebih baik. Inti pati manifesto tersebut merupakan usaha dan janji kepada rakyat di mana ia akan dijalankan sebagai tanda terima kasih daripada parti Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.

Jom layan apa kata pemimpin Sabah mengenai manifesto BN yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak:

Manifesto BN hebat dan terbaik kepada rakyat jelata: Musa Aman

TAWAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman menyifatkan manifesto akujanji Barisan Nasional (BN) yang dibentang Perdana Menteri sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kali ini sebagai hebat dan terbaik kepada seluruh lapisan rakyat. 

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, seluruh lapisan rakyat tidak kira berada di bandar atau di luar bandar, orang muda atau lama mahupun golongan wanita semuanya mendapat manfaat daripada akujanji itu. 

“Satu manifesto yang tepat, lengkap kepada kita semua. Saya percaya ini yang dikehendaki rakyat yang mana mengambil kira semua lapisan dan semua sektor dan rakyat menyambut baik manifesto ini,’’ katanya. 

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Roadshow Yayasan Sabah (YS) Bersama Rakyat-Program Transformasi Kumpulan YS peringkat Zon Pantai Timur Selatan di Dewan Masyarakat di sini. 

Katanya, melalui akujanji itu rakyat akan lebih bersemangat dan kukuh serta kuat menyokong BN bagi meneruskan perjuangan kerana BN sentiasa menepati janji yang dilakukan. 

“Saya minta kepada rakyat untuk menyokong BN, pemimpin dan parti-parti komponen BN bagi meneruskan perjuangan kita kerana rakyat tetap terbela dalam kerajaan BN dan hidup dalam keadaan aman dan damai,’’ katanya. - New Sabah Times

Manifesto BN berlandaskan bumi nyata: Abdul Rahman

KOTA BELUD: Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan manifesto BN yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu adalah sebuah manifesto yang berlandaskan pada bumi yang nyata. 

Katanya, inti pati manifesto tersebut merupakan usaha dan janji kepada rakyat di mana ia akan dijalankan sebagai tanda terima kasih daripada parti Barisan Nasional (BN) kepada rakyat. 

“Manifesto berkenaan ada menyebut mengenai peluang pekerjaan untuk golongan muda pada masa kini selain pertambahan nilai pada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan penurunan harga kenderaan nasional.” 

“Seiring dengan itu, sebagai salah satu usaha untuk melaksanakannya saya akan memohon pembinaan sebuah Pusat Sokongan Minyak dan Gas di Kota Belud yang akan membuka peluang pekerjaan sebanyak 1200 bagi membantu golongan muda di sini untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya semasa merasmikan Majlis Perasmian Karnival Mini Koperasi Peringkat Parlimen Kota Belud, di sini, kelmarin (hari ini).  - New Sabah Times

Manifesto BN bertepatan aspirasi rakyat: Liew Vui Keong

SANDAKAN: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada malam Sabtu lepas sesungguhnya amat bertepatan dengan aspirasi rakyat. 

Ini katanya, keperluan dan kebajikan rakyat akan dapat ditunaikan kerana Mohd Najib adalah merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap apa jua keperluan tanpa mengira latar belakang. 

Menurutnya, manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bertemakan ‘1Malaysia, Janji Ditepati Membawa Harapan’ itu juga dilihat begitu signifikan dalam terus membantu golongan sasar. 

“Selain itu, ia juga dilihat akan meningkatkan lagi pelbagai prasarana dan kemudahan untuk rakyat,” jelasnya semasa berucap pada Program Perjumpaan Bersama Wargatua Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat, Parlimen Sandakan di Balairaya Rumah Murah Sim-Sim, di sini, kelmarin. 

Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Sandakan, Datuk Awang Sham Haji Amit dan Ketua Kampung, Kampung Melayu Bumiputera Sim-Sim, Haji Kahar Arbain. 

