Showing posts with label Beaufort. Show all posts
Showing posts with label Beaufort. Show all posts

Wednesday, August 7, 2013

Bekalan Air: Taufick Patut Salahkan Lajim Ukin, Bukan Linus Jurih

Sejak Linus menang pada PRU 13 ini perkara pertama yang wajib diselesaikan iaitu bekalan air paip yang selama ini telah menjadi kontraversi di kalangan penduduk setempat. Tetapi setelah menang dan bergelar YB mana sudah janji-janji manisnya langsung tidak memperdulikan segala permasalan rakyat walaupun dikatakan amat kritikal. Kata Taufick punca bekalan air terputus adalah ekoran daripada kerosakan batang paip besar belaku kebocoran (Main Pipe Leaking) yang sudah hampir dua minggu langsung tidak diperbaiki dan dibiarkan begitu saja walaupun telah dimaklumkan beberapa kali kepada pihak Jabatan Air namun tidak ambil peduli dan sambil lewa sahaja. - Sabahkini

Baca petikan diatas dan lihatlah sendiri betapa bengapnya Timbalan Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat Beaufort Taufick Hj Ruschi.. Bagaimana beliau boleh kaitkan kebocoran paip dengan janji menyelesaikan bekalan air paip? Pernahkah anda dengar mana-mana pemimpin pembangkang berjanji bahawa sekiranya mereka dipilih rakyat, masalah kebocoran paip tidak akan berlaku? Pernahkah Taufick berjanji kepada penduduk Beaufort bahawa sekiranya beliau dipilih sebagai wakil rakyat, maka kes paip bocor tidak lagi berlaku?

Penulis juga boleh turun padang ke kawasan-kawasan pembangkang dan sekiranya penulis dapati ada paip bocor sehingga menyulitkan kehidupan penduduk kampung (walau masalah itu baru sehari berlaku), penulis juga boleh menuduh bahawa pemimpin pembangkang di kawasan itu gagal menunaikan janji dalam menyelesaikan bekalan air...

Dalam kes diatas, Taufick sendiri mengakui bahawa terputusnya bekalan air paip di beberapa buah kampung adalah disebabkan oleh paip bocor. Bermakna bekalan air memang ada sesuai dengan janji-janji "manis" Linus, cuma masalahnya ialah air tidak sampai ke rumah penduduk kampung kerana paip bocor.. Bolehkah pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Taufick membezakan bekalan air dengan paip bocor?

Masalah yang baru berlaku dua minggu dikatanya gagal menunaikan janji, sedangkan kegagalan Pakatan menunaikan semua janji-janjinya di empat buah negeri sebelum ini tidak pula dikatanya sebagai kegagalan menunaikan janji. Memandangkan masalah paip bocor itu sudah berlaku selama dua minggu, penulis juga boleh mengandaikan bahawa Taufick sudah gagal melaksanakan peranannya sebagai pembangkang.. kenapa masalah sebegini gagal dikesan awal oleh Taufick?

Sepatutnya Taufick menyalahkan Lajim Ukin kenapa masalah-masalah keperluan asas ini boleh berlaku di Beaufort sedangkan bukan sedikit peruntukkan kerajaan disalurkan ke Beaufort. Masalah ini sepatutnya sudah diselesaikan oleh Lajim ketika beliau masih bergelar ahli Parlimen Beaufort dan memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dari segi logiknya, pemimpin yang sekian lama menjaga wilayah itu lebih layak dipersalahkan berbanding dengan pemimpin yang baru tiga bulan bergelar YB..

Tuesday, May 7, 2013

Jawapan Untuk Anwar Mengenai Kekalahan Lajim di Beaufort

"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen. - SABAHKINI
Kenyataan di atas adalah milik Anwar Ibrahim yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya terutamanya bagi kerusi Parlimen Beaufort. Sebelum Anwar membuat tuduhan lebih liar mengenai punca kekalahan Lajim Ukin, dengan membuat pelbagai tuduhan kononnya berlaku penipuan atau sogokan, eloklah Bullet sertakan sedikit info untuk difikir-fikirkan oleh Anwar dan konco-konconya.

Berikut adalah sebab-sebab kenapa Lajim Ukin kalah di P177 Beaufort:

Pertama: Pada bulan Februari tahun ini, seramai 70 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) telah keluar parti untuk menyertai Umno selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Anggota Jawatankuasa SAPP Beaufort, Saidi Kasni yang mengetuai kumpulan itu telah menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun. - Walaupun anggota yang keluar parti ini adalah dari parti pembangkang lain, iaitu SAPP, namun penyertaan mereka sedikit-sebanyak membantu kepada pertambahan undi untuk umno kerana sudah tentu sebahagian daripada penyokong parti itu akan beralih sokongan kepada umno.

Kedua: Pada bulan Februari tahun ini, seramai 15 orang AJK PKR Beaufort diketuai oleh Naib Ketua Cabang PKR Beaufort En. Adnan Mohd Ali telah bertindak keluar dari parti dan menyertai UMNO. - Sebagai pemimpin politik yang telah menghabiskan masa puluhan tahun berkecimpung dalam bidang politik, Anwar tentunya tahu bahawa pembelotan 15 AJK PKR Beaufort ini pasti akan melemahkan jentera PKR di kawasan itu. Perlu diingat, kesemua AJK PKR ini bukan sahaja keluar meninggalkan parti, malah MENYERTAI umno..

Ketiga: Beberapa hari sebelum tibanya tarikh mengundi, iaitu pada 23 April 2013, PKR Beaufort sekali lagi menerima tamparan apabila Ketua Cabangnya, Abdul Jarih Ukin, yang juga ADIK kepada Datuk Lajim Ukin meninggalkan parti untuk menyokong Barisan Nasional. Beliau bersama 250 ahli parti itu menyerahkan borang keahlian BN kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada program Yayasan Sabah bersama rakyat di daerah itu. - Dalam kenyataan Abdul Jarih Ukin, beliau bersungguh-sungguh mahu memastikan pembangkang kalah pada PRU13 ini... Siapa pembangkang di Beaufort jika bukan abangnya sendiri dan seorang calon STAR, Guan Dee Koh Hoi... Sudah tentu kehadiran adik Lajim Ukin dalam Barisan Nasional, menambahkan lagi kekuatan jentera calon umno di kawasan itu.. Ditambah pula dengan kehadiran 250 ahli, dan tentunya mereka turut membawa penyokong-penyokong mereka untuk sama-sama menumbangkan Lajim Ukin.

Keempat: Pada tarikh yang sama juga, turut berbuat demikian ialah Pengerusi Tetap Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Abdul Rashid Gador, bersama 60 ahli parti itu. Abdul Rashid adalah pemimpin tempatan di Beaufort yang dijangka menyertai Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), iaitu salah satu komponen BN Sabah. - Rasanya Anwar tahu apa kesannya apabila terlalu ramai pemimpin pembangkang yang memihak kepada Datuk Azizah di Parlimen Beaufort.

