Showing posts with label Blackout 505. Show all posts
Showing posts with label Blackout 505. Show all posts

Saturday, June 29, 2013

Terima Dana Asing Untuk Huru Harakan Negara Bukti Anwar Tidak Bermaruah

KUALA LUMPUR: Pendedahan terbaharu oleh negarawan Indonesia Jusuf Kalla (DISINI) mengenai sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas menunjukkan bahawa pemimpin pembangkang itu sanggup menerima dana asing bagi menghuruharakan negara, menurut beberapa pemerhati.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kenyataan Jusuf itu seharusnya membuka mata para penyokong pembangkang mengenai kegilaan Anwar untuk menjadi perdana menteri dan seharusnya jugalah mereka tidak lagi membiarkan diri dimanipulasi oleh Anwar untuk kepentingan peribadinya.

"Bukan sahaja Anwar terasuk untuk tidak menerima kekalahan pembangkang pada PRU13 tetapi juga sudah bertindak melampau sanggup mendedahkan pengikutnya kepada bahaya melalui perhimpunan haram Blackout 505," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Mengulas kenyataan bekas naib presiden Indonesia itu, antara lainnya bahawa tindakan Anwar menguntungkan musuh-musuh Islam dan kawan-kawannya turut membantu kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, Nadzim berkata Anwar tidak boleh bersembunyi lagi dan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadapnya.

"Anwar dah tak kesah walaupun sampai tahap perlu menjual negara sendiri... saya berharap kerajaan mengambil tindakan terhadap beliau yang melanggar undang-undang dan tidak menghormati perlembagaan negara," katanya.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib pula berkata Anwar terang-terangan memalukan Malaysia sehingga pemimpin antarabangsa seperti Jusuf turut rasa terpanggil untuk menyelar tindakan beliau.

"Anwar tidak wajar mengheret rakyat mengadakan perhimpunan memprotes keputusan PRU13 yang tidak berpihak kepada pembangkang. Tindakan Anwar itu jelas menunjukkan rasa tidak hormat serta tidak tahu adab menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya.

Sambil menyeru rakan-rakan Anwar dalam pakatan pembangkang memperhalusi kenyataan Jusuf bagi menilai keperibadian Anwar, beliau bertanya kenapa politik huru hara baru terjadi selepas munculnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tidak sebelumnya walaupun PAS dan DAP telah lama wujud.

Menyentuh mengenai dakwaan bahawa Anwar telah menerima dana daripada kuasa asing untuk perhimpunan Blackout 505 dan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Md Shukri berkata jika dakwaan itu benar maka Anwar memang sanggup menggadai Malaysia demi kepentingan khayalannya.

Presiden Pakar Malayalee Malaysia R. Nambiar pula berkata kalah dan menang adalah perkara yang lazim berlaku dalam sesuatu pertandingan dan tidak seharus terlalu payah untuk diterima hakikatnya apatah lagi jika pemimpin itu berjiwa besar.

"Cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri adalah dianggap pemikiran positif namun jika terbukti sudah ditolak oleh majoriti rakyat, terimalah hakikatnya dan berundurlah. Berilah peluang kepada pemimpin yang dipilih rakyat untuk meneruskan pembangunan negara," katanya.

Selepas pendedahan oleh Yusuf, katanya Penasihat PKR itu patut malu terhadap dirinya sendiri di atas putar belit kenyataan yang diberikan kepada rakyat kononnya beliau ada membuat perjanjian dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula berkata kenyataan Jusuf adalah satu bukti yang menunjukkan apa yang seringkali dikatakan Anwar kononnya hendak memperjuangkan nasib rakyat sebenarnya adalah perjuangan untuk beliau menjadi perdana menteri.

"Terserlah sudah motif sebenar di sebalik isu demonstrasi, isu pilihan raya tidak telus dan pelbagai tuduhan terhadap institusi kerajaan adalah untuk perjuangkan kepentingan peribadinya dan bukan bersifat 'substantial' untuk rakyat atau demokrasi di negara ini," katanya.

