Showing posts with label Dasar Kabotaj. Show all posts
Showing posts with label Dasar Kabotaj. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Dasar Kabotaj: Peniaga Naikkan Harga Barang Sesuka Hati Juga Disebabkan Caj Perkapalan?

Tidak perlulah penulis bercakap secara panjang lebar mengenai Dasar Kabotaj.. Semuanya penulis sudah jelaskan (DISINI) dan (DISINI).. Pemimpin DAP Junz Wong juga mengakui (walaupun tidak secara langsung) bahawa peningkatan kos sara hidup di negeri ini bukan sepenuhnya berpunca dari Dasar Kabotaj (DISINI)..

Menurut Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA), terdapat lapan pengantara dari masa barangan dibawa dari titik asal ke destinasi, dan perkapalan laut hanya salah satu daripada lapan pengantara, yang lain adalah seperti pengangkutan keluar, pergudangan, penghantaran barang dan pengendalian pelabuhan dan pengantara dalam pergerakan masuk dengan pelantar. Dari segi faktanya, 60 peratus daripada harga barangan adalah TIDAK disebabkan oleh bayaran pengangkutan laut, sebaliknya disebabkan oleh pengangkutan jalan darat yang tidak begitu baik di negeri-negeri Malaysia Timur. 

Selain itu, kos logistik yang tinggi disebabkan oleh kemudahan infrastruktur pengangkutan darat yang lemah, produktiviti pelabuhan dan prestasi yang rendah, caj tersembunyi dan diragui termasuk untung berlebihan oleh pengantara dalam jumlah pengangkutan dan pengedaran, sebenarnya lebih banyak menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup di negeri ini berbanding dengan Dasar Kabotaj. Hanya kerana dasar itu diperkenalkan oleh kerajaan, maka DAP dan puak-puak pembangkang yang lain cuba memberikan gambaran negatif terhadap pelaksanaannya.

Jika kita amati pendirian pembangkang dalam isu Dasar Kabotaj ini, kita akan nampak bahawa pembangkang seolah-olah tidak kisah jika ada peniaga yang menaikkan harga barang 100%. Ini kerana, golongan peniaga tidak mempunyai perkaitan atau hubungan rapat dengan mana-mana badan kerajaan, maka sebab itu pembangkang lebih berminat menghentam Dasar Kabotaj dan syarikat-syarikat perkapalan tempatan kerana isu itu boleh dimanipulasikan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Lebih malang lagi apabila pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya DAP Sabah cuba mendidik rakyat di negeri ini supaya sama-sama memberikan tanggapan bahawa caj di lautan dan daratan dijumlahkan sebagai kos perkapalan. Maksudnya, jika peniaga menaikkan harga barangan sesuka-hati, tindakan itu adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin DAP kerana kenaikkan itu juga sebahagian daripada caj perkapalan.. ADIL KAH??

**SIAPA YANG MENGUASAI SEKTOR PERNIAGAAN DI SABAH? DAN APA MOTIF DAP MAHU MEMANSUHKAN DASAR KABOTAJ?.... SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN...

Wednesday, July 31, 2013

Akhirnya DAP Sabah Akui Dasar Kabotaj Bukan Punca Kenaikkan Harga Barangan?

In some occasion, ships could not wait any longer and actually departed for other Ports such as Brunei or Kuching causing longer delay for shipping agencies to clear their containers and also incur more costs which would be passed down to the consumers at the end of the day. Junz Wong who is also Sabah State Assistant Secretary said that Loss incurred by some manufacturing business owners and Wholesalers due to Port delay has been depressing as well. - Sabahkini

Apa cerita dengan Dasar Kabotaj? Bukankah pemimpin DAP Sabah terutamanya Hiew King Cheu dan Junz Wong bersungguh-sungguh mahu menyalahkan Dasar Kabotaj ekoran kenaikkan harga barangan di negeri ini? Kenapa hari ini mereka bertukar nada menyalahkan Sepangar Bay Container Port? Bermakna betul lah penjelasan para menteri dan penulis sendiri sebelum ini bahawa Dasar Kabotaj bukanlah penyumbang utama kepada kenaikkan harga barangan di Sabah. Sudah berkali-kali dijelaskan bahawa terdapat faktor lain yang lebih layak dipersalahkan namun sikap memekakkan telinga dan membutakan mata dikalangan pemimpin-pemimpin pembangkang berjaya "menutup" kelemahan sebenar yang sepatutnya telah lama diambil perhatian.

