Showing posts with label Datuk Seri Salleh Said Keruak. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Salleh Said Keruak. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Agenda Borneo menentang Agenda Semenanjung, akhirnya BN kekal memerintah Sabah

Bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak melahirkan keyakinan bahawa walaupun parti-parti komponen BN negeri -- PBS (Parti Bersatu Sabah), LDP (Parti Demokratik Liberal, UPKO (Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu), PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) MCA dan Gerakan berkemungkinan berdepan cabaran sengit dengan pembangkang di sesetengah kawasan, BN akan memenangi pilihan raya negeri Sabah, dengan "UMNO dijangka mengekalkan kesemua 32 kerusi yang disandangnya". 

Menurut Salleh, seorang saintis politik yang terkenal, keyakinannya berdasarkan beberapa faktor termasuk kegagalan pembangkang di Sabah membentuk pakatan yang kuat dan ketiadaan seorang pemimpin Cina yang kuat dalam pembangkang.

Salleh mendapati bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga kekurangan pemimpin Kadazandusun yang berwibawa dan "tiada pemimpin Bumiputera-Islam berwibawa bagi menguatkan sokongan orang Islam dalam PKR".

Selain Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP), terdapat dua parti pembangkang iaitu SAPP (Parti Maju Sabah) yang berpangkalan di Sabah dan Parti Reformasi Negeri Sabah yang berpangkalan di Sarawak (Star), dan buat masa ini, ia kelihatan Pakatan Rakyat dan SAPP atau Star akan berbalah antara satu sama lain daripada satu lawan satu ke atas parti gabungan yang memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya pada masa ini 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertaruhkan di Sabah, daripada 25 kerusi Parlimen itu 20 daripadanya disandang BN dengan lima lagi oleh pembangkang.

Salleh berkata daripada 25 kerusi Parlimen itu, 11 daripadanya adalah majoriti Bumiputera-Islam, lapan kerusi Kadazandusun Murut (KDM), masing-masing dua Cina dan empat kerusi bercampur manakala daripada 60 kerusi DUN itu, 31 daripadanya adalah majoriti Bumiputera-Islam, 17 majoriti KDM, lapan majoriti Cina dan empat kerusi bercampur.

Semasa pilihan raya umum 2008, BN Sabah hampir menyapu bersih dengan memenangi 59 daripada 60 DUN dan 24 daripada 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Bagaimanapun, SAPP meninggalkan BN pada 17 Sept, 2008. 

Mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin, yang amat dinanti-nantikan itu, yang diterima baik pemimpin politik dan orang ramai di Sabah, beliau menyifatkannya sebagai satu langkah di landasan yang betul yang melambangkan betapa seriusnya kerajaan Persekutuan menangani masalah yang tidak berkesudahan itu.

Sambil melahirkan rasa optimis berhubung peluang BN pada pilihan raya umum, Salleh berkata pembangkang di Sabah nampaknya akan menjadi "organisasi dengan struktur yang lemah" seperti yang dibuktikan daripada kegagalan mereka membentuk satu pasukan yang bersatu padu untuk mengalahkan jentera gergasi BN.

“Agenda Semenanjung” menentang “Agenda Borneo” telah menambah permusuhan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Borneo Bersatu (UBF)," katanya. 

Salleh menegaskan bahawa sokongan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) dengan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang berkarisma kekal utuh dengan begitu ramai orang menjauhi pengerusi Star cawangan Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang melaung-laungkan perjuangan “Sabah untuk Rakyat Sabah”. 

"Sikap perpaduan yang ditunjukkan Pairin, Tan Sri Joseph Kurup (PBRS) dan Bernard Dompok (UPKO) baru-baru ini adalah simbol isyarat bahawa semua pemimpin Kadazandusun bersedia untuk mengetepikan perbezaan masing-masing bagi memastikan kemenangan besar buat BN," katanya sambil menambah bahawa pembangkang gagal untuk menunjukkan bahawa ia adalah sebuah parti alternatif kepada BN di Sabah. - SSK

Saturday, January 26, 2013

RCI: inikah "Perkara Sebenar" yang dimaksudkan Salleh?