Azeem Fazwan berkata pengikut dan penyokong pembangkang perlu sedar bahawa perjuangan Anwar untuk kepentingan peribadinya adalah tidak sihat dan tidak baik untuk negara dan rakyat.

Tuesday, June 25, 2013

Rupa Macam Anwar Tapi Bukan Anwar?

Oleh : GABUNGAN NGO ISLAM

SENARIO ini berlaku di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah selesai upacara mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat pada pagi tadi, 24 Jun (Isnin).

Senario ini tidak terbayang boleh berlaku oleh penyokong-penyokong pembangkang yang hanya beberapa jam sebelum itu berguling-guling di atas jalanraya di hadapan bangunan Parlimen dan bertempur dengan pihak keselamatan.

Akhirnya sejumlah daripada penyokong tersebut ditangkap pihak polis kerana cuba merempuh masuk ke kawasan Parlimen.

Mereka yang terlibat sebelum itu sanggup bermalam dalam khemah di Padang Merbok dalam keadaan cuaca yang panas dan berjerebu yang amat merbahaya kepada kesihatan.

Ini semuanya tidak dipedulikan demi pengorbanan dan keyakinan kepada pemimpin agung mereka, Anwar.

Malah sehari sebelum itu juga, pemimpin terhebat mereka berucap berapi-api di atas pentas di Padang Merbok menghasut rakyat menentang kerajaan malah Ayatollah Husam Musa mengeluarkan fatwa syahid kepada siapa yang rela mengadai nyawa demi rasa sayang yang mendalam terhadap Anwar.

Ada di kalangan penyokong-penyokong pembangkang yang begitu taksub dan ekstrem sanggup mendirikan pusat pendaftaran bagi mereka yang mahu menjadi pengebom berani mati.

Begitulah hebat aura dan tarikan persona Anwar dengan dibantu oleh ulama tahi kucing seperti Husam yang mengabsahkan segala tindakan pembangkang walaupun ia bertentangan sekali dengan undang-undang mahupun logik dan akal manusia.

Sementara penyokong ‘Khalifah’ Anwar berhempas pulas menahan lapar dan dahaga di bawah matahari terik, Anwar pula bersenang-senang, gelak ketawa, riang ria bersama pemimpin negara yang sebelumnya dilaknat, dikutuk, dimaki, difitnah dan dicerca dengan pelbagai dakwa-dakwi.

Anwar nampak seolah-olah telah melupakan segala apa yang telah beliau hemburkan untuk memboikot majlis angkat sumpah dan persidangan Parlimen.

Malangnya topeng ang dipakai ini jarang boleh dilihat oleh penyokong-penyokongnya yang memilih untuk membontotinya membabi buta dengan menelan apa saja yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Mungkin mereka juga akan mempertikaikan kesahihan gambar yang menunjukkan Anwar makan tengahari dengan Perdana Menteri dengan mengatakan ‘rupa macam dia tapi bukan dia’.

Monday, June 24, 2013

Rakyat Ditipu Lagi: Lepas Berhimpun, Anwar Angkat Sumpah Iktiraf Keputusan PRU13

Ketika para pecacai dan penyokong Pakatan Rakyat cuba menimbulkan kekecohan dengan 'kekuatan' seramai lebih kurang 200 orang di luar pekarangan bangunan Parlimen dan menyusahkan pengguna-pengguna jalanraya pada pagi Isnin untuk ke tempat kerja terutama yang menggunakan laluan ke Damansara dari arah Kuala Lumpur, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan seramai 89 orang, mengangkat sumpah jawatan masing-masing dengan penuh bersahaja dan selamba tanpa menghiraukan apa yang mereka laung-laungkan sebelum ini. 

Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah pada jam 11:50 pagi dengan menyatakan bahawa:
"Saya, Dato Seri Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan negara."
Sekaligus, kepala yang beria-ia benar mahukan demonstrasi menumbangkan kerajaan yang dipilih menerusi pilihanraya yang diselenggarakan oleh SPR, telah pun memperakui bahawa keputusan PRU13 tidaklah sebagaimana dakwaannya. Bahkan secara tidak langsung, dia sendiri telah memperakui keputusan PRU13 yang sebelum ini dipertikaikan.