Jika perjuangan pembangkang terutamanya DAP adalah IKHLAS dalam membela nasib rakyat yang dihimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, mereka sepatutnya mampu melihat lebih banyak faktor penyebab seperti tindakan mengaut keuntungan berlebihan sesetengah pihak, faktor geografi dalam negeri, jumlah penduduk yang tidak seramai semenanjung, masalah ketidak-cekapan perkhidmatan pemunggahan di pelabuhan, kos insurans marin, pengangkutan darat, harga bunker yang mengikut kadar harga bahan api, kewujudan orang tengah, kos penyimpanan barang dan perkhidmatan di pelabuhan serta manipulasi harga oleh para peniaga.

Apa-apapun, penulis tetap menarik nafas lega apabila Junz Wong membangkitkan kelemahan-kelemahan di pelabuhan yang menurut beliau menjadi punca kepada harga barangan di negeri ini meningkat. Pendedahan ini juga merupakan sebahagian daripada bukti bahawa pembangkang gemar membuat tuduhan, bantahan dan kritikan tanpa melakukan kajian terperinci terlebih dahulu. Akhirnya isu yang mereka bangkitkan dijawab sendiri oleh mereka selepas puas menghentam kerajaan menggunakan fakta-fakta yang kurang tepat. 

Dipihak rakyat pula, mereka sepatutnya menyampaikan aduan terus kepada pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat perkara-perkara yang memerlukan penambahbaikkan dilakukan. Menggunakan saluran DAP hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana pemimpin seperti Hiew King Cheu dan Junz Wong hanya akan bersuara apabila ada isu yang boleh digunakan untuk menjejaskan kredibiliti kerajaan.. Pendek kata, perjuangan pembangkang hanya memfokuskan kepada isu-isu yang boleh mendatangkan manfaat kepada mereka, sebaliknya isu-isu yang tidak mendatangkan manfaat akan terus diabaikan.

Tuesday, July 16, 2013

DAP Sabah ketandusan isu

Inilah masanya DAP naik kepala apabila reputasi mereka jauh lebih baik dari parti pembangkang Sabah yang lain. Sikap bodoh sombong, berlagak dan mengada-ngada kian rancak dipertontonkan kepada rakyat bukan sahaja di Sabah, malah seluruh negara. Isu-isu kitar semula yang sepatutnya tidak memerlukan penyelesaian, atau isu yang sedang dan akan ditangani kerap dimainkan mereka selagi isu itu mampu memberikan "pulangan" lumayan kepada parti asing ini.

Pelbagai cara dilakukan DAP untuk merampas kerajaan samada secara halus, kasar mahupun secara tersembunyi. Putar belit, menghasut, memfitnah, berdemo, merekrut Tentera Kacang Merah semuanya telah dilaksanakan. Jesteru, jika perkara yang boleh membinasakan negara boleh saja dilakukan oleh pemimpin-pemimpin gila kuasa ini, apatah lagi dengan perkara yang hanya memerlukan mereka memutar-belitkan fakta dan mengelirukan rakyat.