Kelima: Kira-kira 1,500 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Klias dan Kuala Penyu dijangka keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat (sebelum tarikh mengundi, 5 Mei). Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Cabang PKR Beaufort Abdul Jarih @ Ramli Ukin yang juga adik kepada Datuk Seri Lajim Ukin. - Adakah jumlah 1500 itu terlalu sedikit bagi Anwar sehingga beliau begitu yakin bahawa Lajim mampu mempertahankan Parlimen Beaufort??

Adakah ini yang dikatakan Anwar kononnya berlaku penipuan sehingga menyebabkan ayam tambatan beliau tewas di tempat sendiri? Mungkin Anwar tidak mengetahui perkembangan politik di Beaufort hinggakan beliau tanpa rasa bersalah dan segan silu membuat tuduhan liar kononnya berlaku penipuan dalam pilihanraya kali ini. Jesteru, Bullet amat mengharapkan supaya info ini dapat menyedarkan Anwar yang semakin taksub dengan jawatan Perdana Menteri agar berhenti dari terus membuat pembohongan dan fitnah semata-mata enggan menerima hakikat mengenai kekalahan parti beliau.

Anwar sepatutnya bertanyakan kepada diri sendiri kenapa pembelotan itu boleh berlaku ketika pilihanraya semakin hampir. Anwar juga perlu bertanya kepada diri sendiri, atas sebab apa beliau enggan mendengar atau memenuhi tuntutan PKR Sabah yang mahukan supaya autonomi diberikan kepada mereka dalam membuat keputusan terutamanya mengenai isu calon. Amaran demi amaran telah diberikan kepada pemimpin PKR Sabah, namun sikap mengutamakan kroni yang semakin menebal dalam diri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi punca kepada kekalahan PKR di negeri ini, terutamanya bagi kerusi Parlimen Beaufort.

Sepatutnya Anwar rasa bersalah atas tindakan beliau membelakangkan suara pemimpin-pemimpin PKR Sabah. Namun, sebaliknya, Anwar dengan sikap angkuh, sombong dan tak sedar diri menuduh SPR bersekongkol dengan BN melakukan penipuan di kawasan-kawasan yang gagal dimenangi oleh parti beliau.... Jika itulah pendirian Anwar, bagaimana pula dengan kawasan yang dimenangi oleh PKR, seperti Parlimen Penampang? Bullet juga tidak percaya Bernard Dompok boleh kalah dengan muka baru PKR, Darell Leiking...... Wujud penipuan????

***BROTHER ANUWARRR, BERSARA SAJALAH BRO.. ASYIK BOHONG SAJA.. CAMNA NAK MENANG!!

Monday, May 6, 2013

Calon Harapan Anwar Ibrahim Gagal Mencetuskan Tsunami Politik di Sabah

Kota Kinabalu: ‘Orang kuat’ pembangkang di Sabah termasuk bekas Ahli Parlimen, Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wlfred Bumburing masing-masing tewas dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen dimenangi mereka atas tiket Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Lajim yang bertanding atas tiket PKR selepas meninggalkan BN tahun lalu tewas kepada Ketua Wanita UMNO Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun, manakala Bumburing yang turut menggunakan lambang PKR kalah kepada calon BN yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau. 

Bagaimanapun, Lajim merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang sebelum ini disandang Azizah apabila menewaskan calon muka baru BN, Isnin Aliasnih hanya dengan kelebihan 179 undi.

Sementara itu, bekas Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee turut gagal dalam usahanya memenangi kerusi DUN Likas apabila tewas teruk dengan hanya memperoleh 1,487 undi. 


So, apa kata blogger Sabahterkini2u mengenai kekalahan dua calon winnable; yang pada pandangan Anwar Ibrahim bakal membawa kejutan atau tsunami politik di negeri ini? Bukan main lantang lagi kedua-dua "Raja Katak" berkempen memperomosikan diri disamping memburuk-burukkan parti yang telah banyak berjasa kepada mereka. Nah.. akhirnya pembelotan mereka bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah berjaya menconteng arang ke muka Anwar Ibrahim yang selama ini sangat mengidamkan satu perubahan yang memihak kepada dirinya..

Teringat pada satu ketika diawal pembelotan kedua-dua Raja Katak ini, satu majlis telah diadakan bertempat di Restoran Singgah Singgarung sebagai simbolik meraikan penyertaan Lajim dan Bumburing ke dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat. Dalam kekhusyukan mereka berkempen, dan tepat pada waktunya Anwar Ibrahim tiba di restoran tersebut, tiba-tiba ribut kencang melanda kawasan itu. Bagi mengelakkan orang ramai menyifatkan insiden tersebut sebagai petanda buruk kepada Pakatan Rakyat, maka terpaksalah puak-puak terdesak ini menggunakan bakat putar-belit mereka dengan membayangkan bahawa insiden itu sebagai Ribut Perubahan yang dibawa oleh Anugerah Tuhan atau Anwar Ibrahim dari Semenanjung.. 

Pergh!! Begitulah taksubnya puak-puak ini terhadap kepimpinan seorang insan yang sehingga hari ini gagal membuat penjelasan konkrit mengenai tuduhan liwat dan skandal seks beliau.

Berbalik kepada Datuk Lajim Ukin, sudah tiba masanya untuk beliau bersara dari politik dan memberikan laluan kepada pemimpin-pemimpin muda dikalangan kaum Bisaya untuk menggantikan tempat beliau. Gelaran Janang Gayuh juga sudah tidak layak disandang oleh Lajim kerana kekalahan di Beaufort jelas menunjukkan bahawa Lajim bukan lagi Janang Gayuh bagi kaum Bisaya. Samada penolakan rakyat terhadap kepimpinan Lajim itu disebabkan oleh pembelotan terhadap umno, prestasi yang kurang cemerlang, atau sikap beliau yang suka berjudi, yang pasti karier politik beliau sudah sampai kepada penghujungnya.

Baru-baru ini Lajim ada membuat kenyataan bahawa beliau masih ahli umno dan menunggu dirinya dipecat oleh Lembaga Disiplin Umno. Jika tidak ada tindakan diambil, beliau akan menghantar borang keluar parti selepas pilihanraya umum (5 Mei 2013). Persoalannya, kenapa Lajim perlu menunggu dirinya dipecat? dan kenapa perlu tunggu selepas pilihanraya umum untuk menyerahkan borang keluar parti?? Adakah Lajim berniat mahu menyertai semula umno selepas mengetahui BN masih kekal memerintah selepas Pilihanraya Umum ke-13 ini??

Apa-apapun, tahniah kepada Datuk Azizah Mohd Dun kerana berjaya memecahkan sikap ego dan angkuh Datuk lajim Ukin dan para penyokong-penyokongnya...