Kekecohan yang dilakukan oleh para penyokongnya di luar pekarangan Parlimen, nampaknya langsung tidak merencatkan Anwar Ibrahim untuk bergelar Ahli Parlimen. Sebaliknya, memorandum yang hendak disampaikan oleh kumpulan yang melakukan kekecohan dengan liputan penuh daripada stesen televisyen antarabangsa, Al-Jazeera tersebut, hanya diterima oleh ‘balacinya’, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam pada jam 12:05 tengah hari yang kemudian mengeluarkan arahan agar mereka bersurai.

Anwar Ibrahim yang semalamnya bersungguh-sungguh berucap walaupun sedikit hambar setelah melihat ramai yang meninggalkan venue tunjuk perasaan iaitu Padang Merbok, ternyata hari ini kekal sebagai seorang penipu dan pemerdaya terbesar. 

Daripada memujuk rakyat Malaysia agar turun berdemonstrasi untuk menzahirkan penolakan terhadap keputusan PRU13 dan PRU13 yang dikendalikan oleh SPR, akhirnya setelah bersungguh-sungguh para pengikutnya cuba merealisasikan impian dan hajatnya, Anwar Ibrahim dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 88 orang yang lain, tanpa menghiraukan para pengikut mereka, mengangkat sumpah terima tugas.

Agak pelik dengan gelagat para pemimpin Pakatan Rakyat. Ketika bersama-sama penyokong, mereka menjadi manusia yang sangat kuat berpegang kepada prinsip. Mereka melafazkan pelbagai omongan yang dilihat mampu mempengaruhi para pengikut agar menuruti segala kehendak mereka, sekalipun terpaksa melanggar segala peraturan dan undang-undang di negara ini.

Namun apabila mereka sendiri mendapat peluang, segala yang dijanjikan kepada para pengikut yang sanggup menggadaikan keselamatan diri, bahkan sanggup dibuang kerja atas alasan perjuangan, akhirnya menjadi hampas belaka. 

Bukti terbaru adalah apabila para pemimpin Pakatan Rakyat yang menang dalam PRU13 lalu, tidak membuang masa untuk mengangkat sumpah walaupun pada awalnya, bersungguh-sungguh pula mereka merancang untuk memboikot perjalanan Parlimen Malaysia atas alasan, keputusan PRU13 meragukan. 

Apakah sekarang ini, melihat kepada bukti-bukti ciptaan yang ada tidak mampu untuk mengubah keputusan, maka para pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali Anwar Ibrahim enggan melepaskan peluang menjadi Ahli Parlimen? 

Atas alasan apa pula mereka menerima tugas selaku Ahli Parlimen, sedangkan setahu ramai, bahkan rekod juga telah membuktikan, hampir kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada PRU12 lalu, tidak pernah menjalankan tugas mereka selaku wakil rakyat pun. Banyak masalah rakyat terbiar dan akhirnya diselesaikan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka sendiri, lebih banyak berkempen ke serata pelusuk negara untuk menaikkan sentimen rakyat, sekaligus mewujudkan suasana tidak tentera dan politik yang tidak stabil. 

Walau apa pun, ternyata peristiwa hari ini jelas menunjukkan bagaimana para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim lebih memikirkan perihal tekak dan perut mereka sendiri berbanding rakyat. Di sebalik laungan dan cemuhan terhadap SPR sehingga sanggup pula menganjurkan demonstrasi dengan sasaran penyertaan 1 juta orang, hari ini, mereka terlebih awal berada di Parlimen untuk mengangkat sumpah, sekaligus menerimapakai keputusan PRU13 yang mereka pertikaikan sebelum ini!

Saturday, June 22, 2013

Blackout 505: Susah Cari Penawar Penyakit Misteri Anwar Ibrahim?

PETALING JAYA: Penyakit 'hati angkuh' yang dihidapi pemimpin pakatan pembangkang terutama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan punca mengapa pakatan itu tidak mahu menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 dan menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerana penyakit itu pembangkang sengaja membutakan mata mereka terhadap keputusan rakyat pada pilihan raya umum lepas dan tetap meneruskan perhimpunan itu walaupun tahu ia bakal mengundang keresahan warga kota.

