Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Kemalangan Keretapi: Jika Pairin Letak Jawatan, Lim Guan Eng juga Perlu Letak Jawatan

Kemalangan Keretapi Sabah VS Runtuhan Jambatan P.P
KOTA KINABALU: Sabah DAP chairman and Kota Kinabalu member of parliament Jimmy Wong has urged Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan to resign as Minister of Infrastructure Development for the latter’s failure to address the safety problems plaguing the railway system in the state.

“Tan Sri Pairin must resign as the Minister of Infrastructure Development for his failure to address the Sabah Railway Department (SRD) system after two train accidents had happened in the same place within two years. - The Borneo Post

Selepas menunggu beberapa hari bermula dari berlakunya kemalangan ngeri antara keretapi dan kenderaan dinaiki empat pelancong Hong Kong, akhirnya parti politik DAP memulakan langkah pertama mempolitikkan insiden tersebut dengan menuding jari kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Walaupun bahasanya lebih kepada mempertikaikan soal tugas menteri pembangunan infrastruktur, namun tindakan pemimpin-pemimpin DAP Sabah ini tetap berbaur politik lebih-lebih lagi apabila tidak ada desakan sama yang dibuat terhadap Lim Guan Eng mengenai dua tragedi runtuhan di negeri itu.

Jika DAP Sabah boleh membuat desakan supaya Pairin meletakkan jawatan ekoran dua kemalangan yang berlaku membabitkan keretapi Sabah dalam tempoh dua tahun, bagaimana pula dengan kemalangan runtuhan di Pulau Pinang yang berlaku dua kali dalam tempoh SEMINGGU?? Walaupun niat DAP itu baik, namun sebagai parti politik yang berhasrat mahu merampas Puterajaya, perhatian mereka perlu juga ditumpukan kepada hal-hal yang berlaku di negeri lain terutamanya negeri yang manjadi kubu kuat parti itu. Jesteru, wajarlah jika DAP Sabah turut mendesak supaya Lim Guan Eng melepaskan jawatan beliau ekoran kegagalan beliau memastikan kemudahan infrastruktur di negeri itu selamat untuk digunakan.

Mengikut laporan awal pemandu kereta api, pemandu berkenaan telah menggunakan brek kecemasan untuk mengelak kemalangan di kawasan persimpangan empat disamping menempatkan pekerja di situ untuk mengawal lalu lintas. Namun, kereta api itu tetap mengambil masa yang lama untuk berhenti. Malah difahamkan, ketika kejadian kenderaan lain sudah berhenti setelah diberi isyarat tangan oleh pengawal landasan kereta api, kecuali kereta yang dinaiki empat pelancong terbabit. Bukanlah maksud penulis untuk menyalahkan kenderaan yang dinaiki oleh empat pelancong tersebut, tetapi cuma ingin memberikan gambaran jelas bahawa inisiden seperti ini boleh dielakkan jika pengguna jalanraya peka dengan keadaan sekeliling atau isyarat keselamatan. 

Sebagaimana DAP Sabah mengambil sikap tidak kisah mengenai insiden runtuhan di negeri yang mereka jajah, begitu jugalah sikap yang mereka perlu ambil apabila mengulas insiden kemalangan keretapi Sabah, iaitu tidak menyalahkan mana-mana pihak apatah lagi mendesak supaya menteri berkenaan supaya meletakkan jawatan. Sebagai ahli politik, niat atau sikap mereka perlu konsisten dengan apa sahaja yang berlaku dalam negara, bukannya mengambil sikap double standard semata-mata mahu menyelamatkan kepentingan parti masing-masing.

Jika pemimpin-pemimpin DAP dipertanggungjawabkan untuk menjaga laluan keretapi, bagaimana pula mereka menghadapi situasi seperti ini? Dan sekiranya mereka tahu bahawa penghadang automatik di laluan keretapi itu tidak berfungsi sejak 6 bulan lalu, kenapa mereka tidak menjangkakan lebih awal bahawa insiden seperti ini akan berlaku? Bermakna, sebagai pembangkang, DAP juga telah gagal mengingatkan menteri berkenaan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan lebih awal. Atau DAP sengaja membiarkan insiden ini berlaku supaya mereka mempunyai bahan untuk dipolitikkan?? Seperti DAP, menteri yang berkenaan juga tidak menjangkakan insiden ini boleh berlaku setelah langkah-langkah keselamatan telah dilaksanakan.

Sebelum DAP atau pemimpin-pemimpin pembangkang lain mengulas lebih jauh mengenai insiden kemalangan ini, elok juga kita imbas kembali kegagalan DAP dalam memastikan kemudahan infrastruktur di negeri mereka selamat digunakan oleh rakyat. Berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, runtuhan struktur jambatan di negeri Pulau Pinang adalah hasil kerja kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd yang dilantik oleh anak syarikat kerajaan Pulau Pinang, PDC yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng. Cergas Murni dianugerahkan kontrak untuk pembinaan tersebut oleh PDC pada tahun 2010. Maka itu, tidak hairanlah sekarang kenapa para pembesar DAP sangat-sangat gelabah bila kejadian ini berlaku. Dan perasaan gelabah itu turut dirasai oleh pemimpin-pemimpin DAP Sabah sehingga puak-puak ini tidak mengambil masa yang lama untuk menyalahkan Pairin atas kejadian di persimpangan empat laluan keretapi. Tujuannya hanya untuk menutup kepincangan pentadbiran Lim Guan Eng disamping manghangatkan lagi suasana rampasan kerajaan oleh Bapa Kemusnahan Negara Anwar Ibrahim.

