Showing posts with label Royalti Minyak dan Gas. Show all posts
Showing posts with label Royalti Minyak dan Gas. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Kerajaan Berjaya Tangani Krisis Diesel Ketika Pembangkang Sibuk Berpolitik

Berdasarkan perkembangan terbaru mengenai bekalan diesel di Sabah, penyelesaiannya tidaklah serumit sehingga terpaksa membangkitkan fakta-fakta disebalik perjanjian dan Akta Petroleum, mempertikaikan penubuhan ESSCOM dan ESSZONE yang baru sahaja ditubuhkan, serta tidak perlu menghina rakyat Sabah sebagai "bodoh" hanya kerana majoriti rakyat di negeri ini memilih kerajaan BN pada Pilihanraya Umum yang lalu. Kepantasan kerajaan menyelesaikan krisis diesel ini sekaligus membuktikan bahawa semua omongan pembangkang mengenai kekurangan diesel ini sekadar mengundang persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan dan dalam masa yang sama cuba mempromosikan parti mereka sedangkan mereka sendiri hanya menyedari kelemahan-kelemahan itu selepas ianya berlaku.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek, Bekalan minyak diesel bersubsidi di Sabah kembali pulih seperti biasa. Beliau berkata tinjauan di depot minyak Shell dan Petronas mendapati bekalan adalah mencukupi sepanjang musim perayaan ini. Jesteru rakyat tidak perlu risau terutama sekali bagi penduduk yang beragama Islam kerana suasana perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi TIDAK akan terjejas. Penulis nasihatkan supaya rakyat tidak bergantung sepenuhnya dengan laporan atau kenyataan ahli politik pembangkang kerana apa sahaja yang mereka ungkapkan jarang sekali bertepatan dengan fakta sebenar. Malahan, pembangkang juga tidak pernah melakukan kajian terperinci mengenai permasalahan-permasalahan yang MUNGKIN akan dihadapi oleh rakyat dikemudian hari. Seperti isu kekurangan diesel ini, pembangkang sebenarnya hanya bermain dengan persepsi yang kemudiannya diterjemahkan sebagai jawapan untuk dinilai oleh rakyat.

Penulis sendiri meragui bagaimana Jeffrey Kitingan begitu yakin bahawa kekurangan diesel di Sabah berkait rapat dengan kelemahan ESSCOM dan ESSZONE. Apakah kaedah atau kayu pengukur yang digunakan oleh beliau untuk mengukur sejauhmana keberkesanan pasukan yang berada dalam kawasan dan zon keselamatan pantai timur Sabah? Pasukan keselamatan yang berkawal di kawasan itu bukan sahaja mengendalikan tangkapan penyeludup barangan seperti diesel tetapi juga pendatang tanpa izin. Memang benar berlaku aktiviti penyeludupan sejak dulu lagi dan pasukan keselamatan sendiri mengakui bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mengawal setiap inci sempadan Sabah yang luas. Namun, itu tidak bermakna bahawa ESSCOM tidak efektif atau tidak memainkan peranan untuk membanteras penyeludupan. Selain berdepan cabaran mengawal pesisir pantai sepanjang 1,400 kilometer dari Kudat ke Tawau, pasukan keselamatan di ESSCOM juga perlu mengawal 486 buah pulau. Jesteru, jika Jeffrey Kitingan berada dalam situasi ini, apa pula yang akan beliau lakukan bagi menangani 100% masalah penyeludupan, pendatang tanpa izin dan pencerobohan pengganas?

Tidak seperti pemimpin-pemimpin pembangkang yang enggan mengakui kelemahan, pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek tetap akur dengan keperluan penambahbaikan pasukannya. Menurut beliau, mereka akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan, membuat penjajaran dan menempatkan pos kawalan termasuk memikirkan penambahan pos kawalan sedia ada dan tambahan pos kawalan gabungan antara anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Malah, Esscom turut merancang untuk meningkatkan keupayaan aset bagi kegunaan pasukan keselamatan selain memantapkan lagi risikan. Di pihak pembangang? apa pula sumbangan mereka selain dari berkempen dan menyanyikan lagu "Sabah akan hilang"?..

Mengenai perjanjian petroleum yang kononnya Sabah akan memiliki royalti sebanyak 20% sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri (DISINI), bagaimana ianya boleh dilaksanakan jika Petronas hanya untung 16% (DISINI)? Lebih pelik lagi, bagaimana isu royalti ini boleh menyumbang kepada kekurangan diesel di Sabah sedangkan pemberian 5% royalti kepada Sabah sudah diputuskan sejak tahun 1976 lagi, bukan tahun lepas atau bulan lepas.. Jesteru, kenapa hanya pada tahun 2013 barulah kesannya dapat dilihat? Jika bagi penulis blog "Legal and Pruden" bahawa Sabah layak memperolehi 100% minyak, kenapa beliau sendiri tidak jalankan sahaja operasi mencari dan menggali minyak tanpa memerlukan bantuan syarikat besar? Dalam hal ini siapa sebenarnya bodoh? rakyat Sabah atau penulis L&P?

