Monday, January 14, 2013

SDC bakal tarik pelabur Romania

Pada tanggal 12 January 2013, Pembangkang bersama-sama jentera propaganda mereka bertungkus-lumus merosakkan imej negara di mata dunia melalui penganjuran perhimpunan rakyat secara besar-besaran. Niat pembangkang untuk menumbangkan kerajaan, dan dalam masa yang sama cuba menghancurkan ekonomi negara ternyata gagal apabila dilaporkan sasaran mereka untuk menghimpunkan sejuta rakyat tidak tercapai. 

Lebih hampa lagi apabila perhimpunan yang turut diadakan di negeri ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkkan dikalangan rakyat melainkan hanya dihadiri ahli-ahli parti pembangkang sendiri. Malah objektif mereka bagi memberikan gambaran kepada masyarakat dunia bahawa kononnya kerajaan BN mengamalkan pentadbiran yang zalim sama-sekali tidak memberi kesan kepada negara-negara yang berhasrat mahu melabur di negeri ini.

Perkembangan terbaru ekonomi Sabah membuktikan dunia luar menyakini dan mempercayai kecekapan pentadbiran kerajaan BN walaupun pembangkang negara ini telah beberapa kali melakukan cubaan memburuk-burukkan kerajaan diperingkat antarabangsa. Ikuti laporan New Sabah Times dibawah;
KOTA KINABALU: Malaysia, khususnya Sabah, berharap lebih banyak perniagaan Romania akan mencari peluang pelaburan di negara ini, khususnya di Koridor Pembangunan Sabah (SDC). 
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berharap langkah mewujudkan konsulat kehormat Romania di Sabah semalam akan menggalakkan hubungan ekonomi dan memudahkan lebih banyak lawatan dari Romania ke Sabah. 
“Bagi pihak saya, saya mengesahkan jaminan bahawa Wisma Putra dan pejabat wilayah di Sabah akan menggunakan keupayaan terbaik kami membantu pejabat anda melaksanakan tugas dan tanggung jawab di Kota Kinabalu,” katanya pada majlis makan malam bagi menandakan pembukaan konsulat kehormat itu di sini, malam kelmarin. 
Anifah juga berkata, beliau berkeyakinan dengan pelantikan ahli perniagaan Datuk Clarence Bongkos Malakun sebagai konsul kehormat Romania dan Malakun akan memainkan peranan aktif menggalakkan hubungan Malaysia-Romania dan akan meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara. 
Malakun berkata, walau pun pembukaan rasmi konsulat itu diadakan semalam, sesetengah tanggung jawabnya sebagai konsul kehormat telah bermula lebih awal, yang termasuk usaha merapatkan hubungkan antara kepentingan perniagaan Sabah dan Romania. 
“Saya berharap dapat mengetuai delegasi perdagangan ke Bucharest, Romania pada tempoh terdekat bagi menjalin urus niaga perniagaan dan meneroka peluang perniagaan baharu bagi ahli perniagaan dan usahawan Malaysia serta menjemput para ahli perniagaan dan usahawan Romania untuk datang dan melabur di Malaysia, khususnya di Sabah,” katanya. 
Yang turut hadir ialah Duta Romania ke Malaysia Constantin Nistor yang menyatakan langkah membuka konsulat kehormat yang baharu itu, yang menandakan hampir 44 tahun hubungan Malaysia-Romania. New Sabah Times

39 comments:

  1. Sabah digesa menyusun semula kedudukannya supaya dapat menarik minat pelabur yang semakin meningkat di Asia Tenggara, kawasan yang mempunyai bilangan penduduk seramai 600 juta orang serta keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak kira-kira USD$1.5 trilion.

    ReplyDelete
  2. Langkah itu bersesuaian dan tepat pada masanya memandangkan Malaysia telah muncul antara destinasi pelaburan langsung asing terkemuka di rantau ini.

    ReplyDelete
  3. Berdasarkan kepentingan ini, Sabah perlu meletakkan dirinya pada kedudukan dari segi apakah bidang yang menjadi kelebihannya supaya kita dapat menarik minat pelabur dan dengan itu menyertai kami dalam memajukan pelaburan mereka di Asia Tenggara.

    ReplyDelete
  4. Namun ekonomi lain juga mengejar dengan pantas, sebagai contoh Indonesia dan Vietnam yang berjaya menarik pelabur asing.

    ReplyDelete
  5. Sabah perlu memanfaatkan apa yang boleh ditawarkannya dengan lebih baik kepada pelabur berbanding dua negara terbabit.

    ReplyDelete
  6. "Jika anda bercakap mengenai usaha menarik pelabur ke Sabah disebabkan tenaga kerja yang murah, sudah pasti kita tidak dapat penuhi, mereka perlu pergi ke Vietnam dan Indonesia.

    ReplyDelete
  7. "Oleh itu, kita perlu menyusun semula kedudukan. Jika hanya bercakap mengenai sumber, mungkin kita mempunyai elemen persaingan dalam bidang minyak sawit serta minyak dan gas, yang secara relatifnya baharu.

    ReplyDelete
  8. "Dalam jangka masa yang lebih panjang, kita tidak mempunyai pilihan dan perlu menggunakan pekerja yang ada memandangkan modal insan mampu memacu inovasi dan persaingan dalam ekonomi global semasa," katanya yang menambah Sabah boleh memanfaatkan bidang seperti pelancongan.

