Wednesday, February 6, 2013

Dompok ANTI agama atau Hj Hamzah AMAL politik agama?

Sebelum baca ulasan Bullet, baca dulu ulasan Haji Hamzah Abdullah (DISINI)

Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah mengutuk keras kenyataan Tan Sri Bernard Dompok mengenai isu hudud. Pelbagai tomahan dilemparkan terhadap Dompok kononnya beliau anti agama, tidak menghormati perlembagaan, memecahbelahkan masyarakat dan pemikiran tidak selari dengan zaman. Sedangkan apa yang dilakukan oleh Dompok tidak lebih dari sekadar menyuarakan pandangan ikhlas mengenai sesuatu perkara yang tentunya menuntut penjelasan dari setiap pemimpin yang sedang dan bakal memerintah negara ini.

Jika kenyataan Dompok itu dikatakan bakal memecahbelahkan masyarakat di negeri ini, bagaimana pula dengan PAS yang secara terang-terangan menggunakan nama agama untuk mendapatkan sokongan rakyat? PAS atau Parti Islam Se-Malaysia tidak patut wujud dalam sebuah negara yang mana masyarakatnya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Jesteru, apa motif pemimpin-pemimpin PAS menggunakan perkataan Islam dalam berpolitik? Dalam kes ini, siapa sebenarnya yang terang-terang menggunakan agama untuk kepentingan politik? Siapa sebenarnya yang memiliki pemikiran yang tidak selari dengan zaman?

Hj Hamzah dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain patut telah bersedia dari segi mental jika ada mana-mana agenda mereka yang tidak dipersetujui oleh pemimpin atau ahli-ahli politik lain. Lebih-lebih lagi mereka sendiri yang memilih untuk menggunakan pendekatan agama untuk mempromosikan parti mereka. Mustahil Hj Hamzah tidak mengetahui langsung risiko dalam berpolitik.. Bantah-membantah adalah asam garam dalam berpolitik. Terpulang kepada rakyat membuat pertimbangan samada menerima atau tidak penjelasan atau pendirian mana-mana pemimpin mengenai sesuatu perkara. Bukankah Hj Hamzah sendiri mengakui dalam artikel tersebut bahawa rakyat hari ini sudah berubah, tidak mudah diugut dan mementingkan kejujuran? Jadi, kenapa perlu melenting?

Dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya DAP juga tidak setuju dalam beberapa perkara mengenai agenda PAS. Kenapa Hj Hamzah tidak mengutuk SEKERAS-KERASNYA pemimpin-pemimpin yang sangat rapat dengan PAS ini?
"PAS Sabah mengingatkan supaya Dompok melihat kepada politik Kelantan yang sudah lebih 20 tahun dipimpin oleh PAS. Tidak ada seorang pun rakyat bukan Islam yang dinafikan hak mereka untuk beragama." - Bohong beliau
Mengenai politik Kelantan yang sudah lebih 20 tahun dipimpin oleh PAS, Bullet lebih percaya jika penduduk Kelantan sendiri yang membuat kenyataan itu, bukannya Hj Hamzah. Manalah tahu penduduk Melayu sendiri dinafikan hak mereka sebagaimana yang berlaku di Kedah dimana kerajaan PAS Kedah telah merobohkan Madrasah Salihiyyah yang berusia lebih 100 tahun semata-mata mahu memberikan laluan kepada pembinaan bangunan kormesial yang berkemungkinan membawa pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut beroperasi di bekas tapak Madrasah tersebut.
"PAS secara jelas telah melancarkan misi Negara Berkebajikan yang menjadi misi utama mewujudkan kesejahteraan rakyat." Bohong beliau
Mengenai Negara Berkebajikan yang turut dikaitkan dalam kenyataan balas Hj Hamzah kepada Dompok, bagaimana pula dengan penyerahan beribu-ribu hektar tanah milik rakyat dan umat Islam Kelantan kepada syarikat-syarikat milik kroni DAP, oleh PAS Kelantan? Itukah makna Negara Berkebajikan bagi Hj Hamzah? Bagaimana pula dengan pembalakan berhampiran Tasik Pedu yang menjadi punca air orang Kedah yang didalangi oleh Menteri Besar Kedah atau lebih tepat lagi kerajaan PAS Kedah? Itukah makna Negara Berkebajikan bagi Hj Hamzah?