Tuesday, July 16, 2013

DAP Sabah ketandusan isu

Inilah masanya DAP naik kepala apabila reputasi mereka jauh lebih baik dari parti pembangkang Sabah yang lain. Sikap bodoh sombong, berlagak dan mengada-ngada kian rancak dipertontonkan kepada rakyat bukan sahaja di Sabah, malah seluruh negara. Isu-isu kitar semula yang sepatutnya tidak memerlukan penyelesaian, atau isu yang sedang dan akan ditangani kerap dimainkan mereka selagi isu itu mampu memberikan "pulangan" lumayan kepada parti asing ini.

Pelbagai cara dilakukan DAP untuk merampas kerajaan samada secara halus, kasar mahupun secara tersembunyi. Putar belit, menghasut, memfitnah, berdemo, merekrut Tentera Kacang Merah semuanya telah dilaksanakan. Jesteru, jika perkara yang boleh membinasakan negara boleh saja dilakukan oleh pemimpin-pemimpin gila kuasa ini, apatah lagi dengan perkara yang hanya memerlukan mereka memutar-belitkan fakta dan mengelirukan rakyat.

Junz Wong, melalui portal Sabahkini ada membangkitkan mengenai Dasar Kabotaj, bayaran tempat letak kenderaan, royalti minyak, yuran masuk ke sungai Klias dan Pulau Sapi, dan juga mengenai pelan induk pembangunan. Sedar atau tidak, Junz Wong sebenarnya membangkitkan isu yang juga menuntut penjelasan dari beliau dan juga parti yang diwakilinya..
1) MOTION TO REVIEW CABOTAGE, Will be tabling a motion to seek collective supports from all Sabah YBs and hopefully MPs to push for a review of Cabotage policy to cope with high living costs in Sabah in next Dewan sitting. Since MP Putatan was vocal in disagreeing with Cabotage policy in Parliament, I hope YBs from UPKO will be vocal and support my motion!
Sila rujuk tulisan terdahulu penulis di SINI yang ditujukan khas kepada mereka-mereka yang mahu dasar ini dimansuhkan. Secara ringkasnya, mahukah DAP Sabah bertanggungjawab sekiranya ratusan syarikat perkapalan tempatan terjejas ekoran pemansuhan dasar ini? mahukan DAP Sabah bertanggungjawab sekiranya ribuan rakyat tempatan yang berada disektor perkapalan menganggur? Adakah para pemimpin DAP Sabah sudah mengkaji faktor-faktor lain yang menjadi punca kepada kenaikkan harga barangan di Sabah sebelum memutuskan pemansuhan dasar kabotaj? Dan satu soalan yang mungkin terlalu berat untuk pemimpin-pemimpin DAP jawab ialah, bagaimana kos sara hidup di Pulau Pinang boleh naik mendadak mengatasi kos sara hidup di Kuala Lumpur sedangkan negeri itu tidak ada dasar kabotaj?
2) Why Mayor claims no fund to upgrade parking facilities while Musa claims no need for more federal funds via 20% oil royalty? Mayor claimed waiting fund to be arrived by 2014 when parking problem is long overdue issue burdening car users every day. Apparently there r only less than 18,000 parking slots in city areas. If there is no fund available, Musa should reconsider 20% royalty claim.
Teramatlah dangkal hujahnya seolah-olah Sabah itu adalah Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu itu adalah Sabah.. Bagaimana dengan Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Ranau, Beaufort dan semua bandar-bandar di Sabah? Peruntukan kerajaan Persekutuan tidak hanya tertumpu di Kota Kinabalu, malah seluruh Sabah. Begitu juga jika Sabah menikmati 20% royalti minyak, dana ini tetap akan disalurkan ke semua daerah di Sabah. DAP Sabah sepatutnya bersyukur kerana isu tempat letak kenderaan ini sentiasa menjadi perhatian kerajaan dan DBKK setiap tahun. Malah, masalah ini memerlukan penyelesaian berterusan iaitu selagi bertambahnya jumlah kenderaan, selagi itu usaha penambahbaikkan terus dilakukan... melainkan DAP mempunyai kaedah lain untuk menyelesaikan masalah ini hanya sekali dalam 100 tahun..?? Kembali kepada isu royalti, pemimpin DAP Sabah juga patut menjawab dan menjelaskan dimana datangnya 20% royalti itu jika Petronas hanya untung 16%?? ulasan lanjut boleh baca DISINI
3) Whats d reason why Tourism famous spots such as Klias River & Sapi island etc has started to charge fees per entry? This has burdened tourism industry players? Sapi Island poorly maintained. 
Lagilah parah pemain industri pelancongan jika semua destinasi menarik di negeri ini disediakan secara PERCUMA kepada orang ramai dan pelancong asing. Bagaimana tempat-tempat menarik ini mahu dibangunkan jika pemaju menyediakannya secara percuma? Adakah bagi DAP, aspek penyelenggaraan atau pembangunan kawasan tumpuan pelancong ini tidak memerlukan sebarang dana? Penulis sendiri tidak faham apa sebenarnya maksud pemimpin DAP dalam petikan ini. Walaupun penulis tahu bahawa Pakatan Rakyat sememangnya sinonim dengan istilah PERCUMA, tapi takkan lah benda remeh seperti ini mereka tidak boleh fikir.. Ingin juga penulis mencabar pemimpin-pemimpin DAP supaya memajukan salah satu destinasi tumpuan pelancong di negeri ini tanpa mengutip sesen pun bayaran dari pelawat atau pelancong.
4) Push for the need to have a comprehensive development master blueprint for future developments and get participations from all parties via residents or stakeholders, government & NGOs before executing state projects with comprehensive details with transparency and accountability, giving chance for public to get involved / take part in decision making process on projects or developments which will affect them in their future.
Jika kerajaan tidak melibatkan semua pihak dalam membuat keputusan mengenai aspek pembangunan di negeri ini, sudah lama kita nikmati bekalan elektrik dari arang batu atau empangan Tambatuon.. Malah tidak mustahil kasino bertaraf antarabangsa juga wujud di negeri ini sebagai pendapatan utamanya selain kelapa sawit. Kesimpulannya, kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang sentiasa bertolak ansur dan mendengar setiap pandangan bukan sahaja dikalangan rakyat biasa, malahan juga dikalangan pembangkang. Jika diimbas kembali siri bantahan pembangkang diseluruh negara, dan jika semua bantahan itu dituruti begitu sahaja, jangan haraplah negara atau negeri ini boleh mengecapi pembangunan seperti yang ada pada hari ini. Sedangkan pokok yang ditanam sepanjang tepi jalan kawasan bandaraya KK pun dijadikan isu oleh pembangkang, inikan pula projek pembangunan yang menelan belanja jutaan ringgit.

