Showing posts with label Datuk Hamza Talib. Show all posts
Showing posts with label Datuk Hamza Talib. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Kes Amalilio: Salahkah mematuhi prosedur dan undang-undang?

Bullet tidak heran jika media pro pembangkang serta pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Azmin Ali tidak mengetahui kewujudan undang-undang antarabangsa terutamanya berkenaan dengan Perjanjian Serah Balik penjenayah kepada negara yang menuntut penjenayah itu. Seperti yang kita sedia maklum, pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat cukup sebati dengan undang-undang rimba. Malah Anwar Ibrahim sendiri berjanji akan menghapuskan undang-undang sedia ada jika diberikan mandat memerintah negara ini.

Namun agak heran jika pihak berkuasa Filipina juga tidak mengetahui kewujudan Perjanjian Serah Balik ini sedangkan ianya merupakan satu proses rasmi dibawah undang-undang antarabangsa dimana setiap negara tidak diwajibkan menyerahkan mana-mana penjenayah kepada negara asing. Ini adalah berdasarkan salah satu prinsip kedaulatan yang memberikan setiap negara autoriti undang-undang terhadap orang-orang di dalam sempadannya.

Secara amnya, setiap perjanjian serah balik memerlukan negara yang meminta penyerahan balik membuktikan bahawa: 
  • Jenayah yang berkenaan adalah cukup serius. 
  • Terdapatnya kes prima facie terhadap orang yang diminta. 
  • Kesalahan yang berkenaan merupakan jenayah di kedua-dua negara. 
  • Orang yang diserah balik boleh menerima pembicaraan yang agak adil di negara penerima. 
  • Hukuman yang mungkin dikenakan adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan.
Adakah pihak berkuasa Filipina telah menyediakan butiran seperti diatas sebelum menuntut penjenayah yang kononnya rakyat negara mereka untuk balik menghadiri perbicaraan di negara mereka? Sedangkan nama dan umur juga berbeza, jesteru bagaimana mereka boleh yakin bahawa suspek yang dimaksudkan itu adalah Mohammad Sufian? Disinilah pentingnya extradition request serta pematuhan prosedur sebelum sebarang keputusan boleh diambil.

Tindakan pihak berkuasa Filipina menuding jari kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman atas tindakan menyekat penghantaran pulang penjenayah itu membuktikan kedangkalan mereka mengenai undang-undang yang secara rasminya perlu dipatuhi kedua-belah pihak (Malaysia dan Filipina). Lebih-lebih lagi ketika wujud percanggahan identiti antara penjenayah yang dikehendaki dan penjenayah yang ingin dihantar balik.

Pihak berkuasa Filipina patut bertindak secara profesional dengan tidak membuat kenyataan secara membuta-tuli tanpa mengetahui perkara sebenar. Untuk tidak mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara, sepatutnya pihak berkuasa Filipina tampil memohon maaf kepada Ketua Menteri Sabah atas kesilapan mereka menyebarkan fitnah kononnya Ketua Menteri Sabah menyekat penghantaran pulang penjenayah yang mereka kehendaki itu sedangkan yang melakukan sekatan itu adalah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Talib.

Juga tidak wujud motif melindungi penjenayah sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan media pro pembangkang negara ini memandangkan tindakan Pesuruhjaya Polis Sabah itu selaras dengan perjanjian yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa.
Yesterday, Federal Commercial Crime Investigation Department director Datuk Syed Ismail Syed Azizan said the National Registration Department had verified that the 47-year-old suspect was born in Kota Kinabalu, Sabah. 
"When the suspect was arrested in Ranau, Sabah, on Jan 22, he was carrying a MyKad, birth certificate and driving licence.  "He was also carrying a Philippine passport bearing the name of Manuel Karingal Amalilio.
"Manuel was on the Interpol wanted list after Philippine authorities sought assistance to locate him. He allegedly cheated 15,000 people before fleeing to Malaysia. However, police did not arrest the suspect because he was wanted by Philippine authorities.
He was nabbed because checks revealed that the Philippines passport he was carrying was a fake. Syed Ismail said the suspect was being probed under Section 12(1)(d) of the Passports Act 1966. If found guilty, he is liable to be fined RM10,000 or sentenced to five years' imprisonment, or both.
"The suspect's particulars and fingerprints were verified by the National Registration Department. We contacted our counterparts in the Philippines to ascertain if he is the person they were looking for." However, Syed Ismail said the suspect could not be deported to the Philippines as he was a Malaysian. Although the Philippine authorities wanted the suspect, they had not submitted any extradition request.
"There are procedures to be followed if a Malaysian is wanted by a foreign country for a crime he committed there." Syed Ismail said the name and age of Manuel, also known as Mohammad Sufian Said, did not tally with the suspect in custody. "We are working closely with the Philippine counterparts to confirm his identity and proper procedures must be followed before he can be extradited."
Sabah police Commissioner Datuk Hamza Talib denied that the suspect could not been deported to Manila because of the involvement of "higher authorities". "There are procedures that need to be complied with. The Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002 has rules for providing international assistance in criminal matters. - Laporan Penuh di NST