Saturday, May 4, 2013

What has Lajim done the last 30 years?

UMNO defector, Lajim Ukin should make way in Beaufort for younger and more educated leaders. Star secretary-general Guandee Kohoi is a case in point. 

Lajim is politicising the position of Janang Gayuh and causing disunity among the Bisaya, a Dusunic group, in Beaufort. 

What has Lajim done the last 30 years? Nothing! Wasted! Let's not waste another 30 years. 

Lajim ran away from Umno because he knew he would not be fielded this time. Who is he kidding with his bullshit on Sabah rights? 

He frogged from PBS in 1994 after winning on its ticket and pakat with Umno, a parti Malaya, to bring down a local party which fought for Sabah. 

Now he pakat with PKR which is another Umno in Sabah and Sarawak. Reject Lajim!

Friday, May 3, 2013

Calon Harapan Anwar Ibrahim Terkedu Bila Musa Aman Bersuara

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.. Orang tua selalu nasihatkan sarang tebuan jangan diusik.. Apabila nasihat-nasihat seperti ini tidak diendahkan, maka jadilah macam calon harapan Anwar Ibrahim iaitu Lajim Ukin.. Tidak pasal-pasal terkedu lidah berbicara apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, membedal Lajim dengan hujah-hujah yang sarat dengan fakta.. siap memulangkan paku buah keras untuk dijawab oleh Lajim..

Mana mau sorok muka uncle Lajim? you punya fitnah sudah kantoi.. tanah (padang bola sepak dan tapak Tamu) yang kononya milik Musa Aman (menurut pembohongan Lajim Ukin), rupanya adalah tanah yang masih dimiliki atas nama majlis daerah Beaufort, bukannya Musa Aman.

Kalaupun Lajim Ukin terdesak mahu menumbangkang kerajaan BN Sabah, lebih-lebih lagi selepas adiknya Jarih Ukin keluar meninggalkan PKR dan menyertai BN, takkan lah sampai terpaksa bergantung dengan fitnah dan pembohongan semata-mata mahu merealisasikan impian Anwar Ibrahim?? 

Asyik minta pemimpin-pemimpin BN guna cara baik, bersih, telus dan murni dalam usaha menarik sokongan rakyat, tapi pemimpin-pemimpin pembangkang sendiri asyik menggunakan cara kotor, jijik dan tidak bertamadun untuk melaksanakan misi rampasan kuasa.

Memandangkan Lajim sudah kantoi memfitnah Musa Aman, apakata jika giliran Lajim pula menjawab soalan-soalan cepu emas berikut:
  1. Siapa yang merompak lebih daripada 2,000 ekar tanah rakyat di Kg Nukahan dan 1,430 ekar tanah di Batu 60 untuk dijual kepada syarikat-syarikat besar?
  2. Siapa yang merompak ladang lembu (miliki Kerajaan Negeri) dan beribu-ribu ekar tanah di Telupid (milik Jabatan Haiwan dan Industri Perkhidmatan Haiwan)?
  3. Siapa yang merompak tanah di Lingkungan dengan menggunakan perjanjian berat sebelah, dimana seorang tauke mendapat 80%, sementara Koperasi Pembangunan Desa hanya mendapat 20%?
  4. Siapa yang beli surat cinta bernilai RM50 ribu?
  5. Siapa penaja kewangan, seorang rakyat Brunei yang berhijrah ke Sabah dikenali sebagai Mr. W?? Malah Lajim sendiri dikenali sebagai Mr. J, bermaksud "Jackpot"
  6. Siapa yang telah menjanjikan kontrak bernilai RM50 juta untuk membina kolej Islam di Beaufort tetapi dia meminta Mr.W supaya membayar komisyen pendahuluan untuk disalurkan kepada Tabung Pilihanraya Ke-12?
  7. Siapa yang pernah berhutang kepada Ah Long sejumlah RM800000 dan dia terpaksa menggadai dua jam Rolex emasnya untuk membayar hutang tersebut?
Kalau ikutkan, ada banyak lagi cerita pasal si Raja Judi Lajim Ukin ni.. tapi cukuplah setakat disini.. selebihnya jom layan Lajim kenapa pulas 360 darjah oleh Musa Aman:

Beaufort: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman hit out at Pakatan Perubahan Sabah (Sabah Alliance Movement) leader Datuk Lajim Ukin for resorting to "hitting below the belt" through lying during the current campaigning. 

Musa said he was informed by the people here that Lajim, who is defending his Beaufort parliamentary seat and contesting the Klias state seat under the Parti Keadilan Rakyat (PKR) ticket, had allegedly told the people that "Datuk Musa Aman had already taken the town's football field and Tamu ground." 

Upon inquiring from the District Officer as to who the real owner of the football field and Tamu ground were, it turned out to be the Beaufort District Council. 

Officiating the final leg of the Yayasan Sabah roadshow with the people in the town football field, Thursday, Musa was puzzled why the opposition accused him of having taken the two parcels of land. 

"I have my own land in the kampung area...so, why would I want to take land from the people? 

"All this time, I have never resorted to being personal with his name (Lajim). 

The campaigning has been in a gentlemanly manner. But suddenly, I have been turned into a villain, with my name tainted by accusations in villages in this constituency," he said. 

Musa claimed he had "piles of records" pointing to a certain leader being involved in a number of questionable land deals and transactions that did not favour the people of Sabah. 

Although he did not directly refer to Lajim, it is understood that most of these questionable deals occurred directly or indirectly when Lajim headed the relevant ministries. 

He also asked the crowd at the road show if they knew who took more than 2,000 acres of the people's land in Kg Nukahan and some 1,430 acres in Mile 60 to be sold to companies. 

"Who sold the Sabah Cattle Farm (owned by the State Government) and the thousands of acres in Telupid that belonged to the Department of Veterinary and Animal Service Industry (Dovsai)? 

"In Lingkungan, who sold the land to a company where a 'towkay' got 80 per cent and Koperasi Pembangunan Desa (KPD) got only 20 per cent? This is a lop-sided deal." 

Musa said the people should also check who had signed off the pristine Kota Kinabalu sea waterfront (to be reclaimed for development that was eventually stopped later). 

"So, this is the person they say, is going to be the leader for Pakatan Rakyat and the hope of Pakatan? 

"I never give out thousands of acres to outside companies. Instead, I give out thousands of acres to the people of Sabah in Sook, Pensiangan and Kota Marudu, via communal titles. 

"So, please don't talk big of being the hope of the people. Stop telling lies," he said, noting that Lajim had been a Federal Deputy Minister, Deputy Chief Minister and Assistant Minister previously, but reportedly did not do anything for the constituency. 

He said that for the past 28 years, Lajim had been the elected representative for Beaufort but the current developments in the district, such as the sports complex, library and water supply were the result of hard work put in by BN's candidate for the Beaufort parliamentary seat, Datuk Azizah Dun, during her tenure as Klias assemblyman and Beaufort member of parliament. 