Bagaimana pula dengan negeri jajahan DAP? wujudkah ketelusan dan kebertanggungjawapan dalam mentadbir Pulau Pinang?....

Tuesday, July 9, 2013

Royalti Minyak: Mana Datangnya 20% Jika Petronas Hanya Untung 16%?

KOTA KINABALU: Luyang State assemblyman Dr Hiew King Cheu has maintained that the Sabah State government should fight for higher oil royalty instead of being happy with the existing paltry five per cent.

“We deserve to have more especially with new oil fields being opened up and with bigger production as well as more revenue,” he said. - Borneo Insider

Berkali-kali pembangkang minta supaya kerajaan menaikkan royalti minyak Sabah, dan berkali-kali juga penjelasan diberikan oleh pihak kerajaan mengenai halangan dalam memenuhi tuntutan tersebut. Tanpa mengulas atau menjawab penjelasan dipihak kerajaan, pembangkang terus mempamerkan sikap bodoh sombong melakukan desakan terhadap sesuatu perkara yang amat mustahil untuk dilaksanakan. Jika Dr Hiew King Cheu mempunyai kaedah yang lebih efisien terutamanya dalam penjimatan kos cari gali, kenapa tidak cadangkan?

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini pernah membuat penjelasan secara panjang lebar mengenai royalti minyak. Jesteru, jika Hiew merasakan dirinya berada dipihak yang benar, dan mempunyai hujah-hujah bernas bagi mengetengahkan tuntutan beliau, kenapa sehingga hari ini Hiew tidak menyangkal penjelasan konkrit Datuk Rahman? Mungkin penulis lebih meyakini bahawa terdapat asas kukuh untuk melaksanakan tuntutan lebih daripada 5% royalti minyak untuk Sabah jika ada mana-mana pemimpin pembangkang tampil menyangkal satu-persatu fakta yang dihuraikan oleh Datuk Rahman.
"Bagi setiap RM100 keuntungan diperoleh daripada hasil minyak Sabah, sejumlah 5% disalurkan sebagai simpanan Kerajaan Negeri manakala 5% lagi kepada simpanan Kerajaan Pusat. Sejumlah 45% digunakan bagi menampung kos pemulihan manakala 45% lagi diagih sebagai untung kasar bersama. Kesimpulannya, selepas berkongsi pendapatan dengan pihak lain dan membayar cukai, adalah jelas keuntungan Petronas hanyalah sekitar 16.74%. Jika Petronas diminta membayar tambahan 15% daripada margin keuntungannya, ia tidak mampu menampung perbelanjaan, komitmen kewangan dan melakukan pelaburan semula sebagai pendapatan akan datang." - MP Kota Belud
Fakta di atas hanya sedikit dari penjelasan Datuk Rahman mengenai kesukaran Petronas dalam memberikan royalti lebih tinggi sebagaimana yang dituntut oleh pembangkang. Mana-mana pelawat blog ini yang masih kurang jelas mengenai isu royalti Sabah, eloklah baca keseluruhan artikel yang ditulis sendiri oleh Datuk Rahman melalui pautan diatas agar tidak terpesong lebih jauh oleh dakyah politik puak-puak bodoh sombong ini.

Seakan menjadi modus operandi puak pembangkang, apabila isu yang dibawa berjaya disangkal atau dijawab dengan fakta-fakta bernas, mereka akan senyap seketika. Kemudian, apabila rakyat mula melupakan segala penjelasan atau fakta yang dikemukakan sebelum ini, pembangkang tampil semula dengan mengitar semula isu-isu tersebut dengan harapan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan sebelum ini kembali menghantui pemimpin-pemimpin yang berkenaan.

Sebagai pemerhati politik, penulis faham benar dengan perangai puak-puak terdesak ini yang sentiasa gigih memesongkan dan meracuni fikiran rakyat tanpa sedikitpun rasa bersalah. Agaknya, bagi mereka, rakyat tidak akan tahu mengenai wujudnya "garis panduan" pembohongan dan putar belit pembangkang dalam melaksanakan misi rampasan kuasa. Dan tidak mustahil juga, pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Hiew masih beranggapan bahawa rakyat di negeri ini begitu mudah dibohongi sebagaimana mudahnya mereka dibohongi oleh insan yang bernama Anwar Bin Ibrahim.

