Sunday, September 30, 2012

Bajet 2013: Ulasan Lajim terburu-buru

"KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin melahirkan rasa kekecewaan apabila kerajaan Umno BN terus meminggirkan rakyat Sabah dan Sarawak pada Bajet 2013 yang dibentangkan kelmarin."

Sebelum BB ulas lebih lanjut berkenaan dengan kenyataan Datuk Seri Lajim Ukin ini, eloklah kita imbas kembali kenyataan beliau ketika beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional.
Dulu dia cakap Sabah telah menerima kesan pembangunan infrastruktur melalui Bajet 2011, hari ini dia cakap Sabah TERUS dipinggirkan pula. Jika benar Sabah TERUS dipinggirkan, bagaimana dia boleh cakap Sabah telah menerima kesan pembangunan sebelum ini? Seolah-olah dia nafikan sendiri pengakuan yang telah dia buat.
 
Selain menafikan pengakuan sendiri, ulasan Datuk Lajim melalui artikel di atas juga terlalu lemah dimana beliau hanya melihat "jelapang padi" dan "bantuan RM250 kepada belia" daripada keseluruhan teks ucapan Datuk Seri Najib. 

Sepanjang pembentangan bajet ini, apa yang Datuk Lajim buat hinggakan dua perkara itu sahaja yang mampu dia ingat? Bagaimana dengan insentif cukai dan bukan cukai untuk minyak dan gas di Sipitang, pemasangan CCTV untuk PBT di Sabah, pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Luar Bandar (RTC), 40 ribu tangki air, pengangkutan bas berkualiti, program penyeragaman harga dan sebagainya? Semua ini ada dibentangkan oleh Datuk Najib, bukan hanya jelapang padi.

Berkenaan dengan bantuan RM250 kepada belia bujang pula, Datuk Lajim cuba mempertikaikan bantuan itu dengan alasan ianya bukan bersifat jangka panjang yang boleh manjamin masa depan belia muda. 

Memang betullah bantuan itu bukan bersifat jangka masa panjang, namun perlu diingat, dalam pembentangan bajet 2013 ini juga turut memberi penekanan kepada masa depan belia muda melalui Graduate Employability Blueprint, Program Skim Latihan 1Malaysia, peruntukan RM738 juta ringgit bagi pembangunan belia dan sukan, program Y-Creative, penubuhan New Entrepreneur Foundation, Lautan Biru 1Malaysia For Youth atau 1M4U dan Pakej Komunikasi Belia. Bukankah semua ini untuk masa depan belia muda?

Agak menghairankan bila Datuk Lajim membangkitkan persoalan-persoalan itu selepas jawapannya telah dibentangkan. BB rasa eloklah Datuk Lajim baca balik intipati bajet 2013 kerajaan BN sebelum membuat ulasan-ulasan yang bersifat dangkal dan memesongkan fakta sebenar.

**Dalam 7 teras Belanjawan Pakatan Rakyat 2013, tidak ada tumpuan diberikan kepada masa depan belia muda. Yang ada cuma "mengangkat martabat wanita". Belia??**

By: Borneo Bullet

Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013: Sabah tidak dipinggirkan

Bajet 2013 yang bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat, Sebuah Janji Ditepati" telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4 petang kelmarin. Keseluruhan intipati bajet 2013 ini memberi tumpuan kepada segenap lapisan masyarakat di seluruh negara dengan memberi penekanan terhadap meningkatkan taraf hidup rakyat, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Sebagaimana yang telah dibentangkan, bajet 2013 akan menyediakan peruntukan sejumlah 251.6 bilion ringgit bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan, menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut, 201.9 bilion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus dan 49.7 bilion ringgit bagi peruntukan pembangunan.

Berikut adalah tumpuan yang diberikan oleh kerajaan BN melalui Bajet 2013 terhadap negeri Sabah yang BB telah ringkaskan daripada teks asal pembentangan Bajet oleh Datuk Seri Najib Razak;


Bagi mendokong penglibatan pengusaha swasta dalam pembangunan industri minyak dan gas, pelbagai insentif cukai dan insentif bukan cukai istimewa telah dirangka. Hasil insentif, pelbagai projek pelaburan minyak dan gas bernilai 20 bilion dolar US telah dimulakan termasuk projek Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development atau Rapid, Terminal Simpanan Minyak dan Gas di Johor, Loji Regasifikasi di Melaka dan terminal minyak serta gas di Sipitang, Sabah.

Bagi sektor perladangan pula, Sabah tentunya akan menerima impak dari peruntukkan sebanyak 432 juta ringgit yang disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit memandangkan Sabah mempunyai kawasan penanaman kelapa sawit terbesar berbanding negeri lain iaitu seluas 1.36 juta hektar daripada 4.69 juta hektar keluasan tanaman di seluruh negara.

Berkaitan kelestarian jaminan bekalan makanan pada masa akan datang, kawasan jelapang padi sedia ada akan ditambahbaik dengan sistem pengurusan tanamannya secara sistematik. Sebagai tambahan, 4 kawasan jelapang padi baru akan dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan.

Di bawah misi "Mewujud Kejiranan Yang Selamat dan Harmoni", Kerajaan akan menambah pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Di bawah Program Transformasi Bandar atau UTP, Kerajaan telah melancarkan 2 Pusat Transformasi Bandar atau UTC iaitu di Melaka dan Kuala Lumpur. Terkini, UTC KL telah menerima purata seramai 4,000 orang sehari. Pelaksanaan UTC akan diperhebatkan dan dilaksanakan secara berperingkat di 6 bandar utama, iaitu Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

Di luar bandar, Kerajaan telah membuka Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan bagi menyediakan sebuah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, klinik serta ruang niaga. Berdasarkan manfaat yang diterima, Kerajaan akan terus memperluaskan RTC ke Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Dibawah "Pembangunan Luar Bandar dan Masyarakat Orang Asli", Sebanyak Rm100 juta ringgit akan diperuntukkan bagi membekal 40 ribu tangki air menggunakan kaedah tadahan air hujan khususnya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Lanjutan daripada kejayaan pengenalan RapidKL dan RapidPenang, Kerajaan akan melancarkan RapidKuantan mulai 1 Disember 2012 bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas berkualiti di Kuantan. Syarikat Prasarana juga dalam proses untuk memperluaskan perkhidmatan ini di bandar lain seperti Ipoh, Seremban, Kuching dan Kota Kinabalu.

Dan yang paling penting sekali, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 386 juta ringgit bagi memastikan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak serta Labuan dijual pada harga yang lebih rendah dan lebih seragam dengan membuka sebanyak 57 buah KR1M dan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak serta Labuan termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman. Sebagai contoh di Ba’kalalan, Sarawak, harga gas memasak 14 kg setong dijual pada harga RM70. Dengan program penyeragaman harga, gas memasak tersebut boleh dibeli hanya dengan RM26.60 setong.

Sebagai tambahan, bagi meringankan beban rakyat yang berulang alik menggunakan perkhidmatan feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak, Kerajaan akan memberi diskaun tambang kepada semua penumpang sebanyak 50 peratus. Di samping itu, diskaun sebanyak 50 peratus turut diberi ke atas tambang feri untuk kenderaan komersial yang mengangkut barang keperluan asas dan binaan ke Labuan.


Kesimpulannya, ringkasan intipati Bajet di atas sudah cukup menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sangat mengambil berat keperluan dan tuntutan rakyat di Sabah. Belum termasuk peruntukan-peruntukan lain yang tentunya akan turut dinikmati oleh rakyat di negeri ini, cuma tidak dijelaskan secara terperinci dalam teks ucapan beliau; seperti peruntukkan kepada pendidikan, jalanraya, pembasmian kemiskinan dan sebagainya.


**Seperti bajet negara yang dibentangkan sebelum ini, Bajet 2013 juga padat dengan pelbagai hadiah istimewa kepada rakyat di SELURUH negara.**

Teks Asal (DISINI)

By: Borneo Bullet

Friday, September 28, 2012

Yong Teck Lee pernah guna taktik kotor pilihanraya: Episod ke-2

"Is Sabah Deputy Chief Minister Dr Yee Moh Chai conniving to ensure his incumbency in the Api-Api constituency is safe?"

