Showing posts with label Projek IC. Show all posts
Showing posts with label Projek IC. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Tun Mustapha Dalang Sebenar Projek IC?

'Mustapha responsible for altering Sabah's demography'

Former Sabah chief minister Mustapha Harun was the man who started the idea of altering Sabah’s electoral demography in a bid to topple the PBS-led state government, the royal commission of inquiry (RCI) on immigrants heard today. Mat Swadi Awi testified at the Kota Kinabalu Court Complex this afternoon that the late Mustapha had tasked him with distributing new voters in constituencies where Usno was weak to strengthen the party. - Malaysiakini

Penulis ingin mengajak semua pembaca untuk mengimbas kembali kenyataan bekas tahanan ISA, Siti Aminah Mahmud mengenai Projek IC di Sabah. Seperti Swadi, Siti juga menuduh Tun Datu Mustapha sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di negeri ini. Menurut beliau, Tun Mustapha pernah memberikan jaminan bahawa mereka yang terlibat dengan aktiviti memberikan IC kepada warga asing TIDAK akan ditangkap. Namun ungkapan itu masih belum cukup untuk menjamin keselamatan pihak-pihak yang terlibat, maka itu Tun Mustapha terpaksa menggunakan nama Tun Mahathir dengan menuduh bahawa projek itu diketuai oleh bekas Perdana Menteri itu.. sedangkan pada hakikatnya tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa pelaksanaan projek IC itu telah mendapat kelulusan dari Tun Mahathir sebagaimana yang dikatakan oleh Swadi dalam pautan Malaysiakini di atas.

Jika benarlah Tun Mahathir mengetuai skandal pemberian IC kepada warga asing di Sabah, kenapa individu-individu yang ditugaskan untuk melaksanakan misi itu masih juga ditangkap dibawah akta ISA? Bukankah Tun Mustapha telah memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditangkap? Bermakna betul lah kata Swadi bahawa penglibatan Tun Mahathir dalam projek ini hanya pada mulut Tun Mustapha sahaja sedangkan projek itu tidak pernah diluluskan oleh Tun Mahathir. Mungkin disinilah bermulanya penjenamaan projek IC kepada Projek Mahathir selepas dalang sebenar projek ini menggunakan nama individu yang paling berkuasa pada waktu itu untuk menyembunyikan agenda jahat mereka.

Benar atau tidak pendedahan terbaru ini, yang pasti Datuk Seri Musa Haji Aman tidak terlibat dan tidak patut dikaitkan dengan skandal pemberian IC kapada warga asing di Sabah. Berdasarkan keterangan Swadi, penulis simpulkan bahawa projek ini hanya melibatkan individu-individu yang berkuasa pada waktu itu, sedangkan Datuk Musa Aman belumpun memegang apa-apa jawatan dalam kabinet ketika projek IC ini dilancarkan. Jesteru, Dr Chong Eng Leong sepatutnya tampil memohon maaf kepada Datuk Musa Aman atas keceluparan beliau membuat tuduhan secara membuta tuli. Dan Anwar Ibrahim juga wajar berfikir dua kali sebelum menamakan tiga orang yang kononnya diketahui beliau sebagai dalang sebenar projek IC ini.

Tuesday, August 6, 2013

Projek IC 1991: Anwar Menteri Kewangan sementara Musa Aman hanya bendahari umno

Tunjuklah apa saja bukti sekalipun, samada dalam bentuk dokumen, gambar mahupun video.. Anwar tetap akan nafikan penglibatan beliau dalam projek IC di Sabah. Malah Anwar sanggup membelanjakan puluhan juta ringgit hanya untuk membayar khidmat peguam-peguam handalan dari luar negara bagi mempertahankan beliau sebagaimana yang dilakukan bagi kes liwatnya. Tidak cukup dengan itu, Anwar juga berkeupayaan menggerakkan penyokong-penyokong butanya ke jalanraya atau dihadapan mahkamah bagi mempertahankan beliau dari dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Begitulah hebatnya Anugerah Tuhan yang sentiasa mendapat pembelaan luar biasa dari penyokong-penyokongnya dalam setiap jenayah yang dilakukan.

Berdasarkan laporan di Borneo Insider, Ketua Biro Guaman dan Hak Asasi Manusia PKR Latheefa Koya berkata bahawa Anwar telah menafikan penglibatannya dalam Projek IC dan dalam masa yang sama beliau turut menamakan tiga individu lain yang terlibat dalam projek itu. Peliknya penafian yang dibuat oleh Anwar ini termasuk tuduhan tiga individu yang terlibat, lantas diterima dengan baik oleh para penyokongnya dan juga pemimpin-pemimpin bawahannya seperti Latheefa Koya. Tidak timbul sedikitpun persoalan lain sekalipun mereka tahu bahawa Anwar adalah menteri kewangan pada tahun 1991 dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Malah Anwar mengakui bahawa beliau tahu mengenai kewujudan Projek IC ini dan tahu siapa yang terlibat, tapi peliknya tidak ada pula tindakan dipihak beliau pada waktu itu, malah beliau membantah cadangan penubuhan RCI oleh PBS?

Dalam laporan Borneo Insider, portal itu turut menyebut nama Musa Aman bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap penafian dan putar belit Anwar. Entah apa motif Borneo Insider menyelitkan semula penafian yang dibuat oleh Musa sedangkan berita itu lebih dulu tersebar luas sebelum Anwar tampil memberikan keterangan. Mungkin juga portal itu sekadar mahu pembaca melakukan perbandingan tentang siapa yang lebih layak dihakimi, atau sekadar mengaburi mata rakyat terhadap cubaan putar belit Anwar yang kononnya akan mendedahkan tiga nama/dalang. Sungguhpun Musa telah menafikan penglibatan beliau dalam skandal projek IC ini namun penulis amat yakin bahawa penyokong-penyokong serta media pro pembangkang tidak semudah itu mempercayai penafian yang dibuat sebagaimana mereka menelan bulat-bulat penafian dan putar belit Anwar. Namun jika kita imbas kembali karier politik kedua-dua pemimpin ini, pasti ramai yang bersetuju bahawa Anwar lebih hampir dengan skandal projek IC berbanding dengan Musa.