Liew berkata, antara manifesto itu penambahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan. - New Sabah Times

Sunday, March 3, 2013

Pencerobohan Lahad Datu: ketepikan agenda politik

Kita juga melihat pemimpin-pemimpin pembangkang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka. Dalam masa pihak keselamatan memerlukan sokongan dan doa rakyat Malaysia dalam menangani insiden pencerobohan ini, pemimpin-pemimpin pembangkang seolah-olah berpesta dengan kritikan dan tuduhan liar mereka. Mereka menghina pasukan keselamatan kita, menuduh kononnya insiden ini diatur oleh pihak Barisan Nasional. Rupa-rupanya, kepentingan politik yang sempit masih menguasai tindakan mereka walaupun keadaan semasa menuntut untuk mereka mengorbankan tabiat buruk ini. - APKB

Bullet amat tertarik dan bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai insiden pencerobohan ini. Tidak ada gunanya jika pembangkang berjaya merampas kuasa pada pilihanraya umum nanti sekiranya negara ini masih belum pulih dari ancaman pihak luar. Belumpun memerintah, namun pemimpin-pemimpin pembangkang sudahpun menunjukkan sikap tidak profesional mereka dalam menghadapi situasi seperti ini. Seolah-olah agenda memperjuangkan impian Anwar Ibrahim untuk menduduki kerusi empuk Perdana Menteri lebih penting daripada memperjuangkan agenda keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

Sedihnya, pemimpin-pemimpin pembangkang masa kini tidak sanggup berkorban seperti pemimpin-pemimpin pembangkang terdahulu. Sekarang mereka lebih berminat berpolitik sepanjang masa. Kalau pada tahun 60an mereka meletakkan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan keselamatan dalam menangani ancaman luar, sekarang ini pemimpin-pemimpin pembangkang dan penyokong-penyokong tegar mereka sudah tidak ada pertimbangan dan sanggup mengkritik, memperkecil, menghina dan memberi gambaran seolah-olah pasukan keselamatan kita tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Malah ada yang sanggup menuduh insiden tembak menembak itu hanyalah sandiwara pihak Barisan Nasional. - APKB

Kalaupun pembangkang mahu meraih undi, mereka sepatutnya boleh menggunakan kesempatan insiden pencerobohan ini dengan melakukan tindakan-tindakan yang menjurus kepada penyelesaian, bukannya mengambil jalan mudah dengan membuat tuduhan kepada kerajaan BN dan menghina pasukan keselamatan negara. Tidak cukup lagikah penghinaan yang dilemparkan pembangkang kepada pasukan keselamatan negara setiap kali demonstrasi jalanan mereka mendapat tentangan?? hinggakan ketika pasukan keselamatan berkorban nyawa mempertahan negara pun, mulut-mulut pembangkang masih tidak henti-henti membuat tuduhan dan penghinaan..

Memandangkan pembangkang hari ini seolah-olah mendabik dada kononnya mereka lebih cekap dalam menjaga sempadan negara, eloklah jika kerajaan menghantar mereka ke Kampung Tanduo atau mengarahkan mereka menjaga sempadan perairan di pantai Timur Sabah. Sanggupkah mereka? Sedangkan ketika demonstrasi jalanan pun, jarang sekali pemimpin-pemimpin pembangkang berada di barisan hadapan, inikan pula dalam peperangan mempertahankan negara??

Betullah kata Datuk Rahman Dahlan bahawa pembangkang hari ini lebih pentingkan agenda politik berbanding dengan mempertahankan kedaulatan negara. Dan betul jugalah jangkaan Bullet selama ini bahawa pembangkang hari ini sudah tersasar dari agenda perjuangan sebenar mereka. Jesteru, dengan terdedahnya wajah sebenar pembangkang, masih terujakah rakyat mendengar kempen politik mereka??

Mengenai penglibatan pembangkang dalam pencerobohan di Sabah, Bullet cuba untuk tidak mengulas isu tersebut walaupun media antarabangsa ada mengaitkan insiden ini dengan pemimpin pembangkang. Kita serahkan saja persoalan itu untuk dijawab melalui jawatankuasa siasatan khas yang baru ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia dan Filipina.

Buat masa ini, biarlah anggota keselamatan kita melakukan tugas mereka. Mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan untuk menangani masalah ini berbanding dengan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan Tian Chua. Dan Bullet nasihatkan supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan laporan-laporan media yang lebih berbentuk spekulasi berbanding dengan fakta. Hanya satu perkara yang perlu kita lakukan ialah mendoakan keselamatan negara dan juga para pejuang kita di pantai timur Sabah.

Saturday, March 2, 2013

Lahad Datu: Pembangkang dulu sanggup berkorban, sekarang...?

Kejadian tembak menembak di antara pasukan keselamatan kita dan penceroboh asing di Kampung Tanduo, Lahad Datu memberi kita ingatan bahawa mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara ada kalanya memerlukan pengorbanan. 

Pengorbanan ini bukan saja dituntut dari anggota-anggota keselamatan kita (yang sememangnya pun bersedia untuk mati demi negara), tetapi juga dari setiap rakyat Malaysia. 