Salahkah pengundi menukar tempat mengundi? Sudah berjuta rakyat (pengundi) di negara ini menukar alamat mengundi, malah ada yang telah menukar alamat lebih dari dua kali. Tidak pernah menjadi kesalahan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia dimana pengundi dihalang menukar alamat mengundi mereka. Itu adalah HAK pengundi itu sendiri dan tidak sepatutnya dipertikaikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Jika mendaftarkan pengundi yang menukar alamat itu salah, bermakna Pejabat Pos selama ini juga telah melakukan kesalahan kerana membantu pengundi mendaftarkan alamat baru mereka.

Pemuda SAPP tembak Presidennya sendiri
Berkenaan dengan dakwaan SAPP kononnya wujud pengundi yang dipindahkan dari Pitas dan Kudat ke kawasan mengundi Kota Kinabalu, persoalannya adakah mereka dipindahkan atau mereka sendiri berpindah kerana telah menetap atau memiliki rumah di sekitar bandaraya ini? berkenaan dengan RM200 itu pula, kenapa tidak ada bukti bergambar atau sebarang dokumen bagi mengesahkan siri tuduhan terbaru SAPP ini? Adakah mereka hanya melihat suasana pendaftaran itu maka terbayanglah difikiran mereka berkenaan dengan taktik-taktik kotor pilihanraya yang kemudiannya diadaptasi menjadi laporan media SAPP?
 
Dalam artikel BB sebelum ini (DISINI), BB ada dedahkan secara ringkas berkenaan dengan taktik-taktik kotor yang diamalkan oleh presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee ketika Pilihanraya Umum 1999. Disini, BB akan dedahkan secara panjang lebar berkenaan isu itu.

Terdapat dua kesalahan yang dilakukan oleh presiden SAPP ketika pilihanraya itu sehingga mahkamah memutuskan untuk membatalkan keputusan pilihanraya bagi DUN Likas 1999 serta membatalkan kelayakan Datuk Yong Teck Lee untuk bertanding selama 5 tahun.

Pada pilihan raya yang diadakan pada 12 Mac 1999, bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee, yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Likas setelah memperoleh 9,110 undi dengan kelebihan 4,962 undi. Calon lain yang bertanding untuk kerusi itu ialah Dr. Chong Eng Leong (PBS), Datuk Harris Salleh dari Parti Bersekutu, Zulkifli Lajah (Setia), Yahya Kassim (Pas) dan Saudin Kadis (Bebas).

Pada Jun 2001, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengisytiharkan keputusan Pilihanraya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas yang diadakan pada tahun 1999 sebagai batal kerana terdapat pengundi hantu yang tidak wujud dalam daftar pemilih kawasan itu. Calon PBS, Dr. Chong Eng Leong sendiri yang meminta mahkamah mengeluarkan perintah bagi membatalkan keputusan pilihan raya tersebut kerana terdapat pemilih daripada kalangan bukan rakyat Malaysia yang mengundi di kawasan Likas.

Sementara itu, seorang lagi calon yang juga bekas Ketua Menteri, Harris Salleh, turut mengemukakan petisyen serupa dengan mendakwa terdapat kegiatan bercanggah pada pilihan raya 1999 untuk DUN Likas. Petisyen Harris itu mendakwa terdapat parti yang memasang empat papan pameran di sekitar kawasan pusat mengundi Likas dan tindakan itu melanggar Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Mengenai petisyen yang dikemukakan oleh Harris, Hakim Muhammad Kamil berkata, berdasarkan kepada seluruh keterangan, beliau mendapati Yong selaku responden telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11 (c) dan (d) serta Seksyen 32 Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya. Kesannya, mahkamah telah memutuskan Datuk Yong Teck Lee bersalah dan tidak di benarkan bertanding dalam pilihanraya selama 5 tahun sehingga 2007.

Berdasarkan fakta ini, apa pandangan ahli atau pemimpin-pemimpin SAPP yang cuba menuding jari kepada Datuk Yee Moh Chai yang kononnya bertanggungjawab memindahkan alamat pengundi ketika Presiden mereka sendiri telah terbukti melalui saluran mahkamah telah melakukan taktik-taktik kotor ketika pilihanraya 1999? Jika pemimpin-pemimpin SAPP ikhlas berjuang bagi menuntut pilihanraya BERSIH dan adil, mereka sepatutnya menolak kepimpinan Datuk Yong Teck Lee terlebih dahulu. 

Sekiranya SAPP diberikan mandat memerintah negeri ini selepas PRU13, sudah tentu mereka akan berkuasa selama-lamanya kerana rekod lampau Datuk Yong Teck Lee telah membuktikan bahawa beliau akan menggunakan taktik kotor sebagaimana yang dilakukan oleh beliau ketika pilihanraya 1999.

""Yang bersalah bukan sahaja dilindungi, malah dibantu untuk merampas jawatan Ketua Menteri, sebaliknya yang tidak bersalah pula yang dimomokkan sebagai bersalah""

By: Borneo Bullet

Thursday, September 27, 2012

Yong Teck Lee pernah guna taktik kotor pilihanraya

Ahli-ahli SAPP kini sedang giat melaksanakan aktiviti "turun padang" untuk mencari bahan yang boleh dipolitikkan untuk bekalan mereka pada PRU13 nanti. Sejauhmana kredibiliti bahan-bahan politik itu pula, tidak dapat dipastikan kerana kadang kala boleh berlaku penyelewengan fakta atau maklumat bilamana niat mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Sebelum ini Yong Teck Lee pernah membuat kenyataan bahawa bukan mudah untuk parti pembangkang di Sabah menumbangkan BN. Sebab itulah Yong Teck Lee bersungguh-sungguh bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain bagi menumbangkan kerajaan BN Sabah walaupun ada beberapa parti pembangkang di negeri ini yang tidak berminat untuk bekerjasama dengan beliau. Jesteru, berdasarkan kenyataan Yong Teck Lee ini, untuk apa pemimpin-pemimpin kerajaan BN Sabah melancarkan taktik kotor pilihanraya jika Yong Teck Lee sendiri mengakui bahawa BN Sabah bukan mudah untuk ditumbangkan?
 
Bercakap mengenai taktik kotor pilihanraya, Yong Teck Lee sendiri pernah berhadapan dengan perbicaraan Mahkamah Pilihanraya apabila beliau didapati terbabit melanggar peraturan semasa kempen pilihanraya umum 1999. Malah, mahkamah telah memutuskan beliau bersalah dan tidak di benarkan bertanding dalam pilihanraya selama 5 tahun sehingga 2007.

Jika bukan kerana sistem penggiliran Ketua Menteri, sudah tentu Yong Teck Lee akan berkuasa sehingga kehari ini kerana rekod lampau beliau telah membuktikan bahawa beliau berpotensi melakukan taktik kotor setiap kali pilihanraya.

Ahli-ahli SAPP yang bertungkus-lumus cuba mengembalikan kerusi Ketua Menteri kepada Yong Teck Lee sepatutnya melihat rekod lampau beliau sebelum membuat tuduhan liar terhadap parti lawan. Apa gunanya mereka berjuang untuk pilihanraya BERSIH dan adil jika ketua mereka sendiri sudah terpalit dengan taktik-taktik kotor pilihanraya?

Antara rekod "cemerlang" Yong Teck Lee;  

1. Tidak layak menjadi pemimpin kerana telah berada dalam banyak parti, selalu lompat parti, cakap berbelit-belit, tidak berpendirian dan suka membuat kenyataan yang berbeza-beza.

2. Pentadbiran lemah semasa menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga menyebabkan kerugian kepada negeri Sabah sebanyak RM114 juta.


3. Pernah melaksanakan dasar yang tidak popular seperti memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat dalam tempoh 100 tahun.


4. Mengarahkan `share-swap' pemilikan saham Warisan Harta Sabah (WHS) dalam MISC sebuah syarikat yang dianggap memiliki saham `blue chips' dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad yang dimiliki oleh dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.


5. WHS telah menanggung kerugian RM200 juta kerana kejatuhan harga kedua-dua saham di samping kehilangan keuntungan daripada `right issues' dan kenaikan harga saham selain dividen daripada MISC.


6. Yong Teck Lee juga mengarahkan `Board of Directors' Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan menyebabkan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.


7. Berkrisis dengan pimpinan DAP Sabah khususnya Ketua DAP Sabah, Dr.Hiew Keng Chew (MP Kota Kinabalu) dan Ketua Penerangan DAP Sabah, Dr. Edwin Bosi. Kedua-dua mereka menentang penyertaan SAPP dalam PRK Batu Sapi.


9. Diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh kerana memfitnah beliau berhubung nahas pesawat pada 6 Jun 1976.
 By: Borneo Bullet

Monday, September 24, 2012

Lompat: Bukan Ungkapan Jadi Ukuran

Beberapa pemimpin BN telahpun keluar meninggalkan parti, antaranya ialah Lajim Ukin, Welfred Bumburing, Maijol Mahap, Ibrahim Menudin dan Yahya Lampong. Menurut blogger Suara Rakyat, kelima-lima pemimpin ini mempunyai sebab peribadi kenapa mereka mengambil keputusan itu;

Lajim Ukin: Ditentang oleh penyokong serta beberapa pemimpin akar umbi di bahagiannya sendiri

Welfred Bumburing: Disebabkan wujud perjanjian antara beliau dengan Madius Tangau (mantan MP Tuaran) dimana Bumburing diberikan peluang hanya sepenggal sahaja untuk bertanding di Parlimen Tuaran.

Maijol Mahap: Dalam BN, beliau tidak akan mempunyai peluang untuk bertanding di kampung halamannya kerana kawasan itu milik PBS.

Ibrahim Menudin: Tidak pernah bertanding pilihanraya walaupun beliau pernah menyandang jawatan Bendahari UMNO Sabah.

Yahya Lampong: Memang sudah sifatnya suka melompat setiap kali musim pilihanraya.
 
Analisis ringkas ini adalah amaran kepada semua pemimpin-pemimpin politik Sabah bahawa jangan sekali-kali menganggap rakyat tidak tahu atau tidak mengikuti perkembangan perjalanan politik mereka. Apa jua tindakan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin ini akan dinilai oleh rakyat/pengundi sebaik-baiknya sebelum rakyat memutuskan samada menyokong atau mengutuk tindakan mereka.

Berbalik kepada kelima-lima pemimpin diatas, keputusan "last minute" yang diambil oleh pemimpin-pemimpin ini tidak cukup untuk menggambarkan bahawa kerajaan BN Sabah telah melakukan kesilapan besar sebagaimana yang telah di"kempen"kan mereka ketika majlis sambutan Hari Malaysia di Restoran Singgah Singgarung anjuran Pakatan Rakyat baru-baru ini. Cerita disebalik latarbelakang politik mereka yang telah tercemar tetap akan didahulukan rakyat dalam proses penilaian sebelum menerima bulat-bulat ungkapan mereka.

Sepanjang pemimpin-pemimpin ini berjuang dalam BN, apa sumbangan mereka? meletakkan kegagalan kepada kerajaan BN adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab sedangkan mereka juga sebahagian daripada kerajaan sebelum mereka menyertai Pakatan Rakyat. Tidak mustahil, jika mereka keluar dari Pakatan Rakyat (apabila kemahuan mereka tidak dipenuhi), mereka juga akan menggunakan skrip yang sama bagi menunjukkan tindakan mereka itu kononnya tepat, sebaliknya yang salah itu adalah parti yang ditinggalkan.

Bukankah tindakan pemimpin-pemimpin ini sangat jelas menunjukkan bahawa mereka mempunyai niat yang bukan atas dasar kepentingan rakyat dan negeri Sabah? kenapa bertindak ketika pilihanraya semakin hampir? kenapa bertindak selepas Anwar mengadakan perjumpaan sulit dengan pemimpin-pemimpin ini? dan kenapa keluar bila calon pilihanraya sudah diputuskan oleh pucuk pimpinan BN?

Sebab itu Yong Teck Lee sehingga hari ini masih gagal menumbangkan kerajaan BN Sabah sekalipun beliau membawa keluar parti SAPP dari gabungan itu pada tahun 2008. Malah populariti Yong Teck Lee semakin menurun sehingga tidak mampu menewaskan seorang suri rumah ketika Pilihanraya Kecil Batu Sapi. Kes ini membuktikan bahawa rakyat tidak melihat apa yang mereka ungkapkan terhadap parti yang mereka tinggalkan, sebaliknya rakyat melihat latarbelakang serta menilai niat mereka mengambil keputusan itu.

**Sedangkan sebuah partipun tidak mampu menggegarkan tiang rumah BN, inikah pula lima orang pemimpin yang mempunyai perwatakan, pendirian dan keikhlasan yang meragukan?**

By: Borneo Bullet

Sunday, September 23, 2012

Pesawat ‘Musa A320’ bukti keyakinan pelabur terhadap pentadbiran Datuk Musa Aman

Komen Sabahterkini2u;
"Kalau dah cadang bangunkan Terminal KKIA2 tu dengan kos berjuta buat apa membina KKIA dengan kos lebih 1 bilion itu? ingat Airasia saja ke nak mendarat kat KK.
Dah jadi macam milik Airasia pula KKIA2 tu. Kalau Musa Aman bagi kelulusan dan merayu kepada Kerajaan Persekutuan mengenai tuntutan Airasia memang sah ada udang sebalik mee."
Sabahterkini2u perlu melihat isu ini diluar konteks politik supaya pandangan blogger ini lebih menjurus kepada kesannya terhadap ekonomi negeri Sabah. Jangan kerana kegairahan menyerang kepimpinan Datuk Musa Aman, maka industri penerbangan negeri Sabah pula yang dijadikan mangsa.

Secara peribadi BB juga tidak bersetuju jika kerajaan persekutuan bertindak menyekat syarikat yang berdaya saing seperti AirAsia yang telah berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau dan menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah melalui sektor pelancongan dengan memaksa syarikat penerbangan ini memindahkan operasi mereka ke Terminal 1.
 
Apa guna AirAsia berpindah ke Terminal 1 jika terpaksa mengenakan caj tinggi kepada penumpang? Dikhuatiri tindakan itu bukan sahaja membebankan penumpang ekoran kenaikkan harga tiket, malah akan merugikan syarikat yang banyak membantu membawa pelancong ke negeri ini. Jika Sabahterkini2u menyokong operasi Airasia dipindahkan ke Terminal 1, bermakna blogger ini secara tidak langsung menyokong supaya rakyat di negeri ini serta pelancong dibebani dengan kos penerbangan yang tinggi.

Jika benarpun Datuk Musa Aman merayu kepada kerajaan Persekutuan supaya mengekalkan operasi Airasia di Terminal 2, bukankah ianya satu tindakan yang baik dan tepat bagi melindungi industri pelancongan dan juga melindungi kepentingan rakyat di negeri ini dari terus dibebani dengan kos penerbangan yang tinggi oleh MAS? Malah bukan Datuk Musa Aman sahaja yang menyokong pendirian Airasia, sebaliknya beberapa anggota Parlimen juga turut sependapat dengan beliau antaranya termasuklah Datuk Abdul Rahman Dahalan, Datuk Salleh Kalbi, Datuk Alexander Nanta Linggi, Mohd Nor Othman dan Datuk Chua Soon Bui.

Mungkin blogger pro pembangkang hari ini semakin tertekan apabila Datuk Musa Aman terus-menerus mendapat penghargaan dari pelbagai pihak sehingga memaksa mereka melakukan kerja-kerja pembangkang dengan menafikan satu-persatu penghargaan itu. Apapun usaha mereka, BB tetap percaya bahawa Pesawat ‘Musa A320’ itu adalah bukti keyakinan pelabur terhadap pentadbiran Datuk Musa Aman untuk mereka (pelabur) terus melaksanakan komitmen pelaburan mereka di negeri ini.

**Apa gunanya memiliki Terminal berbilion ringgit jika terpaksa menghentikan laluan dari Kota Kinabalu ke Osaka, Perth, Haneda dan Seoul.. Sebaliknya Terminal yang nilainya jutaan ringgit pula yang bakal membuat penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Filipina, Australia, Korea dan Japan..**

By: Borneo Bullet

Joseph Lakai ludah muka bosnya sendiri!

"Commenting Musa statement in conjunction of the Malaysia Day, Sept 16 "Contribute to nation building", before talking about nation building, perhaps Musa should review what is his proven track since the past 9 years in office as a CM on what is the consequences of nation building that impacting Sabah for the past 49 years with Malaysia? Musa, is completely know nothing about what is nation building by all means. Musa should stop telling lies and start repenting himself."