Jika benar mereka ikhlas berjuang dan ikhlas menuntut sesuatu yang baik untuk rakyat, kenapa mereka hanya tahu menimbulkan persoalan dan membangkitkan tuntutan?? Dari mula-mula isu itu dibangkitkan hinggalah ke hari ini, mereka hanya tahu menuntut dan menimbulkan persoalan tanpa ada sebarang penjelasan dipihak mereka tentang bagaimana tuntutan itu boleh dilaksanakan selepas mengambilkira pelbagai faktor dalaman dan luaran..

**MUNGKIN SELEPAS INI BOLEHLAH HIEW AJAR KERAJAAN BAGAIMANA CARANYA MENGGALI MINYAK DIDASAR LAUT MENGGUNAKAN SUDU DAN MENYEDUTNYA PULA MENGGUNAKAN STRAW.. APABILA KOS CARIGALI BERJAYA DIJIMATKAN, MAKA NAIKLAH ROYALTI MINYAK SABAH..... KEEEEHUIIIII!!!!

Sunday, January 20, 2013

Pakatan Pembangkang tidak faham industri Petroleum

KOTA KINABALU, 18 Jan (Bernama) -- Seorang tokoh akademik berkata sebarang cadangan mengenai kenaikan royalti minyak kepada Sabah harus diukur secara realistik, bukan dengan janji palsu.

Pensyarah Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Asmady Idris percaya kerajaan Barisan Nasional mempunyai formula terbaik untuk menambahbaik sasaran peratus royalti minyak negeri.

"Pihak pembangkang meletakkan sasaran peratus kenaikan royalti minyak sewenang-wenangnya tetapi rakyat bijak mengukurnya secara realistik," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha BN Negeri, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengingatkan rakyat bahawa janji pembangkang untuk menaikkan 15 peratus royalti minyak kepada Sabah akan akhirnya menjejaskan kewangan Petronas dan boleh membawa kepada muflis.

Abdul Rahman menegaskan bahawa berdasarkan formula semasa, bagi setiap RM100 hasil yang diraih daripada minyak Sabah, lima peratus akan ke tabung negeri manakala lima peratus lagi kepada tabung Persekutuan.

Kira-kira 45 peratus masuk ke dalam kos penemuan dan baki 45 peratus kepada keuntungan kasar usaha sama. Akhirnya, keuntungan Petronas, selepas mengasingkan hasil dengan yang lain dan selepas membayar cukai, hanya kira-kira 16.74 peratus, katanya dalam laporan akhbar baru-baru ini.

Dr Asmady berkata penambahan peratusan ke atas royalti minyak kepada Sabah bukan menjadi ukuran, sebaliknya penilaian rapi keperluan semasa dan pemantauan bekalan minyak itu kepada perkembangan sektor ekonomi negeri Sabah.

Beliau berpendapat bahawa cadangan pembangkang menaikkan 15 peratus royalti minyak kepada Sabah hanya sebagai bahan kempen pilihan raya dengan menjanjikan sesuatu yang belum pasti dapat ditunaikan.

Dalam musim menghadapi pilihan raya, pihak pembangkang boleh berkata apa sahaja sebagai landasan mencapai hasrat mereka tetapi pada akhirnya tiada apa-apa (berlaku), katanya.

Dr Asmady berkata kerajaan hari ini cukup bijak menangani isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk soal royalti minyak selain prihatin memikirkan kebaikan rakyat dan membangunkan ekonomi negeri ini ke tahap lebih baik, katanya.

Beliau mencadangkan semua pihak duduk berbincang termasuk Petronas, kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan bagi mengenal pasti segala faktor berkaitan, termasuk pemantauan domestik kepada prestasi eksport dan import semasa.

Sementara itu, bekas ahli akademik Program Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial UMS Prof Madya Dr P. Balakrishnan pula berkata sebarang perubahan ke atas penambahbaikan peratusan royalti minyak harus dibincang secara rapi demi manfaat rakyat.

"Penambahbaikan untuk naik royalti minyak kalau memberi kebaikan kepada rakyat boleh diambil kira," katanya.

Balakrishnan yang kini pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata Petronas perlu membuka lebih peluang ke atas pelaburan dalam pelbagai sektor bagi membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Janji 20 Peratus Royalti Minyak Bukti Pakatan Pembangkang Tak Faham Industri Petroleum

TAWAU, 19 Jan (Bernama) -- Janji menaikkan royalti minyak antara 15 hingga 20 peratus kepada Sabah yang ditabur pakatan pembangkang sekiranya mereka memerintah menunjukkan pembangkang tidak memahami selok-belok industri petroleum.

Sambil menyifatkan ia sebagai janji bohong, Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata sebagai jurutera yang pernah berkerja dengan syarikat petroleum antarabangsa, beliau mengetahui bahawa industri petroleum berisiko tinggi dan memerlukan modal pelaburan yang amat besar.