Menurut pembohongan Dr Chong Eng Leong, satu jawatankuasa khas yang kononnya diketuai oleh Musa telah ditubuhkan pada tahun 1991 bagi tujuan mencari pendatang haram untuk didaftarkan sebagai ahli parti supaya mereka mengundi Barisan Nasional. Namun bagaimana Musa boleh mengetuai jawatankuasa itu sedangkan pada waktu itu beliau hanya bendahari umno manakala Anwar adalah Menteri Kewangan, malah pada tahun 1992, Musa hanya memegang jawatan bendahari Barisan Nasional sedangkan Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Jesteru bagaimana Musa boleh dituduh sebagai dalang projek IC sedangkan beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa yang membolehkan beliau menguasai jabatan-jabatan kerajaan sebagaimana kuasa yang ada pada Anwar?.. malah Musa juga tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk mendaftarkan warga asing sedangkan Anwar boleh tersenyum lebar apabila beliau mendapat pencalonan terbanyak dari Sabah bagi jawatan Timbalan Presiden umno pada tahun 1993?

Agaknya jika Chong Kah Kiat masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah hari ini, beliau juga mungkin akan dituduh sebagai dalang projek IC, kerana tuduhan pembangkang bukan berdasarkan bukti kukuh, sebaliknya berdasarkan siapa yang berada ditampuk kuasa. Sebab itu penulis amat yakin bahawa setiap pendedahan atau tuduhan pembangkang bukan atas dasar mahu mendedahkan kebenaran, sebaliknya sekadar mahu menjatuhkan kerajaan supaya mereka boleh melaksanakan agenda yang lebih ekstrem dari pengganas..

Friday, August 2, 2013

RCI: Dulu Bantah Sekarang Sokong

KOTA KINABALU - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan awal kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, di Kuala Lumpur esok. Mengesahkan demikian, Anwar berkata beliau sedia bekerjasama sepenuhnya kepada panel RCI demi kebaikan dan kepentingan semua. "Keterangan saya hanya berkisar tentang apa yang saya tahu dan apa yang saya tidak tahu (mengenai isu pendatang tanpa izin di Sabah) semasa saya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu," - Bernama

Anwar kata dia menawarkan diri untuk memberikan keterangan dan akan bekerjasama sepenuhnya kepada panel RCI demi kebaikan dan kepentingan semua. Namun, kenapa Anwar bantah penubuhan RCI ketika Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengusulkan cadangan itu pada tahun 1994? Apa yang perlu Anwar risau pada waktu itu jika benar beliau tidak bersalah atau terlibat dengan projek IC atau kebanjiran warga asing di Sabah? Dakwaan ini bagaimanapun dinafikan oleh Anwar dengan menuduh pihak yang membangkitkan tuduhan itu sebagai alat rendah umno. Namun, satu perkara yang masih menjadi tanda tanya ialah, kenapa Anwar hanya nafikan perkara itu tetapi tidak memfailkan saman sebagaimana kebiasaan dilakukan oleh beliau terhadap pihak yang membuat tuduhan? Bukankah Anwar mempunyai barisan peguam handalan yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk Anwar sekiranya orang tua keparat ini difitnah?

Hari ini, 2 Ogos 2013, Anwar selamat memberikan keterangan dihadapan panel RCI, namun seperti yang dijangka, Anwar sekadar menafikan penglibatan beliau dalam skandal projek IC berkenaan dan dalam masa yang sama cuba mengaitkan 3 individu lain yang tidak dinamakan sebagai dalang sebenar. Anwar turut mengakui bahawa beliau tahu mengenai kewujudan skandal projek IC ini dan tahu siapa yang terlibat atau mendalangi skandal tersebut. Jesteru, kenapa beliau menolak cadangan penubuhan RCI yang dicadangkan oleh pemimpin PBS satu ketika dulu? Jika benar beliau tahu bahawa projek IC ini sememangnya wujud; sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, apa peranan beliau apabila Sabah dibanjiri oleh warga asing yang memiliki IC? Ketika berkuasa, beliau enggan melakukan apa-apa tindakan untuk memperbaiki keadaan, namun selepas bergelar pembangkang, barulah orang tua ini beriya-iya mahu memberikan keterangan dihadapan panel RCI.. Nampak sangat betapa hipokritnya Anugerah Tuhan kebanggaan Pakatan Rakyat ini..

Berdasarkan pendedahan dibeberapa buah blog, ketika zaman kegemilangan Anwar, beliau gemar menghamburkan wang ringgit untuk membeli seberapa banyak pemimpin Sabah untuk dijadikan proksi beliau. Tidak cukup dengan itu, Anwar turut menggunakan kuasa wang ringgit bagi tujuan mendaftarkan kerakyatan pekerja asing di negeri ini (DISINI). Strategi Anwar pada waktu itu memang cukup licik, tersusun dan penuh bergaya dimana akhirnya PBS berjaya ditumbangkan dan beliau sendiri berjaya merebut jawatan Timbalan Perdana Menteri. Maka tidak heranlah kenapa Anwar menolak penubuhan RCI pada tahun 1994... Sekiranya beliau menerima cadangan itu, sudah tentu beliau akan ditahan dibawah akta ISA atau beliau terpaksa berputih mata kerana cadangan yang diusulkan PBS itu bakal memusnahkan hasrat beliau untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Umno..

