Showing posts with label ICAC. Show all posts
Showing posts with label ICAC. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

RM40 juta: Rafizi tersungkur, William ganti

Senyap seketika isu RM40 juta selepas Rafizi Ramli jatuh tersungkur beberapa kali. Tapi seperti yang dijangka, pembangkang tidak akan berputus-asa bermain dengan persepsi selagi Anwar Ibrahim belum dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kali ini giliran William Leong pula memikul tanggungjawab meneruskan pembohongan dan fitnah bagi memastikan kesinambungan isu RM40 juta tidak berhenti setakat 9 January 2013

Jika Rafizi boleh nafikan laporan New Straits Times yang mengatakan bahawa siasatan terhadap Musa telah digugurkan hanya dengan bermodalkan kerahsiaan butiran siasatan dan status siasatan, bagaimana pula dengan kenyataan William Leong? Adakah konsep Kerahsiaan Siasatan hanya boleh diguna-pakai bila siasatan ICAC memihak kepada mangsa fitnah Pakatan Pembangkang?

Lebih malang lagi apabila kenyataan William, jika kita susuri satu-persatu, ternyata amat bertentangan dengan makna Kerahsiaan Siasatan.
“Antara saksi yang akan dipanggil adalah Datuk Lajim. Cuma kini ICAC belum tetapkan tarikhnya lagi. Tapi ia tidak terlalu lama, mungkin Februari ini." 
“Seorang lagi saksi turut akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung skandal itu yang kami rahsiakan atas faktor keselamatan,” 
“ICAC pernah hubungi saya untuk mendapatkan beberapa laporan dan dokumen baharu. Semua maklumat yang diminta sudah saya hantar,”
Selepas William mendedahkan perkembangan terkini atau maklumat siasatan seperti diatas, menyusul pula kenyataan BODOH beliau seperti di bawah: 
“Kita tahu ICAC Hong Kong sedang siasat. Kes ini masih berjalan walaupun ada laporan kata sudah tutup. Mereka (ICAC) tidak beritahu media arus perdana bahawa kes ini dalam siasatan bertujuan melindungi kerahsiaan siasatan."
Jika ICAC mahu melindungi kerahsiaan siasatan, jangankan media arus perdana, dengan ahli-ahli politik sekalipun jangan harap berpeluang mempolitikkan hasil siasatan ICAC. Amat dangkal kenyataan William Leong apabila beliau mengatakan bahawa ICAC tidak akan memberitahu kepada media bahawa kes itu sedang berjalan sedangkan apa yang dilaporkan NST sebelum ini adalah kes itu sudah digugurkan.

Seperkara lagi, bukankah William Leong sendiri yang mendedahkan kepada media bahawa siasatan sedang berjalan?? Bukankah William Leong sendiri yang mendedahkan kepada media bahawa Lajim akan dipanggil, dokumen sudah diserahkan dan sebagainya??

Siapa yang cuba mencabuli Kerahsiaan Siasatan disini???

Timbul juga persoalan berkenaan dengan sikap berdiam diri Rafizi Ramli. Bukankah dia yang berkobar-kobar mahu membuktikan skandal RM40 juta ini benar-benar melibatkan orang-orang yang dia benci? Memandangkan Rafizi bertanggungjawab mengetuai delegasi KEADILAN ke Hong Kong, kenapa bukan dia saja yang dihubungi oleh ICAC? Adakah ICAC sudah tidak mempercayai Rafizi ekoran tindakan Rafizi yang gemar mempolitikkan apa sahaja perkembangan kes ini? atau, adakah Rafizi sedang tercungap-cungap menanggung penat lelah selepas membohong tanpa henti sejak menyertai Pakatan? atau, memang benar Rafizi sudah jatuh tersungkur selepas semua pembohongan beliau berjaya dipatahkan secara semulajadi tanpa perlu pemimpin-pemimpin BN bekerja keras?

Walau apapun jawapannya, kesungguhan membohong pembangkang hari ini bolehlah kita samakan dengan acara Lari Berganti-Ganti, cuma dalam politik kita tukar namanya kepada acara Membohong Berganti-Ganti.. Inilah istilah yang paling sesuai bagi mengambarkan sifat semulajadi pembangkang hari ini yang tidak pernah jemu membohong selagi hasrat mereka mahu merampas kerajaan belum tercapai.

"Apa agaknya reaksi ICAC bila saksi yang mereka panggil itu pernah membeli "surat cinta" berharga RM50,000?"

Thursday, January 10, 2013

Skandal RM40 juta: SAH! Rafizi Ramli memang pembelit!

Oleh: Borneo Bullet

Putar-belit Rafizi Ramli
sumber: Malaysiakini
Dibawah ini adalah kenyataan Rafizi Ramli selepas mengadakan pertemuan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 13 Disember 2012.
sumber: rafiziramli.com

Bandingkan kenyataan Rafizi yang ditandakan dalam petak merah diatas.

Sebaik Rafizi selesai berjumpa dengan pihak ICAC, beliau ada membuat kenyataan seperti ini "Saya BERANGGAPAN bahawa permintaan ICAC supaya BUTIRAN SIASATAN setakat ini dirahsiakan".

Namun sebaik NST melaporkan bahawa ICAC gugurkan siasatan RM40 juta terhadap Datuk Musa Aman ekoran ketiadaan bukti-bukti kukuh bagi membuka semula siasatan, Rafizi pusing lagi kenyataan asalnya kononnya "PENYIASAT yang mengetuai siasatan tersebut MENEGASKAN bahawa badan berkenaan tidak akan mendedahkan apa-apa butiran atau STATUS siasatan".

Pada mulanya Rafizi hanya BERANGGAPAN bahawa butiran siasatan itu dirasiahkan selepas ICAC memohon kerjasama pembangkang supaya tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini, kemudian hari ini dia pusing balik kononnya PENYIASAT sendiri yang MENEGASKAN supaya butiran siasatan tidak didedahkan.

Seperkara lagi, dalam kenyataan awal, Rafizi tidak menyebut STATUS siasatan. Tapi bagaimana selepas hampir sebulan Rafizi berjumpa dengan pihak ICAC, boleh pula dia menokok-tambah bahawa badan siasatan itu tidak mahu STATUS siasatan didedahkan??

Lihat dan nilailah sendiri bagaimana Rafizi memutar-belit dan menokok-tambah kenyataan beliau sendiri supaya pembohongan dan fitnah RM40 juta ini terus releven bagi menghadapi PRU13.

Buang Masa: Rafizi serahkan dokumen palsu atau recycle?

Pertemuan dengan ICAC positif, yakin kes dibuka semula????
Oleh: Borneo Bullet

Delegasi Keadilan telah mengadakan pertemuan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 13 Disember 2012. Bukti-bukti dan dokumen juga telah diserahkan kepada ICAC dalam pertemuan tersebut.

Semasa pertemuan itu, Rafizi kononnya begitu yakin bahawa bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuklah keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Michael Chia merupakan bukti baru yang belum diperolehi oleh ICAC. Begitu juga dengan akuan bersumpah oleh Dato’ Seri Lajim Ukin yang menafikan bahawa wang RM40 juta itu adalah derma politik kepada Umno.

Malah, Rafizi juga yakin bahawa ICAC akan memanggil saksi rahsia yang telah tampil untuk memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC. Dan kononnya Dato’ Seri Lajim Ukin juga akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong.