Musa said he also had records to show that it was Azizah who had asked for the Sitompok bridge to be built in Kuala Penyu, which was recently launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. 

The Sabah BN Chairman said reception from the people during his campaign trail to the various districts in the state was overwhelming. 

"It shows that the people had accepted and realised that they benefited from BN-initiated development programmes, among them the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) and many others," he added. 

"There is no government in the world that is as good as the BN...that is why, wherever the BN has a programme, the people will come in droves to support it. 

"Therefore, on May 5, don't forget to come early, more so in Beaufort where the weather is not so good nowadays, to cast your vote and support all BN candidates," said the Sabah Umno chief. 

Musa said Lajim had been a Federal Deputy Minister, Deputy Chief Minister, assistant minister before but did not do anything for the constituency. 

He said that for the past 28 years Lajim had been the elected representative for Beaufort but the developments in the district that could be seen today such as the Sports Complex, library and water supply were results of the hard work put in by BN Beaufort MP candidate Datuk Azizah Dun during her tenure as Klias assemblywoman and Beaufort MP. 

He said he also had records that it was Azizah who had asked for the Sitompok Bridge to be built in Kuala Penyu that was recently launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Daily Express tried to contact Lajim for his response to the claims but without success.

Thursday, May 2, 2013

Negara Akan Dijajah Jika Pembangkang Memerintah

BEAUFORT: Negara dikhuatiri akan dijajah semula sekiranya pihak pembangkang diberi peluang untuk memerintah, kata Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia. 

Datuk Azizah Mohd Dun berkata terdapat dakwaan bahawa pemimpin parti pembangkang mempunyai hubungan akrab dengan pihak tertentu di luar negara yang berkeinginan untuk menguasai negara ini melalui era penjajahan baru. 

“Jangan benarkan pembangkang menjadi pemerintah kerana kita khuatir akan dijajah semula. Ini disebabkan mereka sanggup menjadi kuda tunggangan anasir luar yang mahu menguasai negara kita seperti apa yang telah terjadi di beberapa negara lain,” katanya pada program Ziarah Pemimpin Bersama Pengundi di Kota Klias, di sini malam kelmarin. 

Hadir sama, mantan Ahli Parlimen merangkap Pengarah Jentera Pilihanraya BN Parlimen Beaufort, Datuk Nurnikman Abdullah, Ketua Bahagian PBS Dun Klias, James Digi, Pengerusi Parti Gerakan Beaufort, Robert Lee, Setiausaha Umno Bahagian Beaufort, Jali Nordin, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort, Ishak Ibrahim, Ketua Puteri Umno Beaufort, Saridah Mohd Dun dan mantan Naib Presiden SAPP, Datuk Rashid Gadur. 

Calon Barisan Nasional Parlimen Beaufort itu meminta pengundi memilih kerajaan yang ada sekarang demi memastikan kemerdekaan dan kedaulatan negara ini terus terpelihara. 

“BN merupakan parti terbaik di negara ini. Sebuah kerajaan yang menyayangi rakyat apatah lagi di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

“Apa yang rakyat perlukan sudah banyak yang dipenuhi dan akan terus diberikan kerajaan BN. Untuk itu kita perlu memberi mandat yang besar kepada BN untuk memastikan segala kebaikan yang dibawa oleh BN dapat dinikmati sehingga kepada generasi seterusnya. 

“Keputusan bijak kita bakal mencorak masa depan yang baik kepada anak cucu kita. Sayangilah mereka dengan mengundi BN,” katanya. 

Azizah yang hadir bersama calon BN Dun Klias, Isnin Aliasnih, juga mengingtkan perkara yang sama di Majlis Pemimpin BN Bersama Rakyat di Kg Parit Kelabu, Beaufort pada hari sama.

Sunday, April 28, 2013

Azizah gariskan visi dan misi pembangunan holistik bagi Beaufort

BEAUFORT: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun menggariskan visi dan misi pembangunan yang holistik untuk kawasan Beaufort. 

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, bakal dicabar bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin yang kini mengetuai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) tetapi bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Azizah berkata, misi itu lebih menumpukan kepada usaha memperkasa pembangunan Beaufort yang maju dalam semua aspek kehidupan termasuk daripada segi sosio-ekonomi, budaya, sahsiah dan penguasaan ilmu yang seimbang. 

Bagi mencapai tujuan itu, beliau berazam untuk meneruskan perkhidmatan yang terbaik untuk semua rakyat selaras dengan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin BN yang mendukung konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 

“Kita juga mahu melihat taraf ekonomi di kalangan penduduk berbilang kaum dapat ditingkatkan melalui penyertaan penduduk dalam program dan bantuan yang disediakan kerajaan selain memperhebat penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dan perniagaan,” katanya. 

Azizah juga bertekad untuk menjadikan Beaufort sebagai Hab Pendidikan bagi melahirkan modal insan berdaya saing dan mempunyai jati diri negara bangsa bagi memenuhi keperluan sebagai negara maju menjelang 2020, sekurang-kurangnya 1 Kampung 1 Profesional. 

“Kita mahu memperkasa kepimpinan di peringkat akar umbi bagi memastikan kawasan dan penduduk setempat tidak terpinggir daripada program-program pembangunan kerajaan,,” katanya. 

Beliau berkata, nasib golongan belia Beaufort tidak diabaikan, malah misi beliau turut merangkumkan usaha mentranformasi daya ke pimpinan generasi muda dalam usaha melahirkan pemimpin pelapis demi kesinambungan perjuangan pemimpin terdahulu dan masa kini. 

“Saya juga berhasrat untuk mewujudkan bandar lestari (Beaufort) yang memenuhi cita rasa dan aspirasi penduduk dengan perkembangan semasa. 

Turut menjadi fokus beliau jika diberi mandat untuk lima tahun akan datang ialah meningkatkan penglibatan penduduk tempatan memajukan industri pelancongan di Beaufort

Mengenai pilihan raya umum kali ini, Azizah berkata BN adalah pilihan terbaik untuk Beaufort demi masa depan yang lebih baik dan beliau yakin rakyat Beaufort bijak memilih kerajaan yang boleh menjamin masa depan mereka. 

“Kita tidak boleh terlalu ikut emosi memilih ketokohan individu sehingga tidak dapat melihat kebaikan berada di bawah payung kerajaan Barisan Nasional yang sudah teruji mampu membela nasib rakyat termasuk di Beaufort. 

“Orang muda kita sekarang mahu melihat sesuatu agenda pembangunan yang “konkrit” atau jelas. Misalnya dalam soal perumahan, individu tertentu mungkin boleh menyediakan beberapa rumah tetapi penduduk Beaufort ini ramai, tidak mungkin individu berkenaan boleh menyediakannya,” katanya. 