Monday, July 22, 2013

RCI Sabah: Tuduhan Dr Chong sekadar prasangka untuk memburuk-burukkan UMNO

Jawatankuasa khas diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ditubuhkan untuk mencari pendatang haram untuk mendaftarkan mereka sebagai ahli parti bagi memastikan mereka mengundi Barisan Nasional (BN) kata bekas Senator, Dr Chong Eng Leong kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram. - TMI

Hanya kerana UMNO berjaya menumbangkan PBS, maka timbullah pelbagai dakwaan kononnya UMNO telah merekrut pendatang asing untuk mengundi parti itu. Dan hanya kerana kerajaan persekutuan melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendaftarkan kerakyatan ratusan ribu penduduk Sabah, maka timbullah dakwaan bahawa kerajaan yang ditunjangi UMNO ini telah melakukan jenayah berat sehingga negeri ini dibanjiri PATI yang memiliki kad pengenalan. Akhirnya dakwaan, tuduhan atau fitnah itu kekal sebagai kempen politik pihak-pihak yang berkepentingan apabila sehingga hari ini tidak ada yang berani tampil mengemukakan bukti KUKUH bahawa Jawatankuasa Khas yang di ketuai oleh Datuk Seri Musa Aman itu sememangnya bertujuan untuk mendaftarkan kerakyatan warga asing.

Sebelum kita mempercayai tuduhan Dr Chong Eng Leong dan rakan-rakan seperjuangannya, cuba lihat berapa ramai lagi warga Sabah yang yang belum memiliki kad pengenalan. Berdasarkan maklumat terakhir tahun lepas, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Datuk Haji Jaffear Henry mengatakan bahawa terdapat lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan. Walaupun fakta ini disangkal oleh penulis kontroversi Allahyarham Mutalib MD dimana menurut kajiannya lebih 500,000 rakyat Sabah yang berusia 12 tahun ke atas tidak memiliki MyKad, namun fakta ini cukup untuk menjelaskan fungsi sebenar Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Datuk Musa Aman pada tahun 1991.

Jika ditahun 2012, masih ramai warga Sabah yang belum memiliki kad pengenalan, bayangkan bagaimana pula keadaannya pada tahun 1991. Malah berbanding dengan tahun 90an, kemudahan infrastruktur masa kini terutamanya dalam aspek perhubungan jauh lebih baik dari ketika Jawatankuasa yang di ketuai Datuk Musa Aman itu dilaksanakan. Namun fizikal geografi Sabah disamping kemiskinan penduduk tetap menjadi penghalang utama untuk rakyat di negeri ini turun ke pekan berhampiran untuk mendaftarkan kerakyatan mereka. Jesteru, jika masa ini, program pendaftaran kerakyatan secara bergerak masih lagi dianggap relevan, bagaimana pula pada tahun 1991 yang mana pada waktu itu kesukaran dan kesulitan penduduk untuk turun ke pekan lebih perit dirasai?

Walau apa jua Jawatankuasa yang ditubuhkan pada waktu itu, dan walau apapun nama yang diberikan terhadap misi itu, pembangkang atau puak-puak yang berdendam dengan UMNO pasti berusaha merangka apa sahaja cerita putar belit bagi mengelirukan rakyat disamping memburuk-burukkan kerajaan. Perkara yang tidak pernah berlaku, dikatanya pernah berlaku.. perkara yang tujuannya baik untuk rakyat dan negara, dikatanya mengkhianati negara.. pendek kata, puak-puak terdesak ini sentiasa kreatif dalam mencari ruang dan peluang untuk menyerang kerajaan.

Apa yang penulis cuba sampaikan disini adalah, apa sahaja gerakan yang wujud pada waktu itu untuk mendaftarkan kerakyatan penduduk Sabah atau yang seumpama dengan Jawatankuasa Khas yang kononnya diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, ianya tetap sama dengan program bergerak JPN hari ini, dimana objektif penubuhannya sekadar untuk melaksanakan tanggungjawab kerajaan dalam meringankan beban atau mempermudahkan rakyat pada waktu itu dalam urusan pendaftaran kelahiran atau kerakyatan mereka. Jika penubuhan Jawatankuasa ini dipandang serong oleh sesetengah pihak, bagaimana pula dengan pendaftaran bergerak yang dilaksanakan JPN ditahun-tahun sebelum ini? Dan apa pula pendekatan Dr Chong Eng Leong dalam mengatasi masalah penduduk tempatan yang tidak mempunyai kad pengenalan terutamanya yang tinggal jauh di kawasan pedalaman? 

Jika benar berlaku pemberian kerakyatan kepada warga asing pada waktu itu, Dr Chong sepatutnya menuding tepat kemuka pihak yang melakukan kerja-kerja pengkhianatan ini, bukannya meng"kambing hitam"kan pihak yang tidak pernah ditahan dibawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri, (ISA), 1960 sebagaimana yang dilalui oleh pembekal maklumat kepada Dr Chong, Jabar Khan. Bukan sahaja pada tahun 1991, malah sehingga kini masih ada sindiket yang bergiat aktif mengeluarkan IC palsu. Malah, pada tahun lepas juga, pihak berkuasa berjaya membanteras sindiket IC yang turut didalangi oleh pegawai JPN. Jesteru, apa motif Dr Chong menuding jari terhadap pihak yang tidak pernah dibuktikan bersalah melainkan hanya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penjenayah sebenar seperti Jabar Khan?

Dr Chong sepatutnya memuji langkah-langkah membanteras dan mencegah oleh pihak kerajaan. Selain berjaya menghentikan kegiatan "menjual" kedaulatan negara oleh 15 orang pegawai pendaftaran dan 25 orang awam melalui penahanan dibawah akta ISA, kerajaan juga telah melakukan pelbagai aktiviti mengusir sehinggalah kepada penubuhan RCI. Mungkin lebih tepat jika Dr Chong menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang serta NGO yang pro kepada agenda perjuangan mereka kerana tergamak mendesak kerajaan melalui pelbagai kempen dalam dan luar negara sehingga termansuhnya akta ISA yang sebelum ini terbukti berkesan dalam melindungi negara dari kegiatan-kegiatan seumpamanya.