Sumber: Musa's ignorance of what nation building means
 
Datuk Musa Aman
Apa maksud "nation building" bagi Joseph Lakai dengan mengambilkira pentadbiran Datuk Yong Teck Lee atau SAPP ketika parti ini masih bersama-sama berjuang dalam kerajaan BN?. Sebelum Joseph Lakai mengkritik kenyataan yang dibuat oleh Datuk Musa Aman yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini, eloklah beliau kaji latarbelakang Yong Teck Lee terlebih dahulu sejak mula pemimpin opportunist ini berkecimpung dalam politik.

Jika Joseph Lakai boleh membuat permintaan supaya Datuk Musa Aman mengkaji pentadbiran beliau selama 9 tahun, BB juga boleh meminta Joseph supaya mengkaji semula rekod pentadbiran Datuk Yong Teck Lee selama 2 tahun. Ketika zaman Datuk Yong Teck Lee sebagai ketua menteri Sabah, banyak agensi kerajaan mengalami kerugian sehingga tidak mampu membayar gaji penjawat awam pada waktu itu. Bukan sahaja Datuk Yong Teck Lee telah gagal mengurus tadbir negeri ini malah terpaksa mewariskan masalah-masalah negeri kepada Datuk Musa Aman. Sebaliknya, sepanjang 9 tahun datuk Musa Aman memegang jawatan Ketua Menteri Sabah, masalah-masalah yang disebabakan oleh Datuk Yong Teck bukan sahaja berjaya diatasi dengan cemerlang malah pendapatan kerajaan Sabah telah bertambah berlipat kali ganda dan kini mempunyai RM 4 bilion untuk membangunkan ekonomi Sabah.

Tindakan Joseph Lakai membandingkan Sabah dengan Singapura yang hanya seluas empangan Bakun sangat-sangat tidak adil. Jika Sabah hanya seluas Singapura, BB percaya bahawa kemajuan yang dicapai oleh negeri ini pasti berlipat kali ganda dari negeri paling maju di Semenanjung Malaysia. Malah kesemua 10 masalah-masalah yang Jospeh senaraikan juga tidak akan berlaku di negeri/negara ini jika keluasan Sabah/Malaysia hanya sebesar empangan Bakun.

Sepanjang 49 tahun Sabah merdeka dan menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia, Datuk Yong Teck Lee pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pembantu Menteri Kewangan negeri, Timbalan Ketua Menteri kepada Pairin dan Menteri Pembangunan Industri sehinggalah PBS tumbang pada tahun 1994 akibat tikam belakang oleh Datuk Yong Teck Lee. Selepas PBS tumbang, Datuk Yong Teck Lee terus kekal memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, kemudian bertukar portfolio sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Pemangku Ketua Menteri Sabah dan akhir sekali sebagai Ketua Menteri mengikut sistem penggiliran pada tahun 1996 hingga 1998.

Berdasarkan jawatan-jawatan yang telah disandang oleh presiden SAPP ini, bukankah tindakan Joseph Lakai melabelkan Sabah sebagai negeri termiskin adalah ibarat meludah ke muka ketuanya sendiri? sepanjang 49 tahun Sabah merdeka, parti yang diwakili oleh Joseph Lakai iaitu SAPP juga terlibat secara langsung dalam urus tadbir kerajaan negeri Sabah. Malah SAPP juga menjadi punca kepada 55 ribu pelabur Sabahan mengalami kerugian.

Bukan setakat itu, malah Semasa menjadi Ketua Menteri terlalu banyak hak-hak rakyat telah dinafikan oleh Datuk Yong Teck Lee dan antaranya adalah; geran-geran tanah untuk kampung-kampung tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi), tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra, tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra, mengasingkan 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion, tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta, tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta, tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion yang diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.

Inikah contoh kepimpinan yang dimaksudkan Joseph Lakai yang disifatkan beliau mampu membina negara bangsa, memperjuangkan slogan "Sabah untuk Sabahan" serta mengembalikan dan menuntut perjanjian Malaysia 1963?

By: Borneo Bullet

Friday, September 21, 2012

Kenapa James Miki tinggalkan BN?


Berikut adalah ucapan James Miki di hadapan 400 penyokong Parti Pakatan di Paitan Sugut dan diselangi oleh jawapan Borneo Bullet secara ringkas.

Ucapan asal: Kenapa saya tinggalkan BN?
 
"KENAPA ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang mempunyai pelbagai kedudukan dalam kerajaan negeri dan persekutuan keluar meninggalkan segala jawatan penting dan keistimewaan yang mereka miliki?"

BB: Kenapa hanya selepas Anwar umumkan akan ada pemimpin-pemimpin BN Sabah keluar menyertai Pakatan Rakyat, barulah selepas itu mereka keluar? adakah pemimpin-pemimpin ini dipengaruhi oleh Anwar sebagaimana Anwar mempengaruhi Yong Teck Lee dengan menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau ketika PRU12 yang lalu?
 
"Contoh yang terdekat seperti Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Lajim Hj Okin dan ramai lagi dan termasuk diri saya sendiri kenapa harus keluar daripada BN dan UMNO ini tentu ada sebab-sebabnya kenapa kami keluar."

BB: Sudah tentu mempunyai sebab, lebih-lebih lagi ketika Pilihanraya Umum semakin hampir, selepas senarai calon telah dimuktamadkan, selepas Anwar mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin BN, dan selepas Anwar membuat pengumuman bahawa akan ada pemimpin BN keluar meninggalkan parti.

"Kami dalam Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, walaupun hidup dalam keadaan serba serbi kemewahan, tetapi tiada kebebasan untuk menyuarakan keperitan kehidupan rakyat di luar bandar, malah terus terhimpit dan tertindas, maka hati kami memang tidak gembira dan tidak rela melihatnya."

BB: James Miki mengakui bahawa beliau hidup dalam kemewahan, mungkin sebab itulah beliau tidak pernah ambil tahu masalah rakyat dan tidak pernah membawa masalah rakyat ke peringkat tertinggi untuk diambil perhatian. Sebaliknya menyalahkan UMNO kononnya menyekat kebebasan suara sedangkan dia sendiri tidak berbuat apa-apa melainkan bergelumang dengan kemewahan. Jika benar suara mereka disekat, bagaimana wujudnya geran komunal, RCI, Jawatankuasa Khas royalti minyak, program-program pembasmian kemiskinan dan sebagainya?

"Bila kami buat teguran kerana tanah-tanah adat (NCR) dirampas oleh saudagar-saudagar Cina dari Semenanjung sehingga beribu-ribu penduduk menjadi pelarian di kampung tempat tumpah darah mereka sendiri; telah menjadi satu kesalahan kepada kepimpinan UMNO. Kononnya kami durhaka, bukan sahaja kepada UMNO, tetapi kepada kerajaan."

BB: Saya yakin 100% bahawa James Miki tidak akan dapat membuktikan atau menunjukkan kenyataan pemimpin mana yang menghalang mereka membuat teguran terhadap tanah NCR di negeri ini. Melihat kepada kesungguhan beliau memburuk-burukkan kerajaan, sepatutnya beliau tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan nama pemimpin itu. Kenapa tidak dedahkan saja? Setahu saya, pemimpin BN hanya memberikan label "durhaka" kenapa ahli atau pemimpin lain dalam BN yang cuba mensabotaj parti dari dalam, bukan yang memperjuangkan nasib rakyat.

"Nasib rakyat terutama sekali bangsa Sungai, Kadazan, Dusun, Murut yang tinggal di kawasan terpencil yang sedang menjalani kehidupan agak senang sedikit kerana mempunyai sebidang tanah yang ditanami oleh sawit dan pokok buah-buahan; tetapi dengan tiba-tiba sahaja tanah-tanah mereka dimusnahkan dalam sekelip mata."

BB: Sama seperti perenggan diatas, tuduhan ini hanya berbentuk teori politik versi James Miki. Sebab apa saya katakan teori politik ialah, beliau tidak menjelaskan secara terperinci kawasan terpencil mana yang beliau maksudkan.

"Sementara rumah dibakar. Siapa yang tidak marah kerana tiada siapa yang membela nasib mereka. Bila jumpa wakil rakyatnya, apa jawapan mereka? Itu urusan kerajaan. Dia mahu bunuh sama kamu itu, adalah hak kerajaan."