Melihat kepada insiden ngeri di Pulau Pinang, yang mana ianya turut melibatkan kegagalan kerajaan negeri itu, tidak terlintaskah difikiran pemimpin-pemimpin DAP Sabah supaya mendesakan Ketua Menteri Lim Guan Eng meletakkan jawatan??

Friday, March 22, 2013

Pelaburan Pulau Pinang Menjunam Cerminkan Kelemahan Kerajaan DAP

Kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang menjunam 73 peratus pada tahun lepas dengan mencatatkan jumlah RM2.47 bilion berbanding RM9.11 bilion yang direkodkan pada 2011, kata Naib Pengerusi Gerakan negeri Ong Thean Lye. Beliau berkata prestasi itu amat membimbangkan kerana sejak lima tahun lepas, kerajaan negeri tidak ada perancangan untuk membawa Pulau Pinang ke tahap lebih baik.

Beliau memberitahu pemberita di sini Khamis, Pulau Pinang adalah antara lima negeri teratas dalam menarik pelaburan semasa di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) namun pada 2012, negeri ini berada di tangga keenam.

"Pada tahun 1972 semasa di bawah pimpinan BN, (mendiang) Tun Dr Lim Chong Eu berjaya menjadikan Pulau Pinang sebagai hub bagi sektor elektronik dan elektrik (E&E). Berikutnya pada zaman Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, industri E&E dibawa ke tahap baharu iaitu daripada pemasangan kepada reka bentuk dan mempromosikan segmen industri diod pemancar cahaya (LED), peranti perubatan dan automasi," katanya.

Ong berkata pelbagai program dan pelan digariskan semasa pentadbiran BN yang menggalakkan industri E&E daripada aktiviti nilai rendah kepada aktiviti nilai yang lebih tinggi supaya industri ini berdaya saing. Katanya penurunan pelaburan turut menimbulkan kerisauan mengenai peluang pekerjaan yang juga menunjukkan penurunan daripada 21,618 peluang pekerjaan pada 2010 kepada 10,359 pada tahun lepas.

Beliau berkata pelaburan asing ke Pulau Pinang turut mencatatkan penurunan sejak tiga tahun lepas daripada RM10.45 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.13 bilion pada tahun 2012.

"Sepanjang tempoh 2010-2012, pelaburan asing adalah sebanyak RM18.72 bilion dengan sebahagian besar daripada jumlah itu adalah untuk pelaburan semula oleh pelabur yang sedia ada untuk meluaskan operasi masing-masing," katanya.

Ong turut menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya memberi penjelasan mengenai kilang Bosch yang dikatakan akan melabur RM2.2 bilion bagi membina kilang pengeluaran panel solar di Batu Kawan di sini. 

Katanya pelaburan asing ke Pulau Pinang sejak tiga tahun lepas adalah dari Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan Belanda, tetapi delegasi perdagangan dari negeri ini lebih tertumpu kepada Korea Selatan, Taiwan, China, Hong Kong dan Australia. Ong berkata Korea Selatan hanya melabur RM1.82 juta pada 2010 dan tidak meneruskan pelaburan selepas itu sedangkan Ketua Menteri kerap mengunjungi negara itu atas urusan rasmi. - Bernama

Ketika negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran kerajaan Lim Guan Eng (DAP) mencatatkan penurunan kemasukan pelaburan setiap tahun, negeri Sabah pula yang selama ini dilabelkan sebagai negeri termiskin oleh puak-puak pembangkang menjadi negeri paling banyak menerima pelaburan berdasarkan rekod suku pertama tahun 2012 dimana jumlah pelaburan adalah sebanyak RM10.2 bilion. 

Dari RM10.2 bilion itu, sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama pelaburan dengan merekodkan pelaburan sebanyak RM5.3 bilion diikuti sektor perkilangan sebanyak RM4.8 bilion. Selebihnya iaitu sebanyak RM170 juta disumbangkan oleh pelaburan dalam sektor-sektor utama. 

Bagi sektor perkhidmatan sebanyak RM4.9 bilion merupakan pelaburan asing manakala, RM370 juta merupakan pelaburan tempatan dalam aktiviti perumahan dan perhotelan. Bagi sektor perkilangan pula sebanyak RM4.6 bilion adalah pelaburan tempatan sementara pelaburan asing berjumlah RM175 juta.

Sebelum negeri-negeri jajahan Pakatan Rakyat terus-menerus mengalami kemunduran, baik rakyat di negeri itu lakukan perubahan pada PRU13 nanti.. Rakyat Sabah juga tidak perlu terlalu kagum sehingga terlopong mendengar setiap kempen atau janji-janji pemimpin Pakatan Rakyat yang hari ini terbukti bahawa kesungguhan mereka untuk merampas kerajaan didorong oleh nafsu semata-mata, bukan atas kepentingan rakyat mahupun negara..