Belumpun genap sebulan Rafizi membuat pendedahan, pihak ICAC telahpun memberikan jawapan seperti berikut;
"THE Independent Commission Against Corruption (ICAC) in Hong Kong will not revisit its probe into the RM40 million allegedly linked to Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman. Sources said the graft-buster found that no new evidence had been brought before the commission with connection to the case. 
The commission found that there are no new evidence whatsoever to warrant a fresh round of investigations."
Melalui jawapan ICAC ini, maka dengan sendirinya Rafizi Ramli berjaya menambahkan lagi rekod terkantoi beliau sepanjang berkecimpung dalam bidang politik.

Belumpun reda Rafizi dikantoikan oleh Deepak berhubung isu cincin RM13 juta, kini datang pula jawapan ICAC yang mengesahkan bahawa skandal Hong Kong yang dimomokkan pembangkang selama ini hanya pembohongan semata-mata.

Berkenaan dengan isu cincin RM13 juta, kata Rafizi, bukti(dokumen) yang diperolehinya adalah daripada Deepak. Tapi kemudian, Deepak menyatakan bahawa Rafizi berbohong, bahkan dia tidak pernah pun berjumpa dengan Rafizi Ramli.

Mungkinkah, dokumen yang diserahkan oleh Rafizi kepada ICAC juga adalah palsu (sama seperti isu cincin RM13 juta)? Jika di Malaysia dia boleh gunakan nama Deepak untuk melancarkan pembohongan dan fitnah beliau, apatah lagi di Hong Kong yang mana pegawai-pegawai ICAC tidak pernah mengikuti sebarang perkembangan politik di negara ini?

Patutlah Rafizi hanya memerlukan tempoh 3 minggu untuk menyerahkan dokumen-dokumen "baru" itu kepada ICAC, sedangkan ICAC menyiasat kes ini bertahun-tahun malah meluangkan masa sebulan di Sabah untuk menjalankan siasatan namun tetap tidak menemui sebarang bukti-bukti kukuh.

Hanya ada dua cara bagaimana Rafizi boleh mengemukakan bukti-bukti "baru" itu dengan pantas, iaitu pertama menggunakan dokumen kitar semula, dan yang kedua ialah mencipta sendiri dokumen itu menggunakan teknologi sedia ada.

Tidak mustahil Rafizi sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan "bos" beliau dapat merasai kerusi empuk Perdana Menteri. Malah, Rafizi tidak gentar sama sekali jika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memfitnah kerana Khalid Ibrahim sedia bermurah hati menggunakan dana awam untuk membiayai kos guaman beliau.

Memandangkan Pilihanraya Umum sudah semakin hampir, Bullet yakin bahawa Rafizi tidak akan berhenti disini sahaja. Kita tunggu sajalah lepas ni apa lagi yang dia mahu pusing.. tuduh ICAC bersekongkol dengan Musa Aman? Tuduh ICAC dibayar oleh kerajaan BN? Yang pasti Rafizi tidak akan berhenti berbohong selagi kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penjenayah ini.

Wednesday, January 9, 2013

HK drops Musa probe

Waste of time: Anti-graft body says there is no new evidence to warrant investigation
Sumber: New Straits Times

THE Independent Commission Against Corruption (ICAC) in Hong Kong will not revisit its probe into the RM40 million allegedly linked to Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman. Sources said the graft-buster found that no new evidence had been brought before the commission with connection to the case.

"The commission found that there are no new evidence whatsoever to warrant a fresh round of investigations.

"ICAC goes by the book in its pursuit of cases and is clear that it will stay away from any political play," the sources said. ICAC, under the law, is obliged to investigate complaints lodged with it.

Parliament was told in October of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and ICAC's decision to clear Musa of alleged corruption. Parti Keadilan Rakyat strategic director Rafizi Ramli had been lobbying ICAC to reopen its investigations into the case.

In November, Rafizi and three PKR lawmakers lodged a report with ICAC, listing three reasons to encourage the agency to reopen the probe.

This move came shortly after Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz told Parliament in October that Musa had been cleared of corruption after MACC and ICAC found that the money was not meant for Musa's personal use.

He told Parliament that the RM40 million was a "political donation" to Sabah Umno.

Previously, there were allegations suggesting that the funds were kickbacks from timber firms for the chief minister. 
 
The sources said, like when ICAC initially found "insufficient evidence to take the case further", there was nothing new to take the case forward a second time.

Following ICAC's decision to clear Musa of any wrongdoing last year, Parti Bersatu Sabah (PBS) secretary-general Datuk Henrynus Amin had said the outcome by both investigative bodies also proved that the opposition's claims were wrong and brought to light that they were the mastermind of this conspiracy.

"Those with vested interest had gone to great lengths in order to achieve their objective, which is to weaken the Barisan Nasional government as a means to get to Putrajaya."

He added that in the endeavour to topple a leader, the recycled allegations by the opposition had set off a wild goose chase which had wasted the time and effort of the relevant authorities of the countries concerned.

Henrynus also said the Hong Kong ICAC was a highly respected investigative body in the world, guided by the highest standards of practices, rules and procedures.

He added that MACC was an independent body that investigated and persecuted without fear or favour.

Wednesday, November 28, 2012

Rafizi tidak membaca laporan portal Malaysian Insider?

Lihat betapa terburu-burunya Rafizi membuat kenyataan melalui artikel "Nama Musa Belum Dibersihkan Lagi" seolah-olah beliau tidak membaca langsung laporan portal Malaysian Insider (disini). Samada Rafizi tidak membaca langsung atau mungkin beliau tidak tahu membaca memandangkan banyak kenyataan beliau yang sudah disangkal namun masih terus diputar-putar bagi menegakkan pembohongan beliau.

Dalam kenyataan tersebut, Rafizi juga mempertikaikan tindakan Datuk Rahman Dahlan yang bercakap bagi pihak Datuk Musa Aman. Namun Rafizi lupa yang beliau juga pernah bercakap dan menjawab kepada wartawan bagi pihak Anwar berhubung dengan tuduhan akaun RM3 bilion yang dikawal oleh Anwar. Malah dalam kes itu Rafizi bukan setakat menjawab, malah bertindak sebagai Penyiasat Persendirian, dan tanpa segan silu mengumumkan kononnya hasil siasatan beliau mendapati tidak ada elemen rasuah membabitkan Anwar, sebaliknya beliau menuduh Abdul Murad yang memiliki akaun tersebut.

Berikut adalah beberapa kenyataan Rafizi yang menyerlahkan lagi kepandirian beliau untuk tatapan rakyat Sabah; 
 
Rafizi - "surat Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) mengenai kes RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak membersihkan namanya dari skandal itu. Sebaliknya menguatkan pandangan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa Malaysia."

Laporan MI - "Penguatkuasa anti-rasuah Hong Kong menulis secara peribadi kepada Datuk Musa Aman pada Disember lepas untuk memaklumkan Ketua Menteri Sabah itu bahawa beliau tidak lagi disiasat untuk tuduhan rasuah RM40 juta"

Rafizi - “Surat itu hanya memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat-maklumat yang ICAC perolehi setakat itu, ICAC mengambil keputusan untuk tidak meneruskan siasatan terhadap Musa,”

Laporan MI - "agensi itu berkata bahawa selepas melengkapkan siasatan dan memfailkan laporan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi (ORC), kedua-dua jawatankuasa dan Pesuruhjaya ICAC bersetuju untuk tidak meneruskan lagi penyiasatan “di atas asas fakta sudah diketahui”."