"Ada sesetengah wakil rakyat berkata, biarlah mereka mampus itu bukan keluarga aku. Yang penting kita sudah kaya raya. Ada rumah mewah, bini muda sampai dua tiga; kereta empat lima buah; kenapa mahu memikirkan kehidupan orang lain? Mampus kamu di sana, apa saya peduli? Sekarang saya sudah jadi YB, jadi menteri, siapa berani menentang saya?"


BB: Jika benar wujud jawapan seperti itu, sudah tentu ianya menjadi satu isu kontroversi. Bila sudah jadi isu kontroversi, pasti pembangkang akan memanfaatkan isu ini hingga ketitisan darah terakhir. Tapi peliknya, kenapa hanya James Miki saja yang tahu? adakah dia wakil rakyat yang dia maksudkan itu? Dalam banyak-banyak tuduhan yang dibuat oleh James Miki, inilah tuduhan yang sangat tidak masuk akal. Siapa-siapa yang baca tuduhan ini juga pasti akan tertanya-tanya sejauhmana tahap kewarasan akal fikiran James Miki. (salah satu contoh jalan selamat untuk buat tuduhan supaya tidak kena saman)

"Malahan diberi amaran jangan sekali-kali menentang dasar-dasar kerajaan UMNO/BN, walaupun sekejam mana mereka menyeksa rakyat kerana akan menjadi satu kesalahan besar boleh dihukum."

BB: Kalau betullah boleh dihukum, sudah tentu ramai orang Sabah hari ini sedang meringkuk dalam penjara. Sebaliknya, apa yang berlaku, rakyat sabah sendiri boleh turun berhimpun bersama-sama pemimpin pembangkang di bandar-bandar, depan mahkamah, padang bandaran, karamunsing dan sebagainya. Bukankah tindakan ini juga disifatkan sebagai menentang dasar-dasar kerajaan secara terang-terangan?

Minta Maaf la James Miki, cubaan saudara bagi menaikkan nama saudara sebagai pejuang tulen Sabah sangat-sangat memualkan. Kegagalan BN sebagaimana yang didakwa oleh James Miki adalah kegagalan James Miki sendiri. BN dan UMNO hanya nama parti, dan yang menggerakkan parti ini pula adalah pemimpin-pemimpin seperti James Miki.

Hari ini James Miki mengagung-agungkan Pakatan Rakyat. Entah apa pula pandangan beliau berkenaan dengan rampasan tanah kampung Melayu di Pulau Pinang, rampasan tanah orang asli di Hulu kelantan, skandal pasir di Selangor, isu air percuma di Selangor, penyelewengan tender lebih dari RM600 juta di Kedah dan yang paling hangat sekarang ialah penghinaan terhadap Tarian Sumazau oleh blogger Pakatan Rakyat.

***Kalau di sukan Olimpik, yang lompat paling tinggi akan dapat ganjaran.. begitu juga dalam sukan Politik, yang lompat tinggi juga akan dapat "ganjaran"***

By: Borneo Bullet

Wednesday, September 19, 2012

Musa Aman anggap Sabah adalah anak dia bukan bapak dia!

"PEGAWAI Khas kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Muhammad Hilman Idham dihalang memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri mengikut Seksyen 56(1)(A) Akta Imigresen 1995/63."

Sumber: Musa Aman anggap Sabah negeri bapak dia!
 
Tidak ada istilah zalim atau menafikan hak asasi warganegara Malaysia bagi tindakan menghalang mana-mana pihak dari memasuki Sabah jika tujuan pihak yang disekat itu berpotensi untuk memudaratkan pentadbiran negeri Sabah. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?. Sudah tentu Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman mempunyai alasan beliau sendiri kenapa tindakan itu perlu diambil. Dan sebagai Ketua Menteri Sabah, sudah tentu beliau akan menggunakan kuasa yang ada pada beliau untuk melakukan tindakan-tindakan pencegahan. Jika ada apa-apa berlaku di negeri ini, siapa yang lebih dulu akan dipersalahkan jika bukan Ketua Menteri?
 
Berdasarkan maklumat dari blogger Milosuam, kononnya Hilman mempunyai jaringan luar negara yang kuat memandangkan beliau terlibat dengan banyak program-program antarabangsa di Eropah dan negara-negara Asia.
 
Maklumat yang didedahkan oleh blogger Milosuam ini juga sebenarnya adalah jawapan kepada "kenapa Hilman disekat dari memasuki Sabah?". Sejak kebelakangan ini, Sabah sering menjadi sasaran media dan NGO asing yang bukan sahaja cuba mengganggu pentadbiran kerajaan negeri, malah cuba mensabotaj atau memudaratkan ekonomi negeri Sabah. Jesteru, berdasarkan perkembangan semasa ini, bukankah tindakan Datuk Musa Aman ini SANGAT tepat?

Bukan niat BB untuk menuduh Hilman mempunyai kaitan dengan NGO asing itu, melainkan sekadar menanam sikap BERWASPADA dikalangan rakyat Sabah terhadap pihak yang mempunyai jaringan di luar negara. Lebih-lebih lagi ketika ada ura-ura bahawa salah satu daripada media asing ini dibiayai oleh Pakatan Rakyat (sehingga kini gagal dinafikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan).

Tidak cukup dengan membawa budaya demonstrasi jalanan di negeri ini, baru-baru ini timbul pula provokasi kaum oleh blogger pro Pakatan Rakyat. Kini individu yang mempunyai jaringan atau pengaruh kuat di luar negara pula dibawa masuk ke Sabah. Bukankan semua jalan cerita ini membentuk satu sinopsis yang menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat sedang menyusun strategi bagi menghancurkan pentadbiran negeri Sabah bagi memudahkan mereka merampas kerajaan?

Jika ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Musa Aman pengecut atau cuba menghalang kemaraan Pakatan Rakyat di negeri ini, kenapa Datuk Musa Aman tidak sekat saja Azmin Ali, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau semua pemimpin-pemimpin otai Pakatan?

Berkenaan dengan warga asing di Sabah, kuasa itu tertakluk kepada kerajaan pusat, bukannya kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri mempunyai kuasa, sudah lama isu PATI ini ditangani oleh kerajaan negeri, malah tidak perlu Datuk Musa Aman menuntut penubuhan RCI dari kerajaan pusat.

By: Borneo Bullet

Tuesday, September 18, 2012

A funny story from Sarawak Report about Topless Sunbathing

"A story about topless sunbathing has dominated international coverage of the William and Kate Sabah trip.It means the destruction of the jungle of Borneo, caused by corruption in Malaysia’s highest political circles, has been ignored in favour of a lot of fuss about a ‘Peeping Tom’ photographer."


Agak lucu bila Sarawak Report cuba menggambarkan lawatan Putera William dan isterinya Kate Middleton di Lembah Danum (Sabah) seakan-akan gagal dan merimaskan pasangan di-raja ini. Sejak awal-awal lagi, Sarawak Report telah memberikan amaran kepada pihak istana England supaya membatalkan misi pengembaraan itu dengan alasan kononnya Lembah Danum adalah sebuah kawasan oasis yang terletak pada zon darurat alam sekitar paling buruk di dunia.
 
Disebabkan amaran Sarawak Report ini tidak diendahkan oleh pihak istana, maka terpaksalah mereka menggunakan apa sahaja alasan untuk menggambarkan bahawa amaran mereka itu kononnya tepat. Walaupun terpaksa menggunakan alasan-alasan remeh yang hanya layak untuk menghiburkan kanak-kanak bawah 6 tahun. 

Keengganan pihak istana mendengar amaran Sarawak Report membuktikan bahawa laporan Sarawak Report sememangnya tidak berasas, tidak mempunyai kredibiliti dan bukan atas dasar perjuangan terhadap alam sekitar. Inilah yang menjadi tamparan hebat yang disasarkan tepat ke muka penulis upahan Sarawak Report sehingga memaksa penulis ini menulis cerita berdasarkan imaginasi bebal beliau setelah dibebalkan dengan "penampar" dari pihak istana.

Untuk apa rombongan Diraja ini mendengar amaran Sarawak Report jika Putera William dan isterinya boleh mendapatkan penjelasan terus dari para pengkaji atau penyelidik hutan hujan tropika yang sedang menjalankan tugas di Lembah Danum? daripada mempercayai dakwaan Sarawak Report yang lebih layak digelar PJJ (Penulis/Pemerhati/Pengkaji Jarak Jauh), lebih baik rombongan diraja ini mempercayai hasil-hasil kajian para penyelidik di Lembah Danum.

