"Is Sabah Deputy Chief Minister Dr Yee Moh Chai conniving to ensure his incumbency in the Api-Api constituency is safe?"
Salahkah pengundi menukar tempat mengundi? Sudah berjuta rakyat (pengundi) di negara ini menukar alamat mengundi, malah ada yang telah menukar alamat lebih dari dua kali. Tidak pernah menjadi kesalahan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia dimana pengundi dihalang menukar alamat mengundi mereka. Itu adalah HAK pengundi itu sendiri dan tidak sepatutnya dipertikaikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Jika mendaftarkan pengundi yang menukar alamat itu salah, bermakna Pejabat Pos selama ini juga telah melakukan kesalahan kerana membantu pengundi mendaftarkan alamat baru mereka.
Pemuda SAPP tembak Presidennya sendiri |
Berkenaan dengan dakwaan SAPP kononnya wujud pengundi yang dipindahkan dari Pitas dan Kudat ke kawasan mengundi Kota Kinabalu, persoalannya adakah mereka dipindahkan atau mereka sendiri berpindah kerana telah menetap atau memiliki rumah di sekitar bandaraya ini? berkenaan dengan RM200 itu pula, kenapa tidak ada bukti bergambar atau sebarang dokumen bagi mengesahkan siri tuduhan terbaru SAPP ini? Adakah mereka hanya melihat suasana pendaftaran itu maka terbayanglah difikiran mereka berkenaan dengan taktik-taktik kotor pilihanraya yang kemudiannya diadaptasi menjadi laporan media SAPP?
Dalam artikel BB sebelum ini (DISINI), BB ada dedahkan secara ringkas berkenaan dengan taktik-taktik kotor yang diamalkan oleh presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee ketika Pilihanraya Umum 1999. Disini, BB akan dedahkan secara panjang lebar berkenaan isu itu.
Terdapat dua kesalahan yang dilakukan oleh presiden SAPP ketika pilihanraya itu sehingga mahkamah memutuskan untuk membatalkan keputusan pilihanraya bagi DUN Likas 1999 serta membatalkan kelayakan Datuk Yong Teck Lee untuk bertanding selama 5 tahun.
Pada pilihan raya yang diadakan pada 12 Mac 1999, bekas Ketua
Menteri, Datuk Yong Teck Lee, yang bertanding atas tiket Barisan
Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Likas setelah memperoleh
9,110 undi dengan kelebihan 4,962 undi. Calon lain yang bertanding untuk kerusi itu ialah Dr. Chong Eng Leong (PBS), Datuk Harris Salleh dari Parti Bersekutu, Zulkifli Lajah (Setia), Yahya Kassim (Pas) dan Saudin Kadis (Bebas).
Pada Jun 2001, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengisytiharkan
keputusan Pilihanraya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas yang
diadakan pada tahun 1999 sebagai batal kerana terdapat pengundi hantu
yang tidak wujud dalam daftar pemilih kawasan itu. Calon PBS, Dr. Chong Eng Leong sendiri yang meminta mahkamah mengeluarkan perintah bagi membatalkan keputusan pilihan raya tersebut kerana terdapat pemilih daripada kalangan bukan rakyat Malaysia yang mengundi
di kawasan Likas.
Sementara itu, seorang lagi calon yang juga bekas Ketua Menteri,
Harris Salleh, turut mengemukakan petisyen serupa dengan mendakwa
terdapat kegiatan bercanggah pada pilihan raya 1999 untuk DUN Likas. Petisyen Harris itu mendakwa terdapat parti yang memasang
empat papan pameran di sekitar kawasan pusat mengundi Likas dan tindakan itu
melanggar Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Mengenai petisyen yang dikemukakan oleh Harris, Hakim Muhammad Kamil
berkata, berdasarkan kepada seluruh keterangan, beliau mendapati Yong
selaku responden telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11 (c) dan
(d) serta Seksyen 32 Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya. Kesannya, mahkamah telah memutuskan Datuk Yong Teck Lee bersalah dan tidak di benarkan bertanding dalam pilihanraya selama 5 tahun sehingga 2007.
