Thursday, August 29, 2013

Jeffrey Ambil Jalan Selamat Bidas Pemimpin BN Sabah dan Sarawak

Anggota kabinet dari Sabah dan Sarawak masih berdiam diri ketika kerajaan menguatkuasa larangan kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah 'Allah'. Veteran politik Sabah Jeffrey Gapari Kitingan berkata perkara itu menunjukkan ketakutan para pemimpin BN Sabah dan Sarawak untuk bersuara, bukan sahaja mengenai isu kalimah 'Allah' tetapi juga kepada isu lain yang berkaitan Malaysia Timur. - Sabahkini

Jeffrey juga sebenarnya takut berjuang mempertahankan penggunaan kalimah "Allah" kepada penduduk bukan Islam di negara ini.. Keberanian yang beliau tunjukkan hanyalah sekadar mengkritik pihak-pihak yang disifatkannya sebagai gagal memperjuangkan isu tersebut.. Jika Jeffrey berani sangat memikul isu sensitif ini sebagai agenda politik beliau, kenapa kita tidak pernah lihat Jeffrey membawa sepanduk atau turun naik mahkamah mempertahankan supaya kalimah itu boleh terus digunakan oleh penduduk bukan Islam?

Sebelum Jeffrey mengkritik pemimpin-pemimpin dalam BN Sabah, beliau sepatutnya menilai peranan beliau terlebih dahulu.. Apa gunanya Jeffrey berada dalam gelanggang politik jika beliau hanya memerhatikan apa yang sedang berlaku.. kemudian apabila "perang" sudah selesai barulah dia tampil kehadapan membuat kesimpulan mengenai siapa yang gagal..

Sebagai veteran politik, Jeffrey sepatutnya faham implikasinya apabila isu-isu sensitif seperti agama dipolitikkan.. Majoriti rakyat negara ini mahukan supaya isu sensitif ini tidak diheret ke gelangang politik.. Kalaupun Jeffrey mahu meraih populariti, masih ada banyak isu lain yang boleh beliau bangkitkan selain daripada isu-isu mengenai agama. Malahan Jeffrey sendiri tidak begitu agresif ketika isu ini sedang hangat diperdebatkan.. Jesteru, kegagalan itu sepatutnya turut dipikul sama oleh Jeffrey memandangkan beliau juga antara pemimpin politik di negeri ini yang berjaya mendapat kepercayaan rakyat bagi mengetengahkan masalah atau apa sahaja kesulitan mereka diperingkat negeri dan pusat.

Bukan sahaja pemimpin-pemimpin BN, malah pembangkang juga akan berhati-hati apabila mengulas atau menunjukkan pendirian mereka mengenai isu ini.. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. Sebab itu juga Jeffrey sekadar mengambil jalan selamat dalam mengulas isu ini dengan menuduh pihak lawan kononnya berdiam diri sedangkan beliau sendiri tahu bahawa isu ini terlalu sensitif untuk dipolitikkan.. Jika Jeffrey berani, beliau sepatutnya memasukkan sekali agenda mewujudkan negeri bukan Islam dalam manifesto pilihanraya STAR..

Wednesday, August 28, 2013

Bumburing perjuangkan kebebasan berpersatuan atau kebebasan melompat

Tamparuli assemblyman Wilfred Bumburing has chided Parti Bersatu Sabah president Joseph Pairin Kitingan for calling on the Registrar of Society (ROS) to reconsider the approval of 20 new political parties in the country. - Free Malaysia Today

Bayangkan jika ROS meluluskan pendaftaran 20 parti politik baru sebelum PRU13, dan Pairin menyokong langkah itu atas dasar kebebasan berpersatuan.. Adakah Bumburing akan menyokong pendirian Pairin sebagaimana beliau menyokong tindakan ROS hari ini? atau menuduh ROS dan Pairin cuba memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional dengan menuduh bahawa tindakan itu bertujuan mengundang pertandingan banyak penjuru?

Menghalang pendaftaran 20 parti politik baru tidak semestinya menghalang kebebasan berpersatuan.. Melihat kepada kerosakan negara akibat politik masakini, ada kewajarannya desakan Pairin supaya ROS mempertimbangkan semula kelulusan 20 parti politik tersebut.. Rakyat tidak perlukan puluhan parti politik untuk membela nasib mereka,.. melainkan Bumburing mengakui dan bersetuju jika penulis katakan bahawa Pakatan Rakyat dan juga pertubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) telah GAGAL membela nasib rakyat.. Jika Bumburing mengakuinya, barulah penulis bersetuju bahawa negara ini sememangnya memerlukan lebih banyak parti politik baru.

Bumburing sepatutnya mengkaji sedalam-dalamnya kenyataan Pairin sebelum membidas beliau.. Banyak kesan-kesan buruk yang perlu diambilkira sebelum meluluskan permohonan semua parti baru ini.. Sedangkan parti yang ada sekarang pun sudah cukup untuk menghuru-harakan negara hanya kerana impian mereka mahu merampas kerajaan gagal dicapai.. Jesteru bayangkan jika 20 parti politik ini turut melakukan perkara yang sama jika mereka gagal merampas kerajaan.. Yang menanggung siksanya, tidak lain tidak bukan adalah rakyat biasa, sementara ahli-ahli politik seperti Bumburing terus berpesta melihat detik-detik kemusnahan negara..

**ATAU BUMBURING SEBENARNYA KECEWA DENGAN PAIRIN KERANA KENYATAAN PAIRIN ITU BERPOTENSI MENGHALANG NAFSU POLITIKNYA UNTUK TERUS MELAKUKAN AKSI LOMPATAN DARI SATU KAPAL KE KAPAL YANG LAIN.. MAKLUMLAH, BILA BANYAK PARTI POLITIK BARU, MAKA BANYAK JUGALAH PILIHAN BUMBURING UNTUK MELOMPAT..

Kini PKR Sabah Pula Bertelagah Mengenai Pelantikkan Lajim Ukin

Api-Api Assemblywoman Christina Liew and Moyog Assemblyman Terrence Siambun on Monday denied they disagreed with the appointment of Datuk Seri Lajim Ukin as the State's Parti Keadilan Rakyat chief. Siambun said the appointment of Lajim was carried out through a consensus exercise by the 25 Sabah PKR divisional heads, with the results forwarded to the party's headquarters and subsequently to the Supreme Council for approval. - Daily Express

PKR Sabah memang sudah berpecah belah sebelum PRU13.. Tidak perlu lah Christina Liew dan Terrence Siambun menafikan perkara yang sudah disaksikan sendiri oleh rakyat.. Apa yang dikatakan oleh Adun Matunggong (PKR), Jelani Hamdan mengenai pelantikkan Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah memang ada asasnya. Perang antara Ansari Abdullan, Wilfred Bumburing dan Anwar Ibrahim ketika pemilihan calon PRU13 adalah bukti bahawa Anwar dan barisan pemimpinnya diperingkat nasional enggan menerima bulat-bulat cadangan dan keputusan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PKR di peringkat negeri. Tidak mustahil Anwar turut menggunakan cara yang sama dalam pelantikkan Lajim Ukin sehingga ramai pemimpin-pemimpin pembangkang lain yang dinafikan hak, sumbangan dan kesungguhan mereka sepanjang berjuang dalam barisan pembangkang Sabah selama ini..

Sekiranya benar Jelani bercakap bohong dan sekiranya benar imej PKR terjejas ekoran kenyataan beliau, Liew dan Terrence patut failkan saman atau mengarahkan Anwar supaya mengambil tindakan disiplin terhadap beliau.. Seperkara lagi, jika Jelani bukan dipihak PKR, penafian yang dibuat oleh Liew dan Terrence mungkin berasas, namun memandangkan Jelani juga berada dipihak pembangkang dan duduk dibawah payung yang sama, peratusan tahap kebenaran mengenai kenyataannya lebih tinggi berbanding dengan penafian yang dibuat oleh Liew dan Terrence.

Tidak perlulah membuang masa semata-mata mahu menegakkan benang yang basah.. Bukankah lebih baik pemimpin-pemimpin PKR Sabah membuktikan kepada rakyat di negeri ini bahawa parti pembangkang terbesar itu mampu memberikan "autonomi" kenapa pemimpin pembangkang tempatan dalam membuat apa sahaja keputusan? Setiap kali ada pemilihan calon atau pembahagian jawatan, pasti Anwar akan masuk campur, dan setiap kali itu juga calon pilihan Anwar akan didahulukan.. Melihat kepada situasi ini, seolah-olah pemimpin pembangkang tempatan tidak mempunyai pendirian melainkan sekadar mengikut jari telunjuk Anwar Ibrahim..