Sepanjang lawatan the Duke and Duchess of Cambridge di Lembah Danum, mereka tidak sedikitpun rasa rimas dengan cuaca panas di negeri ini. Sebaliknya mereka lebih rela berjalan kaki walaupun telah ditawarkan kenderaan untuk kemudahan mereka. Mungkin disebabkan kejayaan kerja-kerja konservasi hutan di Lembah Danum, membuatkan pasangan Diraja ini tidak merasai langsung kesan pembalakan sebagaimana yang didakwa oleh Sarawak Report.

kesimpulannya, lawatan ini sangat berjaya dimana pasangan Diraja ini berpuashati dengan kerja-kerja konservasi yang dilaksanakan melalui usahasama antara Yayasan Sabah dengan the Royal Society. Malah pasangan Diraja ini juga kagum dengan pandangan panorama Lembah Danum setelah dinaikkan ke pokok setinggi 130 kaki.

Agak malang bagi Sarawak Report apabila siri tuduhan mereka semakin lama semakin tidak berkualiti sehingga memaksa mereka mengkitar semula tuduhan-tuduhan sebelum ini untuk dimuatkan kedalam artikel terbaru mereka (siap ada isu skandal Scorpena pula tu).

By: Borneo Bullet

Monday, September 17, 2012

Janji Sedang Ditepati, Tanah tidak Dirampas

"BATU SAPI: Penduduk di Kampung Lupak Meluas Laut dekat sini melahirkan rasa kecewa apabila tidak mendapat pembelaan pihak berwajib setelah rumah mereka diancam roboh oleh pihak yang kononnya mengaku pemilik kepada tanah yang mereka diami tersebut; sedangkan janji kerajaan untuk membina rumah untuk mereka belum ditepati."


Isu yang dibangkitkan oleh PAS Batu Sapi ini, BB andaikan sebagai kegagalan pemimpin-pemimpin PAS melihat situasi sebenar penduduk di Kawasan itu. Maklumlah PAS Batu Sapi hanya aktif bila dekat-dekat pilihanraya. Sebab itu, apa sahaja isu yang berlaku hari ini akan dimanfaatkan sepenuhnya tanpa mengkaji atau melihat apa yang telah berlaku sebelum ini.

Tanah yang diduduki oleh penduduk di Kampung Lupak Meluas itu sememangnya tanah hak milik persendirian. Penduduk terpaksa bersetinggan di tanah milik persendirian itu setelah rumah mereka terbakar sekitar tahun 2007. Oleh itu, wajarkah pemimpin PAS Batu Sapi menghasut penduduk kampung untuk membantah pengusiran itu sedangkan tanah itu adalah hak milik pesendirian, bukannya penduduk kampung?
 
Sepatutnya Hamzah Abdullah membawa penduduk kampung berbincang dengan pemilik tanah, atau membawa terus kes ini ke mahkamah sekiranya benar berlaku rampasan tanah. Tindakan Hamzah menyokong bantahan itu menunjukkan beliau bukan sahaja gagal melihat situasi sebenar, malah gagal menyelesaikan masalah ini secara "menang-menang" melalui perbincangan dengan pemilik tanah, dan gagal membantu penduduk kampung untuk mendapatkan pembelaan melalui saluran mahkamah.

Bagi BB, keikhlasan Hamzah membantu penduduk kampung itu boleh dipertikaikan. Beliau hanya memihak kepada mana-mana pembuat protest jika jumlah mereka lebih dari seorang. Sebaliknya, malang bagi si pemilik tanah kerana haknya terus dinafikan hanya kerana beliau mempunyai satu undi berbanding dengan penduduk kampung.

Bukan niat BB untuk membelakangkan nasib penduduk kampung, sebaliknya mahu penduduk kampung membuka mata bahawa pemimpin(Hamzah) yang mewakili mereka itu hanya mempergunakan masalah mereka untuk kepentingan politik beliau. Masalah ini sebenarnya boleh diselesaikan tanpa perlu membawanya ke media seperti yang telah BB jelaskan di atas.

Lain pula halnya dengan Sabahkini2u  yang cuba mengaitkan isu ini dengan janji ditepati Datuk Musa Aman sedangkan isu perumahan ini adalah dibawah bidang kuasa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang sebelum ini pernah merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Lupak Meluas. Kenapa tidak tuntut saja janji ini dari Datuk Lajim? Pemimpin yang telah gagal menunaikan janji ini akhirnya keluar meninggalkan parti dan menyokong Pakatan Rakyat. Yang peliknya, pemimpin-pemimpin Pakatan yang konsisten menentang janji tidak ditepati sebaliknya mengalu-alukan pemimpin yang gagal menunaikan janji.

By: Borneo Bullet

Sabahkini2u Gelabah: Sam Mannan Tolong Jawab?

"Datuk Sam Mannan, Pengarah Perhutanan Negeri Sabah melalui artikelnya Utusan Malaysia nampaknya telah berusaha menjawab isu pembalakan haram di Negeri Sabah yang berleluasa. Katanya itu tuduhan!. Sama ada beliau menjawab dengan betul atau tidak itu terpulanglah kepada pentafsiran masing-masing. Mungkin selepas ini ada pihak lain pula akan menjawab atau menafikan."

 Sumber: MUSA AMAN GELABAH! SAM MANNAN TOLONG JAWAB?

Agaknya blogger pro pembangkang sudah ketandusan idea untuk menyerang kepimpinan Ketua Menteri Sabah selepas penjelasan yang dibuat oleh Datuk Sam Mannan sarat dengan fakta-fakta yang meyakinkan bagi menepis tuduhan berkenaan dengan skandal pembalakan di Sabah. Salahkah Datuk Sam Mannan menjawab tuduhan itu sedangkan beliau adalah Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah yang tentunya tahu banyak perkara berkenaan dengan hutan di Sabah?
 
Untuk pengetahuan blogger Sabahterkini2u, sebelum ini Datuk Musa Aman juga telah menafikan tuduhan yang dicetuskan oleh Sarawak Report melalui artikel "Musa Aman nafi dakwaan Sarawak Report". Secara ringkasnya, dipihak Datuk Musa Aman, beliau telah melakukan tugasnya iaitu menafikan tuduhan tersebut. Beliau tidaklah berdiam diri sehingga memaksa Datuk Sam Mannan menjawab bagi pihak beliau. Sebaliknya Datuk Sam Mannan tampil menyangkal dakwaan Sarawak Report atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, bukannya sebagai "orang suruhan" kepada Datuk Musa Aman sebagaimana yang dibayangkan oleh blogger Sabahterkini2u.

Jika Datuk Musa Aman gelabah hanya kerana Datuk Sam Mannan menjawab bagi pihak beliau, bermakna Datuk Yong Teck Lee juga gelabah berkenaan dengan isu SAS kerana Melanie Chia sering tampil menjawab tuduhan itu bagi pihak beliau. Lebih teruk lagi ketua umum Pakatan, Anwar Ibrahim, yang bukan sahaja banyak bergantung dengan orang bawahanya untuk menjawab tuduhan, malah gemar menengking wartawan bila diajukan soalan berkenaan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau.

Kesimpulannya, soal siapa yang menjawab tuduhan itu, tidak perlulah dijadikan isu. Semua ahli-ahli politik juga tidak terlepas dari menjawab tuduhan bagi pihak ketua atau parti mereka.

Bukankah lebih molek jika blogger Sabahterkini2u menyangkal satu-persatu fakta-fakta yang dikemukakan oleh Datuk Sam Mannan daripada mengambil jalan singkat demi mempertahankan tuduhan Sarawak Report dengan mempertikaikan tindakkan Datuk Sam Mannan kononnya menjawab bagi pihak Datuk Musa Aman?. Nampak sangat blogger pro pembangkang cuba meremehkan kredibiliti penjelasan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah dengan bermodalkan teori "Tolong Jawab" setelah mereka sendiri "mati akal" untuk mempertikaikan butir-butir penjelasan tersebut.

By: Borneo Bullet

Friday, September 14, 2012

Sumazau hanya tarian tradisional

Sebagai warga Sabah, BB rasa terpanggil untuk memperbetulkan persepsi masyarakat Malaysia berkenaan dengan status tarian Sumazau yang kini digunakan oleh pihak-pihak pro Pakatan dalam usaha mereka meluaskan empayar jajahan mereka.