"Orang seperti ini memang sentiasa nak cari kaedah nak jadikan negara ini kucar kacir, kita bagi Stadium Merdeka untuk mereka berhimpun tapi mereka tak mahu kerana penyakit hati angkuh, Stadium Merdeka orang tak nampak mereka nak terpekik sana sini.

"Mereka sengaja mencari kaedah untuk mengucar-kacirkan negara, nak susahkan dan tipu rakyat, inilah penyakit hati mereka. Hati busuk atau sakit hati kita boleh tolong ubat, tetapi sakit hati angkuh ini susah nak cari penawarnya," katanya. - antarapos

Ku Nan silap.. Penyakit pelik Anwar Ibrahim sebenarnya ada penawarnya. Menurut "dukun" yang merawat beliau, Anwar perlu melakukan senam aerobik di Padang Merbok sambil terpekik-pekik memohon jawatan Perdana Menteri. Untuk lebih mujarab, Anwar perlu mengorbankan beberapa pesertanya serta mengundang aktiviti maksiat di Padang Merbok pada malam hari 22 Jun 2013. Jika semua syarat-syarat ini tidak dipenuhi, maka penyakit pelik Anwar bukan sahaja bertambah kritikal menjelang PRU14, malah dikhuatiri akan "diturunkan" kepada anak cucunya. Sebab itu Anwar bersungguh-sungguh siang malam menghabiskan jutaan ringgit melakukan pelbagai aksi pidato di atas pentas semata-mata mahu memenuhi tuntutan "dukun" tersebut agar penyakit peliknya dapat dipulihkan. Siapa "dukun" itu, hanya Anwar dan kenalan rapatnya sahaja yang tahu..

Difahamkan, hari ini agak ramai juga "sukarelawan" yang bersimpati terhadap Anwar turun menemani beliau dengan membawa bersama semangat cintakan Anwar serta sepanduk yang dihias kreatif yang mungkin tujuannya untuk menarik pelancong atau orang sekeliling. Samada usaha tidak bertamadun lagi tidak demokratik ini berjaya memulihkan penyakit Anwar atau tidak, kita tunggu sajalah selepas ini. Namun, yang pasti, lebih ramai rakyat rasa meluat dengan tindak-tanduk Anwar kerana tindakannya itu berjaya menyusahkan orang awam, anggota keselamatan dan menjejaskan imej negara di mata dunia. Mungkin ini juga sebahagian daripada misi Anwar kerana "penawar" yang hendak dimilikinya itu terlalu besar nilainya sehingga menuntut pelbagai kemusnahan di negara ini samada dari segi ekonomi, sosial mahupun politik..

Kesannya, Perdana Menteri dan para jenteranya terpaksa melipat-gandakan usaha memulihkan keadaan akibat dari penangan senam aeroboik Anwar di Padang Merbok. Walaupun terikat dengan pelbagai komitmen lain, namun kerajaan tetap ambil perhatian terhadap misi memusnahkan negara oleh Anwar dan konco-konconya. Bukanlah maksud kerajaan bersimpati terhadap penyakit pelik Anwar, cuma kasihan dengan "sukarelawan" Anwar yang terpaksa menyedut udara jerebu, serta kasihan dengan para orang awam yang dipaksa menjadi mangsa keadaan. Apabila jumlah "sukarelawan" Anwar berkurangan dari yang dijangkakan, sebagai pemidato tersohor, Anwar lantas memberikan alasan bahawa jerebu menjadi punca kenapa aktiviti "sosialnya" tidak mendapat sambuat.