    ReplyDelete
  9. Namun,perlu menerima hakikat bahawa bagi pelabur untuk bergerak ke depan dalam peringkat pelaksanaan, mereka perlukan banyak benda lain, mereka mahu berunding untuk memperoleh insentif, dan inilah perkara yang di luar kawalan.

    ReplyDelete
  10. Semoga lebih banyak pelabur asing yang mampu ditarik ke Sabah.

    ReplyDelete
  11. moga ekonomi Sabah akan terus meningkat.

    ReplyDelete
  12. SABAH akan terus menempatkan diri sebagai pesaing utama ke arah menjadi pintu masuk kepada pelaburan termasuklah dalam wilayah Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

    ReplyDelete
  13. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, selaras dengan perkembangan itu, tarikan pelabur yang semakin meningkat di negeri ini turut meyakinkan kepada perkembangan ekonomi Sabah secara keseluruhannya.

    ReplyDelete
  14. Menurutnya, dalam konteks Koridor Pembangunan Sabah (SDC), salah satu kunci yang membawa kepada perkembangan ekonomi adalah pelancongan.

    ReplyDelete
  15. Beliau berkata, pembangunan industri itu memerlukan beberapa inisiatif dan salah satu daripadanya adalah peningkatan kepada sistem pengangkutan.

    ReplyDelete
  16. Justeru, dengan adanya projek pembangunan semula dan pemodenan Stesen Keretapi Tanjung Aru, ia mampu mendorong lebih banyak tarikan pelancong ke Sabah.

    ReplyDelete
  17. lokasi Aeropod yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) serta integrasi stesen kereta api itu akan membawa banyak kebaikan kepada perkembangan pelancongan di Sabah.

    ReplyDelete
  18. “SDC sekarang melangkah ke fasa perkembangan kedua dengan pelaburan terkumpul dirancang yang mencecah RM63 bilion dan ia hampir empat kali ganda nilai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2010.

    ReplyDelete
  19. “Fasa ini akan dijalankan hingga tahun 2015 dan kita akan lihat SDC mampu mengejar senarai projek pembangunan untuk menjana pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat di Sabah,” katanya.

    ReplyDelete
  20. The State Government will continue to formulate policies and procedures that support a business friendly environment, said Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Being the second largest state in Malaysia, he said there are vast opportunities in Sabah especially in agriculture, tourism and manufacturing as well as oil and gas.

      Delete

    2. “These sectors are mapped out under several initiatives like the Sabah Development Corridor (SDC) and the federal government-led Economic Transformation Programme (ETP),” he said during a meeting with Wu Bangguo, a member of the Standing Committee of the Political Bureau of the Central Committee of the Communist Party of China here yesterday.

      Delete

    3. Wu is also chairman of the Standing Committee of the National People’s Congress (NPC).
      Musa who is also Finance Minister said under SDC, Sabah was promoting economic growth based on the strengths of the different regions in the state and with focus on proper management of natural resources and environmental sustainability.

      Delete

    4. Sabah, he added, was in the process of transforming its economy from one that was purely resource-based to one that was more diversified and driven by knowledge, innovation and productivity.

      Delete
    5. The Chief Minister said in manufacturing, Sabah’s focus was to leverage on agriculture, biomass and the oil and gas industry.

      Delete

    6. He also said Sabah was the largest producer of crude palm oil in Malaysia and that the Palm Oil Industrial Cluster in the east coast was one avenue for the state to venture into downstream processing of palm oil products.

      Delete
    7. “We are also promoting the development of petrochemical and gas-based industries through SOGT (Sabah Oil and Gas Terminal) and SAMUR (Sabah Ammonia Urea Plant) in the west coast.

      Delete

    8. Musa also told the senior Chinese leader that early this year Sabah received interest from two prominent U.S.-based firms.

      Delete
    9. Dole Food – the world’s largest producer and marketer of fresh fruits and vegetables – had expressed interest to invest more than RM1 billion in Sabah.

      Delete

    10. The Chief Minister added that the hospitality and tourism industry was one of the primary income-
      generating sectors.

      Delete

    11. Sabah, he said has proven to be a popular destination for the Chinese “and I see increased cooperation in this sector”.

      Delete

    12. Musa also informed the Chinese leader that it was recently announced that Sabah was the most successful state in attracting private investment in the country.

      Delete
    13. For the first quarter of this year, Sabah managed to attract some RM10 billion in investment, way ahead of other states – and this is because the Sabah State Government is stable, business friendly and prudent.

      Delete

    14. “Another reason voiced by investors especially those from Europe and U.S. is that our environment is still protected…we have clean air, unpolluted waters and we have in place stringent forest laws as well as a strong conservation progamme,” the Chief Minister said.

      Delete

    15. Meanwhile, Musa said Sabah had anticipated closer ties and cooperation with China as the business relationship had grown stronger.

      Delete

    16. “Visits from China including by another senior leader of the NPC, Jia Quinling in April this year, and the recent participation by Malaysians at the trade and investment fairs in China and vice-versa had created opportunities and expanded the network for cooperation,” Musa said.

      Delete

    17. He also stressed that the State Government enjoyed close relations with the Federal Government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, and that billions of ringgit had been channeled for infrastructure development including building better roads and utilities as well as improving the public delivery system.

      Delete

    18. Later at a press conference, Musa expressed his appreciation to Wu for visiting Sabah. “There are many opportunities which we can explore together in Sabah,” he said.

      Delete
    19. Musa also said Wu felt that Sabah has big potential in the resources and tourism sectors and that many more visitors would come to Malaysia including Sabah.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.