Kesimpulannya, soal mengkhianati negara atau menggalakkan berlakunya jenayah di negara ini, tidak lain tidak bukan adalah pembangkang sendiri. Akta-akta seperti Ordinan Darurat, ISA, akta Hasutan, akta Perhimpunan Aman, semuanya hendak dimansuhkan.. Banduan yang terkurung dalam penjara juga mahu dibebaskan, malah nasib banduan dalam penjara juga sudah menjadi sebahagian daripada agenda perjuangan mereka. Namun apabila berlakunya jenayah-jenayah yang menggugat keamanan dan keharmonian negara, amat mudah pula jari telunjuk mereka menuding tepat kearah UMNO dan kerajaan BN.

Apa-apapun, penulis syorkan supaya para pembaca merenungi hasil penulisan blogger/pemerhati politik tempatan Sabahan DISINI.. Penulis tertarik dan turut bersetuju dengan pandangan pemerhati politik Suara Rakyat bahawa tuduhan Dr Chong mengenai pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah tercetus ekoran perasaan buruk sangka yang semakin menebal dihati Dr Chong selepas bekas parti yang diwakilinya (PBS) berjaya ditumbangkan UMNO pada tahun 1994. Agaknya sehingga kehari ini, Dr Chong masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan itu sama seperti Anwar Ibrahim. Begitulah lumrah politik pembangkang di Malaysia.. Bila menang, semuanya betul, bersih, jujur, telus, dan sebagainya.. Bila kalah, bermacam-macam jenis tuduhan dibangkitkan termasuklah perkara-perkara yang berlaku puluhan tahun dulu..

Wednesday, June 19, 2013

Sindiket Pemalsuan Punca Kebanjiran PATI Yang Memiliki IC

KOTA KINABALU: Kesediaan pendatang tanpa izin membayar sebarang amaun untuk mendapatkan kad pengenalan (IC) Malaysia telah membawa kepada kewujudan sindiket pemalsuan IC di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah, diberitahu Iisnin.

Pensyarah kanan Sosial Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Dayang Suria Mulia berkata memperoleh IC merupakan strategi pendatang tanpa izin untuk kelangsungan hidup di Sabah dan mereka bersedia membayar harga tinggi untuknya.

"Mereka berpendapat dengan memiliki IC Malaysia akan memudahkan mereka di sini kerana terdapat banyak kelebihan dengan memiliki IC," katanya.

Dayang Suria juga berkata pendatang tanpa izin mempunyai saudara-mara di Sabah yang memudahkan mereka untuk datang ke sini.

Beliau menjelaskan saudara-mara berkenaan akan membantu menjamin keselamatan mereka apabila mereka masuk ke negeri ini menerusi saluran tidak sah.

Dayang Suria berkata dalam kajiannya mengenai pendatang yang tidak mempunyai dokumen pada 1999, beliau mendapati mereka yang tidak mempunyai dokumen berpendapat ia memberi kebebasan untuk mereka bertukar kerja.

Katanya jika seorang pekerja asing mempunyai permit untuk bekerja dalam sektor perladangan, sekiranya dia mahu tukar ke sektor lain, dia perlu memohon permit kerja yang baharu.

"Apa yang saya dapati menarik (dalam kajian itu), tidak mengira betapa ketatnya undang-undang ke atas mereka, terdapat mereka yang tidak bimbang, terdapat mereka yang tidak takut (kepada undang-undang). Sesetengahnya memilih untuk tidak mempunyai dokumen," katanya.

Dayang Suria juga menegaskan industri-industri di Sabah, khususnya dalam sektor perladangan dan pembuatan, amat bergantung kepada bekalan pekerja asing.

Beliau menjelaskan atas hakikat bahawa penduduk tempatan tidak bersedia menjadi buruh kasar, majikan terpaksa bergantung kepada agensi penyumberan luar bagi memenuhi keperluan mereka.

Ditanya oleh pegawai pengendali Datuk Azmi Ariffin adakah industri akan lumpuh tanpa sokongan pekerja asing, Dayang Suria berkata industri akan terjejas walaupun tidak lumpuh kerana ia memberi kesan kepada produktiviti.

Sementara itu, anggota Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) Mohd Ansar Maidin menafikan dakwaan dalam sebuah blog tahun lepas bahawa DPPIMS terlibat dalam mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk pendatang tanpa izin.

Beliau berkata anggota DPPIMS sentiasa memastikan mendapatkan permit kerja untuk pekerja asing mereka, dan tidak membantu mereka mendapatkan kewarganegaraan.

Suruhanjaya itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Anggota panel juga terdiri daripada bekas Naib Canselor UMS Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Herman J Luping, yang juga bekas Peguam Besar negeri.

Prosiding siasatan bersambung tengah hari esok.

Tuesday, April 2, 2013

Motif pengeluaran IC khas Sabah oleh SAPP wajar diragui

SAPP - Sabah IC sebagai dokumen alternatif selain Mykad

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menegaskan bahawa parti itu tidak akan berganjak daripada matlamatnya untuk mengujudkan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) sebaik sahaja parti itu membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).

“ Apabila Sabah IC telah wujud dan berada ditangan rakyat jati negeri ini, dengan secara perlahan kita tidak akan mengiktiraf MyKad yang penuh kontroversi dan meragukan kita semua,” kata beliau ketika memberitahu hadirin kira kira hampir seratus orang semasa ceramah politik di Kg Batu Batu pada Ahad. - Wikisabah

Sebagaimana artikel di atas mengelirukan rakyat, begitu juga dengan kepimpinan SAPP yang semakin tidak waras apabila sanggup menjanjikan perkara yang tidak mungkin mereka mampu laksanakan melainkan jika Sabah keluar daripada Malaysia.

