Namun kempen itu seakan gagal mencapai objektif apabila industri sawit negara terus berkembang sekaligus menyumbang kepada pendapatan eksport negara bernilai RM83.4 bilion tahun lepas. Malah, berkat usaha gigih pemimpin-pemimpin kerajaan dalam membersihkan imej industri minyak sawit negara, bukan sahaja berjaya mengelakkan industri ini dari terus terjejas, malah berjaya meluaskan pasarannya di lebih 150 negara termasuk China, Eropah, Pakistan dan Amerika Syarikat.
Walaupun usaha memboikot industri sawit negara ini sudah lama berlalu, namun tanggapan negatif bagi sebilangan penduduk dunia terhadap industri ini tetap berlegar-legar tanpa ada jawapan konkrit selagi mereka tidak datang dan melihat sendiri bagaimana industri ini beroperasi di Malaysia. Atas sebab itu juga wujudnya NGO dan media asing yang berselindung disebalik perjuangan terhadap alam sekitar dan hidupan liar terus mengambil kesempatan cuba menghidupkan kembali rangkaian Zoo Victoria dan dalam masa yang sama cuba mencampuri urusan politik di negara ini.
Kadang-kala motif mereka amat diragui apabila kita melihat kepada fakta bahawa hanya kira-kira 40 peratus tanah di negara ini dimanfaatkan bagi tujuan penanaman kelapa sawit, selebihnya 60 peratus pula kekal sebagai hutan. Berbanding dengan negara Barat yang hanya mempunyai kira-kira 10 peratus hutan di negara mereka, tidakkah tindakan berat sebelah media dan NGO asing itu mengundang 1001 tanda tanya? Mana mungkin mereka menuding jari terhadap negara pengeluar utama minyak sawit sebagai punca kemusnahan hutan dan habitat semulajadi haiwan liar jika fakta ini diambilkira. Dan mana mungkin rombongan diraja Britain sanggup menjejakkan kaki ke Sabah jika benar hutan di negeri ini diancam kepupusan akibat perladangan kelapa sawit.
Bagi menguatkan lagi hujah bahawa negara ini tidak pernah mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar dan haiwan liar dalam melaksanakan tuntutan pembangunan, tiga orang warga Perancis yang baru-baru ini berjaya memenangi perjalanan percuma ke Malaysia tajaan Malaysian Palm Oil Council (MPOC) telah merungkai sendiri misteri disebalik dakwaan media dan NGO asing itu. Sedikit-sebanyak, lawatan mereka ini, jika mendapat liputan meluas, pasti mampu mengubah tanggapan negatif penduduk dunia bahawa apa yang digembar-gemburkan oleh NGO dan media barat sebelum ini hanyalah persepsi yang bukan berlandaskan fakta atau kajian terperinci.
Ketiga-tiga warga Perancis ini (Mimoun Zeghdad, Patrick Lombard dan Stephane Levy) juga mengakui bahawa pada mulanya mereka mempunyai tanggapan negatif terhadap industri kelapa sawit, namun persepsi itu berubah apabila mereka sendiri datang menyaksikan bagaimana ladang dan kilang-kilang sawit di negara ini beroperasi. Malahan, selepas melalui pelbagai pendedahan secara lebih dekat, mereka bukan sahaja mengagumi kesungguhan kerajaan negeri ini dalam melindungi hutan dan hidupan liar, malah meragui kredibiliti NGO dan media barat yang sebelum ini banyak memaparkan berita-berita kononnya kemusnahan hutan di negeri ini berada pada tahap kritikal.
“I learnt that the government here is very serious in its conservation programme, besides having forest reserves put aside for the animals, the authorities also create forest corridors to link the forests so the animals such as orang utans will have a bigger place to roam,”.. Patrick Lombard
“They take care of the orang utans, and they live in the forests, not in the zoo like in the western world. In Europe, the conservations of wildlife are not better,”.. Patrick Lombard
(SUMBER)
“They take care of the orang utans, and they live in the forests, not in the zoo like in the western world. In Europe, the conservations of wildlife are not better,”.. Patrick Lombard
(SUMBER)
Perlu diingat bahawa kenyataan diatas adalah dibuat oleh orang luar yang tidak ada kena-mengena dengan negara ini, malah mereka sendiri pada mulanya mempunyai tanggapan negatif terhadap industri minyak sawit negara selepas terpengaruh dengan kempen anti minyak sawit yang dilancarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jesteru, penulis juga amat bersetuju sebagaimana yang dicadangkan oleh ketiga-tiga pemuda ini bahawa pihak kerajaan perlu menjemput lebih ramai wartawan atau NGO barat untuk datang menyaksikan sendiri bagaimana industri kelapa sawit di negara ini beroperasi.
Tugas membersihkan imej negara terutamanya industri yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara, bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Kerajaan melalui pelbagai kementerian bertungkus-lumus menangkis apa jua cubaan pihak luar yang sengaja memberikan gambaran tidak benar kepada masyarakat dunia mengenai industri ini, dan dalam masa yang sama memastikan industri tersebut beroperasi mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan badan-badan antarabangsa berkaitan alam sekitar. Jesteru, inisiatif yang dilaksanakan oleh penggerak utama industri minyak sawit negara ini amat bertepatan bagi mewujudkan interaksi positif antara badan penggerak dan masyarakat antarabangsa supaya pemahaman masyarakat dunia mengenai industri ini lebih jelas tanpa ada unsur-unsur manipulasi.