Katanya lagi, kerajaan BN telah membawa banyak perubahan dan pembangunan, sama ada di daerah Beaufort atau daerah Kuala Penyu, terutama peluang pekerjaan dan pendidikan. 

Sambil memberi contoh pembangunan industri minyak dan gas di Sipitang dan Kimanis, beliau berkata ramai generasi muda dari kawasan Beaufort bakal mendapat pekerjaan di situ. 

“Bagaimanapun, mereka perlu diberi latihan bagi merebut peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas dan hany kerajaan BN yang boleh melakukannya. Ini terbukti melalui program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.


Lajim Ukin telah diberikan peluang untuk mengubah nasib penduduk Beaufort, namun beliau telah gagal melaksanakan misi itu. Tanpa rasa bersalah, Lajim bukan sahaja enggan mengakui kelemahannya malah tergamak melakukan pembelotan terhadap penduduk yang mengundi beliau dengan keluar meninggalkan BN. Segala kelemahan dan kegagalan beliau, akhirnya ditanggung oleh Barisan Nasional yang telah memperuntukkan ratusan juta ringgit kepada Lajim bagi melaksankan misi pembangunan di daerah itu.

Jesteru, pada 5 Mei ini, penduduk Beaufort WAJIB menolak pemimpin hipokrit seperti Lajim dan Anwar Ibrahim, kerana kedua-dua pemimpin ini telah terbukti lebih mementingkan survival politik dan pangkat berbanding dengan agenda memperjuangkan nasib rakyat. Azizah sejak lima tahun lepas dilihat kerap turun padang mendengar dan membantu penduduk yang kurang bernasib baik. Fokus beliau bukan hanya kepada golongan wanita, malah merangkumi semua golongan yang memerlukan bantuan samada dari segi peruntukkan mahupun nasihat.

Friday, April 26, 2013

PRU-13: 1,500 ahli PKR Beaufort dijangka keluar parti

BEAUFORT 25 April - Kira-kira 1,500 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Klias dan Kuala Penyu dijangka keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat. 

Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Cabang PKR Beaufort Abdul Jarih @ Ramli Ukin yang juga adik kepada Datuk Seri Lajim Ukin, calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias. 

Katanya, mereka kecewa kerana Lajim terlalu banyak campur tangan dalam urusan pentadbiran PKR negeri dan ini menimbulkan banyak masalah terutama kepada 25 orang ketua cabang PKR negeri." 

"Dia (Lajim) juga tidak memaklumkan kepada 15 orang ahli cabang PKR bahawa mereka tidak akan bertanding untuk PRU-13 ini meskipun beliau mendapat kuota tersebut sebaliknya telah menggantikan ahli dari Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) sebagai calon dengan menggunakan lambang PKR," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Ramli yang juga bekas bendahari PKR negeri, berkata mereka juga tidak berpuas hati dengan janji autonomi oleh PKR pusat. 

"Mengikut autonomi itu, ketua cabang PKR di Sabah diberi kuasa penuh sama ada mentadbir, memilih calon dan pengerusi perhubungan negeri tetapi ia tidak dilaksanakan, di mana pemilihan pengerusi pimpinan negeri bukan dari suara majoriti ketua cabang negeri tetapi dari pusat, jadi sekiranya mereka akan memerintah apa akan jadi pada negeri Sabah," katanya. 

Ramli yang masih belum memutuskan untuk menyertai parti komponen BN yang mana, telah menyertai kempen calon BN di kerusi Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun. 

Lajim mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort pada pilihan raya umum 5 Mei ini. 

Pada Selasa lepas, Ramli mengetuai 200 anggota PKR mengumumkan keluar dan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai BN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke Sabah.

--BERNAMA

Tuesday, April 23, 2013

KERUSI PANAS BEAUFORT: PERTEMBUNGAN ANTARA LAJIM UKIN & AZIZAH

Rekod pencapaian cemerlang dalam PRU-12 dengan majoriti 10,914 yang dimenangi oleh Lajim Ukin tidak akan mengguburkan semangat BN untuk terus berjuang di Beaufort melalui wakilnya Dato' Azizah Mohd Dun bagi kerusi Parlimen dan Isnin Aliasnih bagi kerusi Dun Klias. Masih ada masa untuk berkempen, dan belum tentu kemenangan akan berpihak kepada Lajim Ukin walaupun ada ura-ura mengatakan bahawa Beaufort adalah kubu kuat beliau. 

Tertekan dengan kritikan pelbagai pihak ekoran tindakan Lajim Ukin berpaling tadah disaat-saat akhir, pada 5 januari 2013, beliau telah mengadakan satu sidang media di Pejabat PPS Putatan untuk menangkis kenyataan MP Kota Belud yang telah mempersoalkan kredibliti beliau sepanjang 26 tahun karier politiknya bersama-sama dengan Barisan Nasional, terutamanya dalam soal pencapaian beliau. 

Antara pencapaian yang dihuraikan oleh Lajim untuk mengembalikan populariti beliau yang semakin tercalar, adalah; berjaya membawa pembangunan infrastruktur di kawasan P. 177 Beaufort dan juga di N 25 Klias iaitu dengan sebanyak 80%. Lajim juga menyatakan dia adalah pencetus idea kepada penubuhan Yayasan Usaha Maju, disamping berjaya membangunkan Wisma Pertanian ketika beliau masih menyandang jawatan sebagai Menteri Pertanian Negeri. 

Sedar tak sedar Lajim Ukin mengakui bahawa kerajaan BN Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Musa Haji Aman banyak membantu rakyat khususnya dikawasan yang diwakilinya. Sekaligus, menunjukan kepekaan BN dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat di negeri ini. Kenyataan Lajim itu juga ibarat meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri. 

Jika sebelum ini Lajim mempersoalkan dan mempertikaikan soal pembangunan di Sabah, terutamanya di kawasan yang diwakili oleh beliau, akhirnya beliau sendiri juga yang tampil menjawab apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN untuk manfaat rakyat di kawasan tersebut. Secara tidak langsung, beliau sendiri mengakui bahawa kerajaan telah membawa impak yang besar dalam pembangunan ekonomi negeri Sabah, dan semua sumbangan-sumbangan kerajaan ini tidak mampu dinafikan termasuklah oleh beliau sendiri.

Kenyataan dari mStar pada 27 Disember tahun lalu melaporkan bahawa majoriti penduduk di kawasan Parlimen Beaufort kekal menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagiannya iaitu, Datuk Seri Lajim Ukin telah meninggalkan Umno beberapa bulan lepas. Malah, baru-baru ini, persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu telah berikrar untuk terus menyokong calon Barisan Nasional yang akan bertanding di kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Klias Datuk Azizah Mohd Dun berpesan supaya penduduk tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang yang hanya menabur janji-janji kosong. Pada hari penaman calon 20 April lalu, Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata beliau bertekad untuk menjadikan Beaufort sebagai Hab Pendidikan bagi melahirkan modal insan berdaya saing dan mempunyai jati diri negara bangsa bagi memenuhi keperluan sebagai negara maju menjelang 2020, sekurang-kurangnya 1 Kampung 1 Profesional. Inilah pemimpin yang kita perlukan tanpa menunjukkan rasa gentar kepada pesaingnya Lajim Ukin, Azizah terus bertekad berjuang untuk penduduk di kawasan yang diwakilinya. 