Dakwaan Suara Pakatan Rakyat bahawa kononnya tarian Sumazau berunsur pemujaan adalah sangat tidak tepat, kerana Sumazau hanya sebuah tarian tradisional masyarakat KadazanDusun, dan tidak ada kena-mengena langsung dengan unsur keagamaan. Terdapat 21 jenis agama di dunia dan tidak ada satupun agama ini menyenaraikan tarian Sumazau sebagai sebahagian daripada amalan agama itu. Malah, penari juga tidak perlu membaca mantera sebelum mempersembahkan tarian ini.

 
Untuk pengetahuan SPR, tarian Sumazau sudah sekian lama dipersembahkan di kebanyakan majlis keramaian seperti perkahwinan, keraian menyambut ketibaan orang kenamaan, di mana ia turut ditarikan semua hadirin tanpa mengira suku kaum, agama dan peringkat umur bagi memeriahkan sesuatu majlis. Jesteru, memandangkan tarian ini sudah lama dipraktikkan di negeri ini, kenapa penulis blog SPR tidak bangkitkan saja isu ini sejak dulu? kenapa perlu tunggu Datuk Seri Najib menari tarian ini? bukankah ini menunjukkan bahawa SPR dengan bermotifkan politik, cuba mencemarkan imej Datuk Seri Najib tetapi dalam masa yang sama cuba memangsakan kebudayaan masyarakat KDM di Sabah?.

Berlainan pula dipihak Pakatan Rakyat dimana pemimpin serta penyokong-penyokongnya sibuk menafikan bahawa blog ini bukan milik mereka dan bukan dipihak mereka, sebaliknya mereka menuduh bahawa blog ini milik umno yang kononnya menggunakan nama Pakatan. Jika benarlah tuduhan mereka ini bahawa blog SPR dikendalikan oleh pihak pro umno atau kerajaan, bagaimana boleh wujud pautan(link) dengan blog PR yang lain seperti Keadilan Daily, Suara Keadilan, Roket kini dan sebagainya?? malah blog ini telah beroperasi setahun, tetapi tidak ada pula pemimpin-pemimpin Pakatan menafikan bahawa blog ini bukan milik mereka.

Walaupun penulis SPR telah memohon maaf dan menarik semula artikel penghinaan tersebut, kerajaan melalui pihak polis perlu juga menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas sekiranya perlu.

Syabas kepada Gerakan, KDCA, PBS, UPKO dan UMNO Sabah kerana tegas memperjuangkan serta mempertahankan maruah, keharmonian dan kebudayaan rakyat di negeri ini.

By: Borneo Bullet

Thursday, September 13, 2012

Cabaran sepanjang tahun sebagai Ketua Menteri Sabah

Walaupun kepimpinan BN Sabah berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang tahun ini, Pengerusi BN Sabah selaku Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman tidak sedikitpun kelihatan gusar, malah beliau sentiasa tenang dan ceria menghadapi semua cabaran itu tanpa sedikitpun menjejaskan reputasi beliau dan juga parti yang diwakili.Cabaran yang datang pula bukan sahaja dikalangan pemimpin-pemimpin pembangkang, malah dikalangan ahli parti sendiri dan juga pihak luar yang tidak ada langsung kena mengena dengan pentadbiran kerajaan negeri Sabah.
 
Isu 1: Borneonisasi
Bermula dengan isu Borneonisasi, ada pihak yang mendakwa bahawa kerajaan negeri Sabah dikawal oleh Kuala Lumpur sehingga mendorong dua penduduk Sabah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan Negeri kerana gagal melaksanakan Pemborneonisasian terhadap perkhidmatan awam Persekutuan di Sabah. Dakwaan ini sebenarnya tidak benar sama sekali kerana hala tuju negeri ditentukan oleh Jemaah Menteri atau Kabinet Negeri yang ada. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan menteri-menteri persekutuan tidak pernah campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Sabah. Malah, jika kita lihat jabatan-jabatan kerajaan di Sabah hari ini, jawatan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Pengarah Kastam, Pengarah Imigresen dan Pengarah Pelajaran Negeri telah diketuai oleh pegawai-pegawai tempatan Sabah. Itu antara bukti Kerajaan Persekutuan mengiktiraf kebolehan orang Sabah dan menghormati pentadbiran kerajaan negeri.

Isu 2: Lajim & Bumburing
Sedikit masa lalu, kita dikejutkan dengan tindakan dua pemimpin BN (Lajim dan Bumburing) keluar meninggalkan parti masing-masing ketika pilihanraya umum dijangkakan sudah semakin hampir. Ramai pihak menjangkakan bahawa tindakan kedua-dua bekas pemimpin BN ini akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN Sabah. Namun, bagi BB, BN di Sabah tidak akan tergugat dengan tindakan tersebut kerana rakyat Sabah hari ini bijak menilai setiap permainan yang dibawa oleh pembangkang. Tanggapan-tanggapan buruk yang dilemparkan oleh bekas pemimpin-pemimpin BN ini samada terhadap parti mahupun Datuk Musa Aman hanya dakyah pembangkang semata-mata dalam usaha mereka mengelirukan rakyat di Sabah ketika mereka tidak mempunyai apa-apa kekuatan untuk berhadapan dengan parti lawan. Mereka sekarang sibuk mengatakan kononnya akan berjuang untuk membantu rakyat. Tapi kenapa mereka tidak lakukan tugas itu ketika mereka masih memegang pelbagai jawatan sama ada menteri atau timbalan menteri sebelum ini?. Ini menunjukkan perjuangan mereka tidak ikhlas melainkan sekadar memberikan alasan lemah untuk keluar daripada parti demi mengejar cita-cita yang lebih besar.

Isu 3: Warga Asing
Kebanjiran warga asing di negeri ini sebenarnya adalah bukti nyata bahawa peluang pekerjaan sentiasa wujud di Sabah hasil dari usaha berterusan  kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman dalam memajukan dan memakmurkan ekonomi negeri Sabah. Namun, itu bukanlah alasan untuk kerajaan BN duduk diam tanpa melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah kebanjiran warga asing di negeri ini.  Malah, kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga jawatankuasa negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut secara bersama. Banyak program yang dijalankan termasuk penguatkuasaan melalui pelbagai agensi iaitu polis, tentera dan imigresen bagi menghantar mereka pulang ke negara masing-masing. Bagi warga Indonesia, kerajaan tidak ada masalah untuk menghantar mereka pulang kerana mereka mempunyai konsulat di Sabah. Sebaliknya, masalah melibatkan warga Filipina agak sukar diuruskan kerana negara itu tidak mempunyai konsulat di sini. Jika pembangkang mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa, ia adalah tidak benar sama sekali. Malah, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja bagi menangani masalah ini secara lebih komprehensif dan agresif.

Isu 4: Royalti Minyak
Bagi isu royalti minyak, BB sudah jelaskan sebelum ini (DISINI).  
Memang benar Petronas telah memperolehi pendapatan berbilion ringgit daripada usaha carigalinya di Malaysia termasuk di Sabah, tetapi mungkin pemimpin-pemimpin pembangkang lupa bahawa Petronas juga menanggung kos carigali sebanyak 85% di 46 buah negara di dunia, tidak termasuk Somalia dan Kazakhtan. Selain daripada itu, Petronas juga membiayai subsidi minyak kepada rakyat Malaysia serta membayar cukai korporat dan zakat perniagaan. Berdasarkan fakta ini, agaknya dari mana angka 20% dan 50% itu boleh dijana?? Sebab itu Datuk Musa Aman sebelum ini mempersoalkan janji 20% royalti minyak yang gagal dijelaskan secara panjang lebar oleh pembankang, bukannya mempertikaikan kenaikkan royalti. Malah Datuk Musa Aman menyokong penuh kenaikkan royalti minyak ini sehingga beliau sendiri tampil mendesak kerajaan Persekutuan supaya mengkaji semula royalti minyak Sabah. Dan disebabkan desakan itu juga DS Najib telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menyemak semula royalti petroleum ini sekaligus menentukan paras peratusan yang boleh ditingkatkan. 

