Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

NGO pro pembangkang bersikap dwi-standard dalam isu pembalakan melibatkan pemimpin PR

Pertubuhan bukan kerajaan yang berdiam diri dalam kes pembalakan rakus di kawasan Tasik Pedu dan Gunung Inas di Kedah adalah bacul dan tidak profesional. 

Kita boleh lihat NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) bersikap "DOUBLE STANDARD" kerana mereka hanya bising mengulas kes pembalakan di Sarawak dan Sabah sebelum ini tetapi tidak pula mengumumkan kepada dunia dan membuat heboh apabila ia berlaku di Kedah dan Kelantan. Mereka tidak tegur atau kritik kerajaan (yang dipimpin PAS) Kedah walhal segalanya yang membabitkan kerajaan pusat dipolitikkan, seolah-olah tiada langsung sikap patriotisme mereka.

NGO-NGO ini seperti ada persefahaman dengan pihak-pihak pakatan haram yang hendak melihatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jatuh. Sikap dwi-standard NGO-NGO ini boleh diteka kerana agenda mereka selari dengan agenda NGO asing yang mungkin membiayai pergerakan mereka di Malaysia. Oleh itu, golongan muda harus mengambil peduli dan berfikir panjang terhadap setiap perkembangan yang berlaku supaya tidak mudah dipengaruhi pihak tertentu. 

Golongan muda dan pelajar telah lama dipergunakan oleh pemimpin yang mempunyai agenda tersembunyi seperti demonstrasi pelajar di Baling pada 1974. Dalam kes itu sebenarnya tiada pun orang yang mati kelaparan tetapi kerana pelajar dipergunakan oleh Anwar Ibrahim, maka boleh dikatakan hari-hari berlaku demonstrasi di kawasan universiti. Anwar mengajar rakyat membuat demonstrasi sejak lama dulu. Kita sepatutnya bertanya mengapa harus diadakan demonstrasi. Golongan muda hari ini wajib berfikir dengan lebih terbuka.

Pilihan raya umum ke-13 kali ini menyaksi 2.8 juta pengundi baharu. Daripada jumlah itu kira-kira sejuta ialah pengundi bawah umur 25 tahun. Kita amat berharap agar mereka membuat keputusan yang tepat. - Kedahan69ers

Berikut adalah artikel terdahulu yang membuktikan betapa buasnya nafsu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjahanamkan alam sekitar yang "DIHALALKAN" oleh NGO pro pembangkang:





Wednesday, February 13, 2013

Isu pembalakan: MB Kedah jadikan rakyat sebagai tebusan untuk dapat RM100 juta


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu tidak dilakukan.

"Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta... hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini. - Sinar Harian

Jawapan MB Kedah seperti diatas berhubung isu skandal pembalakan yang sedang berleluasa di negeri itu nampak sangat tidak profesional, malah lebih kepada meroyan. Bermakna, MB Kedah ini tidak langsung sensitif terhadap kepentingan rakyat di negeri beliau walaupun pelbagai bantahan disuarakan termasuk penganjuran perhimpunan secara aman pada awal bulan lepas.

Apalah dosa rakyat Kedah sehingga MB keparat ini tergamak menjadikan mereka sebagai tebusan untuk mendapatkan RM100 juta dari kerajaan Persekutuan? Jika tidak ada RM100 juta itu, maka rakyat Kedah terpaksa berhadapan dengan bencana banjir lumpur dan terpaksa bergantung dengan sumber air tercemar semata-mata untuk memuaskan nafsu MB keparat ini yang kononnya berjuang membina sebuah "Negara Berkebajikan"???

Tidak sangka MB keparat ini masih berselera meneruskan pembohongan kononnya pembalakan itu bukan berlaku dikawasan tadahan air sedangkan bukti dalam bentuk gambar telahpun tersebar ke seluruh negara.



Gelombang pertama membantah kepimpinan kerajaan PAS Kedah yang semakin rakus merompak khazanah Hutan Simpan Tasik Pedu tiba ke kemuncaknya apabila lebih 12,000 rakyat dari seluruh negeri itu berkumpul menyertai perhimpunan secara aman anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di lokasi penebangan berdekatan Tasik Empangan Padu, Padang Terap.


Ironinya, lokasi Himpunan Bantah Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air itu terletak hanya beberapa meter dari kawasan yang dahulunya merupakan hutan hujan tropika, sekaligus menjadi tempat tadahan air kepada rakyat Kedah sejak tahun 1960an lagi. Malangnya, akibat kerakusan kerajaan PAS yang diterajui Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Razak untuk mengaut khazanah negeri, kawasan hutan yang berkeluasan kira-kira 500 hektar habis digondolkan sejak setahun lalu tanpa kawalan.