DAP SUDAH BERTELAGAH SEJAK AWAL PELANTIKKAN LAJIM, KINI GILIRAN PKR PULA.. SEMUANYA KERANA KUASA MEMBUAT KEPUTUSAN TERLETAK DITANGAN ANWAR IBRAHIM..

Kerana Malas Turun Padang, Darell Minta Rakyat Sediakan Soalan Untuknya

Penulis memuji cara kreatif Darell Leiking dalam mendapatkan pandangan daripada penyokong-penyokongnya mengenai soalan yang perlu beliau bangkitkan pada sesi kedua Perlimen yang dijangkan berlangsung antara 22hb September - 04hb Oktober 2013.. Namun pujian penulis hanya JIKA Darell kerap melaksanakan aktiviti turun padang melihat sendiri masalah-masalah yang dihadapi rakyat. Sehingga ke hari ini, batang hidung Darell tidak pernah dilihat memasuki kampung, melawat kawasan-kawasan yang bermasalah terutamanya bagi Parlimen Penampang.. Disebabkan malas turun padang, maka Darell terpaksa mencari jalan pintas (shortcut) untuk mendapatkan soalan-soalan daripada penyokong-penyokong beliau sedangkan beliau tahu bahawa soalan yang bakal diajukan oleh penyokong-penyokongnya pasti lebih kepada soalan berbentuk emosi berbanding dengan realiti..

Sebagai Ahli Parlimen yang baru sahaja diberikan mandat oleh pengundi-pengundi Penampang, beliau sepatutnya bekerja keras membela nasib penduduk Penampang melalui aktiviti turun padang. Sekadar melayari Facebook dan memenuhi undangan temuramah bersama FZ.com tidak akan mampu membawa Darell kepada situasi sebenar. Majoriti penduduk Penampang mengharapkan supaya Darell merasai, menyelami dan memahami masalah mereka, bukan mereka pula yang perlu memahami apa yang dikehendaki oleh Darell sebagai persediannya menghadapi sesi kedua Parlimen. Jika Darell boleh terbang hingga ke Filipina semata-mata mahu melaksanakan agenda tersembunyi PKR di negara itu, takkan untuk keluar masuk kampung yang tidak memerlukan tiket penerbangan boleh menjadi masalah kepada Darell..

Pendek kata, soalan-soalan yang perlu dibawa ke Parlimen perlu dicari sendiri oleh Darell, bukannya mengambil jalan mudah dengan menyerahkan tugas itu kepada penyokong-penyokong beliau.. Baik Darell bersara dari politik jika malas memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen.. Berbanding dengan wakil rakyat pembangkang yang lain, sekurang-kurangnya Facebook mereka dihiasi dengan gambar aktiviti turun padang, sebaliknya Darell hanya mempunyai gambar-gambar yang bertujuan untuk mempopularkan dirinya.. Lihat saja cover photo beliau yang langsung tidak menampakkan ciri-ciri seorang Ahli Parlimen.. Darell nampaknya lebih bangga bila ditemuramah berbanding dengan "menemuramah" penduduk Penampang..

Tuesday, August 27, 2013

Senyuman Junz Wong Adalah Bukti Kejayaan DAP Memperbodohkan Pengundi Likas

Pengundi Likas patut berterima kasih dan bersyukur kerana mepunyai wakil rakyat yang sangat aktif ke hulu ke hilir hingga ribuan Kilometer jauhnya semata-mata mahu menaikkan popularitinya setanding dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.. Sekembalinya Junz Wong dari Pulau Pinang, kini beliau terus ke Sandakan kononnya mahu menunjukkan sokongan dan kesetiakawanan kepada Stephen Wong dan George Hiew (DISINI).. Jelas terpancar kegembiraan Junz setiap kali bertemu rakan-rakannya di merata-rata tempat hinggakan beliau terlupa bahawa dia adalah wakil rakyat yang diberikan mandat oleh pengundi-pengundi Likas, bukannya pengundi Sandakan, Elopura mahupun Pulau Pinang..

Jika Christina Liew boleh turun padang mendengar dan menyelesaikan masalah-masalah rakyat di kawasannya, Junz pula sekadar membangkitkan isu Lynas dan juga petisyen Sandakan dan Elopura.. Ketika pembangkang-pembangkang lain sibuk mendapatkan penjelasan mengenai masalah-masalah rakyat, Junz Wong pula sekadar melayari portal Free Malaysia Today dan mengambil artikel expired 2011 yang tidak ada kaitan langsung dengan Sabah, kemudian diulasnya seolah-olah perkara itu berlaku di Sabah masa kini.. Pendek kata, apa yang dilakukan oleh Junz, tidak lengsung mendatangkan manfaat kepada penduduk Likas yang mengundi beliau.. 

rupanya pelantikkan Lajim berdasarkan Sistem Kroni Didahulukan..

Anwar bohong lagi.. dalam kenyataan beliau yang dipetik dari portal Bernama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan melantik Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ketua PKR Sabah menggantikan Ahmad Thamrin Mohd Jaini, dibuat selepas mengambilkira beberapa faktor termasuk pandangan pemimpin PKR peringkat negeri.. Namun menurut laporan Daily Express, Pelantikan Ketua Pembangkang Sabah Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua PKR Sabah oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disenangi oleh beberapa anggota lain khususnya empat ADUN PKR Sabah.

Adun Matunggong Jelani Hamdan berkata, walaupun mereka menghormati keputusan Anwar melantik Lajim, yang dipercayai baru sahaja menyertai PKR baru-baru ini, mereka tidak berpuas hati kerana mereka tidak dibawa berunding atau mendapatkan pandangan mereka. Menurutnya, beliau dan tiga lagi wakil rakyat PKR, Terrence Siambun (Moyog), Jeremy Malajad (Kadamaian) dan Christina Liew (Api-api), telah menyerahkan usul kepada kedua-dua Anwar dan Lajim berhubung isu-isu tertentu (DISINI).

Sebelum ini, Adun Luyang (DAP), Hiew King Cheu juga tidak bersetuju dengan pelantikkan Lajim sebagai Ketua Pembangkang.. Beliau menyokong Adun Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Bumburing untuk jawatan itu sementara pemimpin-pemimpin DAP yang lain pula memberikan sokongan kepada Lajim.. Disebabkan perbezaan pandangan dan keputusan ini maka timbullah konflik dikalangan pemimpin-pemimpin DAP sehingga Hiew terpaksa melepaskan jawatan partinya.. Jelani dan tiga wakil rakyat yang lain juga turut membayangkan bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama seperti Hiew sekiranya Anwar dan Lajim tidak menimbangkan usul mereka.

Ini bukanlah kali pertama Anwar membuat keputusan tanpa mengambilkira pandangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tempatan yang lain. Ketika pemilihan calon PRU13 awal tahun ini, Anwar turut membelakangkan pandangan atau keputusan beberapa ketua bahagian sehingga memaksa mereka keluar meninggalkan PKR. Malahan pandangan pemimpin berpengaruh PKR Sabah, Ansari Abdullah juga ditolak mentah-mentah oleh Anwar semata-mata mahu mendahulukan kepentingan kroni-kroninya seperti Lajim dan Bumburing.

Jesteru, apabila Anwar berkata bahawa pelantikkan Ketua Pembangkang Sabah itu dibuat selepas mengambilkira pandangan pemimpin PKR Sabah, penulis sama sekali tidak mempercayainya kerana Anwar semenangnya terkenal dengan lidah bercabang.. Sejak dari dulu, apa sahaja keputusan yang dibuat Anwar, pasti akan mendahulukan kroni.. ANDA BOLEH BAYANGKAN SENDIRI APA AKAN JADI PADA SABAH JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH NEGERI INI.. KUASA MUTLAK TENTUNYA TERLETAK DITANGAN ANWAR DAN SEBARANG KEPUTUSAN MENGENAI NEGERI INI WAJIB MENGIKUT TELUNJUK ANWAR, BUKANNYA SUARA MAJORITI ATAU AKAR UMBI..

Monday, August 26, 2013

Misi Pembangkang Menjahanamkan Negara Semakin Membuahkan Hasil

Bagaimana rakyat tidak takut jika mereka memiliki barisan pemimpin pembangkang yang sememangnya dilahirkan untuk menyokong aktiviti-aktiviti keganasan? Sebelum rakyat terpengaruh dengan mainan politik pembangkang, eloklah imbas kembali siapa yang lebih hampir dengan sifat-sifat pengganas.. Untuk memudahkan proses imbas kembali ini, biarlah penulis timbulkan persoalan-persoalan yang mudah untuk dijawab oleh segenap lapisan masyarakat seluruh negara..

