Tuesday, August 28, 2012

Minyak dan Gas bukan dikorek menggunakan sudu

Panas! Panas!.. belum reda isu RCI, timbul pula isu royalti minyak dan gas..

Ekoran dari kenyataan Datuk Musa Aman baru-baru ini yang menyokong gesaan Ketua Menteri Sarawak yang mahukan supaya Kerajaan Pusat menyemak semula kadar semasa lima peratus royalti petroleum, ramai pula pihak yang tersentak dan tidak henti-henti mempertikaikan keikhlasan kerajaan dalam memenuhi tuntutan ini.

Secara jujurnya tidak ada negeri (pengeluar minyak) di Malaysia yang tidak mahu royalti minyak dinaikkan 100%. Jika dihitung jumlahnya, cukup untuk mengubah landskap sesebuah negeri daripada hutan kepada bangunan pencakar langit.

Namun apakan daya, minyak dan gas itu bukan dikorek menggunakan sudu di lopak-lopak berair di tepi-tepi jalan. Sebaliknya ia memerlukan sebuah pelantar minyak yang dilengkapi dengan alat menggerudi lapisan batu di dasar laut, bangunan mini untuk penginapan para pekerja, tempat pendaratan helikopter dan tempat pemprosesan minyak mentah.

Bukanlah niat BB untuk bercerita mengenai pelantar minyak secara panjang lebar,  melainkan sekadar untuk memberikan gambaran bahawa royalti minyak tidak boleh dinaikkan sesuka hati tanpa mengambilkira kos carigali dan kos subsidi yang ditanggung oleh Petronas.
 
Seperti yang kita sedia maklum, sejak akhir-akhir ini banyak pihak yang mencadangkan supaya royalti minyak Sabah dinaikkan dari 5% sehingga 20%, malah ada yang tanpa segan silu menjanjikan royalti sebanyak 70%. Berbagai-bagai pandangan pro dan kontra dari pelbagai pihak mengenai isu tersebut. Namun kebanyakan pandangan ini tidak disokong dengan fakta tentang bagaimana royalti minyak ini boleh ditambah sehingga ke paras tertentu.

Memang benar Petronas telah memperolehi pendapatan berbilion ringgit daripada usaha carigalinya di Malaysia termasuk di Sabah, tetapi mungkin pemimpin-pemimpin pembangkang lupa bahawa Petronas juga menanggung kos carigali sebanyak 85% di 46 buah negara di dunia, tidak termasuk Somalia dan Kazakhtan. Selain daripada itu, Petronas juga membiayai subsidi minyak kepada rakyat Malaysia serta membayar cukai korporat dan zakat perniagaan. 

Berdasarkan fakta ini, agaknya dari mana angka 20% dan 70% itu boleh dijana?

Sebab itu DS Najib perlu menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menyemak semula royalti petroleum ini sekaligus menentukan paras peratusan yang boleh ditingkatkan. Oleh sebab itu juga, tidak perlulah rakyat dan juga pemimpin-pemimpin pembangkang "mewajibkan" nilai 20% atau 70% royalti minyak itu diberikan kepada Sabah kerana semua itu tetap akan dipertimbangkan melalui proses kajian yang terperinci lagi adil.

Kelantangan Datuk Musa Aman berkenaan dengan isu ini juga tidak perlu dipertikaikan. Tidak salah Datuk Musa Aman menjadi orang kedua selepas Taib dalam menyuarakan isu ini kerana hal itu bukanlah keutamaan dalam mencari penyelesaian kepada isu ini.

Berkenaan dengan kenyataan Datuk Musa Aman sebelum ini yang mengatakan janji pemimpin-pemimpin Pakatan berkenaan dengan royalti minyak tidak rasional, juga tidak perlu dipersoalkan. Bagi BB, memang betul janji pakatan itu tidak rasional setelah mereka gagal mengemukakan fakta tentang bagaimana mereka mampu memberikan royalti sebanyak itu kepada Sabah. Kenyataan Datuk Musa Aman itu sebenarnya jelas menunjukkan bahawa beliau BUKAN bermaksud menentang kenaikkan royalti, sebaliknya beliau mempertikaikan kesungguhan pembangkang dalam melaksanakan janji serta sejauhmana mereka mampu menunaikan janji-janji mereka yang hanya bersandarkan teori politik semata-mata, bukannya fakta.

Kita terpaksa akur dengan realiti jika semakan keatas royalti ini disifatkan agak terlewat. Ini kerana, Najib baru 4 tahun menduduki kerusi Perdana Menteri, bukannya 4 dekad. Begitu juga dengan Datuk Musa Aman. Malah sepanjang pentadbiran mereka, bukan RCI dan royalti minyak sahaja yang menjadi fokus kepada tanggungjawab mereka sebagai Perdana Menteri dan Ketua Menteri.

By: Borneo Bullet

5 comments:

  1. Nah..Memang betul itu. Kalau pakai sudu rasanya tidak payah pembangkang bising. Memang senang kerja. tapi ini memerlukan pelbagai usaha dan prosuder yang perlu diikut sebelum carigali dibuat. Kos tinggi untuk menlakukan semua ini.

    ReplyDelete
  2. Kita perlu mengira juga akan kos-kos yang ditanggung untuk mendapat hasil tersebut. Bukannya mudah perkara ini sebenarnya. Bertahun-tahun mungkin baru dapat 1 tempat.

    ReplyDelete
  3. pembangkang tau berjanji saja, mereka bukan tau apa2 pasal petronas.

    ReplyDelete
  4. memang betullah sehingga hari ini pembangkang masih gagal menjelaskan secara detail bagaimana mereka mampu memberikan peratusan royalti sebanyak yang mereka cadangkan.. main bedal saja letak angka..

    ReplyDelete
  5. jika kita imbas kembali janji2 pembangkang, agaknya dimana lagi dana mereka korek untuk laksanakan pembangunan di negara ini?? royalti 20%, penghapusan cukai, penghapusan tol, rm500 untuk guru, pendidikan percuma, turunkan harga rumah, kereta, barang keperluan dan sebagainya.. mana dana mereka dapat??

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.