Akhirnya, semakin jauh kita meninggalkan PRU13, semakin jelas kelihatan wajah sebenar Anwar yang dirundung pelbagai penyakit pelik serta cita-cita yang begitu kejam untuk dicapai. Mahukah rakyat memiliki Perdana Menteri yang berpenyakit? Mahukan rakyat memiliki Perdana Menteri yang rendah moralnya? Mahukah rakyat memiliki Perdana Menteri yang gagal menjelaskan skandal rasuahnya? Mahukah rakyat memiliki Perdana menteri yang kononnya mahu memajukan negara sebaliknya berniat memusnahkan negara? Ada banyak lagi persoalan yang wajib dijawab oleh Anwar sebelum beliau menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri. Malah persoalan-persoalan itu juga perlu diambil-kira sebelum Anwar menyalahkan SPR atas kegagalan beliau merampas kerajaan.

Tuesday, June 11, 2013

Ahli Parlimen DAP Tuduh Rakyat Tidak Puas Hati Dengan Keputusan PRU13

Walaupun baru sebulan lebih bergelar Ahli Parlimen Sandakan, namun Stephen Wong sudahpun menunjukkan wajah sebenar beliau yang boleh dikatakan sangat mirip dengan Anwar Ibrahim. Tanpa melakukan kerja-kerja sebagai Ahli Parlimen, Wong lebih gemar menyalak diatas pentas menuduh SPR melakukan penipuan pilihanraya sedangkan realitinya beliau berjaya merampas kerusi Parlimen Sandakan dari Datuk V.K Liew.. Adakah kemenangan itu menggambarkan wujud penipuan sebagaimana yang dimomokkan beliau??

Berucap pada majlis Himpunan Blackout 505 yang diadakan di dewan Hakka Batu 6 Jalan Labuk Sandakan, Wong dengan bangga menuduh SPR sengaja menghilangkan undi dan juga salah kira undi. Namun seperkara yang agaknya lupa disentuh atau diulas oleh Wong dan juga pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain ialah mengenai peranan wakil atau agen yang dilantik mereka untuk memantau dan memerhati proses pilihanraya. Malah setakat ini tidak adapun wakil atau agen pembangkang yang ditugaskan untuk memantau dan memerhati proses mengundi pada 5 Mei lalu tampil membuat laporan polis mengenai penipuan yang kononnya dilakukan oleh SPR. Ini kerana, jika benar berlaku penipuan, agen-agen pembangkang inilah yang lebih dulu menyedarinya dan seterusnya membuat laporan polis.

Dalam majlis itu juga, Wong tidak menjelaskan kepada para hadirin tentang kewujudan pemerhati luar negara yang sebelum ini telah mengesahkan bahawa proses pilihanraya negara ini berjalan mengikut prosedur. Semua perkara yang baik tentang SPR akan disembunyikan dari pengetahuan rakyat agar pembangkang boleh terus memperbodohkan rakyat untuk kepentingan mereka dan juga insan yang bernama Anwar Ibrahim. Malahan hujah-hujah Wong juga lebih kepada teori tanpa ada sebarang bukti dari pihak beliau, sekaligus menunjukkan niat sebenar Ahli Parlimen baru ini seiring dengan niat Anwar yang mahu menghasut rakyat supaya turun ke jalanraya bagi menggulingkan kerajaan.

Wong berkata, rakyat juga ingin melihat peranan sebenar sebuah organisasi yang dapat mengendalikan pilihan raya bebas dan telus tidak memihak mana-mana badan pertubuhan politik sama ada pembangkang, mahupun parti pro kerajaan. Namun, apakah makna istilah BEBAS dan TELUS jika pembangkang sendiri menyimpulkan bahawa hanya jika Pakatan Haram menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri, barulah proses pilihanraya itu disifatkan sebagai BEBAS dan TELUS...?? dan adakah tindakan menyembunyikan fakta-fakta sebenar mengenai proses pilihanraya oleh pemimpin-pemimpin Pakatan boleh dianggap sebagai BEBAS dan TELUS??

Dalam hujah Wong juga, beliau sempat meremehkan kemenangan Barisan Nasional dengan mengatakan bahawa kerajaan BN adalah kerajaan minoriti dengan undi popular sebanyak 47 peratus berbanding dengan parti Pakatan Rakyat seluruh Malaysia meraih 51 peratus undi. Jesteru, jika keputusan undi popular itu benar belaka dan Wong berbangga dengan keputusan itu, kenapa beliau masih menuduh SPR melakukan penipuan??? Bersetujukah beliau jika Bullet dan pemimpin-pemimpin BN yang lain mengatakan bahawa jumlah undi popular itu tidak benar???