Kalaupun ada antara pemimpin-pemimpin PAS/PR yang sedar dan melihat wujudnya kezaliman terhadap rakyat dibawah pemerintahan Azizan Razak ini, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN; iaitu satu alasan atau jawapan ‘standard’ kerajaan PAS Kedah untuk menghalalkan jenayah yang mereka lakukan di negeri itu.

Kerana asyik menuding jari, maka masalah pembalakan tidak terkawal di Kedah kini bukan sahaja tidak selesai tetapi semakin hari semakin buruk dan bakal menjadi satu bencana besar. Ini disahkan oleh pakar-pakar melalui ujian dan penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar. Antara bencana yang dijangka ialah masalah banjir lumpur dalam skala yang jauh lebih besar daripada yang berlaku pada 2010, di Sik, Kedah yang menjejaskan 6 buah kampung – iaitu berita yang langsung tidak dilaporkan oleh Harakah, media rasmi PAS.

Selain itu, bencana yang kini sedang berlaku dan semakin parah ialah masalah kualiti air kesan dari pengeksploitasian tanah yang tidak terkawal; iaitu merangkumi pembalakan, perlombongan dan korek pasir sekali gus, di kawasan tadahan yang mencemarkan air di empangan. Setakat ini sahaja, kadar kekeruhan kawasan tadahan di Kedah berada di tahap 8,000 – 18,600 Nephelometrik Turbidity Unit (NTU) yang mana telah terlalu jauh mengatasi kadar yang dibenarkan iaitu 50 NTU, bagi kawasan tadahan, dan 1000 NTU bagi sungai-sungai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Dalam kes ini, kenapa Rafizi Ramli, Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Anwar Ibrahim dan Sarawak Report tidak mengecam tindakan MB Kedah yang semakin berani mempertaruhkan kepentingan rakyat semata-mata mahu mendapatkan RM100 juta sebagai ganti menghentikan aktiviti pembalakan di negeri itu?

Dan, adakah MB Kedah sudah terlalu nyanyuk sehingga tidak mampu memikirkan alternatif lain untuk menjana pendapatan bagi negeri Kedah selain dari merosakkan alam sekitar?

Di Sabah, walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Datuk Musa Aman kononnya mendalangi aktiviti pembalakan di negeri ini, namun dengan sendirinya tuduhan itu dinafikan apabila pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton memilih Sabah sebagai destinasi terakhir lawatan mereka di negara ini untuk menikmati keindahan kawasan hutan hujan tropika Lembah Danum yang dipelihara baik oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman.

Malah industri pelancongan yang semestinya menuntut pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar juga dilihat semakin berkembang dengan jumlah ketibaan pelancong yang semakin meningkat setiap tahun disamping berjaya menjana pendapatan untuk negeri ini lebih dari RM5 bilion pada tahun lepas.

Membayangi kerakusan Azizan Razak hari ini, disokong pula dengan sikap berat sebelah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (yang mungkin juga turut sama berkongsi hasil haram tersebut), selamatkah hutan-hutan di Sabah jika pemimpin-pemimpin ini diberikan peluang memerintah Sabah???

Sunday, November 25, 2012

Mana pejuang alam sekitar Sarawak Report dan Bruno Manser?

Ikuti pendedahan blogger Team Media Kedah berkenaan dengan kerakusan pemimpin Pakatan Rakyat memusnahkan hutan semata-mata untuk mengaut hasil balaknya.
pembalakan berhampiran Tasik Pedu yang menjadi punca air orang Kedah semakin parah! Apabila Pas Kedah tanpa bertimbang rasa dan tamak terus menerus menerjah kekawasan berkenaan dengan gelojoh dan kejamnya.

Bila kita tanya MB awat buat macam ni, nak tau orang tua tu kata apa? Dia kata penebangan balak membabitkan kawasan seluas 400 hektar di hutan simpan Tasik Pedu, Padang Terap adalah bagi membangunkan taman agropelancongan pertama negara.

Katanya projek itu akan tetap diteruskan sekalipun Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menolak laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
Ini kerana katanya JAS memperuntukkan EIA bagi kawasan yang berada pada paras 240 meter dari aras laut, manakala Jabatan Perhutanan pula mensyaratkan hanya kawasan pada ketinggian 750 meter yang perlukan EIA.

"Nak ikut yang mana...tanah telah ditolak. Peruntukan RM20 juta untuk projek ini akan dimasukkan dalam Belanjawan 2013," katanya kepada media.

Antara lain, laporan itu memetik Timbalan Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai berkata kerajaan Kedah pimpinan PAS tidak mematuhi arahan JAS agar kerja membersih hutan di kawasan Tasik Pedu dihentikan selepas menolak laporan EIA.