-- HIDUP BN!
-- TATAP BN!

Monday, April 15, 2013

Penduduk Dapat Geran, BN Dapat Undi

SERAMAI 16 penduduk Kg Jimpangah Beaufort merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyandang wakil rakyat Dun Klias, Datuk Azizah Mohd Dun atas usaha dan komitmen beliau membantu penduduk dalam urusan permohonan tanah sehingga diluluskan. 

Sarina Agang yang mewakili penduduk terbabit berkata kumpulan penduduk akan terus memberi sokongan kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka yakin hanya BN yang dapat membantu menyelesaikan masalah penduduk khususnya di luar bandar. 

“Kami amat gembira kerana telah mendapat kelulusan tanah yang kami pohon sebanyak 10 ekar seorang. Dalam kesempatan ini kami ingin merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan Datuk Azizah. 

“Selain itu beliau adalah wakil rakyat yang sentiasa turun padang untuk memastikan semua penduduk di sini tidak terpinggir dari arus pembangunan negara. 

Di sini juga kami berjanji akan menyokong calon BN pada pilhanraya ini untuk mempertahankan pemerintahan BN,” katanya pada program Pemimpin Bersama Rakyat yang dirasmikan Azizah. 

Hadir sama, Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, Naib Ketua Umno Beaufort, Datuk Kimjs Duin, Ahli Jawatankuasa Umno Beaufort, Sadi Nasah, KDM Ludin Gumat dan ketua-ketua parti kompone n BN Beaufort. 

Azizah yang juga Exco Wanita Umno Malaysia berkata beliau akan terus turun padang untuk mendengar denyut nadi rakyat. 

“Kita diangkat oleh rakyat untuk membantu rakyat. Inilah perjuangan sebenar pemimpin BN,” katanya.

Tuesday, February 26, 2013

Beaufort: 70 anggota SAPP dan 15 AJK PKR sertai UMNO

SYABAS kepada ahli-ahli pembangkang Sabah yang sudah kembali ke landasan yang tepat untuk meneruskan perjuangan politik mereka. SYABAS juga kerana berjaya memujuk hati untuk kembali ke pangkal jalan sebelum kapal pembangkang yang masih tercari-cari arah-tuju, karam dipukul Tsunami ciptaan Anwar Ibrahim. Sesungguhnya, perkembangan baik mengenai isu politik di Sabah terutamanya bagi daerah Beaufort membawa satu petanda bahawa BN Sabah akan kekal memerintah negeri ini dan pembangkang pula akan terus membangkang dan menuding jari sesama sendiri selepas PRU13.
Seramai 70 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) telah keluar parti untuk menyertai Umno selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Anggota Jawatankuasa SAPP Beaufort, Saidi Kasni yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun pada majlis silaturahim bersama pemimpin di Kg Binunuk di sini Ahad. Azizah yang mengalu-alukan penyertaan mereka berkata keputusan anggota SAPP meninggalkan parti itu dibuat kerana mereka kecewa dengan pucuk pimpinan parti berkenaan yang tidak menepati janji.
Entah apa janji yang dibuat oleh Yong Teck Lee untuk ahli-ahlinya sehingga kegagalan menunaikan janji itu bakal membawa kepada kehancuran parti. Jika janji dikalangan ahli gagal ditunaikan, bagaimana pula dengan janji-janji Yong Teck Lee kepada rakyat?? Jika ahli sendiri tidak mempercayai kepimpinan Yong Teck Lee, apatah lagi rakyat Sabah yang sebelum ini pernah menderita dibawah pentadbiran Yong Teck Lee selama 2 tahun??

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah keadaan SAPP hari ini apabila PR memutuskan untuk mengeluarkan SAPP dari rundingan kerusi. Malah STAR juga nampaknya tidak berminat untuk bersekutu dengan SAPP walaupun mereka berkongsi agenda yang sama. Dalam keadaan terumbang-ambing menanti mana-mana kapal besar untuk berpaut, kini 70 ahlinya pula keluar meninggalkan parti ketika SAPP amat memerlukan sokongan bukan sahaja dari luar malah dikalangan ahlinya sendiri.

Juga malang bagi Anwar dan Lajim Ukin apabila perancangan mereka selama ini; sehingga Lajim sendiri sanggup menggadai maruah menjadi kuda tungganggan Anwar terpaksa berputih mata walaupun pilihanraya umum ke-13 belumpun bermula.
Sengketa antara 'PKR ori (AJK Cabang) dan PKR palsu (PPS)' merupakan rahsia terbuka yang dibicarakan di mana-mana. Ada lawatan Anwar, kumpulan PPS dihadapan. Ada majlis ceramah, PPS yang disambut sehingga mengundang rasa tidak puas hati ahli jawatankuasa cabang parti dan menimbulkan sengketa dalam diam sejak tahun lepas. Sebagai kemuncak dari ketidakpuasan hati ini, seramai 15 orang AJK PKR Beaufort diketuai oleh Naib Ketua Cabang PKR Beaufort En. Adnan Mohd Ali telah bertindak keluar dari parti dan menyertai UMNO. Yang tinggal ialah ketua PKR Beaufort yang juga merupakan adik kepada Lajim.
Belumpun berperang, tapi tentera-tenteranya sudah hilang melarikan diri.. Bukan sebab takut berhadapan dengan pihak lawan, sebaliknya kecewa dengan sikap ketua sendiri yang suka merancang sesuatu dibelakang tabir sehingga menyusahkan ahli-ahli sendiri. Jika beginilah bentuk kepimpinan parti-parti pembangkang tanahair, layak sangatkah mereka mendapat sokongan rakyat?? Sedangkan parti sendiri tidak terurus, inikan pula mengurus sebuah negara/negeri??

Thursday, February 14, 2013

Kejutan untuk Lajim Ukin sempena lawatan Najib ke Beaufort

LEBIH 50,000 PENDUDUK SAMBUT NAJIB DI BEAUFORT

BEAUFORT: Datuk Seri Najib Razak tiba di padang pekan Beaufort di sini, pagi ini, pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tiba jam 9.45 pagi. 

Program di sini adalah sebahagian daripada sesi lawatan Perdana Menteri di Sabah, selain bakal menghadiri program yang sama di Papar pada tengah hari ini dan di Tuaran pada sebelah petang. 

Kehadiran Perdana Menteri disambut pemimpin Barisan Nasional Sabah dan kira-kira 50,000 anggota masyarakat dari daerah ini, Sipitang dan Tenom. - BH

TERIMA KASIH PM..