"Setiap hasil daripada 100 tong minyak Sabah yang dikeluarkan, lima peratus pergi kepada negeri Sabah dan lima peratus lagi kepada kerajaan persekutuan. Sebanyak 45 peratus untuk mencari gali minyak dan 45 peratus lagi adalah keuntungan (kasar) yang dikongsi Petronas dengan rakan syarikat cari gali seperti Shell dan Esso.

"(Selepas pembahagian hasil dan membayar cukai) Hasil yang diperoleh Petronas kira-kira 16 peratus. Sekiranya (royalti Sabah) diberi lagi 10 peratus, Petronas akan tutup," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan Elaun Sara Hidup kepada 504 nelayan Tawau di sini hari ini.

Tawfiq berkata sebagai sebuah daripada syarikat petroleum terbaik di dunia, Petronas perlu terus kukuh kerana ia amat penting kepada Malaysia untuk masa depan negara.

Monday, January 14, 2013

Tuntutan 20 peratus royalti lumpuhkan Petronas cari sumber baru

BACHOK:Tuntutan pembangkang supaya Petronas memberi royalti minyak dari lima kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak boleh menyebabkan syarikat itu lumpuh untuk beroperasi di luar negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. 

Beliau berkata, tuntutan itu tidak munasabah dan tidak bertanggung jawab. 

“Jika (royalti) dinaikkan, syarikat itu tidak mampu untuk beroperasi mencari minyak di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup secara tunai kepada nelayan kawasan Bachok di Pejabat Pendidikan Daerah Bachok di sini kelmarin. 

Beliau mengulas cadangan pembangkang yang mahu memberi royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak jika dapat menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13. 

Katanya, Petronas perlu mempunyai simpanan modal untuk mencari sumber dan pendapatan baharu di negara-negara baharu yang memerlukan jumlah modal yang sangat besar. 

Awang Adek berkata jika usaha itu dihalang ia tidak mungkin dapat menyumbang dividen yang tinggi kepada negara yang kini berjumlah RM30 bilion setahun yang tidak termasuk pelbagai cukai. 

“Pembangkang kena ingat separuh dari keuntungan Petronas datangnya dari operasi di luar negara,” kata Ketua Umno Bahagian Bachok itu. 

Katanya dengan pendapatan itu kerajaan dapat menguruskan ekonomi negara dengan cemerlang terutama merangka projek-projek ekonomi, pelbagai bentuk subsidi dan kemudahan asas kepada rakyat. 

“Petronas kini paling berjaya meneroka minyak di 36 buah negara. Kenapa kita harus menyekat masa depannya dengan tindakan yang tidak bertanggung jawab? 

“Jangan mudah percaya dengan janji manis pembangkang,” katanya. New Sabah Times

Friday, January 4, 2013

An increase in oil royalty and KL Takes All: A Slue to Fallacy

 
Time and again, we have listened to the opposition's over the top vitriol on two very emotive issues to Sabahans; the promise of 15% increase in oil royalty to Sabah and the allegation of federal government taking away all Sabah resources and in return, giving almost nothing back to Sabah. These issues must be answered factually and timely to prevent anyone from being deceived into emotional shadow boxing by the opposition.
 
Let's start with the 15% increase in oil royalty issue. While on the surface it sounds quite appealing, there are serious concerns over the mechanics needed to bring the notion to fruition. Making promises is one thing; executing them is another thing all together.

AN OVERVIEW 

The petroleum business is not a business arrangement for the Average Joe. The capital outlay, technical challenges and financial risks are so great and prohibitive that only the companies which have specialized expertise and bottomless bank accounts normally dare enough to go into it.

Imagine trying to lower drilling pipes, 4.5km from the sea level, in an intensely-pressurized environment to search for the elusive black gold. It requires special and extremely expensive equipment and expertise which only the world’s oil major players (the likes of Shell, Murphy Oil, ExxonMobil, etc) possess. The cost of exploration drilling could run into hundreds of millions of dollars which would go to absolute waste should no oil be found in vicinity of choice.  

The nation’s oil company, Petronas, like her counterparts in other  developing countries (Indonesia, Venezuela and Nigeria etc), does not have the capacity to absorb the financial risk mentioned above. 

It is not financially equipped to spend billions on research and development and take on the financial risks in the exploration and production phases when the same billions are very much needed to be spent on the country’s development. 

In addition, unlike Petronas - which primarily operates within Malaysia’s waters - the oil majors  enjoy economies of scale. They operate all over the world which helps to defray the costs of R&D, the exploration and production phases.

In the event that oil is actually discovered, the capital that needs to be spent in the subsequent phases is even more substantial. It is reportedly said that the cost of the oil production phase could reach as much as RM2 billion. Sometimes even more.

To cushion such uncertainties and spread the financial risk, Petronas enters into a joint-venture agreement (known in the industry as Production Sharing Contract or PSC and later, a variant called RSCs or Risk Sharing Contracts) with multinational oil companies like Shell, Murphy Oil or ExxonMobil and others.

These giant oil companies are given a percentage of the oil revenue generated in return of them bearing the financial risk and sharing technologies worth billions in Research & Development.

PETRONAS TAKES ALL?

The opposition always paint the perception that Petronas has been unfairly profiting from Sabah’s oil revenue, so according to them, it is only right for Petronas to give 15% extra oil royalty to Sabah.

Can it be done? Is it even doable? Let’s explore the realities.