Rafizi - “jika Musa tidak bersetuju dengan fakta-fakta ini, maka wajarlah beliau mendedahkan kandungan keseluruhan surat tersebut, bukannya menggunakan Rahman Dahlan untuk menyampaikan secara lisan sahaja kepada wartawan.”

Laporan MI - "Abdul Rahman menegaskan bahawa surat itu adalah peribadi dan sulit kerana ianya hanya ditujukan kepada Musa, menunjukkan bahawa agensi telah bertindak secara bebas tanpa sebarang gangguan dari pihak luar. ICAC profesional. Tiada seorang pun diberikan salinan surat tersebut. Mereka menghormati hak tertuduh untuk kerahsiaan."

Kenyataan Rafizi yang paling dangkal sekali;

"Menurut Rafizi, keputusan ICAC untuk tidak meneruskan siasatan berdasarkan maklumat-maklumat yang mereka perolehi setakat itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

“Ia juga menguatkan pandangan beberapa pihak bahawa ICAC tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa Malaysia untuk meneruskan siasatan kerana mereka tidak mempunyai kuasa menyiasat dan mengumpulkan bukti.

Oleh yang demikian, mereka bergantung sepenuhnya kepada Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan bukti,” terang beliau."
Sudah banyak kali dijelaskan bahawa pegawai-pegawai ICAC sendiri telah datang ke Sabah untuk menjalankan siasatan terhadap pihak-pihak yang dinamakan dalam kes tersebut. ICAC adalah badan profesional yang tidak sekali-kali bergantung dengan maklumat pihak ketiga tanpa sebarang siasatan dijalankan dipihak mereka.

Jesteru, bagaimana Rafizi boleh berkata bahawa ICAC bergantung sepenuhnya kepada Peguam Negara dan SPRM sedangkan pegawai-pegawai mereka sendiri boleh jalankan siasatan di negeri ini tanpa sebarang sekatan? Jelas sekali Rafizi cuba menjejaskan imej ICAC dengan menimbulkan gambaran bahawa agensi itu hanya bergantung kepada laporan pihak ketiga semata-mata untuk melengkapkan siasatan.

Sebagai badan profesional yang diperakui integriti dan kredibilitinya di peringkat antarabangsa, ICAC tidak akan semudah itu menutup mana-mana kes rasuah jika masih banyak persoalan yang belum terjawab atau dalam kata lain "diragui".

By: Borneo Bullet

Tuesday, November 27, 2012

Surat ICAC bukti Musa Aman tidak bersalah

Penguatkuasa anti-rasuah Hong Kong menulis secara peribadi kepada Datuk Musa Aman pada Disember lepas untuk memaklumkan Ketua Menteri Sabah itu bahawa beliau tidak lagi disiasat untuk tuduhan rasuah RM40 juta — sumbangan kepada Umno negeri tersebut, menurut surat yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.

Dalam surat pada 22 Disember 2012, Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) menjelaskan kepada ketua menteri itu mereka memulakan siasatan selepas menerima aduan terhadapnya, sambil menambah bahawa ini dikehendaki oleh undang-undang Hong Kong berkenaan dengan rasuah.

Tetapi agensi itu berkata bahawa selepas melengkapkan siasatan dan memfailkan laporan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi (ORC), kedua-dua jawatankuasa dan Pesuruhjaya ICAC bersetuju untuk tidak meneruskan lagi penyiasatan “di atas asas fakta sudah diketahui”.

Surat, yang menggunakan kepala surat ICAC, ditandatangani oleh Ketua penyiasat Tso Wai-Yan dan ditujukan kepada Musa di alamatkan ke pejabat beliau di Kota Kinabalu. Tiada individu lain diberi salinan dokumen itu.

Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan menunjukkan kepada The Malaysian Insider gambar surat tersebut daripada iPad, sambil berkata satu halaman surat-menyurat boleh mempertahankan Musa dan Umno terhadap dakwaan daripada pemimpin pembangkang mengenai skandal tersebut menjelang pilihan raya akan datang.

Pemimpin Umno negeri dijangka menghadapi persoalan di perhimpunan agung Umno mulai esok, walaupun mengeluarkan penafian pada hujung minggu.

Abdul Rahman menegaskan bahawa surat itu adalah peribadi dan sulit kerana ianya hanya ditujukan kepada Musa, menunjukkan bahawa agensi telah bertindak secara bebas tanpa sebarang gangguan dari pihak luar.

“ICAC profesional. Tiada seorang pun diberikan salinan surat tersebut. Mereka menghormati hak tertuduh untuk kerahsiaan,” Abdul Rahman (gambar kanan) memberitahu The Malaysian Insider.

Ahli parlimen Kota Belud pada mulanya berjanji untuk mendedahkan surat pada sidang akhbar Khamis lepas tetapi berkata bahawa nasihat daripada peguam, salinan fizikal dokumen akan disimpan buat masa sekarang dan digunakan sebagai “senjata” Umno Sabah untuk membuktikan Musa tidak bersalah.

Beliau berkata, Ketua Menteri dan Umno Sabah sedang memikirkan tindakan undang-undang terhadap pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, yang kembali minggu lepas dari misi dua hari di Hong Kong untuk menggali maklumat mengenai kes Musa.

“Saya berjanji untuk mendedahkan surat ini tetapi selepas membincangkan perkara itu dengan peguam bagi Ketua Menteri dan Umno Sabah, mereka menasihatkan saya supaya tidak mendedahkan ia kerana akan digunakan jika ada tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

“Ia memang satu pilihan. Rafizi melanggar beberapa undang-undang,” kata Abdul Rahman.

Sebagai contoh, ahli parlimen Sabah itu berkata bahawa selain daripada fitnah, Rafizi melanggar seksyen 29 (4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang melindungi identiti seorang tertuduh.

Seksyen tersebut menyatakan laporan yang dibuat terhadap suruhanjaya tersebut, “hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai-pegawai Suruhanjaya dan Pendakwa Raya sehinggalah orang yang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan dibawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu melainkan dengan persetujuan Pendakwa Raya atau pegawai berpangkat Pesuruhjaya keatas.”

Rafizi melobi ICAC untuk membuka semula siasatan RM40 juta terhadap Musa, mendakwa kemungkinan berlaku konspirasi oleh SPRM dan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) di sini untuk menangguhkan perkara itu kerana takut memberi kesan pada pilihan raya akan datang.

Sumber: The Malaysian Insider

Saturday, November 24, 2012

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

Jom layan pendedahan blogger The Flying Kick dibawah yang penuh dengan FAKTA, tidak seperti 3 bukti "olok-olok" yang diserahkan Rafizi kepada pihak ICAC;

Sekarang ini, PKR menerusi Rafizi Ramli dan Sivarasa Rasaiah sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengenakan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah yang dikatakan memperolehi RM40 juta secara haram dari seberang laut. Sekalipun telah dijelaskan bahawa wang berkenaan adalah derma politik, namun PKR tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Bahkan sewaktu ICAC Hong Kong menegaskan bahawa siasatan mereka tidak menemui sebarang penyelewengan atau money laundering sepertimana yang dituduh oleh PKR, Rafizi Ramli dan konco-konconya ke Hong Kong untuk memujuk agar kes tersebut dibuka semula.