Pengorbanan yang dituntut dari orang awam ini bukannya pengorbanan nyawa. Apa yang dituntut ialah mengorbankan sikap suka menuduh dan menyalahkan pihak lain, memperkecilkan kemampuan pihak keselamatan, mengesyaki dan memandang sinis setiap tindakan pihak keselamatan dan menyebarkan berita palsu. 

Malangnya ini tidak berlaku. Sepanjang insiden ini berlaku, saya amati ramai di antara kita yang menggunakan laman web, Facebook, Twitter, SMS dan blog untuk memberi pandangan yang tidak berasaskan fakta yang sahih. Tanpa mereka sedari, sebenarnya mereka menyumbang kepada kekeliruan dan peningkatan rasa gelisah dan panik di kalangan rakyat. 

Kita juga melihat pemimpin-pemimpin pembangkang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka. Dalam masa pihak keselamatan memerlukan sokongan dan doa rakyat Malaysia dalam menangani insiden pencerobohan ini, pemimpin-pemimpin pembangkang seolah-olah berpesta dengan kritikan dan tuduhan liar mereka. Mereka menghina pasukan keselamatan kita, menuduh kononnya insiden ini diatur oleh pihak Barisan Nasional. Rupa-rupanya, kepentingan politik yang sempit masih menguasai tindakan mereka walaupun keadaan semasa menuntut untuk mereka mengorbankan tabiat buruk ini. 

Saya teringat dua insiden sebelum ini yang membabitkan dua percubaan untuk menjayakan tuntutan pihak luar terhadap Sabah. Insiden pertama ialah rancangan untuk menawan Sabah oleh sekumpulan militant rakyat Filipina yang dilatih di Pulau Carregidor, Filipina pada tahun 1967 dan yang keduanya ialah insiden deklarasi Dewan Perwakilan Filipina bahawa Sabah adalah hak negara Filipina pada tahun 1968. 

Apabila perkara ini diketahui oleh Malaysia, kesemua pemimpin-pemimpin tertinggi pembangkang pada waktu itu membuat keputusan untuk mengenepikan kepentingan politik dan berdiri di belakang dan menyokong kerajaan dan pasukan keselamatan dalam apa jua keputusan yang diambil untuk mempertahankan kedaulatan negara. 

Mereka mahu menunjukkan kepada pihak yang menceroboh dan anasir-anasir luar negara yang menjadi dalang pencerobohan tersebut, bahawa rakyat Malaysia bersatu suara dan hati menentang mereka. Nama-nama besar pemimpin pembangkang seperti Dr Tan Chee Khoon (Ketua Pembangkang), D.R. Seenivasagam, Ong Kee Hui, Dato Mohd Asri Hj Muda dan C.V. Devan Nair memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan dan pasukan keselamatan. 

Sedihnya, pemimpin-pemimpin pembangkang masa kini tidak sanggup berkorban seperti pemimpin-pemimpin pembangkang terdahulu. 

Sekarang mereka lebih berminat berpolitik sepanjang masa. Kalau pada tahun 60an mereka meletakkan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan keselamatan dalam menangani ancaman luar, sekarang ini pemimpin-pemimpin pembangkang dan penyokong-penyokong tegar mereka sudah tidak ada pertimbangan dan sanggup mengkritik, memperkecil, menghina dan memberi gambaran seolah-olah pasukan keselamatan kita tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Malah ada yang sanggup menuduh insiden tembak menembak itu hanyalah sandiwara pihak Barisan Nasional. 

Saya berharap agar pihak pembangkang hentikan usaha untuk memperlekehkan pihak berkuasa kita. Tuduhan kepada pihak polis kononnya mereka tidak serius menangani isu ini adalah tuduhan yang melulu. 

Saya maklum ramai orang yang keliru kerana maklumat yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai isu ini agak terhad. Tetapi pihak polis mempunyai alasannya tersendiri samada mengambil strategi memberi masa kepada penceroboh untuk menyelesaikan isu ini melalui rundingan atau menyerang kedudukan penceroboh di kampung Tanduo. Mereka juga tahu banyak dimensi lain mengenai isu ini yang tidak dapat dihebahkan kepada orang ramai termasuk rundingan dan strategi mereka. Sudah tentu semua ini tidak mungkin dapat dihebahkan secara sewenang-wenangnya dalam Twitter dan Facebook. 