Berdasarkan fakta ini, apa pandangan ahli atau pemimpin-pemimpin SAPP yang cuba menuding jari kepada Datuk Yee Moh Chai yang kononnya bertanggungjawab memindahkan alamat pengundi ketika Presiden mereka sendiri telah terbukti melalui saluran mahkamah telah melakukan taktik-taktik kotor ketika pilihanraya 1999? Jika pemimpin-pemimpin SAPP ikhlas berjuang bagi menuntut pilihanraya BERSIH dan adil, mereka sepatutnya menolak kepimpinan Datuk Yong Teck Lee terlebih dahulu.
Sekiranya SAPP diberikan mandat memerintah negeri ini selepas PRU13, sudah tentu mereka akan berkuasa selama-lamanya kerana rekod lampau Datuk Yong Teck Lee telah membuktikan bahawa beliau akan menggunakan taktik kotor sebagaimana yang dilakukan oleh beliau ketika pilihanraya 1999.
""Yang bersalah bukan sahaja dilindungi, malah dibantu untuk merampas jawatan Ketua Menteri, sebaliknya yang tidak bersalah pula yang dimomokkan sebagai bersalah""
By: Borneo Bullet
betul tu BB...SAPP tidak lebih daripada keldai tunggangan yong teck lee...kenapa keldai dan bukannya kuda? sebab ahli2 SAPP terlalu takut dan mungkin juga rela ditunggangi oleh YTL...
ReplyDeleteEntahlah ampal.. Susah juga mahu jangka hati orang kan. huuuuuuhuuhu
Deleteahli2 SAPP sepatutnya berani melakukan transformasi dalam parti untuk merombak kepimpinan parti agar parti terus relevan dan disokong oleh rakyat...sudah jelas dan nyata bahawa YTL adalah bebanan dan kuman dalam parti...YTL lebih memerlukan parti SAPP daripada parti memerlukan YTL kerana seperti yang kita semua sudah maklum, YTL hanya mementingkan cita2 politik peribadi beliau iaitu ingin duduk di kerusi KM semula..
ReplyDeletesepanjang YTL jadi presiden SAPP, SAPP tidak mencapai apa2 pencapaian yang boleh dibanggakan..YTL saja yang dapat apa yang dia mahu...yang dapat manfaat hanyalah YTL seorang...
DeleteSAPP is a very good manipulator in politics.
DeleteSAPP akan kalah...ini kerana rakyat tidak sukakan YTL...terbukti melalui PRK batu sapi di mana YTL telah kalah teruk...
ReplyDeleteYes and until now, he becomes the rival of everyone.
DeleteTapi hairan masih juga tak sedar diri dan tak tahu malu. Konfiden ja dirinya hebat.
Deletedari apa yang dilihat, SAPP sebenarnya sudah terdeksa...sudah mati akal..jadi SAPP akan memutar belitkan apa jua fakta bertujuan untu mengelirukan rakyat demi kepentingan mereka...rakyat haruslah bijak menilai tindakan2 terdesak SAPP ini..
ReplyDeleteMereka ni tidak ubah seperti hilang arah.
DeleteSAPP tidak tahu atau pura2 tidak tahu mengenai hak pengundi untuk menukar alamat mereka..
ReplyDeleteMahu jadi hero kan jadi suka lah tu tunjuk diri pandai sehinggalah lama kelamaan jadi memandai-mandai.
DeleteI think the issue began to resurface when somebody came up with nonsense things.
ReplyDeleteYa betul tu. Tapi harap kita ni sebagai pembaca mampu membuat penaakulan yang bijak sebelum menyimpulkan sesuatu.
DeleteSAPP cari bala lagi ka ni?
ReplyDeleteKalau asyik memburukkan orang lain, pasti suatu masa nanti terkena diri sendiri. Tengok kan dah kena.
ReplyDeleteTapi dunia politik memang agak memeningkan kepala. Paling pun kita cuma mampu tunggu apa yang berlaku seterusnya.
ReplyDeleteSAPP ini memang suka cari populariti kan.. Aishk ada saja cerita dorang ni.
ReplyDeleteYTL tidaka kan berdiam diri selagi dia tak jadi CM balik.
ReplyDeleteyonh tak boleh jadi CM, nnti habis rugi sabah.
DeleteSekarang ini pun ada saja perkara yang dilakukannya utk tarik perhatian ramai.
ReplyDeleteSemua cerita ini timbul sebab bahang pru makin panas. Kita nantikan saja bila pru diumumkan pasti cerita akan lebih gempak lagi.