Pertama - Siapa yang membantah penubuhan ISA?.... ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang membolehkan sesiapa pun ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.. Namun malangnya akta ini terpaksa dimansuhkan atas desakan pembangkang supaya mereka bebas melakukan ancaman dalam negara..

Kedua - Siapa yang membantah Ordinan Darurat?... EO juga berfungsi untuk membanteras dan mencegah jenayah.. namun disebalik fungsinya yang berkesan dalam mencegah jenayah, pembangkang jugalah yang tidak henti-henti mendesak supaya undang-undang ini di mansuhkan.. Pemansuhan undang-undang ini mengakibatkan lebih 2000 tahanan terpaksa dibebaskan dan kembali ke sisi masyarakat.. Hasilnya, salah satu kes samun rumah mewah yang berlaku baru-baru ini turut melibatkan bekas tahanan Ordinan Darurat (DISINI).

Ketiga - Siapa yang tampil membela nasib penjenayah?... Tidak cukup dengan desakan memansuhkan undang-undang mencegah jenayah, pembangkang juga terlibat aktif membela nasib banduan dalam penjara.. Bagi mereka, banduan yang didapati bersalah kerana membunuh, merompak, merogol dan sebagainya layak dilayan seperti sang raja.. Polis sama sekali tidak berhak memukul mereka kerana bagi pembangkang, apa sahaja jenis jenayah yang dilakukan oleh banduan-banduan ini teramatlah "murni" bagi mereka (pembangkang).. Namun pembangkang mungkin lupa sekiranya banduan-banduan ini jatuh ketangan keluarga mangsa, confirm dah lunyai dikerjakan sebelum sempat masuk penjara..

Keempat - Siapa yang suka sangat menganjurkan demonstrasi jalanan?... Seakan tidak sah perjuangan pembangkang jika demonstrasi jalanan tidak dibudayakan dalam parti.. Walaupun tiada kebolehan menganjur, sekurang-kurangnya bijak menghasut sudah memadai.. Pembangkang tidak pernah rasa bersalah mengheret rakyat ke jalanraya untuk bertempur dengan anggota keselamatan.. Kadang kala penulis turut terfikir, adakah mendidik rakyat supaya membelakangkan undang-undang turut menjadi sebahagian daripada agenda perjuangan pembangkang?? Malah lebih mendukacitakan, apabila yang dilihat keluar masuk hospital selepas berdemonstrasi adalah rakyat biasa, bukannya Anwar, Lim Kit Siang, Nik Aziz atau yang seangkatan dengannya..

Junz Wong Akhirnya Buktikan Kewujudan Nelayan Vietnam di Sabah Melalui Artikel 2011


Junz Wong patut dedahkan bukti sahih, terkini dan nyata,, bukan main bedal saja ikut persepsi berdasarkan artikel yang diterbitkan dua tahun lepas.. Sebelum ini Junz menuduh SAFMA bersekongkol dengan nelayan Vietnam, namun bila beliau gagal kemukakan bukti, beliau beralih pula kepada isu perkhidmatan air dan ais di jeti SAFMA.. Belumpun perkara itu berjaya dibuktikan oleh Junz Wong, beliau beralih pula menyerang KKIA.. Akhirnya isu mengenai nelayan Vietnam yang kononnya berlegar-legar di jeti SAFMA terus menjadi mitos tanpa ada sebarang bukti susulan dipihak Junz Wong sedangkan beliau sudah berjanji akan mendedahkan perkara tersebut..

Kini, apabila Junz ketandusan idea untuk menyerang agensi-agensi kerajaan dan dalam masa yang sama mahu menunaikan janjinya yang kononnya akan mendedahkan kewujudan nelayan Vietnam di perairan Sabah, lantas beliau menggunakan artikel tahun 2011 yang dipetik dari portal penyokong tegar pembangkang Free Malaysia Today bagi mewujudkan prasangka dikalangan rakyat bahawa nelayan Vietnam memang wujud di perairan Sabah. Lebih memalukan apabila artikel yang dijadikan sandaran oleh Junz untuk menguatkan fitnahnya tidak sedikitpun menyentuh mengenai keadaan perairan di Sabah..

Dengan hanya bermodalkan artikel basi dari FMT bertajuk "Nelayan Vietnam Perompak Berlesen" yang diterbitkan pada 16 Jun 2011, Junz dengan nada temberang lagi pembohong berkata "Will Sabah fish sectors be facing d similar situation caused by "legalized" Vietnam fishermen on Sabah shores?!" (DISINI). Namun malangnya, samada penyokong Junz sedar atau tidak bahawa mereka SEDANG dibohongi oleh Junz, mereka seraya berkata "There u go again my lovely YB!".. Muakkkk!!.. Entah bagaimana si Raja Night Club ini boleh mendapat pujian begitu menggairahkan sedangkan apa yang dilakukan oleh beliau tidak lebih dari sekadar bermain dengan persepsi menggunakan asas dua tahun lepas yang bukan berlaku di Sabah..

Politik sebegini terlalu sempit bagi penulis kerana Junz hanya bermain dengan persepsi berdasarkan asas yang sudah expired bagi mempengaruhi minda penyokong-penyokong beliau.. Inikah contoh wakil rakyat yang diidamkan oleh pengundi-pengundi Likas? Sudahlah malas turun padang bertemu pengundi-pengundinya, aktif pula tu menyerang agensi-agensi kerajaan yang bukan dalam kawasan Adun nya.. Kini beliau menggunakan short cut pula untuk menyerang kredibiliti kerajaan dengan menggunakan artikel yang sudah expired..

Pembangkang punca terhasilnya istilah "..termasuk Sabah dan Sarawak"

Eliminate the phrase 'Termasuk Sabah dan Sarawak' (including Sabah and Sarawak) in official speech deliveries, said Malaysian Productivity Corporation (MPC) Board of Directors member, Datuk Awang Buhtamam Awang Mahmun. He said this is to illustrate and enhance the spirit of 1Malaysia as espoused by the Prime Minister. - Daily Express

Datuk Awang Buhtamam patut menasihati pemimpin-pemimpin politik pembangkang Sabah supaya tidak membezakan Sabah, Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Tidak ada gunanya Perdana Menteri mengetengahkan konsep 1Malaysia jika dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin politik pembangkang terus memainkan sentimen kenegerian bagi membangkitkan rasa benci rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. 

Pembangkang hari ini benar-benar semakin terdesak sehingga ada antara mereka menyimpan niat mahu memisahkan Sabah dan Sarawak dari gagasan Malaysia. Malah, situasinya menjadi lebih teruk apabila dalam kempen politik pembangkang, mereka terus melaung-laungkan bahawa status Sabah dan Sarawak dalam Malaysia adalah negara, bukannya negeri. Maka, tidak heranlah jika hari ini kita sering mendengar ucapan yang bersifat membeza-bezakan Sabah, Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Jika perpaduan di negara ini lumpuh, pihak yang perlu dipersalahkan ialah ahli-ahli politik pembangkang, terutamanya parti politik yang sangat konsisten memperjuangkan agenda kenegerian. Walaupun kerajaan telah melakukan pelbagai insiatif untuk menyatupadukan rakyat di setiap negeri, namun jika pembangkang terus menerus memainkan sentimen kenegerian, jangan haraplah perpaduan ini mampu diperbaiki atau diperkukuhkan.

Sunday, August 25, 2013

Junz Wong tidak mahu kerajaan Pusat salurkan peruntukkan tambahan ke Sabah?

Why has State Government over-spent and tabled a supplementary bill for additional RM942,898,430? State Govt has already approved a budget of staggering RM3.9 billion for 2013. - Sabahkini

Belum pernah ada pembangkang di Sabah buat komplen hanya kerana kerajaan minta tambahan peruntukkan.. Malah mereka lebih mengalu-alukan supaya kerajaan Persekutuan menyalurkan lebih banyak dana untuk negeri ini.. Berlainan pula dengan si raja pembohong dan putar belit Junz Wong.. beliau seakan tidak sanggup menerima kenyataan bahawa negeri ini sememangnya memerlukan lebih banyak dana selain daripada bajet yang dibentangkan.

Jika Junz beranggapan bahawa berlaku penyelewengan sehingga kerajaan negeri mengusulkan bajet tambahan, beliau sepatutnya membuktikan perkara itu terlebih dahulu.. Malah Junz juga patut sedar bahawa Sabah bukanlah negeri kecil seperti Pulau Pinang yang sering dilawatinya sejak bergelar wakil rakyat..

