Showing posts with label Skandal Scorpena. Show all posts
Showing posts with label Skandal Scorpena. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Fahami "modus operandi" pembohongan pembangkang

Berikut adalah ulasan blogger Taiping Mali berkenaan dengan skandal Scorpena;
"Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama. Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata. Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia. 

Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya. Tajuk program tersebut ialah 'Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya'.

Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya. Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya. Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu. 

Suara Anwar
Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan. Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya"
Nak tahu apa kaitannya dengan skandal penggubahan wang haram Hong Kong?

Pertama sekali, kita perlu lihat persamaan si pembawa tuduhan. Seperti yang kita sedia maklum, Suaram dan Sarawak Report masing-masing memegang status NGO dan media PRO PEMBANGKANG. Kedua-duanya menjadi jentera pembangkang dalam melaksanakan misi rampasan kuasa.

Jika sebelum ini Suaram sudah mengakui bahawa mereka menerima dana asing, kemungkinan besar Sarawak Report juga menerima dana dari sumber yang sama memandangkan sehingga hari ini belum ada penafian dibuat oleh pihak Sarawak Report. Selain itu, kedua-dua "jentera" pembangkang ini juga seolah-olah ditugaskan untuk "mensensasikan" kes rasuah yang kononnya berlaku di luar negara. Suaram dengan skandal di Perancis, manakala Sarawak Report pula dengan skandal Hong Kong.

Anwar Report
Apa yang membuatkan Bullet begitu yakin dengan modus operandi mereka ialah apabila Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Michael Chia tidak pernah ditangkap di Hong Kong dan ICAC juga tidak pernah tangkap Michael Chia. Berdasarkan maklumat SPRM, RM40 juta untuk Umno Sabah yang dirampas itu tidak berada dalam milikan Micheal Chia seperti yang didakwa pembangkang dan media mereka, sebaliknya dipindahkan secara elektronik.

Jelas wujud persamaan dengan tuduhan Suaram mengenai skandal Scorpena di Perancis, dimana pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya. 

Bermakna, semua skrip tuduhan ini samada "penahanan" mahupun "perbicaraan" sengaja di reka oleh "jentera-jentera" pembangkang bagi menimbulkan gambaran kepada masyarakat seluruh dunia bahawa pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia terlalu "kotor". 

Sekarang anda nilailah sendiri siapa yang paling "kotor" sanggup memudaratkan negara menggunakan pembohongan dan fitnah, semata-mata untuk memuaskan nafsu politik pihak tertentu yang mengidam kerusi empuk di Puterajaya.

"sepandai-pandai tupai melompat, kalau kita ramai-ramai lastik, jatuh juga tu"

By: Borneo Bullet