Junz Wong, melalui portal Sabahkini ada membangkitkan mengenai Dasar Kabotaj, bayaran tempat letak kenderaan, royalti minyak, yuran masuk ke sungai Klias dan Pulau Sapi, dan juga mengenai pelan induk pembangunan. Sedar atau tidak, Junz Wong sebenarnya membangkitkan isu yang juga menuntut penjelasan dari beliau dan juga parti yang diwakilinya..
1) MOTION TO REVIEW CABOTAGE, Will be tabling a motion to seek collective supports from all Sabah YBs and hopefully MPs to push for a review of Cabotage policy to cope with high living costs in Sabah in next Dewan sitting. Since MP Putatan was vocal in disagreeing with Cabotage policy in Parliament, I hope YBs from UPKO will be vocal and support my motion!
Sila rujuk tulisan terdahulu penulis di SINI yang ditujukan khas kepada mereka-mereka yang mahu dasar ini dimansuhkan. Secara ringkasnya, mahukah DAP Sabah bertanggungjawab sekiranya ratusan syarikat perkapalan tempatan terjejas ekoran pemansuhan dasar ini? mahukan DAP Sabah bertanggungjawab sekiranya ribuan rakyat tempatan yang berada disektor perkapalan menganggur? Adakah para pemimpin DAP Sabah sudah mengkaji faktor-faktor lain yang menjadi punca kepada kenaikkan harga barangan di Sabah sebelum memutuskan pemansuhan dasar kabotaj? Dan satu soalan yang mungkin terlalu berat untuk pemimpin-pemimpin DAP jawab ialah, bagaimana kos sara hidup di Pulau Pinang boleh naik mendadak mengatasi kos sara hidup di Kuala Lumpur sedangkan negeri itu tidak ada dasar kabotaj?
2) Why Mayor claims no fund to upgrade parking facilities while Musa claims no need for more federal funds via 20% oil royalty? Mayor claimed waiting fund to be arrived by 2014 when parking problem is long overdue issue burdening car users every day. Apparently there r only less than 18,000 parking slots in city areas. If there is no fund available, Musa should reconsider 20% royalty claim.
Teramatlah dangkal hujahnya seolah-olah Sabah itu adalah Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu itu adalah Sabah.. Bagaimana dengan Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Ranau, Beaufort dan semua bandar-bandar di Sabah? Peruntukan kerajaan Persekutuan tidak hanya tertumpu di Kota Kinabalu, malah seluruh Sabah. Begitu juga jika Sabah menikmati 20% royalti minyak, dana ini tetap akan disalurkan ke semua daerah di Sabah. DAP Sabah sepatutnya bersyukur kerana isu tempat letak kenderaan ini sentiasa menjadi perhatian kerajaan dan DBKK setiap tahun. Malah, masalah ini memerlukan penyelesaian berterusan iaitu selagi bertambahnya jumlah kenderaan, selagi itu usaha penambahbaikkan terus dilakukan... melainkan DAP mempunyai kaedah lain untuk menyelesaikan masalah ini hanya sekali dalam 100 tahun..?? Kembali kepada isu royalti, pemimpin DAP Sabah juga patut menjawab dan menjelaskan dimana datangnya 20% royalti itu jika Petronas hanya untung 16%?? ulasan lanjut boleh baca DISINI
3) Whats d reason why Tourism famous spots such as Klias River & Sapi island etc has started to charge fees per entry? This has burdened tourism industry players? Sapi Island poorly maintained. 
Lagilah parah pemain industri pelancongan jika semua destinasi menarik di negeri ini disediakan secara PERCUMA kepada orang ramai dan pelancong asing. Bagaimana tempat-tempat menarik ini mahu dibangunkan jika pemaju menyediakannya secara percuma? Adakah bagi DAP, aspek penyelenggaraan atau pembangunan kawasan tumpuan pelancong ini tidak memerlukan sebarang dana? Penulis sendiri tidak faham apa sebenarnya maksud pemimpin DAP dalam petikan ini. Walaupun penulis tahu bahawa Pakatan Rakyat sememangnya sinonim dengan istilah PERCUMA, tapi takkan lah benda remeh seperti ini mereka tidak boleh fikir.. Ingin juga penulis mencabar pemimpin-pemimpin DAP supaya memajukan salah satu destinasi tumpuan pelancong di negeri ini tanpa mengutip sesen pun bayaran dari pelawat atau pelancong.
4) Push for the need to have a comprehensive development master blueprint for future developments and get participations from all parties via residents or stakeholders, government & NGOs before executing state projects with comprehensive details with transparency and accountability, giving chance for public to get involved / take part in decision making process on projects or developments which will affect them in their future.
Jika kerajaan tidak melibatkan semua pihak dalam membuat keputusan mengenai aspek pembangunan di negeri ini, sudah lama kita nikmati bekalan elektrik dari arang batu atau empangan Tambatuon.. Malah tidak mustahil kasino bertaraf antarabangsa juga wujud di negeri ini sebagai pendapatan utamanya selain kelapa sawit. Kesimpulannya, kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang sentiasa bertolak ansur dan mendengar setiap pandangan bukan sahaja dikalangan rakyat biasa, malahan juga dikalangan pembangkang. Jika diimbas kembali siri bantahan pembangkang diseluruh negara, dan jika semua bantahan itu dituruti begitu sahaja, jangan haraplah negara atau negeri ini boleh mengecapi pembangunan seperti yang ada pada hari ini. Sedangkan pokok yang ditanam sepanjang tepi jalan kawasan bandaraya KK pun dijadikan isu oleh pembangkang, inikan pula projek pembangunan yang menelan belanja jutaan ringgit.