"TERIMA KASIH PM kerana datang menjenguk kami di Beaufort"... Itulah antara luahan rasa terima kasih masyarakat Beaufort di atas kehadiran PM ke Beaufort sebentar tadi bermula jam 9.30 pagi hingga jam 11.15 pagi (14.2.2013). Walaupun masyarakat Beaufort tidak melafazkan rasa terima kasih tersebut terus kepada PM tetapi mereka bersyukur kerana kunjungan tersebut memberikan seribu makna kepada mereka.

Lawatan yang singkat tersebut walaupun hanya 2 jam, masyarakat dapat mendengar sendiri ucapan dan keprihatinan PM terhadap rakyat Sabah khususnya di Daerah Beaufort. Kehadiran masyarakat Beaufort termasuk dari kawasan Parlimen Sipitang dan Parlimen Kimanis yang dianggarkan seramai 15,000 orang itu menunjukkan betapa rakyat tetap sayang kepada parti BN.

Bagi masyarakat yang hadir, ada yang meluahkan rasa muak sudah dengan karenah Datuk Lajim Ukin yang banyak menipu mereka selama ini dengan janji-janji kosong hasil suapan daripada Anwar Ibrahim. Bagi mereka Lajim tetap di kenang atas jasanya tetapi perjuangan Lajim tidak mereka iktiraf kerana sudah menderhaka kepada rakyat di Parlimen Beaufort.

Mereka juga menyatakan bahawa walaupun pada peringkat permulaan mereka rasa sangsi untuk hadir ke program berkenaan kerana bimbang tiada berita baik akan diumumkan tetapi sangkaan mereka merosot apabila masyarakat Beaufort mendapat durian runtuh kerana PM telah mengumumkan projek loji air berjumlah RM226 juta di buat di Beaufort.

Menurut En. Amat Bin Sinyur, 50 tahun dari kampung Tedong, Kuala Penyu,... "Saya rasa bertuah kerana dapat melihat sendiri PM berucap dan mengumumkan projek loji air untuk menyelesaikan masalah air di Kuala Penyu."

Bagi En. Durry Bin Impoh, 39 tahun dari Menumbok pula, kehadiran orang ramai yang memenuhi khemah semasa program tersebut menunjukkan rakyat Beaufort tetap menyokong BN. "Ini kalilah....habis la Lajim", tambahnya lagi.

En. Paulus Bin Jukin, 40 tahun dari kampung Takuli Beaufort, menyatakan, "....masyarakat Beaufort tahu bha sepa itu Datuk Lajim. Kuat sangat ka dia itu mau lawan tauke?" - SDP

ORANG SABAH KATA "TATAP BN"!

Jika situasi sebegini berterusan, kebarangkalian bahawa DSP Lajim akan kembali ke pangkuan BN itu adalah suatu yang pasti. Cuma sukar untuk digambarkan, samada DSP Lajim akan kembali ke panguan BN dalam situasi beliau masih bergelar YB Parlimen yang melompat BN ataupun sebaliknya. Perlu diingat oleh semua, DSP Lajim masih merupakan ahli UMNO (Sila perbetulakan jika fakta salah) dan situasi ini sebenarnya amat ditakuti oleh DSAI.

Antara amanat PM kepada seluruh masyarakat Papar termasuklah: 

1. Beluiau menyeru agar rakyat terus memberi sokongan padu kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada PRU13 nanti. 

2. Produk 1Malaysia akan diteruskan pada masa akan datang jika BN masih diberi mandat oleh rakyat bagi mentadbir negara. 

3. Beliau juga mengingatkan kepada seluruh masyarakat Papar Khasnya dan di seluruh negara amnya agar tidak terpedaya dengan dakyah dan janji-janji manis pembangkang, kerana sememangnya pembangkang hanya pandai berjanji dan payah untuk melunaskannya. 

4. Sabah maju dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kesinambungan pembangunan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. 

5. PM Mengumumkan bahawa, Jalan raya daripada Papar ke Lok Kawi akan dibesarkan. 

Dengar-dengar Jimmy Palikat juga turut sama hadir dan menghiburkan hadirin seterusnya memeriahkan lagi Majlis tersebut. - DKM

LAWATAN NAJIB TIUP SEMANGAT JENTERA BN SABAH

Menurut maklum balas daripada hadirian, Najib di sambut kira-kira 20 ribu rakyat di Beaufort manakala di Papar lebih 20 ribu, di Tuaran pula yang mempunyai pengundi 40 ribu yang berlangsung pentang ini, dijangka lebih 30 ribu rakyat akan menyambut kehadiaran Perdana Menteri. 

Berasaskan kehadiran rakyat di kedua kawasan Parlimen itu, nampaknya pembangkang akan berputih mata untuk mempertahankan Parlimen Beaufort dan mencoba merampas Parlimen Papar, kerana kedua-dua kawasan itu masing-masing mempunyai jumlah pengundi hampir 27 ribu dan 33 ribu. 

Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman menzahirkan bahawa Bn Sabah akan dapat mempertahankan tiga kawasan itu pada PRU-13 akan datang memandangkan maklum balas daripada akar umbi. 

Lawatan Najib ke Beaufort, sekaligus menutup isu pembangkang, kononnya tidak mampu mengatasi masalah air kawasan itu. Najib mengumumkan peruntukan lebih RM226 juta untuk membina loji air baru bagi Beaufort. Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan Kolej islam bagi kawasan itu. - Suara Rakyat

Monday, January 21, 2013

UMNO Beaufort tidak tergugat walaupun tanpa Lajim Ukin

WALAUPUN ramai melihat gelora melanda lautan politik Barisan Nasional Parlimen Beaufort, namun hakikatnya anak-anak kapal yang ditinggalkan nakhodanya masih dapat mengemudi bahtera keramat Umno untuk meneruskan pelayaran menuju destinsasi perjuangan membela rakyat di bawah panji-panji Barisan Nasional.

Mengimbas kembali peristiwa mantan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin meninggalkan anak-anak buahnya, ramai pemerhati melihat gelombang itu akan mencetuskan satu lanskap politik baru di Parlimen Beaufort, maka ia dianggap sebagai kawasan panas di kalangan penganalisis politik.

Sejak itu ramai ingin tahu sebarang perkembangan tentang tahap kelajuan tiupan angin dan ketinggian ombak perubahan samudera politik di Beaufort yang selama ini menjadi kubu kuat BN.

Pelbagai tanggapan dan ramalan diutarakan oleh pemerhati politik samada dari pemerhati politik kelas atasan hinggalah kepada pemerhati politik yang bermain-main di kaki lima dan kedai-kedai kopi.

Ada juga yang membuat andaian bahawa bahtera Umno akan tenggelam kerana konon banyak cawangan akan dibubarkan apabila ahli-ahli di peringkat cawangan akan mengikut jejak pemimpin yang bergelar Janang Gayuh itu.

