Thursday, June 20, 2013

Kenyataan Bercanggah Buktikan Christina Liew Bukan Lahir Di Sabah

My parents were British subjects migrated to North Borneo in 1952, with British documents from Hong Kong. I was one month old then. I obtained my blue IC when Sabah/Malaysia achieved her independence in 1963. I’m a naturalized citizen. Why should I bother with such nonsense? Why should I entertain his hearsay? His issue is I was born in Indonesia, so I only need to prove him wrong. I was born in Hong Kong,” she said. - Christina Liew

Liew’s parents were from Hong Kong and she was born in Tawau, and when they grew up she married an Indonesian. Your information is incorrect because I know her family when I served as OCPD of Tawau and I know she was born at Tawau hospital. - Henry Chin (RCI's Commissioner)

Artikel Penuh DISINI

Bandingkan kedua-dua kenyataan diatas dan lihat sendiri bagaimana gelabahnya mereka menjawab tuduhan mengenai latarbelakang Christina Liew yang didakwa berasal dari Indonesia sehingga penafian yang dibuat mereka bercanggah antara satu sama lain. Malah, rasanya amat menarik juga jika kita persoalkan tindakan Pesuruhjaya RCI, Henry Chin yang seolah-olah cuba melindungi Liew dengan menafikan tuduhan itu bagi pihak Liew. Jika benar Henry mengenali Liew, kenyataan mereka tidak akan bercanggah seperti diatas. Bermakna ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh mereka berdua.

Dalam kenyataan Henry, kononnya Christina Liew dilahirkan di Tawau. Namun, dalam kenyataan Christina Liew pula, beliau hanya berusia sebulan ketika ibubapanya datang ke North Borneo. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Christina Liew bukan dilahirkan di Tawau atau Sabah, malahan beliau sendiri mengakui bahawa beliau dilahirkan di Hong Kong. Walau dari mana datangnya ahli politik PKR ini, yang pasti beliau bukan dilahirkan di Tawau atau Sabah.

Lebih menguatkan dakwaan ini apabila blog Mymassa berjaya mendedahkan rekod Daftar Pemilih Christina Liew atau nama sebenar beliau Liew Chin Jin. Seperti dalam gambar di atas, jelas menunjukkan bahawa Liew menggunakan kod 71 dalam nombor kad pengenalan beliau. Untuk pengetahuan bagi yang masih tidak tahu atau kabur-kabur mengenai Kod 71 ini, ianya adalah merujuk kepada rakyat Malaysia yang LAHIR DI LUAR NEGARA, bukan dalam negara atau Sabah atau Tawau atau mana-mana pelusuk di bumi Malaysia. Bermakna sekali lagi Christina Liew TERKANTOI apabila penafian beliau bercanggah dengan kod IC beliau sendiri..

Memandangkan wujud beberapa keraguan dalam penafian Liew, ada baiknya jika beliau turut dipanggil untuk disiasat bagi merungkai misteri disebalik "khabar angin" yang cuba diremeh-remehkan oleh seorang pesuruhjaya RCI, disamping menjaga imej dan kredibiliti RCI dari terus disifatkan sebagai double standard.

--PERNAH SEBELUM INI PUAK-PUAK PEMBANGKANG MENUDUH KERAJAAN MENGELUARKAN IC KOD 71 KEPADA PEKERJA ASING BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MENGUNDI BN.. JADI, BAGAIMANA PULA DENGAN KOD 71 YANG DIMILIKI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR?? TIDAK TERPAKAIKAN TUDUHAN PENGUNDI HANTU BILA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN SENDIRI MEMILIKI KOD ITU PADA KAD PENGENALAN MEREKA??

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.