Berdasarkan ucapan Roger Sitimin, SAPP tidak akan mengiktiraf Mykad apabila IC Sabah telah wujud. Bermakna, jika SAPP memerintah, IC Sabah bukanlah dokumen ALTERNATIF kepada Mykad sebaliknya sebagai dokumen yang MENGGANTIKAN Mykad.

Persoalannya, bagaimana pula dengan nasib rakyat Sabah yang bekerja atau belajar di Semenanjung atau Sarawak sekiranya IC Sabah diwujudkan? Mahukan kerajaan negeri Selangor mengiktiraf IC Sabah untuk sebarang urusan di negeri itu?? Mahukah institusi pendidikan samada kolej atau universiti di Semenanjung mengiktiraf IC Sabah sebelum menawarkan kursus kepada anak jati Sabah?? dan bagaimana pula jika negeri-negeri lain turut mengeluarkan IC khas untuk negeri masing-masing??

Terlalu luarbiasa janji yang dilaungkan oleh SAPP sehingga sukar bagi mereka untuk menjawab BAGAIMANA mereka mahu mengatasi masalah-masalah kesan dari pelaksanaan IC khas Sabah ini. Bila ada pihak yang membantah, dengan mudah mereka menjawab bahawa IC Sabah tetap akan dikeluarkan kerana Mykad sudah terpalit dengan pelbagai isu kontroversi.

Daripada sekadar melaung-laungkan pengeluaran IC Sabah dan membidas pihak yang mengkritik idea populis SAPP, kenapa pemimpin-pemimpin SAPP tidak jelaskan saja secara terperinci tentang bagaimana ianya dilaksanakan dan apa pendekatan yang diambil untuk menangani masalah yang mungkin timbul disebabkan kewujudan dua IC yang berbeza ini?? 

Jika alasan mengeluarkan IC Sabah ini adalah kerana Mykad tidak mampu melindungi hak rakyat disebabkan dokumen itu turut diberikan kepada warga asing, bagaimana pula SAPP yang berangan-angan mahu merampas kerajaan MEMASTIKAN bahawa IC Sabah ini tidak akan terlepas ke tangan warga asing?? mampukah SAPP mengawal tindak tanduk setiap pegawai-pegawainya agar tidak terlibat dengan sindiket pengeluaran IC?? disinilah masalah yang sepatutnya perlu ditangani oleh SAPP sebelum tampil dengan idea populis kononnya mahu mengeluarkan IC Sabah..

Apa jaminan bahawa IC Sabah cetusan idea populis SAPP ini tidak akan diberikan kepada warga asing jika Yong Teck Lee sendiri gagal menyelesaikan masalah pemberian IC kepada warga asing ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah?? 

Mengeluarkan IC baru khas untuk rakyat Sabah bukanlah penyelesaikan kepada masalah warga asing di negeri ini. Jika pelaksanannya longgar atau terlalu banyak "lubang", penyelewengan tetap akan berlaku sekalipun IC Sabah itu dihias cantik menggunakan teknologi terkini. Sepatutnya pemimpin-pemimpin SAPP mengkaji dimana silapnya sehingga Mykad boleh terlepas ke tangan warga asing. Bertitik-tolak dari situ, satu tindakan perlu diambil bagi memperketatkan pengeluaran Mykad agar tidak berlaku penyelewengan dokumen untuk kepentingan pihak tertentu.

Kesimpulannya, pemberian IC Sabah ini hanya janji untuk meraih undi kerana SAPP sendiri gagal menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka mahu mengatasi kebarangkalian masalah-masalah yang mungkin timbul kesan dari pelaksanaannya, dan apa pendekatan yang diambil bagi memastikan pelaksanaan IC ini diseluruh Sabah tidak akan berlaku penyelewengan.

**TIDAK MUSTAHIL PENGELUARAN IC KHAS SABAH INI AKAN DIMANFAATKAN OLEH SAPP UNTUK KEKAL BERKUASA SEKIRANYA DIBERIKAN MANDAT MEMERINTAH**

Thursday, March 21, 2013

Rafizi buta sejarah: fitnah Tun Mahathir mendalangi Projek IC pada tahun 1975

Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram Adalah Rakyat Malaysia & Kakitangan Awam 
Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.
Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno. - Rujuk Blog Rafizi Ramli (DISINI)
Itulah yang didakwa oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam usahanya untuk memburuk-burukkan Tun Dr. Mahathir dan membodoh-bodohkan rakyat Malaysia. Menurut Rafizi Ramli, dokumen yang diperolehi PKR dari ARKIB NEGARA SABAH, menunjukkan Azzimuddie ada dalam senarai Pegawai Pentadbir Muda Sabah dalam senarai Kakitangan Awam Sabah 1975. Katanya lagi, dokumen tersebut menunjukkan Azzimuddie pernah bertugas di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974.

Dengan bukti itu, menurut Rafizi Ramli, PROJEK IC dengan Tun Mahathir sebagai dalangnya sudah pun terbukti. Tak tahu ler sama ada Pengarah Strategik PKR ini memang jenis bebal atau memang hati busuk walaupun berkulit gebu.

Tun Mahathir Mohammad pada 1974 hanyalah merupakan Menteri Pelajaran, bukannya Perdana Menteri. Tun Mahathir hanya menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat pada penghujung 1981 selepas Tun Hussein Onn, melepaskan jawatan berkenaan.