Semua orang bebas memberi pendapat dan teorinya dan kini sudah beberapa purnama tragedi kecil itu menjadi secebis sejarah dalam Umno Beaufort, namun sehingga artikel ini ditulis tiada satu pun cawangan yang telah dibubarkan; sekali gus menafikan ramalan pihak yang sudah melupakan jasa Umno setelah menghisap madu di sarang lebah milik rakyat.

Isnin Aliasnih yang telah diisytiharkan menjadi Pemangku Ketua Umno di peringkat bahagian Oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak pernah patah semangat.

Apatah lagi segala ilmu pelayaran dalam politik dicurahkan secara berterusan oleh Ketua Pergerakan Wanita Umno di bahagian itu, Datuk Azizah Mohd Dun yang telah masak dengan sepak terajang di gelanggang politik sejak berusia 30 tahun itu berdiri teguh bersama Isnin dan barisan kepimpinan jawatankuasa Umno Beaufort yang majoritinya masih taat setia kepada perjuangan parti.

Menyedari mungkin ada sedikit kekeliruan di pemikiran rakyat akar umbi yang bertubi-tubi diracuni oleh pengkhianat parti, Isnin sebagai anak sulung yang telah matang dan Azizah sebagai ibu kepada keluarga Umno Beaufort; tidak berhenti turun padang menemui rakyat untuk menangkis segala fitnah dan tohmahan pihak pembangkang terhadap kerajaan yang telah lama menghidupkan rakyat dalam keadaan sejahtera sejak sekian lama.

Kini realiti menjelaskan segalanya. Isnin dan Azizah tidak berjalan sendirian, di kiri kanan mereka ada Ketua Pergerakan Pemuda, Ishak Ibrahim dan Ketua Pergerakan Puteri, Saridah Mohd Dun. Di belakang mereka pula terdapat bala tentera barisan ahli jawatankuasa induk, pemuda dan puteri bahagian menjadi perisai bersama ahli-ahli Umno daripada 253 cawangan.

Sedikit sinopsis dari berjuta langkah perjuangan Umno Beaufort masa kini menterjemahkan bahawa segala kekuatan dan keutuhan Umno bahagian itu tidak pernah terggugat walaupun bom fitnah dan tohmahan sering dilemparkan ke markas perjuangan Umno.

Segala kekuatan yang ditunjangi perpaduan dan persefahaman di kalangan seluruh barisan kepemimpinan Umno Beaufort dibuktikan apabila mereka sering bersama-sama menemui rakyat di peringkat akar umbi.

Baru-baru ini, pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Daerah Mengundi Limbawang A, barisan hadapan kepimpinan Umno bahagian telah bersatu hati rela hadir bersama-sama.

Ahli umno dan penduduk yang hadir menyaksikan sendiri Azizah, Isnin, Ishak, Saridah dan barisan jawatankuasa bahagian melestari makna perpaduan dalam perjuangan parti. Malah kehadiran pemimpin parti komponen BN Beaufort yang lain turut memberi isyarat bahawa BN Beaufort akan terus bertapak kukuh.

Setiap perjuangan perlu mempunyai senjata yang utuh. Sebagai pemimpin wanita yang diketahui rajin memabaca dan sering belajar dari sejarah, Azizah yang juga Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, menghunus senjata perjuangan dengan keris perpaduan.

“Kita tidak punya waktu untuk berpecah belah. Ayuh kita terus bersatu dalam Umno-BN. Kita tidak ada ruang lagi untuk benci-membenci jauh sekali untuk dengki-mendengki antara satu sama lain. Kita mesti bekerja kuat untuk mencapai kemenangan dan mempertahankan Parlimen Beaufort dan Dun Klias.

“Marilh kita terus meningkatkan permuafakatan. Kita ketepikan soal-soal kecil demi kepentingan perjuangan. Kalau ada masalah dan rasa tidak puas hati kita selesaikan secara baik. Saya percaya kejayaan dan kemenangan akan bersama kita,” katanya sambil mengingatkan supaya tidak mengalah dengan serangan pihak pembangkang.

“Jangan ambil peduli dengan sebarang tohmahan dan serangan-serangan melalui SMS dan Facebook. Mereka hanya ingin memecah belahkan kita. Kita tidak harus tewas dengan propaganda jahat mereka,” katanya disambut tepukan gemuruh penduduk yang hadir.

Adun Klias yang memegang jawatan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu juga mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan pembohongan pihak pembangkang.

“Kalau orang kata tidak ada pembangunun, itu adalah satu pembohongan yang besar. Yang terbukti di Kampung Limbawang ini sahaja antaranya kita sudah ada Klinik 1 Malaysia dan Perpustakaan Desa. Ini belum lagi pembangunan yang kita ada di seluruh daerah ini. Kita ada kompleks sukan, perpustakaan, jambatan kedua, dewan baru, Kolej Komuniti, jalan raya yang dinaiktaraf dan banyak lagi,” katanya sambil meminta rakyat menyedarinya.

Pada program yang bertemakan 1Malaysia Tolak Pembangkang itu, Isnin pula berkata kepimpinan BN dan kerajaan melaksanakan tanggungjawab untuk kepentingan dan kebaikan rakyat dan ia berbeza dengan pendekatan pemimpin pembangkang yang mahu mewujudkan kekeruhan di antara rakyat dengan kerajaan.

“Pemimpin-pemimpin BN turun padang memberitahu rakyat tentang dasar-dasar kerajaan, tentang program-program pembangunan, bantuan, peluang-pelunag yang disediakan oleh kerajaan.

"Tetapi pemimpin pembangkang menemui penduduk dengan perkara-perkara negatif. Menjaja cerita memburuk-burukkan kerajaan BN. Pelbagai tohmahan dilemparkan dengan tujuan meracuni pemikiran rakyat agar membenci kerajaan.

"Semua itu mereka sanggup lakukan demi kepentingan politik peribadi,” katanya sambil berharap kepada kira-kira 3,000 pengundi muda di kawasan itu dapat menilai dengan bijak.

Pada majlis itu, Isnin yang juga Setiusaha Politik kepada menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, menyampaikan sumbangan kewangan kepada Persatuan Belia Kg Kukut dan Kumpulan Gambus Kg Lajau yang masing-masing menerima RM3,000.

Sumbangan sebanyak RM1,000 pula diberikan kepada Kumpulan Klias Rhytam of Gambus dan Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Kg Kebidang.

Majlis yang merimbun keceriaan dan subur mekar mewangi sebuah perjuangan demi masa depan generasi masa depan menyaksikan beberapa pengunjung tersenyum gembira membawa pulang hadiah kerana menjadi pengunjung bertuah. Sebilangannya pula kembali ke rumah dengan langkah syukur membawa sekampit beras buah tangan pemimpin. - Sabahkini