Dan seperti dalam kes Scorpene, Rafizi Ramli segera mewar-warkan bahawa kes tersebut telah dibuka semula oleh ICAC untuk disiasat. Manakala Sivarasa Rasaiah pula menyatakan bahawa UBS Bank di Switzerland sedang membuka kes siasatan berhubung penggubahan wang haram (money laundering) membabitkan USD90 juta yang juga melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Hebat sungguh PKR berusaha untuk mengenakan pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Namun ada satu kes yang sudah sangat lama dan sehingga sekarang, tiada sebarang siasatan, tindakan mahupun perbicaraan dibuat. Kes tersebut melibatkan penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu bergelar Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Jumlahnya pula adalah sebanyak RM3 bilion... jumlah yang sangat besar berbanding tuduhan yang dilemparkan kepada Musa Aman mahupun Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

5 Jun 2012, Presiden PERKASA, Ibrahim Ali telah membuat laporan polis meminta polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid bahawa Anwar Ibrahim telah mengawal lebih 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion.

7 Jun, Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar pula meminta Anwar Ibrahim menfailkan saman terhadap Abdul Murad, sekiranya pengakuan berkanunnya itu adalah fitnah semata-mata. Anuar Shaari juga meminta Anwar menjelaskan sama ada akaun induk tersebut membabitkan pemilikan aset, saham serta wang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang nilainya begitu lumayan.

10 Jun, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin turut memberikan respons agar Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.

Namun Anwar Ibrahim langsung tidak menjawab. Pun begitu, pada masa yang sama, tiada sebarang siasatan, tindakan mahupun ulasan yang diberikan oleh pihak berkuasa berhubung Pengakuan Berkanun Datuk Abdul Murad bin Khalid. Manakala konco-konco Anwar Ibrahim juga, langsung tidak berani bersuara atau mencuit perkara berkenaan, walaupun pada masa yang sama, mereka begitu sibuk dengan para pemimpin UMNO yang lain, seolah-olah mereka cuba mengelakkan orang ramai dan para pengundi daripada mengetahui kisah Anwar melarikan wang negara secara haram.

Berikut adalah pengakuan berkanun Abdul Murad bin Khalid yang dibuat pada 26 Oktober 1999:


Pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid 
Saya, Abdul Dato ‘Murad Bin Khalid (No Kad Pengenalan 531215-08-5957), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan menetap di No 104, Jalan Setiabakti 9, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya mengaku sebagai berikut: - 

1. Pada 16 September 1999 saya telah didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar berkenaan saham Ben Harta Sdn Bhd (BHSB) dan 51 hartanah yang didakwa memberi manfaat kepada saya menurut seksyen 87 (2) (c) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA). 

2. Untuk melakukan keadilan kepada diri saya sendiri, saya mesti membuat akuan awam mengenai perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan pelbagai jawatan yang saya lakukan di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa bebanan besar dan tekanan yang dipikul untuk jawatan-jawatan tersebut. Pernyataan awam ini juga bertujuan untuk memberikan perspektif yang betul kepada orang ramai tentang komplot bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”) yang juga Menteri Kewangan dalam penglibatannya secara langsung dalam memberi arahan terhadap BNM. 

3. Sebagai salah satu daripada eksekutif tertinggi di BNM, Saya kebiasaannya termasuk di dalam kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disukai – dan kemudiannya diamanahkan kepada saya untuk menjalankan beberapa arahan beliau, apa yang dipercayai oleh saya sekarang adalah untuk melanjutkan cita-cita politiknya. Dalam melaksanakan skim politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk melaksanakan eksesais korporat tertentu yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni-kroninya. Hutang-hutang kroni-kroni beliau telah dibersihkan / diselesaikan dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan-rundingan menggunakan pengaruh BNM. 

4. Antara eksesais korporat yang paling ketara ialah pengambilalihan syarikat Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak. Konsesi itu telah dijual kepada MRCB atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MRCB kemudian menyuntik ‘konsesi’itu ke dalam Malakof Berhad yang merupakan anak syarikat MRCB. Saya percaya bahawa keuntungan kira-kira RM50 juta daripada urus niaga ini dimasukkan ke salah satu dana politik DSAI. 

5. Seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dengan ketara dalam meningkatkan bantuan kewangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tong Kooi Ong adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad yang disenaraikan di Papan Utama BSKL. Phileo Allied Bank juga adalah di bawah kawalan Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong menjadi kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pengenalan saya dan mereka kemudiannya menjadi sangat rapat. 

Tong Kooi Ong kemudiannya mendedahkan kepada saya bahawa sebagai balasan bantuan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menubuhkan satu “Akaun Induk” (Master Accounts) – yang di bawah kawalannya. Di mana sumbangan kewangan dibuat untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akaun Induk itu hasil yang diperolehi daripada pegangan saham dan bangunan. Pada satu peringkat Tong Kooi Ong membuka rahsia kepada saya bahawa Akaun Induk itu bernilai RM200 juta berdasarkan nilai saham dan bangunan yang diperolehi daripadanya. 

6. Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 Akaun Induk lain yang ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pelbagai kroni-kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana dalam 20 Akaun Induk adalah lebih RM3 bilion. Modus operandi DSAI adalah pecah dan perintah serta setiap operator untuk setiap Akaun Induk tidak sedar tentang kewujudan Akaun Induk yang lain. Saya percaya kerajaan sedar tentang siapakah kroni-kroni ini. 

7. Setakat yang saya tahu dan melalui penglibatan saya sendiri, lebih daripada RM120 juta telah dibayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kroninya dan organisasi yang digunakan untuk memajukan cita-cita politik beliau sendiri. Sebagai contoh ia dalam pengetahuan saya bahawa atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dana daripada Akaun Induk dibayar kepada dirinya dan individu-individu pengikutnya serta organisasi-organisasi yang dikenali berkaitan atau berhubungan dengannya antara 1992 hingga 1997: -
 
(1) Dirinya sendiri (DSAI) – RM50 juta
(2) Dato ‘Abdullah Ahmad (PBB) – RM 5 Juta
(3) Dato Nasaruddin Jalil – RM10 Juta
(4) Asia Pasifik Dasar Centre (APPC) – RM 38 juta & Douglas H. Paal – (USD 10.0 Million)
(5) Institut Kajian Asas (IKD) – RM5 Juta
(6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar – RM5 Juta
(7) Abim – RM 5 Juta – Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) – RM 2 Juta
(8) Yayasan Islam yang berpangkalan di UK – RM 1 Juta
JUMLAH RM 121 Juta 

8. Saya juga diberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Tong Kooi Ong untuk membayar Puan Shamsidar dan seorang lagi bernama Encik Rahman terhadap apa yang mereka lakukan. Puan Shamsidar adalah isteri Encik Azmin Ali, Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara meluas telah diketahui bahawa Puan Shamsidar dibayar lumayan dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu serta pada kebanyakan masa dia tidak perlu untuk pergi ke tempat kerja. 

9. Saya mesti membuat pendedahan khas tentang sebuah Pertubuhan Amerika yang dipanggil Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas Pengarah Kanan untuk Hal Ehwal Asia (1989 hingga 1993) Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat. Douglas H. Paal meninggalkan Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan APPC pada tahun 1993 yang dibiayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bertanggungjawab untuk mengatur sumbangan sebanyak USD IO Million kepada APPC dan Douglas. H. Paal atas arahan Datuk Seri Anwar. 

Saya percaya bahawa kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lain juga membuat sumbangan besar kepada APPC dan Douglas H. Paal. Walaupun saya tidak dapat memastikan jumlah sumbangan mereka secara tepat, saya yakin jumlahnya juga mencecah berjuta-juta dolar AS.
 