Semalam Mc dan TMK ada menemubual Bekas MB Kedah yang juga Adun Pedu, Mahdzir Khalid, beliau juga terkilan dengan Kerajaan Negeri Kedah, dan menganggap cadangan untuk membuat agropelancongan itu hanyalah sebagai alasan untuk 'menyapu' bersih balak dikawasan berkenaan.

Mc pun sokong apa yang Tok Det katakan tu. Memang puak Pas ni nak sapu balak buat duit saja. Agropelancongan tu hanya alasan untuk puak tu menghalalkan cara tebas balak!

Nampak gaya, Pas Kedah dan balak tak dapat dipisahkan. Semakin hari, semakin teruk. Kalau la Pas Kedah terus menjadi kerajaan negeri, rasanya kemusnahan alam sekitar di negeri Kedah ni akan berterusan.
Cuba lihat jarak empagan pedu dengan kawasan pembalakan, hanya beberapa meter sahaja
cuba bayangkan bila hujan lebat, tentunya air lumpur akan mengalir masuk kedalam empangan
Licin
kawasan hutan simpan bernilai tinggi musnah sama sekali
agro-pelancongan?
adehh
masih berjalan
Mana Sarawak Report, Bruno Manser Fund dan Rafizi? kenapa bila negeri Pakatan Rakyat melakukan penggondolan hutan secara besar-besaran, tidak ada bantahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan juga NGO yang kononnya berjuang atas isu alam sekitar?

Mereka asyik menuduh Ketua Menteri Sabah memusnahkan hutan di negeri ini sedangkan aktiviti pembalakan di negeri ini cukup terkawal di bawah pentadbiran Datuk Musa Aman. Beliau bukan sahaja lantang dalam soal perlindungan hutan malah beliau sentiasa meggalakkan aktiviti konservasi di negeri ini. Malah Datuk Musa Aman satu-satunya ketua menteri Sabah yang berjaya menghentikan pembalakan di Ulu Segama Malua dan Maliau basin yang mana hasil daripada tindakan itu telah mewujudkan buffer hutan seluas tiga kali ganda keluasan Singapura.

Berbeza dengan negeri Pakatan Rakyat, kerajaan negeri Sabah sentiasa mengamalkan pengurusan hutan yang mapan malahan 'bertambah baik' di bawah kepimpinan Musa Aman. Dasar terbuka diamalkan oleh kerajaan dan semua bidang pengurusan hutan adalah terbuka kepada pihak ketiga dan juga penelitian pihak NGO. Lesen pembalakan jangka panjang “tertakluk kepada pengauditan pihak ketiga (audit bebas) sejak 2010 (juruaudit bebas pasti akan dapat mengesan pembalakan haram besar-besaran jika ia berlaku).

 
Hasil dari pengurusan hutan yang mapan oleh kerajaan negeri Sabah, jumlah rizab hutan di bawah kategori Kawasan Keseluruhan Terlindung (TPAS) telah meningkat kini “mencecah 1.3 juta hektar atau kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan tanah di Sabah (melebihi piawaian antarabangsa sebanyak 10 peratus). Kawasan rizab hutan TPAS memiliki peningkatan terbesar di bawah pemerintahan Musa. Sekurang-kurangnya 800,000 hektar hutan Sabah adalah sebahagian atau sepenuhnya diperakui di bawah pelbagai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Forest Stewardship Council (FSC), Skim Pensijilan Balak Malaysia (MTCS) atau Pan European Forest Scheme (PEFC).

Jika benar dakwaan Sarawak Report, BMF dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bahawa hutan di Sabah adalah yang paling buruk di dunia, bagaimana kerajaan negeri Sabah mampu memperolehi pelbagai anugerah daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia, Forest Stewardship Council (FSC) dan the Prince Charles Charity, bagi menghargai kejayaan kerajaan negeri Sabah dalam usaha pemuliharaan hutan?

Oleh itu, sudah tiba masanya Sarawak Report dan Bruno Manser Fund mengalihkan serangan mereka kepada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Dan Rafizi Ramli juga sepatutnya tampil membuat laporan kepada SPRM atau Polis terhadap MB Kedah ekoran keengganan beliau menghentikan pemusnahan hutan di negeri berkenaan. Jika kita susuri siri tuduhan pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO tajaan mereka terhadap kemusnahan hutan di Sabah (walaupun tidak berlaku), bukan main lantang lagi mereka tuduh Musa Aman menyalahgunakan kuasa dan terlibat dengan skandal pembalakan. Tapi kenapa mereka tidak buat tuduhan yang sama terhadap Menteri Besar Kedah?

Jika beginilah sikap pemimpin dan NGO tajaan mereka, apa jaminan bahawa hutan di Sabah akan selamat jika Pakatan Rakyat memerintah? apa jaminan bahawa negara ini akan bebas dari gejala rasuah jika Pakatan Rakyat Memerintah? 

By: Borneo Bullet