Showing posts with label Hj Amdee Sidik. Show all posts
Showing posts with label Hj Amdee Sidik. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Naib Presiden SAPP keluar parti sertai PPPS

BONGAWAN: Naib Presiden SAPP pusat Japar Ismail telah mengistiharkan keluar parti daripada SAPP menyertai pakatan rakyat melalui PPPS dibawah kepimpinan DSP Hj Lajim Hj Ukin selaku Presiden PPPS, majlis penyerahan borang kemasukan menyertai PPPS turut disertai oleh Ag Amin Ag Sabtu Naib pengerusi CLC SAPP N.24 Membakut merangkap ketua cawangan SAPP Kg.Likas Binsulok Membakut dan juga Naib ketua wanita SAPP P.168 Kota Merudu Pn.Arfah@Latipah bte Rani..

Bagi menutup segala kelemahan SAPP berhubung tindakan beberapa ahlinya yang keluar meninggalkan parti, sepantas kilat Timbalan Presiden SAPP Amde Sidek cuba meneutralkan keadaan itu dengan meremehkan kredibiliti Japar Ismail menggunakan kenyataan-kenyataan lapuk seperti dibawah;
I can only say for all this while Japar isn’t struggle for people of Sabah and the State, away from what he had portrayed as a leader that Sabahans have hope for, but more of self-interest and to be Yang Berhormat at cost. He knew fairly well how the party - SAPP makes decision and where party stands all along.
Setiap kali berhadapan dengan situasi seperti ini, ayat ini jugalah yang akan keluar dari mulut pemimpin-pemimpin pembangkang bagi menyelamatkan kapal mereka yang semakin karam. Kan lagi bagus jika Amde Sidek cakap saja bahawa semua pemimpin-pemimpin SAPP hari ini tidak ikhlas berjuang untuk rakyat dan negeri Sabah.. Tidak perlu tunggu mereka keluar meninggalkan parti baru ungkapan itu terpacul keluar dari mulut Amde Sidek..

Terimalah kenyataan bahawa SAPP hari ini umpama kapal buruk yang menunggu masa untuk karam. Bagi Bullet, tindakan Japar Ismail itu memang tepat pada masanya. Sementara masih ada banyak kapal baru dan lama yang masih kukuh, gunalah kesempatan itu untuk menyelamatkan diri.

Tuesday, January 15, 2013

SAPP mahu rakyat belajar dari kesilapan lalu?

Saya hanya boleh bersetuju pada TAJUK artikel Must Learn From Previous Mistakes yang ditulis oleh Timbalan Presiden SAPP, Hj Amdee Sidik. Untuk isikandungnya, tidak sama sekali.

Rakyat Sabah memang perlu belajar dari kesilapan-kesilapan lalu, tetapi tidak semestinya dengan memilih parti yang sudah pernah diberikan peluang memerintah. Pentadbiran kerajaan BN hari ini dilihat semakin baik, malah jauh lebih baik dari ketika SAPP masih bersama-sama BN, atau ketika Yong Teck Lee menduduki kerusi ketua menteri Sabah.

Kepada semua rakyat Sabah, marilah kita sama-sama hayati tajuk artikel "Must Learn From Previous Mistakes" berpandukan sumbangan-sumbangan presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee ketika beliau diberikan peluang menerajui tampuk pemerintahan negeri selama dua tahun seperti dibawah;

Hasil "kecekapan" pentadbiran Yong Teck Lee selama dua tahun, GLC Sabah iaitu, Warisan Harta bukan sahaja mengalami kerugian besar dalam tahun kewangannya sebanyak RM114 juta kerana kejatuhan harga saham tetapi juga kehilangan dividen daripada MISC. Kejatuhan ini adalah disebabkan oleh keputusan YTL (ketika itu Pengerusi WHS) mengarahkan ‘share swap’ pemilikan saham WHS dalam MISC sebuah syarikat.

YTL juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun, sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk. Kesannya, Lebih 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah kehilangan pelaburan mereka (pada 1996) akibat kejatuhan saham SAS.

Selama tempoh dua tahun YTL menjadi KM Sabah, banyak dasar-dasarnya tidak popular termasuk memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat untuk tempuh 100 tahun. 

Selain itu, hak-hak rakyat juga telah dinafikan oleh YTL, dan antaranya adalah: geran-geran tanah untuk kampung-kampung seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi). Tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra dan tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra.

Hak rakyat lain yang dikatakan diambil oleh YTL ialah 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan, Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta, Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta dan Tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion yang diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.

Wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings, Duit rakyat diperbendaharaan negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd, kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan, dan Merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni.

Berdasarkan rekod "cemerlang" Presiden SAPP ini, Amdee Sidek sepatutnya bertanyakan kepada diri sendiri tentang apa sumbangan SAPP yang boleh dibanggakan oleh rakyat di negeri ini sebelum meminta rakyat belajar dari kesilapan lalu, sekaligus memilih SAPP untuk menerajui tampuk pemerintahan negeri untuk kali kedua. Ketika zaman Yong Teck Lee sebagai ketua menteri Sabah, jangankan pembangunan, bencana besar pula yang dia hadiahkan kepada rakyat Sabah. Jesteru, layakkah Amdee Sidek mengajak rakyat belajar dari kesilapan lalu sedangkan parti yang diwakili beliau terbukti hanya mahir dalam membawa "bencana" kepada Sabah?