APPC dan Douglas H. Paal adalah salah satu daripada jentera utama yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan imej beliau di negara-negara Barat, terutamanya di Washington, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. APPC juga pelobi utama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan organisasi media antarabangsa. 

10. APPC menganjurkan “Dialog Pasifik” iaitu satu persidangan di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang pada November 1994. Dialog Pasifik Kedua telah diadakan pada bulan Januari 1996, Dialog Pasifik Ketiga pada bulan November 1996 dan Dialog Pasifik Keempat pada bulan Januari 1998. Sepatutnya akan dibuat Dialog Pasifik Kelima yang dirancang pada bulan Disember 1998 tetapi telah dibatalkan kerana penaung persidangan itu tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua persidangan Dialog Pasifik telah diadakan di Malaysia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sumber utama pembiayaan untuk APPC. 

11. Dalam apa yang saya percaya seperti yang dianggap sebagai pengkhianatan kepercayaan orang ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa APPC harus menguruskan rizab BNM sebanyak RM50 Bilion dan dana KWSP sebagai balasan untuk perkhidmatan yang telah diberikan. Alternatif yuran besar sebanyak USD 3 Juta akan dibayar setiap tahun kepada APPC untuk kos menjalankan Pusat di Washington. Nasib baik ini arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk APPC menguruskan dana di atas tidak dapat dikuatkuasakan.
 
Apa yang saya telah saya nyatakan di atas tanpa keraguan membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang bersedia mengorbankan tabung-tabung negara untuk faedah cita-cita politik dengan bantuan elemen-elemen asing. 

Perkembangan semasa yang sedang berlaku di negara ini yang mengancam ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat untuk melanjutkan cita-cita politik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti yang mencukupi bagi menyokong dakwaan ini. 

12. Saya juga telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan untuk membantu orang yang berikut untuk membersihkan hutang mereka seperti yang dinyatakan di bawah: - 

(a) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Tan Sri Abdullah Ahmad (sekarang Wakil Tetap ke PBB) dengan Bank Bumiputra tentang hutang lebih daripada 10 Juta. Saya membantu dengan rundingan hutang penyelesaian sebanyak RM7 Juta. Suatu amaun sebanyak RM5 Juta telah diambil daripada Akaun Induk untuk membayar hutang tersebut. Manakala baki sebanyak RM2 Juta datang dari Tan Sri Ahmad Abdullah sendiri, hasil dari penjualan tanah. 

(b) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Puan Marina Yusof dengan bank-bank tempatan yang berjumlah lebih daripada RM20 juta. Saya telah menyampaikan permohonannya itu kepada Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk bantuan membangunkan tanah di sepanjang Jalan Tun Razak, yang kini telah disiap dikenali sebagai Marinara Kompleks. Panel TPU meluluskan permohonan beliau. Puan Marina Yusof sangat berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

(c) Sebuah syarikat berpengkalan di Pulau Pinang Mercury Securities berhutang dengan MUI Bank lebih daripada RM l0 juta yang dicagar dengan caj tanah pihak ketiga. Pemegang saham majoriti ialah Chew Seng Guan dan Encik Ahmad Kamal yang Datuk Seri Anwar Ibrahim latih untuk menjadi ahli perniagaan dan ahli politik Bumiputera. Saya kemudiannya membantu mengatur pejualan tanah kepada Matang Emas Sdn. Bhd sebuah syarikat yang dimiliki oleh Encik Taib Hamid, di mana jualan tanah itu juga dapat menyelesaikan beberapa masalah peribadi Encik Taib Hamid. Sebidang tanah yang sama kemudiannya dijual oleh Encik Taib kepada TPPT Sdn Bhd untuk projek perumahan kos rendah yang kini dikenali sebagai Taman Tun Perak. 

(d) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan saya untuk membantu Kumpulan Dato ‘Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan NST daripada Renong. Saya meminta bantuan dari Kumpulan Hong Leong untuk menstrukturkan urus niaga itu. Saya bercakap dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan dari Hong Leong. Mereka mencadangkan supaya Kumpulan Dato ‘Nazri menggunakan MRCB sebagai kenderaan untuk mengambil alih saham NST. Saya kemudian bercakap dengan Maybank untuk mengatur pinjaman kepada Nazri untuk membeli MRCB dan satu lagi pinjaman untuk membeli NST. 

(e) Saya telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu Encik Faiz Abdullah ( penulis hantu Datuk Seri Anwar Ibrahim), bersama-sama dengan Seow Lun Hoo dari Hong Leong untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB), kemudian dimiliki oleh Berhad ldris Hidraulik. Skim yang terlibat menggunakan Arus Murni Berhad dahulunya dikenali sebagai Timuran Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Utama BSKL sebagai syarikat induk. 

Saya mendekati bank-bank berikut (i. Hong Leong Bank ii. Hong Leong Finance iii. Sime Bank iv. RHB Bank v Southern Bank vi. BSN Commercial Bank) untuk membantu pinjaman sindiket untuk membeli saham KUBB yang bernilai melebihi RM400 juta. 

Faiz Abdullah adalah seorang penulis hantu yang sangat bijak dan operator politik untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga seorang peguam, bekas wartawan dan bekas pegawai polis Cawangan Khas. 

13. Penglibatan saya dengan Tong Kooi Ong dan Akaun Induk dalam melaksanakan arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan saya dalam masalah undang-undang. Pada 16 September 1999 saya didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar tentang pemilikan saham-saham Ben Harta Sdn Bhd dan 51 hartanah yang diwujudkan untuk faedah saya yang berjumlah RM23.9 juta. 

14. Saya mesti menyatakan bahawa saya tidak pernah tahu tentang kewujudan kedua-dua individu yang kononnya menjadi pemegang saham Ben Harta Sdn Bhd iaitu Gan Hong Sin @ Lan Hong Sing dan Gan Sor Ting. Tong Kooi Ong telah menunjukkan kepada saya bahawa syarikat ini memegang hartanah dan saham sebagai sebahagian daripada skim untuk mengumpul dana untuk Datuk Seri Anwar. 

Saya tidak pernah ditunjukkan atau melihat buku Akaun Induk yang dikendalikan oleh Tong Kooi Ong. Saya tidak tahu apa-apa saham yang dipegang oleh Ben Harta bagi pihak saya, serta lokasi daripada 51 hartanah yang juga dikatakan telah diadakan bagi pihak saya, kecuali satu apartmen dan satu banglo yang saya telah diamanahkan untuk mengekalkannya bagi tujuan pelaburan yang kemudiannya dijual untuk Akaun Induk. 

15. Saya amat percaya bahawa maklumat yang salah telah diberikan kepada pihak berkuasa untuk mengaitkan saya dengan Ben Harta Sdn Bhd. Saya menuding jari kepada Tong Kooi Ong dan dua pemegang saham Ben Harta. Mereka telah mensabitkan saya untuk menyelamatkan diri mereka sendiri. 

16. Selain dari hartanah yang dipegang di bawah Ben Harta Sdn Bhd, saya juga tahu bahawa beberapa harta telah dibeli untuk pelaburan dan Akaun Induk dan untuk kegunaan masa depan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lokasi harta-harta ini terletak di sekitar Kuala Lumpur yang bernilai kira-kira RM15 juta. 