Lebih menimbulkan rasa meluat apabila Wong mengatakan bahawa ""..Kerajaan BN yang mendapat mandat minoriti mudah harus mengkaji semula kenapa rakyat rasa tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum (PRU 13) lalu.."" Persoalannya, siapakah yang tidak puas hati dengan keputusan pilihanraya lalu?? rakyat atau ANWAR IBRAHIM?? Jika benar rakyat tidak puas hati, tanpa hasutan Anwar dan juga pemimpin-pemimpin Pakatan Haram, rakyat dengan sendirinya turun ke jalanraya bagi melancarkan protes. Namun peliknya, dalam kes ini, pihak yang kalah lebih dulu melakukan pelbagai tindakan yang membelakangkan undang-undang bagi membantah keputusan PRU13.

Tidak malukah Wong menuduh rakyat tidak puas hati dengan keputusan PRU13 sedangkan pemimpin-pemimpin Pakatan yang memulakan protes tersebut?? Yang memulakan huru-hara ialah Pakatan Haram, namun yang dituduhnya pula adalah rakyat?? Kenapa Wong tidak tukar saja ayat itu kepada ""...Kerajaan BN yang mendapat mandat minoriti mudah harus mengkaji semula kenapa ANWAR IBRAHIM rasa tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum (PRU 13) lalu..""

Mengulas tindakan Kerajaan Negeri Sabah menyekat kemasukan Nurul Izzah ke negeri ini, Bullet ingin memohon penjelasan dari Wong mengenai maksud ayat dibawah ini:

"Mungkin Musa takut kerana para pemimin Pakatan Rakyat hebat-hebat belaka sehingga berjaya merampas 12 kerusi di DUN di Sabah. Jika dibenarkan lebih ramai masuk, mungkin mereka akan hilang lebih banyak kerusi sekalipun PRU-13 sudah tamat,".

Apakah maksud ayat yang bertanda hitam diatas?? Apakah benar tujuan Nurul Izzah ke Sabah adalah untuk menggerakkan demonstrasi jalanan atau Blackout 505?? Adakah ayat itu membawa maksud, mana-mana kerusi yang menyaksikan Pakatan Rakyat kalah akan dirampas semula melalui jalanraya?? Jika benar jawapannya, maka tindakan Datuk Seri Musa Aman menyekat kemasukan Nurul Izzah adalah tepat belaka.. Bukan menjadi bahan ejekan, sebaliknya menjadi kebanggan rakyat di negeri ini kerana memiliki pemimpin yang berani bertindak tanpa perlu khuatir dengan kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh puak-puak pembangkang sehingga boleh menjejaskan kredibiliti beliau.

Mengenai Sahar Saka, beliau telahpun dipecat dari UMNO kerana sikap tamak dan dasar pembelot. Beliau tergamak bertanding atas tiket bebas hanya kerana tidak dicalonkan oleh pucuk pimpinan. Inikah ciri-ciri pemimpin yang hendak diketengahkan oleh Pakatan Rakyat?? Sudah tentu Sahar Saka akan mencari platform lain untuk meneruskan kerjaya politik beliau selepas dipecat, dan pilihan yang ada hanya Pakatan Haram..

RUJUK KENYATAAN STEPHEN WONG DISINI

Thursday, June 6, 2013

Matlamat Black 505 Bukan Mengadakan Perhimpunan Semata-mata

KUALA LUMPUR: Perhimpunan yang dianjurkan parti pembangkang serta penyokong mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipercayai mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada hanya untuk mencela Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mereka dakwa bertanggungjawab menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam pilihan raya.

Beberapa pemimpin politik dan pakar strategi percaya perhimpunan yang diadakan di pelbagai tempat itu juga merupakan suatu usaha untuk membentuk minda anak muda Malaysia yang akan mencapai usia 21 tahun dan layak menjadi pemilih pada tahun-tahun akan datang.