Mungkinkah motif sebenar Junz adalah untuk melambat-lambatkan atau menghalang aktiviti pembangunan di negeri ini?? Jika kita lihat cara Junz berpolitik, beliau lebih berminat melingkupkan syarikat atau agensi-agensi dibawah kerajaan seperti KKIA, SAFMA dan Sabah Port.. Jesteru, tidak heranlah Junz menyalak bila kerajaan negeri mengusulkan peruntukkan tambahan.. Bagi Junz, sebarang perkembangan positif mengenai ekonomi negeri ini adalah satu ancaman baginya..

Malang sungguh pengundi-pengundi Likas kerana mempunyai wakil rakyat yang hanya tahu membangkitkan isu-isu yang bertujuan untuk memusnahkan aktiviti pembangunan ekonomi Sabah.. Setakat ini tidak ada pula Junz berjumpa atau beramah mesra dengan pengundi-pengundinya.. dan tidak ada juga Junz turun padang mendengar masalah-masalah dari pengundinya.. Junz lebih sibuk bertemu rakan-rakannya di Pulau Pinang di samping mencari mana-mana agensi kerajaan yang boleh diserangnya..

Saturday, August 24, 2013

Shafie Mengaku Tidak Ada Pemimpin Lebih Afdal Di Sabah Melainkan Dirinya

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan jawatannya itu dalam pemilihan parti itu Oktober ini walaupun terdapat pemimpin dari Sabah yang berminat bertanding jawatan tersebut. Katanya lagi, sekiranya berlaku situasi demikian, maka beliau menyeru supaya ahli memilih pemimpin yang 'afdal'.

"Kalau ada (pemimpin) datang dari Sabah, pilihlah yang lebih afdal. Tapi saya yakin tak ada. Kalau ada, pilihlah yang afdal, kalau tak keberatan," katanya. - Malaysiakini

Shafie nampak semakin tidak keruan bila ramai pemimpin umno menyokong supaya Musa Aman bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.. Dalam masa beliau memainkan nada merendah diri, kononnya beliau reda jika tidak diberikan jawatan tersebut,, namun dalam masa yang sama, Shafie turut membuat desakan supaya beliau terus dikekalkan untuk jawatan itu.. 

Boleh pula Shafie membayangkan tidak ada pilihan yang lebih afdal di Sabah melainkan dirinya.. Tidak cukup dengan "mengangkat bakul sendiri", Shafie juga turut membuat ugutan kononnya jika jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan, maka akan berlakulah perpecahan sebagaimana yang berlaku sewaktu pertembungan Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah..

Shafie mungkin lupa bahawa isu terhangat dalam beberapa hari sebelum ini adalah mengenai jawatan Timbalan Presiden Umno, bukannya jawatan Presiden Umno.. Jesteru, kenapa perlu beliau memasukkan sekali isu jawatan Presiden umno dalam ucapan beliau? Ini jelas membuktikan bahawa Shafie cuba menyelamatkan jawatannya dengan menggunakan persetujuan pemimpin-pemimpin umno sebelum ini yang mahukan supaya jawatan Presiden umno tidak perlu dipertandingkan. 

Berdasarkan persetujuan itu, maka Shafie pun mulalah menyalak, merayu, memohon dan mengugut supaya jawatan Timbalan Presiden Umno juga tidak perlu dipertandingkan.. Semua ini terpaksa dilakukan Shafie kerana beliau sedar bahawa dirinya tidak mampu menandingi populariti Musa Aman sekiranya benar Ketua Menteri Sabah itu mahu bertanding jawatan tersebut.

Friday, August 23, 2013

Hiew Tinggalkan Pengundi Luyang Untuk Bercuti Hanya Kerana Merajuk?

After the just concluded state assembly sitting on the 19th of August 2013, he felt that he really needs a holiday to recuperate and to think for the future work. His holiday will start from 22nd of August, and he said during this time while he is away, the people can always call upon his ADUN office in Foh Sang for help. His assistants will be happy to assist with the people’s problems, and it is business as usual. - Sabahkini

He need holiday to think for the future work??? Bagaimana dengan masa depan penduduk Luyang yang telah memberikan kepercayaan kepada Hiew untuk membela nasib mereka? Inikah balasan Hiew selepas menang kerusi DUN Luyang? Walaupun beliau mempunyai pembantu, namun itu tidak bermakna beliau boleh melepaskan tanggungjawab beliau dan meletakkan tugas-tugas wakil rakyat kepada pembantu beliau.. Belum pun berjaya membentuk kerajaan dan belum menjawat sebarang jawatan dalam kabinet negeri, tapi beliau sudahpun menunjukkan sikap suka lepas tangan.. 

Kalaupun Hiew kecewa dengan sikap segelintir pemimpin-pemimpin DAP, tidak perlulah merajuk sampai tergamak meninggalkan tanggungjawab. Kalaupun Hiew terfikir untuk bertukar kapal, beliau tidak perlu mengambil cuti hanya untuk mempertimbangkan perkara itu.. Jika dalam hati sudah tidak serasi dengan kepimpinan DAP, baik pindah kapal terus.. tidak perlu merajuk sampai ke luar negara macam pondan..

Thursday, August 22, 2013

Selepas Jenayah Berleluasa, DAP Mahu Kerajaan Najib Contohi Ketegasan Tun Mahathir

Pengerusi Democracy Action Party (DAP) Sabah Jimmy Wong Tze Phin menegaskan bahawa kerajaan perlu mencontohi ketegasan kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dalam melaksanakan undang undang Negara semasa berkuasa yang tidak berbelah bahagi ketegasannya. - Sabahkini

Bangang punya Jimmy Wong.. So, kenapa bantah akta ISA, Ordinan Darurat, akta Perhimpunan Aman dan sebagainya jika mahu negara ini melaksanakan undang-undang secara tegas sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir? Semua undang-undang ini sudah terbukti berkesan dalam menangani kegiatan jenayah serta pelbagai bentuk ancaman dalam negara. Jika bukan kerana ahli politik pembangkang seperti Jimmy Wong, negara ini sudah tentu aman dan selamat sehingga kehari ini.. Lagi bangang kenyataan yang dibuat oleh Jimmy Wong apabila beliau duduk dalam parti yang turut menyokong perhimpunan haram dan membela nasib penjenayah dalam penjara.. Entah apa jenis jin yang masuk ke dalam tubuh Jimmy Wong sehingga beliau tergamak melakukan pusingan 360 darjah selepas bersekongkol dengan puak-puaknya sendiri yang suka sangat membantah apa sahaja yang dilakukan kerajaan dalam membendung kegiatan jenayah..

Daripada Jimmy Wong membuat kenyataan yang berbelit-belit kononnya mahu kerajaan mereformasikan tugas dan tanggungjawab PDRM, bukankah lebih baik beliau mencadangkan terus penguatkuasaan semula undang-undang yang berjaya digugurkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat? Selepas ribuan penjenayah yang ditahan dibawah Ordinan Darurat dibebaskan, kini barulah Jimmy Wong sedar bahawa negara ini sedang diancam jenayah berat? Ketika pembangkang mendesak supaya akta itu dimansuhkan, kenapa mereka tidak fikir kebarangkalian kes jenayah akan meningkat? atau desakan memansuhkan akta itu juga merupakan sebahagian daripada strategi mereka untuk melakukan rampasan kuasa? maklumlah, apabila jenayah meningkat, maka pembangkang boleh menggunakan isu itu kononnya kerajaan telah gagal membendung kegiatan jenayah.. pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Jimmy Wong akan menggunakan kesempatan ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa merekalah yang paling bijak dengan mencadangkan idea-idea penyelesaian sedangkan pada awalnya cadangan membebaskan penjenayah ini adalah datang dari mereka sendiri..

DUN Likas terletak di Sabah atau Pulau Pinang??

PRU13 baru 3 bulan berlalu, tapi Junz Wong sibuk ulang alik ke Pulau Pinang berjumpa rakan-rakan seperjuangannya.. Persoalannya, sudah settle kah semua masalah-masalah di kawasan beliau? Mana aduan rakyat yang konon banyak diterimanya setiap hari? Lepas menang, DUN Likas ditinggalkan begitu saja??.. Sudah lah sebelum ini Junz banyak membangkitkan isu yang bukan dalam kawasan beliau, kini dia terbang pula ke Pulau Pinang meninggalkan kawasan yang dimenanginya.. Bangang punya ADUN!!