17. Berkenaan dengan polisi kerosakan yang diguna pakai oleh BNM berikutan kemelesetan ekonomi pada Julai 1997, saya secara mutlak, menyatakan bahawa saya telah menentang kuat terhadap polisi-polisi ini. Saya menentang polisi ‘Had Pinjaman Dibenar’(Legal Lending Limit), pengurangan NPL (pinjaman tidak berbayar) daripada 6 bulan hingga 3 bulan, ‘Pengecutan Kredit (Credit Crunch) diperkenalkan pada Oktober 1997 dan ‘Kadar Faedah Tinggi ‘ (Higher Rate of Interest). Semua polisi-polisi ini telah disahkan dan diterima pakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Saya dan beberapa pegawai eksekutif BNM berusaha untuk menghentikan polisi-polisi ini daripada dilaksanakan. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengecam saya kerana bersuara menentang polisi-polisi ini. Dia menuduh saya “terlalu dekat dengan pasaran”. 

Saya kini sedar bahawa ini adalah satu taktik politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghancurkan ekonomi dan membawa Malaysia melutut dan menjemput International Monetary Fund (IMF) bagi memaksa Dr Mahathir meletak jawatan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana Menteri. 

18. Berikutan penangkapan saya dan diikuti dengan peletakan jawatan saya sebagai Pengarah Eksekutif RHB Bank Berhad yang telah membuatkan saya berfikir bahawa sepanjang penglibatan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat dikesali walaupun seperti yang saya katakan sebelum ini saya telah dipaksakan sebagai salah seorang Eksekutif di BNM. 

Saya kini sedar bahawa saya telah dieksploitasi dan diperalatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang aset untuk kegunaan politik peribadi dan manfaatnya. Aset-aset yang ditahan di bawah Ben Harta bukan milik saya. Oleh itu, terpulang kepada kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya berkenaan pengurusan kuasa, termasuk penyitaan jika dibenarkan. 

19. Saya kini menyeru semua rakyat yang cintakan keamanan dan setia Malaysia untuk menolak taktik politik kotor yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya, sebaliknya menyokong semua usaha-usaha ekonomi dan fiskal untuk membawa kembali kesejahteraan ekonomi negara. Saya sentiasa bersedia dan sanggup untuk mengutuk sesuatu yang tidak betul dan komplot Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan cita-cita politik beliau yang sememangnya menjejaskan keselamatan negara, keamanan dan kestabilan politik. 

20. Kesimpulannya, saya dalam keadaan tidak berbelah bagi bahawa Sidang Akhbar / Siaran ini dibuat melalui Akuan Berkanun dibuat oleh saya secara sukarela, tanpa apa-apa dorongan, ugutan atau janji atau paksaan dari mana-mana pihak, mahupun sebagai balasan bagi apa-apa nikmat atau rawatan khas berkaitan dengan tuduhan yang saya hadapi dan saya membuat pengakuan ini dengan hemat sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan menurut kuasa Akta Akuan Berkanun, 1960.
Ditandatangani oleh penama 

DATO ‘ABDUL Murad bin Khalid
Kuala Lumpur, 26 Okt 1999.

Thursday, November 22, 2012

Rafizi ke Hong Kong hanya untuk makan angin



Delegasi PKR yang diketuai oleh Rafizi Ramli telah terbang ke Hong Kong berjumpa dengan pegawai-pegawai ICAC bagi menyerahkan bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman. Tiga bukti yang diserahkan oleh Rafizi Ramli kepada pihak ICAC adalah seperti berikut:
1. Kenyataan Dato’ Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC

2. Kenyataan Dato’ Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno

3. Pendedahan bahawa anak Dato’ Seri Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Dato’ Seri Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC

Menurut delegasi PKR, mereka percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar, dan mereka berharap ICAC dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman. Selain itu, delegasi PKR juga telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC.

Bullet ingatkan Rafizi benar-benar dedahkan bukti dalam bentuk dokumen, resit, bank statement, gambar, video atau sebagainya, rupanya dia hanya petik kenyataan Lajim dan Bumburing dan menggambarkan kenyataan itu adalah bukti yang mewajarkan pihak ICAC membuka semula kes RM40 juta? Belum reda lagi isu Rafizi terkantoi dalam sidang media beliau sendiri dimana beliau membuat pendedahan video Hummer yang tidak nampakpun kelibat pihak tertuduh berada dalam Hummer berkenaan. Selepas beliau gagal memperbodohkan wartawan, kini beliau ke Hong Kong pula untuk memperbodohkan pegawai-pegawai ICAC.

Jauh-jauh dia datang, dari Malaysia ke Hong Kong, hanya 3 "bukti" itu saja yang dia bawa? Dia ke Hong Kong semata-mata untuk makan angin ka? Boleh percaya ka bila Rafizi cakap akan menyerahkan lebih banyak bahan bukti dalam tempoh 3 minggu? jika benar bukti-bukti itu ada dalam simpanan beliau, kenapa tidak serahkan saja hari ini? Sepatutnya Rafizi berterus terang kepada pihak ICAC bahawa buat masa ini beliau tidak mempunyai apa-apa bukti selain dari kenyataan dua ekor katak dan video Hummer yang telah gagal menarik minat wartawan di negara ini.

Kenyataan Lajim dan Bumburing tidak boleh dianggap sebagai bahan bukti, lebih-lebih lagi ketika kedua-dua ahli politik ini mempunyai kepentingan dengan parti politik Pakatan Rakyat. Sudah tentulah Lajim dan Bumbring akan membuat kenyataan yang memburuk-burukkan kerajaan BN. Malah, kedua-dua katak ini juga tidak pernah mendedahkan bukti bahawa wang itu dimasukkan ke akaun peribadi menteri. Jesteru, Bagaimana Rafizi boleh anggap kenyataan itu sebagai bukti?

Nampaknya Rafizi begitu obses dengan kerja yang direka oleh parti beliau sendiri sehinggakan saban hari tidak ada perkara lain yang difikirkannya selain dari berusaha untuk mencari kesalahan UMNO dan Barisan Nasional. Namun sesuatu yang amat-amat perlu rakyat ketahui adalah dalam kesibukan Rafizi berusaha mencari dan mendedahkan kepincangan ataupun apa yang beliau faham sebagai penyelewengan pernahkah anda semua terfikir mengapa agaknya Rafizi berbuat demikian?

Apa motif utama Rafizi berbuat demikian? Dalam bahasa mudahnya Rafizi mahu membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional dan UMNO hari ini adalah kerajaan yang tidak baik dan merupakan kerajaan yang di penuhi dengan gejala rasuah yang harus rakyat tolak dalam pilihan raya yang akan datang. Tetapi Rafizi sebenarnya terlupa rakyat juga sedang melihat kepada perkembangan Pakatan Rakyat yang kononnya merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan kerajaan sedia ada.

Tahukah Rafizi bahawa rakyat juga ingin mengetahui berapa nilai sewaan jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar? Jika harga jet itu sudah mencecah USD39 juta, sudah tentu nilai sewaannya juga berlipat kali ganda lebih tinggi dari harga tiket MAS atau Airasia. Dari mana datangnya dana untuk membiayai kos penerbangan jet itu?

Tahukah Rafizi bahawa rakyat juga mahu mengetahui dari mana datangnya dana untuk membeli sebuah bas mewah yang didaftarkan dibawah nama Khalid Ibrahim? Dan turut menjadi persoalan, kenapa tandas dalam bas tersebut perlu mempunyai ruang yang besar hingga boleh memuatkan dua orang dalam satu-satu masa?