Bagaimana pula dengan negeri jajahan DAP? wujudkah ketelusan dan kebertanggungjawapan dalam mentadbir Pulau Pinang?....

Thursday, July 11, 2013

Tanpa Dasar Kabotaj, Harga Rumah dan Barang Keperluan di Negeri Pakatan Tetap Mahal


SOALAN DARI HIEW KING CHEU 
What is the government’s plan in lowering the goods prices to an affordable level and what are the steps to be taken? 
JAWAPAN DARI DATUK HAJAH JAINAB AHMAD AYID 
The government is monitoring constantly the essential goods prices and giving out subsidies on various major items like sugar, cooking oil, flour, LPG, petrol RON 95 and diesel fuel. Besides that, the government has also introduced the Kedai Rakyat 1-Malaysia (KR1M) to sell products which are 50% cheaper than the other regular retail prices. The PPDNKK Sabah is monitoring and controlling the prices of the essential goods and as from the 6th February 2013 under the initiative of “1Malaysia 1Harga” launched by the government, that means the prices of essential items like sugar, cooking oil, flour, product 1MKR, product Coop 1Malaysia and product from FAMA will be the same through out Malaysia. 
JAWAPAN BALAS HIEW KING CHEU 
The measures is not sufficient to control the escalating prices of the essential goods prices in the market. A very simple example is a cup of coffee and a plate of fried mee. A good example is the house rental rates are shooting to a very high level, and many people can no longer afford to pay the rentals now, and this applies also to the expensive housing prices nowadays. The KR1M shops and its cheaper prices will not be effective and that will not solve our problem on the rising goods prices. By reducing the expensive port charges and its handling charges can be the first step. 
Soalan dan jawapan diatas adalah dipetik bulat-bulat dari artikel asal Sabahkini tanpa diubah-suai supaya pembaca boleh nilai sendiri bertapa dangkalnya Hiew King Cheu apabila mengulas isu-isu semasa negeri ini. Ahli Dewan Undangan Luyang yang juga Ketua DAP negeri Sabah, tetap menyalahkan Dasar Kabotaj dan kerajaan BN apabila harga secawan kopi dan sepinggan mee goreng yang menjadi santapannya setiap hari naik mendadak. Agaknya jika penulis buka kedai kopi hari ini dan meletakkan harga RM100 untuk secawan kopi, pasti Hiew dan gerombolannya meroyan sambil menyalahkan Dasar Kabotaj.. Tidak mustahil, kerana sememangnya jari telunjuk pemimpin-pemimpin pembangkang tidak pernah lurus apabila menuding mencari salah siapa.

Jangan haraplah pembangkang akan bersetuju dengan apa sahaja jawapan atau tindakan kerajaan sekalipun Dasar Kabotaj ini dimansuhkan. Niat untuk memburuk-burukkan kerajaan tetap menjadi keutamaan dalam agenda politik mereka berbanding dengan membela nasib rakyat. Sebab itu tidak timbul soal Dasar Kabotaj bila harga barangan di Pulau Pinang melambung tinggi.. dan begitu juga apabila harga seunit rumah biasa di Pulau Pinang mencecah antara RM400000 hingga RM1.5 juta.. Pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Hiew King Cheu tidak pernah menjawab kenapa harga barangan termasuk rumah di negeri-negeri jajahan mereka melambung tinggi sedangkan tidak ada Dasar Kabotaj di negeri-negeri itu...