Junz bekas Mufti Perlis during a visit to Penang Institute

Sdr Chan Foong Hin and Sdr Junz Wong at the Pearl of the Orient, Penang

Junz visited CM at KOMTAR building, together with some DAP National leaders

Junz had a brief with Professor Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Wednesday, August 21, 2013

Junz Wong fitnah mangsa fitnahnya melakukan ugutan bunuh

Difahamkan ianya (surat) mengandungi 50 keping wang pengebumian bernilai 8 bilion dan tulisan di dalam bahasa Inggeris yang berbunyi: Your way to the future, you need more money to spend… more young girl… drinks… sex… etc so there are some her for you…. - Borneo Post

Junz Wong dalam Facebook milik beliau mengakui bahawa ugutan itu berpunca daripada tindakan beliau membangkitkan isu-isu seperti KKIP, Sabah Port dan SAFMA.. Beliau percaya bahawa ugutan itu bertujuan untuk menghalang beliau dari terus menabur fitnah sekaligus melingkupkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Walau bagaimanapun, Junz dalam kenyataannya di Borneo Post menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak lemah semangat setelah menerima ugutan bunuh tersebut, sebaliknya beliau akan terus memfitnah, memanipulasi dan mengelirukan rakyat agar DAP berjaya membuka cawangan baru di negeri ini. Samada benar surat itu datang daripada syarikat-syarikat yang menjadi mangsa fitnah beliau, atau mungkin hal peribadi Junz yang gemar mendampingi gadis-gadis seksi, atau mungkin ditulis dan dihantar sendiri oleh Junz bagi menaikkan lagi populariti beliau, yang pasti Junz juga sedang bermain dengan fitnah apabila beliau berkata ancaman itu datang daripada pihak-pihak yang tidak berpuas hati terhadap pendedahannya..

He believed that threat may have been made by certain parties who were unhappy with certain issues that he had brought up in the past couple of months such as KKIP land, Sabah Ports, SAFMA etc.. "I believe that threat was a warning to stop me from bringing up issues pertaining to the people interests" Junz said.. - Junz Wong

Apa bukti Junz bahawa ugutan bunuh itu datangnya dari KKIP, Sabah Port dan SAFMA? Jika hal-hal kecemasan seperti ini pun beliau masih berselera manabur fitnah, bagaimana pula ketika turun padang mencari salah silap kerajaan? Sudah tentu fitnahnya lebih ganas seperti kes KKIA.. kelewatan penerbangan yang disebabkan oleh cuaca buruk dikatanya disebabkan oleh kegagalan tower communication.. Jangan haraplah Junz akan jujur dalam memperjuangkan nasib rakyat.. selagi ada ruang untuk membohong, selagi itulah beliau akan terus membohong.. Junz sepatutnya menganggap ugutan bunuh ini sebagai pengajaran buat dirinya supaya tidak terlalu rakus menabur fitnah sehingga boleh menjejaskan periuk nasi sebilangan pihak yang tidak bersalah.. Sungguh memualkan apabila Junz selesai memfitnah KKIA, Sabah Port dan SAFMA kononnya tidak cekap dan berlaku banyak kelemahan, kini beliau menuduh pula ketiga-tiga syarikat atau agensi itu antara yang mendalangi ugutan bunuh terhadapnya..

Mana Datangnya Kekayaan Lajim Ukin Untuk Membiayai Survival Politiknya?

Patutlah ramai adun pembangkang Sabah menyokong Lajim Ukin mengetuai mereka. Malah, parti paling menyerlah dikalangan pembangkang iaitu DAP, juga sanggup "menikam" rakan sendiri semata-mata mahu memastikan Lajim Ukin kekal sebagai ketua mereka. Sungguh mengherankan apabila Lajim yang baru sahaja menyertai pembangkang amat mudah dilantik ke jawatan ketua pembangkang Sabah, sedangkan masih ramai pemimpin pembangkang di negeri ini yang lebih layak menyandang jawatan tersebut berbanding dengan Lajim. Jika dikatakan Lajim mempunyai pengaruh yang kuat di Sabah, pemimpin pembangkang lain juga memiliki pengaruh yang sama kuatnya, malah mungkin lebih hebat dari Lajim.. atau jika dikatakan Lajim berpengalaman, ramai lagi ahli-ahli politik pembangkang yang jauh lebih berpengalaman dari beliau terutamanya dalam kerja-kerja membangkang.

Namun satu perkara yang tidak dimiliki oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain ialah,.. Lajim memiliki kekayaan yang sungguh luar biasa. Bayangkan sahaja Lajim dengan mudah menghulurkan RM50 ribu hanya untuk membeli surat cinta Anwar. Entah apa yang istemewanya dengan surat cinta tersebut sehingga Lajim sanggup mendapatkannya dengan harga begitu mahal.. Penulis berfikir, jika wang itu digunakan untuk membantu penduduk Beaufort, mungkin Lajim tidak perlu meratapi kekalahannya di kerusi Parlimen itu pada PRU13 yang lalu... Belumpun menjadi Ketua Menteri, Lajim sudahpun menunjukkan ciri-ciri mendahulukan kroni dan membelakangkan rakyat. Jesteru tidak heranlah bilamana orang tua kemaruk jawatan Ketua Menteri ini berkeupayaan menarik sokongan dikalangan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti DAP walaupun persekongkolannya dengan puak-puak terdesak itu baru sahaja bermula.

BUKTI-BUKTI SEPERTI DI BAWAH INI PASTI LEBIH MEMBUKA MATA SEMUA PIHAK MENGENAI SIAPA LAJIM YANG SEBENARNYA..










Musa Aman Dapat Sokongan, Shafie Lancarkan Serangan?

This time it is on the race to occupy the Umno vice-president posts currently held by Ahmad Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein and Mohd Shafie Apdal. Shafie, who is Semporna MP and federal Rural and Regional Development minister, has announced his intention to defend his post. One of his potential competitors is also from Sabah, chief minister and Sabah Umno liaison chief Musa Aman. Musa has so far kept his political cards close on his chest, refusing to reveal his next course of action. - Wikisabah

Akhirnya terjawab jugalah persoalan penulis mengenai siapa yang menjadi dalang memecahbelahkan dua tokoh pemimpin negeri ini. Diawal sokongan terhadap Musa Aman mengenai kelayakan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, mungkin Shafie masih boleh memandang ringan terhadap "ancaman" itu.. Namun apabila sokongan terhadap Musa Aman semakin menjadi luar biasa, Shafie terpaksa mengupah orang bawahannya supaya menimbulkan spekulasi kononnya sokongan yang diperolehi Musa itu tidak lain sekadar perangkap untuk menjatuhkan beliau. Perangkap atau tidak, yang pasti, Shafie sedang dalam dilema mengenangkan nasib beliau yang semakin dipinggirkan rakan-rakan separti yang lain..

Sekiranya Musa Aman bertanding jawatan itu, dan kemudiannya kalah ditangan Shafie, ia tidak memberikan apa-apa impak kepada Musa.. Sebaliknya jika Shafie gagal mempertahankan jawatan tersebut, tentunya beliau lebih tertekan kerana beliau adalah Menteri Kabinet Persekutuan.. Membayangkan kekalahan ini, pastinya Shafie akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Musa Aman tidak bertanding atau memenangi jawatan tersebut (sekiranya bertanding). Jesteru tidak heranlah apabila Shafie seakan gementar dan tercabar ketika Musa terus memperolehi sokongan padu dikalangan ahli dan pemimpin-pemimpin umno sedangkan dari segi jawatan, Shafie lebih layak mendapat sokongan sedemikian.

Memandangkan sehingga kini Musa masih senyap membisu mengenai pendirian beliau samada mahu atau tidak merebut jawatan itu, eloklah perkara itu dijawab sendiri oleh beliau. Shafie juga perlu berganjak dari terus melakukan provokasi dalaman melalui karya-karya berbentuk spekulasi yang dicetuskan oleh macai-macai yang diupahnya.

Monday, August 19, 2013

Siapa Dalang Melaga-Lagakan Salleh dan Musa Aman?

"Salleh yang semakin mendesak agar Musa bertanding sebenarnya mempunyai tujuan peribadi kerana sekiranya Musa Aman kalah, maka Salleh akan memulakan lagi 'permainan'nya yang akan menunjukkan bahawa Musa gagal dan tidak diterima akar umbi parti maka sudah tentu beliau dan 'konco-konconya' akan mendesak supaya Ketua Menteri itu berundur dan meletakkan jawatan." - Sabahkini

Siapakah gerangannya penulis artikel ini yang begitu handal membaca fikiran manusia,, siap mengabadikan hasil telepati beliau kedalam portal Sabahkini untuk tatapan minda seluruh rakyat Malaysia? Jalan ceritanya tidaklah cukup sempurna kerana keseluruhan isinya hanyalah bergantung kepada spekulasi yang biasa digunakan oleh ahli-ahli politik untuk memecahbelahkan parti lawan. Entah bagaimana penulis ini boleh membayangkan bahawa sokongan Datuk Salleh terhadap Datuk Musa Aman mempunyai maksud lain yang layaknya dipanggil sebagai PERANGKAP untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Musa Aman sedangkan penulis itu sendiri tahu bahawa bukan Datuk Salleh sahaja yang menyuarakan sokongan sedemikian terhadap Datuk Musa Aman. Samada penulis ini berada dibawah pengaruh dadah ketika menulis artikel tersebut atau sebaliknya, yang pasti pandangan beliau sukar untuk diterima berdasarkan logik akal.