While the following example will not be able to capture every essence of all the JV partnerships Petronas entered into, none the less, it is suffice to give a fair view of what the realities are on the ground.

The illustrations below explain how much Petronas makes from Sabah oil. 


 
For every RM100 revenue derived from Sabah oil, 5% goes to the state’s coffer while another 5% to the Federal coffer. Approximately 45% goes into recovery cost, and the remaining 45% goes to the joint venture’s gross profit.

In the end, it is clear that Petronas’ profit, after splitting revenue with others and after paying taxes, is only around 16.74%. If Petronas is asked to pay up the extra 15% from its profit margin, this will effectively render them unable to pay their overheads, financial commitments and re-investment for future income. The end result is financial blow which may lead to bankruptcy!

If Petronas is unable to pay without jeopardizing its very existence, where would the additional 15% come from then? Obviously there are two other choices left; the PSC partner or the federal government.

It is very unlikely for the PSC partner to give up what was already agreed in the contract between them and Petronas. Furthermore, lower profit percentage would make oil exploration in Malaysia unattractive to them. 

If the joint venture partners refuse jobs in Malaysia, we will not be able to extract our oil in an economically viable manner. This may lead to a serious energy security problem for Malaysia: with no one extracting oil, we may end up importing all of our energy requirement!

With Petronas and its joint venture partners unable to commit the extra 15% (or about RM12.5 billion) to the oil producing states of Sabah, Sarawak and Trengganu, the other option is of course to take it from the federal government which receives dividend around RM30 billion annually from Petronas.

This option is not without its own ramifications.

With reduced dividend from Petronas, the federal government will have less money for its budget. This means there will be less public spending on subsidies, schools, hospitals, police stations, roads and other infrastructures. Obviously, the most impacted would be the non-oil producing states. 

Anwar Ibrahim must have the moral courage to inform the non-oil producing states that as a Prime Minister, he will cut their federal allocated budget by RM12.5 billion. Unfortunately this is not happening. 

The last option available to Anwar Ibrahim is to increase Sabah’s oil royalty by 15% but in order to ensure he has enough funds available for the rest of the country, he will have to cut Sabah’s federal allocation. Remember, cutting Sabah’s federal allocation is within his prerogative as a Prime Minister. This option is plausible given the fact he has never given any assurances publically that he would not cut Sabah’s federal allocation which, at the moment, is one of the highest among all the states in Malaysia.

It is actually funny how Anwar hardly shares the specifics of his promise of 15% increase in oil royalty with the rest of the country. Perhaps he knows very well that he won't be able to provide explanation for them. Apparently, keeping Malaysians in the dark makes the illusion easier to perform. In fact, I remember asking opposition members, including Anwar Ibrahim himself, in Parliament of the specifics but instead of an answer, I got a blank response followed by sharp stares!

FEDERAL GOVERNMENT COLLECTS MORE THAN IT SPENDS IN SABAH

This is yet another irresponsible claim by the opposition to gain sympathy votes in Sabah. It is a very powerful lie which if not countered factually, could result in deep division and hatred towards the Barisan Nasional federal government.

Let's address this issue objectively and see if it is true that the federal government has been taking so much of Sabah's resources (including oil money) but giving back so little in return.

The following two illustrations show what federal government collected in Sabah in 2011 and how much it had spent in Sabah in the same year. 



Contrary to lies spawned by the opposition, the federal government actually spent more (by a whopping RM4.736 billion) in Sabah in 2011 compared to what it collected in the same year!

The statistics, which were made available to me by Bahagian Analisa Cukai dan Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia, went as far back as 2007 and had breakdowns for each federal ministry.

It showed the same consistent trend of federal government spending more in Sabah than what it collected in each year. Nothing is more revealing than the truth and fact! Statistics, in the end, don't lie.

For the year 2012 onwards, there is no reason to believe the trend will reverse itself especially when Dato Sri Najib Tun Razak has made it very clear that special emphasis will be placed on Sabah's development under his economic transformation program.

Towards this, Barisan Nasional Sabah is happy to note that to date, the Prime Minister has not disappointed Sabahans.

*end*

Thursday, September 13, 2012

Cabaran sepanjang tahun sebagai Ketua Menteri Sabah

Walaupun kepimpinan BN Sabah berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang tahun ini, Pengerusi BN Sabah selaku Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman tidak sedikitpun kelihatan gusar, malah beliau sentiasa tenang dan ceria menghadapi semua cabaran itu tanpa sedikitpun menjejaskan reputasi beliau dan juga parti yang diwakili.Cabaran yang datang pula bukan sahaja dikalangan pemimpin-pemimpin pembangkang, malah dikalangan ahli parti sendiri dan juga pihak luar yang tidak ada langsung kena mengena dengan pentadbiran kerajaan negeri Sabah.
 