Hiew juga tidak akan sanggup menjawab kenapa harga secawan kopi berbeza bukan sahaja mengikut negeri malah daerah atau lokasi walaupun harga gula dan kopi di semua negeri berjaya diseragamkan. Beliau akan tetap menyalahkan Dasar Kabotaj seolah-olah si pembuat kopi berkenaan didatangkan khas dari Semenanjung menggunakan kapal kargo hanya untuk membancuh kopi di Sabah. Alangkah dangkalnya Hiew apabila jawapan yang diberikan oleh Datuk Jainab dikatanya tidak mencukupi sedangkan dia sendiri tidak menghuraikan secara panjang lebar tentang apa yang dikatanya "there must be thousands of other measure to cut goods prices" melainkan hanya menyebut Dasar Kabotaj.

Penulis tidak menafikan mengenai kenaikkan harga barangan di Sabah, malah semua negara turut mengalami masalah yang sama. Namun persoalannya, adakah semua negeri dan negara yang mengalami fenomena kenaikkan harga barangan ini berpunca dari Dasar Kabotaj? Mungkin elok juga jika Hiew dapat memberikan satu contoh negara yang berjaya mengekalkan harga barangan keperluan serta rumah diparas terendah untuk berdekad-dekad lamanya. Sudah tentu jawapannya TIDAK ADA, kerana Pulau Pinang yang dijajah DAP juga hanya memerlukan tempoh 5 tahun untuk menaikkan kos sara hidup di negeri itu. Jesteru apa asasnya Hiew mempertikaikan inisiatif kerajaan dalam meringankan beban rakyat, dan apa asasnya menjadikan Dasar Kabotaj sebagai kambing hitam jika parti beliau sendiri gagal memastikan kos sara hidup di Pulau Pinang kekal diparas terendah??

Apa yang dilakukan kerajaan hari ini sudah cukup baik kerana, disamping berusaha meringankan beban rakyat, kerajaan juga komited melindungi industri perkapalan tempatan yang turut melibatkan ribuan tenaga kerja warga tempatan. Ingin penulis mengulangi pertanyaan dalam ulasan sebelum ini (DISINI), sanggupkah Hiew bertanggungjawab jika industri perkapalan lumpuh dan ribuan warga negara ini terpaksa menganggur setelah Dasar Kabotaj dimansuhkan???

Wednesday, July 10, 2013

Desakan Mansuhkan Dasar Kabotaj Umpama Mensabotaj Inisiatif Kerajaan

Luyang assemblyman Hiew King Cheu has called on the Musa Aman administration to take more serious and effective approach in addressing the pressing issue of spiraling consumer goods prices in the state. He especially urged the state government to strive to abolish the “Cabotage Policy” which many considered the ‘main culprit’ behind the high cost of living in Sabah. He stressed that this is necessary, as the existing measures taken by the state government are not sufficient to control the escalating prices of the essential goods in the market. - Malaysia Daily

Kegagalan pembangkang memahami punca sebenar mengenai kenaikkan harga barangan bukan sahaja menjadi punca kepada para peniaga terus menaikkan harga barang, malah bakal mengorbankan industri perkapalan tempatan disamping meningkatkan kadar pengangguran di negara ini. Bayangkan apa akan berlaku jika 200 syarikat perkapalan dengan 4,500 buah kapal terjejas operasinya ekoran kewujudan persaingan dengan kapal-kapal asing? Adakah Hiew King Cheu akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerugian yang dialami oleh semua syarikat perkapalan tempatan? Dan adakah Hiew akan menyalahkan diri sendiri atau DAP jika kadar pengangguran meningkat, dan dalam masanya yang sama membiarkan perairan negara dikuasai sepenuhnya oleh kapal-kapal asing?

Penulis sangat yakin bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Hiew King Cheu tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan mengaku salah sekiranya cadangan mereka mengundang bencana yang lebih teruk kepada negara ini. Malah, mereka akan mencari helah lain untuk menutup kebodohan mereka disamping meneruskan agenda jahat bagi melakukan sabotaj terhadap mana-mana insiatif kerajaan yang difikirkan boleh mendatangkan manfaat kepada agenda politik mereka. 

