Showing posts with label Perhimpunan. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Siapa Dalang Perarakan Haram Membantah Keputusan Pilihanraya di Sabah?

KOTA KINABALU: Satu kumpulan dianggotai 50 orang yang mahu dikenali sebagai ‘The Silent Walk’ telah melakukan perarakan sejauh 5 kilometer dari bangunan pusat beli belah Suria Sabah sebagai simbolik protes kepada sistem kelangsungan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Kumpulan terbabit dipercayai melakukan perarakan menuju ke bangunan Umno Negeri Sabah yang terletak di Karamunsing di sini kira-kira jam 6 petang kelmarin. Perarakan itu sedikit terganggu apabila berlaku kekecohan di bawah perkarangan pejabat Umno Kota Kinabalu, berhampiran Kinabalu Emporium di sini namun berjaya dileraikan anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu keadaan adalah terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini. Beliau turut menasihatkan kumpulan terbabit untuk tidak berbuat demikian di masa hadapan tanpa sebarang kebenaran daripada pihak berkuasa berikutan ianya adalah salah di sisi undang-undang.

“Tiada tangkapan dilakukan kerana mereka (kumpulan kecil) ini hanya bertindak melakukan perarakan. “Namun begitu, saya ingin menasihatkan mereka sekali lagi agar terus mematuhi undang-undang dan tidak sesuka hati membuat perarakan tanpa meminta kebenaran atau permit daripada pihak berkuasa bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan,” katanya.


Semua 50 orang dalam gambar di atas ada turun mengundi ka? Adakah mereka tahu bagaimana proses pengundian yang dilaksanakan SPR? Adakah mereka tahu apa pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan SPR? Adakah mereka tahu beberapa nama besar atau calon berstatus menteri dalam BN, kalah pada PRU13 kali ini?

Seperkara lagi yang perlu dipersoalkan, adakah semua pendemo dalam gambar di atas adalah Sabahan? Tidak nampak pun wajah KDM????... Atau mereka hanya sebahagian dari "tentera" Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang ditugaskan untuk menimbulkan keadaan huru-hara semasa dan selepas pilihanraya?

Tomahan pembangkang mengenai wujudnya penipuan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 adalah tidak berasas dan bersifat politik kerana SPR telah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi membuktikan ketelusan dalam proses pemilihan. Satu bukti yang kukuh selain dari penggunaan dakwat kekal adalah dengan kehadiran pemerhati antarabangsa, bukankah itu menunjukkan ketelusan SPR? Apa lagi yang perlu dipersoalkan?

Kawasan yang pembangkang menang seperti Parlimen Penampang, tidak pula dijadikan isu, sebaliknya kawasan yang mereka kalah, dituduhnya berlaku penipuan. 

Tan Sri Bernard Dompok dengan rasa rendah diri sanggup menerima kekalahan beliau walaupun pada mulanya beliau yakin Penampang mampu dipertahankan selepas melihat kepada respon rakyat dan tranformasi pembangunan daerah itu.

Sepatutnya perhimpunan untuk membantah keputusan Pilihanraya lebih layak dianjurkan di Penampang memandangkan kemenangan calon PKR, Darell Leiking sangat tidak bersesuaian dengan kredibiliti beliau sebagai pemimpin masyarakat. Beliau bukan sahaja tidak lantang dalam membangkitkan masalah-masalah rakyat, malah pernah terbang ke Manila sebelum insiden pencerobohan berlaku.

Rakyat tulen Sabahan mengamalkan proses demokrasi secara bertanggungjawab untuk melakukan perubahan melalui undi dan tidak secara demonstrasi atau perhimpunan haram. Justeru, keputusan yang dibuat oleh pengundi di negeri ini haruslah dihormati lebih-lebih lagi apabila ianya adalah saluran yang betul, tepat dan sah dalam proses demokrasi negara.

**MEMANDANGKAN MEREKA BERANI MENIMBULKAN SUASANA TEGANG, DAN BERANI BERHADAPAN DENGAN KEKECOHAN, APA KATA JIKA KESEMUA 50 PESERTA PERHIMPUNAN INI DIHANTAR KE KAMPUNG TANDUO ATAU KE SULU UNTUK BERHADAPAN DENGAN TENTERA-TENTERA TIDAK BERTAMADUN MILIK NUR MISUARI?

Monday, February 25, 2013

Aktivis "Tidak Berdiam Diri" walaupun tuntutan sudah dipenuhi

Sekumpulan 80 orang peserta yang menamatkan perjalanan terakhir dalam perarakan jalan kaki 'Tidak Berdiam Diri' disambut meriah oleh ratusan individu dalam satu acara simbolik di Pagansakan, Penampang petang ini (24/02/2013). Seorang aktivis yang menganjurkan acara tersebut Andrew Ambrose berkata peserta berkenaan menyerahkan skrol mengandungi kenyataan yang antara lainnya menggariskan mengenai pilihan raya bersih dan adil. Tuntutan berkenaan juga menyenaraikan komitmen untuk meningkatkan urus tadbir baik kerajaan, penjagaan alam sekitar, pemeliharaan hak Orang Asal, serta tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil. - Malaysiakini
Apa lagi yang si Atama (Andrew Ambrose) tidak puas hati dengan sistem pilihanraya di negara ini? Dia bertanding ka? Atas tiket parti mana? Kadang-kadang, Bullet rasa meluat dan menyampah bila tengok aktivis seperti Atama yang suka menghuru-harakan negeri Sabah sedangkan masih banyak saluran yang boleh beliau gunakan untuk membuat tuntutan. Kalau setakat mahu dapat publisiti murahan, baik tidak payah la bro..

Kalau pilihanraya tidak bebas dan adil, berpeluangkah Atama melihat empat buah negeri ditadbir oleh pembangkang? Lagipun pilihanraya kali ini telahpun melalui banyak proses pembaharuan termasuklah penggunaan dakwat kekal. Dari segi kebebasan media pula, bukankah Kabinet telah putuskan bahawa parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)? Bagaimana dengan media pembangkang? Adakah sumber media pembangkang seperti suratkhabar Harakah, website PKR dan DAP, Akhbar roket turut memuatkan manisfesto BN?

Mengenai urus tadbir kerajaan, adakah bagi Atama masih tidak cukup baik apabila Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan? Tidak cukup baik kah apabila negeri Sabah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) selama 12 tahun berturut-turut? Tidak cukup baik kah apabila RAM Rating Services Berhad memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut? Tidak cukup baik kah apabila Moody International pada tahun 2012 telah memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut? Tidak cukup baik kah apabila akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan negeri Sabah adalah yang kedua tinggi di Malaysia dengan RM2.66 bilion? Tidak cukup baik kah apabila statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sabah menduduki tempat kedua dengan RM4.4 bilion jauh mengatasi Selangor dan Pulau Pinang? Dan yang terkini, masih tidak cukup baik kah apabila kadar kemiskinan di Sabah berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu, yang juga merupakan penurunan TERTINGGI kadar kemiskinan yang dicatatkan dalam negara?

Dari segi penjagaan alam sekitar, baik Atama bandingkan keadaan hutan di Sabah yang sebelum ini berjaya menarik minat rombongan Diraja Britain, William dan Kate, dengan hutan di negeri-negeri Pakatan Rakyat terutamanya di Kelantan dan Kedah. Apa sudah jadi dengan hutan di negeri-negeri itu? Kenapa pengerusi himpunan Hijau, Wong Teck tidak anjurkan saja perhimpunan di negeri Kedah yang mana Menteri Besarnya semakin terdesak menjana pendapatan negeri melalui pemusnahan alam sekitar? Rakyat di negeri-negeri jajahan Pakatan juga sangat memerlukan pembelaan dari aktivis seperti Atama dan Wong Teck.. Kenapa perlu bersikap double standard?