Mungkin disebabkan terlalu cemburu kerana ramai pihak yang tidak henti-henti menyokong supaya Datuk Musa bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, maka penulis tersebut lantas cuba menafikan sokongan itu dengan menimbulkan spekulasi bahawa sokongan yang diberikan kepada Datuk Musa adalah perangkap untuk menjatuhkan beliau. Cerita karut seperti ini memang sentiasa kedengaran dalam politik Malaysia, samada dilakukan oleh pihak lawan, mahupun orang dalam parti itu sendiri.. atau mungkin juga dilakukan oleh sebilangan penyokong yang taksub dengan perjuangan politik pihak tertentu sehingga sanggup diperkudakan untuk kepentingan mereka.

Sebagaimana yang dispekulasikan sebelum ini, Shafie Apdal juga pernah menyimpan niat mahu merampas jawatan Ketua Menteri Sabah. Samada cerita ini benar atau tidak, buatlah pertimbangan sebagaimana anda mempertimbangkan cerita karut Senja Permai seperti dalam pautan diatas. Namun malangnya Shafie tidak mendapat sokongan padu dikalangan pemimpin Barisan Nasional di negeri ini. Maka, tidak mustahil, apabila timbul sokongan luar biasa terhadap Datuk Musa Aman untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, Shafie sebagai Menteri Kabinet Persekutuan tentunya rasa tercabar dan dengan serta-merta mengarahkan macai-macainya untuk melaga-lagakan Salleh dan Musa bagi menghalang pengaruh Musa sampai ke Persekutuan.

Berbanding dengan Salleh, Shafie lebih berpotensi menjadi gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut ekoran banyak tindak tanduk beliau sebelum ini yang boleh disifatkan sebagai membelakangkan kerajaan negeri. Sementara Salleh pula sejak dari dulu memang menyokong penuh kepimpinan Datuk Musa Aman setelah menyaksikan sendiri prestasi dan reputasi Musa yang begitu cemerlang sepanjang 10 tahun mentadbir negeri ini. Jesteru, tidak patut timbul soal PERANGKAP apabila Salleh menyuarakan sokongannya terhadap kepimpinan Datuk Musa kerana sebagai pemimpin tempatan yang duduk dibawah payung yang sama, sudah menjadi tanggungjawab beliau menyokong sesiapa sahaja dikalangan rakannya untuk bertanding jawatan itu.

Sunday, August 18, 2013

Perpaduan Rakyat Malaysia Adalah Ancaman Besar Kepada Pakatan Rakyat

Facebook Darell Leiking
Bermakna Darell bersetuju bahawa kemerdekaan Malaysia baru mencecah 50 tahun? Bagaimana dengan tanah Malaya yang merdeka pada tahun 1957? Adakah bagi Darell bahawa Malaysia yang dibentuk hari ini hanya merangkumi Sabah dan Sarawak dan tidak termasuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, hinggakan beliau membuat kesimpulan bahawa Malaysia sepatutnya menyambut kemerdekaan yang ke-50 pada tahun ini? Kebiasaannya, bila wujud tarikh-tarikh yang berbeza seperti tarikh kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Malaya, sudah tentu yang dipilih itu adalah tarik yang lebih awal.. Malahan tarikh 31 Ogos 1957 sudah lama diterima pakai oleh rakyat di negara ini sebagai titik bermulanya kemerdekaan Malaysia, jesteru kenapa baru hari ini pembangkang seolah meroyan bila ia kekal digunakan?

Penulis sama sekali tidak bersetuju mengenai kenyataan Darell bahawa Malaysia sepatutnya menyambut kemerdekaan yang ke-50. Berdasarkan pemerhatian penulis, tindak tanduk pambangkang Sabah sejak kebelakangan ini sememangnya banyak menjurus kepada usaha memisahkan Sabah dari Malaysia. Walau apapun motif mereka, yang pasti ketiadaan Sabah dari Persekutuan Malaysia, pasti membawa sinar harapan kepada Anwar untuk menduduki kerusi Perdana Menteri. Jesteru, bagi mencapai misi itu, usaha membangkitkan sentimen kenegerian semakin giat dilaksanakan walaupun mereka sedar bahawa tindakan itu telahpun mengundang rasa benci sebilangan penduduk di Semenanjung Malaysia terhadap Sabah dan Sarawak sehingga tercetusnya provokasi kenegerian melalui facebook atau lain-lain media sosial.

Tindakan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Darell yang gemar menghasut rakyat supaya menyambut kemerdekaan berasingan antara Sabah, Sarawak dan Malaya jelas menunjukkan bahawa mereka memang bencikan perpaduan. Bagi mereka perpaduan yang utuh di negara ini adalah ancaman terbesar untuk mereka meneruskan agenda rampasan kuasa. Mungkin disebabkan perpaduan inilah, maka pemimpin-pemimpin Pakatan seperti Darell, Tian Chua dan Sivarasa terpaksa terbang ke Filipina memohon bantuan pengganas Sulu supaya datang menuntut Sabah melalui pintu belakang. Dan mungkin sebab itu juga, Anwar terpaksa berunding dengan Nur Misuari, yang juga ketua pengganas Sulu, supaya menghantar seberapa ramai tentera tidak bertamadunnya untuk menceroboh Sabah.

Bagaimana agaknya jika sejak dulu hinggalah ke hari ini, Sabah, Sarawak dan Malaya menyambut tarikh kemerdekaan secara berasingan walaupun telah bergabung membentuk Malaysia?? Sudah tentu pembangkang hari ini akan mempertikaikan kenapa wujud perbezaan seperti itu sedangkan ketiga-tiga buah negara ini telahpun bersatu membentuk Malaysia.. Penulis masih ingat, apabila ada pihak yang membuat kenyataan seperti ini "bla, bla, bla... Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak..." bukan main meroyan lagi pembangkang menunjukkan sikap patriotik mereka dengan mengecam pihak yang membuat kenyataan tersebut. Namun, apabila bercakap soal kemerdekaan, mereka pula yang lebih dulu cuba mengasingkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia..

Tidak Mampu Bayar Deposit Rumah PPR Tapi Mampu Bina Semula Rumah Baru

Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya memang baik kerana ingin menempatkan mereka di tempat yang lebih selesa dan keselamatan merekapun agak terjamin berbanding di Kampung Cenderamata. - Sabahkini

Begitulah penjelasan Ketua Kampung Cenderamata Puan Norkiah Abu Ghafar kepada wartawan Sabahkini apabila diminta mengulas mengenai hasrat kerajaan mahu memindahkan semua mangsa kebakaran di kampung berkenaan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Anggerik Batu 5 Jalan Sibuga, Sandakan. Namun disebalik hasrat murni kerajaan ini, Puan Norkiah bukan sahaja enggan berterima kasih dan bersyukur malah cuba menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap kerajaan dengan menyerang kredibiliti kedua-dua wakil rakyat BN yang disifatkan beliau sebagai gagal membantu penduduk kampung berkenaan

Puan Norkiah kononnya sedih dengan jawapan Adun Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya apabila mangsa kebakaran meminta kebenaran untuk membina semula rumah mereka di kampung tersebut. Menurut Samsudin, mereka tidak dibenarkan membina semula rumah di atas tapak itu kerana tanah itu adalah milik swasta, malahan kampung itu juga masih berstatus kampung haram kerana belum digazet dan belum diiktraf sebagai perkampungan rasmi. Entah apa salahnya Datuk Samsudin berterus terang sebegitu sehingga Puan Norkiah tergamak menyambut buruk niat murni kerajaan ini dengan satu kenyataan yang bertujuan untuk menjejaskan imej dua orang wakil rakyat BN?

Bagi penulis, adalah lebih baik Datuk Samsudin berterus terang daripada membohongi penduduk kampung dengan mengatakan bahawa masalah itu akan dibincangkan dengan pihak MPS. Puan Norkiah patut fikir apa yang boleh dilakukan oleh pihak MPS jika memang benar tanah itu milik swasta? Datuk Samsudin juga tidak mempunyai hak atau kuasa mengarahkan MPS supaya merampas tanah itu yang kemudiannya diberikan secara percuma kepada penduduk kampung. Bukankah tindakan merampas hak orang lain juga adalah salah disisi undang-undang?

