KOTA KINABALU - Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek hari ini menggesa pengusaha resort pulau di Sabah, terutamanya di pantai timur Sabah, supaya bekerjasama dengan anggota keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan mereka.
Beliau berkata, pengusaha resort terbabit termasuk mereka yang memantau sendiri keselamatan di premis masing-masing. Biarlah kes Semporna (bunuh dan culik membabitkan pasangan suami isteri dari Taiwan di Pulau Pom-Pom pada 15 Nov) menjadi penyedar kepada semua pengusaha resort.
"Sudah tiba masanya pengusaha menyemak semula persediaan keselamatan mereka, termasuk mendapatkan anggota keselamatan terlatih yang mencukupi dan peralatan pengawasan," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.
Mohammad berkata, perkara itu akan turut dibangkitkan apabila Esscom menyertai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun mengadakan pertemuan dengan pengusaha resort pulau tidak lama lagi.
"Ketua menteri (Datuk Seri Musa Aman) meminta Datuk Masidi supaya bertanya kepada pengusaha resort sama ada mereka menghadapi sebarang kesulitan (dalam melaksanakan tugas) dan mendapatkan kerjasama mereka supaya membenarkan agensi keselamatan meronda di kawasan mereka tanpa sebarang kekangan," katanya.
Mengenai tanggapan negatif berhubung keselamatan pelancong di pantai timur susulan insiden di Semporna apabila seorang pelancong Taiwan ditembak mati dan isterinya diculik, Mohammad berkata semua agensi keselamatan bekerjasama untuk
mengelak insiden itu daripada berulang.
Mengenai gesaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya pihak berkuasa negeri ini mengharamkan penggunaan pam bot di sempadan laut, beliau berkata pam bot berguna memandangkan keupayaannya bergerak di air cetek dan
kelajuannya.
Bagaimanapun, beliau berkata terserah kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.
Terdahulu Mohammad berkata, beliau mengadakan taklimat bersama kalangan anggota dewan undangan negeri Sabah mengenai peranan serta tanggungjawab Esscom, dan menambah beliau menerima cadangan supaya meningkatkan jumlah anggota
keselamatan di pos keselamatan di pulau-pulau selain di tanah besar. - Bernama

Ulasan:
Memang terdapat segelintir pengusaha resort yang tidak mahu kawasan resort mereka dikawal oleh anggota polis. Alasannya adalah, kononnya keadaan kawalan keselamatan seperti itu boleh menimbulkan pertanyaan atau ketidak-selesaan dikalangan para pelancong. Disebabkan persepsi kolot seperti ini lah kejadian culik di sebelah pantai timur sabah sering berlaku.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.