Isu 1: Borneonisasi
Bermula dengan isu Borneonisasi, ada pihak yang mendakwa bahawa kerajaan negeri Sabah dikawal oleh Kuala Lumpur sehingga mendorong dua penduduk Sabah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan Negeri kerana gagal melaksanakan Pemborneonisasian terhadap perkhidmatan awam Persekutuan di Sabah. Dakwaan ini sebenarnya tidak benar sama sekali kerana hala tuju negeri ditentukan oleh Jemaah Menteri atau Kabinet Negeri yang ada. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan menteri-menteri persekutuan tidak pernah campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Sabah. Malah, jika kita lihat jabatan-jabatan kerajaan di Sabah hari ini, jawatan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Pengarah Kastam, Pengarah Imigresen dan Pengarah Pelajaran Negeri telah diketuai oleh pegawai-pegawai tempatan Sabah. Itu antara bukti Kerajaan Persekutuan mengiktiraf kebolehan orang Sabah dan menghormati pentadbiran kerajaan negeri.

Isu 2: Lajim & Bumburing
Sedikit masa lalu, kita dikejutkan dengan tindakan dua pemimpin BN (Lajim dan Bumburing) keluar meninggalkan parti masing-masing ketika pilihanraya umum dijangkakan sudah semakin hampir. Ramai pihak menjangkakan bahawa tindakan kedua-dua bekas pemimpin BN ini akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN Sabah. Namun, bagi BB, BN di Sabah tidak akan tergugat dengan tindakan tersebut kerana rakyat Sabah hari ini bijak menilai setiap permainan yang dibawa oleh pembangkang. Tanggapan-tanggapan buruk yang dilemparkan oleh bekas pemimpin-pemimpin BN ini samada terhadap parti mahupun Datuk Musa Aman hanya dakyah pembangkang semata-mata dalam usaha mereka mengelirukan rakyat di Sabah ketika mereka tidak mempunyai apa-apa kekuatan untuk berhadapan dengan parti lawan. Mereka sekarang sibuk mengatakan kononnya akan berjuang untuk membantu rakyat. Tapi kenapa mereka tidak lakukan tugas itu ketika mereka masih memegang pelbagai jawatan sama ada menteri atau timbalan menteri sebelum ini?. Ini menunjukkan perjuangan mereka tidak ikhlas melainkan sekadar memberikan alasan lemah untuk keluar daripada parti demi mengejar cita-cita yang lebih besar.

Isu 3: Warga Asing
Kebanjiran warga asing di negeri ini sebenarnya adalah bukti nyata bahawa peluang pekerjaan sentiasa wujud di Sabah hasil dari usaha berterusan  kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman dalam memajukan dan memakmurkan ekonomi negeri Sabah. Namun, itu bukanlah alasan untuk kerajaan BN duduk diam tanpa melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah kebanjiran warga asing di negeri ini.  Malah, kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga jawatankuasa negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut secara bersama. Banyak program yang dijalankan termasuk penguatkuasaan melalui pelbagai agensi iaitu polis, tentera dan imigresen bagi menghantar mereka pulang ke negara masing-masing. Bagi warga Indonesia, kerajaan tidak ada masalah untuk menghantar mereka pulang kerana mereka mempunyai konsulat di Sabah. Sebaliknya, masalah melibatkan warga Filipina agak sukar diuruskan kerana negara itu tidak mempunyai konsulat di sini. Jika pembangkang mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa, ia adalah tidak benar sama sekali. Malah, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja bagi menangani masalah ini secara lebih komprehensif dan agresif.

Isu 4: Royalti Minyak
Bagi isu royalti minyak, BB sudah jelaskan sebelum ini (DISINI).  
Memang benar Petronas telah memperolehi pendapatan berbilion ringgit daripada usaha carigalinya di Malaysia termasuk di Sabah, tetapi mungkin pemimpin-pemimpin pembangkang lupa bahawa Petronas juga menanggung kos carigali sebanyak 85% di 46 buah negara di dunia, tidak termasuk Somalia dan Kazakhtan. Selain daripada itu, Petronas juga membiayai subsidi minyak kepada rakyat Malaysia serta membayar cukai korporat dan zakat perniagaan. Berdasarkan fakta ini, agaknya dari mana angka 20% dan 50% itu boleh dijana?? Sebab itu Datuk Musa Aman sebelum ini mempersoalkan janji 20% royalti minyak yang gagal dijelaskan secara panjang lebar oleh pembankang, bukannya mempertikaikan kenaikkan royalti. Malah Datuk Musa Aman menyokong penuh kenaikkan royalti minyak ini sehingga beliau sendiri tampil mendesak kerajaan Persekutuan supaya mengkaji semula royalti minyak Sabah. Dan disebabkan desakan itu juga DS Najib telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menyemak semula royalti petroleum ini sekaligus menentukan paras peratusan yang boleh ditingkatkan. 

Isu 5: Pembangunan Ekonomi
Pelaburan berjumlah RM10.2 bilion pada suku pertama tahun ini adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa pelabur semakin berminat untuk melabur di Sabah. Ini adalah bukti bahawa kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman telah melaksanakan tugas dengan baik. Rakyat dapat menerima faedah secara langsung dengan pelaburan itu melalui peningkatkan taraf infrastruktur di negeri ini yang kini telah menampakkan perbezaan ketara berbanding 10 atau 20 tahun lalu. Selain itu, kejayaan ini juga turut memberi nikmat kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Contohnya perniagaan udang kara yang dijalankan di Semporna yang berjumlah berbilion ringgit turut memberikan peluang kerja kepada penduduk tempatan termasuk nelayan dan juga pengusaha di situ. 