Tahukah Rafizi bahawa pembelian lori sampah yang menjadi pertikaian di Selangor kini masih gagal dijawab oleh Pakatan Rakyat? dan apa sebenarnya hubungan pembelian lori sampah tersebut dengan kewujudan bas mewah khalid Ibrahim?

Tahukah Rafizi bahawa rakyat juga ingin tahu berkenaan isu KCB ladang ternakan lembu di Papua New Guinea yang melibatkan kerajaan negeri Kedah di bawah PAS? Bagaimana pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) ini boleh ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengarah? Malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding berserta yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan?

Bagaimana pula agaknya dengan status tanah Taman Manggis yang kini diberitakan sudah dijual oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada sebuah syarikat lain, sedangkan proses pembelian tanah tersebut sedang berjalan diantara Pemuda BN dan kerajaan negeri?

Agaknya apa yang berlaku dengan Ladang Rakyat kerajaan negeri Kelantan yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah? Siapa individu/kroni yang mendapat manfaat dari hasil balak tanah tersebut?

Itu belum masuk dana asing yang diturunkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO-NGO pro pembangkang? dalam pendedahan Bullet sebelum ini, dari tahun 2005 hingga 2011, NGO dan media pro pembangkang di negara ini telah disuapkan dengan dana yang mencecah hampir RM20 juta dari National Endowment for Democracy (NED) bagi membantu misi rampasan kuasa Pakatan Rakyat. Kenapa Rafizi tidak siasat motif serta kaitan antara Pakatan Rakyat dengan NED?

Dalam isu Hummer, Rafizi sedang berusaha untuk mencari setiap titik kesalahan yang ada sehingga sanggup mengendap keluarga menteri semata-mata untuk mencari bahan yang boleh dipolitikkan. Namun Rafizi barangkali terlupa sesuatu yang sedang bermain di fikiran rakyat..
 
Bagimana dengan kereta Ferrari milik Azmin Ali? Azmin sendiri pernah mengaku bahawa kemewahan beliau datangnya dari Tauke Wong, tauke balak dari Sarawak. Namun itu dahulu. Kini, Azmin lebih “advance” kerana memiliki sumber dana dari luar negara. Khabarnya dari puak-puak Yahudi dan Zionis yang menyokong Anwar.
 
Dan satu lagi pendedahan terbaru oleh blogger pro BN berkenaan dengan kekayaan luar biasa seorang ahli parlimen PKR iaitu Zuraida Kamaruddin yang mampu memiliki koleksi kereta seperti VOLVO XC90 2.5 T, Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT, Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT dan Mercedes Benz E240. jika harga keempat-empat kereta ini disatukan, nilainya lebih tinggi dari Hummer.

Apa yang ingin dikongsikan disini ialah mengapa agaknya Rafizi langsung tidak berusaha untuk mencari serta mendedahkan isu-isu yang melanda Pakatan Rakyat? Adakah ketelusan itu hanya perlu dipihak BN, tapi tidak dipihak Pakatan Rakyat?

Atau ianya hanya untuk kepentingan Rafizi dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya semata-mata?

By: Borneo Bullet

Wednesday, November 21, 2012

Rahman Dahlan akan dedahkan surat ICAC yang menunjukkan kes itu telah ditutup

Pengarah Strategi PKR Ramli Rafizi perlu berhenti menganggu Hong Kong untuk membuka semula siasatan kes rasuah RM40 juta Datuk Musa Aman itu, kata setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar), sambil menambah beliau akan mendedahkan surat-menyurat rasmi daripada agensi anti-rasuah itu Khamis ini untuk membuktikan mereka telah menutup kes atas kehendak mereka sendiri.

“Saya akan dedahkan surat ICAC yang menunjukkan kes itu telah ditutup. Saya mempunyai dokumen yang beliau buru ... Saya akan dedahkan dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari Khamis ini,” kata ahli parlimen Kota Belud itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengulas rancangan Rafizi untuk mengetuai misi empat orang ke Hong Kong bagi mendesak Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) membuka semula siasatan rasuah terhadap Musa dan peniaga kayu Sabah, Michael Chia.

Beliau memanggil Rafizi sebagai “pelakon” dan “munafik”, taksub dengan “lakonan politik” untuk menganjurkan perjalanan tersebut hanya kerana enggan untuk mempercayai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ICAC yang menyiasat perkara itu dengan teliti dan menggugurkan kes atas sebab-sebab sah.

Abdul Rahman menuduh Rafizi mengamalkan sikap berat sebelah kerana tidak mempercayai keputusan SPRM menutup kes Musa tetapi menerima keputusan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) di akhir 1990-an menghentikan siasatan mengenai dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengawal RM3 bilion dalam akaun bank.

“Berhenti, berhenti menjadi seorang pelakon. Ini adalah sesuatu yang sangat serius kerana menyebut tentang Ketua Menteri Sabah (Musa),” katanya kepada Rafizi.

Jika Rafizi berkeras untuk ke Hong Kong, Abdul Rahman berkata beliau akan memadankan sandiwara lelaki PKR itu dengan mengutip derma untuk terbang ke UK, AS dan Singapura bagi menggali dakwaan skandal RM3 bilion terhadap Anwar.

“Gali tentang apa yang berlaku kepada RM3 bilion ... selepas anda (Rafizi) selesai urusan di Hong Kong, ambil penerbangan ke United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.

“Jika dia (Rafizi) tidak mempunyai wang, saya bersimpati dengannya ... Saya akan cuba mengumpul dana di kalangan ahli-ahli Umno, memulakan dana ... ‘Tabung Pembongkaran RM3 bilion’ semasa mesyuarat agung tahunan Umno minggu hadapan dan mendapatkan ahli menderma bagi membelikan beliau tiket penerbangan, “kata Abdul Rahman.

Beliau terus menegaskan bahawa ICAC dan SPRM tidak melanggar mana-mana prinsip dalam mengarahkan siasatan terhadap Musa ditutup, sambil menambah kedua-dua agensi itu menjalankan siasatan terperinci sebelum membuat keputusan.

Wakil daripada ICAC terbang ke Sabah tahun lepas untuk bertemu secara peribadi dengan Musa, yang menawarkan kerjasama penuh, tambah Abdul Rahman.

“Seterusnya, SPRM, bersama-sama dengan ICAC membuat kesimpulan bahawa tiada kes oleh kerana tuduhan tidak mapan.

“Sekarang, mengapa Rafizi tidak percaya dengan SPRM kali ini tetapi percaya ketika mereka masih dikenali sebagai BPR? Itu adalah persoalan asas,” katanya.

Rafizi dan tiga penggubal undang-undang PKR lain merancang bertemu dengan ICAC dan beberapa ahli parlimen Hong Kong semasa perjalanan dua hari bermula hari ini untuk menyiasat keadaan menyebabkan ICAC menutup kes terhadap Musa.

Pengarah strategi PKR percaya siasatan mungkin ditutup atas sebab-sebab meragukan seperti kegagalan memujuk SPRM bekerjasama dengan agensi tersebut.

Saturday, November 10, 2012

Dana Politik: Realitinya

APABILA Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan di Parlimen mengenai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong yang membersihkan Datuk Seri Musa Aman daripada dakwaan rasuah, saya pantas tersenyum sinis: sewajarnya pembangkang berada dalam keadaan serba salah ketika ini. 

Jika sebelum ini mereka rancak `menyerang' Musa atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, pengumuman itu nyata mengubah strategi mereka kepada `serangan melampaui prasangka'. 