Menurut Puan Norkiah, alasan mangsa kebakaran enggan berpindah ke Projek Perumahan Rakyat yang disediakan kerajaan adalah kerana mereka tidak berkemampuan untuk membayar deposit sebanyak RM1,000 memandangkan mereka kini masih dibawah tanggungan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun yang peliknya, bagaimana mangsa kebakaran boleh meminta  kebenaran untuk membina semula rumah mereka di tapak asal jika deposit RM1000 menjadi beban kepada mereka? Adakah untuk membina rumah di Kampung Cenderamata hanya memerlukan kos kurang dari RM1000??

Sesiapa sahaja pasti akan mudah bersimpati apabila mengetahui sesuatu kejadian berlaku kepada orang lain, begitu juga dengan penulis.. Dikala umat Islam bergembira menyambut Hari Raya pertama bersama keluarga masing-masing, kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Cenderamata, terpaksa bersedih apabila 200 buah rumah milik mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang mengerikan. Namun, penulis lebih bersimpati apabila ada pihak yang cuba menghasut penduduk kampung supaya tidak menyokong hasrat murni kerajaan dalam membantu mangsa kebakaran disamping menggunakan insiden tersebut untuk memburuk-burukkan pihak tertentu.

Thursday, August 15, 2013

Tun Mustapha Dalang Sebenar Projek IC?

'Mustapha responsible for altering Sabah's demography'

Former Sabah chief minister Mustapha Harun was the man who started the idea of altering Sabah’s electoral demography in a bid to topple the PBS-led state government, the royal commission of inquiry (RCI) on immigrants heard today. Mat Swadi Awi testified at the Kota Kinabalu Court Complex this afternoon that the late Mustapha had tasked him with distributing new voters in constituencies where Usno was weak to strengthen the party. - Malaysiakini

Penulis ingin mengajak semua pembaca untuk mengimbas kembali kenyataan bekas tahanan ISA, Siti Aminah Mahmud mengenai Projek IC di Sabah. Seperti Swadi, Siti juga menuduh Tun Datu Mustapha sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di negeri ini. Menurut beliau, Tun Mustapha pernah memberikan jaminan bahawa mereka yang terlibat dengan aktiviti memberikan IC kepada warga asing TIDAK akan ditangkap. Namun ungkapan itu masih belum cukup untuk menjamin keselamatan pihak-pihak yang terlibat, maka itu Tun Mustapha terpaksa menggunakan nama Tun Mahathir dengan menuduh bahawa projek itu diketuai oleh bekas Perdana Menteri itu.. sedangkan pada hakikatnya tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa pelaksanaan projek IC itu telah mendapat kelulusan dari Tun Mahathir sebagaimana yang dikatakan oleh Swadi dalam pautan Malaysiakini di atas.

Jika benarlah Tun Mahathir mengetuai skandal pemberian IC kepada warga asing di Sabah, kenapa individu-individu yang ditugaskan untuk melaksanakan misi itu masih juga ditangkap dibawah akta ISA? Bukankah Tun Mustapha telah memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditangkap? Bermakna betul lah kata Swadi bahawa penglibatan Tun Mahathir dalam projek ini hanya pada mulut Tun Mustapha sahaja sedangkan projek itu tidak pernah diluluskan oleh Tun Mahathir. Mungkin disinilah bermulanya penjenamaan projek IC kepada Projek Mahathir selepas dalang sebenar projek ini menggunakan nama individu yang paling berkuasa pada waktu itu untuk menyembunyikan agenda jahat mereka.

Benar atau tidak pendedahan terbaru ini, yang pasti Datuk Seri Musa Haji Aman tidak terlibat dan tidak patut dikaitkan dengan skandal pemberian IC kapada warga asing di Sabah. Berdasarkan keterangan Swadi, penulis simpulkan bahawa projek ini hanya melibatkan individu-individu yang berkuasa pada waktu itu, sedangkan Datuk Musa Aman belumpun memegang apa-apa jawatan dalam kabinet ketika projek IC ini dilancarkan. Jesteru, Dr Chong Eng Leong sepatutnya tampil memohon maaf kepada Datuk Musa Aman atas keceluparan beliau membuat tuduhan secara membuta tuli. Dan Anwar Ibrahim juga wajar berfikir dua kali sebelum menamakan tiga orang yang kononnya diketahui beliau sebagai dalang sebenar projek IC ini.

Wednesday, August 14, 2013

AWAS: Petanda Awal Darell Akan Serang KDM

Jika Darell anggap dirinya layak bergelar pemimpin masyarakat, beliau sepatutnya tidak membuang masa bertanyakan soalan yang beliau tahu jawapannya. Malah beliau sepatutnya bersama-sama memikul tanggungjawab memperbetulkan atau memperkukuhkan budaya KDM, bukannya menggunakan isu itu bagi tujuan mengundang pelbagai jawapan negatif terhadap parti lawan. 

Apa yang penulis dapat simpulkan mengenai kenyataan Darell dalam facebook beliau ialah, Darell sengaja membangkitkan persoalan tersebut bagi mendorong penyokong-penyokong buta kayu nya untuk memberikan komen-komen negatif terhadap parti lawan, iaitu parti yang mereka anggap telah gagal membela nasib dan budaya KDM.

Memandangkan Darell telah membangkitkan isu ini, maka penulis ingin juga bertanya apakah sumbangan atau tindakan yang telah dilakukan oleh Darell bagi memperkukuhkan budaya KDM? Jika beliau hanya tahu menimbulkan persoalan, mempertikaikan usaha pihak lain disamping mengapi-apikan rakyat, lebih baik beliau bersara dari politik kerana rakyat Sabah tidak perlukan pemimpin yang hanya pandai bercakap tapi gagal bertindak.

Mungkin Darell juga patut mengulas mengenai penganugerahan gelaran Huguan Siou kepada Anwar Ibrahim. Kenapa dalam hal itu, Darell tidak mempertahankan gelaran KDM yang sepatutnya dikhaskan kepada kaum KDM? Apa buktinya Anwar berdarah KDM? dan apa pula sumbangan Anwar terhadap suku kaum KDM di negeri ini?.. 

Kepada penyokong-penyokong buta Darell, apa pula pandangan saudara jika Pakatan menjajah Sabah? jika gelaran yang menjadi hak milik pemimpin KDM tidak mampu dipertahankan, bagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan seperti Darell mahu mempertahankan budaya KDM?

Junz Wong akan tubuhkan pasukan MENGAWAL CUACA bagi memastikan kelancaran penerbangan di Sabah

MAS on causes of flight delays
Kota Kinabalu: The delay in Malaysia Airlines (MAS) flights in and out of here on Aug 10 and 11 was due to an inoperative Air Traffic Control radar here. In a statement Tuesday, the airline said the bad weather condition here also forced MAS flights from here to be diverted to Labuan, Sandakan or Miri.  
The secondary factor was the bad weather conditions in the State Capital, which posed a safety risk consideration, which bad also contributed to the multiple and unavoidable delays.  
"As MAS is committed to provide superior service to its valuable customers, whilst maintaining the highest safety standard and best practices, the flight re-scheduling was deemed necessary to ensure safety passage for our passengers and crews", it said.  
MAS responding to news reports in the local newspapers where Likas Assemblyman Junz Wong called on the relevant authorities to explain the reason for the cause of many flight delays last Saturday. - from Daily Express newspaper / 14 August 2013
Maka benarlah pandangan penulis sebelum ini (DISINI) bahawa flight delays yang berlaku di KKIA adalah disebabkan oleh keadaan cuaca. Jika penulis sendiri boleh menjangkakan puncanya hanya dengan menggunakan logik akal, kenapa ahli politik DAP seperti Junz yang turut berada di lokasi tidak mampu merungkai punca masalah itu secara lebih tepat? Malah Junz sepatutnya boleh mengkaji sendiri atau menyiasat perkara itu bagi mendapatkan gambaran sebenar sebelum membuat tuduhan secara membuta-tuli di media. Namun malangnya Junz lebih gemar memilih pembohongan dan fitnah bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau benar-benar mengambil berat mengenai permasalahan rakyat.

Dengan kegagalan demi kegagalan yang dilalui oleh Junz dalam membangkitkan isu-isu yang beliau sendiri kurang pasti, masih adakah rakyat Sabah yang sudi menyanjung tinggi "keikhlasan" dan "kejujuran" Junz dalam membela nasib rakyat? Jika dalam setiap siri pendedahan tentang apa yang digambarkan oleh beliau sebagai kelemahan kerajaan, disampaikan dalam bentuk pembohongan, fitnah dan putar belit,, bagaimana agaknya jika Junz menjadi sebahagian dari menteri kabinet Sabah? dan persoalan yang wajib dijawab oleh Junz ialah, apakah tidak berlaku fligh delays jika DAP memerintah negeri ini?.. Jawapan "Ya" hanya boleh digunakan jika Junz berkeupayaan menubuhkan satu pasukan MENGAWAL CUACA bagi memastikan kelancaran aktiviti penerbangan di KKIA.