Walaupun berselindung di sebalik ungkapan 'YANG DIKAITKAN DENGAN', hakikatnya Rafizi Ramli memang jelas merujuk pemberian kerakyatan kepada warga asing adalah kerja Tun Mahathir. Itu yang dipopularkan oleh PKR sekarang ini, sekaligus menutup ruang untuk mana-mana pihak membicarakan pula peranan Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasanya sewaktu bergelar Timbalan Perdana Menteri yang bercita-cita mahu menumbangkan Tun Ghafar Baba dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri serta usaha-usaha menumbangkan Tun Mahathir pada penghujung 1990-an apabila rahsia besarnya yang suka meliwat mulai terbongkar dan terdedah.

Pemberian kewarganegaraan kepada warga asing, merupakan proses biasa yang dilakukan oleh SEMUA NEGARA DI DUNIA INI TANPA BERKECUALI SATU PUN setelah melalui proses-proses dan prosiding yang amat ketat.

Apa yang cuba dilakukan oleh Rafizi Ramli sebenarnya amat mudah dibaca. Dia cuba hendak menegakkan kononnya apa yang berlaku di Sabah adalah SANDIWARA UMNO. Agbimuddin atau Azzimuddie Kiram merupakan orang UMNO yang telah dikerahkan oleh UMNO Pusat untuk berlakon dan bersandiwara.

Itu sahaja ceritanya...

Sedangkan kalau PROJEK IC itu ditentang dan dibenci sangat oleh Rafizi Ramli dan PKR, mengapa pula sekian ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat, terutama sekali Zuraidah Kamaruddin, Badrul Amin Baharom, Chen Man Hin, Ketua Pemuda PAS Sabah dan lain-lain, tidak disekalikan? Mengapa tidak didesak agar kerakyatan mereka ditarik balik sedangkan secara sahnya, mereka menentang kerajaan sekalipun bukan dengan menggunakan senjata?

Suatu ketika dahulu, PKR cuba mempopularkan KOD 71 kononnya mereka adalah warga 'hantu' yang diberikan kad pengenalan dan kerakyatan untuk mengundi UMNO. Apabila terdedah bahawa Presiden PKR dan Timbalannya, Ketua Wanita dan sekian ramai Ketua-Ketua Cabang yang lain merupakan pemegang kad pengenalan KOD 71, senyaplah sekejap cerita tentang itu.

Sekarang, muncul pula cerita tentang kad pengenalan dan kerakyatan kepada warga asing. Sedar atau tidak, kebanyakan warga asing yang diberikan kerakyatan negara ini, memilih untuk menyokong PKR berbanding UMNO. Dan yang paling kuat melenting serta cuba menutup KELEMAHAN atau lebih tepat lagi TEMBELANG adalah PKR dengan kaedah PENCURI PANGGIL ORANG LAIN PENCURI SEBAB NAK COVER DIA MENCURI.

Penjenayah tidak mengira status kerakyatan. Berapa ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kecenderungan untuk menghancurkan negara ini seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim? Berapa ramai pula yang diberikan anugerah kerakyatan tetapi kemudian bertindak sebagai subversif yang berusaha menghancurkan umat Islam dan kesatuan Melayu seperti Lim Kit Siang?

Namun persoalan yang cukup besar ialah, mengapa di tempat-tempat yang dikuasai oleh Pakatan, maka bilangan PATI dan imigran cukup ramai dan apabila operasi hendak dilakukan ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di kawasan terbabit akan segera mengeluarkan arahan dan ancaman agar pihak berkuasa menghentikan operasi tersebut sepertimana yang berlaku di Pandan dan Ampang? - theflyingkick

3 soalan yang wajib Rafizi Ramli jawab dari Mymassa
  • BILAKAH UMNO MASUK SABAH?
  • ADAKAH TUN MAHATHIR DAH JADI PERDANA MENTERI PADA TAHUN 1975?
  • ADAKAH MENJADI KESALAHAN KEPADA KERAJAAN JIKA SEORANG RAKYAT MALAYSIA MELEPASKAN KEWARGANEGARAANNYA UNTUK MENJADI RAKYAT NEGERI LAIN SEDANGKAN WAKIL RAKYAT DAP, PHEE BOON POH (ADUN SUNGAI PUYU) JUGA SEORANG PENDUDUK TETAP NEW ZEALAND SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA OLEH AKHBAR CINA?
Ini baru 3 soalan asas. Ada 20 lagi soalan yang akan menyusul sekiranya Rafizi dapat jawab soalan ini.

Harap UMNO boleh saman Rafizi kerana menfitnah UMNO sebagaimana Tian Chua disaman.

Tuesday, March 19, 2013

Kerajaan tidak pernah bagi arahan keluarkan IC kepada PATI - Tun Mahathir

Kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk memberikan kad pengenalan (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Justeru, beliau menegaskan rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan seumpama itu dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri. 

"Saya sedar isu (Projek IC) ini jadi perhatian rakyat Sabah. Saya ada diberitahu ada yang tak layak...baru sampai hari ini, dah dapat IC. 

"Ini bukan arahan kita, bukan arahan kerajaan...ini adalah penyelewengan pegawai di tempat itu kerana kepentingan lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena program 'Bicara Minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad' di Dewan Masyarakat Papar, dekat, sini Sabtu. 

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas trend kempen pembangkang yang kini lantang memainkan isu 'Projek IC' bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang akan datang. 

Beliau memperjelaskan bahawa ramai orang yang bukan berasal dari negara ini diberi hak kerakyatan kerana mereka telah tinggal lama di negara ini serta menguasai bahasa kebangsaan. 

"Ramai daripada kita berasal dari negara lain, misalnya dari China, Arab dan India dan kesemua mereka duduk lama di sini dan setia kepada negara ini. Kita beri kerakyatan kalau mereka menepati syarat selepas proses ujian," katanya. 

Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada kerajaan mampu meningkatkan royaliti minyak daripada lima peratus sekarang kepada Sabah, Dr Mahathir, 87, berkata amalan kerajaan kini lebih menjurus kepada perkongsian kekayaan untuk semua rakyat di negara ini. 