Pada saya, sejarah kecemerlangan pihak polis selama lebih 200 tahun menangani ancaman kepada negara dari zaman penjajahan kepada ancaman komunis, konfrontasi Indonesia, tuntutan Filipina, rusuhan kaum dan extremis agama, memberikan saya keselesaan untuk membiarkan mereka menangani isu ini dengan cara mereka. 

Hakikatnya apabila kita membicarakan soal keselamatan negara, pihak polislah yang mempunyai kelayakan untuk menimbangnya dan bukannya Tian Chua ataupun Lim Kit Siang. 

Nota: Ini link perbahasan parlimen pada 15hb Oktober 1968 di mana pemimpin-pemimpin pembangkang menyokong kerajaan dalam tuntutan Filipina terhadap Sabah. - Ahli Parlimen Kota Belud

Sunday, January 20, 2013

Pakatan Pembangkang tidak faham industri Petroleum

KOTA KINABALU, 18 Jan (Bernama) -- Seorang tokoh akademik berkata sebarang cadangan mengenai kenaikan royalti minyak kepada Sabah harus diukur secara realistik, bukan dengan janji palsu.

Pensyarah Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Asmady Idris percaya kerajaan Barisan Nasional mempunyai formula terbaik untuk menambahbaik sasaran peratus royalti minyak negeri.

"Pihak pembangkang meletakkan sasaran peratus kenaikan royalti minyak sewenang-wenangnya tetapi rakyat bijak mengukurnya secara realistik," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha BN Negeri, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengingatkan rakyat bahawa janji pembangkang untuk menaikkan 15 peratus royalti minyak kepada Sabah akan akhirnya menjejaskan kewangan Petronas dan boleh membawa kepada muflis.

Abdul Rahman menegaskan bahawa berdasarkan formula semasa, bagi setiap RM100 hasil yang diraih daripada minyak Sabah, lima peratus akan ke tabung negeri manakala lima peratus lagi kepada tabung Persekutuan.

Kira-kira 45 peratus masuk ke dalam kos penemuan dan baki 45 peratus kepada keuntungan kasar usaha sama. Akhirnya, keuntungan Petronas, selepas mengasingkan hasil dengan yang lain dan selepas membayar cukai, hanya kira-kira 16.74 peratus, katanya dalam laporan akhbar baru-baru ini.

Dr Asmady berkata penambahan peratusan ke atas royalti minyak kepada Sabah bukan menjadi ukuran, sebaliknya penilaian rapi keperluan semasa dan pemantauan bekalan minyak itu kepada perkembangan sektor ekonomi negeri Sabah.

Beliau berpendapat bahawa cadangan pembangkang menaikkan 15 peratus royalti minyak kepada Sabah hanya sebagai bahan kempen pilihan raya dengan menjanjikan sesuatu yang belum pasti dapat ditunaikan.

Dalam musim menghadapi pilihan raya, pihak pembangkang boleh berkata apa sahaja sebagai landasan mencapai hasrat mereka tetapi pada akhirnya tiada apa-apa (berlaku), katanya.

Dr Asmady berkata kerajaan hari ini cukup bijak menangani isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk soal royalti minyak selain prihatin memikirkan kebaikan rakyat dan membangunkan ekonomi negeri ini ke tahap lebih baik, katanya.

Beliau mencadangkan semua pihak duduk berbincang termasuk Petronas, kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan bagi mengenal pasti segala faktor berkaitan, termasuk pemantauan domestik kepada prestasi eksport dan import semasa.

Sementara itu, bekas ahli akademik Program Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial UMS Prof Madya Dr P. Balakrishnan pula berkata sebarang perubahan ke atas penambahbaikan peratusan royalti minyak harus dibincang secara rapi demi manfaat rakyat.

"Penambahbaikan untuk naik royalti minyak kalau memberi kebaikan kepada rakyat boleh diambil kira," katanya.

Balakrishnan yang kini pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata Petronas perlu membuka lebih peluang ke atas pelaburan dalam pelbagai sektor bagi membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Janji 20 Peratus Royalti Minyak Bukti Pakatan Pembangkang Tak Faham Industri Petroleum

TAWAU, 19 Jan (Bernama) -- Janji menaikkan royalti minyak antara 15 hingga 20 peratus kepada Sabah yang ditabur pakatan pembangkang sekiranya mereka memerintah menunjukkan pembangkang tidak memahami selok-belok industri petroleum.

