Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Dunia siber, gelanggang kemenangan BN dalam PRU ke-13

Dunia siber yang menjadi ‘rumah’ bagi pelbagai aplikasi media sosial dan blog merupakan gelanggang utama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin. 

Justeru, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata pemuda BN perlu menyediakan diri mereka bagi memerangi segala fitnah dan penipuan ditabur pembangkang dalam dunia siber yang menjadi sumber maklumat utama generasi muda pada masa kini. 

“Lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda di bawah umur 40 tahun, mereka ini selain media arus perdana mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain. 

“Dulu PRU 2004 dan 2008 dunia siber ini merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat, namun pada PRU ke-13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN,” katanya ketika berucap melancarkan Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara di sini kelmarin. 

Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Ketua Pemuda MCA dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk Harridz Mohan pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu. 

Khairy berkata pemuda BN perlu menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber. 

“Kita jangan sekali-kali tenggelam dengan tahap pemikiran pihak pembangkang dengan menggunakan fitnah dan penipuan bagi memerangi mereka. Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. 

“Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna. Peperangan di siber ini seperti ‘permainan di tempat lawan’ dalam bola sepak yang kita rasa lebih manis kemenangannya berbanding ‘permainan di tempat sendiri’,” katanya. 

Beliau berkata pembangkang mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh sewenang-wenangnya menabur fitnah dan penipuan kerana tiada kekangan dan tindakan balas terhadap apa yang dilontarkan seperti yang ada pada media arus perdana. 

“Inilah sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan. Berbeza dengan dunia siber, sesiapa sahaja boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa menyatakan siapa diri mereka,” katanya. 

Khairy berkata usaha memerangi pembangkang perlu dilakuakn secara berterusan dan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi ‘garisan penamat’ pada PRU Ke-13. 

“Dalam tempoh kempen pada PRU Ke-13 pembangkang perlu terus diperangi, tidak guna kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU Ke-13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita,” katanya. - New Sabah Times

Thursday, January 17, 2013

Kenapa Anwar tarik balik saman RM100 juta terhadap Khairy?

Hari ini, berita paling sensasi yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim, sudah tentulah berkenaan penarikan balik saman fitnahnya terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin. Anwar yang terlebih dahulu membuat kenyataan bahawa Khairy Jamaluddin telah menarik balik kenyataannya dan meminta maaf, sekaligus mengiktirafnya sebagai PEJUANG MELAYU dan bukannya boneka Amerika Syarikat atau Yahudi. 

Itu kata Anwar Ibrahim, sedangkan Anwar yang terkenal dengan pembohongan, bukan kali pertama memutarbelitkan cerita sebenar sepertimana dalam kes samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan 13 September 2012 lalu. Saman fitnah terhadap Saiful Bukhari telah ditarik balik ketika pengurusan kes sedang dilangsungkan.

Anwar bagi alasan, penarikan balik saman tersebut adalah kerana, Mahkamah Tinggi telah membebaskannya daripada tuduhan liwat Januari tahun yang sama. 

Saiful Bukhari Azlan yang sememangnya menantikan kes tersebut, terpinga-pinga dengan keputusan Anwar. Dia sebaliknya sudah bersedia untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim sekali lagi di dalam mahkamah. Bagaimanapun, Anwar memilih untuk tidak meneruskan kes dan kemudian membuat cerita bohong kononnya Saiful sudah menyesal dan meminta maaf kepadanya. 

Walhal apa yang dikatakannya itu, langsung tidak berlaku dan Saiful masih serta bertegas bahawa Anwar Ibrahim memang meliwatnya, manakala kemenangan Anwar Ibrahim dalam kes liwat sebelum itu adalah disebabkan teknikal, bukannya fakta. 

Sememangnya, perbicaraan liwat Anwar itu merupakan perbicaraan yang telah merekodkan tempoh paling lama di Malaysia. Anwar Ibrahim dan pasukan peguambelanya telah membuat 73 kali penangguhan kes tanpa sedikit pun mencabar fakta yang dikemukakan.

Hari ini, keadaan yang sama juga berlaku. Saman RM100 juta terhadap Khairy Jamaluddin kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan oleh Anwar sebagai menjejaskan reputasinya pada tahun 2007, ketika Khairy masih lagi berjawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, tiba-tiba ditarik balik.

Sedangkan semua pihak termasuklah Khairy Jamaluddin, khabarnya, sudah tidak sabar-sabar untuk meneruskan kes tersebut. Sepatutnya hari ini, Ezam Mohd Nor, dan Ibrahim Ali memberikan keterangan sebagai saksi Khairy Jamaluddin. 

Tidak ragu-ragu lagi, Anwar sebenarnya amat gentar dengan Ibrahim Ali dan Ezam Mohd Nor walaupun semasa berceramah, dialah yang paling berani dan dialah yang paling benar sampai tak tercabar oleh sesiapa pun. Namun apabila sepatutnya dia membuktikan kebenaran dirinya di dalam mahkamah, Anwar memilih untuk tidak meneruskannya dan kemudian lari sebelum buat cerita bohong demi menyedapkan hati para pengikutnya.

Khairy Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, Anwar sekadar mahukan penyelesaian dibuat di luar mahkamah. Dia tidak perlu membayar sebarang kos, tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu menarik balik kenyataannya. Pendek kata, Anwar memilih untuk membuang masa mahkamah sebelum melarikan diri, kaedah biasa yang sering dilakukannya.

Perlu diingat, Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan satu lagi kes samannya terhadap bekas rakan sekutunya, Dr. Chandra Muzaffar. Perbicaraan tersebut sedang berjalan. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim seperti tidak mahu berita tentang perbicaraannya itu disebarkan, tidak seperti kebiasaan yang diamalkan olehnya.

Kalau di pentas ceramah, Anwar Ibrahim mungkin sangat hebat berceloteh, berbicara dan menghukum orang itu salah, orang ini salah… tetapi nampaknya apabila di dalam mahkamah yang menyediakan bukti, fakta dan saksi, Anwar Ibrahim memilih untuk melarikan diri. 

Mujurlah para pengikut dan pemercaya Pakatan Rakyat terdiri daripada golongan bodoh dan akal pendek. Kalau mereka bijak sedikit, sudah tentu mereka akan dapat melihat bahawa orang yang mereka sangat percaya itu sebenarnya adalah seorang penipu terhebat abad ini!!! - Kedahan69ers