Begitu juga industri pelancongan yang semakin berkembang di Sabah. Jumlah kehadiran pelancong asing dari Korea Selatan, Eropah serta Amerika Syarikat yang semakin meningkat turut menjana ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi. Pelbagai tempat menarik di negeri ini seperti Pulau Sipadan dan Gunung Kinabalu semakin mendapat sambutan diperingkat antarabangsa. Malah kehadiran pasangan di-raja William dan Kate ke negeri ini juga bakal meletakkan Sabah antara destinasi pelacongan terbaik dunia.

By: Borneo Bullet

Tuesday, August 28, 2012

Minyak dan Gas bukan dikorek menggunakan sudu

Panas! Panas!.. belum reda isu RCI, timbul pula isu royalti minyak dan gas..

Ekoran dari kenyataan Datuk Musa Aman baru-baru ini yang menyokong gesaan Ketua Menteri Sarawak yang mahukan supaya Kerajaan Pusat menyemak semula kadar semasa lima peratus royalti petroleum, ramai pula pihak yang tersentak dan tidak henti-henti mempertikaikan keikhlasan kerajaan dalam memenuhi tuntutan ini.

Secara jujurnya tidak ada negeri (pengeluar minyak) di Malaysia yang tidak mahu royalti minyak dinaikkan 100%. Jika dihitung jumlahnya, cukup untuk mengubah landskap sesebuah negeri daripada hutan kepada bangunan pencakar langit.

Namun apakan daya, minyak dan gas itu bukan dikorek menggunakan sudu di lopak-lopak berair di tepi-tepi jalan. Sebaliknya ia memerlukan sebuah pelantar minyak yang dilengkapi dengan alat menggerudi lapisan batu di dasar laut, bangunan mini untuk penginapan para pekerja, tempat pendaratan helikopter dan tempat pemprosesan minyak mentah.

Bukanlah niat BB untuk bercerita mengenai pelantar minyak secara panjang lebar,  melainkan sekadar untuk memberikan gambaran bahawa royalti minyak tidak boleh dinaikkan sesuka hati tanpa mengambilkira kos carigali dan kos subsidi yang ditanggung oleh Petronas.
 
Seperti yang kita sedia maklum, sejak akhir-akhir ini banyak pihak yang mencadangkan supaya royalti minyak Sabah dinaikkan dari 5% sehingga 20%, malah ada yang tanpa segan silu menjanjikan royalti sebanyak 70%. Berbagai-bagai pandangan pro dan kontra dari pelbagai pihak mengenai isu tersebut. Namun kebanyakan pandangan ini tidak disokong dengan fakta tentang bagaimana royalti minyak ini boleh ditambah sehingga ke paras tertentu.

Memang benar Petronas telah memperolehi pendapatan berbilion ringgit daripada usaha carigalinya di Malaysia termasuk di Sabah, tetapi mungkin pemimpin-pemimpin pembangkang lupa bahawa Petronas juga menanggung kos carigali sebanyak 85% di 46 buah negara di dunia, tidak termasuk Somalia dan Kazakhtan. Selain daripada itu, Petronas juga membiayai subsidi minyak kepada rakyat Malaysia serta membayar cukai korporat dan zakat perniagaan. 

Berdasarkan fakta ini, agaknya dari mana angka 20% dan 70% itu boleh dijana?

Sebab itu DS Najib perlu menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menyemak semula royalti petroleum ini sekaligus menentukan paras peratusan yang boleh ditingkatkan. Oleh sebab itu juga, tidak perlulah rakyat dan juga pemimpin-pemimpin pembangkang "mewajibkan" nilai 20% atau 70% royalti minyak itu diberikan kepada Sabah kerana semua itu tetap akan dipertimbangkan melalui proses kajian yang terperinci lagi adil.

Kelantangan Datuk Musa Aman berkenaan dengan isu ini juga tidak perlu dipertikaikan. Tidak salah Datuk Musa Aman menjadi orang kedua selepas Taib dalam menyuarakan isu ini kerana hal itu bukanlah keutamaan dalam mencari penyelesaian kepada isu ini.

Berkenaan dengan kenyataan Datuk Musa Aman sebelum ini yang mengatakan janji pemimpin-pemimpin Pakatan berkenaan dengan royalti minyak tidak rasional, juga tidak perlu dipersoalkan. Bagi BB, memang betul janji pakatan itu tidak rasional setelah mereka gagal mengemukakan fakta tentang bagaimana mereka mampu memberikan royalti sebanyak itu kepada Sabah. Kenyataan Datuk Musa Aman itu sebenarnya jelas menunjukkan bahawa beliau BUKAN bermaksud menentang kenaikkan royalti, sebaliknya beliau mempertikaikan kesungguhan pembangkang dalam melaksanakan janji serta sejauhmana mereka mampu menunaikan janji-janji mereka yang hanya bersandarkan teori politik semata-mata, bukannya fakta.

Kita terpaksa akur dengan realiti jika semakan keatas royalti ini disifatkan agak terlewat. Ini kerana, Najib baru 4 tahun menduduki kerusi Perdana Menteri, bukannya 4 dekad. Begitu juga dengan Datuk Musa Aman. Malah sepanjang pentadbiran mereka, bukan RCI dan royalti minyak sahaja yang menjadi fokus kepada tanggungjawab mereka sebagai Perdana Menteri dan Ketua Menteri.

By: Borneo Bullet