Beberapa hari selepas pengumuman itu, pembangkang dengan mudah mengalih serangan daripada Musa kepada sumbangan politik bagi UMNO. Kali ini, antara kutukan kedengaran ialah menyifatkan sumbangan itu sebagai tidak munasabah, tidak boleh diterima dan Suruhajaya Siasatan Diraja (RCI) mesti dibentuk serta-merta. 

Sementara saya tinggalkan pembangkang dengan agenda mereka, mari kita kupas satu persatu kebenaran di bawah lapisan politik Malaysia. Rakyat Malaysia dibenarkan menyumbang wang kepada parti politik pilihannya, malah kepada sesiapapun yang dimahukan. Jika penyumbang enggan identitinya didedahkan, permintaan itu mesti dipenuhi selagi sumbangannya tidak menyalahi undang-undang. 
 
Bagaimanapun, dunia pembangkang berpusat kepada suasana ketidakadilan dan pilih kasih. Izinkan saya jelaskan. Apabila UMNO menerima sumbangan, identiti penyumbangnya mesti didedahkan segera. Bagaimanapun, pernahkah anda mendengar pembangkang mengumumkan sumber derma yang diterima sekata ini? Kita tahu mereka juga menerima sumbangan politik daripada pelbagai pihak. Anda lihat ironinya?

Sebagai contoh, kita ambil ibu pejabat baru DAP bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang. DAP membinanya dua tahun selepas memerintah Pulau Mutiara. Ibu pejabat DAP itu dilapor bernilai kira-kira RM3.5 juta. Menurut Pengerusi DAP Pulau Pinang, duit berkenaan adalah hasil sumbangan dan jutaan ringgit sudah dikumpul setakat ini.

Apabila saya tanya seorang pemimpin kanan DAP di laman Twitter mengenai pembiayaan bangunan itu, beliau menjelaskan ia dikumpul daripada penyokong setiap DAP. Agak menarik juga apabila individu memberi wang kepada DAP, ia dinamakan `sumbangan ikhlas' tetapi apabila sumbangan sama dilakukan terhadap UMNO, pembangkang pantas menuduh UMNO mengamalkan kronisme, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ironinya, ketika pembangkang menuduh Musa menjarah dan merampas kawasan kaya dengan balak di Sabah, ketegasan Ketua Menteri Sabah itu dalam melindungi balak dan hutan daripada diceroboh pihak tidak bertanggungjawab menjadikan Musa jaguh di kalangan kumpulan pencinta alam sekitar di seluruh dunia. Semua pertubuhan berkenaan terus-menerus memuji program dilaksanakan Musa dalam melindungi hutan. Kawasan hutan yang ditanam semua dengan pantas di bawah pentadbiran Musa, membolehkan kawasan yang dibalak kembali subur dengan hutan baru dalam tempoh 30 tahun. 

Malah, sepanjang menjadi Ketua Menteri, Musa mewartakan lebih banyak kawasan hutan yang kaya dengan balak dan meletakkannya di bawah perlindungan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan tiada Ketua Menteri termasuk dirinya sendiri, memberi kebenaran secara peribadi untuk membalak di kawasan dilindungi tanpa kebenaran DUN! 

Ketegasan sama ketara dilihat menerusi cara Musa menangani simpanan besar negeri merangkumi arang batu, silika, emas dan batu kapur yang berpotensi menghasilkan pendapatan berbilion ringgit jika dilombong.

Apabila ditanya mengapa beliau menghabiskan tenaga dan wang melaksanakan agenda pemuliharaan dan tidak memanfaatkan sumber berkenaan yang boleh meningkatkan pendapatan negeri, Musa menjawab: "Tak apalah, sekarang ini, Sabah dilimpahi dengan pendapatan hasil daripada minyak. Biarlah kita pelihara hutan dan sumber galian bagi masa depan anak cucu kita." 

Jika anda mempercayai segala dakwaan pembangkang di Parlimen, anda akan beranggapan sumber kewangan Sabah berada dalam genting - dikendalikan oleh pemimpin yang menyeleweng dan menyebabkan jutaan rakyatnya merempat manakala masyarakatnya kucar-kacir. 

Gambaran itu jelas jauh menyimpang daripada kebenaran. Hakikatnya ialah menerusi kepemimpinan Musa sebagai Ketua Menteri, pertumbuhan Sabah melonjak dengan ketara. Simpanan tunai negeri berada di kedudukan paling tinggi dalam sejarah, melepasi dua negeri paling maju di Malaysia (Selangor dan Pulau Pinang) dan berkembang dengan konsisten. Jika Ketua Menterinya mengamalkan rasuah seperti dakwaan pembangkang, sudah lama Sabah menjadi papa kedana. Ini kerana bukan sukar mengaut kekayaan negeri jika anda memiliki sikap sebagai `penyedut hampagas' seperti didakwa pembangkang. 
 
Selain daripada simpanan tetap, Sabah turut mencatat sejarah tersendiri apabila Musa membentangkan Bajet Negeri bagi 2012 berjumlah RM4 bilion. Ia adalah angka terbesar dalam aspek pendatangan dan peruntukan, sekali lagi mengatasi Bajet Selagor dan Pulau Pinang. Bagi menambah pencapaian cemerlangnya, Laporan Ketua Audit Negara menyebut Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Musa sebagai negeri yang memiliki asas dan pengurusan kewangan terbaik buat kali ke-12 berturut-turut. Dalam hal ini, sudah tentu pembangkang mengabaikan fakta berkenaan. 

Walaupun tiada undang-undang khusus melarang penyokong memberi sumbangan kepada parti politik, SPRM dengan jelas menegaskan kepada semua parti politik bahawa sumbangan tunai yang diterima sebagai derma mesti direkodkan, dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti dan disertakan dalam proses audit, termasuk oleh SPRM. Itulah yang dilakukan oleh UMNO Sabah. 

Sudah kerap saya dengar pembangkang memuji ICAC Hong Kong di Parlimen sebagai agensi membanteras rasuah terbaik di dunia. Malah, mereka turut mendesak SPRM mencontohi kaedah ICAC dalam menjalankan siasatan antirasuah. Malangnya, apabila ICAC sama membebaskan Musa, pembangkang dengan lantang menyifatkan keputusan itu sebagai `meragukan' dan `di luar kebiasaan'. Itu lancang namanya! 

Harus diakui semua parti politik termasuk pembangkang, menerima derma dan sumbangan daripada penyokong. Jika tidak, bagaimana mereka boleh melaksanakan pelbagai kegiatan parti di seluruh negara yang perlu dilakukan secara berterusan sepanjang 5 tahun selang pilihan raya? 

Mari kita bermain dengan angka. Andaikan PKR mempunyai cawangan di semua 222 kawasan Parlimen dan menghabiskan minimum RM10,000 bagi setiap cawangan untuk sewa pejabat, gaji kakitangan, utiliti, bekalan pejabat dan aktiviti. Ia bermakna pimpinan atasan PKR perlu membelanjakan RM2.22 juta sebulan atau RM26.6 juta setahun. Ia membawa kepada RM133.2 juta bagi 5 tahun untuk membiayai kos cawangannya di seluruh negara! 

Kalau pun PKR hanya mempunyai separuh daripada cawangan itu, jumlah yang diperlukan bagi urusan pentadbirannya ialah RM66.6 juta untuk tempoh 5 tahun! Angka besar ini tidak termasuk perbelanjaan PAS dan DAP bagi cawangan masing-masing. 

Oh, saya hampir terlupa. Apa yang kecohnya mengenai sumbangan RM40 juta itu?