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebelum ini ada mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja. Beliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya, "beliau (Anwar) seorang yang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah".

Mungkinkah jawapan bagi persoalan yang dibangkitkan oleh DS Salleh ini terjawab melalui pendedahan blogger mymassa? Menurut blogger ini, Anwar mula merosakkan politik aman negeri Sabah pada tahun 1986 melalui beberapa proksi pemimpin pemuda USNO bagi melancarkan satu gerakan menjatuhkan Tun Datu Mustapha. Kesan daripada "sentuhan tangan" Anwar Ibrahim, maka terbubarlah USNO dan digantikan dengan UMNO.

Menurut mymassa juga, Semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang pro Tun Datu Mustapha, Tun Ghafar Baba, Pak Lah telah dimatikan dengan cara memberikan seberapa banyak wang kepada proksinya bagi tujuan menumbangkan sesiapa sahaja yang tidak menyokong Anwar. 
Pada tahun 1995, apabila ramai orang-orang Anwar yang sedang memegang jawatan Ketua Bahagian hendak dilawan, Anwar menggunakan apa saja cara untuk mengalahkan mereka. Anwar bukan sahaja memberi wang tunai, tetapi Lot-Lot Saham yang boleh ditukar di bank-bank Bumiputera. Ramai Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian yang pro-Anwar kaya mendadak!  
Satu contoh, Anwar telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pihak keselamatan supaya menangkap individu-individu yang kononnya terlibat dalam projek IC. Inilah manusia yang paling Hikpokrit! Dia menyuruh orang itu mengatur IC Projek, kemudian dia mengarahkan pihak polis menangkap orang itu semula. Tujuannya supaya orang itu tidak menang Ketua Bahagian, kerana jika dia menang dia akan mencalonkan Tun Ghafar Baba bukannya Anwar Ibrahim. - mymassa
Menurut mymassa juga, Anwar turut menggunakan kuasanya untuk menumbangkan PBS dengan pendekatan "apa cara sekalipun". 

Selain itu, Anwar juga bertanggungjawab membawa masuk warga asing ke negeri Sabah melalui pemilikan ladang kelapa sawit yang luas di Sandakan. Menurut mymassa, ladang milik Anwar ini hanya mengambil PATI sebagai pekerja, bukannya warga tempatan Sabahan.

Tidak cukup itu, mymassa turut mendedahkan pekung asal-usul Yong Teck Lee yang mana bapa Yong bukanlah orang Sabah, sebaliknya warga asing dari China yang datang ke Sabah dan kemudian membuka bengkel di Lahad Datu. Menurut mymassa, Anwar Ibrahim telah melantik Yong Teck Lee menjadi ketua menteri Sabah bagi mempermudahkan hasrat beliau (Anwar) mengumpul kekayaan di Sabah.

Wednesday, January 23, 2013

Anwar wajar beritahu RCI perkara sebenar

TIMBALAN Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini. 

Beliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya, "beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah". 

"Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau "dalaman" itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat...jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), Perdana Menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu. 

"Kita tidak patut membuat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya...apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat Kota Belud kelmarin. 

Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI. 

"Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu. 

"Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau "ikut pintu belakang' kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itu lah cara yang betul," katanya. 

Melahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu. 

Penubuhan RCI dan pelantikan anggota suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah. 

Prosiding pendengaran RCI dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. 

Anggota panelnya terdiri bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J Luping. 

Prosiding seterusnya akan diadakan 28 Januari hingga 1 Februari dan 22 Februari hingga 27 Februari. - Bernama


ANWAR SHOULD ALSO TESTIFY

KOTA KINABALU : Parti Keadilan Rakyat (PKR) de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should also be called to testify before the Royal Commission of Inquiry (RCI) on Illegal Immigrants in Sabah. 