Agaknya Hj Hamzah sedar bahawa sikap mudah melenting beliau kesan daripada kecenderungan rakyat Sabah untuk meninggalkan PAS pada PRU-13 akan datang sebagaimana nasib yang telah menimpa PAS ketika PRN Sarawak.

40 comments:

  1. “In order to maintain harmony, we must be sensitive and respect each other’s race and religious sensitivities either through our words or actions,” said Najib

    ReplyDelete
  2. Najib berkata ia adalah sebagai asas tonggak perpaduan dikalangan rakyat sekali gus bagi memelihara keharmonian di negara ini.

    ReplyDelete
  3. "Kita jangan memainkan perasaan emosi untuk apa-apa tujuan, saya percaya kalau kita mengamalkan kesederhanaan dikalangan semua penganut agama, Malaysia akan kekal sebagai negara yang penuh keharmonian dan keamanan," katanya

    ReplyDelete
  4. Beliau dalam pada itu mengingatkan rakyat di negara ini tentang tiada keuntungan jika sentimen kebencian ini digunakan hanya bagi meraih undi bersempena Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

    ReplyDelete
  5. "Kalau kita main politik, tidak jaga sensitiviti agama semata-mata kita hendak meraikan keuntungan politik dalam jangka masa pendek untuk meraih undi dalam pilihan raya bererti kita adalah pemimpin yang bukan bertanggungjawab," katanya lagi.

    ReplyDelete
  6. Beliau selain itu turut mengingatkan rakyat agar menjaga keharmonian di negara ini dengan tidak terpengaruh anasir luar yang acapkali cemburu dengan keharmonian yang ada di negara ini.

    ReplyDelete
  7. "Kita mesti menjaga perasaan semua kaum dan semua agama," katanya.

    ReplyDelete
  8. jgn mainkan isu agama.

    ReplyDelete
  9. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

    ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu tidak dilakukan.

    "Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta... hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini. - Sinar Harian

    ReplyDelete
    Replies
    1. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Jawapan MB Kedah seperti diatas berhubung isu skandal pembalakan yang sedang berleluasa di negeri itu nampak sangat tidak profesional, malah lebih kepada meroyan. Bermakna, MB Kedah ini tidak langsung sensitif terhadap kepentingan rakyat di negeri beliau walaupun pelbagai bantahan disuarakan termasuk penganjuran perhimpunan secara aman pada awal bulan lepas.

      Delete
    2. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Apalah dosa rakyat Kedah sehingga MB keparat ini tergamak menjadikan mereka sebagai tebusan untuk mendapatkan RM100 juta dari kerajaan Persekutuan? Jika tidak ada RM100 juta itu, maka rakyat Kedah terpaksa berhadapan dengan bencana banjir lumpur dan terpaksa bergantung dengan sumber air tercemar semata-mata untuk memuaskan nafsu MB keparat ini yang kononnya berjuang membina sebuah "Negara Berkebajikan"???

      Delete
    3. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Tidak sangka MB keparat ini masih berselera meneruskan pembohongan kononnya pembalakan itu bukan berlaku dikawasan tadahan air sedangkan bukti dalam bentuk gambar telahpun tersebar ke seluruh negara.

      Delete
    4. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Gelombang pertama membantah kepimpinan kerajaan PAS Kedah yang semakin rakus merompak khazanah Hutan Simpan Tasik Pedu tiba ke kemuncaknya apabila lebih 12,000 rakyat dari seluruh negeri itu berkumpul menyertai perhimpunan secara aman anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di lokasi penebangan berdekatan Tasik Empangan Padu, Padang Terap.

      Delete
    5. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Ironinya, lokasi Himpunan Bantah Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air itu terletak hanya beberapa meter dari kawasan yang dahulunya merupakan hutan hujan tropika, sekaligus menjadi tempat tadahan air kepada rakyat Kedah sejak tahun 1960an lagi.