Terlalu dangkal tuduhan Junz Wong kali ini seolah-olah beliau bukan berada di Sabah ketika tuduhan itu dibuat. Malah, lebih dangkal apabila beliau sebagai ahli politik yang tentunya memiliki latarbelakang pendidikan yang mantap, tidak mampu merungkai masalah ini secara lebih tepat walaupun beliau berpeluang mengkaji masalah itu secara lebih dekat atau berbincang dengan pihak yang terlibat. Setakat ini penulis tidak nampak sedikitpun profesionalism Junz Wong sebagai ahli politik melainkan sekadar mencari publisiti murahan dengan memangsakan industri-industri yang banyak menyumbang kepada pendapatan negeri Sabah. Andai satu hari nanti, ekonomi Sabah merundum, puncanya bukan disebabkan oleh kelemahan pihak kerajaan, sebaliknya disebabkan oleh ahli politik seperti Junz Wong..

Tuesday, August 13, 2013

Belum sempat DAP berpesta, Pak Lah sudah buat penafian

Akhirnya penulis bersetuju dengan pendapat Junz Wong apabila beliau sebelum ini ada mengatakan dalam FB beliau bahawa "we should have more BN leaders like Pak Lah".. Penulis bersetuju bukan kerana isi kandung buku bertajuk Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia yang dirujuk oleh Junz sehingga beliau sendiri secara tiba-tiba menjadi pro Pak Lah.. sebaliknya penulis bersetuju selepas terbaca penafian Pak Lah mengenai buku kontroversi tersebut yang disalah anggap oleh pembangkang kononnya ditulis, ditaja atau diterbitkan oleh Pak Lah.. Jesteru dengan penafian itu, maka kempunanlah pembangkang mahu melihat kemunculan siri perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Dalam penafian Pak Lah, beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan umno sebagaimana yang dibayangkan oleh pembangkang.
"Saya tidak pernah meninggalkan UMNO dan insya-Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya," - Pak Lah
Dalam buku tersebut, Pak Lah antaranya menjawab beberapa persoalan mengenainya dirinya, terutama sekali mengenai tuduhan yang pernah dilemparkan oleh Tun Mahathir selama ini terhadap beliau. Antara lain pandangannya mengenai Mahathir tentang apa yang disifatkan oleh beliau sebagai manusia penuh kontradiks ialah mengenai perubahan dalam UMNO, kehilangan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya 2008, juga mengenai menantunya, KJ yang dipertahankannya sebagai tidak pernah campurtangan dan mempengaruhinya dalam urusan kerajaan serta berbagai lagi.

Jesteru, apa pula pendapat Junz Wong selepas ini? Adakah Junz akan buat kenyataan seperti ini "we shouldn't have more BN leaders like Pak Lah"??.. Inilah akibatnya jika suka sangat buat kenyataan tanpa usul periksa.. pantang nampak perkara yang memihak kepada pembangkang, maka diulasnya secara membuta tuli tanpa mengetahui perkara sebenar. Sebagai ahli politik DAP yang tentunya memiliki sikap rasis dalam diri, pastinya perbalahan antara Tun Mahathir dan Pak Lah ini menjadi bahan sorakkan mereka dengan harapan kaum terbesar negara ini akan berpecah belah menanti dijajah oleh DAP.

AWAS: Junz Wong dan Darell Leiking Berduet Musnahkan Industri Pelancongan Sabah

Penganjuran perhimpunan haram, pemansuhan undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat, membela nasib penjenayah yang berada dalam tahanan, bersekongkol dengan pengganas Sulu, bersekongkol dengan aktivis/NGO asing dan seterusnya melancarkan misi menakut-nakutkan orang awam seakan menjadi strategi pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat dalam mendapatkan sokongan rakyat sekaligus menanam bibit-bibit kebencian terhadap kerajaan. Sabah juga tidak terlepas dari pelaksanaan strategi politik kejam lagi tidak bertamadun seperti ini hanya kerana negeri ini kekal menjadi deposit Barisan Nasional dalam setiap Pilihanraya Umum. Namun, di Sabah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lebih gemar menakut-nakutkan orang awam disamping mensabotaj ekonomi negeri Sabah kerana melalui kejatuhan ekonomi ini maka mereka membayangkan rakyat Sabah akan beralih sokongan kepada parti pembangkang terbesar itu.

Jika kita imbas kembali bentuk-bentuk serangan puak pembangkang melalui aktivis dan NGO asing yang ditaja mereka, pasti ramai yang menyedari bahawa kerajaan negeri Sabah kerap menjadi sasaran apabila perladangan kelapa sawitnya terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negeri Sabah. Walaupun kerajaan Sabah berjaya menyediakan habitat semulajadi haiwan liar seperti Sepilok Rehabilitation Centre untuk keberlangsungan hidup haiwan liarnya, berbanding dengan negara-negara barat yang terpaksa menyediakan zoo untuk haiwan terancamnya, kerajaan Sabah tetap dikritik hebat kononnya melakukan pemusnahan habitat sehingga berlakunya kepupusan haiwan liar. Namun isu ini tidak boleh bertahan lama kerana Sabah banyak memperolehi pengiktirafan diperingkat antarabangsa mengenai usaha atau program-program konservasinya. Malah kedatangan rombongan diraja Britain, William dan Kate ke Lembah Danum juga adalah bukti bahawa kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman sentiasa menitik-beratkan pembangunan mampan sepanjang pentadbirannya.

Namun misi pembangkang tidak berhenti setakat disitu, malah mereka lebih agresif sehingga tergamak menuduh kejadian tembak-menembak di Lahad Datu adalah sandiwara umno. Walaupun sudah tersebar luas gambar Anwar yang sedang duduk berbincang dengan ketua pengganas Nur Misuari, puak-puak pembangkang ini tetap menyalahkan kerajaan seolah-olah keganasan itu telah dirancang oleh BN walaupun pada hakikatnya pembangkang lebih banyak mendapat "manfaat" daripada insiden itu. Lebih mendukacitakan apabila anak jati tempatan Sabah Darell Leiking, yang juga Timbalan Setiausaha Agung PKR,  didapati telah terbang ke Filipina sebelum pencerobohan itu berlaku. Insiden ini bukan sahaja menjejaskan aktiviti harian sebilangan rakyat negeri ini, malah turut menjejaskan aktiviti perniagaan dan juga membinasakan sektor pelancongan. Namun, hasil usaha gigih menteri pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun, maka sekali lagi usaha pembangkang menjatuhkan industri ini menemui kegagalan apabila jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini tetap meningkat.

Kini strategi Pakatan Rakyat nampaknya lebih halus dan lebih tersirat apabila serangan mereka lebih menjurus kepada agensi atau syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan. Namun matlamat mereka tetap sama iaitu mahu memusnahkan industri yang banyak menyumbang kepada pendapatan negeri Sabah. Terdahulu, Darell lebih dulu mengatur serangan dengan menuduh KKIA tidak mengutamakan ciri-ciri keselamatan terutamanya mengenai sistem pendaratan kapal terbang. Tuduhan tidak berasas ini sekaligus dikaitkan dengan nahas kapal terbang San Farncisco pada 6 Julai lalu bagi menggambarkan betapa bahayanya lapangan terbang Kota Kinabalu ini kepada orang awam termasuk pelancong asing. Hal ini bagaimanapun telah dijelaskan oleh Jabatan Penerbangan Awam secara panjang lebar, dan sehingga kini Darell masih diam membisu.. 

Disebalik kegagalan Darell meneruskan misi jahatnya, Pakatan tanpa rasa bersalah dan tanpa tergerak sedikitpun untuk memohon maaf selepas berjaya mencalarkan imej KKIA, kini mereka gunakan pula pemimpin terbangang dalam sejarah politik Sabah iaitu Junz Wong untuk menyambung "larian baton" yang gagal disempurnakan oleh Darell dengan menuduh KKIA tidak cekap sehingga berlakunya kegagalan menara komunikasi yang kononnya menjadi punca kepada kelewatan penerbangan. Namun tuduhan ini juga kurang jelas kerana faktor kelewatan penerbangan boleh berlaku pada bila-bila masa mengikut keadaan cuaca (DISINI).. Walau apapun alasannya, yang pasti pembangkang tetap tidak akan berganjak dari misi jahatnya sekalipun pembohongan, fitnah dan putar belit mereka berjaya dipertontonkan kepada rakyat.