Harapan mereka ialah untuk menarik golongan muda supaya memberi sokongan kepada pakatan pembangkang 'untuk memperbetulkan' keadaan tidak seimbang dan sistem pilihan raya yang tidak adil di negara ini, seperti yang mereka dakwa, memandangkan kebanyakan yang menghadiri perhimpunan itu terdiri daripada para belia.

"Ini merujuk kepada kemunculan kira-kira tiga juta pemilih baharu dalam masa lima tahun akan datang. Apabila mereka dapat membentuk pendapat golongan muda ini, mereka (golongan muda) akan mendaftar sebagai pemilih dan menyokong parti terbabit pada pilihan raya akan datang," kata anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.

Satu lagi perhimpunan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati tentang tuduhan berlakunya penyelewengan dalam PRU13 dirancang diadakan pada 15 Jun di ibu negara sebagai lanjutan kepada perhimpunan Black 505, yang mula diadakan tiga hari selepas PRU13 pada 5 Mei.

Ti berkata parti pembangkang, terutama DAP, berjaya meyakinkan ramai pengundi Cina supaya menolak MCA dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) baru-baru ini dan mereka akan terus berbuat demikian hingga PRU akan datang.

"Mereka (pembangkang) memang handal dalam perkara ini. Mereka tahu siapa yang patut dijadikan sasaran, bagaimana untuk mencari sasaran dan bagaimana untuk mengekalkan sokongan yang diterima. Bukan setakat menganjurkan perhimpunan untuk menarik orang ramai supaya menyokong mereka. Ia merupakan strategi yang menggunakan serampang dua mata dan banyak mata," katanya.

Beliau berkata sebelum berlangsungnya PRU, strategi utama DAP ialah memastikan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Cina dan golongan muda, percaya bahawa pakatan pembangkang mampu membawa perubahan dalam kerajaan dan inilah puncanya kebanyakan pemilih daripada kaum Cina memberi undi mereka kepada calon pembangkang daripada DAP, PAS atau PKR.

Apabila pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya, katanya, mereka menukar strategi dengan memberi tumpuan terhadap tuduhan kononnya keputusan PRU13 adalah tidak adil berikutan sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang dan membuat heboh bahawa mereka memperoleh lebih banyak undi popular.

Ti berkata parti pembangkang juga mendesak rakyat negara ini supaya menuntut agar sistem pilihan raya sedia ada diubah dengan mencadangkan ia menggunakan sistem 'satu undi seorang'.

Katanya pakatan pembangkang juga memanfaatkan media sosial untuk menangguk sokongan.

"Mereka menggunakan akaun Facebook, Instagram dan Twitter masing-masing untuk menyebar mesej tersebut. Sasaran mereka sekarang ialah Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya.

Seorang pakar strategi politik yang enggan dikenali berkata "banyak keputusan mengundi dibuat dengan menurut perasaan" apabila fikiran mereka telah dibentuk kepada siapa mereka patut memberi undi.

Menurutnya, pemikiran seseorang akan terbentuk apabila orang berkenaan terlalu taksub dan melihat banyak maklumat melalui gambar, video YouTube dan komen dalam Facebook, Twitter atau mesej yang dihantar melalui WhatsApp.

"Pemikiran mereka sentiasa dibentuk hingga emosi mereka menjadi begitu cenderung kepada sentimen parti politik. Apa yang diperlukan hanyalah alat seperti visual, audio dan perasaan.

"Inilah yang berlaku pada perhimpunan Black 505. Strategi mereka ialah menyiarkan gambar (visual) perhimpunan, komen (perasaan) dan ucapan (audio) kerana mereka amat sedar bahawa pihak yang menggunakan kaedah itu secara bijak dan habis-habisan akan mendapat lebih banyak manfaat, walaupun majoriti rakyat tidak menyukai mereka," kata pakar strategi itu.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS menggunakan strategi yang menampilkan tentang perlunya rakyat menuntut hak masing-masing.

"Masalahnya ialah apabila seseorang itu memberi gambaran bahawa segala yang ada, salah belaka. Mereka boleh bentuk minda orang, terutama golongan muda, yang kononnya mereka perlu bangun untuk menuntut keadilan dan menentang perkara yang tidak betul," katanya.