      Delete
    6. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Malangnya, akibat kerakusan kerajaan PAS yang diterajui Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Razak untuk mengaut khazanah negeri, kawasan hutan yang berkeluasan kira-kira 500 hektar habis digondolkan sejak setahun lalu tanpa kawalan.

      Delete
    7. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Kalaupun ada antara pemimpin-pemimpin PAS/PR yang sedar dan melihat wujudnya kezaliman terhadap rakyat dibawah pemerintahan Azizan Razak ini, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN; iaitu satu alasan atau jawapan ‘standard’ kerajaan PAS Kedah untuk menghalalkan jenayah yang mereka lakukan di negeri itu.

      Delete
    8. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Kerana asyik menuding jari, maka masalah pembalakan tidak terkawal di Kedah kini bukan sahaja tidak selesai tetapi semakin hari semakin buruk dan bakal menjadi satu bencana besar. Ini disahkan oleh pakar-pakar melalui ujian dan penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar.

      Delete
    9. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Antara bencana yang dijangka ialah masalah banjir lumpur dalam skala yang jauh lebih besar daripada yang berlaku pada 2010, di Sik, Kedah yang menjejaskan 6 buah kampung – iaitu berita yang langsung tidak dilaporkan oleh Harakah, media rasmi PAS.

      Delete
    10. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Selain itu, bencana yang kini sedang berlaku dan semakin parah ialah masalah kualiti air kesan dari pengeksploitasian tanah yang tidak terkawal; iaitu merangkumi pembalakan, perlombongan dan korek pasir sekali gus, di kawasan tadahan yang mencemarkan air di empangan.

      Delete
    11. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Setakat ini sahaja, kadar kekeruhan kawasan tadahan di Kedah berada di tahap 8,000 – 18,600 Nephelometrik Turbidity Unit (NTU) yang mana telah terlalu jauh mengatasi kadar yang dibenarkan iaitu 50 NTU, bagi kawasan tadahan, dan 1000 NTU bagi sungai-sungai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

      Delete
    12. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Dalam kes ini, kenapa Rafizi Ramli, Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Anwar Ibrahim dan Sarawak Report tidak mengecam tindakan MB Kedah yang semakin berani mempertaruhkan kepentingan rakyat semata-mata mahu mendapatkan RM100 juta sebagai ganti menghentikan aktiviti pembalakan di negeri itu?

      Delete
    13. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Dan, adakah MB Kedah sudah terlalu nyanyuk sehingga tidak mampu memikirkan alternatif lain untuk menjana pendapatan bagi negeri Kedah selain dari merosakkan alam sekitar?

      Delete
    14. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Di Sabah, walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Datuk Musa Aman kononnya mendalangi aktiviti pembalakan di negeri ini, namun dengan sendirinya tuduhan itu dinafikan apabila pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton memilih Sabah sebagai destinasi terakhir lawatan mereka di negara ini untuk menikmati keindahan kawasan hutan hujan tropika Lembah Danum yang dipelihara baik oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman.

      Delete
    15. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Malah industri pelancongan yang semestinya menuntut pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar juga dilihat semakin berkembang dengan jumlah ketibaan pelancong yang semakin meningkat setiap tahun disamping berjaya menjana pendapatan untuk negeri ini lebih dari RM5 bilion pada tahun lepas.

      Delete
    16. INIKAH CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI PAS????

      Membayangi kerakusan Azizan Razak hari ini, disokong pula dengan sikap berat sebelah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (yang mungkin juga turut sama berkongsi hasil haram tersebut), selamatkah hutan-hutan di Sabah jika pemimpin-pemimpin ini diberikan peluang memerintah Sabah???

      Delete
  10. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

    Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.

      Delete
    2. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.

      Delete
    3. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.

      Delete
    4. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri. Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik.

      Delete
    5. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya.

      Delete
    6. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.

      Delete
    7. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.

      Delete
    8. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.

      Delete
    9. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.

      Delete
    10. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.

      Delete
    11. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.

      Delete
    12. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?

      Delete
    13. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.

      Delete
    14. JIKA MURNI SANGAT PERJUANGAN PAS, KENAPA TANAH SELUAS 10,526 EKAR TIDAK DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT? KENAPA BAGI KEPADA PEMIMPIN DAP?

      Jika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.