Sebelum ini, pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 menjanjikan 20 peratus kadar royalti minyak kepada rakyat Sabah. 

"Kalau mereka (pembangkang) nak bagi (lebih tinggi)...bagilah 100 peratus kepada Sabah," katanya yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 sebelum berundur pada 2003. 

Mengenai penubuhan kawasan keselamatan khas, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Sabah ekoran kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Dr Mahathir berkata langkah itu wajar dan tepat pada masanya memandang kini terdapat ancaman keselamatan yang ketara di perairan negara. 

Beliau menyifatkan tindakan pengganas Sulu menceroboh dan membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada awal bulan ini, sebagai tidak bijak. - Bernama

Saturday, February 23, 2013

Sindiket memperoleh lebih RM11 juta melalui kegiatan pengeluaran KP

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah hari ini diberitahu bahawa keuntungan wang ringgit merupakan satu-satunya motif di sebalik pengeluaran kad pengenalan (KP) kepada pendatang di Sabah oleh beberapa individu dan ejen. 

Superintenden Ahmad Fauzan Mohamad, seorang pegawai cawangan khas di Kuala Lumpur, berkata tidak terdapat motif lain di sebalik pengeluaran KP oleh sindiket berkenaan, melainkan untuk mendapatkan wang. 

"Mereka (pendatang) dikenakan bayaran RM50 hingga RM1,400 bagi setiap KP yang dikeluarkan kepada mereka. Saya tidak nampak ia mempunyai kaitan dengan politik, melainkan hanya untuk mendapatkan keuntungan wang ringgit. Pengeluaran KP di Sabah menghasilkan wang. 

"Kegiatan itu (pengeluaran KP) dirancang dengan teliti dan saya dapati selain pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), orang awam juga terlibat sebagai ejen dan sub ejen," katanya ketika menjawab soalan pegawai siasatan Manoj Kurup. 

Ahmad Fauzan, yang kini bertugas di Bahagian Keselamatan dan Sindiket Pemerdagangan Manusia di Polis Cawangan Khas Kuala Lumpur, berkata berdasarkan maklumat risikan yang ditelitinya, sindiket berkenaan memperoleh lebih RM11 juta melalui kegiatan pengeluaran KP itu. 

Walaupun ditanya berkali-kali, saksi itu berkata beliau berpuas hati bahawa penilaiannya mengenai maklumat risikan tentang sindiket KP ketika itu ialah ia bertujuan untuk mendapatkan keuntungan kewangan. 

Kata Ahmd Fauzan, beliau ditugaskan membuat penilaian terhadap maklumat risikan mengenai sindiket KP Sabah di Bukit Aman (Ibu Pejabat Polis Persekutuan) dari akhir 1995 hingga Februari 2010. 

Saksi ke-56 itu berkata sejumlah 94 individu yang terlibat dengan sindiket berkenaan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara 1995 hingga 2001. 

Katanya jumlah itu termasuk pegawai JPN, penjawat awam lain serta individu dan mereka ditahan mengikut ISA kerana mengancam keselamatan negara. 

Beliau berkata kegiatan itu bukan saja mengancam keselamatan negara, tetapi juga kestabilan politik, sosial dan ekonomi Malaysia. 

Kata saksi itu lagi, daripada jumlah mereka yang ditahan mengikut ISA, 80 dikenakan tahanan selama dua tahun, enam dikenakan perintah kediaman terhad dan lapan dibebas tanpa syarat. 

Ditanya siapakah yang memandatangani perintah tahanan itu, Ahmad Fauzan berkata ia ditandatangani timbalan menteri dalam negeri ketika itu. 

Ditanya kenapa tidak seorang pun daripada mereka yang ditahan mengikut ISA itu tidak dihadapkan ke mahkamah setelah dibebaskan, beliau berkata ia merupakan amalan biasa bagi semua kes ISA. 

Ahmad Fauzan bagaimanapun berkata kira-kira 3,035 orang yang memiliki KP palsu dihadapkan ke mahkamah. - Sabahkini

Sunday, January 27, 2013

RCI Sabah: pandangan bekas orang kanan Anwar Ibrahim

Rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak perlu menunggu hasil siasatan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja sebelum membuat apa-apa spekulasi dan kesimpulan mengenai motif di sebalik pemberian kad pengenalan Malaysia kepada pendatang asing pada masa lampau. Ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku. 

Sekiranya testimoni dari sesetengah pihak diterima bulat-bulat sebagai perkara sebenar, kita mungkin terperangkap dengan mempercayai sumber yang belum tentu sahih daripada satu hakikat kebenaran yang rumit. Lagipun, kenyataan oleh beberapa saksi pada hari ketiga siasatan telah disangkal oleh testimoni berikutnya pada hari keempat dan kelima. Perkara sebegini merupakan kebiasaan dalam siasatan yang dikendalikan secara terbuka dan berhemah. 

Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengambil langkah berani dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu kontroversi yang telah menjadi perbalahan dalam politik di Sabah selama lebih dari tiga dekad. Langkah ini menunjukkan kesediaan Kerajaan untuk menerima kebenaran tanpa mengira implikasi yang bakal ditimbulkan. Kebenaran yang bakal terungkai dari hasil siasatan ini akan membebaskan penduduk Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dari keraguan dan syak wasangka yang telah menjadi duri dalam daging kepada hubungan etnik di Sabah. 

Namun demikian, dalam konteks ini, rakyat tidak seharusnya terlepas pandang mengenai satu aspek kritikal dalam pemberian hak kerakyatan kepada warga asing;iaitu sejumlah besar daripada pendatang asing yang memegang kad pengenalan merupakan mangsa perang berlarutan di Mindanao yang telah melarikan diri dari tempat asal untuk berlindung di Sabah sejak tahun 70-an. Aspek kemanusiaan ini merupakan pertimbangan utama dalam pemberian hak kerakyatan, terutamanya untuk negara seperti Malaysia, sebuah negara yang berpegang teguh kepada keadilan dan berbelas kasihan. 

Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara pada tahun 1957, sejumlah satu juta penduduk Cina dan India yang bermastautin di Malaya telah diberi kerakyatan dalam sekelip mata. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu seperti peranan dan kepentingan mereka dalam sektor ekonomi iaitu getah dan bijih timah, ancaman pemberontak komunis dan yang paling utama ialah perpaduan kaum yang telah disyaratkan oleh British untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sebagaimana pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan UMNO pada masa tersebut juga telah bersedia untuk mengenepikan pemberian hak kerakyatan secara konvensional dalam usaha untuk menarik semua penduduk Tanah Melayu untuk turut sama memperjuangkan kemerdekaan. Pendekatan ini amat berbeza dengan kepemimpinan negara berbilang kaum lain dimana dikotomi atau pengasingan telah wujud di antara pribumi dan bukan pribumi hasil dari pemerintahan penjajah seperti Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara seperti itu, peraturan pemberian kerakyatan amat ketat bagi memastikan asimilasi antara komponen kaum yang wujud. 

Sebaliknya di Malaysia, pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dan bukan Bumiputera telah mengubah lanskap negara sama sekali. Tanah Melayu yang telah wujud melalui Kesultanan Melayu sejak berkurun lamanya kini cumalah satu komuniti kaum Melayu di dalam pelbagai komuniti kaum lain yang wujud dalam negara. Dalam erti kata lain, pemberian hak kerakyatan secara mudah kepada orang Cina dan India telah mengubah sifat dan ciri utama pembangunan negara. Disebabkan inilah, cabaran terbesar negara sejak 55 tahun yang lalu adalah menyesuaikan hak orang Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu dengan kepentingan bukan Melayu melalui integrasi kaum memandangkan kesemuanya merupakan rakyat Malaysia. 

Jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku di Sabah, di mana penduduk Sabah turut melalui satu perubahan akibat dari pemberian hak kerakyatan kepada pelarian daripada negara jiran. Kaum Bumiputra bukan Islam yang merupakan kaum terbesar di Sabah sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, telah hilang majoritinya kepada Bumiputra Islam. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan bimbang dan runsing penduduk yang terdiridari kalangan pelbagai kaum dan situasi ini haruslah ditangani dengan bijak dan berempati. 

Menyeimbang dan mengharmonikan kepentingan kedua segmen Islam dan bukan Islam serta elemen Bumiputra dalam perkara ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara.Dalam perkara ini, negeri Sabah amat beruntung kerana mempunyai tokoh pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dikenali kerana kematangan fikiran beliau dan pengalaman politik yang luas telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah.

Ditulis oleh bekas orang kanan Anwar iaitu Dr. Chandra Muzaffar (Yayasan1Malaysia)
Terjemahan oleh: mymassa

Saturday, January 26, 2013

RCI: inikah "Perkara Sebenar" yang dimaksudkan Salleh?

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebelum ini ada mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja. Beliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya, "beliau (Anwar) seorang yang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah".

Mungkinkah jawapan bagi persoalan yang dibangkitkan oleh DS Salleh ini terjawab melalui pendedahan blogger mymassa? Menurut blogger ini, Anwar mula merosakkan politik aman negeri Sabah pada tahun 1986 melalui beberapa proksi pemimpin pemuda USNO bagi melancarkan satu gerakan menjatuhkan Tun Datu Mustapha. Kesan daripada "sentuhan tangan" Anwar Ibrahim, maka terbubarlah USNO dan digantikan dengan UMNO.

Menurut mymassa juga, Semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang pro Tun Datu Mustapha, Tun Ghafar Baba, Pak Lah telah dimatikan dengan cara memberikan seberapa banyak wang kepada proksinya bagi tujuan menumbangkan sesiapa sahaja yang tidak menyokong Anwar. 
Pada tahun 1995, apabila ramai orang-orang Anwar yang sedang memegang jawatan Ketua Bahagian hendak dilawan, Anwar menggunakan apa saja cara untuk mengalahkan mereka. Anwar bukan sahaja memberi wang tunai, tetapi Lot-Lot Saham yang boleh ditukar di bank-bank Bumiputera. Ramai Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian yang pro-Anwar kaya mendadak!  
Satu contoh, Anwar telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pihak keselamatan supaya menangkap individu-individu yang kononnya terlibat dalam projek IC. Inilah manusia yang paling Hikpokrit! Dia menyuruh orang itu mengatur IC Projek, kemudian dia mengarahkan pihak polis menangkap orang itu semula. Tujuannya supaya orang itu tidak menang Ketua Bahagian, kerana jika dia menang dia akan mencalonkan Tun Ghafar Baba bukannya Anwar Ibrahim. - mymassa
Menurut mymassa juga, Anwar turut menggunakan kuasanya untuk menumbangkan PBS dengan pendekatan "apa cara sekalipun". 

Selain itu, Anwar juga bertanggungjawab membawa masuk warga asing ke negeri Sabah melalui pemilikan ladang kelapa sawit yang luas di Sandakan. Menurut mymassa, ladang milik Anwar ini hanya mengambil PATI sebagai pekerja, bukannya warga tempatan Sabahan.

Tidak cukup itu, mymassa turut mendedahkan pekung asal-usul Yong Teck Lee yang mana bapa Yong bukanlah orang Sabah, sebaliknya warga asing dari China yang datang ke Sabah dan kemudian membuka bengkel di Lahad Datu. Menurut mymassa, Anwar Ibrahim telah melantik Yong Teck Lee menjadi ketua menteri Sabah bagi mempermudahkan hasrat beliau (Anwar) mengumpul kekayaan di Sabah.