Parti Bersatu Sabah (PBS) Information Chief Datuk Johnny Mositun said the former Deputy Prime Minister had all this while remained silent about the illegal immigrant issue in Sabah. 

"Whenever he come to Sabah he will only talk about how poor Sabah is to the extent that people in Semenanjung really think that we Sabahans are very poor. 

"But people from West Malaysia who come to Sabah for the first time will find out the truth and most of them fall in love with Sabah," he said after attending the three-day PBS work camp on national politics transformation continuity in Kem Bina Negara, Kundasang on Sunday. 

Asked to comment to the call by PKR Deputy President Azmin Ali that former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad must testify as a witness in the RCI public hearing due to his supposed involvement in the Project IC, he said: 

"Since Anwar was the Deputy Prime Minister at that time then it would also be worthwhile for the people to hear his testimony." 

For Barisan Nasional (BN), Mositun reiterated that the establishment of the RCI showed it was serious and responsible in addressing the issue in Sabah, instead of sweeping it under the carpet. 

Meanwhile, as the party's Chief Information Officer he hoped the 150 work camp participants would respond immediately to the call by President Tan Sri Joseph Pairin Kitingan for them to set up respective election machinery in their divisions. 

Election machinery in constituencies represented by PBS must be oiled, while it is equally important for those in areas represented by other component parties to help the BN obtained a resounding victory in the 13th General Election, he said. - Sabahkini

Tuesday, January 1, 2013

Rakyat Sabah perlu waspada pendirian politik sesumpah

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu rakyat Sabah berwaspada dengan pendirian politik pihak tertentu yang sering berubah wajah semata-mata untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka.

Beliau berkata semasa memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka sentiasa mendukung agenda pembangunan negeri dan negara serta memuji keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat namun nada mereka kini berubah apabila berada dalam kem pembangkang.

“Kini kita lihat mereka menyerang agenda pembangunan yang pernah mereka dukung dan menabur pelbagai janji manis atau luar biasa semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

“Sebenarnya ada di kalangan pemimpin pembangkang ini yang pernah menjadi pembantu menteri, menteri dan timbalan ketua menteri dalam barisan kabinet negeri Sabah selama bertahun-tahun sebelum menyeberang ke pakatan pembangkang. Bolehkah rakyat mempercayai “political chameleon” (pendirian politik berubah wajah) ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, Salleh berharap rakyat Sabah tidak mudah termakan janji manis pakatan, sebaliknya menilai kualiti kepemimpinan tokoh politik yang menyokong pakatan pembangkang sewaktu mereka masih berkuasa dan “bukan sewaktu mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan”.

Sambil mengetepikan dakwaan pakatan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ada membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat Sabah, Salleh berkata pemimpin pakatan rakyat sudah ketandusan isu, dan kini hanya bersandarkan kepada janji manis dan pembohongan untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya yang ke-13.

“Saya percaya rakyat bijak menilai kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan taktik kotor pembangkang,” katanya.

Wednesday, December 5, 2012

BN Adalah "Winnable" Parti Di Sabah

Barisan Nasional (BN) adalah parti yang "winnable" atau boleh menang di Sabah, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata beliau yakin sesiapa yang diketengahkan pucuk pimpinan BN sebagai calon, akan memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya percaya dengan adanya kerjasama padu di kalangan parti komponen, BN Sabah akan meraih kemenangan yang selesa pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kita kena ingat dalam pilihan raya yang ke-12 kita hanya kalah satu kerusi parlimen dan satu kerusi Dun (dewan undangan negeri)..jadi 'benchmark' kita tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk 'Alien Menchari Chinta' di kampus induk Universiti Malaysia Sabah, Likas, dekat sini Rabu.

Beliau juga yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dan Sabah sebagai 'fixed deposit' akan menjadi penyumbang besar.

Sumber: Bernama