Contoh yang paling dekat adalah penggunaan dakwat kekal dimana mereka mencadangkan pelaksanannya dan kemudiannya mereka juga yang membantah selepas memanipulasinya.. Apabila mereka kalah, yang dipersalahkan adalah pihak yang melaksanakan cadangan itu sementara mereka terus berpesta bagi menyambut "perayaan" Blackout 505 di seluruh negara. Jesteru, dalam hal ini kerajaan perlu berhati-hati sebelum melaksanakan apa sahaja cadangan dipihak pembangkang kerana puak-puak ini terbukti gemar memasang "perangkap" disebalik cadangan yang dikemukakan.

Sebagai ahli politik yang berhasrat mahu memerintah negeri ini, Hiew sepatutnya mampu melihat faktor yang lebih luas dan terbuka bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai masalah ini sekaligus mengatasi ketidakseimbangan harga barangan antara Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia. Jika Hiew dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain dapat berfikir diluar kotak pemikiran yang hanya mementingkan agenda politik mereka, penulis pasti pemansuhan dasar kabotaj adalah pilihan terakhir dalam mencari penyelesaian kepada fenomena ketidakseimbangan harga barangan ini.

Ingin juga penulis bertanya kepada Hiew dan juga barisan pemimpin handalan pembangkang yang lain mengenai tindakan mengaut keuntungan berlebihan sesetengah pihak, faktor geografi dalam negeri, jumlah penduduk yang tidak seramai semenanjung, masalah ketidak-cekapan perkhidmatan pemunggahan di pelabuhan, kos insurans marin, pengangkutan darat, harga bunker yang mengikut kadar harga bahan api, kewujudan orang tengah, kos penyimpanan barang dan perkhidmatan di pelabuhan serta manipulasi harga oleh para peniaga... Adakah pemimpin-pemimpin pembangkang telah merangka penyelesaian untuk semua faktor-faktor ini sebelum memuktamadkan keputusan memansuhkan dasar kabotaj????

Ketika pembangkang bertungkus-lumus mendesak kerajaan memusnahkan mata pencarian puluhan ribu rakyat di negara ini melalui pemansuhan dasar kabotaj, kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak lebih gemar memilih alternatif lain bagi mengurangkan beban rakyat disamping meningkatkan taraf hidup rakyat secara menyeluruh melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, pembinaan lebih banyak Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), pemberian bantuan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) dan Menu Rakyat 1Malaysia.

Malah pada awal Mac tahun ini, kerajaan telah memperkenalkan Program 1Malaysia 1Harga bagi menyeragamkan harga barangan keperluan asas di Sabah, Sarawak dan Labuan. Inisiatif ini tentunya akan mengurangkan lagi beban rakyat disamping membantu mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini selepas Sabah berjaya mencatat rekod TERTINGGI penurunan kadar kemiskinan dalam tempoh tiga tahun iaitu 19.7% pada tahun 2009 kepada 8.1% pada tahun lalu. Fakta ini cukup untuk memberikan gambaran jelas kepada seluruh rakyat di negeri ini bahawa pemansuhan dasar kabotaj bukanlah pilihan terbaik atau keperluan mendesak bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan juga mengurangkan beban rakyat.

Jesteru, daripada Hiew mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar kabotaj yang sudah sebati dengan negara ini selepas dilaksanakan sejak tahun 1981; yang mana tindakan itu juga boleh menjejaskan mata pencarian sebilangan rakyat tempatan yang berada dalam industri perkapalan, bukankah lebih baik jika Hiew menyokong usaha kerajaan membina lebih banyak KR1M di negeri ini?? Difahamkan, tahun ini, kerajaan bercadang membina 57 buah KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan. Ketika ini di Sarawak ada empat buah KR1M, tiga buah di Sabah, baki 54 KR1M lagi sedang dalam proses perancangan dan pembangunan. 

Jika pembangkang dapat memanfaatkan profesionalism mereka dalam merungkai dan mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang dihadapi rakyat tanpa dipengaruhi oleh emosi politik, penulis yakin bahawa mereka akan lebih banyak bersetuju daripada membantah dalam setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini.