SANDAKAN: Seorang penduduk di Kampung Air yang terlibat dalam satu kebakaran kira-kira 11 tahun lepas merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Afdal diatas keprihatinannya membantu rakyat menerusi pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Awang Damit Amat memberitahu sebahagian besar mangsa-mangsa kebakaran kini telah pun mempunyai rumah PPRT yang bukan sahaja memberi keselesaan kepada penghuni malah menambah keyakinan mereka terhadap kerajaan BN dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Beliau berkata, keprihatinan pihak kerajaan ini membuktikan bahawa komitmen membantu rakyat tidak pernah putus sekali gus membolehkan rakyat terutama golongan yang amat memerlukan untuk merasai nikmat pembangunan.
Katanya, kerajaan terbukti tidak berjanji kosong apabila pembinaan rumah-rumah PPRT akhirnya menjadi kenyataan dengan setiap mangsa kebakaran di kampung berkenaan pasti mendapat bantuan biarpun secara berperingkat-peringkat.
Serentak itu, Awang Damit, 54, menasihatkan rakyat terutama pengundi-pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Karamunting agar memberi sokongan padu terhadap kerajaan BN.
Ini katanya, tiada parti melainkan BN sahaja mampu membawa perubahan dari segi pembangunan dan kestabilan politik ketika negara mencapai sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020.
Tambah beliau, rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan apa jua dakyah yang cuba dilemparkan kumpulan pembangkang memandangkan ianya tidak boleh dipercayai hanya bertujuan untuk kepentingan agenda politik sempit.
Beliau menegaskan jika dibandingkan dengan kerajaan BN amat jauh sekali kerana kerajaan hari ini benar-benar bertanggungjawab apatah lagi sesuatu bentuk pembangunan dirasai semua kaum.
“Saya mengambil contoh pembinaan rumah-rumah PPRT untuk para mangsa kebakaran di Kampung Air ini, ia adalah satu janji pilihan raya, tetapi hari ini kita dapat menyaksikan sendiri kepimpinan BN berjaya mengotakan janji mereka. - New Sabah Times