ReplyDeletePendedahan yang berguna kepada semua. Ini boleh tolong menjelaskan kepada rakyat mengenai perkara ini.
ReplyDeleteMaka penduduk Sabah perlulah bijak menilai sendiri mengenai perkara ini.
ReplyDeleteNampaknya jika benar ini berlaku.. Memang Yong dan konconya tidak sedar diri sendiri.
ReplyDeleteDia sendiri yang tidak faham hidupan politik dia sudah dekat di hujung pinggir, dia harus faham tahap keupayaan sendiri.
ReplyDeleteSAPP need to be extreme to attract more audience , if not it gonna be monologue.....
ReplyDeleteSAPP tak ada peranan dan sumbangan pun terhdap Sabah.
ReplyDeleteYong sendiri pn pernah main kotor dalam politik, dia mmg tak boleh diprcayai.
ReplyDeleteKewujudan SAPP dipertikaikan, tidak faham fungsi SAPP, selalu beri cadangan yang tidak logik, Yong tiada leadership juga.
ReplyDeleteSAPP dibawa YTL,kali nilah, mesti kalah parti ini.
ReplyDeleteYTL pernah diberi peluang menjadi CM Sabah, dia patut menghargai dan berusaha membangunkan ekonomi Sabah. Sekarang CM Musa sudah dapat tarik perhatian investor luar negara, seperti China yang menunjukan keminatan dalam membina industri di Sabah. So ni reason dia kian active memburuk nama Musa?
ReplyDeleterakyat perlu mengundi dengan bijak
ReplyDeletejika benar YTL telah bersalah dan menggunakan taktik kotor maka wajarlah beliau disingkirkan dari bertanding....
ReplyDeleteYTL tidak payahlah bertanding lagi kerana nama sudahpun tercemar di dunia politik
ReplyDeletesemoga undian di PRU13 lebih memihak kepada kerajaan BN
ReplyDeleterakyat undilah dengan bijak!
ReplyDeleteSejarah menunjukkan Yong Teck Lee adalah pemimpin opportunis yang berkepentingan peribadi. Dia telah diberi banyak peluang masa berada dalam BN tapi hari ini nadanya cukup berbeza.
ReplyDeleteIni jelas menunjukkan dia adalah pemimpin yang tidak ada prinsip perjuangan tulen..
Yong Teck Lee pernah guna taktik kotor pilihanraya
ReplyDeleteYTL yang kononnya sedang berjuang atas konsep Sabah Sabahan dan mengembalikan kuasa autonami Sabah dilihat mempunyai agenda yang cukup licik dan memperalatkan pilihan raya kali ini untuk beliau terus merencanakan agenda peribadinya. Berputar belit segala fakta beliau dendangkan bagi meraih undi dan ada kalanya segala fakta ataupun cabaran yang beliau lemparkan seperti meludah ke langit kerana ada tindakan dan perbuatannya semasa menjadi Ketua Menteri dulu dilakukan oleh beliau..
Yong Teck Lee pernah guna taktik kotor pilihanraya
ReplyDeleteYTL dipercayai mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan banyak menerima dana melalui kapasiti Anwar sebagai Menteri Kewangan.
Yong Teck Lee pernah guna taktik kotor pilihanraya
ReplyDeletePak Lah pernah membuat kenyataan “'Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya (YTL)” bagi mengulas tindakan YTL membawa keluar sapp dari BN. Maksudnya, YTL merupakan satu-satunya Presiden parti komponen BN Sabah yang tidak tercalon dalam PRU 2008. YTL menuntut janji jawatan Senator, tetapi tidak dipenuhi Musa dan Tun Abdullah Badawi. DUN Sabah yang bersidang tidak mencadangkan nama YTL sebagai Senator tetapi Musa mencadangkan nama lain.
Yong Teck Lee pernah guna taktik kotor pilihanraya
ReplyDeleteYTL dipercayai termakan janji habuan yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim berikutan “isu 16 September”, iaitu pertukaran kerajaan berdasarkan kontroversi puluhan MP akan lompat parti. YTL juga mengakui pernah menemui Anwar sebanyak dua kali dalam tempoh itu, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur. Tindakan SAPP keluar BN hanyalah strategi untuk meredakan kegagalan ’16 September’.
PRU13 tidak mungkin SAPP akan menang majoriti.
DeleteYTL lebih baik bersara dan nikmati hari2 tua.
ReplyDelete