Sambil menyifatkan ia sebagai janji bohong, Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata sebagai jurutera yang pernah berkerja dengan syarikat petroleum antarabangsa, beliau mengetahui bahawa industri petroleum berisiko tinggi dan memerlukan modal pelaburan yang amat besar.

"Setiap hasil daripada 100 tong minyak Sabah yang dikeluarkan, lima peratus pergi kepada negeri Sabah dan lima peratus lagi kepada kerajaan persekutuan. Sebanyak 45 peratus untuk mencari gali minyak dan 45 peratus lagi adalah keuntungan (kasar) yang dikongsi Petronas dengan rakan syarikat cari gali seperti Shell dan Esso.

"(Selepas pembahagian hasil dan membayar cukai) Hasil yang diperoleh Petronas kira-kira 16 peratus. Sekiranya (royalti Sabah) diberi lagi 10 peratus, Petronas akan tutup," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan Elaun Sara Hidup kepada 504 nelayan Tawau di sini hari ini.

Tawfiq berkata sebagai sebuah daripada syarikat petroleum terbaik di dunia, Petronas perlu terus kukuh kerana ia amat penting kepada Malaysia untuk masa depan negara.

Saturday, December 29, 2012

Parti tidak pernah berdiam diri jawab pembohongan pembangkang

Datuk Abdul Rahman Dahlan
SANDAKAN: Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata parti tidak pernah berdiam diri dalam menjawab segala pembohongan pembangkang malahan sentiasa turun padang untuk memberi penjelasan yang lebih konkrit terhadap setiap isu cuba mereka putarbelitkan.

Menurut beliau, usaha ini bagi memastikan rakyat terutamanya di peringkat akar umbi tidak tertipu memandangkan dakyah dan tohmahan yang dilemparkan adalah tidak berasas sama sekali.

Ini katanya, pembangkang masuk kawasan untuk berkempen dengan mengutarakan sesuatu isu yang berbeza-beza dan lebih malang lagi mereka memutar belitkan fakta seolah-olah kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

“Banyak contoh yang kita boleh buktikan di mana pembangkang cuba mengelirukan rakyat dengan melempar pelbagai tuduhan tanpa usul periksa. Seperti isu 20 Perkara dan isu Borneosasi yang dibangkitkan pembangkang.

“Kita kena jawab balik kerana kalau tidak takut nanti rakyat keliru. Pembangkang ini tahu cakap saja … oleh sebab itulah, kita dalam Umno bersama-sama dengan rakan komponen BN yang lain sentiasa turun padang bagi memberi penjelasan tepat supaya rakyat tidak terpengaruh.

“Apa yang kita bimbangkan ialah masa depan rakyat di negara ini amnya Sabah apabila tertipu dengan segala pembohongan pembangkang itu,” jelasnya sewaktu berucap pada Majlis Ceramah Isu Semasa Fakta Benar anjuran Umno Bahagian Sandakan di Kelab Rekreasi Indah Jaya, Batu 4, Jalan Utara, di sini, malam Rabu.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Au Kam Wah; Ketua Parti Liberal Demokratik (LDP) Karamunting, Lim Kai Ming; Ketua Wanita Gerakan Sabah, Lili Au; Setiausaha Umno Sandakan, Haji Hamdan Dikong; Ketua Penerangan, Abdul Hamid Sabal dan Ketua Puteri, Siti Haiba Majid.

Sehubungan dengan itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud meminta rakan-rakan komponen BN di seluruh negeri ini mempergiatkan usaha memperkukuhkan jentera parti bagi memastikan kekuatan khususnya peringkat akar umbi tidak mudah digugat.

Tambahnya, pembangkang akan menggunakan bermacam bentuk cara untuk menggugat termasuk dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas semata-mata demi mempengaruhi rakyat.

Katanya, rakyat tidak perlu terpengaruh dengan apa jua tuduhan pembangkang kerana sudah terbukti ia hanya gimik politik kerana dilakukan tanpa usul periksa sedangkan BN terus bekerja keras membela nasib rakyat.

“Kita akan perbetulkan segala pembohongan pembangkang ini melalui usaha yang dilaksanakan jentera Penerangan di mana pendekatan itu digerakkan bersama rakan-rakan komponen BN dalam usaha menangkis dakwaan pembangkang.

“Majlis ceramah pada malam ini amat penting yang membolehkan pimpinan BN dapat memberi penjelasan kepada setiap pemimpin BN khususnya di peringkat akar umbi berhubung sikap pembangkang yang suka mengadu domba … padahal kerajaan hari ini benar-benar melaksanakan tanggungjawab bukan seperti diperkatakan.