Isu 5: Pembangunan Ekonomi
Pelaburan berjumlah RM10.2 bilion pada suku pertama tahun ini adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa pelabur semakin berminat untuk melabur di Sabah. Ini adalah bukti bahawa kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman telah melaksanakan tugas dengan baik. Rakyat dapat menerima faedah secara langsung dengan pelaburan itu melalui peningkatkan taraf infrastruktur di negeri ini yang kini telah menampakkan perbezaan ketara berbanding 10 atau 20 tahun lalu. Selain itu, kejayaan ini juga turut memberi nikmat kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Contohnya perniagaan udang kara yang dijalankan di Semporna yang berjumlah berbilion ringgit turut memberikan peluang kerja kepada penduduk tempatan termasuk nelayan dan juga pengusaha di situ. 

Begitu juga industri pelancongan yang semakin berkembang di Sabah. Jumlah kehadiran pelancong asing dari Korea Selatan, Eropah serta Amerika Syarikat yang semakin meningkat turut menjana ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi. Pelbagai tempat menarik di negeri ini seperti Pulau Sipadan dan Gunung Kinabalu semakin mendapat sambutan diperingkat antarabangsa. Malah kehadiran pasangan di-raja William dan Kate ke negeri ini juga bakal meletakkan Sabah antara destinasi pelacongan terbaik dunia.

By: Borneo Bullet

Wednesday, September 12, 2012

Datuk Musa Aman terus memimpin negeri Sabah

Sepanjang tempoh lima dekad sejak 1963, hanya ada tiga orang pemimpin di Sabah yang berjaya memegang jawatan Ketua Menteri Sabah bagi tempoh yang lama. Antara pemimpin-pemimpin itu ialah Tan Sri Harris Salleh, Tan Sri Pairin Kitingan dan Datuk Seri Musa Haji Aman. Secara kebetulan, ketiga-tiga pemimpin ini telah dan sedang memegang jawatan tersebut bagi tempoh 9 tahun. Bermakna sepanjang tempoh lima dekad ini belum ada Ketua Menteri Sabah yang berjaya melepasi tempoh 10 tahun. Ramai pihak yang menjangkakan bahawa Datuk Musa Aman akan memecahkan rekod pemerintahan paling lama atau melepasi tempoh 10 tahun bagi kerajaan negeri Sabah.
 
Bagi BB, tidak mustahil Datuk Musa mampu terus memimpin negeri ini untuk beberapa penggal lagi berdasarkan reputasi cemerlang pemerintahan beliau sejak mengambil-alih tapuk pemerintahan negeri Sabah. Walaupun ada segelintir rakyat di negeri ini yang kurang berpuas hati dengan hasil pimpinan beliau, namun situasi itu bukan ditahap yang kritikal melainkan sekadar "disensasikan" oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Walaupun pembangunan di negeri ini masih tidak setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, malah masih wujud masalah-masalah seperti kemiskinan dan kedaifan infrastruktur, namun itu bukanlah alasan kukuh untuk mempertikaikan kemampuan pimpinan Datuk Musa Aman kerana penduduk di setiap kawasan mempunyai Wakil Rakyat mereka sendiri yang lebih tepat untuk dpersalahkan. Dan yang paling penting sekali ialah pembangunan atau transformasi yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan adalah satu proses yang berterusan, bukannya mengikut penggal lima tahun.

Mengurus pulau Borneo, yang mana saiznya seluas Scotland yang hampir tiga suku adalah kawasan luar bandar dan kaya dengan sumber semulajadi, merupakan satu tugas yang sukar. Sabah dibahagikan kepada 33 daerah dengan saiz geografinya berbeza untuk memudahkan pentadbirannya. Daerah terbesar Sabah seluas 10,000 kilometer persegi ialah Tongod di timur Sabah, lebih besar dari negeri terkaya iaitu Selangor. Fakta ini sepatutnya cukup untuk memberikan gambaran bahawa Datuk Musa Aman sedang memikul tangungjawab berlipat kali ganda dari Ketua Menteri bagi negeri-negeri di Semenanjung. Dalam kata lain, Datuk Musa Aman sedang mengurus tadbir sebuah kawasan yang sepatutnya layak diurus tadbir oleh lima atau lebih Ketua Menteri.

Walau bagaimanapun, keluasan negeri Sabah bukan menjadi penghalang kepada Datuk Musa Aman untuk membuktikan kemampuan beliau dalam memajukan negeri ini. Buktinya, rezab kewangan Kerajaan Sabah telah berjaya dilonjakkan kepada lebih RM4 bilion sehingga mendorong Ketua Audit Negara untuk mengiktiraf pengurusan kewangan Sabah sebagai antara yang terbaik di Malaysia. Selain itu, kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman juga berjaya menarik ramai pelancong dan pelabur yang akhirnya mendorong kepada pelaksanaan pelbagai projek-projek pembangunan di negeri ini.

Mungkin disebabkan reputasi cemerlang Datuk Musa Aman, ramai pihak terutamanya pemimpin-pemimpin pembangkang cuba untuk menjatuhkan beliau dengan apa jua cara, sekalipun terpaksa bersekongkol dengan orang luar yang berpotensi menjahanamkan ekonomi negeri Sabah. Berlainan pula dengan pandangan BB, reputasi cemerlang Datuk Musa Aman ini akan membantu beliau memecahkan rekod pemerintahan paling lama di negeri ini.

By: Borneo Bullet

Tuesday, September 11, 2012

We urge William and Catherine to avoid meeting Musa: Jeffrey Kitingan

Sempena lawatan di-raja Britain, tidak ketinggalan Raja Katak Malaysia turut menyelitkan sepatah dua kata pandangannya di media antarabangsa dalam usaha beliau meletakkan namanya sebaris dengan Bruno Manser, seorang Pejuang palsu yang berselindung disebalik isu alam sekitar. Berikut adalah kenyataan ringkas beliau:

"Opposition politicians called on the royals to reconsider the meeting. One, Jeffrey Kitingan, said: "We urge William and Catherine to avoid meeting Musa as it will give the wrong message to the world."
 
Tidak perlulah Jeffrey menghalang rombongan di-raja William dan Catherine samada untuk melawat negeri ini mahupun berjumpa dengan Datuk Musa Aman. Pasangan di-raja ini tidaklah sebodoh yang disangkakan oleh Jeffrey kerana mereka sendiri boleh melihat usaha-usaha kerajaan dalam melindungi hutan di negeri ini samada melalui pengembaraan mereka mahupun melalui penjelasan dari The Royal Society yang telah banyak melakukan kajian dan penyelidikan berkenaan dengan hutan hujan Tropika di Lembah Danum.

Apa yang ditakutkan sangat oleh Jeffrey hingga tanpa segan-silu meminta William dan Catherine untuk tidak berjumpa dengan Datuk Musa Aman? Sedarkah Jeffrey bahawa dia hanya ahli politik pembangkang yang bercita-cita mahu merampas jawatan Ketua Menteri Sabah? beliau tidak layak membuat gesaan itu kepada rombongan di-raja ini kerana motif beliau bukan atas dasar perjuangan terhadap alam sekitar, sebaliknya atas perjuangan politik semata-mata.

Jeffrey Kitingan yang sinonim dengan gelaran "Raja Katak" sepatutnya faham dengan situasi yang dihadapi oleh Datuk Musa Aman kerana beliau sendiri pernah melalui situasi itu. Jeffrey pernah menjadi Pengarah Yayasan Sabah pada tahun 1984-1994. Sepanjang memegang jawatan itu, beliau pernah berhadapan dengan tuduhan terlibat dengan skandal RM4 Bilion, malah pernah dihadapkan ke makamah atas tuduhan itu. Jeffrey agak bernasib baik kerana mahkamah membebaskan beliau tanpa syarat ekoran kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti melampaui keraguan munasabah.

Selepas dibebaskan, Jeffrey dengan bangga mengumumkan bahawa beliau menjadi mangsa fitnah oleh pihak-pihak yang cuba memusnahkan kerjaya politik beliau. Tapi bukankah apa yang dia lakukan hari ini juga sama dengan "pihak-pihak" yang dikatanya memfitnah beliau? Jeffrey juga sebenarnya sedang memfitnah Datuk Musa Aman kononnya terlibat dengan skandal pembalakan besar-besaran di Sabah sedangkan sehingga hari ini belum ada tindakan dipihak mahkamah terhadap Datuk Musa Aman, malah ICAC dan pegawai pendakwa Swiss juga masih belum membuktikan bahawa Datuk Musa Aman bersalah dalam kes ini.

By: Borneo Bullet