Beliau berkata strategi itu berjaya kerana kadar celik politik dalam kalangan penduduk masih rendah.

Sunday, June 2, 2013

Cubaan Nurul Izzah mengeksport Blackout 505 ke Sabah GAGAL!

Cubaan untuk mengeksport Blackout 505 ke Sabah, nampaknya telah gagal sama sekali. Anwar Ibrahim yang cuba menggunakan anak perempuannya sebagai umpan untuk Blackout 505, nampaknya terpaksa tepuk dahi sendiri apabila Nurul Izzah juga menerima nasib yang serupa seperti Tian Chua iaitu tidak dibenarkan menjejakkan kaki keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Hari ini, Anwar Ibrahim telah mengutuskan anaknya, Nurul Izzah ke Sabah sebagai persiapan untuk melancarkan kunjungannya ke Sabah pada 8 Jun nanti. Nurul Izzah diharap dapat menarik golongan muda untuk berhimpun dan cuba menggerunkan Kerajaan Negeri Sabah menerusi pelbagai tohmahan seperti penipuan SPR, penipuan BN dan sebagainya.

Anwar Ibrahim melihat ‘kejayaannya’ membuat perhimpunan haram atau lebih dikenali sebagai ‘Himpunan Black 505′ sebagaimana di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Pahang dan yang terbaru di Armcorp Mall, Petaling Jaya Selangor, perlu dipanjangkan ke Sabah, negeri yang sangat ingin dikuasainya semenjak dari zaman dia bergelar Timbalan Perdana Menteri lagi. Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati dan gagal mengakui kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu sekaligus merencatkan cita-citanya untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia.

Pakatan Rakyat kerap kali mempotretkan rakyat Sabah sebagai golongan bodoh yang boleh diperbodoh-bodohkan dengan sedikit tipu daya. Bagaimanapun, sesuatu yang tidak mereka sangka sama sekali ialah, rakyat Sabah yang biasanya pasif dan kurang bertindak, kali ini telah mendesak pihak Imigresen agar melakukan sesuatu untuk menyekat niat jahat Pakatan Rakyat, terutama sekali selepas episod serangan lanun-lanun Sulu yang telah mengorbankan 10 orang perajurit negara.

Setibanya Nurul Izzah di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 4:30 petang, dia telah tidak dibenarkan masuk (Not To Landed) dan diarahkan pulang semula ke KualaLumpur pada jam 8:10 malam. Tindakan pihak berkuasa yang menghalang Nurul Izzah daripada memasuki Sabah adalah untuk menghalang anak perempuan Anwar Ibrahim itu daripada mencetuskan huru hara dan berbuat sesuka hati seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang.

Seharusnya, selesai sahaja pilihanraya, semua pihak perlu menerima apa-apa sahaja keputusan rakyat dan tidak perlu lagi berkempen atau membuat perhimpunan yang menyusahkan rakyat. PRU13 bukannya penamat memandangkan dalam tempoh lima tahun lagi, PRU14 pula akan menjelang.

Dalam Facebook, Nurul Izzah mendakwa sepanjang dia ditahan, dia langsung tidak diberi makan. Bagaimanapun bukti yang dihantar kepada SEL13.COM menunjukkan Nurul Izzah melantak ayam KFC dan diberi pula minuman yang nampaknya dibeli khas untuknya.

Kalau dah jenis pembohong, semua benda pun hendak dibohonginya.

Yang pastinya, Nurul Izzah tak guna melalak menyalak. Bukankah dia dan gerombolan PKR bukan main kuat lagi membuat temberang kononnya Sabah tidak mempunyai sebarang kuasa autonomi. Apa agaknya yang hendak diterangkan oleh Nurul Izzah bagaimana Jabatan Imigresen Sabah boleh menahannya dan tidak membenarkan dia memasuki Sabah walhal di Semenanjung dia bebas bergerak dari satu negeri ke satu negeri tanpa perlu melalui pintu Imigresen?

--SEL13