Sebelum ini Atama ada membidas Menteri Pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun mengenai pendapatan industri pelancongan Sabah bagi tahun 2012. Kononnya, bagi Atama peningkatan 1.1 peratus itu tidak memuaskan. Namun, adakah apa yang dilakukan oleh Atama melalui penganjuran perarakan jalan kaki 'Tidak Berdiam Diri' ini selari dengan hasrat murni beliau yang kononnya mahu melihat industri pelancongan Sabah berkembang maju? Inilah yang Bullet maksudkan bahawa Atama lebih sinonim dengan DEMONSTRASI JALANAN berbanding dengan mengetahui program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan negeri Sabah (Baca DISINI).

Akhir kata dari Bullet, perarakan yang bertemakan "Tidak Berdiam Diri" ini sangat tepat menggambarkan sifat semulajadi Atama sebagai seorang perusuh, pemberontak dan pencetus huru-hara ketika masih ada alternatif lain yang boleh dijadikan platform oleh Atama untuk menyuarakan tuntutan beliau. Walaupun perarakan itu berjalan dengan lancar dan aman, namun tindakan itu boleh diibaratkan sebagai langkah pertama kepada pengwujudan situasi "Arab Spring" di negeri ini.

Saturday, January 12, 2013

Kezaliman Pakatan Rakyat mengundang amarah rakyat

Hampir 12,000 Rakyat Kedah Serang Balak Azizan Di Pedu!









"Saya diberitahu penganjur bahawa himpunan itu sebenarnya hanya mensasarkan sejumlah 4,000 hingga 5,000 orang peserta sahaja, namun sangat mengejutkan apabila dianggarkan hampir 12,000 rakyat Kedah berhimpun "menakluk" kawasan tersebut.

Tidak hairanlah jika terdapat lebih dari 220 buah bas beratur di sepanjang kawasan tersebut.

Carok Batang Padi yang semalam dipagar oleh pihak PKNK dengan papantanda amaran, telah hilang pintu pagarnya entah ke mana dan kawasan yang telah digondolkan PAS Kedah itu menjadi tapak rakyat Kedah melepaskan kemarahan dan kekecewaan." - Kedahan69ers

Dalam 8 tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat, penganjur perhimpunan ada menyenaraikan tuntutan-tuntutan seperti Hentikan Rampasan Tanah Rakyat dan Jangan Racun Alam Sekitar.

Tapi bila kerajaan Pakatan Rakyat merampas tanah penduduk kampung dan memusnahkan alam sekitar, tidak ada pula para NGO pro pembangkang ini menganjurkan perhimpunan yang sama di negeri-negeri yang dizalimi oleh kerajaan PR.


Mungkinkah kerajaan PR mahu menuntut dua perkara ini supaya pemimpin-pemimpin mereka berpeluang merasai hasil keuntungan merampas tanah rakyat dan menjual balak-balak sekiranya mereka diberikan mandat memerintah negara selepas PRU13? Lihat saja apa yang mereka lakukan di Kedah dan Kelantan. Hutan yang selama ini dijaga baik oleh kerajaan BN habis ditebang oleh pemimpin-pemimpin rakus pakatan yang kononnya berjuang membela nasib rakyat.

Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) agaknya sudah buta dan pekak kerana masih tidak sedar tujuan sebenar pakatan pembangkang. Niat mereka mengadakan perhimpunan di negeri ini hanya bertujuan membantu pakatan pembangkang merampas negeri ini dari kerajaan BN. Bila ini berlaku, nasib rakyat Sabah akan sama seperti nasib rakyat di Kedah. Bumi Sabah yang hari ini sebahagian besarnya masih dilitupi hutan tebal dan kaya dengan pokok-pokok balak yang bernilai tinggi, pasti akan bertukar menjadi bulan jika pakatan pembangkang diberikan peluang memerintah walau hanya sepenggal.