Showing posts with label Semporna. Show all posts
Showing posts with label Semporna. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Ops Daulat: Gambar dan Laporan TERKINI (06 March 2013)

Seorang Musuh Ditembak, Penceroboh Menyamar Orang Awam - KPN

KUALA LUMPUR, 6 Mac -- Seorang penceroboh bersenjata dipercayai mati ditembak ketika cuba menyerang hendap pasukan keselamatan pada hari kedua 'Op Daulat' di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Bagaimana pengganas yang ditembak itu sempat dilarikan oleh rakan sekumpulan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Rabu.

Ismail mengesahkan kumpulan penceroboh kini menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan. - Bernama


13 Mayat Pengganas Ditemui Di Kampung Tanduo

LAHAD DATU, 6 Mac -- Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan Rabu selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan pengganas di kampung itu.

Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Pada 6.45 pagi tadi pasukan kita telah bertempur dengan pasukan penceroboh dan pasukan keselamatan kita menembak mati seorang anggota kumpulan penceroboh itu.

"Pada 1.45 tengah hari pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu," katanya yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera. - Bernama

4 Pengganas Sulu ditangkap

SEMPORNA, 6 Mac — Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan. - Bernama






Sunday, March 3, 2013

Pencerobohan di Sabah: Perkembangan TERKINI (03 March 2013)

Polis kesan 10 penceroboh, 3 bersenjata di Kunak

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengesan 10 penceroboh dan tiga bersenjata di Kampung Lormalong dan Dasar Lama, Kunak semalam yang mana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan di Kampung Tanduo, di sini. - BH

5 anggota polis terbunuh di Semporna, 2 penjenayah ditembak mati: KPN

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di Semporna dan dua penjenayah ditembak mati ketika serbuan malam tadi. 

Sementara itu, polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa. - BH

Penduduk pukul penceroboh bersenjata M16 hingga mati

SEMPORNA — Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi. 

Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini. 

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata, selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa ‘saya yang menembak polis malam tadi’. 

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang,” katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan. Abdul Hani berkata, penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya. 

Beliau berkata, lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu. 

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah. 

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain. Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.  - Bernama

Jawatankuasa khas Malaysia-Filipina siasat pembabitan pembangkang ditubuhkan: Najib

KANGAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sahkan jawatankuasa siasatan khas diwujudkan Malaysia dan Filipina untuk menyiasat dakwaan pembabitan pembangkang dalam kes pencerobohan di Lahad Datu. 

Beliau berkata, siasatan itu dijalankan secara berasingan kedua-dua pihak kerana Malaysia dan Filipina sama-sama mahukan kepastian dalam dakwaan itu yang dianggap sebagai serius. 

Sementara itu, Perdana Menteri turut memuji tindakan berani penduduk kampung di Semporna yang menumpaskan seorang penceroboh yang dianggap beliau bukti penduduk setempat tidak bersetuju dengan kes pencerobohan di Lahad Datu. - BH

PEMIMPIN PALING KEJI, GILA DAN BANGANG DALAM SEJARAH POLITIK MALAYSIA

Ketika anggota keselamatan bertungkus-lumus menjaga dan melindungi keselamatan rakyat dan kedaulatan negara, ini pula kenyataan pemimpin pembangkang yang langsung tidak sensitif terhadap pengorbanan yang dilakukan anggota keselamatan dan juga perasaan keluarga anggota keselamatan yang terbunuh:

Tian Chua pemimpin keji, perlu ditentang: Najib

Kangar: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan Tian Chua sebagai seorang pemimpin pembangkang yang keji kerana sanggup menghina dua wira negara yang terkorban ketika mempertahankan negara di Lahad Datu, baru-baru ini. 

Beliau berkata, kenyataan Tian Chua yang menuduh insiden itu sebagai sandiwara politik Barisan Nasional (BN) bukan saja keji, tetapi bersifat pendustaan besar dan wajib ditentang habis-habisan. - BH