“Sebenarnya, pembangkang silap. Jangan beranggapan bahawa mereka mampu mempengaruhi rakyat … rakyat kini sudah matang dan tidak semudah untuk diperkotak-katikkan. Saya yakin usaha-usaha ini mampu memperkukuhkan lagi kekuatan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti,” kata beliau.

Tuesday, November 27, 2012

Surat ICAC bukti Musa Aman tidak bersalah

Penguatkuasa anti-rasuah Hong Kong menulis secara peribadi kepada Datuk Musa Aman pada Disember lepas untuk memaklumkan Ketua Menteri Sabah itu bahawa beliau tidak lagi disiasat untuk tuduhan rasuah RM40 juta — sumbangan kepada Umno negeri tersebut, menurut surat yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.

Dalam surat pada 22 Disember 2012, Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) menjelaskan kepada ketua menteri itu mereka memulakan siasatan selepas menerima aduan terhadapnya, sambil menambah bahawa ini dikehendaki oleh undang-undang Hong Kong berkenaan dengan rasuah.

Tetapi agensi itu berkata bahawa selepas melengkapkan siasatan dan memfailkan laporan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi (ORC), kedua-dua jawatankuasa dan Pesuruhjaya ICAC bersetuju untuk tidak meneruskan lagi penyiasatan “di atas asas fakta sudah diketahui”.

Surat, yang menggunakan kepala surat ICAC, ditandatangani oleh Ketua penyiasat Tso Wai-Yan dan ditujukan kepada Musa di alamatkan ke pejabat beliau di Kota Kinabalu. Tiada individu lain diberi salinan dokumen itu.

Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan menunjukkan kepada The Malaysian Insider gambar surat tersebut daripada iPad, sambil berkata satu halaman surat-menyurat boleh mempertahankan Musa dan Umno terhadap dakwaan daripada pemimpin pembangkang mengenai skandal tersebut menjelang pilihan raya akan datang.

Pemimpin Umno negeri dijangka menghadapi persoalan di perhimpunan agung Umno mulai esok, walaupun mengeluarkan penafian pada hujung minggu.

Abdul Rahman menegaskan bahawa surat itu adalah peribadi dan sulit kerana ianya hanya ditujukan kepada Musa, menunjukkan bahawa agensi telah bertindak secara bebas tanpa sebarang gangguan dari pihak luar.

“ICAC profesional. Tiada seorang pun diberikan salinan surat tersebut. Mereka menghormati hak tertuduh untuk kerahsiaan,” Abdul Rahman (gambar kanan) memberitahu The Malaysian Insider.

Ahli parlimen Kota Belud pada mulanya berjanji untuk mendedahkan surat pada sidang akhbar Khamis lepas tetapi berkata bahawa nasihat daripada peguam, salinan fizikal dokumen akan disimpan buat masa sekarang dan digunakan sebagai “senjata” Umno Sabah untuk membuktikan Musa tidak bersalah.

Beliau berkata, Ketua Menteri dan Umno Sabah sedang memikirkan tindakan undang-undang terhadap pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, yang kembali minggu lepas dari misi dua hari di Hong Kong untuk menggali maklumat mengenai kes Musa.

“Saya berjanji untuk mendedahkan surat ini tetapi selepas membincangkan perkara itu dengan peguam bagi Ketua Menteri dan Umno Sabah, mereka menasihatkan saya supaya tidak mendedahkan ia kerana akan digunakan jika ada tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

“Ia memang satu pilihan. Rafizi melanggar beberapa undang-undang,” kata Abdul Rahman.

Sebagai contoh, ahli parlimen Sabah itu berkata bahawa selain daripada fitnah, Rafizi melanggar seksyen 29 (4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang melindungi identiti seorang tertuduh.

Seksyen tersebut menyatakan laporan yang dibuat terhadap suruhanjaya tersebut, “hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai-pegawai Suruhanjaya dan Pendakwa Raya sehinggalah orang yang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan dibawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu melainkan dengan persetujuan Pendakwa Raya atau pegawai berpangkat Pesuruhjaya keatas.”

Rafizi melobi ICAC untuk membuka semula siasatan RM40 juta terhadap Musa, mendakwa kemungkinan berlaku konspirasi oleh SPRM dan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) di sini untuk menangguhkan perkara itu kerana takut memberi kesan pada pilihan raya akan datang.

Sumber: The Malaysian Insider